Anwar: Peluang Cerah PR Memerintah Malaysia

on Dec 18, 2012



Anwar: Peluang cerah PR memerintah, M'sia jauh di belakang negara-negara 'Arab Spring'


Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata ada peluang yang baik bagi Pakatan Rakyat pimpinannya untuk menggantikan kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Najib Razak, yang disifatkannya sebagai "autoritarian" dan jauh ketinggalan di belakang kebanyakkan negara-negara Tengah Timur yang baru-baru ini mengalami perubahan rejim kerana rakyat mereka bangkit menuntut berakhirnya pemerintahan yang mengamalkan rasuah dan zalim.

"Kita mempunyai jangkaan yang realistik, saya berani mengatakannya. Dalam pilihan raya 2008, kita telah menang majoriti mudah sebanyak 51% daripada undi. Kita kalah di negeri-negeri Sabah dan Sarawak terutamanya di kalangan suku kaum pribumi. 

Sejak 4 tahun yang lalu, kita telah bekerja keras dan dapat menembusi kawasan tumpuan luar bandar …jadi sudah tentu, kemungkinan itu ada, "Anwar berkata semasa temu bual dengan Al Mayadeen TV dari Beirut yang dirakam di Kuala Lumpur pada 20 November yang lalu dan telah disiarkan pada 12 Disember.

http://almayadeen.net/ar/Programs/Episode/udV3cAbf6kqr76ElAWpQyw/2012-12-12-.

Kepelbagaian - kekuatan PR, bukan kehancuran


Ketua de facto Parti Keadilan Rakyat yang berusia 64 tahun itu menolak kemungkinan bahawa gabungan tiga parti, PR mungkin berpecah akibat perbezaan ideologi politik selepas tamatnya pilihanraya umum. PR terdiri daripada PKR parti berbilang kaum, PAS yang Islamik dan DAP yang sekular.

Anwar mendakwa kepelbagaian akan menjadi kekuatan PR dan bukan memusnahkannya.

"[Kami terdiri dari] PKR, parti Islam [PAS] dan DAP yang diasaskan oleh kaum Cina, kami terdiri dari pelbagai latar belakang. 

Satu lebih kepada sekularisme dan satu lagi Islam. [Tetapi] kita mempunyai garis panduan dasar yang jelas, apa yang kita maksudkan dengan kebebasan bersuara, badan kehakiman, suara hati dan dasar ekonomi yang mesti menggalakkan pertumbuhan, mesti berpendirian teguh dalam melaksanakan keadilan, kesaksamaan dan pengagihan yang saksama dan ... Islam adalah agama rasmi Malaysia tetapi ia masih memastikan kebebasan menyeluruh untuk rakyat bagi mengamalkan kepercayaan mereka, "kata Anwar.

PAS tidak ekstimis


Beliau juga menolak dakwaan bahawa PAS adalah radikal.
"Saya telah bekerjasama dengan parti Islam ini dan tidak wajar untuk mengatakan bahawa mereka adalah radikal kerana mereka telah bersetuju dengan platform dasar am ini [mengenai pelbagai isu termasuk] ... isu jantina, dan juga kebebasan beragama."

"Sebagai umat Islam, kita menerima Syariah, kita menerima Al-Quran. 

Kami menerima bahawa dakwah, dan mesej kita harus diwakili ... Saya berpendapat kita tidak harus menafikan rakyat daripada berbincang tentang Islam atau negara Islam atau 'hudud' (jenayah undang-undang Islam). 

Sepertimana kita tidak boleh menghalang orang daripada bercakap tentang sekularisme atau undang-undang secular. Konsensus kami adalah No.1, kita terikat kepada perlembagaan dan No 2. kita mesti membuat konsensus sebelum kita memulakan sebarang rancangan atau program baru. Jadi saya tidak terlalu bimbang tentang hasilnya. "

Anak-anak Mahathir adalah billionaire!


Seorang bekas timbalan perdana menteri, kerjaya politik Anwar tiba-tiba hancur pada tahun 1998 apabila bekas bos beliau Mahathir Mohamad memenjaranya atas tuduhan meliwat yang direka dan tuduhan rasuah yang telah pun digugurkan oleh mahkamah tinggi negara.

Anwar berkata kekurangan suara Pembangkang yang kuat pada masa itu menyumbang kepada penyalahgunaan kuasa dan rasuah dalam pentadbiran pemerintah, dan sesiapa sahaja yang mengambil pendirian yang berbeza akan dianggap mencabar status quo.

"Dr Mahathir banyak menjalankan program yang baik. Saya ada bersamanya, saya merupakan sebahagian daripada pasukan itu tetapi anak-anaknya adalah bilionaire," kata Anwar.


"Itulah masalahnya dengan diktator dan anda mungkin sudah biasa dengan yang ada di Timur Tengah. 

Mereka seolah-olah berfikir bahawa apabila mereka memusnahkan seorang, mereka boleh menghentikan yang lain. Mereka telah terbukti salah."

Beliau mengutuk tindakan Mahathir dan parti pemerintah Umno yang terus mengganggu beliau dan keluarganya walaupun setelah "memukul saya sehingga separuh mati", memenjarakannya selama 6 tahun, dimana dia selalunya menghabiskan masa di dalam sel yang berasingan.

"Mereka menggambarkan saya sebagai sejahat-jahat manusia. Satu masa saya menjadi pelampau Islam, hari lain, saya orang CIA, pro-Israel, selepas itu saya seorang peliwat pula," kata Anwar.

Jangan pandang rendah kebijaksanaan rakyat


Dia bersetuju dengan keputusan kaji selidik baru-baru ini yang menunjukkan bilangan rakyat Malaysia yang masih merasakan bahawa hubungan antara etnik telah menurun sebanyak 12% antara 2006 dan 2011, dan bilangan rakyat Malaysia yang percaya bahawa perpaduan etnik adalah baik juga menurun daripada 54%kepada 35% berbanding tempoh yang sama, mendakwa ia sebagai "anjakan yang ketara dalam pemikiran rakyat Malaysia" yang telah memberi manfaat kepada pakatannya dan merugikan populariti pentadbiran Najib pula.

"Hasil kaji selidik itu membantu untuk mengukuhkan kedudukan bahawa di bawah pentadbiran ini, kerajaan yang sering memainkan isu-isu perkauman, ketuanan Melayu, hak-hak Melayu, memburukkan orang lain, ‘berhati-hatilah pada negeri di bawah kami kerana ia telah dikristiankan’ – apabila kami bertanya di mana dan apakah buktinya? Tiada."

Walaupun begitu beliau optimis tentang Kebangkitan Arab, menjelaskan bahawa kemunculan 'kuasa rakyat' telah memberi kesan negatif yang dialami di beberapa negara di mana rejim baru telah bertukar menjadi autoritarian sepertimana pemerintah sebelumnya yang telah digulingkan.

Anwar begitu yakin bahawa semangat untuk tidak membenarkan pemerintah-pemerintah yang korup untuk terus memerintah akan meresap ke dalam Malaysia pada pilihan raya umum yang akan datang yang berkemungkinan besar akan diadakan menjelang Mac 2013.

"Hampir semua media di sini tidak mempunyai ruang untuk perbezaan pendapat atau Pembangkang. Saya tidak diberi walau seminit pun atau masa ke udara. Semua dihalang. 

Tetapi anda tidak boleh memandang rendah akan kebijaksanaan rakyat kerana bagaimana anda boleh mengharapkan mereka untuk menjatuhkan diktator, rejim kejam? Rakyat mempunyai kuasa itu.

Jadi kita perlu bekerja keras untuk melibatkan diri. Perkembangan di dunia Arab -. revolusi rakyat - memberi pengaruh yang besar terhadap rakyat, pelajar-pelajar mengikuti perkembangan terutamanya di Timur Tengah, Mesir untuk memahami mengapa ia berlaku. 

Mengapa rakyat tiba-tiba bangkit untuk menolak rasuah dan penyalahgunaan hak kebebasan dengan sekatan? "

Malaysia ketinggalan dibelakang


Beliau juga menegaskan bahawa 'perubahan' yang dituntut oleh penunjuk perasaan Kebangkitan Arab telah menyebabkan banyak perkembangan positif bagi negara masing-masing. 

Walaupun ia akan mengambil masa untuk kesan sepenuhnya terungkap dan membuahkan hasil positif, keberanian rakyat dalam berdiri untuk reformasi sudah membantu negara mereka selangkah jauh dari Malaysia.

"Dahulu kita lebih baik tetapi saya fikir bila kita melihat Tunisia, Mesir, Turki dan semua masalah yang mereka hadapi, saya tidak memperkecilkan itu, tetapi mereka jauh di hadapan kita. 

Mereka mempunyai media yang bebas, mereka mempunyai pilihan raya yang adil dan bebas dan mereka cuba untuk menjadikan badan kehakiman mereka bebas dan berfungsi. 

Mereka mengambil pelbagai langkah dalam meminda undang-undang di Tunisia. Walaupun ia adalah satu proses ... ia sememangnya perlahan dan akan kesilapan pasti terjadi, ia jauh lebih maju dan progresif daripada apa yang kita lihat di sini, "kata Anwar.

"Dari segi ekonomi, kita lebih bernasib baik. Kita lebih maju dari segi perindustrian,dan penyediaan infrastruktur. Saya fikir kita perlu beralih kepada isu-isu kebebasan dan pencerahan budaya."

Diktator & autoritarian MESTI PERGI!


Mungkin dengan Mahathir yang semakin tua, dan dituduh masih gila kuasa, Anwar menyuarakan kritikan terakhirnya. 

Kebangkitan Arab atau pemberontakan rakyat walaupun mempunyai kekurangan serta rintangan adalah isyarat muktamad bahawa lembaran baru, walaupun sukar dan payah, telah bermula di Timur Tengah dan akan merebak ke negara-negara membangun yang lain termasuk Malaysia, katanya.

"Pemerintahan dunia baru sudah tentu sangat relatif sama ada anda melihatnya dari Washington, London atau Paris. Jika anda melihatnya dari segi perubahan yang baik, ia adalah diluar jangkaan. 

Tiada siapa yang waras akan mengatakan ia tidak dialu-alukan, ia memang menyakitkan, proses itu sendiri menyakitkan dan sekejam mana pun yang kita lihat di Syria sekarang, ia sememangnya satu proses ke arah reformasi demokrasi, dan kebebasan. 

Sesuatu yang positif. Diktator dan autoritarian mesti pergi, tiada persoalan lagi. Anda mesti mempunyai keabsahan untuk menyuarakan dasar dan memimpin rakyat," jelas Anwar.


Malaysia Chronicle


Photobucket

SD2 Bala- Zaid Ibrahim curah petrol ke dalam api yang marak

on




Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah diheret dengan skandal seks, wang dan pembunuhan penuh dengan persoalan panel operasi yang dikaitkan dengan firma undang-undang dalam akuan bersumpah kedua P Balasubramaniam mengenai kematian Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006. 

Bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim (gambar) hari ini berkata, lima orang ahli dalam SPRM bertanggungjawab dalam menutup fail tersebut mungkin mempunyai campurtangan secara langsung untuk melakukan sedemikian, menimbulkan persoalan sama ada terdapat percubaan melindungi jenayah tersebut melibatkan dua orang polis komando yang bakal menghadapi hukuman mati dan penyiasat persendirian itu hidup dalam buangan.

Peguam yang kemudiannya menjadi ahli politik itu dalam blognya hari ini mengatakan Peguam Negara dan SPRM menolak untuk menyiasat dakwaan penyiasat persendirian P Balasubramaniam, yang mendapat maklumat dari Abdul Razak Baginda yang telah didakwa telah bersama dengan peniaga permaidani Deepak Jaikishan.

Beliau berkata Balasubramaniam — yang dikenali sebagai PI Bala — membuat kenyataan bersumpah kedua dengan membatalkan akuan bersumpah pertama sehari sebelumnya, bahawa polis telah menekan saksi utama untuk melindungi pemimpin utama politik, termasuk perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dalam skandal pembunuhan ini.

"Dalam akuan bersumpah kedua (yang) telah disediakan oleh peguam yang dikenali tetapi beliau (sendiri) tidak kenal. Deepak menamakan nama peguam ini dalam temuramah di Harakah.

"Jika siasatan ini diteliti lebih lanjut, kita akan dapat melihat bahawa peguam yang sama juga menjadi ahli panel operasi SPRM," kata Zaid yang merupakan menteri de-facto undang-undang ketika pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Bagaimanapun, beliau tidak menamakan peguam tersebut.

"Panel inilah yang menentukan tidak ada bukti untuk menyiasat dakwaan yang dilakukan oleh Bala atau Deepak," kata Zaid.

Peguam Americk Singh Sidhu, yang mewakili penyiasat persendirian itu yang kini menyembunyikan diri, memberitahu The Malaysian Insider, ketika berhubung dengan Balasubramaniam, beliau tidak pernah mendedahkan identiti peguam kerana tidak menyedari pekerjaan individu terbabit. Bagaimanapun, beliau menyatakan identiti peguam tersebut boleh didapati di laman web SPRM, yangm menyenaraikan lapan orang sebagai ahli panel operasi semakan.

Salah seorang dari lapan orang tersebut ialah peguam," katanya kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi.

Dakwaan Zaid bermula dari kenyataan aktivis politik, Haris Ibrahim, yang semalam berkata beliau akan melobi Majlis Peguam untuk mendedahkan identiti peguam senior yang menurut beliau menulis akuan bersumpah kedua Balasubramaniam.

Haris, yang tidak lagi menjadi peguam, berkata beliau akan memfailkan permohonan kepada majlis tersebut, untuk mendedahkan peguam senior yang telah "kesalahan serius" dengan mereka-reka akuan bersumpah tanpa berbincang dengan Balasubramaniam.

"Terdapat banyak bukti untuk Majlis Peguam untuk menyiasat perkara ini, jika pandangan Majlis Peguam sama seperti saya dan peguam-peguam lain, mereka akan menyiasat dan menyelesaikan perkara ini," kata Haris yang dihubungi The Malaysian Insider.

Haris menjelaskan bahawa pada masa lalu, identiti peguam dibelakang akuan bersumpah kedua tersebut kekal "misteri", tetapi telah didedahkan oleh Deepak sendiri, ketika temurama bersama lidah rasmi PAS, Harakah.

Dalam temuramah tersebut, yang telah dirakamkan dan dimuatnaik oleh Harakah dalam ruangan TVPAS di Youtube, peniaga permaidani itu telah menyebut nama peguam tersebut dalam menerangkan penglibatan beliau dalam akuan bersumpah kedua Bala, tetapi pada minit 14:39 klip tersebut, nama itu telah dipadamkan.

"Adakah ramai orang mengenali identiti peguam ini? Deepak, PAS TV, dan pastinya editor-editor mereka. Kita mungkin boleh menyiasat dan mendedahkan individu ini," kata Haris lagi.

Dalam blog aktivis tersebut Jumaat lalu, Haris telah menerangkan niatnya kepada Majlis Peguam dan mengugut akan mendedahkan nama peguam terbabit jika permintaannya tidak ditunaikan selepas 14 hari.

Beliau berkata, beliau mengetahui identiti peguam yang bergelar "Tan Sri" dari tiga sumber bebas dan boleh dipercayai, dan tidak teragak-agak untuk mendedahkannya jika perlu.

Akuan bersumpah kedua Balasubramaniam dikeluarkan sehari selepas yang pertama pada 3 Julai, 2008, berkenaan dengan pembunuhan Altantuya pada tahun 2006, dimana dua orang polis komando elit telah didapati bersalah dan menghadapi hukuman mati.

Dalam sidang medianya yang kemudian, Balasubramaniam, ditemani oleh peguam M. Arulampalam telah menarik balik akuan bersumpah pertamanya, yang mengatakan beliau dipaksa untuk menandatanganinya.

Beliau kemudian membuat akuan bersumpah kedua, yang kemudiannya didakwa beliau pada 2009 dilakukan oleh peguam lain tanpa persetujuannya.

Deepak menjadi sebutan apabila blogger Raja Petra Kamaruddin mendedahkan peranannya dalam penyiasat persendirian itu menarik akuan bersumpah pertamanya. -malaysian insider




Photobucket

Mufti Pun Cakap Tak Serupa Bikin

on






Hari ini satu alamat besar telah muncul tentang berlaku pembubaran parlimen.Jika dalam agama islam selalu kita belajar tentang alamat kecil atau alamat besar bila akan berlakunya kiamat .Maka hari ini tanda tanda besar berlakunya pembubaran parlimen telah muncul.

Hari ini saya terkejut bila tiba tiba dua mufti  membuka balik cerita lapuk dimana dua orang mufti iaitu Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh telah menggesa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanat mendakwa Umno kafir, yang dikeluarkan lebih tiga dekad lalu.


Pelik saya memikirkan kenapa isu amanat Haji Hadi tiba tiba boleh muncul tak kala semua orang sudah melupakan tentang amanat ini. Kedatangan dua mufti berjumpa dengan Ketua Penerangan Umno Dato Ahmad Maslan di PWTC  pun menjadi tanda tanya  dan misteri? seperti ada sesuatu agenda  yang tersembunyi.


Saya yakin  semua orang terutama generasi baru telah melupakan amanat ini dan tak mengambil kisah pun tentang amanat ini .Tetapi hari ini isu ini sengaja ditimbulkan kembali melalui Mufti  seolah olah ada satu agenda yang tersembunyi yang cuba di bangkitkan oleh Umno dengan memperkudakan kedua dua mufti.

Terus terang  dengan tanpa berselindung saya mengatakan Mufti Perak ini cakap tak serupa bikin. Baru semalam ada terbaca kenyataan beliau didalam satu akhbar[gambar] konun beliau  tidak cenderung dengan mana mana parti politik atau badan NGO.

Tetapi hari ini beliau dengan egonya melangkah ke PWTC berjumpa dengan ketua Penerangan Umno untuk bercakap pasai Amanat yang sudah basi  isunya .Kenapa dia menjadi jurucakap Umno sedang mulutnya berkata tidak mahu bersekongkol dengan mana mana parti politik. Pelik pelik !! saya memikirkan bila mana mufti ini  duduk semeja bersama Ketua penerangan Umno di PWTC bercakap dan  menyerang Haji Hadi  atau Pas.

"Selagi seseorang Islam itu mengucap dua kalimah syahadah, melaksanakan amalan, bagaimana boleh dikatakan kafir. "Itu hanya pendapat melulu dan tidak berasas," kata Mufti Perak.

Sebagai seorang yang berilmu adakah dia  lupa  tentang perkara perkara yang boleh membatalkan syahadah? Saya tak kata Umno ...tapi untuk semua  yang bergama islam kena tau apakah  perbuatan atau tingkah laku yang boleh membawa tergelincirnya akidah manusia.

Sebenarnya, dalam ucapan Haji Hadi di Banggol Peradong, Kuala Terenggan pada 1981 yang dimomokkan sebagai amanat oleh UMNO, Haji Hadi hanya tolong menyampaikan maksud beberapa Ayat al-Quran, antaranya Ayat 44 - 49 daripada Surah al-Maidah yang membawa maksud bahawa "Barang siapa yang tidak berhukum dengan hukum yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu kafir (44), zalim (45), fasiq (47).

Oleh sebab kerajaan UMNO tidak berhukum dengan hukum yang diturunkan oleh Allah, tetapi berhukum dengan hukum yang direka cipta oleh manusia [sekular], maka UMNO yang  terasa pedasnya akibat sindiran dari ayat itu.

Kesimpulannya, bukan Haji Hadi yang mengkafirkan UMNO, tetapi Haji Hadi hanya menyampaikan mesej al-Quran.Dengan kata lain, Ayat ayat Allah SWT yang mengecap manusia itu sama ada kafir atau zalim atau paling minimum, fasiq.

Maka isunya disini kenapa Umno terdesak memangggil kedua orang mufti ini ke PWTC hanya untuk bercakap dan menghidupkan kembali tentang AMANAT HAJI HADI ?tak lain tak bukan hanya untuk menjadi senjata pilihan raya untuk Umno.

Saya jamin media talibarut Umno akan memainkan isu AMANAT HAJI Hadi yang telah di lontak oleh dua mufti ini semaksimun yang boleh mulai dari hari ini sehingga ke tarikh mengundi.

Umno sebenarnya ketandusan isu untuk menyerang Pas maka Amanat ini di hidupkan kembali untuk dimomokkan kepada pengundi melayu.~ ayuh kita tolak sekular






Photobucket

Rais Yatim Yang Dengki dan Cemburu

on Dec 17, 2012






Sampai bila Rais Yatim mahu terus dengki dan cemburu terhadap rakan-rakan seperjuangan?

Apa yang eksterimis dalam agenda persidangan Perkasa yang Rais Yatim mahu menggelapkan rakyat jelata dari menyedari dan mengetahui mengenai agenda perjuangan Perkasa?

Jika ianya satu usaha kerajaan untuk menjaga imej BN supaya tidak dilihat sebagai sedondon dengan Perkasa, ianya boleh difahami dari menjaga imej politik ketika PRU13 yang bakal hangat.

Masaalahnya arahan tersebut agak bersifat peribadi dan memperlihatkan perasaan cemburu apabila ada  arahan khusus menyebut Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato Mohd Hasan, Ketua Penerangan Perkasa, dan saudara Ruslan Kassim yang merupakan pemimpin-pemimpin dari Negeri Sembilan tidak boleh dibenarkan liputan.

Apa yang dicemburui Rais terhadap mereka?

Jika tidak kerana Felda itu adalah 'baby' Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, kemungkinan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad pun akan ditahan liputan. Sebabnya liputan berkenaan Felda adakala keluar dalam versi yang lebih 'tone down' dan mesej yang disampaikan tidak tepat dan berkesan dalam menjawab isu.

Walaupun jari jemari Rais Yatim di syaki memainkan peranan tetapi Felda turut menghadapi masalaah dengan firma Perhubungan Awam Edelmann yang dilantik.

Banyak masaalah telah timbul dari sikap Rais Yatim yang tidak boleh mengawal langsung sikap kuat cemburu, dengki dengan kemajuan dan kejayaan rakan-rakannya sendiri, dan sering berdendam terhadap mereka yang enggan akur dengan kemahuan, arahan dan sedia sekongkol membantunya melakukan dan menutup tindakan dendamnya.

RTM?

Kekerapan bahan pameran muzium berumur 70 tahun keluar TV tidak naikkan rating

Rakyat menyedari RTM melaporkan berita mengenai Rais Yatim hampir tiap-tiap hari dan sudah sampai tahap menyampah melihat tiada muka lain yang muncul di kaca TV.

Dalam satu lawatan penulis ke Sandakan pada bulan Oktober, ada rakyat jelata yang menyedari profil berlebih-lebihan yang diberikan kepada Rais Yatim dan isterinya, Datin Maznah oleh RTM itu hingga melebihi liputan kepada Timbalan Perdana Menteri.

Ianya begitu ketara hingga menimbulkan syak sesama rakyat di Sandakan bahawa Rais Yatim akan 'menjatuhkan' Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menggantikannya di jawatan Timbalan Perdana Menteri. 

Malah ada banci yang dijalankan secara rahsia yang mendapati rakyat menyedari isteri Rais Yatim, Datin Maznah lebih kerap keluar di RTM dari isteri Perdana Menteri dan isteri Timbalan Perdana Menteri dan isteri Menteri-Menteri lain langsung tiada liputan, jika mereka perlu diberi liputan.

Sudahlah RTM berhadapan dengan masaalah rating yang corot sekali kerana tiada audiens.KSU Dato Kamaruddin Sirap sendiri pernah berkata, "Apa yang penting audiens, kalau tidak ditonton, tiada maknanya."  [Baca kenyataan KSU Kementerian sini.]

Kini arahan liputan berita untuk publisiti peribadi dan menghitamkan liputan kepada acara-acara dan pemimpin-pemimpin lain tidak akan membantu usaha penerangan kerajaan yang kini lebih mencabar dengan adanya pelbagai saingan. Seriuskah Rais Yatim berkata nak naikkan rating? [Baca Berita Harian sini.]

RTM tidak mendapat tempat dalam hati dikalangan penonton bandar dan ini menjadi salah satu batu penghalang untuk kerajaan mendapat perhatian dan agenda kerajaan tidak sampai kepada pengundi di bandar. [Baca ulasan Rontog pada tahun 2011 sini]

Siapa yang mahu memberi ruang untuk mendengar berita RTM jika tiada muka lain yang keluar? Asyik-asyik muka Rais.

Sudah tua-tua ini berubahlah dan buang perangai lama yang sudah ramai maklum dan ketahui. Jangan sampai RTM ... Rakyat Terlalu Marah dan akhirnya kerajaan dan parti jadi mangsa. Parti lawan tidak menjanjikan keselamatan, kestabilan dan kemakmuran untuk agama, bangsa dan tanahair.


sumber




RTM pun boikot Ibrahim Ali dan PERKASA?..Alahai.. kesiannya kat depa..




Agak malang buat Ibrahim Ali dan PERKASA yang mendakwa diri mereka sebagai sebuah NGO yang menyokong Najib dan UMNO, kerana aktiviti mereka baru-baru ini langsung tidak diberikan tempat dalam laporan media kerajaan.

Mungkin ramai tidak menyedari bahawa Persidangan Agong Tahunan Perkasa kali ke Tiga dan ulangtahun ke Empat pertubuhan tersebut yang berlangsung baru-baru inilangsung tidak mendapat tempat dalam RTM.

Adakah pihak RTM juga berpendapat bahawa Ibrahim Ali, Ahli Parlimen Pasir Mas yang merupakan Presiden pertubuhan itu sebagai individu yang sudah tidak relevan dalam politik di negara ini?

Atau pihak mereka telah menjangkakan, kenyataan-kenyataan yang akan keluar pada Perhimpunan PERKASA itu akan menimbulkan lebih kebencian rakyat Malaysia terhadap UMNO yang disokong oleh PERKASA?

Kenapa agaknya perkara ini berlaku kepada PERKASA?..

Nak tahu apa jawapannya? sila baca sebahagian dari artikel yang dipetik dari Blog Pro UMNO ( Another Brick in The Wall ) di bawah ini...

Jika sebelum ini blogger-blogger pembangkang dan pro-kerajaan dan penerbit filem Tanda Putera menjadi mangsa kepada sikap cembru, dengki dan dendam Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato Seri Utama Dr Rais Yatim, kali ini Perkasa dan beberapa pemimpin Negeri Sembilan pula dijadikan mangsa.

Sering kali, dendam dan serangan yang dilakukan Rais dikaburi dengan justifikasi dan cara membodeknya yang sungguh menjijikan. Banyak pihak sudah menyedari niat buruk disebalik tindak tanduknya. Yang menyedihkan sekali, genggaman kuasa dan paranoia Rais Yatim tidak mendatangkan keuntungan kepada kerajaan dan parti.

Malahan ianya tidak juga akan menguntungkan dirinya dan parti pemerintah. Sudah ada pengamal industri kreatif kecilan dan 'budak-budak produksi' yang hingga terikrar kata-kata untuk ikut serta Pakatan Rakyat dan menjatuhkan kerajaan Dato Seri Najib Tun Abdul Razak. Mereka begitu marah hingga sanggup lakukan semua ini jika Rais Yatim dikekalkan dalam kabinet dan Kementeriaan.

Dikhabarkan sumber-sumber tertentu bahawa Rais Yatim telah mencemburui dan berdengki terhadap Perkasa yang telah melangsungkan satu Perhimpunan terbuka besar-besaran bersempena Persidangan Agong Tahunan Perkasa kali ketiga dan ulangtahun keempat pertubuhan tersebut.

Disebalik satu pameran sokongan terbuka Perkasa kepada kerajaan Barisan Nasional serta komponen parti MCA dan MIC, liputan yang diberikan kepada majlis Perkasa yang sangat bermakna itu anih sekali begitu hambar. Ucaptama yang disampaikan oleh penerima anugerah bintang Perkasa, Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria tidak langsung diberikan ruang.

'Blackout'

The Star pastinya memberi keutamaan untuk memberi liputan kepada konvensyen seteru MCA, DAP di Pulau Pinang. pada hari Sabtu memang banayk sekali program-program yang dijalankan baik pihak kerajaan, BN, pembangkang dan NGO-NGO.

Akhbar berbahasa Inggeris New Straits Times tidak boleh diharapkan untuk memberi liputan kepada Perkasa kerana pasukan penyunting yang condong keapda fahaman liberal dan agak bersimpati keapda agenda neo-liberal.

Namun begitu, akhbar berbahasa Melayu kumpulan NST, Berita Minggu [rujuk arkib Ahadnya di SINI] tidak langsung melaporkan walaupun pemberita mereka dilihat berkeliaran. Manakala liputan TV3 yang agak terhad masa untuk melaporkan berita politik terpaksa menumpukan kepada Konvensyen DAP.

Hanya Mingguan Malaysia yang sedia terus memberi sokongan. Walaupun agak lari dari mesej utama yang mahu disampaikan, Sinar Harian masih juga memberi sedikit sebanyak liputan dengan menyiarkan kenyataan-kenyataan Dato Ibrahim Ali dan Tan Sri Harussani.

Pengesahan kepada arahan 'blackout' dari Rais Yatim susah untuk disangkal apabila tiada langsung liputan berita samada bertulis atau secara video oleh pihak Bernama, Bernama TV dan saloran yang kini sering disebut dengan nama jolokan baru oleh khalayak awam sebagai Rais Tayang Maznah.

Malahan kini, sudah keluar arahan kepada semua media dan khususnya RTM dan Bernama supaya tidak memberi langsung liputan keapda sebarang pemimpin-pemimpin Perkasa. Arahan itu tidak membenarkan langsung mana-mana pemimpin Perkasa untuk keluar di program Hello Malaysia di Bernama TV.

Artikel seterusnya yang penuh dengan ampu-ampuan buat PERKASA sila baca di ( Another Brick in The Wall ) 

Kesian kat Pak Brahim.. Media Utama UMNO sendiripun dah tak lalu nak siarkan program dia tu.. tapi dia masih tak sedar diri..

Ni pantun buat Pak Brahim...

Apa diharap padi di bukit,
Mungkin sudah dicuri orang,
Bagaimana pula hati tak sakit,
Jasa di tabur di hina orang...

ha..ha..ha.. padan muka hang!!

Jasa di tabur dihina orang.. hatinya sakit,
Kononnya berjasa demi rakyat,
Wahai Pak Brahim.. Kalau hati sudahlah sakit,
Tolaklah UMNO/BN sokonglah Pakatan Rakyat!!


Photobucket

Jaminan Anwar tidak akan aib Umno-BN jika tawan Pusat

on




Nwar Ibrahim


DUNGUN – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya menang majoriti dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), perubahan kepimpinan akan berlaku secara terkawal.

Beliau berkata, PR tidak pernah sesekali berniat untuk mengaibkan Umno dan Barisan Nasional (BN) jika berjaya mengambil alih pemerintahan negara nanti.

“Dengan izin ALLAH SWT saya yakin kita akan menang dan bila perubahan (kepimpinan) itu berlaku kita jamin ia (secara) terkawal.

“Bila sudah menang dalam tempoh 24 jam selepas angkat sumpah kita akan turunkan harga minyak di seluruh negara ini,” katanya mengulangi janji PR ketika berucap pada Ceramah Perdana Himpunan Kebangkitan Rakyat Terengganu – PGU 6.0 yang diadakan di Dataran PGU Paka dekat sini, malam tadi.

Turut menyampaikan ceramah, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail dengan lebih 50,000 penyokong dan penduduk membanjiri tapak ceramah.

Pada masa sama, Anwar menyeru penduduk Terengganu yang berniat untuk membeli kereta agar menangguhkan dahulu hasrat itu kerana PR akan menurunkan cukai eksais kereta sebanyak 20 peratus apabila berjaya ke Putrajaya nanti.

Sementara itu, mengulas mengenai kebanjiran puluhan ribu penyokong sempena ceramah itu, Ketua Umum PKR ini menyifatkan ia sebagai kebangkitan rakyat yang berlaku apabila rakyat mempunyai kesedaran dan tidak mahu lagi menjadi mangsa kezaliman.

Dalam perkembangan lain, Azan membidas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang kononnya mahu perjuangkan hak ke atas telaga minyak baru yang dijumpai di Blok PM307 Bertam yang terletak di luar pantai Semenanjung antara Terengganu dan Pahang.

“MB tok soh agah (tak payah angkuh) konon nak berjuang dapatkan hak ke atas telaga minyak baru tapi hok buwi doh kepada Terengganu (royalti yang sepatutnya diterima negeri) pun boleh terlepas, inikan pula untuk dapatkan royalti bagi telaga minyak baru,” tegasnya.

Photobucket

SIAPA DIA Peguam bergelar " Tan Sri " terlibat merangka Akuan Bersumpah 2 Balasubramaniam...?

on





Aktivis politik, Haris Ibrahim, akan melobi Majlis Peguam untuk mendedahkan identiti peguam kanan yang menulis pengakuan kontroversi kedua penyiasat peribadi P Balasubramaniam tentang pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.

Haris, yang juga peguam sebelum ini, mengatakan beliau akan membuat permohonan di pejabat Majlis Peguam esok (Isnin), memetik alasan bahawa peguam kanan melakukan “dosa besar” kerana merangka akuan bersumpah (SD) tanpa berunding dengan Balasubramaniam terlebih dahulu.


“Terdapat bukti mencukupi membolehkan Majlis Peguam untuk menyiasat perkara ini. Jika majlis melihat ini sebagai serius seperti yang saya llihat, dan ramai peguam kanan lain, mereka akan dapat ke akar kemelut ini sekali dan untuk semua,” Haris(gambar)memberitahu The Malaysian Insiderketika dihubungi di sini.

Beliau menegaskan perkembangan terkini sekitar perkara itu, terutamanya dengan kemunculan semula ahli perniagaan Deepak, memberikan alasan yang cukup untuk majlis mengambil tindakan.
Haris menjelaskan pada masa lalu identiti peguam di sebalik SD kedua Balasubramaniam kekal “misteri”, baru-baru ini secara terbuka dinyatakan oleh Deepak sendiri, semasa pendedahan dalam satu temu bual dengan lidah rasmi PAS, Harakah.

Dalam temubual itu, yang dirakam dan dimuat naik oleh “TVPAS” di saluran Youtube, peniaga karpet itu terlepas cakap nama peguam tersebut apabila menjelaskan peranan beliau dalam SD kedua.

Akan tetapi pada minit ke 14:39 dalam klip itu, nama peguam tersebut disenyapkan.

“Namun, ini bermakna terdapat individu yang tahu identiti peguam ini — Deepak, TVPAS dan pastinya, pasukan pengarang. Kita boleh memulakan penyiasatan dan mendedahkan orang ini,” kata Haris.

Di dalam blog aktivis tersebut Jumaat lalu, Haris menyatakan hasratnya untuk menulis kepada Majlis Peguam dan mengugut untuk mendedahkan nama peguam tersebut jika permohonannya tidak dilayan selepas 14 hari.

Beliau menyatakan beliau mengetahui identiti peguam bergelar “Tan Sri” itu daripada tiga sumber bebas dan boleh dipercayai dan tidak keberatan untuk mendedahkannya jika diperlukan.

“Saya akan menulis surat kepada Majlis Peguam untuk bertanya jika mereka akan melancarkan satu penyiasatan ke atas urusan kotor ini,” katanya dalam tulisan tersebut.

Perakuan bersumpah kedua Balasubramaniam muncul sehari selepas SD pertama beliau pada 3 Julai 2008, tentang pembunuhan Altantuya 2006, di mana dua komando elit polis disabitkan bersalah dan menghadapi hukuman mati.

Dalam satu sidang akhbar tergesa-gesa itu, Balasubramaniam, diiringi oleh peguam M. Arulampalam, keluar untuk menarik balik SD pertama beliau, dengan mendakwa ia ditandatangani kerana menerima ugutan. 

Beliau kemudian mengeluarkan SD kedua, yang beliau dakwa kemudian pada tahun 2009 disediakan oleh peguam lain tanpa perundingan terlebih dahulu dengannya.

Deepak menjadi tajuk berita apabila penulis blog terkenal, Raja Petra Kamaruddin mendedahkan peranan beliau dalam membantu SD kedua detektif swasta itu untuk menyangkal akuan bersumpah pertama.

Peniaga itu kini berada dalam berita kerana menyaman Awan Megah (M) Sdn Bhd milik Ketua Wanita Umno Selangor Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah dibawah jenayah pecah amanah dalam penjualan 223.33 ekar tanah di Bukit Raja.



Photobucket

Siapa nak buat huru-hara bila kalah PRU13?

on




Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengulangi pertanyaan siapakah yang mahu membuat huru-hara apabila tewas dalam Pilihan raya Umum ke-13 nanti. 
Sehubungan itu, beliau menolak tuduhan pemimpin Umno BN kononnya akan berlaku peristiwa 13 Mei sekiranya parti itu kalah pada PRU13.

“Siapa nak buat huru-hara?

“Mereka nak buat huru-hara, peristiwa 13 Mei bila Umno kalah teruk (PRU13),” ujarnya ketika berucap di hadapan kira-kira 20,000 hadirin pada Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Negeri Perak di padang SEDC, Bandar Seri Iskandar, malam tadi.


Ekoran itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menambah, PAS bukan sahaja menjalin hubungan dengan parti politik bahkan badan bukan kerajaan untuk mencapai kejayaan pada PRU13 nanti.

Walaupun padang basah ekoran hujan yang turun sekitar jam 9.30 malam, namun para hadirin terus bertambah mengikuti ucapan pemimpin Pakatan Rakyat sehingga akhir majlis.

Sementara itu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mengingatkan rakyat supaya beristiqamah untuk melakukan perubahan pada PRU13.

Katanya, Pakatan Rakyat berusaha untuk menerajui Putrajaya bukan kerana kepentingan individu sebaliknya untuk menjaga kebajikan rakyat seperti pelajar, petani dan pemandu teksi.


Harakahdaily



Photobucket

BN, PR sepakat lupakan tragedi 13 Mei, Tapi Tidak Pada Ibrahim Ali

on






Pemimpin politik daripada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) hari ini sepakat untuk melupakan peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

Mereka malah menegur Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali untuk tidak lagi mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana itu hanya akan menyebabkan hubungan antara kaum di negara ini terganggu.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini, pemimpin kedua-dua parti politik tersebut menasihati Ibrahim agar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan kerana ia bakal mengguris perasaan sesetengah kaum.


Chor Chee Heung
“Kadangkala, sahabat saya Ibrahim Ali, beliau ketinggalan ... Seperti tertinggal daripada dunia moden,” kata Naib Presiden MCA, Datuk Chor Chee Heung, kepada The Malaysian Insider.
“(Tindakan) beliau itu umpama merugikan BN, walaupun kadangkala kenyataannya itu mahu rakyat menyokong BN.
“Dalam Malaysia moden sekarang, Melayu, semua bangsa, mempunyai minda yang berbeza ... mereka lebih progresif, rakyat lebih mengutamakan kerajaan, bukan bangsa.”
Dalam satu temu ramah eksklusif Sinar Harian yang dipetik The Malaysian Insider sebelum ini, Ibrahim mengeluarkan kenyataan bahawa komuniti Cina di negara ini sebagai ancaman sekiranya mereka menguasai politik dan ekonomi.

Ekoran kenyataannya itu, Naib Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong, turut menyelar Ibrahim kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian yang menurutnya akan menyemai “benih kebencian di hati rakyat dan menimbulkan ketegangan kaum” di Malaysia.


Devamany
Kata Naib Presiden MIC, Datuk S.K. Devamany: “Ibrahim Ali perlu berjaga-jaga dalam mengeluarkan kenyataan ... jangan ungkit perkara yang kita ingin lupakan.”
Ahli Parlimen Cameron Highland itu turut menambah, kenyataan seperti itu akan merosakkan hubungan silaturrahim antara kaum di negara ini yang mana usaha menyatupadukan kaum di bawa dalam Gagasan 1 Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Jangan bawa perasaan tidak diingini kepada sesetengah rakyat, ia tidak baik untuk silaturrahim masyarakat kita.
“Perdana menteri bawa konsep 1Malaysia, konsep perpaduan, kenyataan seperti itu akan bawa segelintir masyarakat marah,” katanya dan menambah, “kita nak eratkan silaturrahim, bukan cari permusuhan.”


Dr Mohd Puad

Berkongsi pendapat dengan Devamany, Ahli Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi selain menyeru rakyat melupakan peristiwa itu, beliau turut berkata rakyat berbilang kaum di negara ini telah sekian lama berkongsi dalam soal ekonomi.
“Jangan jadikan (13 Mei) bahan untuk wujudkan konflik dalam masyarakat ... sejak sekian lama kita telah berkongsi dalam soal ekonomi,” katanya kepada The Malaysian Insider.
“Yang paling penting, kita ambil semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB) walaupun ia sudah tamat tempoh, semangatnya masih ada, saya yakin menteri tahu bagaimana mahu melaksanakan.”
Ahli Parlimen Batu Pahat itu menjelaskan, konsep 1Malaysia sendiri diwujudkan untuk rakyat melihat kehadapan, dan bukannya menoleh kebelakang untuk kemajuan negara.
“Melalui 1Malaysia, kita akan lebih memandang ke hadapan, tidak lagi menoleh kebelakang yang menyebabkan kita tidak lagi produktif,”tambahnya.


Salahuddin Ayub

Sementara itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub melihat isu perkauman tidak lagi mendapat tempat di hati rakyat negara ini kerana perjuangan PR jelasnya adalah isu yang melibatkan pelbagai kaum.
“Isu perkauman sekarang tidak lagi mendapat tempat dalam hati rakyat, isu yang kami perjuangkan adalah isu melibatkan semua kaum.
“Itu ilusi mimpi ngeri Ibrahim Ali,” kata ahli Parlimen Kubang Jerian itu yang yakin, peristiwa 13 Mei ini tidak akan berlaku lagi.
“Saya yakin, ia satu ‘Puaka dan Saka’ Umno yang cuba mempertahankan talian hayat mereka.”

Chua Tian Chang

Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang, bagaimanapun melihat, dengan situasi dan keadaan masyarakat Melayu di negara ini sekarang peristiwa hitam itu tidak mungkin akan berulang.
“Kalau kita bandingkan dulu dengan sekarang, masyarakat Cina dulu 40 peratus, sekarang sudah tinggal 20 peratus, jadi macam mana mereka boleh jadi ancaman,” tegas Chua, yang juga merupakan Ahli Parlimen Batu.
“Saya yakin 13 Mei tidak akan berlaku lagi, dengan nilai-nilai agama Melayu yang semakin kuat. Orang Melayu sekarang lebih berfikiran universal, mereka tidak lagi berfikiran seperti dulu.”
Ibrahim yang merupakan ahli Parlimen Mas semalam mengeluarkan kenyataan berkata komuniti Cina akan menjadi ancaman kepada keselamatan negara sekiranya mereka berkuasa dalam politik dan ekonomi, yang mana menurutnya akan mengulangi sejarahperistiwa berdarah 13 Mei 1969.

Beliau turut menafikan dirinya dan Perkasa sebagai rasis kerana mendakwa mereka hanya mempertahankan apa yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. ~ TMI




Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List