ND Lala Kecewa Sharnaaz Ahmad Tetap Mahu Masuk Merisik
Copy & Posted By mahi on
ND Lala menyuarakan rasa kecewa beliau denga kenyataan Sharnaaz Ahmad yang mengakui Shila Amzah adalah bakal isterinya kerana beliau tidak pernah berbincang tentang isu perkahwinan.
Melalui Harian Metro hari ini, bapa Shila Amzah ini meminta Sharnaaz Ahmad supaya tidak biadap dengan meneruskan niat beliau untuk masuk merisik Shila Amzah pada Mac ini.
“Saya dan ibu Shila (Amzah) masih hidup, masih bernyawa — sekurang kurang hormatilah kami sebagai orang tuanya”
“Kalau Shila mahu kahwin sekali pun, saya walinya, bukan Shaarnaz yang menentukan itu isterinya,” ujar ND Lala dalam kekecewaan.
ND Lala bagaimanapun tidak pernah menolak jika jodoh Shila Amzah dengan Sharnaaz Ahmad tetapi beliau merasakan belum sampai waktu untuk kedua dua anak seni ini mendirikan rumahtangga.
KENAPA UMNO SEBUK KEHILANGAN NASHARUDDIN MAT ISA ...?
Copy & Posted By mahi on Jan 30, 2013

Muhyiddin kata pemecatan Nasharuddin dari Majlis Syura PAS "Aneh." Najib kata "bermotif politik."
Penulis setuju dengan kedua mereka.
Penulis setuju penguguran Nasharuddin Mat Isa "aneh" kerana patut dari dulu lagi dia dah kena pecat. Bukan selepas berkali-kali mulut jeghabei - pantang disua mikrofon oleh media pencacai, berita Hairan, Utusex dan TV3. "Aneh" sungguh Majlis Syura sanggup simpan dia begitu lama walaupun tiada komitmen pada jemaah dan penduduk kawasan yang diwakilinya, Bachok
Penulis juga setuju pengguguran Nasharuddin Mat Isa "bermotif politik" kerana pemecatannya tiada motif dendam kesumat. Ia bukan seperti pembunuhan Altantuya oleh dua orang bekas polis malaun kambing hitam yang tidak tahu apa motifnya. Tindakan memecat Nasharuddin Mat Isa is politically long overdue!
Tindak tanduk Nasaruddin Mat Isa juga aneh. Sehingga kenduri kahwin anak pun aneh. Tiada pemimpin utama PAS di meja VVIP. Yang ada adalah individu berikut (sumber: Pencacai):
- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muyiddin Yassin
- Speaker Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.
- Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz ,
- Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin,
- Bekas Naib Conselor UiTM, Tan Sri Ibrahim Abu Shah,
- Pengarah Urusan Syabas, Tan Sri Rozali Ismail,
- Presiden JATI, Datuk Dr Hasan Ali.
- Ketua Pengarah PLKN, Datuk Abdul Hadi Awang Kechik
Umum mengetahui siapa dan apa inclination tetamu kehormat Nasharuddin Mat Isa. Umum juga mengetahui tak lama lepas itu Ibrahim Abu Shah mencari Tuan Guru Nik Aziz. Untuk apa cari Tuan guru? Aneh?
Takkan Ibrahim Abu Shah saja-saja nak jumpa Tuan Guru Nik Aziz tanpa motif politik.
Takkan Ibrahim Abu Shah saja-saja nak jumpa Tuan Guru Nik Aziz tanpa motif politik.
Kata orang tua2. Seekor kerbau membawa lumpur, habis semua terpalit. Bagi kes Nasharuddin Mat Isa, dia sendiri yang terjun ke dalam kubang kerbau!
Kenapa ameno meratapi terpecatnya Nasharuddin Mat Isa dari Majlis Syura?
Nasharuddin Mat Isa tiada kena mengena dengan ameno, bukan sepatutnya begitu?
Tentu ameno sedih kerana sudah kehilangan kuda trojan yang hebat!
Kuda tojan yang diparking dengan selesa di dalam nadi PAS.
Nasihat penulis kepada mereka yang masih berada dalam Majlis Syura PAS dan Pas Pusat. Demi menjaga kestabilan dan kekuatan jemaah, lupakan Nasharuddin Mat Isa.
Bukan penulis cadang supaya kita memutuskan hubungan silaturrahim sesama Islam, tetapi ini yang terbaik. Buat sementara, sehingga PRU13, simpan saja "kasih sayang" komer (baca: ahli Majlis Syura dan PAS Pusat) kepada Nasharuddin Mat Isa di dalam hati. Tak perlu visualize. Tak perlu sebut. Ini kerana setiap gerak geri pemimpin PAS dan Nasharuddin Mat Isa sentiasa diintip oleh SB2 ameno!
Jika ameno nampak atau dengar ada pemimpin PAS yang menunjukkan empathy kepada Nasharuddin Mat Isa, ia akan dijadikan modal ameno untuk memecahbelahkan PAS.
Nasharuddin Mat Isa boleh masuk UMNO (dan memeluk segala kebobrokannya) yang dia dah suka kawan.
Nasharuddin Mat Isa boleh masuk UMNO (dan memeluk segala kebobrokannya) yang dia dah suka kawan.
Penulis Asal 'Yong Suka Kuning'
Kongsi bersama kemana wang rakyat 'digunakan' dan kenapa amalan sebegini mesti dihentikan dengan SEGERA.!!
Copy & Posted By mahi on

Ni kilang yang mengeluarkan semikonduktor untuk product MP3 dan yang berkaitan dengan ICT... sound good.. nothing extra ordinary...made in Malaysia lagi..!! tapi yang jadi masalah, syarikat ini pemegang saham terbesarnya adalah Khazanah Holding yang merupakan badan pelaburan milik negara..dan sehingga hari ini Khazanah telah menyuntik sebanyak RM1 Billion ringgit wang rakyat untuk memastikan syarikat ini terus wujud.
walaupun sebenarnya cash depositnya berada diparas -3.4 Billion!!! Ni satu contoh... syarikat rugi berbillion ringgit tapi tetap hidup atas dana awam.. seolah rakyat adalah ATM duit... kenapa tidak dihentikan operasi saja dari membiarkan berbillion lagi wang rakyat lesap begitu saja..? sedangkan 1 billion ringgit sudah lebih dari mencukupi untuk membina pelbagai kemudahan prasarana rakyat..?? Amalan ni MESTI dihentikan..
Sebaik saja PR meneraju negara.. alasan pekerja akan kehilangan sumber pendapatan tapi dalam masa yang sama membiarkan wang rakyat mengalir begitu saja tidak boleh diterima.. kerajaan yang cekap mesti memastikan kebajikan rakyat diutamakan..projek yang merugikan rakyat.... sebenarnya merugikan negara.....
Kesilapan Khazanah Holding kerana mereka membeli syarikat diluar sana sebagai satu cabang pelaburan... sebagaimana mereka membeli kepentingan saham dalam SP-Setia baru baru ini... ada yang berjaya dan ada gagal.. Silterra gagal kerana Malaysia bukan nama besar dalam industri ini yg memerlukan budget yang cukup besar untuk bersaing dengan syarikat gergasi seperti Intel, Samsung, Texas, AMD dan pelbagai lagi..
kenapa risikokan wang rakyat untuk dilaburkan dalam perniagaan yang berisiko tinggi..?
Pasal tu bila Anwar cakap berbillion wang rakyat boleh diselamatkan dan diguakan balik untuk projek berorientasikan rakyat seperti pendidikan percuma... ianya memang boleh dilakukan..!! tapi dengan syarat. pengurusan kewangan mesti BUKAN seperti sekarang.... jumlah wang negara yang 'hilang' tanpa dapat dikesan menjangkau RM1 trillion...!! kemana perginya wang sebanyak itu?.. pasal tu kroni kaya raya.. mereka dapat duit haram melalui pengubahan wang hasil kegiatan haram..!!
Kini baru kita faham bagaimana wang negara dilarikan penyamun.
Kita rakyat yang menyokong PR mesti tahu apa perlunya kita menyokong.. kena ada perbezaan antara BN dan PR...apa yg BN dan UMNO tawarkan dan apa yang PR tawarkan.. kita memilih PR kerana mereka lebih mesra rakyat dan meletakkan kebajikan rakyat sebagai paksi utama... dan kita menentang UMNO BN kerana mereka tidak tahu untuk menguruskan negara..!! rakyat tidak hanya boleh berpuas hati kerana kerajaan mahukan kita berpuas hati.. tapi...!! kita yang memastikan kepuasan hati kita dan mahukan kerajaan memenuhinya mengikut acuan kita...
Perasaan tak kenapa kita jauh ketinggalan dibandingkan dengan singapure..?? tidak ada kurangnya kita dari segi pelabuhan, dari segi sumber asli dan dari segi tarikan pelaburan..tapi apa yang kita ketinggalan dari segi pengurusan berintergriti dan berkualiti.. itu yang kita tak ada sejak berpuluh tahun dulu.. kalau tidak.. tak mungkin...............
Dimana UMNO kuat.. disitu Melayu merempat..!! Bukan tu saja. peningkatan harga barang menyebabkan nilai mata ringgit susut nilainya.. ini semua kena mengena dengan kempen untuk menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi yang dicita cita oleh pemerintah.. benchmark diukur dari segolongan kumpulan rakyat yang kaya raya.. bukan diambil dari skop yang sebenar iatu kumpulan majoriti.. jadi itulah yg berlaku.. cara hidup mereka golongan ini diambil sebagai garis panduan untuk semua.!!! akibatnya kenaikan kos sara hidup mengesankan kita golongan majoriti, tapi golongan kaya raya yang minoriti ini terus meraih kekayaan dari skim 'perlindungan' oleh kerajaan penyamun.
By : Raja Muhd Sahrin
Suhakam mahu jadi pemerhati bebas PRU
Copy & Posted By mahi on
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) akan menjadi pemerhati bebas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dan bukan sebagai pemerhati Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Naib Presiden Suhakam Datuk Dr Khaw Lake Tee berkata demikian ketika ditanya media sama ada Suhakam akan bekerjasama dengan SPR bagi memastikan sebuah pilihan raya yang bebas dan adil dengan mengambil peranan sebagai pemerhati rasmi.
Setakat ini SPR tidak membuat sebarang pelawaan kepada Suhakam ataupun Suhakam menyatakan minat untuk berbuat demikian.
"Mereka mengambil tindakan yang betul dengan tidak mempelawa kami," kata Khaw kepada media semasa Perundingan Semakan Berkala Sejagat (UPR) Kedua mengenai Hak Asasi Manusia Malaysia di sini hari ini.
Khaw menarik perhatian adalah penting untuk Suhakam memantau sendiri proses pilihan raya, terutamanya dalam isu berkaitan hak asasi manusia.
Suhakam harus mengekalkan sikap tidak berat sebelah memandangkan pihak yang terkilan boleh merujuk isu berkaitan hak asasi manusia kepada suruhanjaya itu, terutamanya semasa pilihan raya, katanya. - Bernama
BN diramal menang PRU-13, Najib layak jadi PM
Copy & Posted By mahi on
Satu kajian mendapati Barisan Nasional (BN) diramal untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) yang bakal diadakan pada tahun ini.
Bertajuk Kajian Maklumbalas Pengundi Mahasiswa, kajian itu membabitkan 3,000 responden dari Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).
Responden melibatkan mahasiswa berumur 21 tahun ke atas dari kaum Melayu, Cina dan India yang mana ada di antara mereka yang bakal mengundi untuk kali pertama.
Kajian dilakukan pada 9 hingga 12 Dis tahun lepas itu juga mendapati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan seorang pemimpin yang popular, mempunyai prestasi yang baik dan layak menjadi pPerdana menteri.
Pengerusi Yayasan Hal Ehwal Siswa Datuk Mohd Radzi Abdul Latif berkata 57 peratus responden, yang mewakili UKM (75 peratus), UPM (67.4 peratus) dan UM (41.4 peratus), mengatakan kepimpinan Perdana Menteri baik dan popular.
“Selain itu 59 peratus dari kesemua responden mengakui Najib pilihan utama sebagai Perdana Menteri.
“Kajian juga mendapati pengundi atas pagar (responden dalam golongan tidak pasti) merupakan kunci utama penentu kepada kejayaan sesebuah parti,” katanya ketika mengumumkan hasil kajian tersebut dalam sidang akhbar di ibu negara hari ini.
Beliau berkata hasil kajian mendapati 68 peratus responden tidak pasti untuk memilih siapa pada PRU-13 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala 40 peratus responden tidak pasti untuk memilih siapa bagi kerusi Parlimen.
Menurutnya hampir kesemua responden percaya Facebook merupakan medium paling baik sebagai platform untuk kempen pilihan raya selain Facebook dan Youtube juga merupakan medium pilihan untuk mengakses maklumat politik.
-Bernama
Siswa UM, UKM lebih condong pada Pakatan
Copy & Posted By mahi on
Satu tinjauan oleh sekumpulan ahli akademik di kampus Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menunjukkan lebih ramai siswa cenderung memilih Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.
Jumlah berkenaan lebih besar daripada bilangan siswa yang memilih BN, walau majoriti daripadanya menujukkan sikap pengundi atas pagar, menurut kajian oleh Yayasan Hal Ehwal Siswazah (YES) itu.
“Kuncinya (adalah) pengundi di atas pagar, kedua-dua parti sama ada BN atau Pakatan, mereka boleh mencari kemenangan (selesa) dengan mencari pengundi atas pagar luar pagar di kampus (ini),” kata Pengerusi YES Datuk Mohd Radzi Abd Latif.
Beliau juga percaya sikap pengundi di kampus di Lembah Kelang itu boleh mempengaruhi pola pengundian pada pilihan raya umum akan datang.
Katanya, golongan berkenaan akan pulang ke kampung dan menyebarkan maklumat dan membincangkan isu politik bersama warga kawasan masing-masing.
Kedua-dua kampus berkenaan merupakan kubu kuat kumpulan siswa pro-Mahasiswa dan menjadi tumpuan utama pemerhati dalam siri pilihan raya kampus yang lalu.
Kajian sikap ke atas 1,009 orang siswa UM itu menunjukkan, seramai 18.6 peratus daripada responden tersebut memilih Pakatan untuk kerusi parlimen, berbanding 8.7 peratus yang memilih BN.
Sebahagian besarnya, seramai 72.6 peratus memberi jawapan tidak pasti.
Di UKM pula sebanyak 30.1 peratus daripada 1,006 responden memilih Pakatan di peringkat parlimen, manakala 29.8 peratus menyokong BN, sementara 40.1 peratus menjawab tidak pasti.
Bagi peringkat DUN pula, seramai 22.4 peratus mahasiswa UM memilih calon Pakatan berbanding 8.7 peratus yang memilih BN, dan selebihnya tidak pasti.
Trend sama juga dilihat di kalangan pelajar UKM – seramai 31.6 peratus memilih Pakatan manakala 27.1 akan menyokong BN untuk kerusi DUN tersebut.
Majoriti daripada mahasiswa di kedua-dua universiti ini turut menjangkakan bahawa BN akan kekal sebagai kerajaan selepas pilihan raya umum tersebut.
Seramai 63 peratus daripada mahasiswa UM menjangkakan kemenangan BN, berbanding 37 peratus yang mahu melihat kemenangan Pakatan.
Di UKM, seramai 54.6 peratus daripadanya menjangkakan kemenangan BN, berbanding 45.4 peratus yang lain.
Kajian di UM dijalankan oleh pensyarah di fakulti ekonomi dan perniagaan kampus tersebut Muhammad Asli Mohd Ali manakala di UKM pula oleh pensyarah fakulti sains sosial dan kemanusiaan Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali.
sumber
Dun Selangor Bubar Hujung Februari ?
Copy & Posted By mahi on

SHAH ALAM 30 Jan: Kerajaan Selangor pertimbang untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika Perdana Menteri enggan membubarkan Parlimen selepas perayaan Chap Goh Meh pada 24 Februari ini.
Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan dengan Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat berhubung perkara itu.
“Jika PM belum buat pengumuman berkenaan tarikh PRU 13 selepas Chap Goh Meh, kami akan pertimbangkan pembubaran DUN lebih awal dari Parlimen,” katanya dalam twitter.
Bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco hari ini, Khalid berkata, beliau sebelum ini enggan membubarkan DUN serentak dengan Putrajaya jika pembubaran berlangsung pada Jun tahun lalu, kerana mahu menguruskan belanjawan tahunan kerajaan negeri yang masih belum selesai.
“Tapi kita rasa kita perlu bubar lebih awal sekiranya Pusat masih belum bubar sebelum Chap Goh Mei. Kita memikirkan untuk pembubaran lebih awal untuk mendapat mandat baru demi kepentingan rakyat,” jelas Khalid.
Perkembangan ini pasti mencemaskan Najib dan pimpinan BN yang bermati-matian untuk merampas Selangor setelah dimenangi Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum 2008.
Khalid sebelum ini menyatakan, sebab utama Selangor membuat keputusan sama ada bubar DUN serentak atau tidak kerana mahu memastikan pengundi dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) benar-benar bersih.Oleh sebab itu, kerajaan negeri mewujudkan Program Pengukuhan Demokrasi.
Program Pengukuhan Demokrasi dilaksana Kerajaan Selangor bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai hak demokrasi rakyatnya termasuk membantah pengundi tidak sah atau diragui dalam daftar pemilih SPR.
Kerajaan BN sebelum ini didakwa membuat pelbagai taktik kotor untuk merampas negeri itu termasuk memberi kad pengenalan kepada warga asing yang diarah mengundi BN.
Note :-
Lihat lah betapa angkuh nya kenyataan pengerusi SPR ini. Kalau macam ini tidak lah di namakan SPR ini bebas.
Sementara itu, pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, kuasa membubarkan DUN terletak di tangan Sultan Selangor.
"Beritahu dia, dia hanya boleh menasihati Sultan untuk bubarkan DUN, tapi tarikh penamaan calon dan pilihan raya terletak kepada SPR," kata Abdul Aziz dalam sidang media di ibu pejabat SPR di Putrajaya.
"Kebanyakan negeri dia punya last day .. About March, April atau Mei.."
Beliau juga berkata keputusan pembubaran DUN terletak di tangan Sultan Selangor.
"Terpulang kepada tuanku, kalau tuanku setuju," katanya lagi.
sumber
Apa masalah pemain bola sepak kita?
Copy & Posted By mahi on

Baru je tahun lepas semua rakyat Malaysia berbangga dengan kejayaan si Nazmi ni main kat kelab luar negara, sekarang kisah kontroversi Twitter dia lebih popular dari cerita karier dia.
![]() |
| Sumber |
![]() |
| Sumber |
Jangan main2 dengan Aidil, dia dah dua kali tanduk bola masuk gol masa lawan Perak (takde kaitan).
Ok balik cerita tadi, apa sebenarnya masalah pemain bola sepak kita ni? Perempuan? Walau budak lagi tapi dah ada awek hot itu hal dia aku malas nak komen sangat masing2 dah besar panjang. Tapi biasalah tu, kalau dah namanya couple, couple mana yang tak pernah ada masalah.
Ya, semua orang pun ada masalah. Haiwan juga ada masalah. Tapi menjadi masalah bila dok sembang kat Twitter (dah jadi selebriti haruslah ada Twitter) pasal masalah dengan awek, gaduh dengan awek, kutuk awek sendiri bitch la apa la (kemudian tarik balik dengan alasan streotype, akaun Twitter saya kena hack), lepas tu tuduh pula orang lain secara terbuka.
Sejak bila menceritakan masalah pakwe makwe, laki bini secara terbuka menjadi budaya? Oh sejak wujudnya Twitter, Facebook dan blog. Masalah percintaan kau simpan sendiri2 la, tak pun cerita dengan kawan2 atau minta nasihat dengan mak bapak.
Nazmi Faiz tak dinafikan anda memang tere main bola. Tapi jangan sampai cerita2 bodoh macam ni lebih popular dari karier anda, sebab kalau satu hari prestasi anda menurun, orang ramai boleh kaitkan isu ni yang jadi punca kemerosotan prestasi anda. Sejarah dah membuktikan, belajarlah dari kesilapan player2 terdahulu. Jangan sampai orang hilang respek kerana isu2 mengarut nih.
Tapi masalah lain yang lebih besar dari isu remeh pasal awek2 ni adalah "Messi Malaysia" yang terbiar dan dah tak bersekolah selama 2 tahun.
Sufian Mat, 17, ketika berada di tahun lima, pernah dipilih mewakili skuad bola sepak bawah 12 tahun di Kejohanan Jemputan Antarabangsa Saitama, Jepun pada 2007. Dia juga pernah berada di bawah bimbingan ketua jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee ketika menyertai program realiti anjuran Media Prima, TV3, Soccer Kids pada tahun yang sama.
Tak tahulah di mana silapnya, tapi kalau dia dibimbing dan digilap betul2, kalau tak dapat jadi Lionel Messi pun, at least dapat jadi Keisuke Honda pun dah kira cukup bagus. Tapi seperti kebiasaan, nampaknya lepas masuk suratkhabar barulah beliau dapat perhatian daripada pihak2 berkaitan. Semoga lepas ni beliau dapat menjadi pemain bola sepak yang berjaya, tapi kalau dah glam tu harap takde dengar cerita tak best yang berkait pasal perempuan.
sumber




