"Nampaknya belum puas penyokong Umno mempolitikkan isu pembunuhan kejam arwah Dato Sosilawati dan 4 yang lain..selepas satu persatu isu ini cuba dipolitikkan mengikut selera mereka...Terbaru, mereka menghasut rakyat, bahawa suspek yg membunuh arwah adalah dari kalangan penyokong haram Hindraf...tidak cukup dengan kenyataan itu, dikaitnya Hindraf ini dengan Pakatan Rakyat...dakwa mereka, ramai penyokong Hindraf adalah penyokong Pakatan Rakyat, maka suspek adalah orang Pakatan Rakyat..
Maka, para pengikut taksub blogger Umno ini mula percaya bulat-bulat, seterusnya memanjangkan berita palsu ke segenap ruang maya....
Namun ternyata mereka lupa, bahawasanya Umno di bawah pemerintahan Najib telah mengiktiraf pertubuhan haram ini secara tidak langsung..Umno bertanggungjawab memberi nafas baru kpd bekas pemimpin2 Hindraf yang pernah di ISA kan ini dgn penubuhan parti baru kaum India, Parti Makkal Sakhti Malaysa (MMSP)..
Sejarah menceritakan, selepas badan NGO terbesar kaum India ini diharamkan pada tahun 2008 dgn alasan mendatangkan ancaman kepada kerajaan, para pemimpin dan pengikut Hindraf telah memutuskan utk menubuhkan Parti Makkal Sakthi..akhirnya dengan sedikit 'tawar-menawar' antara bekas pemimpin Hindraf dan Umno, dan demi mendapatkan undi dan sokongan kaum India, Najib dengan murah hati dan bangganya merasmikan penubuhan parti kaum India ini.. seterus nya...
Kelantan: Mayat wanita bertudung tersangkut pada 'taut'
57 minutes ago
1 comments:
saya tak pulak terdengar mengenai pernyataan pembunuhan tersebut dilakukan oleh kumpulan Hindraf..Saya rasalah hampir setiap malam jugak saya menonton tv..Mungkin saya terlepas kot.Jgn la menokok tambah..Fitnah namanya tu..Ikutila kes tersebut dengan fikiran yang terbukan bukan dengan fikiran sebagai pembangkang..Siapapun pemerintah, sama jugak piyaknya tu
Post a Comment