UMNO Akhirnya Akur Rosmah Adalah Liabiliti Bagi Najib

on Dec 14, 2012





Akhirnya sebuah buku biografi mengenai isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor akan diterbitkan dan muncul di pasaran pada pertengahan Januari depan yang antara lainnya dikatakan akan menyediakan satu bab khusus untuk menjawab pelbagai tohmahan mengenai dirinya.

Penasihat penerbitan buku itu, Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata, pelbagai tohmahan dan cakap-cakap yang berlegar di pasaran politik mengenai isteri Najib itu akan dijawab melalui wawancara khas dengan Rosmah yang akan dimuatkan dalam satu bab khusus buku tersebut.

Buku tersebut hanya dijangka siap pada pertengahan Januari 2013 tetapi majlis pra pelancarannya sudah pun dilakukan baru-baru ini oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Dengan terbitnya buku ini sekurang-kurangnya membuktikan dua perkara. Pertama, UMNO dan Najib mengakui bahawa watak dan perilaku Rosmah selama ini adalah beban kepada UMNO dan BN serta disedari menjadi antara halangan utama untuk memenangi pilihanraya umum akan datang.

Melalui penerbitan buku itu, UMNO berharap wajah Rosmah dapat disolek cantik dan dilihat molek oleh rakyat, sekaligus memadam segala rupa buruk yang telah terserlah selama ini.

Yang kedua, penerbitan buku ini juga menandakan bahawa pilihanraya umum akan diadakan pada bulan Mac tahun depan. Oleh kerana buku ini hanya siap pada pertengahan Januari depan, Ahmad Maslan tentulah selepas itu akan berusaha mengedarkannya secara percuma kepada pelbagai pihak di seluruh negara, termasuk UMNO Bahagian, jabatan kerajaan, sekolah dan sebagainya melalui tajaan daripada beberapa pihak.

Selain dijual di pasaran dan diberi percuma, buku itu tentunya perlu memakan masa sekurang-kurangnya sebulan untuk diedarkan secara meluas. Hanya selepas buku itu diedar dan yakin rakyat memahami mengapa Rosmah selalu menonjolkan diri, selalu bergaya mewah, selalu membeli perhiasan yang mahal-mahal, maka barulah selepad itu Najib membubarkan Parlimen.

Sudah tentu tarikh yang munasabah untuk Najib mengadakan piliharaya ialah Mac 2013.

Rupa-rupanya kenapa Najib sering menangguh-nangguh tarikh pilihanraya walaupun sudah berkempen dan turun padang bertemu rakyat sejak lebih setahun yang lalu adalah kerana beliau akhirnya menyedari masalah besar yang menghalang kemenangan UMNO dan BN ialah berkenaan karenah isterinya.

Meskipun sudah dicatatkan dalam sejarah beberapa negara dunia bagaimana banyak kerajaan tumbang kerana karenah isteri yang tak terkawal seperti di Filipina, Mesir dan Tunisia sebelum ini tetapi nampaknya tidak ramai pemimpin yang mahu belajar daripadanya.

Serentak dengan usaha membersihkan minda rakyat agar menerima watak isteri PM itu seada dan seredhanya, Tun Mahathir juga turut diheret untuk menyokong bahawa apa yang dilakukan oleh Rosmah selama ini adalah sesuatu yang benar dan tidak bertentangan dengan sebarang norma masyarakat.

Tidak ada peraturan standard untuk isteri PM dan beliau berhak menonjolkan diri, begitulah lebih kurang ungkapan sokongan yang dilafazkan oleh Mahathir.

Tetapi masalah Rosmah sebenarnya bukan sekadar menonjolkan diri, masalah beliau juga ialah berkaitan suka bermewah, membeli perhiasan dan beg tangan yang mahal-mahal, pakaian yang gemerlapan, menggunakan kemudahan kerajaan untuk keluar negara, penglibatan dalam perniagaan dan kontrak kerajaan sebagaimana yang didedahkan oleh bekas adik angkatnya Deepak serta pelbagai hal lain lagi yang telah muncul satu demi satu sejak Najib menjadi PM pada 2009 lalu.

Semua dakwaan itu pula bukan cakap-cakap kosong. Sebahagiannya disahihkan dengan bukti bergambar seperti pemilikan beberapa barangan mewah dan perhiasan mahal yang dimilikinya sebagaimana yang tersebar dalam media baru.

Sebahagian perlakuan Rosmah yang menjadi percakapan dan kebencian rakyat itu sebenarnya bukanlah fitnah dan tohmahan. Ia adalah kebenaran yang nyata.

Sejauh mana cakap-cakap dan kebencian rakyat dapat dibersihkan melalui buku biografi setebal 164 mukasurat itu hanya masa yang menentukannya. Tetapi secara umumnya rakyat sekarang bukan lagi seperti rakyat tahun 60an atau 70an yang menerima bulat-bulat apa saja yang dihidangkan kepada mereka.

Kebijaksanaan rakyat dengan bantuan langit terbuka berlaku di semua pelusuk dunia. Isteri bekas Presiden Tunisia, Laila Ali juga mempunyai watak dan perangai yang hampir sama dengan Rosmah. Dia suka glamour, menonjol diri, bergaya mewah dan membeli perhiasan yang mahal-mahal di luar negara.

Ketika berlakunya era kebangkiran rakyat Tunisia dan perangai isterinya menjadi perbualan rakyat, sebuah buku biografi mengenai dirinya turut diterbitkan untuk membersihkan namanya dan menangkis persepsi yang sudah berakar umbi di kalangan rakyat.

Namun akhirnya buku itu gagal menghalang kebangkitan rakyat. Presiden Ben Ali akhirnya disingkirkan rakyat dan perangai serta perilaku isterinya yang boros dan suka bermewah itu adalah antara sebab yang dikesan sebagai punca kejatuhannya.

Isteri bekas Presiden Perancis, Carla Bruni juga menerbitkan sebuah buku biografi untuk membentuk persepsi baik mengenai dirinya kepada rakyat negara itu. Carla yang merupakan bekas model, ratu seks dan mempunyai sisi gelap yang tak terhitung memilih untuk menerbitkan buku biografi sebagai kaedah untuk menjawab pelbagai tohmahan mengenai dirinya serta membantu karier politik suaminya.

Buku itu laku di pasaran dan beredar ke seluruh dunia. Tetapi akhirnya dalam pilihanraya selepas itu, Presiden Sarkozy tewas kepada lawannya Francois Hollande.

Sebagaimana Laila, watak Carla Bruni juga dikesan sebagai antara punca kekalahan Sarkozy kepada lawannya.

Buku biografi Rosmah ini juga diterbitkan kerana UMNO akhirnya menyedari bahawa karenah dan perlakuan beliau sebelum ini merupakan liabiliti kepada Najib. Ia sama seperti matlamat buku mengenai Laila dan Carla Bruni diterbitkan.

Sama ada buku biografi mengenai Rosmah ini mampu membantu UMNO dan Najib atau sebaliknya biarlah rakyat yang menentukannya dalam pilihanraya nanti. Tetapi dengan UMNO akhirnya menyedari bahawa Rosmah adalah liabiliti bagi UMNO dan Najib sehingga sebuah buku mahal perlu diterbitkan mengenainya, Rosmah juga sebenarnya sedang dipersiapkan untuk dipersalahkan jika keputusan buruk yang menimpa UMNO dan BN nanti.

Sejarah Laila Ali dan Carla Bruni akan berulang lagi.


Shahbudin Husin

Photobucket

Setelah Penamaan Calun Bermula Nanti, Maka Bermulalah Kejatuhan BN

on





Ubah, tukar, ganti diantara bahasa politik yang bergema sekarang, sama ada di Kelantan, Sabah dan Malaysia. Di Kelantan UMNO jadikan perkataan TUKAR sebagai agenda untuk merampas Kelantan dari PAS. Sabah pula mengunakan perkataan UBAH untuk menjatuhkan Kerajaan UMNO Sabah, manakala rakyat Malaysia beria-ia benar untuk GANTI kerajaan BN kepada PR.

Ramalan demi ramalan dikeluarkan oleh pihak-pihak yang ingin menjadi jaguh kepada andaian keputusan PRU13. ada yang mengatakan BN akan kekal memerintah tapi menang tipis, ada yang mengatakan BN menang tapi tidak cukup korum 2/3 manakala ada yang memberi angka bahawa BN akan menang dengan 125 kerusi Parlimen.

Pihak yang menyokong PR mengatakan tidak sukar untuk PR menang mejoriti sekiranya dilihat keatas kebanjiran rakyat berhimpun semasa memberi sokongan kepada majlis PR. Disetiap program jelajah Anwar Ibrahim ke seluruh negara, pulohan ribu rakyat hadir disetiap program untuk melahirkan sokongan kepada PR, rakyat tidak peduli dengan ancaman dan sabotaj yang dialami oleh PR.

Rakyat teringin benar untuk melihat kerajaan berubah, mahu merasai janji-janji yang diedarkan oleh PR melalui buku jingga. Banyak keistimewaan sedang menanti dan akan dinikmati oleh rakyat sekiranya PR dapat memerintah Malaysia, Siapakah muka-muka baru akan mengangkat sumpah sebagai Menteri, itu juga jadi penantian oleh rakyat.

Perkara yang paling ditunggu-tunggu oleh rakyat' bagaimanakah nasib mereka yang melakukah rasuah, menyalah guna kuasa semasa menjadi kerajaan dan nasib 19 orang yang fail pendakwaan sudah siap tapi tertangguh kerana campur tangan orang besar negara kini.

Bagaimana nasib Dato' Seri Najib dan Menteri-Menteri apabila kerajaan berubah, bagaimana keadaan UMNO dan masa depan parti tersebut, Siapa yang akan mengepalai Petronas dan GLC lainnya dan berapa ramai yang terpaksa dipenjara kerana semasa memerintah sekarang telah berlaku zalim dan tidak adil kepada rakyat dan negara.

Semua maklum bahawa sekarang ini PR ada 82 kerusi, bererti PR memerlukan hanya 31 kerusi lagi untuk menjatuhkan kerajaan BN, angka tersebut bukan payah bagi PR untuk mendapatnya kerana rata-rata sekarang ini rakyat dengan senang hati untuk memberi sokongan kepada PR bermula dari Johor hinggalah ke Sabah, 31 kerusi bukan lagi sebagai angka yang susah untuk didapati.

Setelah penamaan calun bermula nanti, maka bermulalah kejatuhan BN, 'pemecaman' yang boleh dilihat siapakah yang akan dicalun oleh BN di Negeri Sabah dan Serawak, kerana negeri2 tersebut sekarang ini bukan lagi kerusi jaminan untuk BN. Ramai yang telah berpaling tadah.



yang ku dengar dan ku lihat

Photobucket

Siapa Ahli Majlis Tertinggi UMNO Yang Berbincang Dengan Deepak...?

on




Ahli perniagaan Deepak Jaikishan mencabar kepada penulis blog pro-Umno agar menyiarkan secara penuh video perbualannya yang didakwa menunjukkan beliau mengakui diperguna PKR.

Deepak mengakui beliau merupakan individu dalam video tersebut yang menurutnya dirakam tanpa disedarinya pada petang 30 November lalu, semasa perhimpunan agung Umno ke-66 berlangsung.
Deepak interviewMenurut Deepak, perbualan itu berlangsung di antara dirinya dan seorang ahli majlis tertinggi Umno serta dua lagi penulis blog pro-Umno.

Tambahnya, video itu telah disunting dan dipertontonkan dengan konteks yang salah kepada orang ramai.

Katanya lagi, beliau tiada apa-apa yang mahu disembunyikan justeru beliau mencabar agar video itu ditayangkan sepenuhnya.

"Saya tidak lari daripada apa-apa dan tiada yang perlu disembunyikan.

"Perkara yang saya katakan adalah perkara yang saya mahu nyatakan. Perkara yang mereka tulis adalah perkara yang mereka mahu dengar.

"Tolong tayangkan video itu dari awal hingga akhir," katanya sambil menambah bahawa percakapan dan transkrip percakapannya yang dimuatkan dalam blog pro-Umno itu tidak selari dengan apa yang beliau tuturkan.

"Jika anda tengok video itu, mereka tulis apa yang saya kata dengan berbeza sama sekali," tegasnya.


malaysiakini

Photobucket

PRU 13 Lambat Sebab Johor ‘Bahaya’ Buat UMNO

on






Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub memberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak, Presiden UMNO tidak berupaya membubarkan Parlimen kerana berasa ragu yang partinya tidak mampu untuk meneruskan pemerintahannya di Johor pada penggal yang akan datang.

Dalam pada itu, parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR) pula katanya, tidak dibenarkan meneruskan agenda perkauman dan keyakinan untuk menumbangkan BN terlalu tinggi setelah pengisytiharaan kepulangannya ke negeri ini telah dilakukan sebelumnya.

“Demi hak generasi akan datang bagi semua kaum, Pakatan Rakyat tak benar parti yang memegang agenda perkauman terus muncur Saya akan menyerah kepentingan saya, dan akan bertanding di Johor pada PRU akan datang supaya bersama-sama dengan anak Johor.” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian yang dipetik daripada Facebook Keadilan Johor pada majlis Jamuan Makan Malam anjuran PKR Layang-Layang sempena menyambut hari jadi yang ke 51 tahun, dekat sini, baru-baru ini.

Terdahulu, Salahuddin terharu dengan sambutan yang diberikan kerana ini kali pertama menyambut hari jadi dan menariknya sambutan ini telah disediakan oleh kaum Cina.

Beliau berharap Pakatan Rakyat boleh menang Putrajaya dan Nusajaya dalam PRU akan datang manakala para pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Datuk Chua Jui Meng boleh menjadi menteri lagi.

Sementara itu, Chua Jui Meng turut mengkritik kenyataan “13 Mei” yang dilontarkan oleh Datuk Seri Syahrizat Abd Jalil sebelum ini.

“Pemimpin-pemimpin UMNO dan kroni menguasai kekayaan negara dan adalah golongan yang paling kaya. Jurang perbezaan kaya dan miskin dalam etnik Melayu semakin serius.”

“Indeks korupsi Malaysia di tempat ke empat dalam seluruh dunia. Tapi dalam perhimpunan agong UMNO mereka cuma mengecam Pakatan Rakyat dan tidak bincang bagaimana menghapuskan rasuah.”





Photobucket

Musuh Najib Makin Ramai Dalam Umno

on




Jika dihitung, masa sudah tidak banyak berada di pihak presiden Umno, Najib Altantuya untuk memulihkan kembali semangat ahli parti itu menjelang pilihanraya umum akan datang.Kempen dan roadshow yang biasanya disalahgunakan perdana menteri beberapa bulan sebelum pilihanraya umum bagi menunjukkan keprihatinannya kini umpama 'senjata makan tuan' apabila kakitangan kerajaan dan agensi di bawahnya dikerah hadir semata-mata mahu menunjukkan ramai yang masih memberi sokongan walau ia dusta belaka.

Tidak lama selepas pulang dari Pulau Pinang dengan nota memalukan, satu demi satu imejnya dan suaminya, Rosmah Mansor dicalarkan dengan siri pendedahan Deepak Jaikishan, Musa Hassan dan skandal yang membabitkan ketua menteri Sabah, Musa Aman.

Musuh Najib Altantuya semakin lama semakin ramai menyebabkan timbul persoalan bagaimana Umno mahu mengepalai Barisan Nasional (BN) menghadapi Pakatan Rakyat yang terus mendapat sokongan rakyat walau sedikit terjejas dek kerana mainan politik jahat MCA di Kelantan.

Dijangka, Najib Altantuya akan keseorangan menghadapi semua ini tanpa bantuan ketiga-tiga orang Naib Presiden Umno yang digelarnya 'ekor' (merujuk kepada bilangan haiwan) dalam perhimpunan agung parti reput itu akhir bulan lalu.

Kini, masa sudah semakin suntuk buat Najib Altantuya membaiki kerosakan yang dilakukannya sendiri berikutan pengakuan Deepak bahawa mereka berdua pening kepala bagaimana mahu menyelesaikan tuntutan bekas penyiasat persendirian, P Balasubramaniam pada malam akuan bersumpah pertama terbongkar di Sri Satria, kediaman rasmi timbalan perdana menteri ketika itu.

Rosmah yang bertindak selaku 'pengarah' meminta isterinya Najib Altantuya menghubungi adiknya, Nazim Razak bagi menyelesaikan tuntutan Bala sebanyak RM5 juta dan menghilangkan diri bersama keluarga ke India tidak lama selepas itu.

Tambah memeritkan lagi, tindakan Muhyiddin Yassin yang terus 'buat bodoh' biarpun sudah diminta membantu Najib Altantuya sudah cukup memberi isyarat bahawa kepimpinannya sudah tidak lagi diperlukan Umno yang sudah dianggap 'bernafas dalam lumpur' menghitung hari dihukum rakyat yang sudah tidak tahan lagi dengan kenaikan harga barang dan kos hidup yang semakin meningkat.

Kini, yang menjadi pertentangan bukan lagi Mahathir dan Najib Altantuya tetapi Mahathir dan Rosmah yang dianggapnya 'lebih sudu dari kuah' menguasai segenap pelusuk hal ehwal pentadbiran negara, pun akibat kelemahan Najib Altantuya sendiri yang cukup takut dengan suaminya hingga boleh merosakkan negara dalam jangka masa panjang.

Harapnya ahli Umno boleh menerima hakikat bahawa perjuangan mereka sudah tidak lagi relevan dengan kehendak semasa yang mahukan kerajaan yang bebas rasuah, boleh memberi peluang pekerjaaan yang lebih baik selain mampu mengurangkan beban hidup mereka terutama di bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bharu yang indeks harga barangan meningkat hingga lebih 7.5 peratus sekarang.

Umno mesti bertanggungjawab di atas kerosakan yang dialami negara dan cara penyelesaiannya bukan setakat menurunkan Najib Altantuya dan Rosmah tetapi menumbangkan Umno dan BN dalam pilihanraya umum yang cuma tinggal empat bulan dari sekarang. 




Photobucket

Kekalahan Harimau Malaya ( Beginilah Sakitnya Bila Dizalimi )

on





Semua rakyat Malaysia meratapi kekalahan pasukan Harimau Malaya di tangan Thailand, semua rakyat lapisan masyarakt sedih terhadap kekalahan ini. Semua masyarakat marah dengan tindakan pengadil dari Korea kerana memberikan kad merah kepada Fadhli Shas dan bagi pandangan peribadi ambe pengadil memang tiada kelayakan dan membuat keputusan yang silap.

Kekalahan ini menyebabkan warga-warga di Facebook dan Twitter melaungkan kecaman dengan menyatakan untuk memboikot cerita dari Korea dan lagu-lagu K-pop. Tahniah ambe ucapkan kerana rakyat Malaysia begitu sayangkan pasukan dan Malaysia itu sendiri.

Disebalik kekalahan ini, terlupakah kita nasib umat Islam yang dizalimi di bumi Syria sehingga kehari ini lebih 30k rakyat yang kebanyakan kanak-kanak dan orang tua yang dibunuh dan disembelih oleh regim Bashar Al-Assad. Bagi akulah kekalahan Harimau Malaya tidak lah seteruk yang berlaku di bumi Syria.

Kita kena ingat kita umaat Islam serumpun dan bersaudara, sempadan bumi umat Islam yang luas telah dipecahkan oleh penjajah, sehingga menyebabkan masing~ masing berjuang atas semangat kebangsaan negara masing2.
Apa yang ambe hendak ketengahkan isu ini, jom kita amik cakna terhadap isu kemanusiaan yang berlaku du Syria..Jangan pentngkan Melayu sahaja..Orang yang amik tahu hal saudara Islam bukan dari kalangan Umat ku ( Al-Hadis )

# semua orang duk maki pengadil kerana tidak adil...tulah perasaan bila kita dizalimi, kerajaan Kelantan sudah lama dizalimi oleh kerajaan Pusat menafikan hak minyak . Itu lah perit bila dizalimi, kerana itulah doa orang dizalimi tiada hijab disisi Allah..wallahualam




Photobucket

Ali Rustam Turun Darjat...?

on




Yang terpampang dalam banner di atas ialah gambar Rosmah Mansor kalau korang tak kenallah.. Dia ialah isteri kedua kepada Perdana Menteri Malaysia yang bernama Najib bin Tun Razak.

Isteri pertama Najib ialah Puteri Zainah binti Iskandar, perempuan pertama yang bersama Najib membina kehidupan.

Puteri Zainah atau lebih dikenali dengan Ku Yie inilah yang dibawa Najib ke majlis-majlis Kerajaan dan menemani Najib menziarahi rakyat di Pekan dan seluruh Pahang semasa Najib menjadi Menteri Besar Pahang dulu.. nak tahu lagi sikit sila baca di ( SINI )

Menurut banner itu yang keseluruhannya boleh dilihat di bawah, beliau akan hadir pada Malam Pemantapan Mutiara Mubarak pada 12.12.12 jam 8.00 malam bertempat di Dewan Tun Ali, Bukit Katil, Melaka.

Majlis tersebut dianjurkan oleh Majlis Bekas Wakil-wakil Rakyat (MUBARAK) Negeri Melaka…

Malangnya pada malam yang dijadualkan Rosmah Mansor, Isteri Perdana Menteri itu tidak dapat hadir atas sebab apa tak tahulah.

Jadi.. pada malam tersebut dilantiklah Ketua Menteri Melaka sebagai pencacainya untuk membaca teks ucapan Rosmah..

Korang nampak tak betapa berkuasanya Rosmah Mansor ni?..

Dia hanya isteri kepada seorang Perdana Menteri yang tidak punya sebarang jawatan baik dalam UMNO mahupun dalam Kerajaan tetapi boleh mengarahkan Ketua Menteri untuk membaca teks ucapannya…

Berikut adalah laporan dari BERNAMA yang mengatakan Teks ucapan Rosmah dibaca Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berharap Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) akan terus menjadi 'jambatan penghubung' antara bekas wakil rakyat dan keluarga mereka dengan kerajaan demi kesinambungan kemajuan bangsa dan negara.

Beliau berkata anggota MUBARAK walaupun telah berpencen daripada menjadi wakil rakyat masih boleh terus setia berkhidmat untuk pembangunan negara selaras dengan moto pertubuhan itu iaitu terus berkhidmat.

NONESebagai contoh, katanya, program Motivasi Anak Angkat MUBARAK negeri Melaka selama dua hari bermula semalam dilihat membantu para pelajar yang merupakan ahli keluarga Mubarak mencapai kejayaan yang cemerlang pada masa depan.

"Ia dapat membina karier mereka dan seterusnya meneruskan kesinambungan legasi keluarga mereka untuk menyumbangkan tenaga dan usaha kepada pembangunan negara sebagaimana dilakukan oleh ayah ataupun ibu mereka yang bergelar wakil rakyat," katanya pada majlis Pemantapan Mutiara MUBARAK di Melaka, semalam.

Teks ucapan beliau dibaca Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Rosmah berkata melalui program seumpama itu, bukan sahaja pemantauan dan latihan dapat dilakukan malah para pelajar tersebut dapat dibimbing dengan pembentukan akhlak dan moral yang baik, ditanam dengan semangat perpaduan, cintakan negara dan nilai patriotisme yang tinggi.

Katanya, jika pendekatan tersebut dapat dipupuk dan disemai dalam jiwa pelajar berkenaan ia mampu mendorong mereka kembali berkhidmat untuk pembangunan negara.

"Mereka mungkin bekerja dengan kerajaan negeri menjadi pegawai yang cemerlang ataupun sebagai ahli perniagaan yang berjaya mahupun ahli politik yang akan mengharumkan nama negara," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap program anak angkat tersebut dapat membantu menjadi pendokong dalam mempergiatkan lagi usaha pencapaian matlamat negara dalam melahirkan modal insan bertaraf "minda kelas pertama".- Bernama






































Photobucket

Datuk K Kemalangan Jalanraya Di New Zealand

on







Berita duka untuk Datuk Siti Nurhaliza hari ini apabila suaminya Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K telah mengalami kemalangan jalan raya di Queenstown, New Zealand.

Kemalangan yang berlaku kira-kira jam1 tengahari tadi Khamis (5petang, New Zealand) telah menyebabkan Datuk K mengalami kecederaan pada tangan dan kaki serta bahu beliau juga telah patah.

Adik kepada Datuk K iaitu Datin Zaiton Mohamad Jiwa mengatakan bahawa akan berangkat ke New Zealand pada hari Jumaat (esok) bersama Datuk Siti Nurhaliza untuk melihat keadaan Datuk K disana.

Datuk Siti Nurhaliza terpaksa membatalkan konsert yang bakal berlangsung di Banjarmasin, Indonesia.



Lagi Berita nya:-

Suami penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa atau dikenali sebagai "Datuk K" terlibat dalam satu kemalangan di Queensland, New Zealand, hari ini.

Datuk K dilaporkan mengalami kecederaan teruk dengan patah bahu, tangan dan kaki namun keadaannya stabil.

Kemalangan dilaporkan berlaku kira-kira 12.45 tengah waktu Malaysia (4.45 petang wakti tempatan) ketika beliau sedang menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Laporan portal Media Hiburan menyebut, susulan kejadian itu, Siti akan berangkat ke New Zealand esok bagi melihat keadaan suaminya.

Siti yang kini masih berada di Jakarta terpaksa membatalkan dua persembahan besar iaitu Konsert Ekspresi Karya Gemilang yang dijadualkan berlangsung di Banjarmasin dan Jakarta sehingga esok.

Anak kelahiran Kuala Lipis itu dalam media sosial Twitter pada jam 7.46 malam memberitahu beliau baru saja menghubungi suaminya dan dapat bercakap dengannya sambil meminta peminatnya agar mendoakan Datuk K pulih segera.

"Terima kasih semua yang mendoakan suami saya... alhamdullillah dapat bercakap dengan suami tadi... sama-sama doakan agar DK segera sembuh ye...salam," kata beliau.

Dalam satu mesej sekitar jam 1.40 tengah hari tadi, Siti menulis, "salam, maaf buat semua peminat di Banjarmasin serta semua team konsert. Ct (Siti) tak dapat ke sana kerana ada sesuatu yang tidak terduga. Mohon memahami ya," katanya lagi.

Datuk K dilaporkan berada di New Zealand sejak 6 Disember lalu atas urusan perniagaan.

Sementara itu, laporan Bernama lewat malam ini menyebut bahawa Datuk K dilaporkan stabil selepas terbabit dalam kemalangan.

Memetik anggota keluarga terdekat Datuk K yang enggan dikenali, Bernama berkata, kemalangan berlaku apabila Datuk K cuba mengelak kayu di atas jalan raya.

"Beliau kini dilaporkan stabil dan dirawat di sebuah hospital di Queenstown," katanya.

Menurutnya Siti dan kakak iparnya Datin Zaiton Mohamad Jiwa akan berlepas ke New Zealand esok.

Sinar Harian


Photobucket

SIAPA DI BELAKANG DEEPAK.......?

on






Siapa di belakang Deepak? Ada orang tuduh pimpinan PR di belakang Deepak. Tetapi ada juga yang mendakwa orang di belakang Deepak ialah pimpinan Umno/BN sendiri.

Semua orang tahu Najib ada ramai musuh di dalam dan luar Umno. Tidak mustahil orang di dalam Umno sendiri sanggup berada di belakang Deepak memainkan jarum halus untuk Bukan kita tahu ramai yang mengintai untuk naik ke atas jika Najib tumbang sebagaimana tumbangnya Mahathir, Dollah Badawi yang tersungkur disebabkan desakan dalaman.

Tidak mustahil modus operandi yang sama digunakan untuk menumbangkan Najib yang nampak gagah tetapi lembik sebenarnya. Jika Najib tumbang, gembiralah penyangak-penyangak di bawah itu yang tidak sabar-sabar untuk melonjakkan diri masing-masing walaupun semuanya tidak layak.

Masing-masing bercita-cita tinggi untuk naik bagi mengumpulkan kekayaan dan membentuk dinasti masing-masing. Jawatan bermakna kekayaan, jawatan maksudnya kuasa. Dengan kuasa semua boleh buat. Mereka tidak sedar bahawa kuasa Allah mengatasi segala-galanya.

Kini Najib tersepit. Diasak di kiri dan kanan. Tidak putus-putus masalah dan kontroversi didedahkan oleh musuh politik luar dan dalam. Akibatnya sehingga ke hari ini dan sehingga habis edah pun parlimen dibubarkan. Najib sebenarnya menunggu parlimen terbubar dengan sendiri. Tuan-puan tahu atau tidak itulah standard keberanian Najib. Tidak pernah berani berlawan. Menang Ketua Pemuda Umno dengan kemenangan percuma. Menang Timbalan dan Presiden Umno dengan anugerah dan hadiah orang lain.

Najib, Najib .............siapa di belakang Deepak sebenarnya Pok Jib???????????? Takkan engkau tak tahu!!!!!!!!

Naib Presiden PAS, Husam Musa sebelum ini membuat kenyataan akhbar bahawa beliau yakin, ada pihak lain di belakang kenyataan 'eksplosif' Deepak Jaikishan kepada Harakahdaily semalam.

"Saya yakin, Deepak tidak berani membuat kenyataan jika beliau tidak mendapat apa-apa jaminan oleh sesiapa. Bermakna, ada pihak dalaman menggerakkan tindakan Deepak," kata Husam dalam kenyataannya yang disiarkan oleh Harakahdaily baru-baru ini.

Kenyataan yang disiarkan dalam lamannya, Husam.com itu mencadangkan agar, "Umno melepaskan Najib".

"Melepaskan Najib sebelum pilihanraya mungkin menaikkan sedikit harapan UMNO untuk meneruskan survival - di atas premis PM baru akan sentiasa membawa harapan baru," kata Husam dalam kenyataannya.

Deepak, katanya, bukan ahli politik tetapi kenyataannya  dibuat menjelang Perhimpunan Agung Umno - menampakkan pertimbangan politik telah diambil kira.

Selain Najib, turut menjadi sasaran menjelang Perhimpunan Agung Umno ini adalah Naib Presiden Umno paling kanan, Datuk Seri Hishamudin Husein.

Hishamudin, Menteri Dalam Negeri yang juga sepupu Najib didakwa campur tangan dalam penyiasatan polis. Dakwaan itu dibuat oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan dalam satu sidang medianya.



http://mutaligat.blogspot.com


Photobucket

Siapa Saksi Rahsia Akan Dipanggil ICAC Akan Terbongkar !!!

on





ICAC akan panggil saksi ‘rahsia’ dan Lajim Ukin untuk beri keterangan

Ketua delegasi KEADILAN ke Hong Kong, Rafizi Ramli yang juga Pengarah Strategi yakin Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC) akan memanggil saksi ‘rahsia’ yang tampil memberi keterangan dan maklumat dalaman mengenai penglibatan ahli perniagaan Michael Chia dalam kes rasuah RM40 juta Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
Katanya, Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin yang membuat akuan bersumpah (SD) menafikan RM40 juta adalah derma politik kepada Umno, juga akan dipanggil ICAC untuk beri keterangan berhubung perkara itu.

Menurut Rafizi, semasa pertemuan dengan empat lagi rakan sejawatnya bersama ICAC pada semalam 13 Disember waktu Hong Kong, bukti-bukti dan dokumen diserahkan kepada pihak tersebut dalam sesi keterangan yang memakan masa sejam itu.

Mereka juga mengadakan pertemuan susulan dengan Ahli Majlis Perundangan Hong Kong yang juga Naib Pengerusi, Panel Keselamatan dan Undang-undang Majlis Perundangan yang bertanggungjawab menyelia ICAC, James To.


Delegasi KEADILAN disertai Ahli Parlimen (MP) Selayang, Wiliam Leong, Hee Loy Sian (MP Petaling Jaya Selatan), Chang Lih Kang (Adun Teja) dan Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN merangkap Ketua Cabang Penampang, Darell Leiking.

“Saya yakin bukti-bukti dan dokumen yang diserahkan, termasuk keseluruhan penyata bank dan urusniaga keluar masuk wang ke dalam akaun bank dua buah syarikat yang dikaitkan dengan Chia (iaitu Zenique Investments Ltd dan Blisstop Corporation Ltd) di Hong Kong merupakan bukti baru dan dokumen yang belum diperolehi oleh ICAC.

“Begitu juga dengan akuan bersumpah Datuk Lajim yang menafikan wang RM40 juta adalah derma politik kepada Umno kerana ia tidak pernah diumumkan kepada pengurusan Umno Pusat atau Umno Sabah, yang dipandang serius oleh ICAC.

“Malah, saya yakin ICAC akan memanggil saksi rahsia yang beri keterangan dan maklumat dalaman mengenai Chia kepada ICAC. Saya juga yakin Datuk Lajim akan dipanggil untuk memberi keterangan di Hong Kong,”
 kata Rafizi dalam kenyataan pagi ini.

Bagaimanapun, kata Rafizi, ICAC memohon kerjasama rombongan untuk tidak membuat kenyataan lanjut mengenai kes ini mengikut prosedur mereka bagi melindungi kerahsiaan siasatan.

Ekoran itu, pihaknya tidak boleh menyatakan secara terperinci hasil perbincangan atau pun mendedahkan rancangan seterusnya seperti yang diputuskan ICAC.

“Saya beranggapan permintaan ICAC supaya butiran siasatan setakat ini dirahsiakan mengesahkan bahawa ICAC memandang serius kes ini dan akan mengambil tindakan susulan termasuklah memanggil saksi-saksi,” katanya.

Tambah Rafizi, walaupun ICAC tidak mengesahkan secara rasmi bahawa kes ini dibuka semula, keseriusan dan perhatian yang diberi mengenai kerahsiaan kes membayangkan bahawa siasatan penuh akan menyusul.

“Pertemuan dengan YB James To juga membuahkan hasil. Beliau turut menerima salinan bukti dan dokumen atas tanggungjawab beliau sebagai Naib Pengerusi, Panel Keselamatan dan Undang-undang.

“James To memaklumkan kepada delegasi bahawa ada kemungkinan besar Musa Aman boleh didakwa atas tuduhan pengubahan wang haram (money laundering) yang undang-undangnya lebih ketat di Hong Kong berbanding negara-negara lain.

“Jika didapati bersalah, pihak berkuasa Hong Kong boleh mengeluarkan waran tangkap melalui Interpol dan boleh dikuatkuasakan di Malaysia,” 
jelas Rafizi.

Katanya, perkembangan sihat ini akan terus disusuli dengan kempen-kempen penerangan terbaru di Sabah dan seluruh Malaysia untuk meningkatkan tekanan supaya pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Peguam Negara menyiasat kembali kes ini.



http://pkrl.blogspot.com

Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List