'Kg. Myanmar' Pasar Harian Selayang perlu dibersih...!

on Jun 15, 2013




Melangkah masuk ke kawasan Pasar Harian Selayang yang bersempadan antara ibu negara dan Selangor di bahagian utara terasa seperti berada di sebuah perkampungan di Myanmar.

Mana tidaknya, boleh dikatakan setiap sudut kawasan tersebut termasuk yang berniaga di dalam pasar dipenuhi warganegara itu, baik yang muda hinggalah ke pertengahan umur.

Warga tempatan yang sering berurusan di situ menyifatkan pekerja asing tersebut seolah-olah tidak berkurangan biarpun serbuan sering dilakukan oleh pihak berkuasa.

Begitu juga keadaannya dengan Pasar Borong Kuala Lumpur yang terletak di seberang jalan. Perasaan tidak selamat sering menghantui warga tempatan setelah beberapa kali melihat pergaduhan sesama warga Myanmar sehingga ada yang meragut nyawa.

Difahamkan, biarpun jarang orang tempatan terlibat dengan pergaduhan tersebut, lagak warga Myanmar yang seperti 'abang besar' yang mengancam dan mengganggu ketenteraman warga tempatan di situ amat menggusarkan mereka.

Malah, tinjauan wartawan Utusan Malaysia di pasar tersebut juga dibuat dengan berhati-hati kerana terasa gerak-geri kami seolah-olah diperhatikan oleh 'samseng-samseng' Myanmar, mungkin kerana mereka menyangka kami pegawai imigresen.

Ketika mahu merakamkan gambar sekitar kawasan itu juga, kami terpaksa berpura-pura untuk mengambil gambar longkang yang berada di sekitar kawasan itu terlebih dahulu.
Namun, gambar bahagian dalam pasar tidak berani dirakamkan memandangkan pengunjung tidak begitu ramai ketika itu.

Baru-baru ini, sebanyak 21 daripada 102 warga Myanmar yang diperiksa dalam operasi oleh Jabatan Imigresen di Pasar Harian Selayang ditahan kerana mereka melakukan pelbagai kesalahan termasuk tidak memiliki dokumen sah, salah guna permit kerja dan menetap lebih masa.

Bagaimanapun dalam operasi bermula pukul 3 pagi itu, beratus-ratus warga terbabit yang dipercayai menjadi pembantu kedai di pasar tersebut berjaya melarikan diri sebaik sahaja menyedari kehadiran trak pihak berkuasa.

Malah mereka sanggup membahayakan nyawa dengan melarikan diri ke arah jalan raya sebelum menyusup ke dalam semak dan kawasan lombong berdekatan.....  sumber


Komen :-

Warga asing, tak kira Myanmar ke atau Indon atau Banglasia,semakin ramai kerana operasi pihak berkuasa macam melepas batuk ditangga!!! Kita tak serius...dan lagi satu..sebab ada pengkhianat yg membocorkan rahsia operasi itu..itu sebab bila serbu, tak ramai yg kena tangkap. Sempat lari sebab depa ni dah standby! Lagi pulak, kita tiba dng lori jabatan...10 batu lagi depa dah nampak..!! Tak ada taktik langsung...!! Yang memburukkan lagi ialah rasuah..itu sebab bila kena tangkap..aik kita tengok tak luak pun pendatang ni..masyukkkkk!!!...lepas semula!! Pihak berkuasa...pleaselah..be serious in your operation and do it strategically and repeatly!!!

sumber :- http://pahangdaily.blogspot.com/2013/06/kgmyanmar-pasar-harian-selayang-perlu.html#ixzz2WFX1edxO


Photobucket

CUKUP LAH TU SHAHIDAN.....BAGI ORANG LAIN PULAK...!

on





Ini seorang lagi, tak reti-reti! Menteri Sukan baru dah kata letak jawatan letaklah! Bagilah Menteri Sukan baru itu laksanakan idea dia, apa pulak awak nak menyebuk! Siap minta lagi nak lanjut jaga ASUM...sehingga olimpik konon! Alahai!

Agaknya sikap yang macam inilah yang menjadi penyebab kebanyakan sukan di Malaysia ini merosot teruk. Asal jadi presiden persatuan sukan, nak menongkat langit! Badminton pun begitu, FAM tak payah ceritalah....dah berbuih mulut orang ramai...! Ni ASUM pulak menerima nasib dari orang yang perasan bagus! 

Macam tak ada orang lain dah nak jadi Presiden ASUM dalam Malaysia ni melainkan dia!



Berita dipetik:

Shahidan mahu kekal jawatan Presiden


DATUK Seri Dr Shahidan Kassim berharap jawatannya sebagai Presiden Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) dapat dikekalkan sehingga Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.
 
Beliau berkata hasrat itu adalah kerana beliau mempunyai banyak perancangan untuk memartabatkan sukan tersebut.
 
Walaupun dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 15 Mei lepas, Shahidan berharap pihak relevan dapat mempertimbangkan permintaannya itu.
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin baru-baru ini bahawa ahli politik yang memegang jawatan dalam persatuan sukan perlu melepaskan jawatan setelah dilantik sebagai menteri.
 
"Saya sudah isytihar semua jawatan saya dalam persatuan sukan tetapi saya minta jawatan saya dalam ASUM dipertimbangkan sehingga 2016," kata Shahidan kepada pemberita pada kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras, di sini hari ini

Selain Presiden ASUM, bekas Menteri Besar Perlis itu turut menerajui Persatuan Berbasikal Perlis, Persatuan Petanque Perlis, Persatuan Renang Negeri Perlis, Persatuan Ten Pin Boling Perlis, Persatuan Muay Thai Perlis, Persatuan Olahraga Perlis dan Persatuan Kabaddi Perlis.
 
Shahidan adalah juga Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) dan pada Februari lepas, beliau digantung oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selama dua tahun setengah dan denda RM39,000 atas kesalahan melanggar Artikel 88 badan induk itu.
 
Menyentuh mengenai ASUM, Shahidan berkata hubungannya dengan atlet renang sangat akrab.
 
"Saya menjaga kebajikan mereka dan berharap dapat terus berkhidmat dalam persatuan itu untuk menukar warna pingat gangsa kepada emas pada Olimpik akan datang," katanya.
 
Pada Sukan Olimpik 2012 di London, penerjun wanita negara Pandelela Rinong menyumbangkan pingat gangsa kepada kontinjen Malaysia. - Bernama


Photobucket

Najib Kena Kencing...?

on



Part 2 :- 




Semalam bila aku keluar artikel http://aku-tak-peduli.blogspot.com/2013/06/siapa-pegawai-najibrazak-yang-bagi-pm.html ramai yang call aku tanyakan siapa Pegawai/Penasihat Najib yang aku maksudkan dalam artikel itu jadi atas permintaan ramai maka aku siarkan printscreen text yang dihantar kepada aku dan atas sebab sebab melindungi identiti si penghantar maka no phone nya terpaksa aku padamkan.Nanti takde sape lak yang berani nak hantar apa apa info pada aku lagi..he he he.

Walaupun aku tidak dijemput (mana Umno/PM nak jemput aku..kan aku ini anak gampang Umno) menghadhiri Majlis Pertemuan Penggiat Media Sosial Dengan PM haritu,tapi maklumat tentang apa yang berlaku didalam dan diluar majlis tetap sampai kepengetahuan aku.Dikhabarkan tidak ramai NAMA BESAR bloggers yang menghadhiri majlis tersebut dan blogger hebat sapertiPapagomo,Parpukari,RBF,GAP,Medan Info Kita,RAK dan ramai lagi tidak kelihatan didalam majlis itu.Ntah iya atau tidak  dikhabarkan ada macam gerakan MEMBOIKOT majlis ini oleh nama nama besar pada hari itu.Selain Rafi Awang Kecik aka RAK dengan Team Nadi Rakyat yang berprogram di Melaka pada hari itu,yang lainnya aku tidak pasti kemana mereka menghilang.Ada juga desas desus yang mengatakan ramai dikalangan MEREKA waktu itu sedang bercuti diVeitnam,Singapura dan Indonesia sebagai balasan kerja kuat mereka semasa PRU13 oleh "paymaster" masing masing.Untungnya....

Yang menjadi persoalannya...KENAPA PROGRAM DATUK AKMAR,JEBON DAN JALIL MYKMU SEAKAN DIBOIKOT BLOGGERS?

Seingat aku MyKmu bertanggung jawap menyokong Bloggers Besar ini dan ramai lagi sejak program pertama mereka di KL International Hotel dan diikuti banyak lagi program selepas itu yang bolehlah aku takrifkan sebagai program mewah dimana aku turut dilibatkan.

Agak tidak kena pada pandangan aku bila program yang dianjurkan mereka kali ini yang melibatkan PM dan dilangsungkan di Seri Perdana mendapat sambutan suam suam kuku dari nama nama besar ini?

Apakah jasa baik dan usaha Akmar,Jebon dan Jalil telah dilupakan sebaik tamat PRU13?





Nasib baik juga Pengerusi UMB Tun Faisal dijemput dan datang disaat saat akhir atas desakan seorang individu yang tidak perlu aku sebut siapa.Aku difahamkan walaupun Jebon dan Jalil MyKmu bernaung dibawah Datuk Akmar tapi UMBsenantiasa menjadi bahan kutukan dan kerap dipinggirkan dalam program program yang dianjurkan MyKmu.Mungkin UMB dilihat sebagai "saingan" yang suatu masa nanti membuatkan MyKmu,Jebon dan Jalil jadi tak relevan dimata Perdana Menteri.Tahniah kepada Tun Faisal dan Team UMB yang turut hadhir memberiSOKONGAN untuk program Perdana Menteri walaupun ada pihak yang berusaha meminggirkan mereka diperingkat awal.Sepatutnya MyKmu yang sudah begitu lama dialam siber ini sudah kenal siapa KAWAN dan siapa LAWAN mereka dan UMBbukanlah musuh mereka. Bak kata Tun Faisal sewaktu kami bertemu sehari selepas program itu....


"Walau apa pun yang cuba dilakukan oleh banyak pihak untuk memburukan imej saya dan UMB dimata Perdana Menteri,UMB dan saya tetap berdiri teguh dibelakang PM..."

Memang kata kata Tun Faisal itu satu komitmen jitu dari seorang Jenderal UMB,tetapi adakah @NajibRazak sedar akan semua ini atau dia masih khayal dengan "rasa dingin"gula gula angin yang disuapkan kemulutnya oleh tukang karut dan penglipur lara yang bergayut disekeliling pinggangnya?


Najib Kena Kencing...?

Part 1 :-

Aku terima maklumat dibawah dari seorang pengirim berstatus Anon.Macam aku selalu kata maklumat maklumat jenis macam ini memang suka singgah kat Inbox aku tanpa diundang.Sama ada maklumat ini sahih atau tidak taklah pulak aku pasti,tapi eluk gak buat pencerahan minda bloggers yang rasa diri mereka dah kena kencing dan nama mereka dijaja oleh pihak yang tidak bertanggung jawap selama ini.

Cuma aku tak setuju bila peranan UMB turut diperkecilkan seolah olah nama nama besar bloggers UMB saperti Dr.Novandri,Media Permatang Pauh,KedahkeKL,Mymassa,Pisau dan lain lain dikatakan bukan bloggers yang mengugguli carta terbaik sebelum dan sepanjang kempen PRU13.Memang ada bloggers jalanan yang menyelit dicelah celah Top 20 Bloggers Pro-BN,tapi rata ratanya adalah BLOGGERS NAUNGAN UMB.

Apa pun mesej dibawah ini aku rasa merujuk kepada perjumpaan PM dengan penggiat Media Sosial yang diadakan di Seri Perdana baru baru ini(gambar atas).Apa yang menarik adalah 3 nama yang dikatakan bakal membelasah segala DANA dengan menjual nama nama bloggers untuk kepentingan diri mereka.

BAKAL KAHWIN LAGI DAN BINA RUMAH BUNGLOW HARGA SEJUTA SIAP SWIMMING POOL?

Siapa haa?

ADA YANG DAH ORDER LAMBORGINI?

Siapa pulak?

Nanti alun alun kita kasi selak.....


Bro, aku pegi tea dgn PM semalam. Malu aku tengok PM ditipu hidup2 oleh pegawainya sendiri. A**** menipu PM apabila menyatakan dari 10 isu hot semasa PRU, 8 adalah dikuasai BN. Blog BN menguasai carta ranking kalahkan opposition. Kuasai isu? Mana pernah kita kuasai isu? Kita follow isu adalah. Kita tak pernah cipta isu dan sering ketinggalan kesemuanya. Pakatan dah beralih isu, kita masih main isu yang sama. Blog yg kuasai ranking bukan UMB atau bawah A**** tapi blogger jalanan usaha sendirian. Beruang Biru dan ODRR selalunya ketinggalan dua atau tiga hari. Tapi A**** kata pada PM bahawa Beruang Biru dan ORRT (Online Rapid Response Team) sbg medium sebar input yg amat berjaya. Kata A**** lagi, segala kegagalan BN adalah disebabkan oleh Red Bean Army. Kalau 8 dari 10 isu blog BN kuasai mcm mana boleh kalah dgn Red Bean. Nampak sangat menipu. PM kata akan bantu penggiat sosial media UMNO, jika ada apa2 keperluan maklumkan A****. Kesian blogger. Bakal banyak akan dikebas elaun mereka oleh A****, J***** dan J****. Dahlah sepatutnya ada antara mereka boleh dapat maksimum hingga RM5 ribu sebulan tapi dapat RM500 sebulan saja. Next PRU A**** bakal kahwin lagi dan bina satu lagi banglo RM1 juta yg ada swimming pool di dalam.


Aku Peduli Apa @ APA

Photobucket

RAJA PERMAINSURI AGONG MALAYSIA BERHIJAB

on



Berhijab adalah satu kewajipan bagi kaum wanita dan merupakan satu ibadah dimana seorang wanita yang berhijab bermakna dia telah melaksanakan perintah Allah seperti mana bersolat dan berpuasa. 

Allah  berfirman : Artinya : ‘Hai nabi, Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, Karena itu mereka tidak diganggu. dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’ [Qs. al-Ahzab : 59].

Allah  berfirman: Artinya : ‘Hai anak Adam, Sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan dan pakaian takwa itulah yang paling baik.’ [Qs. al-A'raaf 26]

Tahukah anda bahawa terdapat tiga orang Raja Permaisuri Agong yang berhijab sewaktu memegang jawatan berkenaan apabila paduka suami baginda  dilantik sebagai Ketua Negara iaitu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Secara kebetulan, ketiga-tiga mereka ini pada asalnya bukan dari keluarga Diraja. 

Raja Permaisuri Agong pertama yang berhijap adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Siti Aishah binti Abdul Rahman, Raja Permaisuri Agong Ke-11.  
Baginda berada diatas singahsana negara pada 26 April 1999  sehingga 21 November 2001 dan tidak sempat menghabiskan tempoh perkhidmatan baginda selama lima tahun berikutan kemangkatan paduka suami baginda.

Lima tahun kemudian sekali lagi Raja Permaisuri Agong yang memakai hijab berada diatas singahsana negara iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah binti Adil Bakeri dan sempat menghabiskan tempoh lima tahun lantikan baginda sebagai Raja Permaisuri Agong Ke-13 bermula 13 Disember 2006 hingga 12 Disember 2011.  

Manakala yang terakhir sekali setakat ini adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong  Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun yang berada diatas singahsana negara mulai 13 Disember 2011 hingga kini.  

Pada mulanya baginda tidak berhijab tetapi setelah kembali dari mengerjakan ibadat haji pada tahun 2012, baginda telah memakai hijab. Baginda merupakan Raja Permaisuri Agong Ke-14.

Shukur Alhamdulillah...........Amin.


Photobucket

Najib, Anwar di Jakarta, terdapat spekulasi akan bertemu...!

on





KUALA LUMPUR, 15 Jun – Datuk Seri Najib Razak dan musuh politiknya Datuk Seri Anwar Ibrahim kedua-duanya di Jakarta hari ini, terdapat kemungkinan diadakan pertemuan yang mungkin akan membantu perdana menteri mengelakkan persaingan di Parlimen dan partinya sendiri selepas keputusan buruk Pilihan Raya 2013.


The Malaysian Insider difahamkan, pertemuan itu telah cuba diaturkan semenjak sekurang-kurangnya seminggu lalu, dikala Najib hampir pasti dicabar dalam pemilihan Umno tahun ini dan berkemungkinan akan berhadapan dengan usul undi tidak percaya selepas Parlimen mula bersidang pada 24 Jun.

Difahamkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang rapat dengan kedua-dua pemimpin, telah ditugaskan untuk mengaturkan pertemuan tersebut. Beliau kini berada di Jakarta untuk lawatan dua hala.

“Pertemuan telah diaturkan dengan Najib sebelum Anwar berjumpa Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono pada Sabtu,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Pembantu bagi kedua-dua pemimpin tidak mahu bercakap mengenai pertemuan tersebut akan tetapi sumber mengatakan kedua-duanya mempunyai kepentingan bersama untuk mengelakkan pencabar lain untuk jawatan perdana menteri.

Tengku Razaleigh Hamzah telah bertemu dengan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk berbincang mengenai percubaan beliau mengambil alih kepimpinan dalam Dewan Rakyat yang mempunyai 222 kerusi sementara timbalan kepada Najib Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin menjadi pencabarnya dalam pemilihan Umno hujung tahun ini.

Kebanyakkan penganalisis politik mengatakan Najib terlalu popular, lebih dari partinya, untuk hilang jawatan dalam kerajaan dan parti.

“Akan tetapi Najib berhadapan dengan dua serangan terhadapnya, jadi dia perlu mencari sekutu,” kata sumber lain kepada The Malaysian Insider, mengatakan ironinya Anwar juga mahukan jawatan tertinggi itu.

Tidak diketahui sama ada presiden Indonesia sedar mengenai pertemuan di ibu kota negaranya akan tetapi bekas timbalan presiden Indonesia pernah menjadi pengantara kepada kedua-dua pemimpin sebelum pilihan raya 5 Mei untuk kempen pilihan raya aman.

Akan tetapi Kalla mengatakan persepakatan gagal selepas Anwar memulakan kempen di seluruh negara untuk membantah keputusan Pilihan Raya 2013. Pemimpin PKR itu mengatakan Najib tidak pernah menandatangani perjanjian itu walaupun terdapat persetujuan mulut.

Pemimpin Malaysia, terutamanya dari Umno, telah diketahui mengadakan pertemuan sulit di Jakarta - hanya mengambil masa dua jam penerbangan dari Kuala Lumpur, bagi mengelakkan publisiti dan gossip.

Najib dan Anwar diketahui mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Indonesian yang mahu melihat kestabilan di negara jiran mereka Malaysia – menggajikan dua juta rakyat Indonesia dari profesional, buruh dan pembantu rumah.

Kedua-dua Anwar dan Najib merupakan sebahagian daripada Team Wawasan yang memenangi jawatan tertinggi dalam pemilihan Umno 1993, dengan Muhyiddin, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dan Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik.

Umno memecat Anwar pada 1998 dan bekas timbalan presiden parti itu berhadapan dengan pertuduhan liwat dan rasuah di mahkamah sementara Muhammad meninggalkan parti sebelum pilihan raya bulan lalu.

Zahid pada ketika itu merupakan sekutu Anwar dan ketua Pemuda Umno yang menggunakan terma Indonesia KKN untuk korupsi, kronisme dan nepotisme dalam serangan terhadap bekas perdana menteri paling lama berkhidmat, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa perhimpunan Umno 1998.

Beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sementara Anwar dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno sebulan selepas perhimpunan parti itu. - TMI




Ku Li is speculated to challenge Najib, Anwar objects 

GEORGE TOWN, June 14:  Words have been speculated that Umno veteran Tengku Razaleigh Hamzah is campaigning for support, especially among leaders in Sabah and Sarawak, to challenge Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak in Parliament and for the party’s presidency post in upcoming elections.

It is said that Tengku Razaleigh, affectionately known as Ku Li, has been meeting with several Barisan Nasional (BN) members of parliament from Sabah and Sarawak to explore possibilities.

However, the Parti Keadilan Rakyat’s (PKR) de fact to leader Datuk Seri Anwar Ibrahim is believed to be against it, as the latter feels it is his legacy to one day become the country’s prime minister

They said that the group of MPs represent politicians who were disillusioned with Najib for not appointing them to the federal cabinet even though most bumiputras from Sabah and Sarawak voted for Barisan in last month’s general election.

They claim that some MPs in Sabah and Sarawak were under the impression that Najib had grown weaker because even though he had conceded much to the Chinese community, the community had overwhelmingly rejected Barisan.

They believe that this had polarised the nation and the country could not move forward effectively with such heavy “political baggage in tow”.

These leaders in Sabah and Sarawak want a strong Barisan that could commit more funds and resources to develop the two, largely rural, states, sources said.

However, Ku Li’s 2008 suggestion to form a government based on national unity continues to resonate with certain political groups and observers.

Among the suggestions, is that this group of disgruntled MPs including Ku Li, combine their resources with the 89 MPs from Pakatan Rakyat to file a no-confidence motion against Najib’s leadership when Parliament reconvenes its new legislative term later this month.

They need 35 to make it happen.

Ku Li, who is the country’s longest serving parliamentarian, as well as his aides, have declined comment and the rumours continue to swirl.

Another element of the rumour is that the Kelantan Prince, who is now 78, might yet again go for the Umno president’s post.

Ku Li’s friend Datuk Seri Yusoff Latiff, the Penang Malays Association president, said he had not heard talk about Ku Li seeking to go to Parliament to challenge Najib, and said he was inclined to believe that it was not true.

“Ku Li has already stated that his future is with Umno. Why rock the boat.”

Kelantan Umno secretary Datuk Md Alwi Che Ahmad believes that such talk could be the work of Pakatan to divide Umno, but stressed that if Ku Li continued to harbour hopes of becoming prime minister, he should challenge Najib during the party elections.

“Najib is open to anyone contesting him as it is part of democracy. To find ways to oust a leader in parliament is not a Malaysian culture, though,” Alwi stressed.
- The Malaysian Times


Photobucket

Cita-cita Anwar nak jadi PM dah berkubur...!

on



Cita-cita Anwar nak jadi PM dah berkubur ni kita kena terima hakikat melainkan ahli parlimen BN lompat masuk Pakatan.Pakatan pulak dok sembang deraih kata puak lompat parti ni katak puru la,katak ong la dan tak munasabah puak Umno nak lompat mai kat PR.
Bila timbul isu ada ahli parlimen BN berjumpa dalam gelap dan berpakat dengan Ku LI untuk jatuhkan Najib dan lantik Ku Li jadi PM hang pa mau ka.Ku LI pulak dilihat dah tak mau lagi jadi Gurkha dalam Umno ,jadi kuli Umno dia pon nak merasa jadi PM macam Anwar..puak Pas yang nak sangat Ku LI jadi PM tentu suka..tapi sapa pulak nak jadi TPM?Kalau Muhyiddin baru sama macam Najib haha

Ingat orang tua tu..Tun Madey nak berdiam diri..Tun dah lama dok rancang nak naikkan anak beliau Mukhriz duduk lebih tinggi hinga jadi PM.Semua orang tau Ku Li musuh ketat Tun Madey sejak sekian lama.
Jika Ku Li diterima Bn dan PR sebagai PM baru maka hancur leburlah segala warisan Tun Madey.Tapi kini team Tun Madey juga sedang menibai Najib termasuklah bekas Menteri Datuk Zainuddin Maidee,Utusan Meloya dan blogger Umno yang tak dapat apa2 keuntungan daripada Najib.

Agak-agak la kalau Najib terpelanting Rosmah nak jadi apa....?



Photobucket

Orang-Orang Muhyiddin Pula Berkata "Ini Kali Lah"...!

on




Di sebalik pelbagai khabar angin yang sedang bertiup mengenai politik UMNO dan kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri, kedudukan Muhyiddin sama ada mencabar Najib sebagai Presiden UMNO atau hanya mengekalkan jawatan Timbalan Presidennya dalam pemilihan parti hujung tahun ini, terus menjadi tanda-tanya.

Jika sebelum ini ramai golongan pengampu, pembodek dan tukang kipas tampil dengan satu demi satu alasan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan tetapi sejak Muhyiddin sendiri enggan memberi ulasan mengenai perkara itu buat masa ini, ia semacam reda seketika.

Muhyiddin minggu lalu ketika di Pagoh hanya berkata, beliau akan memberi komen mengenai pertandingan dalam UMNO atau mengenai kedudukan dirinya sama ada bertanding atau tidak di suatu masa yang sesuai nanti.

Jawapan Muhyiddin itu bukan saja berjaya menghentikan pengampu, pembodek dan tukang kipas daripada terus berkokok tetapi dalam masa yang sama terus menghangatkan perbualan di dalam UMNO sendiri mengenai pertandingan kedua-dua jawatan tertinggi itu.

Ramai yang percaya, jawapan Muhyiddin itu menggambarkan kesediaannya untuk memikul tanggungjawab yang lebih tinggi dalam UMNO, bagaimanapun beliau dipercayai perlu mengambil sikap berhati-hati dan meninjau-ninjau dahulu arus yang sedang mengalir di dalam UMNO, sama ada memihak kepadanya atau pun tidak.

Jika Muhyiddin hanya mahu kekal sebagai Timbalan Presiden, di sebalik timbulnya isu pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden itu, beliau pastinya menyambut baik cadangan itu atau sekurang-kurangnya memberitahu kesediaannya hanya akan mempertahankan jawatannya saja.

Tetapi dengan memberitahu akan memberi komen di suatu masa yang sesuai nanti, pelbagai tafsiran boleh dibuat dan kemungkinan besarnya ialah mencabar kedudukan Najib sebagai Presiden UMNO.

Di dalam UMNO, Muhyiddin masih diingati kerana keberaniannya meminta Pak Lah menyegerakan peralihan kuasa sebaik pilihanraya 2008 dulu, di sebalik tekanan yang dilakukan sebelumya oleh Mahathir yang akhirnya menyebabkan BN hilang majoriti 2/3 dan Pak Lah terpaksa tunduk untuk menyerahkan jawatannya kepada Najib pada 3 April 2009.

Jika dulu Muhyiddin mendesak Pak Lah tetapi dengan keputusan pilihanraya 2013 yang lebih buruk daripada 2008, desakan mulai kedengaran untuk beliau mengambil alih tempat Najib pula. UMNO dan BN yang dilihat makin lemah dibawah Najib, dipercayai oleh ramai kalangan dalam UMNO akan menjadi lebih baik jika dipimpin oleh Muhyiddin.

Sementara isu pertemuan beberapa Ahli Parlimen daripada Sabah dan Sarawak dengan Tengku Razaleigh Hamzah terus menjadi isu sejak beberapa hari ini dan kemungkinan ia bakal menjadi episod yang menggugat lagi kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri, Muhyiddin pula sebaliknya lebih mengintai peluang dalam perebutan jawatan Presiden UMNO nanti.

Walaupun sama ada Muhyiddin bertanding atau tidak belum menjadi kepastian tetapi orang-orang Muhyiddin dalam UMNO sudah mula bercakap mengenai kemungkinan itu. Mereka berkata, pemilihan kali ini adalah peluang terbaik untuk Muhyiddin jika mahu meningkatkan lagi karier dan pencapaiannya dalam parti dan kerajaan.

Jika Muhyiddin tidak bertanding kali ini, kata para penyokongnya, beliau yang kini berusia 64 tahun mungkin sudah terlalu lewat untuk melakukannya pada pemilihan yang seterusnya. Lagi pula, jika pemilihan UMNO yang akan diadakan tiga atau empat tahun nanti dilangsungkan selepas pilihanraya umum, UMNO juga mungkin sudah kehilangan kuasanya sebagai kerajaan ketika itu.

Ketika itu, tiada ertinya lagi jika Muhyiddin mahu mengambil alih kepimpinan parti atau barangkali jika bukan lagi sebagai kerajaan, Najib juga mungkin akan menyerahkan saja secara sukarela jawatannya kepada Muhyiddin.

Hakikat ini yang membimbangkan orang-orang Muhyiddin mengenai kedudukan boss mereka itu. Lantaran itu, mereka merasakan pemilihan kali ini adalah yang terbaik untuk mencabar kedudukan Najib. Ia bukan saja disebabkan pilihanraya baru berakhir dan kedudukan Najib dilihat lemah serta mudah dilemahkan tetapi juga kerana persekitaran politik yang seakan-akan memihak kepada orang yang berani melakukann pesaingan.

Tambahan pula tindakan dua bekas menteri, Daim dan Zainuddin Maidin yang turut mengkritik Najib selepas pilihanraya ini dilihat turut memberi gambaran sokongan secara tidak langsung kepada sesiapa juga yang berani menentang Najib dan melakukan perubahan. Di ketika yang sama, tulisan Mahathir dalam blognya mengenai kelemahan dan perbezaan UMNO dulu dan sekarang yang ditulisnya selepas keputusan pilihanraya dan sebaik Najib mahu berbangga dengan pencapaian UMNO dalam pilihanraya juga dilihat mempunyai sindiran tertentu terhadap kepimpinan Najib.

Di samping sokongan cuba dipertingkatkan kepada Muhyiddin untuk berani mencabar Najib, tekanan secara tidak langsung daripada penyokongnya juga diperhebatkan lagi kepada Timbalan Perdana Menteri itu agar akhirnya beliau bersedia memikul tanggungjawab yang tinggi itu.

Semua keadaan ini, ditambah dengan pergolakan semasa yang semakin menekan UMNO dan kerajaan yang muncul satu demi satu, lebih memungkinkan kedudukan Najib daripada dicabar oleh Muhyiddin, hampir tidak dapat dielakkan lagi. 





Photobucket

Berhati2 ketika melancong ke Thailand...!

on Jun 11, 2013





Dear friends,
Kepada kita yang suka melancong ke luar negara ............ ... satu peringatan.

I would like to relate to you all an incidence... ......... ...... quite recent, i.e. about two weeks ago......... ..After my daughter's wedding in early February, I had gone to Shanghai (saja nak enjoy lepas penat menguruskan perkahwinan) and my cousin went to Bangkok with his wife and brother in-law.. Dia orang ni pun penat juga menolong buat hantaran dsb. 


Nak dijadikan cerita, waktu nak pulang ke KL menaiki Air Asia, my cousin dan isterinya berbelanja di Duty Free Shop di airport. Mereka membeli
chocolates untuk cucu-cucu dan rokok untuk dirinya sendiri. Mereka
telah diberitahu bahawa pembelian chocolate mereka ada free gifts
berupa chocolate juga. Semuanya ini mereka letak di counter bayaran.
Waktu
hendak membuat bayaran, mereka ternampak ada sebungkus rokok diletak di
atas 1 karton rokok yang diletak di casher, berupa rokok dari brand
yang sama. 


My cousin telah membayar kesemua chocolates dan 1 karton
rokok tersebut dan meletakkan ke dalam beg untuk di bawa keluar, tanpa
memperdulikan sebungkus rokok yang terletak di atas karton rokok beliau.
Nak
dijadikan cerita, isterinya menunjukkan kepada rokok yang sebungkus itu
yang sangkanya diberi percuma. My cousin terus mengambil sebungkus
rokok tersebut dan berlalu untuk ke dewan berlepas (departure hall).



Sewaktu di Dewan Berlepas, beliau telah didatangi oleh seorang sekuriti dan
bertanya kepadanya sama ada my cousin ada membeli rokok. Dengan ikhlas
my cousin telah menunjukkan chocolate dan rokok yang dibelinya di Duty
Free Shop tadi..... bersama dengan rokok sebungkus yang disangkanya
diberi percuma.


Sekuriti menuduhnya mencuri rokok tersebut dan mahu membawanya ke balai polis
untuk didakwa. My cousin offered to pay for the cigarettes kerana
salah faham beliau.. Tetapi pihak sekuriti nenolak dan masih berkeras
untuk membawanya ke balai polis. 


Manakala isteri my cousin disuruh
pergi menaiki kapal terbang. Isteri my cousin tidak mahu meninggalkan
suaminya di sana dan berkeras untuk ikut sama ke balai polis.

Di Balai Polis (yang terletak di kawasan lapangan terbang itu juga) my
cousin telah diminta membayar ganti rugi sebanyak RM30,000 jika mahu
dilepaskan. Kalau tidak beliau akan ditahan sehingga wang tersebut
dibayar. 


Oleh kerana mereka tidak mempunyai wang sebanyak itu, my
cousin telah dimasukkan ke lock-up di situ disamping ramai lagi
tourists yang mendapat nasib yang sama. Manakala isterinya menumpang
di rumah salah seorang kenalan mereka di Bangkok. Bersama beliau di
lock up itu ada seorang tourist dari India telah berada di lock up itu
lebih sebulan lamanya kerana keluarganya belum dapat mengumpul wang
sebanyak US$70,000 kerana beliau dituduh mencuri pen (padahal tourist
tersebut mengambil pen tersebut untuk membuat pembayaran di kaunter. 
Waktu mencari kaunter pembayaran, beliau terkeluar sedikit dari kawasan
kedai tersebut, terus ditangkap dan didakwa mencuri!)


Sewaktu my cousin ditahan di balai polis tersebut, adik iparnya yang menaiki
MAS tidak mengetahui kisah yang berlaku kepada abang iparnya. My
cousin's wife menghantar SMS kepada adiknya menyatakan kisah yang
terjadi kepada mereka. Tetapi oleh kerana adik ipar ini telah memasuki
pesawat, beliau tidak boleh keluar lagi. Setiba beliau di KL, beliau
berpatah balik ke Bangkok dengan menaiki pesawat MAS juga. 


Disamping itu keluarga my cousin di KL telah cuba menghubungi Kedutaan Malaysia
di Bangkok dan beberapa kenamaan yang lain. Pihak polis Bangkok tidak
memperdulikan semua rayuan yang dibuat baik oleh Menteri-Menteri di
Malaysia maupun pihak Kedutaan kita di Bangkok.



Keesokkan harinya setibanya adik ipar my cousin ini dengan pesawat MAS dari Kuala
Lumpur, beliau terus saja ke lock up untuk melepaskan abang iparnya. 
Dari RM30,000 telah diturunkan ke RM20,000.... . tapi adik ipar my
cousin ini tidak punya wang sebanyak itu. Beliau hanya ada RM11,000. 
Maka setelah beberapa lama berbincang, akhirnya pihak polis bersetuju
dengan pembayaran sebanyak RM11,000. Belum pun sempat my cousin keluar
dari balai tersebut, polis-polis ini telah membahagi-bahagikan wang
tersebut sesama mereka dengan bangganya. 


Mereka juga menunjukkan wang-wang yang diperolehi yang terdiri dari matawang asing....... ..
dan mereka sedikit pun tidak menunjukkan rasa bersalah dengan rasuah
yang diperolehi itu.
 Keesokkan harinya my cousin telah dibawa ke mahkamah (pesalah hanya berjumpa
majestret melalui tingkap saja). My cousin telah disuruh mengaku salah
dan didenda sebanyak 2000 baht (what happened to the RM11,000? Tak
disebut pun......... .....)


Nasib baik my cousin teringat kisah tourist yang didakwa bersama beliau yang keluar tanpa meminta surat
dari pihak berwajib tentang penahanan beliau, lalu ditahan kedua
kalinya sewaktu mahu pulang di airport Bangkok. My cousin meminta
mereka mengeluarkan surat menyatakan kes beliau telah selesai dan
beliau dibenarkan pulang.
 


Sewaktu mahu membeli tiket kapal terbang pulang (tiket ini diuruskan oleh pihak imigresyen Bangkok) beliau telah diberitahu bahawa semua tiket Air Asia telah habis terjual. Yang ada cuma tiket MAS yang ternyata lebih mahal. Oleh kerana my cousin tidak punyai wang yang banyak, beliau mau
menggunakan kad kredit untuk membeli tiket MAS. Yang peliknya bila my
cousin kata nak bayar tunai tiket air asia, tiba-tiba saja pegawai ni
kata ada tiket lagi dengan air asia........ ........ (nampaknya semua
peringkat yang mengambil kesempatan)
 Pihak imigresyen Bangkok telah mengecop Pasport my cousin dan isteri beliau sebagai 'Thief'! Bukan itu saja, my cousin telah digari untuk di bawa ke pesawat. 


Setiba di pesawat pasport beliau telah diserahkan kepada pihak Air Asia dan apabila sampai di KL pihak imigresyen KL diminta mengiring my cousin ke pejabat imigresyen di Lapangan LCCT. Waktu di pejabat tersebut my cousin telah diberitahu bahawa kejadian ini setiap harinya terjadi kepada rakyat kita........ .... tapi yang peliknya kenapa perkara ini masih dirahsiakan dari kita semua? 

Pihak kedutaan kita pun menyatakan perkara yang sama...... dan menasihatkan my cousin
supaya memberitahu keluarga dan sahabat handai untuk tidak ke Thailand
dalam waktu yang terdekat ini sehingga keadaan politik di negara
tersebut kembali stabil.
 Sekiranya ini tidak terjadi kepada keluarga saya sendiri, saya pasti tidak mempercayainya. ..... macam cerita wayang saja....... tapi percayalah..... memang ini kisah benar.
Dear Omar, remember our phone call recently?...

Please be careful, ok?


 Normaria Kamaludin

Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List