Penjenayah tiada profil spesifik

on Sep 14, 2010

KUALA LUMPUR: Penganalisis jenayah menyifatkan penahanan suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya yang juga peguam bergelar Datuk membuktikan penjenayah tidak mempunyai profil yang spesifik. 

Penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim, berkata penahanan suspek utama yang dikenali penduduk setempat dan mempunyai kedudukan itu juga membuktikan pemilihan untuk menjadi penjenayah adalah pilihan individu.


“Ia pilihan individu dan bukan diwarisi secara genetik atau dibentuk persekitaran,” katanya di sini, semalam selepas program pencegahan jenayah Black Maria yang diterbitkan stesen Radio24.
Beliau mengulas penahanan suspek utama kes pembunuhan kejam Sosilawati, 47, dan tiga individu lain yang dilaporkan secara meluas oleh media tempatan sejak kehilangan mereka 30 Ogos lalu. 

Beliau menyifatkan pembunuhan itu sebagai jenayah melampau dan dilakukan secara execution style apabila suspek dipercayai merancang hapus bukti dengan membakar mangsa sebelum membuang abu mangsa ke dalam sungai.


BERNAMA 

KRONOLOGI :- Kes pembunuhan kejam di Malaysia.

on

Masih kah anda ingat.....???.

23 Julai 1993 

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Talam, Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris hilang hampir tiga minggu sebelum ditemui mati dibunuh di Raub. Mayat tokoh politik dan ahli perniagaan itu ditemui dikerat 18 bahagian dan ditanam dalam stor di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Peruas, Ulu Dong. 

18 Jun 2003 

Penganalisis teknologi maklumat, Canny Ong Li Kian diculik di pusat beli-belah di Bangsar pada 13 Jun 2003 sebelum mayatnya yang rentung ditemui dalam longkang di tapak pembinaan Projek Lebuh Raya Pantai Baru, Petaling Jaya pada 17 Jun 2003. 

25 Disember 2003 

Mayat eksekutif muda dan model sambilan, Noritta Samsudin, 22, ditemui mati dengan kedua-dua tangan diikat ke belakang, leher dijerut, mulut disumbat dan kakinya juga diikat. Beliau disyaki dirogol sebelum dibunuh di rumah sewanya yang terletak di kediaman mewah di Kondominium Puncak Prima Galleria, Sri Hartamas. 

27 November 2006 

Wanita Mongolia, Altantuyaa Shaariibu, 28, dibunuh menggunakan bahan letupan di Mukim Bukit Raja, Selangor antara jam 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006. 

17 September 2007 

Nurin Jazlin Jazimin, 8, dilaporkan hilang pada 20 Ogos 2007 selepas keluar bersendirian ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju. Mayatnya ditemui 27 hari kemudian dalam sebuah beg sukan yang ditinggalkan di depan sebuah premis perniagaan di Petaling Jaya. Hasil bedah siasat mendapati dia mati akibat didera secara seksual yang melampau. 

5 Januari 2010 

Empat sekeluarga ditemui mati dalam keadaan mengerikan selepas dibunuh oleh cucu sendiri, Rasidi Ismail, 32, di dalam dua rumah di Kampung Batang Rokan di Gemencheh, Tampin. Mayat Atan Daud, 90, ditemui dalam keadaan putus tangan kiri di sebelah mayat isterinya, Sufiah Keatas, 80, yang putus tangan kanannya, selain menantu, Ismail Awang, 76 dan cucunya, Siti Khadijah, 22. 



BH

Anak sulung Sosilawati urus perniagaan kosmetik

on

ERNI  meninggalkan pejabat di Jalan Raja Bot, Kampung Baru selepas mengambil beberapa dokumen, semalam.



KUALA LUMPUR: Anak sulung jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, Erni Dekritawati Yuliana Bukhari, 25, akan menguruskan perniagaan produk kosmetik jenama Nouvell Visages susulan kematian ibunya.


Erni yang dilantik sebagai Pengarah Urusan Nouvelle Beauty Sdn Bhd sejak Februari lalu oleh ibunya, berkata meskipun seluruh keluarganya masih menunggu keputusan DNA berhubung penemuan mayat kelmarin, buat sementara waktu beliau akan menguruskan empayar perniagaan itu.
Katanya, perniagaan masih berjalan seperti biasa dan stabil tanpa peningkatan atau kemerosotan permintaan daripada stokis di seluruh negara, walaupun kes itu sedang hangat diperkatakan. 

“Urusan perniagaan dan kes ini dua hal berbeza untuk dibincang kerana setakat ini perniagaan tidak terjejas. 

“Bagaimanapun, operasi perniagaan ditutup bermula 10 September lalu dan akan dibuka seperti biasa Rabu ini,” katanya ketika ditemui di perkarangan pejabat Nouvelle Beauty Sdn Bhd, di sini semalam. 

Tinjauan ke Pejabat Nouvelle Beauty di Jalan Raja Bot, Kampung Baru di sini mendapati ia ditutup sempena Aidilfitri berdasarkan notis makluman di pintu masuk premis. 
Erni menjelaskan, kehadirannya ke premis terbabit bagi mengambil dokumen penting berkaitan urusan perniagaan bagi menyelesaikan kes mahkamah, namun enggan mengulas lanjut sama ada berkaitan kehilangan ibunya. 

Sementara itu, suasana di CIMB Bank cawangan Kampung Baru di sini, iaitu tempat Noorhisham Mohammad, antara rakan Sosilawati yang turut dibunuh bekerja, pula kelihatan seperti biasa sejak dibuka jam 8.30 pagi, semalam. 

Seorang kakitangan bank berkenaan yang ditemui Bernama berkata, pemergian Noorhisham tetap meninggalkan kesan yang mendalam kepada rakan setugas. 

Katanya, pemergian Noorhisham adalah kehilangan besar kepada bank itu kerana beliau pekerja dedikasi dan komited terhadap pekerjaannya. 

“Saya percaya jika rakan setugas anda ‘pergi’ pun, mungkin perasaan sama akan dirasai,” katanya. 


BH

Sosilawati rancang jual tanah di Bukit Jambul.....???

on

KAWASAN lapang dipercayai tanah yang ingin dijual  Sosilawati di Bukit Jambul, Pulau Pinang.
KAWASAN lapang dipercayai tanah yang ingin dijual Sosilawati di Bukit Jambul, Pulau Pinang.

GOMBAK: Datuk Sosilawati Lawiya sebenarnya bercadang menjual tanah seluas 4 hektar miliknya di Bukit Jambul, Pulau Pinang sebelum beliau hilang dan bukan mahu membeli tanah di negeri berkenaan seperti dilaporkan sebelum ini.

Pendedahan itu dibuat sahabat karib jutawan kosmetik terbabit, Datuk Suhaimi Ibrahim yang kali terakhir berbual dengan Sosilawati melalui telefon pada 29 Ogos lalu, iaitu sehari sebelum dia dilaporkan hilang.
“Sebelum puasa, Sosilawati berjumpa saya untuk berbincang mengenai penjualan tanahnya di Bukit Jambul, selain mendapatkan nasihat mengenai cadangan mahu menyenaraikan syarikatnya di Bursa Malaysia. 

“Pada perjumpaan itu di Hotel Sheraton dan Hotel Park Royal di Kuala Lumpur, Sosilawati menceritakan cadangan penyenaraian itu dan juga mengenai penjualan tanahnya bernilai RM12 juta di Bukit Jambul dan meminta nasihat saya. 

“Malah, dalam perbualan pada 29 Ogos itu, Sosilawati turut mengajak saya ke Banting untuk urusan penjualan hartanah berkenaan, tetapi saya tidak dapat ikut berikutan ada urusan lain. Bagaimanapun, beliau tidak memaklumkan siapa yang akan ditemuinya di Banting,” katanya. 

Beliau berkata, tanah terbabit dibeli Sosilawati kira-kira enam tahun lalu dengan harga RM2 juta, dan memutuskan untuk menjualnya pada harga RM12 juta bagi mengumpul aset untuk membolehkan penyenaraian syarikatnya. 


Mengulas lanjut, Suhaimi yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata pertemuan lanjut dirancang pada 31 Ogos, tetapi usaha untuk menghubungi Sosilawati gagal. 

“Berikutan itu, saya membuat laporan polis dan memaklumkan kepada media atas nasihat Shahrizat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumah Sosilawati di Taman Harmonis di sini, semalam. 

Sementara itu, sumber memberitahu Berita Harian, tanah milik Sosilawati terletak di kawasan bukit di belakang Universiti Sains Malaysia (USM). 

Sumber itu berkata, pada mulanya seorang pemaju dari Negeri Sembilan berminat membelinya, bagaimanapun urusan jual beli gagal kerana tanah berkenaan dikategorikan sebagai kawasan hijau dan mempunyai syarat terhad iaitu pokok di sekitarnya tidak boleh ditebang. 

“Apabila tanah terbabit gagal dijual, Sosilawati meminta peguamnya membantu mencari pembeli baru, tetapi saya dimaklumkan peguamnya tidak dapat mencari pembeli sesuai,” kata sumber ketika dihubungi, semalam. 


BH

Wanita India bongkar ladang maut.....???

on

USHARANI bersama Muthuraja dan anak mereka yang berusia tiga tahun.
USHARANI bersama Muthuraja dan anak mereka yang berusia tiga tahun.


KUALA LUMPUR: Isteri ahli perniagaan dari Chennai, India, S Usharani, 24, bimbang suaminya yang hilang sejak 18 Januari lalu turut menerima nasib sama seperti jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya.


Suri rumah itu yang menetap di Ramapuram, Chennai ketika dihubungi Berita Harian, semalam, mendakwa suaminya, Allal Kathan Muthuraja, 34, tiba di Malaysia pada 18 Januari lalu untuk bertemu rakan karibnya iaitu dua beradik yang juga peguam yang disyaki terbabit dalam kes pembunuhan Sosilawati.
“Sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), suami menelefon dan memberitahu beliau dijemput dua beradik itu. Mereka saling mengenali sejak 10 tahun. 

“Dalam perbualan itu, selain bertanyakan khabar anak perempuan kami berusia tiga tahun, beliau juga memberitahu dua peguam terbabit akan membawanya ke ladang milik mereka di Banting. 

“Keesokan harinya (19 Januari), saya cuba menghubungi telefon bimbit suami beberapa kali tetapi gagal. 

“Saya bimbang keselamatan suami lalu menghubungi Pejabat Pesuruhjaya Tinggi India di Malaysia, namun tiada maklum balas sehingga sekarang,” katanya. 
Muthuraja antara empat individu yang hilang sejak setahun lalu selepas berurus niaga dengan peguam bergelar Datuk di Banting. 

Usharani berkata, pada 12 Februari lalu, beliau menerima panggilan misteri seorang lelaki yang mendakwa dirinya polis dan memaklumkan suaminya ditahan polis kerana kesalahan memiliki dadah. 

“Dia meminta RM1 juta untuk membantu menyelesaikan kes itu, bagaimanapun saya tidak mempedulikannya. Pada 20 Februari, saya menerima satu lagi panggilan daripada seorang yang turut memperkenalkan dirinya sebagai polis dan meminta RM1 juta untuk tujuan sama. Dia meminta RM500,000 sebagai pendahuluan. 

“Saya keliru dengan kedua-dua panggilan itu dan sekali lagi hubungi pejabat pesuruhjaya di Kuala Lumpur untuk mendapat kepastian sama ada suami ditahan polis seperti didakwa, namun tiada jawapan,” katanya. 

Selepas lapan bulan tidak mendapat berita mengenai suaminya, Usharani datang ke Malaysia. 

“Saya tiba di KLIA pada 8 September lalu dan membuat laporan di Balai Polis Banting. Saya turut memaklumkan suami menyebut beliau dibawa ke ladang milik seorang peguam di Banting,” katanya. 

Difahamkan, berdasarkan maklumat Usharani itulah polis menyerbu Ladang Gadong sebelum menemui lokasi Sosilawati dan tiga rakannya dibunuh dan dibakar. 

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan mengesahkan laporan Usharani, tetapi enggan mengulas lanjut. 

Sementara itu, sumber polis memberitahu nasib empat mangsa yang hilang belum dapat dipastikan, namun tidak menolak kemungkinan mereka menerima nasib seperti Sosilawati dan rakan. 

“Pasukan forensik dan Jabatan Kimia masih meneruskan siasatan termasuk mencari spesimen dan bukti berkaitan empat mangsa itu. 

“Suspek dipercayai menjadikan ladang mereka yang lengkap dengan chalet, blok pejabat dan rumah kelab sebagai lokasi bertemu dan memperdayakan mangsa mereka. 

“Ia bukan sekadar ladang sawit dan kandang ternakan, tetapi lengkap dengan semua kemudahan. Lokasinya yang terpencil dan dikelilingi tembok setinggi dua meter menyukarkan kegiatan mereka dikesan,” katanya.

BH

Mengapa Anwar perlu memimpin secara langsung?

on

Ketika para jeneralnya kalut melobi dan berkempen untuk menduduki kerusi nombor dua parti, Datuk Seri Anwar masih berdiam diri dan tidak memberikan indikasi jelas samada dia mahu atau tidak memegang jawatan presiden PKR. 

azlanAhli-ahli parti barangkali masih lagi menunggu pengumuman rasmi beliau, sama ada untuk tampil memimpin PKR secara langsung sebagai presiden atau mahu terus dengan kedudukannya sebagai Ketua Umum parti; suatu kedudukan yang dicipta khas untuk dirinya ketika mana dia tidak diperbolehkan memegang apa-apa jawatan dalam parti ekoran hukuman yang dipaksakan ke atasnya.

Alasan Anwar dan alasan yang dikongsi bersama oleh barisan pimpinan tertinggi PKR adalah; jika Anwar ditakdirkan dipenjara lagi nanti, maka siapa pula yang akan memangku jawatan tersebut.   seterusnya....

YOGA DI HARAMKAN......???

on

GAMBAR BUKTI KENAPA YOGA DI HARAMKAN...









Lu fikir le sendiri.....

Tengku Faris Sultan Kelantan Ke-29

on

PENGISTYHARAN pemasyuran Duli Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Fariz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, 41 yang disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Bentara Setia Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertempat di Istana Balai Besar Kota Bharu hari ini, 4 Syawal 1431H bersamaan 13 September 2010, merupakan Sultan Kelantan yang ke-29 dalam sejarah kesultanan Kelantan.

Baginda Tengku Faris diputerakan pada 6 Oktober 1969 di Kota Bharu Kelantan. Baginda dilantik menjadi Tengku Mahkota Kelatan tanggal 6 Oktober 1985 dalam usia baginda 16 tahun.


Baginda mempunyai tiga orang adik beradik, Tengku Muhammad Faiz Petra, Tengku Muhamad Fakry dan Tengku Amalin A'Ishah Puteri.  seterusnya...

Empat Rekod Jenayah Suspek Sosilawati, Mengapa Tiada Tindakan....???

on Sep 13, 2010

13 Sept - ‘Kecekapan’ seorang peguam bergelar Datuk - suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati, yang terlepas dari sebarang pendakwaan walaupun terbabit dalam empat kes jenayah sebelum ini, menimbulkan pelbagai persoalan.


Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin hairan mengapa tiada tindakan dilakukan terhadap peguam berkenaan yang memiliki empat rekod berkaitan kes kehilangan individu lain.


Bagi beliau, ia menimbulkan persoalan sama ada wujud pertalian hubungan antara suspek dengan pimpinan tertinggi polis atau pentadbiran Polis Diraja Malaysia yang lemah sepanjang kepimpinan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin menyatakan seorang peguam berusia 41 tahun berpangkat 'Datuk' yang menjadi suspek utama kes kehilangan Sosilawati bersama tiga yang lain itu pernah terlibat dalam empat lagi kes kehilangan orang. 


"Kita berasa hairan 'Datuk' ini yang dikatakan ada rekod jenayah yang sama, tidak diambil tindakan untuk menghalang daripada berlaku. Datuk ini, apakah ia mempunyai kaitan dengan orang politik atau ada kaitan dengan tokoh tertentu dalam polis.


"Saya rasa itu merupakan persoalan yang perlu dijawab oleh pasukan keselamatan sendiri," kata Shamsul Iskandar kepada TV Selangor.


Lebih-lebih lagi, PDRM ketika dipimpin Musa Hassan kerap dikritik lantaran dakwaan hubungannya dalam jenayah berprofil tinggi termasuk kegiatan kongsi gelap dan salah laku orang kenamaan.


Sehingga tempoh persaraannya, bekas Ketua Polis Negara itu gagal membersihkan namanya dari dakwaan yang tersebar melalui internet, malah tidak mengambil sebarang tindakan perundangan.


"Dari segi KPI untuk ketua polis negara, proses pertukaran ini sepatutnya sudah lama dibuat. Saya percaya kerana dari pelbagai sumber, tidak keterlaluan saya katakan sudah menjadi satu rahsia umum mengenai keterlibatan pimpinan kanan polis.


"...tidak terkecuali Tan Sri Musa Hassan terlibat dalam kegiatan jenayah berprofil tinggi termasuk melibatkan diri dengan gangster dan kongsi gelap," katanya.


Sehubungan itu, Shamsul Iskandar meminta polis kembali kepada asas penugasan iaitu membanteras jenayah dan menjaga keamanan serta ketenteramana awam, bukannya mengekori pemimpin politik pembangkang untuk mencari salah.


"Pada saya sudah sampai masanya pasukan polis mengurangkan tumpuan dan fokus mereka daripada menjaga aktiviti politik yang kita lihat sekarang ini pasukan polis menjadi perkakas kepada Umno Barisan Nasional. 


"Tumpuan sepatutnya diberi untuk menurunkan kadar jenayah di negara kita," katanya.
 
-tvselangor-

Kenapa Begitu Sukar Dedahkan Identiti Suspek....???

on

Inilah wajah sebenar dua suspek utama kes pembunuhan Sosilawati itu


Soalnya sekarang, kenapa begitu sukar untuk pihak terbabit "melaporkan identiti suspek" berkenaan. Kesukaran ini menimbulkan kemuskykilan dan keraguan, seolah-olah ada perancangan lain yang mahu dibuat terhadap kes ini. Mungkinkah akan berlaku lagi kehilangan "rekod perjalanan ke Malaysia" seperti yang berlaku terhadap Altantunya Shaariibuu dulu agaknya?. 
Atau mungkinkah ada orang lain yang akan dijadikan "kambing hitam" sebagai suspek utama kes ini, akhirnya suspek utama terlepas. Ini sesuatu yang menarik untuk diperkatakan sebenarnya. Soalnya juga, apakah istilah "suspek paling dikehendaki"masih boleh digunakan terhadap "suspek yang sudah mengaku melakukan pembunuhan tersebut dan telah menunjukkan tempat mereka melakukan perbuatan jenayah itu"
Sedangkan segala bukti-bukti kukuh jelas mengaitkan mereka dengan kes berkenaan. Wajarkah kes seperti ini perlu dirahsiakan kepada umum?. Kenapa pihak polis begitu sukar untuk mendedahkan identiti suspek kepada pihak media. Mereka telah melakukan siasatan dengan cepat terhadap kes ini, tetapi masih terlalu lambat untuk umumkan identiti suspek kepada umum. Ia menyebabkan umum tertanya-tanya tentang siapakah rakyat Malaysia yang tergamak melakukan perbuatan sedemikian rupa. Dasyat dan kejam!. Itulah gambaran yang boleh kita huraikan terhadap kes ini. Mereka rupanya belajar tektik membunh daripada apa yang terjadi terhadap kes Altantunya suatu ketika dulu.



Justeru itu, rakyat amatlah berharap agar pihak terbabit lebih jujur melaporkan berita. Kenapa perlu disembunyikan jika memang benar mereka semua suspek yang paling dikehendaki. Rakyat ingin tahu, bagaimanakah seorang suspek kes jenayah boleh mendapat anugerah"Datuk" dengan begitu mudah dalam usia yang muda. 
Malah, kita juga terkejut dengan pengakuan suspek bahawa memang sudah ada beberapa siri pembunuhan yang sama di kawasan terbabit sebelum ini. Masalahnya, kenapa pihak polis gagal menjalankan siasatan andainya ada laporan kehilangan seperti yang berlaku terhadap Sosilawati Lawiya ini?. 
Maknanya, penjenayah itu memang mempunyai satu kumpulan pembunuh yang sudah diupah bagi menamatkan riwayat sesiapa sahaja yang tidak bersetuju atau menjadi musuh perniagaan mereka. Bukankah ini tidak sepatutnya berlaku di zaman moden ini. Tambahan pula disaat-saat Ketua Polis Negara, Musa Hassan pencen semalam. Agaknya, inilah hadiah paling istimewa sempena persaraan KPN yang telah gagal melaksanakan tanggungjawab beliau selama ini. Semua ini menimbulkan persepsi buruk kepada rakyat sekarang.

sumber :- Pahangdailyonline.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List