"Sorry" Kata Indonesia Kepada Sultan Sulu

on Mar 18, 2013





Sengketa wilayah yang terjadi antara Malaysia dan Filipina di Sabah masih terus berlanjut. Sultan Sulu, Mudarasulail Alatasam Kiram berencana meminta bantuan pemerintah Indonesia guna merebut kembali wilayah Sabah dan Serawak dari Malaysia.
Namun demikian, permohonan bantuan yang hendak dilakukan oleh Sultan Sulu rupanya tidak diindahkan oleh pemerintah Indonesia. Menurut Menteri Luar Negeri Marty Natalegawa, apa yang terjadi antara Filipina dan Malaysia adalah hanya persoalan perbedaan pandangan semata.


"Kalau permasalahannya secara substansi adanya perbedaan pandangan antara pemerintahan Malaysia dengan pemerintahan Kesultanan Sulu," kata Marty usai menghadiri Rapat Dengar Pendapat (RDP) dengan Komisi I DPR di Kompleks Parlemen, Jakarta, Senin (11/3).

Marty mengatakan, dalam konflik yang menewaskan puluhan orang ini hanya melibatkan dua negara yaitu Malaysia dan Filipina.

Meski enggan menyebut secara jelas bahwa pemerintah Indonesia tidak mau turut campur atas konflik ini, Marty mengapresiasi pemerintah Filipina yang sudah menunjukkan sikap bijak dengan mau berkomunikasi dengan Malaysia.

 
"Tapi yang utama di sini adalah sikap dari pemerintah Filipina sendiri, tentu saat ini kan masalah ini merupakan masalah yang menyangkut dalam negeri Malaysia. Seandainya ada satu pihak yang terlibat, ya di sini adalah Filipina, dan Filipina sendiri sudah ada komunikasi," tegas dia.
Lalu ketika ditegaskan artinya pemerintah Indonesia tidak mau menanggapi permintaan bantuan dari Filipina terkait upaya merebut kembali wilayah Sabah dan Serawak, Marty berkilah. "Saya tidak menyatakan demikian, saya hanya menyatakan apa sih keadaannya," tandasnya.

Diberitakan sebelumnya, Sultan Sulu Mudarasulail Alatasam Kiram berencana meminta bantuan pemerintah Indonesia guna merebut kembali wilayah Sabah dan Serawak dari Malaysia.

"Kami memang memiliki rencana meminta bantuan Indonesia dalam kasus ini," kata Sultan Mudarasulail saat dihubungi merdeka.com melalui telepon selulernya, Senin (11/3). Namun dia menolak menjelaskan lebih lanjut dengan alasan perkara ini sangat sensitif. "Kami sedang berembuk di Zamboanga (kota di selatan Filipina). Dia meminta dihubungi kembali nanti malam.





Photobucket

DALANG FITNAH LIWAT 3 DI KENALPASTI SAEKOR WANITA UMNO...?

on Mar 17, 2013




Adakah Ratu Naga diupah EDIT gambar untuk tujuan memfitnah?

Nampaknya politik tidak matang kian menular dalam umno. Tindakan memfitnah pemimpin PR tidak henti henti.Undang2 sudah tak berkesan menangani kroniknya fitnah sebab hanya terkesan belah PR sahaja.. jika belah umno.. dipersilakan langar undang2.

Apakata seluruh rakyat berdoa agar pemfitnah ini di TIMPAKAN BALA CASHsupaya mereka merasai peritnya di aniaya.

Muka iras Anwar Ibrahim.. TETAPI... Lihat cahaya lampu tersebut.. Jelas terang di kedua dua gambar tersebut.. Kenapa badannya jelas terkena pancaran cahaya tetapi dimuka.. Sedangkan pembiasan cahaya tersebut jelas terpancar hingga ke posisi atas kepalanya
Org yg percaya gbr ni, adalah org terlalu bodoh sangat, tak mau berfikir, sebab itu lah "Surah Al-Hujrat : Ayat 6 - Mengatakan • Wahai org yg beriman! Jika seseorg yg fasik dtg kepadamu membawa suatu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan susuatu kaum kerana kebodohan (kecerobohan), yg akhirnya kamu menyesali perbuatanmu. (Surah Al-Hujurat) Ayat 6.)




Setelah menjalankan siasatan terperinci,dan keputusan siasatan jelas menunjukan dalang pelaku fitnah liwat edisi 3. Dato Seri Anwar Ibrahim adalah cybertroper wanita UMNO..beliaulah yang bertanggungjawap dalam meyebarkan fitnah terkini bagi pihak Umno,untuk memburuk-burukan reputasi bakal Perdana Menteri Malaysia,

Sedikit berkenaan Isu Fitnah Liwat 3 rujuk sini LINK

Inilah wajah sebenar cybertroper Umno tersebut,beliau juga mendakwa mempunyai/menyimpan VIDEO tersebut,beliau juga mengetahui dimana,ia dirakamkan,dan siapa yang terlibat dalam merakam video fitnah tersebut,dengan itu,kami mendesak pihak yang bertanggungjawap menyiasat berlandaskan Undang-undang sedia ada.Demi keadilan kepada semua,termasuk juga kepada yang bertanggungjawap meyebarkan fitnah tersebut 



Ratu Naga menjadi saksi utama/dalang yang bertindak bagi pihak Umno dalam membuat sebaran photo-photo fitnah liwat 3 tersebut,

Antara Macai yang menyebarkan tapi menyamar sebagai penyokong PR

Blog yang meyebarkan gambar lucah. Takut untuk di kenakan tindakan undang2 blog baru di buka tanpa apa-apa posting sebagai peecah berita. EP pasti blog ini mereka akan tutup selepas sebaran secara meluas di buat.

Kami bagi pihak activis Pakatan Rakyat mendesak kepada pihak berkuasa agar menjalankan siasatan bagi membuktikan tuduhan tersebut,kami juga berharap beliau perlu menyerahkan kepada pihak berkuasa VIDEO "Asal" yang didakwa masih dalam simpanannya

Link Macai UMNO Ratu Naga tersebut. [RATU NAGA]





Photobucket

Najib Dengan 7 Dosa Besar

on




TANAH MERAH, 15 MAC —NAJIB RAZAK MENGAJAK RAKYAT SUPAYA MENOLAK PAKATAN PEMBANGKANG TERMASUK PARTI PAS DI KELANTAN PADA PILIHAN RAYA UMUM (PRU) KE-13 AKAN DATANG KERANA MEREKA TELAH MELAKUKAN TUJUH DOSA BESAR TERHADAP RAKYAT DAN UMAT ISLAM DI NEGARA INI. 

“Dosa Tian Chua (Naib Presiden PKR) terhadap isu di Lahad Datu dan tahaluf siyasi (kerjasama politik antara PAS, PKR dan DAP) merupakan antara tujuh dosa besar pembangkang terhadap rakyat. 
“Kalau saya dahulu mengumumkan tujuh perkara untuk rakyat Kelantan, kini tujuh dosa besar mereka yang ambo nok sebut hari ini,” katanya.

Tiba-tiba.. Ribut melanda sebaik saja Najib membuat tuduhan kononnya ada 7 Dosa Besar Pembangkang Terhadap Rakyat & Umat Islam. Rupa-rupanya langit persis tidak bersetuju dengan kenyataan Najib itu, lalu turunlah ribut menghentam program Najib berkenaan. 


Kisah ribut yang meghentam program Najib di Kelantan Serambi Mekah itu tentu tidak disiarkan oleh BERNAMA dan media massa pencacai UMNO.


Dngan jelas video ini memaparkan khemah yang disediakan beterbangan umpama dilanda puting beliung sebaik sahaja Najib terus menabur fitnah dan adu domba kononnnya Pakatan Rakyat hanya tahu berjanji tapi tidak pernah ditepati.




Lihat gambar di bawah ini.

  





  

Sejurus setelah Najib selesai menghabiskan ucapan, disusuli dengan iringan lagu-lagu memuja Barisan Nasional (BN), tiba-tiba angin yang kuat melanda sekitar tapak himpunan menyebabkan tiga buah khemah besar yang dikhaskan untuk penduduk terbang melayang dan hampir mengenai beberapa buah yang lain.




Photobucket

Tarikh Luput Parlimen 29 April 2013

on






Banyak orang yang bertanya kenapa Parlimen belum dibubarkan sedangkan tarikh 9 Mac 2013 sudahpun berlalu. Kenapa 9 Mac? Mereka berkata pada tarikh itu usia Parlimen yang ada sekarang cukup lima tahun dan secara automatik Parlimen terbubar. Ini kerana pilihan raya umum ke-12 diadakan pada 8 Mac 2008.

Itu tidak betul.
Parlimen atau Dewan-Dewan Undangan Negeri akan bubar secara automatik bukan berasaskan tarikh pilihan raya tetapi tarikh mesyuarat pertamanya. 

Parlimen yang ada sekarang memulakan mesyuarat pertamanya pada 28 April 2008 hingga 29 Mei 2008 dan bermula pada tarikh itulah hayat lima tahun dikira, bukan bermula dari tarikh pilihan raya umum pada 8 Mac 2008. Ini bermakna jangka hayat Parlimen sekarang berakhir pada 29 April 2013, iaitu tarikh Parlimen terbubar secara automatik. Ada yang berpendapat pada 28 April dan ada pula yang berkata 30 April. Walau apapun, akhir bulan April depan. Itu yang pasti.

Perkara ini jelas diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, iaitu Fasal (3) Perkara 55 -  Parlimen dibubarkan selepas lima tahun dari tarikh mesyuarat pertama.

Perkara 55 (3)  memperuntukkan ...."Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Parlimen hendaklah terus berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertamanya dan selepas itu adalah terbubar."

Perkara 55 (2) pula menyatakan "Yang diPertuan Agong boleh memberhenti atau membubarkan Parlimen." 

Oleh kerana perkara ini belum berlaku tetapi masih boleh berlaku, kita tidak boleh tolak sama sekali yang Parlimen berkemungkinan dibubar sebelum hujung bulan April. Itupun jika Yang diPertuan Agong perkenan akan nasihat Perdana Menteri untuk berbuat demikian. 

Apabila Parlimen dibubarkan, maka Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mesti menjalankan urusan pilihan raya umum dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran itu dan selepas itu, Parlimen yang baru dipilih hendaklah dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubaran itu. Bermula dari tarikh mesyuart peratam itulah hayat Parlimen diambil kira, bukan dari tarikh pilihan raya.




Photobucket

Siapa Pemimpin BN berketurunan Sulu?

on




Dia seorang ahli politik Tausug dari Semporna, Sabah.

Datuk Seri Shafie Apdal, datuknya dari etnik Sulug, Jolo dan ibunya dari etnik Sama-Bajau adalah orang yang bertanggungjawab menghidupkan Pesta Lepa-Lepa atau Pesta Sambulayang yang diadakan setiap tahun di Semporna.

Pesta Lepa-Lepanya menjadi kejutan budaya kepada Sabahan yang selama ini tidak pernah didedahkan dengan Pesta Kesultanan.

Sebenarnya Pesta lepa-Lepa ialah Pesta Sambulayang iaitu suasana perarakan di laut menyambut Sultan Sulu dan para Datu Diraja.

Sultan Sulu semenjak dulu telah memberi keistimewaan kepada etnik Sama-Bajau di laut untuk mengarak atau menyambut ketibaan Sultan.Satu protokol yang telah membudaya dalam institusi Kesultanan Sulu.

Etnik atau kaum Taguimah mempunyai perhubungan yang panjang dengan etnik Sama-Bajau yang mahir dilaut dan penyelam yang handal.

Para sarjana barat menggelar etnik Sama-Bajau di Sulu adalah penyelam yang terbaik di dunia.

Malah ketika era Sulu Zone, Sama-Bajau lah yang menjaga laut bersama etnik Iranun.

Maka, sebagai mengingati sejarah, Datuk Seri Shafie Apdal telah berjaya melestarikan kebudayaan Tausug & Kesultanan Sulu di Semporna. -nanatanjungcafe74


Pemuda Disyaki Pengganas Memakai Baju Bergambar Shapie Apdal


Naib Presiden UMNO Datuk Shafie Apdal meminta kerajaan menyiasat hubungan Anwar dengan Nur Misuari.

Bagaimana dengan yang ini tak nak minta disiasat ker?

Pengganas yang ditangkap di lahad Datu baru-baru ini bukan sahaja memakai baju Shafie Apdal bahkan TIDAK DIGARI SAMA SEKALI!.

Shafie patut disiasat sama! 
-fb Ghazali Suhaili.



Siasat Shapie Apdal, Bukan DSAI


Baru sekarang si Bedal dan bebal ni nak bersuara.

Semasa Lahad Datu di serang di mana dia?Tiba-tiba muncul suruh siasat DSAI apa lu cita!!!..

Kalau nak siasat DSAI rasanya tak ada masalah dari pihak DSAI mau pun PR..

Aku juga minta pihak kerajaan Malaysia siasat Shafie Apdal sekali kerana salah seorang pengganas Sulu yang di tangkap memakai baju BN yang ada muka dia.

Dan satu lagi Shfiea Apdal juga salah seorang yang berketurunan sulu amacam!!!..

Kalau setakat bergambar dan ada perhubungan baik antara DSAI dan Misuari itu menjadi isu bagaimana pulak dengan pemimpin Umno yang terang-terang ada ahlinya dari kalanggan orang Sulu macam mana pulak?

Sehinggakan ada yang menyertai pehimpunan Umno…Kenyataan Puteri Jacel Kiram yg menyatakan krisis Sulu adalah rancangan pemimpin tertinggi UMNO dan Presiden Aquino kena juga disiasat..!!

Shafie Bedal dan kepimpinan Umno harus di siasat sebenarnya bukan DSAI..Kerana segala berpunca dari pemberian IC oleh Tun Mahathir,Seharusnya Tun Mahathir harus di siasat bersama Najib dan bukannya DSAI..

Kalau benar kerajaan Malaysia tidak terlibat bagaimana sehinggakan 200 orang yang di lengkapi dengan senjata boleh membolosi perairan Negara dengan begitu mudah.

Siapa yang menjadi dalangnya.

Isu ini tidak di timbulkan sedangkan ini isu keselamatan negara..Kenapa kerajaan mengambil mudah sehinggakan tiada siasatan menyeluruh tentang bagaimana pengganas Sulu boleh menembusi kawalan keselamatan negara kita dengan begitu mudah.Ini yang sepatutnya di siasat bukan isu bergambar dan sering bertemu dengan Misuari..

Najib juga terlibat dengan perjanjian pemberian tanah kepada pengganas Sulu..Najib kena perjelaskan dulu tentang janji ini sebelum menyiasat DSAI..

Safie Afdal kena cermin muka tu dulu ya..siasatan skandal hang dengan artis pun dah tak dengar cerita…



Photobucket

Upah Blogger US RM1.21 Juta Bagi Memburukan Anwar!

on Mar 14, 2013





Buzz Feed Portal pernah mendedahkan kegiatan Najib Razak yang dikatakan telahmengupah blogger-blogger dari US antaranya Joshua Trevino,  bertujuan  memburukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim disiar di media antarabangsa disamping mempromosi menaikan imej pentadbirannya selaku Perdana Menteri. 

Buzz Feed Politics Najib Anwar 

Pada 7 Mac 2012, The Wall Street Journal telah menyiarkan berita mengenai pembayaran dari Najib kepada Blogger dari US itu  bertajuk ‘Malaysia’s U.S. Propaganda’. Diberitakan kempen propaganda telah pun bermula sejak Mei 2008 lagi sehingga April 2011 dan ia diketuai oleh Joshua Trevino.

Laporan berita The Wall Street Journal :

The Wall Street Journal Malaysia
The Wall Street Journal Malaysia

  1.  Joshua Trevino menerima bayaran USD389,724.70
  2. Antara nama yang terlibat menjalankan propaganda berkaitan dengan nama Anwar Ibrahim ialah Ben Domenech; Pengarah Pusat Demokrasi Amerika, Rachel Ehrenfeld; Editor majalah Commentary, Seth Mandel; Penulis Red State, Brad Jackson dan beberapa nama lagi.
  3. Ben Domenech, bekas blogger Washington Post menulis mengenai senario politik Malaysia

Joshua Trevino Malaysia
Joshua Trevino Najib


Media antarabangsa Russia Today turut menyiarkan liputan mengenai skandal Najib Razak tersebut…

 



Beginilah perangai sebenar najib, menipu tak habis-habis. Segenap tempat di Malaysia terpampang gambar dan slogan 1Malaysianya, seolah-olah dialah PM yang terbaik! Hakikatnya dia seorang PENIPU serta BACUL!!!

Cakap berdegar-degar, tapi bila diajak berdebat demi kebaikan negara dia TAKUT, bermacam alasan yang diberinya! . 

Tunggulah kau najib..masa kau akan tiba juga nanti..rakyat sendiri akan menghakimi kamu dan memastikan kamu disumbat ke PENJARA diatas segala apa yang telah kamu lakukan!





Photobucket

Pendatang Haram Ke Sabah Memang Milik IC Malaysia

on Mar 13, 2013




Berbagai-bagai faktor ataupun sebab musabab diperkatakan berhubung dengan tragedi pencerobohan di Lahad Datu Sabah. Macam-macam teori dan pendapat dikemukakan untuk mencari apakah alasan orang "kesultan Sulu" menceroboh Lahad Datu.

Dalam berbagai-bagai teori dan rumusan itu tidak satu pun disahkan oleh kerajaan. Mungkin kerajaan ada helah dan motif tersendiri tidak mahu menjelaskan apakah sebab sebenar di sebalik tragedi itu dan apakah faktor pendorongnya.

Sikap kerajaan mendiamkan diti menjelaskan punca sebenar berlaku 'kacau ganggu' itu menyebabkan orang ramai keliru dan membuat andaian sendiri yang tidak begitu menyeronokkan banyak pihak.

Bagaimana pun semacam banyak pihak bersetuju tragedi itu disebabkan kelalaian oleh kerajaan sendiri ataupun 'kependekan akal' bekas perdana menteri Mahathir Mohamad yang terlupa untuk melihat apa yang diprojekkan itu menjadi punca atau penyebab sokongan. Projek dimaksudkan itu ialah pemberian kad pengenalan (IC) kepada pendatang haram dari Filipina.

Mungkin semasa melaksanakan projek berkenaan untuk satu tujuan, Mahathir atau pemikir projek berkenaan tidak terfikir akan implikasi dan risiko di sebalik projek berkenaan di kemudian hari. Inilah kesilapan dan kebodohan besar Mahathir Mohamad dan kuncu-kucunya. 
Gara-gara projek IC ini membolehkan penceroboh berselindung di sebalik 'legalasi' berkenaan atau menjadikan waris warah mereka sebagai benteng untuk melindungikan diri. 

Ini terbukti apabila ada di kalangan penceroboh itu terdiri dari rakyat Filipino yang sudah memilihi kad pengenalan legal negara ini. Terdapat di kalangan penceroboh yang mati katanya memiliki kad pengenalan Malaysia. Sejauh mana kebenaran belum ada kepastian tetapi kerajaan tentu ada maklumat ini. Pihak berkuasa tidak perlu menyembumyikan perkara ini dan patut dijelaskan secara terbuka tanpa memikirkan implikasi politik. Kebodohan diri yang memudaratkan umum elok diakui dan didedahkan.

Kita anggaplah tidak ada penceroboh yang mati itu memegang kad pengenalan Malaysia. Kita anggap mereka semua adalah rakyat Filipino bangsa Tausug?

Tetapi persoalan apakah memang ada rakyat Filipino ada memiliki kad pengenalan Malaysia? Semasa di Sabah, Lahad Datu, Tawau atau Sandakan saya mencari-cari mengenai hal ini. Saya mahu melihat sendiri dokumen yanhg diperkatakan. Hasil dari pencarian saya, saya menemui orang Filipino yang mempunyai kad pengenalan dibawah projek pemberian warganegara itu. Saya namakan dia sebagai Basir Basilang, bukan nama asal.

Menurut Basir kad pengenalan itu dia memperolehinya 17 tahun lepas. Dia mengakui dia datang ke Sabah secara haram. Kad pengenalan itu diperolehi semasa projek pemberian IC itu dilaksanakan. Akui Basir dia ahli parti Umno, "ini kadnya.." katanya sambil menunjukkan kad keahlian Umno.

Menurutnya semua mendarat bersamanya mendapat kad pengenalan secara automatik akan menjadi atau dijadikan ahli Umno diberikan sekeping kad keahlian.


Menceritakan bagaimana proses mendapat kad pengenalan itu, menurut Basir ianya mudah saja. Mulanya nama saya diambil oleh seseorang, gambar lima keping dan mengisi satu jenis borang khas. Tidak sampai dua tahun kad pengenalan itu diserahkan kepada saya bersama kad keahlian Pertubuhan Melayu Kebangsaan Bersatu (Umno).

Ditanya sejauh manakah kad pengenalan itu valid, ia sama dengan status kad pengenalan warganegara asal Sabah, boleh beli hartanah dan juga mengundi dalam pilihan raya. "Berbini juga boleh," katanya bergurau.

Basir mengakui dia pernah mengundi dua kali dalam pilihan raya.

Berdasarkan sumber berkenaan maka jelas apa diperkatakan bahawa rakyat Filipina diberikan kad pengenalan dan boleh membuang undi ternyata benar. Jangka hayat kad pengenalan itu bukan saja untuk sekali pakai, tetapi berlaku selama-lamanya.

"Apakah kad ini tidak laku lagi selepas 10 tahun?" tanya saya. "Oh tidak, iya berguna selama-lamanya, dalam pilihan raya akan datang nama saya masih didaftar sebagai pengundi," ujar Basir sambil mengatakan 'kali ini' dia akan mengundi Pakatan Rakyat.

Saya tidak mahu membuat andaian apakah telahan mengatakan di kalangan penceroboh itu ada yang memiliki kad pengenalan Malaysia atau tidak. Seperti mana dijelaskan oleh pihak keselamatan dan berkuasa, mereka tidak berjumpa apa-apa dokumen di tubuh penceroboh yang dibunuh dalam Operasi Daulat? Jadi pihaknya tidak dapat mengenal inditatas penceroboh itu apakah mereka orang Filipino yang diberikan kad pengenalan atau tidak.


mso
Photobucket

PRU: Saya perlukan masa, kata Najib

on



NONE

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau memerlukan masa sebelum mengumumkan tarikh pilihan raya umum akan datang. 

Beliau yang dihujani soalan berkaitan pilihan raya dalam rancangan  “Conversation with the PM” yang disiarkan di TV3 malam tadi berkata, beliau perlu membuktikan kepada rakyat terlebih dahulu bahawa pelan serta agenda transformasi yang dibawanya berjaya. 

"Ya (boleh umum pilihan raya). Tetapi saya mahu berdepan dengan rakyat dan menunjukkan bahawa agenda transformasi kami sebenarnya sedang berjalan dan ini adalah kemajuan sebenar kepada negara. Inilah perubahan dan kita sedang menyampaikan. Dan rakyat boleh merasainya. 


baca seterusnya
Photobucket

NAJIB RAZAK MENGADAP DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGUNG PAGI TADI!!!!

on





Kereta rasmi Najib kelihatan keluar dari Istana Negara pagi tadi.

Apakah Najib Razak mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung untuk mohon perkenan tuanku baginda untuk membubarkan parlimen?




Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List