RAMAI ORANG AKAN MUFLIS JIKA HARGA KERETA TURUN SEPERTI DISARAN PAKATAN.....TETAPI AKUJANJI BN CIPLAK MANIFESTO PR

on Apr 11, 2013










Tentu ramai tak sabar nak kenal siapakah menteri pengampu Umno paling bangang dalam sejarah. Menteri pengampu bangang neh terpaksa menjilat kembali ludah dan kahak yang telah di ludahkannya tidak beberapa lama dulu.

Menteri yang sekapal dengan Madey Kutty neh telah memnberikan respon terhadap manifesto Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga kereta...

"RAMAI ORANG AKAN MUFLIS JIKA HARGA KERETA TURUN SEPERTI DISARAN PAKATAN"
Dan kelmarin dalam manifesto ciplakan BN dari PR, Najib dengan gaya menahan berak mengumumkan harga kereta akan diturunkan sebanyak 20% hingga ke 30%.

Inilah rupanya menteri bangang tersebut...

Jikapun mangkok neh tercalon sekali lagi, itu bukannya kerana kehebatan dan kebijaksanaannya menjaga kebajikan rakyat tapi lebih kepada kesetiaannya menjilat kembali ludah berkahaknya mengampu Najib...

Ayuh semua...!! Bangun kita, UBAH demi kebajikan anak cucu kita... Ini kalilah...



*******************************


Manifesto Rakyat : BN kata akan bankrap, tapi ciplak pula..ha..ha.ha..

KUALA LUMPUR: Sejak Pakatan Rakyat melancarkan manifestonya pada 25 Februari 2013, para pemimpin Umno-BN telah menyerang bahawa tawaran pembangkang akan menyebabkan negara muflis.

Tapi, Sabtu lepas, BN melancarkan manifesto yang hampir sama dengan apa yang ditawarkan pembangkang.

Rakyat, terutamanya anak-anak muda dan warga internet terus menuduh BN menciplak manifesto PR dengan hanya mengubah ayat-ayat supaya tidak kelihatan sama.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menunjukkan sembilan perkara yang diciplak oleh Barisan Nasional dari manifesto Pakatan.

Ia termasuklah menaikkan royalti minyak kepada negeri-negeri pengeluar minyak dari 5 ke 20 peratus, penurunan harga kereta dan juga lebuhraya di Sabah dan Sarawak.

Ketua Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli pula berkata 22 perkara dalam manifesto PR diceduk BN.

Media antarabangsa Bloomberg juga memandang perkara ini dalam sudut yang sama.

“Semua janji ini dibuat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar ketika membentangkan manifesto Pakatan Rakyat enam minggu sebelum Barisan Nasional membentangkannya dalam perhimpunan hujung minggu lalu," lapor Blomberg.

Jadi apakah hikmah di sebalik semua ini.

Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, semua ini menunjukkan bahawa janji-janji PR sememangnya boleh dilaksanakan tanpa memufliskan negara sebagaimana yang didakwa BN.

“Sebelum ceduk, Umno-BN kata akan bangkrapkan negara. Selepas ceduk, Umno-BN kata mampu lakukan.

"Tersiratnya ialah Umno-BN mengakui manifesto Pakatan Rakyat sememangnya boleh dilaksanakan. Betul tak?” tulis Tuan Ibrahim di Facebooknya.

Tuan Ibrahim juga menyindir dengan serangkap pantun buat BN.

Rendang ayam lauk lazat,
Terlampau banyak jadi biasa,
Mulut jangan cepat sangat,
Kerana mulut diri binasa.



Photobucket

PENAMAAN CALON = 20 APRIL 2013 ... HARI MENGUNDI = 05 MEI 2013

on Apr 10, 2013





SELAMAT BERKEMPEN DAN MENGUNDI

Photobucket

Harap Harap Menteri Ini Kalah Atau Tidak Dicalonkan Semula.....Menyampah Aku Dengan Lagak Dia...!!!

on



Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim mempertahankan tindakan BN menggunakan khidmat Jabatan Penerangan dalam acara anjuran parti itu, seperti yang dikesan dalam satu majlis di Kuala Lumpur.

Beliau berpendapat, BN yang masih dianggap sebagai kerajaan sementara pada masa ini boleh berbuat demikian selagi tempoh kempen pilihan raya belum bermula.

"Sekarang kita di dalam suasana lingkungan bidang tugas kerajaan sementara. Kerajaan masih wujud di bawah Perkara 43 (Perlembagaan Persekutuan) dan perkara yang melibatkan kuasa eksekutif –  Perkara 38 (melibatkan) Majlis Raja-Raja dan juga Perkara 43 (melibatkan) kuasa lantikan menteri – menteri dan juga di bawah akta fungsi menteri, semua menteri berfungsi dan semua jabatan kerajaan seperti biasa.

"Tetapi apabila dimulakan hari penamaan calon, pada hari itu tidak boleh mana-mana jabatan kerajaan mengambil bahagian dalam apa jua program yang menampakkan membantu pilihan raya satu-satu parti," katanya.
Rais bercakap kepada pemberita dalam satu sidang media selepas satu majlis bersama sekumpulan pemuzik jalanan di di Kuala Lumpur petang ini.
Beliau ditanya mengenai kenderaan milik Jabatan Penerangan yang dikesan digunakan untuk membantu majlis perasmian pusat operasi pilihan raya BN pada hari Ahad lalu untuk kawasan parlimen Batu di Kuala Lumpur.

Ia melibatkan dua kenderaan kegunaan khas (SUV) dengan satu daripadanya dipasang pembesar suara dan satu van yang diparkir di lokasi berdekatan. 

Bagaimanapun, usaha Malaysiakini untuk mendapatkan ulasan rasmi mengenai kemungkinan penyalahgunaan jentera kerajaan ditolak dengan keras oleh penganjur acara terbabit.

Wartawan Malaysiakini yang membuat liputan diherdik dan diancam untuk "dilepuk" oleh penganjur apabila memohon penjelasan berhubung kehadiran kenderaan tersebut pada majlis kempen BN.



Photobucket

KATAK MERAYU

on



Bak kata pepatah.. habis madu sepah dibuang.. itulah nasib seorang Ahli Parlimen Bebas yang dulunya merupakan Ahli Parlimen dari PKR, Gobalakrishnan..

Jika dulu semasa beliau melompat keluar dari PKR, dirinya dijulang sebagai seorang hero oleh macai-macai UMNO tetapi sekarang dirinya sudah terbuang..

Untuk meneruskan karrier politiknya beliau terpaksa merayu kepada Presiden UMNO agar diberikan peluang untuk bertanding sebagai calon BN bagi mempertahankan kerusi kawasan itu pada pilihan raya umum ke-13 nanti..

Katanya lagi jika hasratnya tidak menjadi kenyataan, beliau berharap isterinya M Vasanthi, 53, akan menjadi calon alternatif...


Gobala rayu BN beri peluang pertahan Padang Serai 

Anggota Parlimen (MP) Padang Serai N Gobalakrishnan memohon jasa baik Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak membenarkan beliau menjadi calon BN bagi mempertahankan kerusi kawasan itu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Beliau memenangi kerusi Parlimen Padang Serai atas tiket PKR pada pilihan raya umum 2008 dan mengumumkan keluar parti itu dan menjadi Anggota Parlimen bebas awal tahun lepas.

Gobalakrishnan yang juga Presiden Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Malaysia (Perkemas) berkata beliau berharap permohonan itu dapat dipertimbangkan berdasarkan kerja keras beliau bertungkus lumus sejak lebih tiga tahun lalu berkhidmat kepada masyarakat pelbagai kaum di kawasan tersebut.

“Selepas saya keluar daripada PKR, berbagai program diatur untuk kemudahan penduduk sekitar Lunas dan Paya Besar dan telah ramai pengundi-pengundi yang satu ketika dulu condong kepada pembangkang kini menyokong kerajaan BN," katanya kepada pemberita di Paya Besar di Kulim hari ini.

Hadir sama pada majlis tersebut adalah Penasihat Undang-Undang Perkemas Saiful Ambar Abdullah Ambar dan Presiden Pertubuhan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Kedah Khairul Anuar Ramli.

Katanya jika hasratnya tidak menjadi kenyataan, beliau berharap isterinya M Vasanthi, 53, akan menjadi calon alternatif.

Beliau yakin Naib Presiden PKR R. Surendran yang diumumkan sebagai calon PKR bagi kerusi Parlimen itu oleh Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan hilang wang pertaruhannya kerana kemunculan Surendran membawa isu-isu lapuk mengenai masyarakat India tempatan sejak sebulan dua lalu memualkan masyarakat di Kulim. - Bernama

Kesian dia.. dari katak kini bertukar menjadi peminta sedekah pula..

Tapi kata dia.. sejak dia keluar PKR dia dah berjaya pengaruh ramai penyokong Pakatan Rakyat untuk kembali menyokong BN.. kalau begitu kenapa tidak dia pengaruh mereka pula untuk menyokongnya sebagai calon Bebas?



http://darisungaiderhaka.blogspot.com

Photobucket

Jenderal Tentera UMNO Sah Tidak Bertanding PRU 13

on





"Walaupun saya 'jeneral tentera' Wanita tapi tak semestinya saya kena bertanding. Saya seorang yang realistikcow, masa untuk saya akan datang tapi bukan PRU13," kata  Jenderal Tentera Lembu Wanita UMNO Malaysia.....hahaha...

Udah jadi perangai puak pimpinan UMNO Munafikun...kalau udah tidak tersenarai dalam nama bakal calon,maka mereka cepat-cepat akan ambil tindakan konon-nya Tak Mahu Bertanding,Bagi laluan dan sebagainya...kah...kah...kah....

Dulu masa jadi Menteri Wanita pun camtu juga, tinggalkan jawatan konon-nya sebab tarikh perkhidmatan dah abis dan tak mahu sambung lagi jadi alasan Shahrizat,pada hal-nya tertekan dengan desak rakyat supaya beliau letak jawatan dan memang Najib pun dah rasa dia dah jadi liabiliti pada UMNO dan penyakit tengok muka Shahrizat teringat RM250juta berkaitan NFC masih kuat dimata rakyat.

Jadi...mahu tak mahu, terpaksalah umumkan tidak akan bertanding dengan alasan yang hanya boleh masuk akal lembu-lembu di kandang NFC saja.....hehehe....



Photobucket

Akan Tamat Lah Riwayat MCA

on




Ketibaan Penasihat DAP, YB Lim Kit Siang diceramah Ubah DAP di Taman AST, Bukit Kepayang, Seremban, Negeri Sembilan, malam ini disambut oleh ribuan warga Seremban, seolah-olah mereka sedang menyambut ketibaan wira negara yang mau melakukan perubahan.

Ingatkan apabila difitnah macam-macam oleh UMNO/BN terutamanya MCA, rakyat sudah meminggirkan atau boikot dirinya, tetapi menjadi sebaliknya pula.

Lagi diserang betubi-tubi bertali arus tanpa henti 24 jam sehari dengan pelbagai fitnah dan tomahan lagi ramai rakyat menyokong dan julang dirinya.

Itu dinamakan kebangkitan rakyat tidak mampu disekat sekadar dengan dakyah dan fitnah.


MCA habis pocek boleh makan telur kalau tidak kena gaya!!





INI KALILAH TUKAR!!!!


Ceramah Ubah DAP malam ini di Taman AST, Bukit Kepayang Seremban dihadiri lebih kurang 5,000 orang yang sedikit pun tidak berganjak walaupun hujan turun dengan lebatnya.

Penceramah utamanya Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Kerajaan sementara Pulau Pinang YAB Sdr Lim Guan Eng.

Semangat yang ditunjukkan ini adalah petanda bahawa rakyat kini sudah bangkit mau melakukan perubahan.

Kalau UMNO masih lagi berdegil berkata yang BN masih mampu pertahankan Putrajaya.. elok sangatlah najib dan semua para pemimpin tertinggi UMNO/BN lihat rakaman gambar diatas.

Taman AST, Bukit Kepayang, Seremban adalah taman perumahan kelas menengah..Ini menunjukkan kelas menengah dari kaum Tionghua sudah menyokong DAP/PR secara total..Itu tidak termasuk dari kampong-kampong Baru Cina.

Omak Kau cukup yakin sekali.. Ini Kali akan berlaku perubahan kepada pentadbiran negara...PR jadi pemerintah BN jadi pembangkang!!!!



Photobucket

Azmin Ali Terima Tamparan Hebat...?

on




Jentera Azmin di Gombak terima tamparan hebat

Lokasi : Batu 10.5, Jalan Gombak, Selangor

Acara : Pemimpin Bersama Rakyat - 'Pengistiharaan Keluar Dari PKR dan Daftar Ahli UMNO Serta Sokong Parti Barisan Nasional'

Tarikh : 7/4/2013 @ 10.00 pm


Azmin Ali menerima tamparan hebat apabila Timbalan Ketua PKR Cabang Gombak, Abu Bakar Ninggal dan AJK PKR Cabang Gombak, Mazlan Abdul Rashid bertindak meninggalkan parti tersebut bersama dengan 250 ahli. Serentak itu, kesemua mereka menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar selepas hilang kepercayaan terhadap PKR khususnya Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali.
Ikuti keluhan Abu Bakar Ninggal yang begitu kecewa dangan apa yang beliau telah lalui..


1/13
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13




Photobucket

‘Orang tua’ enggan berundur...... Kuda tua punya pasal buat Najib sakit kepala!

on Apr 9, 2013




Datuk Seri Najib Tun Razak menyedari tidak ramai menteri dan wakil rakyat yang mahu mengumumkan mereka tidak bertanding dalam pilihan raya secara suka rela. Ini satu masalah kepada Umno.
Belum ada menteri yang mahu mengatakan mereka akan mengundurkan diri serta memberikan kerusi kepada muka baru. Maksudnya mahu menarik diri dari dicalonkan sekali lagi.
Datuk  Seri Rais Yatim yang sudah menjadi anggota kabinet dengan lima perdana menteri nampak belum mahu mengibarkan bendera putih. Beliau seolah mahu mempertahan kerusi parlimen Jelebu.
Datuk Seri Nazri Aziz, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Mustapa Mohamad juga boleh dianggap kuda tua kerana sudah begitu lama berada dalam kabinet. Kecuali Mustapa yang mengemudi Umno Kelantan, Nazri dan Hishammuddin telah menjadi bualan awam terhadap beberapa isu yang membabitkan kedua-dua menteri kabinet itu.
Ini tidak dikira lagi dengan ratusan ahli parlimen dan penyandang kerusi negeri di seluruh negara. Pendek kata, wakil-wakil rakyat  Umno yang ada, sebahagian besarnya masuk dalam kategori veteran.
Cuba kita lihat satu persatu bermula dari Perlis hingga ke Sabah. Datuk Seri Shahidan Kassim masih menyimpan hasrat kembali menjadi menteri besar Perlis; manakala Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad dan Datuk Seri Azmi Khalid, dua bekas menteri pusat sepatutnya sudah meninggalkan politik. Tetapi belum ada kata putus.
Di Kedah, bekas Menteri Besar Datuk Seri Mahadir Khalid dilaporkan mahu mempertahankan kerusi DUN Pedu. Apa rasionalnya beliau berbuat demikian jika prestasi BN negeri diambil kira pada 2008.
Bercita-cita besar

Pulau Pinang tidak ramai pemimpin kerana negeri itu diperintah pembangkang. Perak juga tidak ketinggalan dengan muka-muka lama yang masih bercita-cita besar untuk terus bertanding sekali lagi.
Selangor sangat diidam oleh Najib yang mana beliau sendiri menjadi pengerusi BN dan Umno di negeri tersebut. Koordinator BN negeri, Datuk Seri Mohamad Zain Mohamed yang juga ahli parlimen Sepang sepatutnya sudah tidak disenaraikan lagi.
Di Perak, Adun Kubu Gajah, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar dan Adun Datuk Ahmad Fakeh Adam tidak perlu lagi terhegeh-hegeh melobi supaya namanya dikekalkan.
Datuk Seri Tengku Adnan Mansor di Putrajaya dan Datuk Zulhasnan Rafique (Setia Wangsa) antara yang perlu digugurkan di Wilayah Persekutuan.
Bagi Melaka, Datuk Abu Seman Yusof (Masjid Tanah)  barangkali perlu diganti dengan  tokoh muda. Negeri Sembilan juga tidak kurang dengan wakil rakyat yang sudah memasuki alam `menopaus’.
Di Terengganu yang menjadi persoalan ialah mengenai nasib kumpulan penyokong bekas Menteri Besar yang disingkirkan pada 2008 iaitu Datuk Seri Idris Jusoh. Teka teki berlegar adakah Idris akan bertanding atau sebaliknya, begitu juga dengan penyokong-penyokong kuatnya.
Kelantan sering menjadi rebutan antara muka lama dan baru- Perebutan itu menyebabkan Kelantan kalah krpada PAS sejak tahun 1990 lagi.
Perlukan tokoh-tokoh besar seperti Tengku Razaleigh Hamzah akan mempertahankan Gua Musang? Atau Datuk Awang Adek Husin mencuba lagi di Bachok yang beliau kalah dua kali berturut-turut?
Berdiam diri?
Apakah bekas Pengerusi Umno negeri, Tan Sri Annuar Musa akan berdiam diri jika namanya tidak ada dalam senarai kali ini?
Pahang dikatakan kekal sebagai kubu kuat Umno walaupun Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob sudah terlalu lama di kerusi itu. Sebahagian yang lain juga patut mengundurkan diri.
Johor menjadi negeri tumpuan setelah beberapa tokoh besar pembangkang menyatakan hasrat akan bertanding di negeri kubu kuat Umno itu. Pun begitu, Umno turut dibebani dengan beberapa tokoh yang sudah melampau masa.
Tan Sri Syed Hamid Albar (Kota Tinggi), Datuk Seri Azalina Othman Said (Pengerang) malah Datuk Abdul Ghani Othman sendiri kelihatan sudah menjadi liabiliti kepada Umno. Malah jika Ghani bertanding di kerusi parlimen Gelang Patah menentang supremo DAP Lim Kit Siang tidak akan mengubah tanggapan bahawa Menteri Besar Johor itu perlu diganti.
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan rakannya di Sarawak Tan Sri Taib Mahmud selalu dicap sebagai perasuah dan salah guna kuasa oleh lawan, tetapi merekalah yang menjadi benteng menahan asakan Pakatan Rakyat.
Malangnya mengekalkan mereka bakal berdepan BN akan kehilangan Sabah dan Sarawak. Rakyat akan menolak pemimpin yang terpalit dengan salah guna kuasa dan sebagainya.
Tetapi Najib dalam keadaan suka atau tidak terpaksa membuat keputusan terbaik untuk kepentingan keseluruhan. Mencantas keseluruhan politikus lama berisiko besar akan menyebabkan berlaku sabotaj.
Tetapi mengekalkannya boleh mengurangkan sokongan pengundi muda. Sedangkan pengundi muda bakal menjadi penentu kepada kemenangan umno dan Barisan Nasional.
Mengambil kira itu, Najib dalam dilema sedangkan Pakatan Rakyat semakin kuat mengasak.  Apakah transformasi Najib kepada Umno akan menikam diri sendiri?
Ahli dan penyokong-penyokongnya akan menentukannya. Apa pun pisau di tangan Najib dan tidak mungkin akan menikam diri sendiri sekalipun orang bawahan akan menipunya.


mountdweller
Photobucket

Dato Omar Abu Bakar - Saya Terlibat Dalam Perancangan Fitnah Liwat Datuk Seri Anwar

on








Photobucket

Pengundi Permatang Pauh akan pastikan Papagomo hilang deposit

on





Hasrat Papagomo bertanding sebagai calon bebas menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh akan menjadi mimpi ngeri kerana pengundi Parlimen itu mahu pastikan penulis blog upahan Umno tersebut bakal kehilangan deposit.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Permatang Pauh, Amir Md Ghazali menyifatkan, Wan Muhammad Azri Wan Deris yang dirujuk sebagai Papagomo hanya boneka Umno BN yang kerap dikait dengan paparan lucah khususnya memfitnah Ketua Umum KEADILAN.
“Papagomo dari segi moralnya tiada kredibiliti. Dia bekas polis perasuah dan boneka Umno.
“Kalau betul dia mahu bertanding, kami di Permatang Pauh akan dedahkan siapa sebenarnya alat Umno ini,” kata Amir kepada Keadilan Daily.
Polis pada 28 Mac lalu mengesahkan identiti Azri sebagai bekas anggota yang pernah disabit kesalahan rasuah.
Mengikut kenyataan media polis, Azri pernah bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang antara 1 Julai 2002 hingga 30 November 2004 sebagai seorang konstabel, sebelum ditangkap.
Beliau kemudian dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang Jaya pada 31 Oktober atas kesalahan jenayah yang tidak dinyata dalam kenyataan berkenaan.
Rekod Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini, menyatakan Azri disabit kesalahan meminta suapan RM1,000 dari seorang lelaki pada 29 November 2004 untuk tidak mengambil tindakan undang-undang atas kesalahan memiliki jarum suntikan bagi menagih dadah.
Dengan rekod ini, Amir yang juga Ketua AMK Negeri percaya pengundi Permatang Pauh teruja mahu mengenali wajah sebenar boneka kebanggaan Umno itu.
“Kalau sebelum ini hanya ada laporan TV dan akhbar, di sini (Permatang Pauh), rakyat boleh tengok muka Papagomo yang suka tabur fitnah. Saya pasti beliau akan dimalukan pengundi.
“Sekalipun ada orang mahu pilih beliau, saya yakin orang itu berminat dengan politik fitnah dan kotor,” kata Amir.
Polis dalam kenyataan turut menerangkan kedudukan Azri sebagai pengundi pos secara ‘panjang lebar’ selepas penamatan perkhidmatan sebagai anggota polis.
Pada 21 Mac lalu, Anwar memfail saman RM100 juta terhadap Azri di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berikutan perbuatannya menyebar video seks palsu yang terbit dalam blog Papagomo 16 Mac lalu.





Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List