CUKUP LAH TU SHAHIDAN.....BAGI ORANG LAIN PULAK...!

on Jun 15, 2013





Ini seorang lagi, tak reti-reti! Menteri Sukan baru dah kata letak jawatan letaklah! Bagilah Menteri Sukan baru itu laksanakan idea dia, apa pulak awak nak menyebuk! Siap minta lagi nak lanjut jaga ASUM...sehingga olimpik konon! Alahai!

Agaknya sikap yang macam inilah yang menjadi penyebab kebanyakan sukan di Malaysia ini merosot teruk. Asal jadi presiden persatuan sukan, nak menongkat langit! Badminton pun begitu, FAM tak payah ceritalah....dah berbuih mulut orang ramai...! Ni ASUM pulak menerima nasib dari orang yang perasan bagus! 

Macam tak ada orang lain dah nak jadi Presiden ASUM dalam Malaysia ni melainkan dia!



Berita dipetik:

Shahidan mahu kekal jawatan Presiden


DATUK Seri Dr Shahidan Kassim berharap jawatannya sebagai Presiden Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) dapat dikekalkan sehingga Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.
 
Beliau berkata hasrat itu adalah kerana beliau mempunyai banyak perancangan untuk memartabatkan sukan tersebut.
 
Walaupun dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 15 Mei lepas, Shahidan berharap pihak relevan dapat mempertimbangkan permintaannya itu.
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin baru-baru ini bahawa ahli politik yang memegang jawatan dalam persatuan sukan perlu melepaskan jawatan setelah dilantik sebagai menteri.
 
"Saya sudah isytihar semua jawatan saya dalam persatuan sukan tetapi saya minta jawatan saya dalam ASUM dipertimbangkan sehingga 2016," kata Shahidan kepada pemberita pada kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras, di sini hari ini

Selain Presiden ASUM, bekas Menteri Besar Perlis itu turut menerajui Persatuan Berbasikal Perlis, Persatuan Petanque Perlis, Persatuan Renang Negeri Perlis, Persatuan Ten Pin Boling Perlis, Persatuan Muay Thai Perlis, Persatuan Olahraga Perlis dan Persatuan Kabaddi Perlis.
 
Shahidan adalah juga Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) dan pada Februari lepas, beliau digantung oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selama dua tahun setengah dan denda RM39,000 atas kesalahan melanggar Artikel 88 badan induk itu.
 
Menyentuh mengenai ASUM, Shahidan berkata hubungannya dengan atlet renang sangat akrab.
 
"Saya menjaga kebajikan mereka dan berharap dapat terus berkhidmat dalam persatuan itu untuk menukar warna pingat gangsa kepada emas pada Olimpik akan datang," katanya.
 
Pada Sukan Olimpik 2012 di London, penerjun wanita negara Pandelela Rinong menyumbangkan pingat gangsa kepada kontinjen Malaysia. - Bernama


Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List