Faekah Husin Bakal Musnahkan Azmin Ali Dengan Projek DATUM JELATEK

on Oct 30, 2012







Azmin Ali sememangnya mencari masalah besar apabila sengaja mencetuskan kontroversi dengan SETPOL Khalid Ibrahim, Faekah Husin. Malah lebih teruk lagi ialah apabila konco-konco Azmin Ali termasuklah Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin menyemarakkan lagi kemarahan Faekah Husin yang diketahui sebagai seorang wanita yang amat sukar menahan kemarahan selain amat cenderung untuk membalas dendam.
Perihal sikap dendam dan lepas mulut yang ditunjukkan oleh Faekah Husin terutama terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo dan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Noh Omar, sudah diketahui oleh pihak awam. Walaupun tidak mempunyai sebarang bukti, Faekah Husin sanggup berbohong kononnya dia mempunyai pelbagai bukti yang boleh menyebabkan Khir Toyo dan Noh Omar disumbat ke penjara kerana penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang mereka lakukan di Selangor.
Selama empat tahun, tidak sedikit usaha yang dilakukan oleh Faekah Husin untuk mengorek pelbagai fail dan data untuk mencari apa-apa kesalahan yang membabitkan Khir Toyo. Walaupun Khir Toyo telah disabitkan dengan kesalahan memiliki hartanah yang nilainya lebih tinggi daripada gajinya, namun isu berkenaan bukanlah sesuatu yang solid. Apatah lagi, keputusan hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, boleh dipersoalkan terutama membabitkan keterangan saksi-saksi SPRM yang saling bercanggah antara satu lain, apatah lagi dengan fakta bahawa pembelian hartanah berkenaan dibuat menerusi pinjaman bank.
Faekah Husin tahu, menggunakan isu banglo mewah tersebut sebagai senjata untuk menekan Khir Toyo sekadar membunuh bossnya sendiri. Sebabnya, Khalid Ibrahim mempunyai hutang peribadi dengan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) berjumlah lebih RM60 juta, tetapi dia masih tidak dikenakan sebarang tindakan. Sedangkan Khir Toyo pula dikenakan hukuman kerana membeli hartanah melebihi gajinya.
Bagaimana pula dengan Khalid Ibrahim yang berhutang, tidak mahu bayar, kemudian buat pelbagai helah agar hutangnya dilupuskan oleh Bank Islam?
Jadi, daripada mendedahkan bossnya itu kepada kecaman dan dakwaan yang lebih berat, lebih baik Faekah tutup mulut berkenaan Khir Toyo. Cerita tentang hartanah Khir Toyo itu sebenarnya sudah pun jadi senjata makan tuan, baik kepada PKR, Pakatan Rakyat, mahupun kepada beberapa kerat pemimpin UMNO-BN yang cuba menjadikan Khir Toyo sebagai kambinghitam.
Faekah sedar, kelangsungan dan keberadaan jawatannya di dalam pentadbiran Selangor amat bergantung kepada Azmin Ali. Bukan Faekah tidak tahu yang Azmin Ali mempunyai kekuatan yang hebat di Selangor. Azmin ada rangkaian dan rantaian kuasa, dari sekecil-kecil kuasa seperti kontraktor sampah sehinggalah kepada kepala gangster, terutama sekali di Ampang!
Namun sebagai SETPOL dan orang yang paling rapat serta dipercayai oleh Khalid Ibrahim, Faekah Husin juga tahu apa yang Khalid Ibrahim tahu. Faekah tahu, Azmin boleh digenggam telurnya menerusi projek ratusan juta ringgit yang Azmin sendiri terlibat secara langsung. Projek berkenaan adalah DATUM JELATEK yang telah menghalau sebahagian pengundi-pengundi Melayu Setiawangsa ke bahagian lain di Selangor. Projek yang terletak di tapak rumah pangsa Taman Keramat suatu ketika dahulu, masih belum dibangunkan walaupun komisyennya telah hilang disamun Azmin Ali dan konco-konconya.
Sumber dari Pejabat Menteri Besar Selangor menyatakan bahawa Faekah sudah pun mempunyai details tentang DATUM JELATEK termasuklah jumlah pembayaran komisyen, tarikh, penyata bank dan sebagainya. Faekah hanya menunggu masa untuk membuat pendedahan, sama ada menerusi mulutnya sendiri atau seperti biasa, ‘mengupah’ atau meminta pihak lain mendedahkan butiran tersebut bagi pihaknya.
Azmin Ali mempunyai peranan yang cukup besar dalam projek ELIT dan SUPER MEGA bernilai hampir RM1 bilion itu. Turut sama ada bahagian adalah ADUN Hulu Kelang, Shaari Sungib.
DATUM JELATEK merupakan salah satu daripada projek PKNS Property di mana Azmin merupakan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah PKNS sewaktu projek tersebut diluluskan. Azmin meletakkan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah pada 23 Jun 2010 selepas bersengketa dengan Othman Omar dan Khalid Ibrahim berhubung beberapa perkara, termasuklah projek DATUM JELATEK.
Dan DATUM JELATEK jugalah menjadi punca keretakan hubungan antara Azmin Ali dengan Khalid Ibrahim. Azmin sudah canangkan ke seluruh negara bahawa projek DATUM JELATEK akan menjadikannya sebagai ‘pemegang dana’ kepada segala komisyen namun Khalid Ibrahim yang mempunyai latar belakang korporat mempunyai mulut-mulut yang lebih besar dan lebar.
Kesudahannya, Azmin gagal dalam perebutan berkenaan tetapi dengan menggunakan kelicikannya, Azmin Ali berjaya menyekat PKNS Property daripada meneruskan projek berkenaan sehingga tertangguhlah projek bernilai hampir RM1 bilion tersebut sehingga sekarang.
Itu adalah sebahagian daripada rahsia yang ada dalam kocek Faekah Husin sekarang. Azmin Ali nampaknya tidak mampu pun melepasi tembok yang menghalangnya daripada jawatan Menteri Besar Selangor yang sangat diidam-idamkan. Tembok terbesar yang perlu dibelah adalah Faekah Husin. Sedangkan pada masa yang sama, Faekah tidak sahaja mempunyai senjata yang jauh lebih tajam dan berkesan, bahkan dengan jerkahannya sahaja sudah cukup untuk memandulkan dan memandomkan Azmin Ali buat selama-lamanya!



sumber


Photobucket

Kabinet Bayangan UMNO Terengganu: Siapa Dalang Perebutan Kuasa ini?

on






Hari ini bekas Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno Terengganu, Amirudin Abd Rashid berkata dalam Sinar Harian bahawa calon Barisan Nasional (BN) yang bakal diketengahkan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tidak akan diwakili mana-mana kumpulan, sebaliknya hanya pasukan presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Kenyataan bekas Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu ini dipercayai ekoran daripada tersebarnya satu minit mesyuarat sulit yang dipercayai telah didalangi satu 'team' yang cuba mengekalkan kuasa Menteri Besar sekarang, Datuk Seri Ahmad Said dan menyingkir beberapa orang penting dikalangan musuh dan juga orang yang dipercayaai dalam team Datuk Seri Ahmad Said itu sendiri. Penyingkiran"orang-orang Mat Said sendiri" ini dikatakan kerana ada dikalangan mereka telah belot dan cuba menjatuhkan Datuk Seri Ahmad Said daripada dalam.

Minit mesyuarat tersebut telah mula tersebar dua minggu lalu di facebook Kelab Penyokong UMNO Terengganu. Penyebaran ini juga dikaitkan dengan usaha untuk mengekalkan team Datuk Seri Ahmad Said untuk berkuasa semula bagi penggal kedua jika Barisan Nasional mengekal kuasa.

Walaupun tiada pihak dapat memberikan kepastian di mana dan bila mesyuarat itu diadakan. Siapa yang hadir tetapi yang paling jelas mesyuarat ini adalah 'grand design' untuk mengekalkan kuasa Datuk Seri Ahmad Said dan menyingkirkan secara halus dan terancang mereka yang menentangnya daripada luar dan dalam sebelum pilihan raya ke-13 bermula.

Dalam minit yang tersebar itu ada dan jelas menunjukkan pembahagian kabinet, robakan beberapa portfolio sedia ada dan ini menepati sebagaimana aduan keberkesanan perjalanan exco Terengganu seperti yang pernah dimesyuarat pada tahun yang lalu.
Minit yang tesebar dalam FB kelab penyokong UMNO Terengganu.



Kabinet Bayangan Terengganu 2013 seperti tersebar ialah;


Menteri Besar
Datuk Seri Ahmad bin Said
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Negeri,
Pengerusi Jawatankuasa Kewangan Negeri,
Pengerusi Jawatankuasa Tanah, Petroleum dan Hasil Bumi Negeri,
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri.

YM Dato' Tengku Putera Tengku Awang
Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan Negeri.

YB Dato' Abdul Rahim bin Mohd Said
Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Ksenian dan Warisan Neggeri.

Ashari bin Khartib Hassan
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri.

Datuk Wan Ahmad Nizam bin Wan Abdul Hamid
Pengerusi Jawartankuasa Belia dan SUkan Negeri.

YB Alias bin Abdullah
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri.

YB Toh Chin Yaw
Pengerusi Jawatankasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri

YB Asha'ari bin Idris
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi Negeri.

Datuk Haji Jalaini bin Ngah
Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri.

Haji Muhammad Pehimi bin Yusof
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri

Haji Mohamad bin Jusoh
Pengersui Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita Negeri.




Menurut sumber yang dipercaya saudara Mohd Hisham Haji Zubir, Ketua Pemuda Kemaman ketika ditanya hal ini semasa majlis Qurban Aidil Adha mengesahkan bahawan memang untuk menang dan mengekalkan Barisan Nasional memerintah Terengganu perlu ada kabinet yang kukuh, kuat dan dipercayai. 

Ini bertepatan dengan kenyataan dan saranan Setiausaha Kelab Veteran Umno Malaysia Datuk Mustapha Yaakub supaya UMNO menamakan calon lebih awal. Dengan itu tindakan ke atas pensabotaj akan lebih berkesan daripada mengambil tindakan ke atas mereka di saat akhir selepas penamaan calon.

Menurut sumber tersebut, Mohd Hisham setuju dengan kenyataan Datuk Mustapha dan menyebut Terengganu sudah bersedia dengan muka baru yang lebih mantap dan taat.

Menjadi persoalan adakah kabinet ini telah mendapat makluman dan persetujuan daripada Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak?

Ada pula sumber menyebut bahawa Datuk Seri Najib telah menemui Sultan Mirzan untuk mendapatkan perkenaan untuk calon-calon UMNO Terengganu supaya tidak terjadi seperti mana sebelum ini.

Banyak persoalan timbul daripada Kabinet 2013 UMNO Terengganu ini kerana kabinet tidak dimaklumkan secara rasmi dalam mana-mana mesyuarat Bahagian UMNO.

Adakah itu satu lagi edisi cantas (cah kenting) yang mahukan satu team sahaja berkuasa dalam UMNO Terengganu. Sama-sama kita saksikan nanti.




 http://polispencen.blogspot.com





Photobucket

UMNO: Sudah hendak jatuh, masih mengaku gagah

on






Saya tidak tahu bagaimana ada pemimpin peringkat tertinggi BN percaya yang BN akan mendapat sedikit lebih kerusi parlimen dari apa yang didapati dalam PRU yang ke-12 dahulu. Di samping mengakui akan kehilangan beberapa kerusi yang sekarang dipegang oleh BN di Sabah dan Sarawak, BN masih berkeyakinan boleh mendapat lebih daripada 140 kerusi dari jumlah 222 kerusi parlimen keseluruhannya.

Nampaknya UMNO dan BN mempunyai formula ilmu kira-kira yang baru. BN mengakui yang enam atau tujuh kerusi di Sabah akan kalah dan jumlah yang sama juga akan kalah di Sarawak. Tetapi dengan berkurangan jumlah kemenangan BN di kedua-dua buah negeri ini ia menambahkan kemenangan BN melebihi 140 kerusi.

Tetapi dalam ilmu kira-kira apabila sesuatu angka itu ditolak, angka itu akan menjadi kurang. Jadi kalau hendak tahu ilmu kira-kira (belum lagi matematik) yang baru di mana menolak jumlah angka itu akan menambah bilangan jumlah angka tersebut, elok belajar dari BN bagaimana menolak jumlah sesuatu angka itu boleh menambah bilangan angka itu. Selalunya angka itu akan bertambah jika dicampur bukannya ditolak.

Tetapi kita tahu kenapa BN merasakan ia akan mendapat lebih daripada 140 kerusi dan fenomena kekeliruan ini memang biasa berlaku di dalam BN. Semasa Abdullah Badawi membubarkan parlimen dahulu pun, tentunya beliau membuat perkiraan yang BN akan memenangi jumlah kerusi yang besar sebagaimana yang beliau perolehi semasa PRU tahun 2004 dahulu. Dalam hal membuat kira-kira ini, BN memang selalu salah dan kesalahan ini akan berlaku lagi di dalam pilihanraya yang akan datang ini.

BN membuat perkiraan yang di Semenanjung mereka yakin yang pengundi India akan kembali ke pangkuan BN, dan beberapa kerusi yang dipegang oleh PKR akan jatuh ke tangan mereka. Jika itu perkiraannya mereka sepatutnya menolak sejumlah sokongan dari kaum Cina yang sekarang ini sedang menambah bilangan sokongan kepada PR melalui DAP kali ini. Jika dahulu hanya 65% sahaja orang Cina memberikan sokongan kepada PR, kali ini jumlahnya akan bertambah kepada 80%. 15% tambahan ini adalah satu angka yang besar dan boleh memberikan impak negatif kepada BN dalam PRU ini.

BN meletakkan harapan untuk mendapatkan pertambahan kerusi kali ini melalui pemberian BR1M kedua tidak berapa lama lagi. BN yakin dengan pembelian undi ini mereka akan mendapat sokongan yang lebih besar kerana BN merasakan jumlah RM500 atau RM1000 itu amat besar kepada rakyat yang miskin. BN masih memainkan isu kemiskinan yang mereka wujudkan untuk mendapatkan sokongan semasa terdesak dengan membayar jiwa dan raga mereka (orang miskin).

Sekarang baru kita yakin yang BN akan tetap mengekalkan tahap kemiskinan rakyat di tahap yang ada sekarang ini agar dapat dipergunakan dalam setiap PRU yang bakal diadakan dengan membeli mereka yang BN anggap sebagai kelompok miskin ini. Pendeknya BN menaruh harapan kepada undi dari mereka yang dianggap miskin. Pimpinan kita beranggapan RM500 melalui pemberian BR1M ini sudah memadai untuk rakyat sedangkan jumlah sejemput itu hanya boleh menyelesaikan masalah untuk sehari sahaja.

Tetapi benarkah BR1M itu membawa keuntungan kepada BN kerana rata-rata saya dapati ramai rakyat yang tersinggung dengan tindakan Najib membeli undi ini, terutamanya di kalangan anak muda yang berpendapatan tetap. Ramai orang-orang yang berumur ini menerima BR1M ini tidak akan mengundi BN kerana anak-anak mereka memberi lebih dari apa yang BN berikan kepada mereka. Mereka ini akhirnya akan mendengar nasihat anak-anak mereka dari mendengar nasihat pemimpin UMNO di mana-mana.

Seperkara yang UMNO tidak mengambil kira ialah parti itu akan menghadapi masalah dalaman yang besar dalam PRU yang akan datang ini. Bagi pendapat ramai perebutan menjadi calon lebih buruk lagi di masa ini. UMNO akan menghadapi sabotaj dari ahli-ahli dan pemimpinnya sendiri dan ini akan hanya menyerlah sebaik sahaja nama-nama calon diumumkan. Apa yang berlaku di dalam pilihanraya yang lalu akan berlaku dalam kadar yang lebih teruk lagi di pilihanraya kali ini.

Saya telah mendapat maklumat yang diberikan oleh ahli-ahli UMNO dan pimpinan pertengahan yang mereka akan melakukan apa sahaja untuk memboikot mana-mana calon yang tidak sehaluan dengan mereka dan perkara ini jelas dirancang dari atas sehingga ke bawah dalam parti pemerintah selama dekad itu. Ramai pimpinan di peringkat bahagian telah jatuh semangatnya kerana masalahnya bukan menghadapi pembangkang yang sudah sedia mendapat perhatian ramai, tetapi menghadapi masalah ‘chah keting’ sesama sendiri.

Sesungguhnya UMNO tidak akan mampu diperbaiki selagi barisan sekarang ini masih berkeliaran di majlis tertinggi serta kabinet negara pada hari ini. Ini cadangan yang mustahil diterima oleh pimpinan UMNO hari ini. Cadangan itu ialah untuk pimpinan yang ada pada hari ini bersara dan berikan kepada ahli-ahli yang tidak mahu masuk dalam acuan yang dibentuk oleh Dr Mahathir dahulu. Jika acuan ini tidak ditukar rakyat tahu siapa pun di kalangan barisan MKT yang ada pada hari ini mengambil alih imej UMNO itu tidak akan dapat dipulihkan.

Siapa pun yang mengambil alih di kalangan mereka ini UMNO tidak akan berubah. Imej UMNO sudah begitu berkecai dan dilihat oleh ramai penganalisis politik yang berwibawa menyatakan yang kali ini adalah masa yang tergenting sekali yang dialami oleh UMNO. UMNO perlu menukar acuannya kerana acuan yang ada hari ini sudah tidak boleh dipakai dan tidak relevan lagi.

UMNO sudah sampai ke tahap tidak bpleh meletakkan calon kerana kalau digantikan mereka yang ada dengan calon yang baru, kerosakan sudah terlalu teruk dan siapa pun calon itu akan kecundang dan tidak bermaya untuk menahan kebangkitan rakyat di merata-rata tempat dan wilayah di dalam negara ini.

Walaupun Tengku Adnan, Setiausaha Agong UMNO, berkeyakinan untuk meraih lebih daripada 140 kerusi parlimen tetapi itu semuanya merupakan ‘wishful thinking’ beliau sahaja. Tengku Adnan hanya bercakap dengan memberikan pandangan yang beliau ingin dengar sahaja.

UMNO pusat tidak akan berani menukar calon-calon yang baru apatah lagi jika penyandang pada hari ini adalah dari ketua atau pemimpin atasan di bahagian masing-masing. Ditukar akan membawa kekalahan dan jika tidak ditukar juga akan menjadi masalah besar juga. UMNO dan ahli-ahlinya tidak ada kebersamaan di antara mereka lagi. Ini merupakan akibat kelalaian pimpinan yang tidak mengambil tahu hal parti yang telah mula rapuh sejak tiga puluh tahun yang lalu.

Sekarang ini UMNO terpaksa menubuhkan bermacam-macam Jawatankuasa untuk mengelakkan sabotaj-mensabotaj parti. Parti ini menghadapi masalah yang dilakukan oleh ahli-ahlinya sendiri bukannya oleh rakyat yang ramai. Jika parti itu bermasalah dalam sebegini serius bagaimana ia boleh diyakini dan diberikan mandat lagi. Maka UMNO patut diketepikan dahulu dan biarkan parti itu menyelesaikan masalah mereka dahulu. Sementara itu biarlah pihak alternatif menjaga rakyat dan negara dalam tempoh dan penggal yang akan datang ini.

Buat masa ini UMNO terpaksa berbelanja berlipat kali ganda kali ini untuk membiayai kos pekerja pilihanraya yang lebih mementingkan wang ringgit yang besar sebelum melaksanakan tugas dalam pilihanraya nanti. UMNO ibarat kereta yang sudah terlalu tua dan kos penyelenggaraannya amat tinggi. Apabila kurang penyelenggaraan UMNO akan tidak berfungsi dan akan seperti kereta tua yang rosak: terbengkalai di tepi-tepi jalan.

Itu sebabnya orang ramai memilih untuk memandu kereta baru yang masih berbau wangi di dalamnya. Kereta lama ini mempunyai bermacam-macam masalah. Lepas diperbaiki, enjin rosak pula dan sistem penghawa dinginnya. Sekarang apabila kereta itu diyakini boleh berjalan dengan baik, lampu pula padam dan tidak boleh dipandu pada waktu malam. Susah memandu kereta tua ini. UMNO perlu dihantar ke bengkel dan diperbaiki sebelum ia boleh digunakan lagi.

Oleh itu kita mesti terima hakikat apabila sampai masa UMNO itu jatuh ia akan jatuh bergelimpangan. Ia seperti nyawa kita, apabila sampai waktunya untuk pulang ke Penciptanya, ia tidak boleh ditangguh walaupun sesaat. Ada sahaja jalannya untuk kembali ke asal. Setengahnya mati kerana kemalangan, setengahnya kerana serangan jantung dan angin ahmar, ada yang mati kerana C4 dan berbagai-bagai lagi cara manusia melalui jalan kematian.

Parti politik pun begitu. Ada yang gugur kerana peperangan dan ada yang jatuh kerana rasuah yang keterlaluan dan salahguna kuasa seperti yang berlaku di negara kita ini.


http://www.aspanaliasnet.blogspot.com/

Photobucket

Tanda dan dalil untuk perubahan sudah nyata

on






Sebelum satu-satu perubahan berlaku is akan bermula dengan tanda-tanda dan dalil yang kuat yang perubahan peristiwa besar akan berlaku. Semasa Tsunami tahun 2006 yang telah meragut hampir tiga juta nyawa manusia di persisiran lautan India banyak tanda-tanda telah dialami beberapa ketika sebelum peristiwa buruk ini berlaku.

Di persisiran pantai kedapatan banyak ikan yang selalunya didapati di tengah-tengah lautan dan jumlah ikan dan haiwan laut berada di persisiran pantai lebih banyak dari biasa. Banyak lagi tanda-tanda dan dalil yang kedapatan sebelum peristiwa yang menyayat itu berlaku. Peristiwa seperti itu juga membawa dalil yang akan berlaku di kawasan yang berlaku malapetaka itu.

Mengikut setengah kajian peristiwa seperti ini adalah petanda yang kawasan yang ditimpa malapetaka seperti Tsunami itu akan menjadi kawasan yang akan pesat membangun selepas tiga atau empat dekad. Negara Jepun dalam masa empat dekad telah mencapai kemajuan setelah negara itu menjadi negara padang jarak padang terkukur selepas bom atom telah digugurkan oleh pihak bersekutu di Nagasaki dan Hiroshima pada tahun 1945 yang lalu.

Begitu juga dalam hal politik sesebuah negara itu. Di wilayah barat Eropah, telah berlaku berbagai-bagai macam bencana alam yang ngeri dan menakutkan sebelum wilayah itu menjadi wilayah dan negara-negara yang maju dan moden. Peperangan di antara negara-negara berjiran serta tindakan Hitler menghalau kaum yahudi dari Jerman dan kesemuanya ini merupakan peristiwa yang sangat besar ‘consequence’nya terhadap landskap politik dan sosial dunia. Akhirnya setelah tiga atau empat dekad kawasan dan wilayah-wilyah di kawasan itu merupakan kawasan  termaju di dunia.

Pendeknya setiap kebaikan yang berlaku itu merupakan susulan kepada peristiwa-peristiwa yang buruk seperti bencana alam dan perubahan politik sesuatu negara atau wilayah itu.

Kalau kita lakukan aplikasi terhadap apa yang sedang dan akan berlaku di negara ini ia merupakan satu perubahan dan anjakan politik yang sangat penting untuk berlaku bagi menuju kebaikan di masa depan. Dalam proses perubahan ini kita harus bersabar dan melaluinya dengan penuh yakin yang arus perubahan ini adalah kehendak ‘nature’ yang mana tidak seorang pun terlepas daripada mengalami dan melaluinya.

Mana-mana pihak yang mempunyai kesabaran yang lebih akan berjaya. Itulah sebabnya saya selalu meminta semua yang menjadi agen perubahan ini bersabar lebih dari biasa bagi perubahan ini berlaku dengan baik dan tidak payah melalui kejadian yang membawa banyak nyawa dan kecederaan berlaku.

Bagi kita, kita telah mempunyai cara dan kaedah untuk melakukan perubahan itu dengan terhormat dan teratur. Kita hanya perlukan pemikiran yang baik dan tidak dicelarukan dengan elemen-elemen yang boleh merosakan sistem kehidupan yang kita sedia alami.

Seperti yang saya katakan tadi, peristiwa yang tidak disenangi oleh sesuatu pihak itu yang memungkin ada perkara-perkara yang kita tidak ingini berlaku, akan sentiasa disusuli dengan hasil yang baik yang akan dirasai oleh rakyat jelata, setelah kita melalui pahit maung untuk melakukan perubahan itu. Jika diizin Tuhan kita akan sampai ke peringkat di mana kita semua akan hidup dalam aman dan sentosa bersama pembangunan negara yang kita kehendaki berlaku dengan sistem yang baik dan sempurna.

Sementara perubahan sebenar itu sampai dan benar-benar berlaku adalah penting kita menahan segala gejala reaksi yang buruk yang tidak mahu perubahan itu dengan penuh kesabaran. Kita harus sentiasa memohon dari yang Maha Esa agar kita sentiasa berada di dalam sepenuh keredhoanNya..

Kita yakin segala tanda-tanda awal dan dalil-dalil yang berlaku untuk perubahan itu kian hari kian jelas. Bagi kita, apa yang perlu dilakukan ialah untuk bersabar dan sentiasa memohon segala keredhoanNya dalam segala perlakukan yang kita lakukan semata-mata untuk kebaikan masyarakat dan rakyat negara kita. Waallahualam.


http://www.aspanaliasnet.blogspot.com/


Photobucket

BN terpaksa berbohong untuk kekal kuasa

on






Disebabkan terdesak untuk menang pilihanraya, slogan 1Malaysia Najib seolah masuk bakul sampah apabila BN bersikap ‘lidah bercabang’ mengekalkan taktik “pecah dan perintah” dalam kempen mereka kepada kumpulan kaum yang berbeza.

Menyifatkan ia adalah bukti bahawa BN sudah tidak yakin untuk menang dalam PRU ke 13, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata taktik kempen BN ini telah  menggambarkan bahawa mereka telah hilang kredibiliti, legitimasi dan kewibawaan moral untuk terus memerintah negara ini.

Menurutnya, pendekatan BN ini jauh berbeza jika dibandingkan dengan kempen PR yang hanya mempunyai satu mesej jelas kepada semua rakyat Malaysia iaitu mengembalikan keadilan, kebebasan, demokrasi dan tadbir urus yang baik serta menjunjung Perlembagaan Persekutuan.
Kit Siang yang juga Ahli parlimen Ipoh Timor menjelaskan bahawa taktik kempen BN secara halus dan jahat ini akan menjejaskan pembinaan kesatuan bangsa Malaysia.

“Kepada kaum Melayu, pemimpin dan propagandis UMNO berbohong dengan berkata sekiranya PR berjaya membentuk kerajaan persekutuan, DAP akan berkuasa dan Melayu akan kehilangan kuasa politik dan menjadi “pengemis di tanah sendiri”.

“Mereka juga menuduh bahawa kemenangan PR akan menyebabkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara akan digantikan dengan negara Kristian, pemansuhan sistem Raja-Raja dan Malaysia pula menjadi negara Republik”

Pada masa yang sama tambah beliau, lain pula momokan BN kepada kaum Cina dimana pemimpin-pemimpin dan propagandis MCA menyebarkan amaran bahawa PAS sebenarnya yang akan berkuasa sekiranya Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan pada PRU13.

“MCA memomokkan bahawa hukum hudud akan dilaksanakan menyebabkan hak dan kepentingan bukan Islam akan terjejas sementara wanita bukan Islam tidak mampu lagi berasa selamat kerana mereka akan diperkosa oleh umat Islam.”

Jelas Kit Siang, hal ini mengingatkan kepada penipuan MCA dan Gerakan pada 1999 bahawa mengundi DAP bermakna mengundi PAS dan Negara Islam. Dimana mereka menggambarkan khinzir, alkohol, rumah ibadat agama lain, sekolah Cina akan tiada manakala wanita cantik akan sukar mendapat pekerjaan malah pemotongan tangan dan kaki akan berleluasa.

Walhal ujar beliau, pemimpin-pemimpin BN sendiri tidak percaya kepada pembohongan dan dakwaan sekutu masing-masing.
“Inilah sebabnya mengapa BN layak untuk ditewaskan dan diganti dengan Pakatan Rakyat sebagai kerajaan persekutuan baru di Putrajaya dalam PRU13.” kata Kit Siang. 

Roketkini.com



Photobucket

UMNO Khuatir Persaingan ‘Pahlawan Lama’

on






Sebahagian ahli Umno khuatir dengan kembalinya rakan-rakan lama mereka untuk kerusi yang bakal dipertandingkan berkemungkinan menjadikan persaingan untuk pilihan raya umum (PRU) akan datang lebih sengit, kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini.

“Saya beritahu agar mereka tak ambil hati. Tuan-tuan  juga ... tahu bagaimana kerenah dan perangai kawan-kawan kita,” katanya ketika melancarkan Persatuan Bekas Ahli Parlimen (Mubarak) hari ini.

Presiden Mubarak, Tan Sri Abdul Aziz Rahman, kemudiannya mengesahkan parti itu telah memulakan kempen tanpa melalui arus perdana dengan mendekati organisasi bukan kerajaan yang mewakili pesara-pesara polis, tentera dan bekas ahli politik.

“(Kempen kita) telah berjalan pun. Itu pasal kecurigaan mungkin timbul,” kata Abdul Aziz kepada pemberita.

“Kita buat program untuk menceritakan hal kejayaan Barisan Nasional (BN) setakat ini ... Ini peranan kita, dan tidak ada langsung nawaitu untuk nak menentukan kita sendiri sebagai calon.

“Jika sekiranya salah seorang daripada kita dipilih sebagai calon ... ia disebabkan personalitinya, yang diterima pengundi.”
Tengku Adnan  turut menjelaskan BN sedang mencari calon yang mesra rakyat untuk dicalonkan dalam pilihan raya akan datang.
“Kita hendak calon yang rakyat hendak, bukan calon yang dipilih oleh parti atau individu-individu tertentu dalam parti,” tegasnya.

“Malah presiden (Datuk Seri Najib Razak) sendiri telah sebut … bukan calon yang presiden hendak, dia nak calon yang rakyat nak mewakili mereka sebagai wakil rakyat.”

Beliau juga turut mengesahkan BN sekarang memberikan tumpuan bukan hanya untuk menang empat kerusi daripada Pakatan Rakyat (PR), tetapi kesemua kerusi.

“Kita nak ambil semua negeri balik, bukan empat negeri .. Kita nak lebih dari dua pertiga dalam Parlimen supaya kita dapat buat perubahan-perubahan yang perlu dilaksanakan,” tegas Tengku Adnan.

The Malaysian Insider sebelum ini melaporkan keyakinan Tengku Adnan BN akan lebih baik berbanding 2008 ketika majlis bersama Foreign Correspondents Club of Malaysia walaupun berhadapan kesukaran di negeri “deposit tetap” Sabah dan Sarawak.

Menurut laporan sumber, BN menjangkakan memenangi lebih 140 kerusi Parlimen dalam pilihan raya 2008 walaupun PR yakin akan menawan Putrajaya dalam pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun, ahli politik BN melihat tujuh kerusi Parlimen di Sarawak dan enam di Sabah tidak akan tergugat oleh PR namun mengekalkan kedudukan mereka di kawasan pedalaman. Terdapat 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang



The Malaysian Insider

Photobucket

Enak Didengar Belum Pasti Tercapai - Bekas Timb. Menteri jangka BN tewas dalam PRU 13

on





KOTA KINABALU: Bekas Timbalan Menteri Persekutuan Datuk Yahya Lampong meletakkan keyakinan yang sangat kuat bahawa BN akan gagal mengekalkan kuasanya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Menurutnya, daripada keseluruhan 222 kerusi parlimen di seluruh negara, beliau menjangkakan 118 kerusi akan dimenangi Pakatan Rakyat pada PRU13 kali ini dan 104 kerusi sahaja akan diperoleh BN.

Beliau yang telah keluar BN dan mengumumkan menyertai PKR baru-baru ini berkata, asas pengiraannya adalah dengan formula (82 + 20 + 16 = 118)

82 katanya adalah jumlah kerusi yang telah dimenangi oleh gabungan PAS,PKR dan DAP pada PRU12, 2008 yang lalu dan dijangka jumlah itu akan kekal pada PRU akan datang.

20 pula adalah jumlah kerusi parlimen yang majoritinya adalah pengundi Cina dan India yang dimenangi BN dalam PRU12 yang sudah tentu pada jangkaannya akan menolak BN pada PRU akan datang.

Asas kekalahan BN itu juga jelasnya, turut disandarkan pada keyakinan bahawa lebih separuh kerusi parlimen Sabah - selama ini menjadi 'tempat berpaut' BN untuk mengekalkan kuasa termasuk pada PRU12 lalu - akan 'swing' kepada Pakatan Rakyat.

Kata Yahya, sekurang-kurangnya 16 dari 25 kawasan parlimen di Sabah bakal dimenangi Pakatan Rakyat pada PRU13 akan datang.

Kawasan itu masing-masing adalah 13 kerusi dari kawasan majoriti pengundi Kadazan, Dusun, Murut (KDM) dan Cina (KDM-C) dan tiga lagi dari kawasan campuran KDM-C dengan pengundi Islam.

Tiga kawasan campuran KDM-C dengan pengundi Islam adalah di Beaufort, Papar dan Kota Belud.

Di Papar dan Kota Belud katanya, jumlah peratusan pengundi KDM-C adalah 40 peratus dan hanya memerlukan sekurang-kurangnya 15 peratus sahaja lagi sokongan pengundi Islam bagi memenangi kedua-dua parlimen tersebut.

Bagi Beaufort pula, parlimen itu diyakini akan dimenangi Pakatan Rakyat apabila bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga bekas Ketua Umno Beaufort, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin disebut-sebut bertanding di situ.

Lajim juga adalah timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan.

Dan jika benar jangkaan Yahya ini berlaku, bermakna Pakatan Rakyat sudah boleh menguasai Putrajaya dengan 118 kerusi tidak termasuk kerusi perlimen dari Sarawak.

"Pakatan hanya memerlukan 112 kerusi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

"Justeru, Pakatan Rakyat sudah berupaya membentuk kerajaan dengan sokongan rakyat Semenanjung dan Sabah. Maka kawasan parlimen Sarawak adalah Bonus," katanya.


 Harakah Daily 


Photobucket

YDP MPS sahkan projek kondominium di Batu Caves diluluskan kerajaan BN , ditangguhkan kerajaan PR

on





Yang DiPertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Datuk Zainal Abidin Aala telah menafikantuduhan UMNO/ Barisan Nasional bahawa Dolomite Park Avenue projek kondominium di Batu Caves telah diluluskan oleh kerajaan Selangor Pakatan Rakyat (PR).

Dalam sidang akhbar selepas mesyuarat MPS hari iniZainal Abidin memberitahu pemberitabahawa "Kelulusan Perancanganyang diluluskan pada 30 November 2007 adalah kuncikepada pembinaan setiap yang dianugerahkan oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

"Sebenarnya, PerancanganKelulusan adalah kunci kepada pembinaan yang diluluskan.

"Projek ini melibatkan dua fasakedua-duanya dianugerahkan pada tahun 2007danpembinaan siap lot kedai adalah fasa pertamaFasa kedua adalah pembinaan unitkondominium, "jelasnya.

Zainal Abidin juga mendedahkan bahawa projek oleh Dolomite Properties Sdn Bhd telah diluluskan oleh Jabatan Mineral dan Geosains semasa pemerintahan BN Selangor walaupunpenolakan daripada Jabatan Alam Sekitar dalam laporan awal
.

Dalam perkembangan lain, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam kenyataan di Parlimen memberi kenyataan kerajaan negeri telah menghentikan sementara pembinaan kondo 29 tingkat tersebut dan akan menubuhkan jawatankuasa khas peringkat esok pada esok untuk mencari jalan penyelesaian isu terbabit.

Beliau turut berjanji kerajaan negeri akan menyelesaikan perkara tersebut secepat mungkin walaupun mengakui arahan penghentian itu akan menyebabkan pemaju tersebut mengalami kerugian kewangan.
 

“Kami mesti bertindak cepat... kerana kami tidak mahu membuat sesuatu keputusan yang tidak adil dalam urusan perniagaan. Penangguhan akan akibatkan kehilangan wang tetapi kita juga perlu memastikan semuanya mengikut garis panduan yang ditetapkan,” kata Abdul Khalid semasa sidang media di lobi Parlimen hari ini.
 

Pembinaan kondominium yang dirancang sejak 2007 itu kini berhadapan tekanan terutamanya daripada pihak jawatankuasa kuil yang kini memperoleh sokongan daripada pemimpin MIC yang turut sama membantah pembinaan itu.
 

Hujung minggu lalu, kira-kira 200  penganut agama Hindu dan aktivis badan bukan kerajaan (NGO) menyertai himpunan di perkarangan Batu Caves  bagi menyatakan bantahan ke atas pembinaan kondo tersebut yang dikatakan akan memberi ancaman kepada alam semulajadi bukit itu.
 

Bekas menteri kerja raya, Datuk Seri Samy Vellu yang hadir atas jemputan pihak jawatankuasa kuil turut sama menyertai dan  memberikan ucapan dihadapan kira-kira 200 orang ramai yang hadir pagi semalam.
 

Dalam himpunan sama, bekas ahli majlis MPS, Senator Kohilan Pillay bertindak menunding jari dengan menuduh pihak kerajaan PR sekarang yang bertanggungjawab meluluskan projek kondo tersebut.
 

SEKARANG TEMBELANG SUDAH PECAH!!!!.. SUDAH KANTOI LUMAT LUNYAI!!!!!.. YANG BUAT KERJA DURJANA ADALAH KERAJAAN UMNO/BN YANG DIKETUAI KHIR TOYO DULU TAPI TUDUH KERAJAAN PKR/PR PIMPINAN TAN SRI KHALID YANG LULUSKAN..


sumber

Photobucket

SPR Tanpa Integriti Keadilan Dan Ketelusan, PRU 13 Menjadi Terlalu Kotor Lagi Menjijikkan

on






Adalah jelas kunci kepada keadilan pilihanraya umum ke 13 Malaysia terletak kepada peranan berintegriti yang dimainkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Tanpa integriti, keadilan dan ketelusan SPR, PRU ke 13 akan berada dalam keadaan yang terlalu kotor lagi menjijikkan.

Namun demikian hingga ke saat ini, walau betapa kuatnya rakyat mendedahkan segala kepincangan, kecacatan dan juga ‘kejahatan’ kerja buat SPR, badan pengurus pilihanraya ini terus bagaikan buta dan pekak. 

SPR Bisu? Bisu tidak! SPR tidak bisu kerana SPR di bawah kepimpinan Abdul Aziz dan Wan Ahmad yang ‘bengong’ ini, tetap akan menjawab segala permasalahan yang dibangkitkan namun secara sehala dalam media-media pencacai Umno/Bn, walaupun dengan asasan yang paling menyakitkan hati, kebudak-budakan, paling mengarut, paling tidak munasabah malah penuh dengan kejahatan dan dosa penipuan!

Alasan yang sering diberikan oleh SPR, pihak parti dalam Pakatan Rakyat hanya tahu komplen tetapi tidak berani berjumpa dengan mereka secara bersemuka. SPR akan mengomel konon pihak parti Pakatan Rakyat tidak ada bukti di atas setiap tuduhan. SPR terus melalut dan merapu dengan  pelbagai auta serta putar belit yang kadang-kadang mengalahkan ular sawa dan Mahathir !

Melihat kepada keadaan sekarang SPR hari ini ia bukan lagi boleh diharap untuk menganjurkan PRU bersih buat parti-parti yang menentang Umno/Bn. Bagi SPR yang ‘jahat’, keadilan dan integriti yang sebenar adalah memastikan Umno/Bn menang selesa dalam PRU 13. Itulah makna keadilan bagi SPR! Keadilan kepada hotak mereka!

Daftar pemilih yang kotor lagi hina yang penuh dengan pengundi-pengundi yang mencurigakan dan diragui, tidak diambil kisah oleh Abdul Aziz dan Wan Ahmad. Alasan mereka tiada bukti, perkara yang berlaku itu dah memang macam itu, tak boleh buat apa-apa kerana undang-undang dah kata begitu, kalau ada pengundi yang bernama Siput bin Babi pun mungkin akan dikatakan dah nama dia macam tu, atau sengaja diada-adakan untuk memburukkan nama baik SPR! 

Macam kes-kes dalam gambar di atas mungkin SPR akan jawab, "dah nak buat macam mana dia memohon sebelum dia lahir lagi! Yang seorang tu pulak pada hari lahir dia tu jugak dia merangkak pergi memohon...ini hakikat! Yang memohon sebelum umur daftar sekolah tu, waktu dia bermain pondok-pondok bawah pokok depan rumah dia, dia teringat nak daftar pemilih teruslah dia pergi daftar! Itu biasalah dunia hari ini kan! Parti Pembangkang  bukan tahu hal ini, saya tahu!"

Memang gila....gila babi!

SPR hanya memekakkan telinga kepada segala komplen yang mempunyai bukti jelas antaranya Umno/Bn menggunakan sepenuhnya media dan segala harta kerajaan dalam kempen mereka. SPR buat tak kisah malah kadang-kadang mengeluarkan kenyataan bagaikan memberi kebenaran kepada Umno/Bn untuk membuat sesuka hati!

Pendek kata keadilan bagi SPR ialah hanya  Umno/Bn yang patut mendapat ekses media sedangkan parti-parti yang berlawan dengan Umno/Bn hanya layak atau memadai mengharungi ceramah-ceramah penerangan dengan penuh cabaran dan gangguan para samseng daripada kalangan pelesit dan syaitan yang dikenali!

Ada SPR kisah akan nasib parti-parti pembangkang kepada Umno/Bn atau parti Pakatan Rakyat? "Lantak engkaulah...tapi kalau engkau langgar peraturan, tindakan tegas membatalkan calon atau membatalkan keputusan pilihanraya calon engkau boleh diambil!", mungkin itulah agaknya antara yang akan dipertuturkan oleh SPR apabila parti pakatan Rakyat agak aggresif terhadap provokasi Umno dan kuncu-kuncunya

Hingga ke hari ini SPR belum melayan segala tuntutan rakyat melalui BERSIH 2.0. Maknanya hingga ke hari ini SPR masih jahat dan tetap akan bekelakuan jahat terhadap Pakatan Rakyat! SPR seolah-olah sedang menyediakan padang yang tidak sama rata bagi 'perlawanan' antara Umno/Bn Vs Pakatan Rakyat dalam PRU 13. 

Ada harapankah nak mencari keadilan dalam PRU 13 nanti jika begini kelaku SPR? Jangan harap!

Nampaknya terlalu banyak lagi ‘kejahatan’ SPR Umno/Bn ini kalau hendak dileterkan disini dan di mana-mana. Pengajaran yang sesuai buat SPR yang buat kerja gila babi seumpama ini memanglah penganjuran himpunan sejuta rakyat menuntut pilihanraya bersih. 

Nampaknya sebelum rakyat turun berduyun-duyun dalam pilihanraya, rakyat harus terlebih dahulu turun berhimpun menunjuk rasa.

Rakyat yang sedar akan masalah ini wajib turun ramai-ramai untuk menentang segala kejahatan syaitan yang dikenali dengan kuncu-kuncunya yang tidak takut melakukan perkara haram dan dosa ini!


sumber

Photobucket

Masih Adakah Lagi Bangsa Melayu Kalau Pertubuhan Orang Melayu Sendiri Nak Jadi Satu Malaysia.

on






Kalau sebelum ini pasal Raja-raja Melayu yang nak menjadi Raja 'One Malaysia'. Kali ini pasal pertubuhan Melayu yang mendokong konsep 'One Malaysia' pulak. Inilah padahnya kalau kerajaan yang menguasai parti. Parti cuma jadi 'Rubber Stamp' sahaja kepada dasar-dasar kerajaan. 


Apa sahaja yang di putuskan oleh kerajaan akan di sokong dengan membuta tuli oleh parti. Tak ada siapa yang berani membantah.Tak kisahlah kalau perkara itu menguntungkan orang Melayu atau pun merugikan orang Melayu. Yang penting sokong je! Sepatutnya parti yang menguasai kerajaan.Sebab kalau tidak ada parti maka tidak adalah kerajaan.Parti yang membentuk kerajaan. 


Sebab itu kerajaan kena dengar cakap parti bukan sebaliknya. Kerajaan jadi instrumen politik atau alat untuk membawa aspirasi parti. Melaksanakan segala cadangan, saranan atau apa sahaja resolusi yang telah di capai dalam parti terutamanya sewaktu perhimpunan agung tahunan
.
Inilah padahnya bila pemimpin-pemimpin parti yang berada di dalam kerajaan sudah tidak boleh di tegur lagi. Bila di tegur … Marah ! Orang yang menegur akan di 'black list' atau akan di sabotaj.




Maka wujudlah budaya mengampu dan membodek dalam parti. Kalau tak buat macam tu alamat tak ada 'chance' la nak naik. Dan tak ada 'chance' la pulak nak dapat habuan dari pemimpin.
Sebab itu kerajaan boleh berbuat sesuka hati. Sebab parti yang menjadi tulang belakang kerajaan sudah tidak berani lagi hendak menegur. Kerajaan jadi sombong dan angkuh. Mereka lupa bahawa dalam demokrasi rakyatlah yang sebenarnya berkuasa bila tiba waktu pilihanraya.

Bila rakyat sudah kelihatan mulai menolak kerajaan, mulalah nak mengelabah. Mulalah buat benda-benda yang merepek semata-mata nak cari undi dan sokongan rakyat.


Lupa dengan matlamat perjuangan parti. Lupa dengan pengorbanan ahli-ahli parti. Lupa dengan darah, keringat dan airmata orang-orang Melayu yang tumpah untuk mempertahankan dan membangunkan Negara ini. Lagi pun selama ini memang sibuk pun untuk memperkayakan diri masing-masing. Mana ada masa nak piker pasal perjuangan Melayu.

Peduli apa dengan perjuangan orang-orang Melayu? Peduli apa dengan konsep Ketuanan Melayu? Bakul sampah kan aja!


Kalau dah macam tu … Kalau dah nak sangat jadi One Malaysia bubarkan je la pertubuhan Melayu ni. Buat apa nak menipu orang Melayu lagi. Selama ini pun apalah sangat kepentingan orang Melayu yang mampu di perjuangkan dan di pertahankan.>Cerita nak perjuangkan agama, nak perjuangkan bangsa ni cuma buat sakit telinga je kita dengar. Habuk pun tarak !Cerita maju kot mana kalau pendidikan percuma kepada orang Melayu pun tak mampu nak bagi.Tak payah cerita la nak bagi pendidikan percuma kepada rakyat. Makin jauh la panggang dari api.


Melayu dah jadi penduduk kelas kedua di negaranya sendiri. Tak percaya? 


Pergilah pejabat kerajaan dan tengoklah macam mana pegawai-pegawai kerajaan layan kita orang Melayu ni. Macam orang nak minta sedekah je dia orang layan kita. Itu pejabat kerajaan. Kalau pergi ke bank-bank lagi la dahsyat layanan dia orang pada orang Melayu. 

Inikah hasilnya perjuangan pertubuhan Melayu yang kononnya nak memertabatkan bangsa? Itu saja ke hasilnya perjuangan yang dah memakan masa selama lebih 60 tahun ni? 

Sakit dada teman mikior!
Pada orang Melayu semua…..bayangkanlah apa nak jadi dengan bangsa ini? Pertubuhan Melayu pun tak peduli dengan nasib kita….

Raja-Raja Melayu pun tak peduli dengan nasib kita….pada siapa bangsa ni nak mengadu? Pikior brader pikior! Jangan tak pikior….

Terus kan membaca… Makin lama makin panas ni!

Pak Lan 
Mohd Ramalan Yunus 
Founder 
World islamic Chamber Of Commerce 


sumber

Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List