TRADISI MALAM MERDEKA.........???

on Sep 1, 2010



Layan nafsu seks di malam merdeka semacam tradisi



Rasa macam dah jadi tradisi, bila tiba masa sambut merdeka, maka ramai anak muda-mudi kita ditangkap berkhalwat dan buat hubungan seks di luar nikah.

Sebelum ini, tiba keesokan hari selepas sambutan diadakan, tersiar di dada-dada akhbar, pihak berkuasa menjaga keindahan bandar terjumpa seluar dalam, coli dan kondom bertebaran di Dataran Merdeka. Semuanya gara-gara keriangan anak muda-mudi kita menyambut merdeka.

Seolah-olah menjadi trend bila tiba sambut kemerdekaan. Tak pernah selesai dan takdak jalan penyelesaian melainkan ditangkap pihak berkuasa agama.

Tiba malam sambut merdeka, maka mulalah hotel-hotel bajet menjadi sasaran. Tanpa ada sedikit pun perasaan bersalah, depa membawa pasangan masing-masing untuk melaku adegan seterusnya.


Kebanyakan tangkapan yang dibuat pihak berkuasa agama adalah terdiri daripada golongan muda-mudi yang dikatakan pewaris negara di masa akan datang. Tidak kira yang tiada pelajaran bahkan ada yang sedang menuntut di institusi pendidikan. Bermakna bukan calang-calang orang.

Tidak mustahil ada di kalangan mereka yang terpelajar ini akan berada di puncak. Bayangkanlah, tampuk pemerintahan negara di tangan mereka jika masalah moral ini tidak dibendung dari awal dan serius.


Nafsu ambang merdeka

PETALING JAYA: Seorang lelaki berusia awal 30an bergadai nyawa bergayut pada balkoni tingkat dua hotel tempat dia dan kekasihnya menginap sebelum terjun bagi mengelak dari dicekup sepasukan Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Siasatan mendapati pasangan perempuannya baru berusia 17 tahun masih menuntut di sebuah sekolah menengah dekat sini.

Ketika ditahan dia baru balik dari bersiar-siar dan berehat sebentar di hotel terbabit sebelum dihantar pulang.

Dalam pemeriksaan di lima hotel bajet di PJS 8, Desa Mentari semalam, sebanyak 10 pasangan beragama Islam ditahan kerana disyakki berkhalwat.

Sementara itu dalam serbuan lain dua lagi pasangan remaja masing-masing berusia 18 tahun berasal dari Johor yang merupakan penuntut institut pengajian tinggi (IPT) turut ditahan.

Pemeriksaan lanjut kemudiannya menemui kondom dipercayai baru sahaja digunakan di dalam tong sampah.

Serbuan turut menahan seorang pegawai bank dan pegawai sumber manusia berusia 25 tahun.

Pasangan yang sudah bertunang dan akan melangsungkan perkahwinan pada bulan 12 tahun ini memberi alasan tidak berbuat apa-apa dan merayu kepada pegawai penguatkuasa untuk dilepaskan berikutan bimbang keluarga masing-masing tahu mengenai hal itu.

Manakala sepasang kekasih berusia 29 dan 25 tahun memberi alasan menungggu sahur.

Ketika diserbu pasangan wanita mengurungkan diri dalam tandas kerana tidak berbaju.

Ketua Unit Tindakan Khas Jais Mohd Hafizi Mohd Roslan berkata, 10 pasangan di tahan akan dibawa Jais untuk siasatan lanjut

”Kesemua ditahan di bawah Seksyen 29 (1) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 9/95 kerana berdua-duaaan tanpa ikatan sah. Jika sabit kesalahan boleh di denda RM3,000 penjara dua tahun atau kedua-keduanya sekali,” katanya.

Tambahnya, 17 pasangan yang ditahan di sekitar Taman Tasik Bandaran, Tasik Jaya dan kawasan taman awam di PJS 8 turut diminta hadir ke pejabat Jais untuk sesi kaunseling. -
Sinar Harian

ISU BUKAN ISLAM MASUK MASJID.......???

on



DAP buat laporan polis terhadap pemuda Umno


Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Serdang kelmarin membuat laporan polis terhadap parti politik dan sebuah akhbar arus perdana berhubung isu Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang memasuki surau Al Huda Kajang baru-baru ini.

Laporan dibuat Ketua DAPSY Serdang, Lee Ching Hung bagi menggesa polis menyiasat kenyataan Pergerakan Pemuda UMNO yang mahu Ahli Parlimen itu dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah dihalau dari negara ini.



Pembantu Ahli Parlimen Serdang, Mohd Firdaus Babh berkata, pihaknya kesal kerana sayap parti politik itu memaki hamun pemimpin dipilih rakyat dengan kata kesat di dalam kain rentang seperti disiarkan sebuah laman berita web.

“Kami turut menggesa polis menyiasat pemimpin Perkasa yang mengaitkan isu Malcom X dan secara terang-terangan cuba mengancam keselamatan Yang Berhormat kami,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Seri Kembangan lewat petang kelmarin.

Firdaus berkata, dalam laporan dibuat, pihaknya turut menggesa polis menyiasat artikel berbaur fitnah dalam sebuah akhbar arus perdana yang menyatakan kehadiran Ahli Parlimen Serdang ke surau untuk memberi bantuan kepada ahli Pas.

“Kami kesal kebanyakkan pihak melaporkan isu itu secara tidak bertanggungjawab,” katanya yang turut meminta Majlis Agama Islam Selangor (Mais) meneliti dan menyiasat perkara itu dengan lebih mendalam sebelum mengambil tindakan. 

Sinar Harian

IBRAHIM ALI OHH IBRAHIM ALI............???

on


Ibrahim Ali berlagak pejuang agama tetapi jahil agama




WarkahDaily – Amatlah malang buat pemimpin yang mendakwa mereka mewakili orang Melayu terbesar di Malaysia, Perkasa yang bertindak menidakkan tuntutan agama.

Konon mahu dilihat sebagai hero di mata orang Melayu konon pejuang kesucian Islam tanpa memikirkan ianya bertentangan dengan Islam itu sendiri.

Semakin mereka berlagak hero, semakin tampak kejahilan mereka yang mereka tidak sedari kerana memang mereka tiada kefahaman yang jelas berkaitan agama Islam.

Sangka mereka hebat, tapi jahil rupa-rupanya. Dua kali lima, lima kali dua sahaja Perkasa dengan Umno.

Kepada puak-puak Perkasa dan Pak Brahim, bawa-bawalah insaf pulak, pi masjid atau mana-mana madrasah agama untuk menuntut ilmu berkaitan agama. Jangan hanya pandai melalut tak tentu pasal tapi hanya tin kosong aje. Malu..malu..

Pandai-pandai kamu aje minta benda yang bukan Islam anjurkan. Kamu nak lawan Islam ke atau nak lawan bukan Islam?




Idea Perkasa bertentangan dengan amalan Islam


Cadangan Perkasa yang mendesak agar undang-undang khusus digubal bagi melarang bukan Islam daripada memasuki kawasan masjid dan surau bertentangan dengan perintah Islam, kata dua komponen Pakatan Rakyat (PR) hari ini.

“Apa hak Perkasa mahu undang-undang digubal bagi melarang orang bukan Islam memasuki kawasan masjid dan surau?

“Dalam Islam sendiri tidak melarang. Adakah Perkasa mahu mencabar perintah agama?” kata Ketua Dewan Ulama PAS pusat Datuk Harun Taib kepada The Malaysian Insider.

Perkasa, pertubuhan bukan kerajaan Melayu, pimpinan Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali semalam menggesa agar undang-undang digubal melarang bukan Islam memasuki masjid dan surau.

Ibrahim turut menuduh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menjalankan tanggungjawabnya sepenuhnya dengan mempertahankan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang mengunjungi Surau Al-Huda di Kajang, Ahad lalu.

Bagi Nik Aziz, tindakan Teo tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

Mengulas lanjut, kata Harun, tindakan melarang orang bukan Islam daripada memasuki masjid dan surau akan menyekat mereka untuk mendekati dan memahami Islam.

“Bagi saya orang bukan Islam boleh memasuki kawasan masjid dan surau, Islam tidak melarang. Yang penting mesti berpakaian sopan.

“Ibrahim hanya pandai cakap sahaja... beliau sendiri pun tidak tahu apa yang dicakapkan,” katanya.

Beliau turut membidas Ibrahim kerana mengatakan Nik Aziz kurang bertakwa kerana mempertahankan Teo yang menyampaikan sumbangan dan ucapan di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral pada Ahad lalu.

“Saya rasa beliau (Ibrahim) sendiri tidak tahu apa makna takwa, kalau beliau tahu sudah pasti beliau tidak akan cakap.

“Lagipun siapa beliau untuk menilai seseorang itu bertakwa atau tidak, beliau bukan Tuhan nak tentukannya,” katanya.

Harun menjelaskan takwa bermaksud seorang umat Islam itu mengikut perintah agama dan meninggalkan larangannya tetapi yang boleh menilainya hanya Allah.

“Sebagai orang Islam kita perlu ikut perintah Allah dan segala larangan perlu ditinggalkan.

“Kalau Allah suruh kita solat kita kena buat dan kalau Allah larang kita minum arak jangan buat.

“Malah hanya Allah sahaja yang menentukan seseorang itu bertakwa atau tidak, bukan orang lain termasuk Ibrahim,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan PKR, Dr Muhd Nur Manuty juga berpendapat cadangan sedemikian bertentangan dengan suruhan Rasulullah yang membenarkan bukan Islam memasuki masjid dan surau.

“Tidak salah bagi bukan Islam untuk memasuki masjid, Nabi Muhammad pun membenarkan perkara ini. Yang penting, mereka yang memasuki masjid atau surat berpakaian sopan dengan menutup sedikit aurat mereka... tiada masalah, mengapa perlu menghalang,” kata beliau ketika dihubungi.

Sambil menolak cadangan sedemikian, kata beliau, sikap terbuka di kalangan rakyat berbilang kaum boleh menyelesaikan masalah sedemikian.

“Kalau kita bersikap terbuka, kita boleh menyelesaikan masalah ini... bukan Islam boleh datang ke masjid, malah program boleh diadakan di bawah khemah di luar dewan solat dan sebagainya.

“Mengapa isu ini hendak digembar-gemburkan sehingga mencetuskan konflik antara kaum negara ini?” kata beliau. 

Malaysian Insider

TAK FAHAM FAHAM KE KETUA INI........???

on

RM30j bagi Utar: Presiden MCA tak diajak berunding
NONE


Sejak mengambil alih pucuk kepimpinan MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata beliau tidak dikunjungi atau diajak berunding dengan ahli pernigaan Koon Yew Yin yang ingin menderma RM30 juta kepada Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar).

"Kepimpinan MCA menyambut baik sumbangan kepada UTAR daripada semua dermawan," kata presiden MCA itu dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut laporan akhbar, ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming telah mendakwa MCA telah menolak tawaran RM30 juta oleh Koon bagi membina asrama untuk kampus Utar di Kampar, Perak.

Nga mendakwa penolakan tawaran itu didedahkan kepadanya menerusi e-mel yang diterimanya dari Koon, yang merupakan pengasas tiga syarikat pembinaan yang tersenarai -- IJM Corporation Bhd, Gamuda Bhd dan Mudajaya Group Bhd.

Chua berata beliau telah berbincang dengan pengerusi majlis Utar, Tun Dr Ling Liong Sik berhubung perkara itu.

"Pihak Utar akan mengeluarkan kenyataan media dalam masa terdekat bagi menjelaskan tawaran Koon itu," katanya.



Malaysiakini

GPMS buat laporan polis Facebook 'Melayu Babi'

on

NONE
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Selangor (GPMS) membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di Kuala Lumpur, hari ini berhubung kewujudan satu laman sosial 'Facebook' yang menggunakan nama 'Melayu Babi'.

Pengerusinya Mohd Faizal Mohd Salleh berkata beliau dimaklumkan tentang laman itu oleh rakannya pada Sabtu lalu dan kemudian melihat sendiri kandungan itu.

"Laman itu menggunakan gambar babi. Ternyata mempersendakan Islam dan sensitiviti orang Melayu yang boleh membawa perpecahan kaum di negara ini serta berbaur hasutan," katanya kepada pemberita di luar ibu pejabat polis itu.

Sehubungan itu, beliau meminta polis dan kerajaan segera menyiasat serta mengambil tindakan tegas terhadap pelakunya termasuk menimbangkan pelucutan hak kewarganegaraan. 

Sementara itu, Sekretariat Penerangan Pergerakan Pemuda Barisan Nasional membuat laporan polis di IPD sama untuk meminta polis menyiasat klip video berbaur perkauman yang dihasilkan Wee Meng Chee atau Namewee. 

Ketuanya Safarizul Mustafa berkata polis perlu mengambil tindakan sewajarnya walaupun Namewee menyatakan dia menyokong gagasan 1Malaysia.

"Kalau betul dia menyokong gagasan 1Malaysia, dia tidak akan membuat klip video seperti itu kerana ia tidak menghormati perasaan orang lain, Melayu khususnya," katanya.

Namewee, dari Muar, Johor seperti yang disiarkan dalam laman web YouTube, membuat klip video berbaur perkauman dengan merujuk kepada kes seorang guru yang dikatakan membuat kenyataan berbaur perkauman, antara lain mencerca guru berkenaan serta menyebut Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai kurang ajar pada 12 Ogos lalu.

Selain itu, Namewee dalam klip video di laman web Youtube, berulang kali menunjuk isyarat lucah serta baris perkataan tidak senonoh.

Namewee pernah mencetuskan kemarahan rakyat dengan menghina lagu kebangsaan dan mempersendakan kerajaan menerusi sebuah klip video pada 2007.



Malaysiakini

DPMMS Tolak Kerjasama Dengan Kerajaan Negeri

on


SHAH ALAM 1 Sept - Kerajaan Negeri Selangor menolak dakwaan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS) bahawa mereka telah dipinggirkan dalam pembangunan ekonomi di negeri itu.
Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin menjelaskan sebenarnya DPMMS sendiri telah gagal memainkan peranan selaku pertubuhan perniagaan. 
"Kerajaan Pakatan Rakyat meletakkan ketelusan dan kebertanggungjawaban sebagai asas pentadbiran. Pada masa yang sama, kita sentiasa melibatkan rakyat dari pelbagai peringkat untuk terbabit sama dalam merangka polisi dan dasar kerajaan negeri.
"Sejak mentadbir Selangor, Pakatan Rakyat secara berterusan mengadakan pertemuan dan sesi dialog dengan pelbagai pihak untuk mendapatkan pandangan sebelum apa-apa dasar atau polisi digubal.
"Malah buat julung kalinya sebuah kerajaan negeri menganjurkan Sesi Dialog Bajet sebelum pembentangan bajet negeri dilakukan. Sesi dialog ini merupakan salah satu cara bagi mencapai hasrat kerajaan dalam usaha merakyatkan ekonomi negeri.
"Ia sekali gus memberi peluang kepada rakyat Selangor untuk terlibat sama memberi pandangan bagaimana meningkatkan pendapatan negeri dan mengurus perbelanjaan berhemah," jelas Faekah dalam satu kenyataan media.
Tambah beliau lagi, kerajaan negeri juga menganjurkan Dialog Pelan Tiga Tahun Selangor di semua 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mewujudkan perkhidmatan tempatan yang berkesan dan efisyen.
"Kerajaan Negeri telah menjemput pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kumpulan perniagaan untuk memberi pandangan dan cadangan sebagai nilai tambah kepada Bajet 2011 yang akan dibentangkan Oktober ini. DPMMS adalah antara kumpulan perniagaan yang dijemput.
"Malangnya, DPMMS telah menolak jemputan Kerajaan Negeri. DPMMS sesungguhnya berpeluang untuk melontarkan  pandangan hatta rungutan namun mereka gagal mengggunakan peluang dan cabaran yang diberikan ini atas alasan yang mereka sahaja mengetahuinya," tegas beliau lagi.
Justeru itu Faekah menyifatkan rungutan DPMMS bahawa kerajaan negeri tidak memberi peluang kepada pertubuhan itu adalah tidak berasas sama sekali. 
Pihak kerajaan katanya sentiasa membantu semua pihak bagi menjalankan perniagaan atau memperkembangkannya tanpa unsur pilih kasih.

on

Mahkamah ‘Bini Puaka’: 19 saksi selesai memberi keterangan

on

Mahkamah Putra Jaya

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini selesai mendengar penjelasan  kesemua 19 saksi yang memberi keterangan dalam kes ‘Bini Puaka’ membabitkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Lima pelajar Universiti Malaya  didakwa melakukan perbuatan khianat dengan mencurahkan minyak petrol ke atas permaidani beberapa jam sebelum Rosmah hadir bagi melancarkan kempen mengutip derma bagi kanak-kanak Palestin, tahun lalu.

Jeffrey hilang kepercayaan terhadap Anwar.......???

on

Jeff1

KOTA KINABALU: Naib Presiden PKR Jeffrey Kittingan kini dikatakan hilang harapan dan kepercayaan terhadap Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penggantungan 12 pemimpin PKR Sabah minggu lalu.
Melihat kepada sikap Anwar yang tiada jauh bezanya antara PKR dan Umno, masalah yang tidak berkesudahan membelenggu Sabah juga dilihat hampir mustahil untuk diselesaikannya.

Rozali dicabar letak jawatan, tanding pilihan raya.......???

on

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad mencabar supaya presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS) Tan Sri Rozali Ismail meletakkan jawatan dan bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Cabaran itu disuarakannya hari ini, berikutan tindakan Rozali mengkritik pemimpin Pakatan Rakyat di sebuah majlis berbuka puasa yang turut dihadiri sultan Selangor.

Turut hadir pada majlis itu ialah menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan juga ahli parlimen PAS Dr Dzulkefly Ahmad.

Khalid berkata, Rozali bertindak secara tidak berbudi bahasa apabila menjemput mereka ke majlis berkenaan, tetapi mengambil peluang berkenaan untuk menyerang Pakatan Rakyat.

"Dia bantai kita, (katanya) orang Islam (sepatutnya) bersaudara tapi ada yang lebih rela bekerjasama dengan orang (bukan Islam)," kata Khalid dalam satu sidang media di pejabatnya hari ini.

Tambahnya, pemimpin Pakatan tidak diberi peluang untuk berucap di majlis berkenaan.

"Kita nak tengok berapa ramai orang Melayu yang reda dengan tindakan dia kaut duit orang Melayu untuk kepentingan dia," katanya lagi ketika menyuarakan cabaran itu hari ini.

Beliau juga mengesyorkan supaya DPPMS menganjurkan simposium dan latihan kepada usahawan bumiputera bagi mendedahkan golongan itu kepada suasana perniagaan baru yang memerlukan kemahiran dan daya saing.

"(Supaya mereka) bukannya bergantung kepada kronisme dan hubungan politik semata-mata," katanya lagi.

Sebelum ini, Rozali kerana mendakwa kerajaan negeri Selangor meminggirkan orang Melayu dalam bidang perniagaan.

Bagaiamanapun Exco kerajaan Selangor Teresa Kok dalam satu kenyataan yang keras berkata, Rozali tidak puas hati dengan kerajaan negeri, berpunca daripada pertikaian mengenai kadar tarif air.

Rozali adalah pengerusi eksekutif syarikat konsesi air, SYABAS, yang menyaman kerajaan Selangor yang enggan menaikkan kadar tarif air.

Teresa berkata, beliau percaya Rozali membuat kenyataan tidak berasas kerana dendam peribadinya terhadap Khalid dan kerajaan Pakatan Rakyat kerana cuba membeli SYABAS yang menjadi penjana sumber kewangannya.

Pada 12 Julai lalu, Khalid menyelar tindakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memperkecilkan kecekapan beliau mentadbir sumber air di negeri itu yang didakwanya hanyalah untuk melindungi kepentingan Rozali.

"Ini dibangkitkan oleh timbalan perdana menteri bertujuan melindungi ketua eksekutif puncak niaga kerana beliau juga bendahari (Umno) Selangor dan juga Hulu Selangor.

"Jadi lebih baik jaga hati kroni daripada beri peluang kepada Selangor dapat air lebih murah dan lebih cekap diuruskan," katanya.

Tambah Khalid, walaupun beliau "tidak berapa cekap" dalam menguruskan sumber itu di Selangor, tarif bagi penggunaan air lebih murah daripada yang dibayar oleh penduduk Johor.

"Johor yang pernah diperintah oleh timbalan perdana menteri juga pernah kenakan kenaikan harga air," perlinya.


Sumber:- MalaysiaKini.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List