Helikopter bomba terhempas di Lanchang, Temerloh

on Sep 16, 2010

TEMERLOH 16 Sept. - Sebuah helikopter milik Jabatan Bomba dan Penyelamat terhempas di kawasan ladang sawit, Kampung Kuala Kaung, dekat Lanchang pada kira-kira pukul 9.30 pagi tadi.

Helikopter berkenaan dikatakan memantau laluan trafik Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dari udara.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh, Supritenden Zundin Mahmood, terdapat empat anggota bomba di dalam helikopter berkenaan.

"Menurut maklumat awal, tiga anggota cedera manakala seorang parah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Katanya, identiti mangsa dan punca kejadian sebenar masih belum diketahui.
"Pihak polis juga masih belum pasti jenis helikopter terbabit dan punca kejadian sebenar sama ada helikopter berkenaan terhempas atau melakukan
pendaratan cemas masih dalam siasatan,'' katanya.-Bernama

NORMAN HAKIM :- 'Saya tak hutang Abby'

on

 “Tidak timbul langsung soal hutang wang hantaran kerana saya dan Abby sudah berbincang dan bersetuju bersama membelanjakan wang terbabit untuk majlis perkahwinan,” kata aktor Norman Hakim, 34, mengenai dakwaan bekas isterinya yang juga pelakon, Abby Abadi, 32, yang disiarkan Harian Metro semalam bertajuk ‘Norman hutang hantaran RM11,111.11’.
Menurut Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nor Hakim Zaidon, wang berkenaan dipersetujui bersama untuk kos majlis persandingan pada 31 Ogos 2002 di Perdana Grand Ballroom, Dewan Felda, Jalan Semarak, di sini, selepas mereka selamat bernikah pada 8 Januari tahun yang sama.

“Kami (merujuk kepada dia dan Abby) sudah belanjakan wang itu atas persetujuan bersama untuk membuat majlis perkahwinan besar. Apabila terjadi perselisihan faham tiba-tiba dah jadi hutang. Kami saja yang tahu masa mula-mula nak kahwin dulu.

“Apapun saya sebenarnya tidak mahu mengeruhkan lagi hubungan kami dengan mengeluarkan macam-macam kenyataan. Cuma saya sedih sebab isu ini timbul ketika saya masih belum masuk kerja kerana dalam mood raya dan bertunang,” katanya.

Ditanya adakah dia akan melayani tuntutan hutang hantaran didakwa bekas isterinya itu, Norman yang kesal, kecewa dan sedih dengan dakwaan berkenaan menyatakan dia tidak berhutang apa-apa pun dengan Abby.

“Keperluan ada dua iaitu material dan kasih sayang. Janganlah segala kasih sayang tak nampak langsung hingga saya seolah-olah kejam, tak pernah memberi sumbangan dan tak berfungsi kepada keluarga.

“Selama ini apa jua kenyataan (Abby), saya cuma tunggu dan lihat sebab nak jaga hubungan baik dengan bekas isteri. Bagaimanapun jika terus tunggu dan lihat, orang akan memperkatakan ia betul walaupun hakikatnya jelas bias (berat sebelah).

“Anak-anak telefon saya tanya saya ok ke? Bagaimana dengan maruah dan hati keluarga dan saudara mara apabila keluar dakwaan sebegini,” katanya.

Norman berkata, selama ini dia mengandaikan Abby takkan terlalu berkira dengannya kerana dia juga bersikap sama terhadap bekas isterinya itu.

Tiba-tiba, katanya, dia langsung tidak menyangka dan sungguh terkejut apabila membaca laporan semalam apabila Abby meminta dia menjelaskan hutang hantaran kahwin RM11,111.11 yang realitinya sudah dibelanjakan bersama.

Seperkara lagi dikesalkan Norman ialah apabila Abby mengungkit jumlah sen perbelanjaan untuk tiga cahaya mata mereka iaitu Mohamed Danish Hakim, 7, Marissa Dania Hakim, 5 dan Maria Danisha Hakim, 2. “Takkanlah saya nak beritahu secara tepat segala jumlah nafkah anak dalam media. Janganlah jadikan anak-anak umpama perisai dijaja aib merata tempat.

“Benar, perbelanjaan anak ada orang serah duit bulat-bulat kepada isteri. Tetapi saya beri ikut tahap kemampuan dan saya rekodkan supaya ia mencukupi untuk keperluan. Dalam hal ini perlulah lebih fleksibel serta bersama tunai tanggungjawab.

“Selepas itu dakwa pula saya tak meluangkan masa untuk anak umpama saya macam dah meninggal dunia dan tak wujud...padahal saya beraya dengan mereka,” katanya.

Apapun, Norman berkata dia memberikan kenyataan kali ini adalah untuk menjernihkan status bahagian dirinya yang digambarkan seolah-olah sangat kejam, bersifat tidak adil dan tidak bertanggungjawab.

Benarkah Masalah Sebenarnya Ibrahim Bukan Perkasa...???

on



PERJUANGAN Ngo Melayu Perkasa di bawah pimpinan Datuk Ibrahim Ali telah ditolak oleh BN dalam mesyuarat yang dipengerusikan Setiausaha Agungnya, Tengku Adnan Tengku Mansor - yang sepatutnya dihadiri dan dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri selaku pengerusi BN.

Mesyuarat itu mengambil keputusan sebulat suara bersetuju menjauhkan diri dari Ibrahim dan pertubuhannya dengan alasan ia dikhuatiri boleh menjejas keupayaan BN meraih sokongan pengundi pelbagai kaum selain menjejas konsep 1Malaysia.

Perkasa dituduh oleh pemimpin parti-parti komponen BN termasuk Umno sendiri membawa idea rasis yang boleh melunturkan sokongan kaum bukan Melayu dalam pilihanraya ke 13 akan datang jika dbenarkan terus aktif atau dikaitkan terus dengan Umno. Perkasa sudah dilihat sebagai Ngo yang perlu dijauhi oleh orang Melayu dan Umno yang sudah menyifatkan Ibrahim bertindak keterlaluan dalam memperjuang dan membela hak kepentingan orang Melayu sehingga menjejas sensitiviti kaum bukan Melayu. 

Keputusan mesyuarat BN yang menolak Perkasa mendapat reaksi berbagai dari pemimpin Umno dan tidak kurang yang menolak idea itu sebagai keputusan yang boleh menjejas sokongan sebilangan undi orang Melayu dalam pilihan raya akan datang. Mereka berpendapat, kewujudan Perkasa amat perlu kerana suara Umno sedikit terhakis sejak tsunami PRU 12 lalu dan melihat Perkasa sebagai pertubuhan yang lantang membela hak orang Melayu berbanding Umno. Perkasa yang diketuai Ibrahim lantang memperjuang hak dan kedaulatan Melayu yang tidak berani secara lantang diperjuang pemimpin Umno. 

Kewujudan Ibrahim dalam Perkasa membuat Ngo Melayu itu begitu popular dan mendapat perhatian luarbiasa dengan tuntutan, desakan dan keberanian suara beliau yang membela semua hak orang Melayu dalam semua bidang yang seringkali dilihat melukakan hati pemimpin bukan Melayu dalam BN. Ibrahim tidak peduli krtikan orang dan terus bersuara dan ‘menghentam' pemimpin bukan Melayu dalam BN dan Pakatan sehingga beliau sudah dilihat sebagai musuh mereka dan perlu dijauhi. 

Setengah pemimpin Melayu dalam Umno dan Pakatan juga melihat tindaktanduk Ibrahim semakin hari semakin keterlaluan dan overaction yang sukar diterima. Kadangkala mereka melihat tindakan Ibrahim terlalu berlebihan seolah-olah membawa agenda sendiri yang cuba mempromosi diri sendiri dan bukan Perkasa.

Perlu dilihat, Ibrahim kini menjadi AP bebas tanpa parti. Peluang beliau bertanding mewakilli PAS dan Umno dalam PRU ke-13 semakin malap dan pudar. PAS sudah menutup pintu untuk bekerjasama dengan beliau setelah apa yang sudah dilakukan kepada parti itu. Umno juga belum membuka pintu selepas apa yang dilakukan beliau dalam Perkasa. Dan peluang terakhir mungkin beliau menubuhkan parti baru bagi mewakilli dirinya dan tokoh-tokoh lain dalam Perkasa bagi memperjuanag hak orang Melayu seperti yang dikehendakkinya. 

Adakah Ibrahim sudah bertindak keterlaluan dan banyak melukakan hati pemimpin bukan Melayu dalam BN dan pemimpin Umno sendiri termasuk perdana menteri yang menyebabkan Perkasa ditolak? Ada pendapat mendedahkan Perkasa sebenarnya tidak bermasalah, tetapi ketuanya, Ibrahim yang menyebabkan Perkasa bermasalah dan perlu dijauhi? 

Setengah pendapat lain mendedahkan jika Ibrahim tiada dan Perkasa diketuai oleh tokoh lain, Ngo Melayu itu mungkin boleh diterima Umno jika mereka bertindak lebih rasinoal dan praktikal dalam memperjuang agenda Melayu. 


TML

Pembunuhan Dato Sosilawati :- Anjing rottweiler untuk takutkan mangsa.....???

on


       Suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain membela 16 anjing rottweiler bagi mengawal ladangnya di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, di sini selain digunakan untuk menakutkan mangsa jika enggan mengikut arahan.

Semua mangsa suspek dikatakan diugut akan dicampak ke dalam kandang anjing berkenaan sekiranya tidak mahu bekerjasama atau enggan mematuhi arahan.

Difahamkan, ladang berkenaan juga mempunyai beberapa unit rumah seakan chalet menempatkan sebuah rumah yang eksklusif dan kolam renang.

Sosilawati dan rakannya juga dipercayai ditakutkan dan diugut akan dicampak ke dalam kandang anjing berkenaan. Malah, semua mereka dipercayai dibunuh selepas suspek berpendapat sukar mengawal mereka.

Semua mangsa dibelasah dengan kayu kriket sebelum dibunuh seorang demi seorang. Mayat mangsa dibakar sebelum abunya dibuang ke dalam sungai dengan tujuan melupuskan bukti.

Menurut sumber, sebelum ini pernah seorang lelaki dicampak suspek ke dalam kandang anjing berkenaan selepas ingkar arahan membabitkan satu urus niaga.


PERSINGGAHAN TERAKHIR...Sosilawati dilihat kali terakhir di restoran makanan laut berdekatan tempat pembunuhan jutawan kosmetik bersama tiga rakannya.


Suspek yang juga seorang peguam berstatus Datuk berusia 41 tahun ditahan serta adiknya berusia 38 tahun pada 11 September lalu bersama enam lain termasuk dua wanita sebelum kes pembunuhan kejam dilakukannya terbongkar.

Berdasarkan maklumat, suspek memiliki kekayaan melampau dalam akaun berjumlah jutaan ringgit di dalam dan luar negara, selain hartanah antaranya dua unit rumah semi-D di Banting, unit apartmen di Taman Kinrara, ladang ternakan ayam, lembu dan kambing di Batu Laut, Morib dan rumah sewa di Taman Cempaka.

Malah, kes pembunuhan Sosilawati juga ada kaitan dengan suspek kerana sebelum kejadian, berlaku transaksi bernilai jutaan ringgit daripada akaun jutawan itu ke dalam akaun milik suspek.

Sumber polis berkata, polis tidak menolak kemungkinan berlaku kes peras ugut berikutan penemuan bukti transaksi wang ke dalam akaun bank milik suspek yang ditahan polis berkenaan sepanjang tempoh kehilangan Sosilawati bersama tiga lain.

“Susulan penemuan wang terbabit, semua aset dan wang milik suspek utama terbabit akan dibekukan. Polis akan menggunakan Akta Anti Pengubahan Wang Haram 2001 (AMLA) dalam usaha mengesan sumber wang terbabit diperoleh,” katanya.

Berdasarkan maklumat, peguam terbabit sebelum ini dipercayai pernah beberapa kali berurusan dengan Sosilawati, 47, berhubung urusan jual beli hartanah termasuk terbaru membabitkan tanah di Pulau Pinang.

Difahamkan, tanah berkenaan sebelum ini dibeli Sosilawati anggaran RM25 juta sebelum mahu dijual RM200 juta berikutan harga pasaran semasa meningkat.


hmetro

BACA DAN LU FIKIR LAH SENDIRI........???

on

"Nampaknya belum puas penyokong Umno mempolitikkan isu pembunuhan kejam arwah Dato Sosilawati dan 4 yang lain..selepas satu persatu isu ini cuba dipolitikkan mengikut selera mereka...Terbaru, mereka menghasut rakyat, bahawa suspek yg membunuh arwah adalah dari kalangan penyokong haram Hindraf...tidak cukup dengan kenyataan itu, dikaitnya Hindraf ini dengan Pakatan Rakyat...dakwa mereka, ramai penyokong Hindraf adalah penyokong Pakatan Rakyat, maka suspek adalah orang Pakatan Rakyat..

Maka, para pengikut taksub blogger Umno ini mula percaya bulat-bulat, seterusnya memanjangkan berita palsu ke segenap ruang maya....



Namun ternyata mereka lupa, bahawasanya Umno di bawah pemerintahan Najib telah mengiktiraf pertubuhan haram ini secara tidak langsung..Umno bertanggungjawab memberi nafas baru kpd bekas pemimpin2 Hindraf yang pernah di ISA kan ini dgn penubuhan parti baru kaum India, Parti Makkal Sakhti Malaysa (MMSP)..

Sejarah menceritakan, selepas badan NGO terbesar kaum India ini diharamkan pada tahun 2008 dgn alasan mendatangkan ancaman kepada kerajaan, para pemimpin dan pengikut Hindraf telah memutuskan utk menubuhkan Parti Makkal Sakthi..akhirnya dengan sedikit 'tawar-menawar' antara bekas pemimpin Hindraf dan Umno, dan demi mendapatkan undi dan sokongan kaum India, Najib dengan murah hati dan bangganya merasmikan penubuhan parti kaum India ini..   seterus nya...

Raja Petra Kamarudin: UMNO’s public enemy No. 1

on




The name Raja Petra Kamarudin – popularly known as RPK – is dreaded by the United Malays National Organisation (UMNO).
His blog, Malaysia Today , Malaysia’s most popular blog (read here), has been a source of embarrassment to the ruling party as RPK reveals, mostly with documented evidence, the litany of abuses that UMNO is involved in.
His biggest scalp thus far has been none other than current Prime Minister, Najib Razak. RPK has made a statutory declaration that Najib’s wife, Rosmah Mansor (read here), was at the scene of the crime of the murder of Altantunya Sharibu (read the account of the case here). Najib, despite vehemently denying any involvement, has not sued RPK for defamation nor did the police investigate his claims.
RPK is now a fugitive in the United Kingdom after being released from detention under Malaysia’s draconian Internal Securities Act (read here).
He is considered too hot even for the BBC’s hard-hitting socio-political programme, HARDTalk, which cancelled at the last minute, a scheduled interview with him – reportedly under pressure from either the British or Malaysian government (read here and here).
With elections in Malaysia drawing near, RPK remains a threat to UMNO. His latest revelation, shows how Tajuddin Ramli, a Mahathir-Daim crony (read here), plundered nearly RM9 billion through control (purchase, operation and sale) of Malaysian Airlines (read here ).
His website is now believed to be under attack. It has been shut down twice in recent days and now experiences low bandwidth (read here). Many believe that this is the work of the Malaysian government or their agents (read here and here).
RPK has broken more stories (e.g. scandals, controversial UMNO/BN government plans and conspiracy, etc) than any other media organisation.
As long as RPK is free, Malaysians can be assured of continued breaking news of government shenanigans. This should keep UMNO, marginally at least, on its toes.

Halim Othman Bawa Bas Balik Kampung

on




HASRAT deejay SuriaFM, Halim Othman untuk membuat kejutan dengan membawa bas ekspres masuk ke kampung tercapai sehari sebelum Hari Raya.
Halim berkata, sejak 80-an sehingga kini, bas ekspres tidak lagi masuk ke kawasan kampung halamannya di Kampung Gelugor, Kerteh, Terengganu tetapi singgah di kawasan bandar sahaja.
"Apabila saya pulang ke kampung, penduduk di situ terkejut sakan dengan kehadiran bas ekspress memasuki kawasan kampung," katanya kepada mStar Online.
Sebelum ini, Halim balik ke kampung halamannya menerusi program Jom Balik Raya Bersama SuriaFM di perkarangan Stesen Keretapi Tanah Melayu.
Halim berkata, dia julung kali balik kampung dengan menaiki bas ekspres kerana dia memandu kereta pulang ke kampung halaman sebelum ini.
Dia menyifatkan pengalaman itu cukup menyeronokkan kerana dia dapat berinteraksi dengan penumpang lain yang juga merupakan pendengar setia SuriaFM.
Perasaan teruja balik kampung itu, kata Halim, turut timbul apabila dia tidak pulang ke kampung halaman sejak bekerja selama tujuh bulan di SuriaFM kerana komitmen kerja.
"Ini adalah kali pertama saya balik ke kampung. Lebih mengujakan saya balik ke kampung untuk berhari raya," katanya riang.
Semasa berada di kampungnya, Halim berkata, dia bermain di tepi pantai serta menaiki bot ke laut bersama nelayan untuk menangkap ikan.

Pembunuhan Dato Sosilawati: Pemuda kerat mangsa diburu

on

ANGGOTA polis dari unit forensik mendulang serpihan tulang dan bahan bukti yang dibuang ke dalam Sungai Panchau oleh suspek pembunuhan Sosilawati dan tiga individu lain dekat Tanjung Sepat, semalam.
ANGGOTA polis dari unit forensik mendulang serpihan tulang dan bahan bukti yang dibuang ke dalam Sungai Panchau oleh suspek pembunuhan Sosilawati dan tiga individu lain dekat Tanjung Sepat, semalam.


BANTING: Polis kini sedang memburu seorang pemuda berusia 19 tahun yang dikatakan bertanggungjawab mengerat mayat Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain sebelum mereka dibakar.


Sumber berkata, suspek itu juga dikatakan terbabit dalam pembunuhan seorang wanita bernama T Selvi, 44, yang juga isteri kepada pemilik bengkel di hadapan rumahnya, tahun lalu.
Mangsa dikatakan dibunuh selepas berselisih faham berhubung pinjaman sejumlah wang dengan suspek utama, seorang peguam bergelar Datuk. 

Dalam perkembangan berkaitan, polis berjaya menahan seorang lagi suspek, dipercayai bekas pengawal peribadi kepada Datuk berkenaan. 

Lelaki itu ditahan tidak jauh dari lokasi semua mangsa dibunuh dan dibakar di Ladang Gadong, Tanjung Sepat dekat sini, kira-kira jam 11 pagi, kelmarin. 

Penahanan lelaki itu menjadikan setakat ini sembilan orang ditahan untuk membantu siasatan kes bunuh Sosilawati dan tiga individu lain, sejak Khamis minggu lalu. 
Berikutan penahanan terbaru itu, polis kini memburu beberapa lagi suspek termasuk seorang lelaki berusia 45 tahun yang juga pekerja kepada Datuk berkenaan. 

Setakat ini, selain suspek utama yang juga seorang ahli perniagaan berusia 41 tahun, polis turut menahan adiknya, juga seorang peguam berusia 38 tahun dan enam individu lain, termasuk dua wanita. 

Sementara itu, kira-kira jam 5.30 petang semalam, Unit Forensik Polis yang meneruskan operasi mencari bahan bukti di Sungai Panchau di sini, menemui beberapa lagi sisa tulang. 

Mereka terpaksa menggunakan teknik mendulang berikutan dasar sungai itu yang dikatakan berlumpur.


BH Online

Pembunuhan Dato Sosilawati: Suspek utama tidak pernah terima pingat Sultan Kelantan

on




KOTA BHARU: Peguam yang menjadi suspek kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, tidak pernah menerima sebarang pingat kebesaran membawa gelaran Datuk daripada Istana Kelantan. 

Sumber berkata, semakan mendapati lelaki berusia 41 tahun (kanan) terbabit tidak pernah tersenarai sebagai penerima pingat kebesaran Sultan Kelantan selama ini.

Katanya, dakwaan lelaki itu pernah menerima pingat dari Istana Kelantan adalah pembohongan dan tindakannya itu sesuai dengan latar belakangnya yang terbabit pelbagai penipuan.
"Kita menyedari ada pihak mendakwa wujud surat anugerah pingat kepada lelaki terbabit yang dikaitkan dengan Istana Kelantan, tetapi semakan mendapati dia tidak pernah tersenarai pada mana-mana majlis penganugerahan darjah kebesaran. 

"Saya percaya surat terbabit adalah palsu dikeluarkan pihak tertentu yang menjalankan penipuan anugerah pingat kebesaran," katanya ketika dihubungi, semalam. 

Sumber berkata, seorang lelaki yang disyaki terbabit dengan penipuan anugerah pingat kebesaran itu sudah terbunuh dalam satu kemalangan di Lembah Klang beberapa bulan lalu. 

BH Online

Nash sifatkan Kamaruddin seperti adik kandung

on



Bekas penyanyi kumpulan Lefthanded, Nasharudin Elias atau Nash menyifatkan pemandu peribadi Datuk Sosilawati Lawiya, Kamaruddin Shamsudin seperti adik kandungnya kerana mereka berkawan rapat sejak 25 tahun dulu.

Menurutnya, hubungan itu terjalin sebelum Kamarudin mendirikan rumah tangga kerana ketika itu beliau bekerja sebagai jurutera bunyi di King Studio, Kuala Lumpur.
Katanya, Kamaruddin banyak membantunya melakukan kerja-kerja muzik terutama sistem bunyi sama ada di dalam studio mahu pun konsert ketika dia bersama kumpulan Lefthanded dahulu.

"Malah ketika beliau mengadakan majlis perkahwinannya di sini, saya pun turut bersama rakan-rakan lain memasak makanan untuk hidangan majlis itu.

"Hubungan kami terlalu rapat dan keluarganya juga sudah seperti keluarga saya," katanya kepada pemberita selepas melawat ibu Kamaruddin, Zainab Ahmad dan ahli keluarga yang lain di Bandar Indera Mahkota 2 di sini hari ini.
Hadir sama melawat keluarga Kamaruddin ialah Timbalan Menteri Sumber Manusia, Senator Datuk Maznah Mazlan; Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Hazmi Yusof; Skuad Sayang Wanita UMNO Indera Mahkota serta bekas penyanyi Kumpulan XPDC, Mohd. Ali Ismail atau Ali.

Menurut Nash, berita tentang penemuan mayat keempat-empat mangsa termasuk bekas isterinya dan Kamaruddin diketahui pada malam raya lalu ketika dia berada di Sabah atas urusan peribadi.
Katanya, sebaik menerima berita itu, dia begitu sedih kerana pemandu yang hilang dan dipercayai dibunuh kejam itu adalah rakan baiknya sendiri.

Jelasnya, bukan itu sahaja, beliau juga pernah menjaga dua anak Kamaruddin semasa mereka tinggal di Shah Alam dan menghantar salah seorang anaknya ke sekolah di situ selama setahun.
"Bayangkan hubungan kami terlalu akrab dan anak-anaknya seperti anak saya sendiri.
"Saya berharap supaya anak-anak Kamaruddin sentiasa menghadiahkan doa kepada bapa mereka supaya rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan orang-orang yang soleh," katanya.

Ali pula menyifatkan Kamaruddin seorang yang suka bergurau dan disenangi rakan-rakannya.
Katanya, Kamaruddin sentiasa membantu persembahan kumpulannya khususnya penyusunan sistem muzik sekiranya terlibat dalam sebarang konsert di negara ini.
"Kali terakhir saya berjumpa dengan dia pada tahun lalu dan tidak menyangka itulah pertemuan terakhir kami berdua," katanya.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List