Kereta Rasmi Kerajaan: Selamat jalan kereta nasional, Proton...!

on Jun 18, 2013



Sisa-sisa projek kereta nasional akan berakhir tidak lama lagi kerana Putrajaya akan menggantikan penggunaan Proton Perdana V6 yang telah lama sebagai limosin rasmi dengan Honda Accord sementara kerajaan negeri Pahang akan menggunakan Volkswagen Passat.

Kedua-dua model sekarang ini dipasang oleh pemegang saham terbesar Proton Bhd iaitu DRB-Hicom Bhd di Pekan di mana ahli Parlimennya adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Kenderaan baru itu untuk menteri Kabinet, timbalan menteri dan ahli majlis kerajaan negeri (Exco). Jumlah kos keseluruhan pembelian masih belum ditentukan.
Kerajaan negeri lain perlahan-lahan telah menggantikan Perdana yang mempunyai kapasiti enjin dua liter dan dibuat pada tahun 2010 – sekarang ini terbukti mahal untuk diselenggara.
The Malaysian Insider difahamkan kedua-dua kerajaan pusat dan kerajaan negeri Pahang telah menolak Toyota Camry sebagai kenderaan rasmi mereka kerana ianya dipasang di negara jiran Thailand.
“Pertimbangan utama adalah kenderaan mestilah dipasang di sini,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.
Beliau mengatakan Putrajaya akan menggunakan model Honda Accord berkapasiti enjin 2.4 liter sementara kerajaan Pahang akan mengambil Volkswagen Passat berkapasiti enjin 2.0 liter. Difahamkan, sebuah Volkswagen Toureg juga telah dibeli untuk kerajaan negeri Pahang.
Penggantian lain bagi Perdana termasuk Mercedes-Benz E200 Kompressor oleh kerajaan Terengganu pada tahun 2008, menggantikan Perdana V6 Eksekutif tahun 2004 mereka.
Kedua-dua Selangor dan Perak juga telah menggantikan Perdana mereka dengan Toyota Camry sementara kerajaan negeri Sabah menggunakan Volvo S80s.
Proton telah melancarkan model berkos rendah Saga SV hujung minggu lalu akan tetapi tidak menyatakan sama ada akan mengeluarkan model berkuasa tinggi yang boleh menggantikan Perdana.
Terdapat spekulasi tentang model baru Perdana berasaskan Passat apabila perjanjian diantara Proton dan Volkswagen dibincangkan sekitar 2004-2007. Akan tetapi rancangan itu dibatalkan apabila Volkswagen mengumumkan rundingan kerjasama menemui kegagalan.
Terdapat juga perbincangan diantara Proton dan Mitsubishi pada 2005 untuk model baru Perdana berasaskan Mitsubishi 380 sedan yang menghentikan pengeluaran pada 2008.
Spekulasi lain tentang penggantian Perdana adalah menggunakan platform Proton Exora iaitu Nissan Fuga atau berkongsi casis dengan Honda Accord akan tetapi tiada perkembangan.
Perdana merupakan model terbaik Proton yang menggeluarkan model pertama Saga pada tahun 1985 dalam program industri berat dimulakan oleh perdana menteri paling lama berkhidmat Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perdana SEi diperkenalkan buat pertama kali sedekad selepas model pertamanya dan dibuat dari 1995 hingga 1998. Ia berdasarkan kepada platform Mitsubishi Galant dan menggunakan enjin 2.0L 4G63 SOHC pembuat kereta Jepun itu.
Generasi pertama Perdana merupakan model pertama Proton menawarkan sistem brek anti-kunci (ABS) dan kawalan pemanduan. Pada tahun 1997, Perdana diberikan wajah baru dengan jeriji krom, reka bentuk rim baru, warna badan yang baru dan hiasan dalaman dipertingkatkan.
Pada tahun 1999 Proton menggeluarkan Perdana yang menggunakan enjin Mitsubishi 2.0L 6A12 V6 dengan bodykit dan rim 16 inci. Pada tahun 2003, Perdana V6 telah melakukan prubahan yang besar dan diberi wajah serta bumper baru. Di dalam, perubahan besar turut dilakukan. Model ini kekal dijual sehingga awal 2010.
Terdapat juga Proton Perdana V6 versi mewah dengan kepanjangan melebihi 25 cm (10 inci) di pintu sisi - di gelar Proton Perdana V6 Executive yang diubah oleh Automotive Conversion Engineering (ACE), salah satu unit EON - khusus dalam membangunkan limosin untuk negarawan.
Seperti Perdana asal, Perdana V6 juga tidak dieksport ke Eropah. 


Photobucket

TENGOK NI SAHABAT BAIK....!

on




Rakaman gambar Naib Presiden Kanan UMNO merangkap Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika melakukan kunjungan rasmi ke lokasi tragedi penabat kilat Menara UMNO Pulau Pinang Jalan Macalister, George Town, Pulau Pinang runtuh, yang mengakibatkan kematian 3 orang, sedang meletakan tangan kirinya diatas bahu kiri YB Lim Kit Siang sambil berjalan seiring dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng petang tadi,  besar kemungkinan akan mengundang kemarahan para penyokong UMNO yang totok termasuklah ahli Perkasa yang cukup terkenal sebagai amat bencikan DAP dan Lim Kit Siang.

Umum sudah pun sedia maklum.. para blogger pro UMNO cukup meluat habis dengan YB Lim Kit Siang ni sebagai pemimpin ulung DAP.

Macam-macam kata-kata cerca maki hamun dan fitnah liar dilemparkan keatas Lim Kit Siang.

Adakah dengan terpaparnya rakaman gambar ini para blogger UMNO akan berubah dari marah kepada kasih kepada YB Lim Kit Siang atau dari puja DS Ahmad Zahid Hamidi menjadi cerca????

Ada suara-suara nakal bersuara kononnya Zahid Hamidi kelihatan mempamirkan sikap mesra kepada Lim Kit Siang kerana sebelum ini YB Lim Kit Siang cukup tegas mengesa pihak berkuasa ambil tindakan tegas keatas Zahid Hamidi atas satu laporan polis yang dibuat semasa beliau masih seorang Timbalan Menteri, pukul seorang lelaki di rumahnya di Country Height, Kajang Selangor, sehingga mengesa beliau ambil cuti panjang sehingga kesnya selesai.


Demi berbaik sangka...adakah pendirian politik Zahid Hamidi kini sudah berubah daripada keras tidak bertempat kepada politik berhemah?... Wallahuakhlam Bissawab...



Photobucket

POLITIK DENDAM :- Beruk dihutan disusukan, anak dipangkuan mati kelaparan......!

on



Siapa yang menjual negara Malaysia kepada bangsa asing? Terbukti inilah kerja-kerja pengkhianatan yang dilakukan oleh tangan-tangan Melayu Umno sendiri. 

Pemimpin-pemimpin Umno lebih mementingkan tengkorok mereka sendiri daripada memperjuangkan nasib anak bangsa sendiri.

Demi mahu mengekalkan kekuasaan Melayu konon. Tetapi yang sebenarnya adalah semata-mata mahukan kuasa untuk membolot harta kekayaan negara. 

Mereka mendabik dada memperjuangkan nasib bangsa Melayu dengan laungan Hidup Melayu, tetapi sebaliknya Umno sendiri menjadi petualang dan mengkhianati bangsa dan tanah air sendiri.

Beruk dihutan disusukan, anak dipangkuan mati kelaparan.Itulah Umno!


Warga India sertai RELA, dapat BR1M

Seorang warganegara India yang tiba di Sabah mendapat kerakyatan Malaysia dalam tempoh dua tahun. Dia kemudian menyertai pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) dan menerima bantuan RM500 untuk golongan berpendapatan rendah. 

Peer Mohamad Kadir yang lahir di Chennai dalam kawasan Tamilnadu, India, memberitahu suruhanjaya diraja (RCI) pendatang asing di Sabah hari ini bahawa beliau tiba pada 1984 bersama pakciknya menggunakan pasport India. 

Pada 1986, pakciknya membantunya memohon kad pengenalan biru di Jabatan Pendaftaran Negara di Kota Marudu, kata Peer Mohamad apabila disoal oleh pegawai pengendali Jamil Aripin (kanan atas). 

Katanya, pakciknya menggunakan akuan bersumpah untuk memohonnya dan ia berjaya. Sebelum 1991, akuan bersumpah digunakan sebagai bukti menunjukkan seseorang sebagai rakyat Sabah dan ia membuka ruang kepada penyelewengan.~ Nigel Aw @Malaysiakini


Photobucket

PRU13...! Siapa Tipu Siapa...?

on Jun 17, 2013




SEGALA-GALANYA bergantung dengan ketakwaan kepada Allah SWT. Kalau insan Muslim hilang takwanya macammacam boleh dia lakukan.
Orang yang tidak bertakwa dan tidak takut kepada Allah SWT, maka tidak ada istilah bagi mereka dosa dan pahala. Tipu-menipu terhadap manusia adalah perkara kecil saja bagi mereka.

Kepada Allah pun mereka boleh tipu tanpa sedar, orang yang bernama Islam ini, telah menipu Allah SWT, dalam surah al-Baqarah ayat 8 dan9 Allah berfirman yang bermaksud: “Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat," padahal mereka sebenarnya tidak beriman. (8) Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya. (9)

Inilah puncanya apa yang anda sebut, sebagai satu penipuan dalam PRU13 kalau betul ia berlaku. Sekarang dalam proses pembuktian, benar atau tidak penipuan berlaku, menjadi kewajipan kepada individu yang terlibat membuktikannya. Kalau gagal untuk membuktikannya, jangan disalahkan orang lain pula.

Saya sendiri secara peribadi mendapati dakwat kekal tidak kekal di jari saya, terus saya membuat laporan di Balai Polis Kangar, minta pihak polis menyiasat kenapa berlaku demikian.
Saya tekankan kepada pihak polis, bahawa ini kes tipu, dan memang sah tipu, Cuma tidak tahu siapa menipu siapa? Saya tegaskan sekali lagi kepada pihak polis agar lakukan siasatan, sama ada pembekal dakwat kekal menipu SPR, dengan membekalkan dakwat yang tidak kekal, sedangkan yang dipesan adalah dakwat kekal.

Jika ini berlaku, menunjukkan bahawa pembekal telah menipu SPR, atau SPR memesan dakwat kekal yang tidak kekal, tetapi mencanang dan menghebahkan berulang kali, bahawa SPR akan menggunakan dakwat kekal.

Ertinya SPR menipu pengundi dan menipu kerajaan, atau kerajaan berpakat dengan SPR, sama-sama tahu menggunakan dakwat tidak kekal, akan tetapi canang dan hebahkan bahawa ia adalah dakwat kekal. Ini bererti kerajaan dan SPR berkonspirasi dengan menipu rakyat mentahmentah, walau bagaimanapun penipuan telah berlaku.

Siapa yang sebenarnya menipu? Polis berkewajipan untuk menyiasat dan memaklumkan hasil siasatan kepada rakyat. SPR sepatutnya menjadi satu badan bebas dan adil, dalam erti kata ia menjalankan tugas dengan benar-benar kelihatan adil, akan tetapi apa yang berlaku nampak macam tidak telus dan tidak adil.

Persoalannya di sini, mengapa undi pos berjalan dengan tidak telus? Macam ada sesuatu yang hendak disembunyikan, dalam proses undi pos, rakyat berhak menuntut, hak itu adalah hak yang sah dari sudut undang-undang dan peraturan.
Sepatutnya SPR segera bertindak menjelaskan segala tuduhan dan rungutan serta kekeliruan dalam pengundian dengan pelbagai helah yang jelas tidak telus yang sepatutnya diberi penjelasan dengan sebaik-baiknya.

Mengapa berlaku sedemikian rupa? Apakah tidak boleh diselesaikan dengan bijak dan rasional hingga pihak yang mengemukakan bukti diajak untuk berbincang, berdebat dengan SPR.
Tiba-tiba SPR mengambil jalan mudah terus menolak dengan angkuh dengan tidak perlu untuk mengadakan sesi debat, kalau tidak ada masalah mengapa SPR tidak mahu berdebat?

Kalau semua perkara telus dan tidak ada penipuan dan kenapa debat itu ditiadakan?
Itulah peluang terbaik SPR untuk menjelaskan tuduhan yang mengatakan ia sengaja direkarekakan.
Melalui program debat, SPR boleh bersih, kerajaan selamat dan pilihan raya berlangsung dengan adil tanpa sebarang bentuk penipuan. Oleh itu maka terhindarlah segala bentuk spekulasi yang akan menyebabkan keadaan akan lebih gawat.

Kalau inilah sikap SRP, maka akan timbul lagi tuduhan demi tuduhan akan berlaku dan SPR dilihat macam terlibat. Oleh kerana itu penting sangat SPR dilihat sebagai sebuah badan yang telus, adil dan jujur.

Oleh Harun Din


Photobucket

Jangan bagi muka pada Mahathir...!

on




"Mahathir seru PMNajib supaya Najib tidak lagi bagi muka pada pembangkang.
Karpal Singh kata leteran Mahathir kepada Najib seperti perlekeh keupayaan Najib menjadi PM.

Sepatutnya seluruh rakyat Malaysia tidak lagi melayan leteran Dr Mahathir. Leteran Mahathir berbaur rasis dan kenyanyukkan.

Ada hari Mahathir seru rakyat sokong UMNO.
Ada hari Mahathir kata UMNO buruk dari usus lagi.

Ada hari Mahathir keluar dari UMNO kerana bencikan Pak Lah
Ada hari Mahathir ditendang dari UMNO kerana kritik Tunku

Ada hari Mahathir jumpa dan tahniah kepada regim Zionis.
Ada hari Mahathir hentam Zionis.

Sepatutnya rakyat Malaysia tidak lagi bagi muka kepada Mahathir.

Biarkan Mahathir meracau-racau cakap seorang diri.

Pemikiran Mahathir sama taraf dengan Ibrahim Ali. Berubah-ubah.

Apapun, kita kasihan kepada PMNajib. Telinganya terpaksa mendengar cakap Rosmah dan cakap Mahathir.

Mujur Tuhan jadikan ada dua telinga. Telinga kanan dengan cakap Rosmah dan telinga kiri dengan leteran Mahathir.



Oleh: tokpepijat

Photobucket

Apa lagi yang Anwar Ibrahim mahu?

on




Satu fenomena menarik yang saya amati sejak kebelakangan ini ialah suara suara `lantang’ yang berkumandang dari lubuk Pembangkang. Boleh dikatakan saban hari, ada saja yang tidak kena. Apa lagi yang Pakatan Rakyat mahu agaknya? Pilihanraya sudah lama berakhir. Kerajaan sudah ditubuhkan, dan Parlimen sudah hampir bersidang. 

Tidak sampai seminggu selepas pilihan raya umum lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah memulakan `kecoh’ nya. Bermula dengan perhimpunan di Stadium Kelana Jaya, dia kemudiannya merantau ke setiap pelusuk negara di bawah sepanduk `Black 505’, menyuarakan ketidakpuasan hatinya atas keputusan pilihan raya umum yang tidak memihak kepada Pakatan Rakyat.


Anwar menganggap kekalahan Pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional, walaupun Pembangkang secara keseluruhannya menerima undi popular yang lebih besar, adalah tidak mencerminkan demokrasi sebenar. Dia mendakwa keputusan pilihanraya telah di `curi’ oleh Barisan Nasional menerusi penipuan dan manipulasi.

Yang terbaru, desakan keras supaya anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan jawatan, walaupun mereka memikul tugas besar untuk mengkaji semula persempadanan kawasan pilihanraya yang berdasarkan jadual yang ditetapkan mengikut undang-undang.

Bagaimanapun, saya kira semua ini hanyalah `smokescreen’ Anwar untuk menarik perhatian umum daripada hakikat sebenar, bahawa kekalaha Pakatan Rakyat itu adalah disebabkan oleh kelemahan strategi beliau di Sabah. Anwar Ibrahim sebenarnya gagal memahami suasana politik di Sabah, dan ini menyumbang kepada kegagalan Pakatan memenangi kerusikerusi Parlimen penting yang boleh membantu mewujudkan kerajaan Pusat.

Sebagai contoh, pemimpin PKR Sabah tidak memahami apakah keuntungan strategi Anwar dalam membawa masuk Datuk Seri Lajim Ukin dan Datuk Seri Wilfred Bumburing ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, dan membenarkan kedua-duanya mempengaruhi senarai calon pilihanraya di negeri itu. Ini kerana PKR Sabah sudah pun mempunyai senarai calon tersendiri yang sudah lama membanting tulang untuk parti sejak ditubuhkan 15 tahun lalu. Mereka ini diketepikan begitu saja.

Jelas sekali, Anwar terlalu yakin bahawa Sabah boleh membantu `menghadiahkan’ kerusi-kerusi Parlimen yang diperlukan, sehingga beliau mengabaikan negeri itu apabila pilihan raya menjelang tiba dan memberi tumpuan hebat kepada kerusi-kerusi panas di Semenanjung.
Kerana kegagalan percaturan itu, Pakatan kehilangan Sabah, dan sekaligus tewas dalam pilihan raya umum lalu.

Masanya sudah tiba bagi Pakatan Rakyat untuk meletakkan pilihan raya sebagai sejarah silam, dan merintis jalan untuk membina negara. Dalam konteks ini, biarlah saya menjadi orang pertama yang membuka jalan kerjasama. Sebagai Menteri, saya sendiri sudah menjemput Anwar untuk menamakan pemimpin Pakatan untuk bersemuka dan berbincang mengenai isu semasa berhubung kementerian saya. Sehingga kini, pelawaan saya masih tidak berjawab. 

Saya kira rakyat berhak bertanya, kenapa?

Anwar juga mengembar-gemburkan isu undi popular dalam ucapannya. Jika dikaji, kelebihan undi popular Pakatan Rakyat adalah kira-kira 380,000 undi. Bagaimanapun, undi popular itu sebenarnya adalah ihsan DAP kepada Anwar, yang boleh dilihat menerusi kawasan bandar seperti Seputeh yang mencatatkan majoriti 51,000 undi, PJ Utara (45,000), Cheras (37,000),Serdang (42,000), Puchong (32,000) dan Bukit Gelugor (41,000). Jelas sekali, majority itu datang dari kawasan DAP.

Seperkara lagi yang perlu diingatkan, ialah mungkin Anwar lupa walaupun secara statistiknya Pakatan Rakyat memenangi undi popular, tetapi Barisan Nasional menerima sokongan `takdir’ yang membantu gagasan itu memenangi PRU13 baru-baru ini. Pendek kata, takdir dan kuasa Tuhan menentukan segala-galanya.

Oleh Abdul Rahman Dahlan

* Datuk Abdul Rahman Dahlan ialah Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Ahli Parlimen Kota Belud.



Photobucket

Dulu Anwar pukul diri sendiri, kini tahanan polis pulak pukul diri sendiri............ !

on









PUTRAJAYA: "Dulu Anwar pukul diri sendiri, kini tahanan polis pulak pukul diri sendiri............ " Kematian tahanan ketika berada dalam lokap polis bukan semata-mata disebabkan kesilapan atau kecuaian anggota polis, namun ada kemungkinan tahanan terbabit berniat membunuh diri, termasuk menghantukkan kepala ke dinding akibat tekanan emosi.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Bakri Zinin berkata, ketika di dalam lokap, tahanan menghadapi tekanan dari dalam dan luar sehingga boleh menjejaskan emosi dan mendorong mereka melakukan tindakan sedemikian.

“Kita tidak boleh melihat keadaan itu (membunuh diri) tidak boleh berlaku kerana mereka yang ditahan mempunyai emosi, kita tahan dan letak di dalam lokap untuk memastikan dia tak melakukan sesuatu perbuatan membatasi undang-undang.

“Jadi kematian itu kadangkala bukan daripada kesilapan atau kecuaian anggota polis, ada penyebab sesuatu kematian dalam lokap.

“(Justeru) kita merangka strategi berdasarkan peraturan sedia ada dan memperbaiki kelemahan daripada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang berkenaan untuk memastikan perkara itu (kematian dalam tahanan) dapat dikurangkan.

“Kita tak boleh menyalahkan (polis), kalau orang berkenaan (tahanan) ingin membunuh diri dalam lokap seperti menghantuk kepala ke dinding, kita tak boleh menahannya (tetapi) kita cuba sedaya upaya kalau boleh dapat mengurangkan perbuatan sedemikian untuk memastikan lokap selamat digunakan,” katanya.

Bakri berkata demikian pada sidang media sebelum menghadiri Konvokesyen Kolej Antarabangsa Putra Intelek (PIIC) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, semalam. ~harian metro




Photobucket

Anwar sedang memperlahankan zaman kejatuhannya...!

on Jun 16, 2013



Photo: Anwar sedang memperlahankan zaman kejatuhannya!

Mungkin ramai sahabat Kerajaan Rakyat dikalangan PKR, terutamanya penyokong dan peminat tegar Anwar Ibrahim tidak bersetuju, tetapi saya berpendapat karier politik Anwar Ibrahim memuncak ketika era Reformasi 1998, bukan sekarang!! Masakini Anwar Ibrahim sedang berusaha bersungguh memperlahankan zaman kejatuhannya !!

Mengukur berdasarkan bacaan politik semasa dan beberapa kesilapan besar partinya yang kerap dikesampingkan dan dianggap remeh oleh Anwar Ibrahim, Kerajaan Rakyat kira untuk Anwar Ibrahim bangkit semula amat samar apa tah lagi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Kerajaan Rakyat adalah antara jutaan rakyat Malaysia yang mengharapkan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia agar dapat baginya mengangkat martabat rakyat marhean, tetapi saya juga adalah pemerhati politik yang tidak taksub, malah saya menilai irama politik politikus bersendikan alunan badai politik semasa.

Walau bagaimanapun Anwar Ibrahim akan tetap dikenang sebagai politikus dan pemidato politik terbaik negara disamping bekas pemimpin pelajar yang amat glamour di eranya.

Salaam Persaudaraan Islam,
Salam Perjuangan buat Saudaraku. Anwar Ibrahim.
Ikhlas dari: Mohd Sofi Yasssin, Kerajaan Rakyat.
http://bit.ly/14SijX2


Mungkin ramai sahabat Kerajaan Rakyat dikalangan PKR, terutamanya penyokong dan peminat tegar Anwar Ibrahim tidak bersetuju, tetapi saya berpendapat karier politik Anwar Ibrahim memuncak ketika era Reformasi 1998, bukan sekarang!! Masakini Anwar Ibrahim sedang berusaha bersungguh memperlahankan zaman kejatuhannya !!

Mengukur berdasarkan bacaan politik semasa dan beberapa kesilapan besar partinya yang kerap dikesampingkan dan dianggap remeh oleh Anwar Ibrahim, Kerajaan Rakyat kira untuk Anwar Ibrahim bangkit semula amat samar apa tah lagi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Kerajaan Rakyat adalah antara jutaan rakyat Malaysia yang mengharapkan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia agar dapat baginya mengangkat martabat rakyat marhean, tetapi saya juga adalah pemerhati politik yang tidak taksub, malah saya menilai irama politik politikus bersendikan alunan badai politik semasa.

Walau bagaimanapun Anwar Ibrahim akan tetap dikenang sebagai politikus dan pemidato politik terbaik negara disamping bekas pemimpin pelajar yang amat glamour di eranya.


Salaam Persaudaraan Islam,
Salam Perjuangan buat Saudaraku. Anwar Ibrahim.
Ikhlas dari: Mohd Sofi Yasssin, Kerajaan Rakyat.
http://bit.ly/14SijX2



Photobucket

Sebelah kaki ke Putrajaya...Akhir

on Jun 15, 2013




Sebelum PRU 13, sudah dapat diramal kecondongan pengundi Melayu, Cina dan India. Penulis ada membuat analisis ramalan penulis bagi negeri  Johor PerlisMelakaN.SembilanPahang dan Terengganu.

Bagi kesemua analisis ini, penulis mengandaikan pengundi Cina akan memberi undi kepada PR sehingga 80 % untuk calon DAP, 60 -70% untuk calon PKR dan PAS.  Pengundi India pula , penulis andaikan akan menurun sokongan kepada PR kepada 50% ke bawah. 

Manakala pengundi Melayu, penulis andaikan sokongan akan menurun sedikit sahaja kepada PR. Kemenangan PR terutamanya PAS , banyak bergantung kepada berapa banyak undi Melayu yang diperolehi. Jika sokongan di atas 40 % , kerusi berkenaan  ada peluang dimenangi jika undi orang Cina tinggi kepada PAS.

Keputusan PRU 13 menunjukkan sokongan orang Cina kepada PR tinggi mencapai 75% ke atas bukan sahaja kepada DAP tetapi untuk PAS dan PKR. Sokongan orang India pula ternyata menurun kepada 55% ke bawah. 

Andaian penulis undi Melayu akan menurun sedikit ternyata tersasar kerana undi Melayu menurun dengan banyak terutama kerusi di luar bandar. Apabila pengundi atas pagar luar bandar telah mengundi BN berlaku lonjakan yang besar pertambahan undi Melayu kepada BN.


Penulis tidak menyentuh pengundi Melayu bandar dalam analisis penulis kerana mengandaikan trend pengundi Melayu sama di bandar dan luar bandar. Namun, keputusan PRU 13 menunjukkan sokongan pengundi Melayu bandar adalah tinggi kepada PR, sehingga menyebabkan BN berputih mata di Selangor.

Banyak kerusi di luar bandar gagal dimenangi oleh PAS dan PKR kerana undi Melayu yang diperolehi di bawah 40%. Kerusi campuran yang mempunyai pengundi Melayu lebih 60% ke atas gagal dimenangi PR, walaupun undi orang Cina tinggi.  

Pada PRU 12 , banyak kerusi gagal di menangi kerana undi orang Cina tidak sepenuhnya kepada PAS dan PKR walaupun undi atas pagar Melayu sudah diperolehi. PRU 13 pula menunjukkan keadaan sebaliknya, di mana undi orang Cina sudah sepenuhnya kepada PR tapi undi atas pagar Melayu pula kembali kepada BN.

Kemenangan PAS dan PKR pada PRU 13 , bergantung kepada undi tegar Melayu PR untuk satu-satu kerusi.  Sekiranya, undi Melayu PR melebihi BN maka kerusi ini dimenangi PR kerana undi orang Cina sudah kepada PR.

Dun
Undi tegar PR
Undi atas pagar Melayu
Undi Cina
Keputusan
Titi Serong (75% M)
PAS
BN
PAS
PAS Menang
Rungkup (66% M)
BN
BN
PAS
BN Menang
Kupang (91% M)
PAS
BN
BN
BN Menang
Selat Klang – bandar ( 63% M)
BN
PAS
PAS
PAS Menang
Kota Lama (64% M)
PAS
PAS
PAS
PAS Menang
Bukit Ibam ( 90% M)
BN
BN
BN
BN Menang

Justeru, kepentingan undi tegar, undi atas pagar dan undi bukan Melayu tidak boleh dinafikan oleh mana-mana parti politik. Setiap parti memerlukan undi dua daripada tiga kelompok undi ini untuk menang.

Misalnya, dun Titi Serong yang menang kerana undi tegar dan undi Cina menyebelahi PAS. Walaupun undi tegar menyebelahi PAS di Dun Kupang, namun PAS tetap tewas kerana undi atas pagar pergi kepada BN dan undi Cina terlalu kecil peratusnya untuk membantu kemenangan.

Undi Cina yang besar di Dun Rungkup juga tidak mampu memenangkan PAS kerana PAS kekurangan undi tegar dan undi atas pagar yang pergi kepada BN. Sekiranya, undi atas pagar dan undi Cina menyebelahi PAS , PAS menang walaupun PAS kurang undi tegar seperti di Dun Selat Klang.

Jika ketiga-tiga kelompok undi dikuasai mana-mana parti , kemenangan dengan majoriti besar akan berpihak kepada parti berkenaan. Contohnya, kemenangan PAS di dun Kota Lama dan BN di Bukit Ibam.

Sedari hakikat ini, kerjasama yang kukuh antara PAS, PKR dan DAP dalam PR memang memberi kesan kepada perolehan undi atas pagar dan undi Cina. Bagi menambah undi tegar, usaha parti itu sendiri yang akan memperkukuhkannya.

Penulis melihat kerjasama dalam PR masih longgar dalam PRU 13 yang lalu. Faktor ini adalah antara faktor yang menghakis keyakinan pengundi atas pagar luar bandar kepada kemampuan pakatan pembangkang membentuk kerajaan. Penulis nampak peluang  PR cukup cerah pada PRU 14 berbanding PRU 13. 

Tambahkan undi tegar, kekalkan undi Cina dan India , yakinkan pengundi atas pagar . Bukan ‘Sebelah Kaki ke Putrajaya’ , dua-dua belah kaki boleh masuk Putrajaya.


Wassalam

Tulahan

Photobucket

Sebelah kaki ke Putrajaya...Part 2

on




Dua hari selepas PRU 13, penulis buat analisis keputusan peti undi kampung penulis. Hanya bertambah 1 undi berbanding pilihanraya sebelumnya. Bn tambah majoriti hampir dua kali ganda berbanding pilihanraya sebelumnya.

Bila penulis buat semakan kenalpasti pengundi, didapati ramai pengundi yang undi Pas semasa pilihanraya dulu mengundi bn kali ini. Mereka ini adalah kumpulan pengundi atas pagar yang ada di mana-mana peti undi di seluruh negara. Pengundi India di peti undi kampung penulis juga dikenalpasti mengundi Pas hanya 40 % berbanding 60 % pada pilihanraya lalu.

Penulis bandingkan keputusan di peti undi Melayu kawasan penulis. Keadaannya sama, undi Pas bertambah tapi undi bn bertambah lebih besar dan majoriti undi Pas menurun hampir di semua peti undi Melayu.

Selain Terengganu, jelas di negeri lain pengundi atas pagar Melayu di luar bandar pada PRU 13 telah kembali semula kepada bn setelah memberi undi kepada parti-parti dalam PR pada PRU 12. Itulah sebabnya, ramalan PR akan menang di kerusi majoriti lebih 65% Melayu tidak menjadi kenyataan.

Pas hanya menang jika undi Melayu kepada Pas melebihi bn, bila ditambah undi orang Cina maka Pas menang termasuk di kawasan penulis. Kerusi-kerusi lain yang undi Melayu kepada Pas hanya mencapai 40 % ke bawah, Pas tewas dengan majoriti kecil walaupun undi orang Cina kepada Pas cukup tinggi.

Inilah pentingnya pendaftaran pemilih baru dikalangan anak ahli dan penyokong Pas bagi menambah pengundi tegar Pas. Pas kawasan penulis membuat kerja ini sebaik PRU 12 berakhir, ribuan yang didaftarkan. Pengundi baru inilah yang menampung lompang ditinggalkan pengundi atas pagar yang lari ke bn. 

Ini juga sebabnya, walaupun undi bn bertambah akibat penambahan pengundi atas pagar. Undi Pas setiap peti undi di kawasan penulis juga bertambah kerana daftar pemilih yang dibuat oleh Pas Kawasan.


Mengapa Pas kawasan lain yang juga banyak membuat daftar pemilih tetap tewas?  kerana pemilih baru yang didaftarkan tidak dapat menampung lompang yang ditinggalkan pengundi atas pagar. Kawasan ini mempunyai pengundi sedia ada Pas yang kecil.

Penulis bagi contoh Dun Rungkup yang mempunyai 23% peratus pengundi Cina, 9 % India dan 66 % Melayu masih tewas majoriti 613 undi berbanding majoriti 454 pada PRU 12. Berbeza dengan Dun Titi Serong Rungkup yang mempunyai hanya 17% peratus pengundi Cina, 8 % India dan 75 % Melayu menang dan bertambah majoriti dari 1149 pada PRU 12 kepada 1794 pada PRU 13.

Dun Titi Serong menang kerana pengundi sedia ada Pas besar berbanding Dun Rungkup. Sekalipun Dun Rungkup juga mungkin mendaftar pemilih baru yang banyak seperti Dun Titi Serong. Undi kepada Pas di peti undi Melayu Dun Rungkup masih tidak mampu mengatasi undi bn berbeza dengan Dun Titi Serong.

Bagaimana nak tambah pengundi sedia ada Pas ? Disinilah dapat dilihat kepentingan cawangan Pas yang banyak dalam satu-satu dun, selain penambahan ahli baru Pas. 

Justeru, jika nak tambah pengundi sedia ada Pas, Pas mana-mana kawasan perlu menambah seberapa banyak cawangan dan ahli baru Pas terutama mereka yang berada atas pagar.

Selain itu, cawangan Pas sedia ada perlu diaktifkan dan ahli baru Pas mendapat penerangan dan tarbiyah secara langsung atau tidak langsung dari Pas. Ahli baru Pas yang berada dalam persekitaran Pas melalui penerangan dan tarbiyah akan kekal menyokong Pas tidak seperti pengundi atas pagar.

Pas kawasan yang mempunyai jumlah cawangan yang kecil bukan sahaja bermasalah untuk menubuhkan Unit Peti Undi (UPU). Malah, akan gagal menguasai pengundi atas pagar yang dikepung dengan sumber maklumat hanya dari bn.

Penulis ambil contoh Perak, kecuali Dun Sg Rapat yang mempunyai jumlah pengundi bukan Melayu 41 %, Melayu 59%, Pas menang di 4 kerusi dun lain kerana pengundi sedia ada Pas di dun-dun ini besar. 

Pun begitu kerusi-kerusi yang majoriti pengundi Melayu 85 % ke atas , cawangan yang banyak juga ada tidak mampu menyaingi lonjakan undi atas pagar kepada bn. Contohnya, Baling yang mempunyai pengundi Cina hanya 5% , ratusan cawangan tetap gagal mempertahankan kemenangan. 

Akibat pengundi atas pagar Melayu di luar bandar lari ke bn pada PRU 13, ramai yang menyimpan impian ‘Sebelah Kaki ke Putrajaya’ terpaksa menangguhkan impian hingga PRU 14. Itupun jika, pengundi Cina kekal bersama PR dan pengundi atas pagar Melayu di luar bandar kembali mengundi PR.

Trend pengundi atas pagar luar bandar Melayu di luar bandar jika ikut teori layunan sepatutnya menyebelahi PR pada PRU 14.

PRU
Sokongan Pengundi Atas Pagar di Luar Bandar
Kesan
PRU 1990
Pembangkang
Pas rampas Kelantan
PRU 1994
bn
Pas hilang banyak kerusi Parlimen dan kerusi dun di Kelantan
PRU 1999
Pembangkang
Pas menang banyak kerusi parlimen, kukuh di Kelantan dan rampas Terengganu
PRU 2004
bn
Pas hilang Terengganu , hanya beza 2 kerusi dengan bn di Kelantan
PRU 2008
Pembangkang
Bn hilang majoriti 2/3 di parlimen, PR kekal Kelantan, rampas 4 negeri dan Wilayah
PRU 2013
bn
Impian PR rampas Putrajaya tertangguh
PRU 14
?


Sungguhpun begitu, trend ini janganlah dijadikan angan-angan oleh PR. Kemenangan akan tertangguh lagi jika banyak perkara tidak diselesaikan. Jangan dok ada berangan ‘Sebelah Kaki ke Putrajaya’, tup-tup bila mai PRU 14 , meleleh air liur dan menitik air mata tengok bn dok kampui lagi.


Mengapa pengundi atas pagar luar bandar Melayu di luar bandar menyokong bn pada PRU 13? Ada sebabnya……..


Tulahan

Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List