Yang Mana Satu Isteri Muthuraja.......????

on Sep 19, 2010

Kehilangan ahli perniagaan India A Muthuraja bertukar menjadi sebuah kisah dramatis apabila terbaru, seorang guru sekolah berumur 36 tahun di India mendakwa dirinya sebagai isteri Muthuraja yang sah. S Ramalakshmi dari Tirunelveli, Tamil Nadu, berkata wanita berumur 24 tahun yang datang ke Malaysia dan melaporkan kehilangan Muthuraja pada 8 Sept, bukanlah isteri ahli perniagaan itu yang sah.

Dalam laporan itu, S Usharani berkata Muthuraja itu ialah suaminya. Muthuraja, yang dikatakan sebagai jutawan, lesap setelah datang ke Malaysia untuk bertemu dua rakan peguam yang telah ditahan berkaitan dengan pembunuhan hartawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

Awang Selamat Bantai Nazri......Nazri wakeup jangan sampai KO.....???

on

Nazri Aziz biadap, anti Dr Mahathir...







UTUSAN pernah dikritik oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz sebelum ini. Awang melihatnya sebagai perkara biasa. Perbezaan pendapat bukan suatu masalah lalu Awang memilih untuk berdiam.  Namun Awang terpanggil menjawab tindakan terbaru Nazri yang lantang mempersoalkan Utusan berhubung isu Perkasa.
Seperti biasa, melalui portal berita pro-pembangkang, Malaysian Insider, Nazri sampai ke tahap menuduh Utusan mempunyai agenda untuk membawa balik Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri. ‘‘Saya tidak boleh faham Utusan. Siapa ketua mereka - Najib atau Dr. Mahathir?,’’ kata beliau dalam laporan bertajuk Nazri persoal agenda Utusan perlekeh dasar Najib.

Awang hanya senyum sambil geleng kepala. Tafsiran Nazri begitu liar dan hairan mengapa seorang menteri boleh berfikir sebegitu. Untuk pengetahuan Nazri, ingin ditegaskan bahawa Awang dan Utusan adalah penyokong Perdana Menteri. Jika hilang jawatan di Utusan sekalipun, Awang tetap akan menyokong Najib. Tiada keraguan. Maka tidak timbul sama sekali kononnya ada agenda untuk menjadikan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri. Budak sekolah pun tahu hakikat itu. 

Awang boleh faham mengapa Nazri melemparkan tuduhan itu kerana beliau sememangnya anti -Dr. Mahathir. Itulah yang menjadikan beliau tidak objektif. Awang bukan seperti Nazri yang sanggup biadap dengan negarawan yang banyak berjasa. Sebab itu, Awang tidak hairan mengapa akhbar Cina ghairah memperlekehkan Dr. Mahathir. Ini kerana ada pemimpin Melayu sendiri yang membuka laluan.

Kalau suatu hari nanti, Nazri bersara, insya Allah, Awang akan menghormati beliau sebagai seorang veteran dan tokoh berjasa, walaupun jasanya tidak sebesar negarawan-negarawan kita. Nazri juga menghentam Presiden Perkasa, Ibrahim Ali seolah-olah Ibrahim musuh UMNO. Nazri lupa, ketika UMNO diserang bertubi-tubi terutama selepas PRU12 dan pemimpin UMNO difitnah habis-habisan, siapakah pemimpin NGO yang lantang mempertahankan UMNO jika bukan Ibrahim. 

Beliau berada di banyak pelosok tanah air berceramah melawan kerakusan pembangkang bagi membela UMNO dan BN. Awang tidak ingat apa yang Nazri lakukan? Apakah beliau seberani Ibrahim dalam menghadapi pembangkang? Dengar cerita daripada beberapa pemimpin UMNO, Nazri sudah banyak berlembut dengan pembangkang yang motifnya, mungkin beliau tidak mahu dijadikan sasaran kritikan atau mahu ambil jalan selamat. Menurut cerita lagi, kerana strateginya itu, kini Nazri disenangi oleh ramai pemimpin pembangkang. Kalau benar andaian itu, Awang juga boleh bertanya siapa sebenarnya ketua Nazri. Najib atau Anwar Ibrahim atau mungkin Kit Siang? 

Mengenai Perkasa, Nazri harus menerima hakikat Perkasa hanyalah sebuah NGO. Orang Melayu tahu membezakan antara parti politik dan NGO. Awang sesungguhnya tidak berminat berhujah panjang dengan Nazri. Beliau berjawatan menteri, lagi pandai dan bijaksana. Biarlah orang ramai dan pembaca yang menilai. Awang takut menjadi orang yang riak. Jika Awang dilihat silap perhitungan dan terlanjur kata, Awang sedia menerima apa sahaja hukuman. Tiada penyesalan. 

WAYANG PKR.....????

on




Mesyuarat dan pencalonan para pemimpin PKR sedang rancak berjalan. Sini calonkan orang itu, sana calonkan orang ini, orang tu mendahului orang ni, orang tu dapat pencalonan dan macam-macam lagi.

Dalam kempen untuk meraih sokongan macam-macam cerita kita dengar. Daripada cerita itu ini serta pelbagai pendedahan dan dakwaan yang kita dengar, pelbagai persepsi timbul tentang PKR itu sendiri.

Ada berpendapat yang PKR sedang bergolak akibat keghairahan dan kerakusan para pemimpinnya merebut jawatan. Para pemimpinnya lebih banyak berpolitiking daripada menumpukan misi menawan Putrajaya. PKR bakal retak menunggu belah. Ada pihak yang cuba menambahkan retak kepada PKR yang sudah nak terbelah. Fuuhhh.... macam-macam lagi ler!!

Sungguh pun demikian.... satu yang nyata ialah demokrasi semakin subur dalam PKR. Kadang-kadang aku terpikir... apakah keadaan hiruk-pikuk dalam PKR ini sengaja diadakan?? Apakah para pemimpin PKR sengaja main wayang agar rakyat dapat lihat bertapa suburnya demokrasi dalam PKR. Sebab itu, kita jangan terlalu emosional dalam membuat penilaian tehadap PKR.

Mungkin mesej yang cuba diberikan oleh mereka... PKR is not like UMNO, especially dalam aspek demokrasinya. PKR tidak bersifat kuku besi. Akar umbi berhak tegur dan kritik para pemimpin selagi ia beretika. On the other hand, para pemimpin yang dikritik dan dilempar dengan pelbagai tohmahan dan dakwaan berhak memilih untuk mempertahankan diri atau berdiam diri. It's their choice. Mereka boleh berdebat dan berhujah, asalkan tidak melanggar etika parti.

Siapa yang nak bertanding boleh bertanding asalkan mendapat pencalonan yang mencukupi daripada akar umbi, tak kira di peringkat mana sekali pun. Pemilihan diserahkan kepada akar umbi. You choose. So... tepuk dada tanya selera!! Ini... satu kelainan.

Aku selalu kata... PKR perlu menjadi sebuah parti yang unik. Lain dari yang lain... PKR mesti extra-ordinary. Baru ia dapat menarik perhatian dan sokongan rakyat. Dari luar, persepsi orang.... PKR sebijik macam UMNO. Ada kalanya, aku pun berpendapat begitu juga. Tapi, apabila difikir-fikirkan pulak.... takkanlah PKR bodoh sangat. Dah tahu orang getik dan meluat pada UMNO, dia pulak nak jadi seperti itu... Itu mencari nahas namanya. Takkanlah nahas yang dicari PKR??

Oleh itu, apakah itu kelainan yang cuba ditonjolkan oleh PKR?? Kelainan yang unik.... yang digunakan sebagai senjata untuk 'membunuh' atau.... setidak-tidaknya, mencedera-parahkan UMNO. Biar dia cepat mampusss!!

Sememangnya, dalam melaksanakan sesautu strategi, pasti ada kelemahan di sana sini. Mungkin ada yang terbawa-bawa memainkan watak mereka. Well.... dalam wayang pun ada juga watak yang over-acting!! Itu yang nampak sangat macam UMNOnya... Tambahan pulak, dalam kalangan mereka yang dulunya berasal dari species UMNO.

Dalam menilai keadaan yang sedang berlaku dalam PKR, terutama ketika proses pemilihan sedang rancak berlaku, kita kena bersikap rasioanal. Jangan cepat dan melulu dalam pembuat penilaian dan bertanggapan negatif terhadap PKR. Sesuatu yang berlaku dan dilakukan, mungkin ada justifikasinya. Harap-harap begitulah...

Kita doakanlah semoga semua ini, akan berlalu dengan baik. Ibarat kiambang... selepas biduk berlalu, ia akan bertaut kembali, insyaAllah.

Yang penting, PKR akan bertambah matang serta kukuh, dan hubungannya dengan rakan-rakan kongsinya yang lain dalam Pakatan Rakyat, akan bertambah erat dan jitu bagi meneruskan pelayaran menuju Putrajaya.

Mumof3

Ekomoni dari Anwar Ibrahim.......????

on




Laporan Bank of America Merill Lynch berkaitan pasaran negara begitu membimbangkan. Menurut laporan tersebut Malaysia kini antara negara yang tidak digemari para pelabur di Asia Pasifik selepas bank tersebut meninjau pandangan pengurus dana. Sungguhpun kerajaan cuba memberi gambaran yang serba indah, hakikatnya Malaysia jatuh dua anak tangga dari kedudukan sebelum ini iaitu di tangga ke 10, dan kini di kedudukan tercorot. Pastinya berita ini menerbitkan rasa bimbang saya berhubung kedudukan ekonomi semasa negara tatkala kononnya pentadbiran Dato' Sri Najib akan mengemukakan satu kebijakan ekonomi yang diwar warkan bertujuan menarik minat pelabur.

Beberapa perkara mustahak yang sewajarnya diberi perhatian adalah pandangan para pelabur yang melihat Malaysia sudah tidak mampu bersaing dengan negara jiran yang begitu bertenaga maju ke hadapan seperti Indonesia. Tetangga kita itu menurut tinjauan Forum Ekonomi Dunia(World Economic Forum) pula telah melonjak 10 anak tangga ke kedudukan 44 dari 139 negara. Berikutan perkembangan sebeginilah kita sangsi perincian Model Ekonomi Baru yang bakal diumumkan perdana menteri mampu memulihkan ekonomi negara yang lembap ini. Hasrat kerajaan untuk menjana pelaburan bernilai RM 2.2 trillion dalam masa 10 tahun, yang mana 92% dari jumlah tersebut datangnya dari pelaburan swasta, pastinya menimbulkan kemusykilan tatkala para pelabur bertindak menjauhi pasaran kita.

Pemerintah harus sedar, kebijakan ekonomi yang menafikan perkara dasar serta gagal memberi keutamaan untuk melakukan perubahan terhadap sistem yang curang pastinya dipandang sepi. Secara tuntas saya tegaskan, para pelabur memberi keutamaan terhadap sistem keadilan yang bersih, iklim yang tidak rasuah dan culas serta kepimpinan negara yang meyakinkan. Pembentangan serta perincian dasar ekonomi namun menafikan perkara yang mendasar tersebut hanya akan disambut dingin. Malangnya hakikat ini terus dinafikan elit pemerintah walau rakyat jelatalah yang menderita menahan beban.

ANWAR IBRAHIM

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

Pencalonan peringkat tinggi parti hanya keputusan ketua cabang.....?????

on

Maka terdengar di sana sini sesungguhnya pencalonan jawatan peringkat pusat PKR hanyalah keputusan ketua cabang bersendirian setelah mendapat izin ahli.

Mengikut sumber-sumber yang dipercayai, langkah ini terpaksa diambil untuk mengelakkan hubungan ketua cabang dan pengerusi negeri (sekiranya pengerusi negeri menawarkan diri menjadi calon) menjadi keruh.

Oleh itu, kepada calon-calon yang mendapat pencalonan tinggi janganlah cepat perasan, ok!

Ntah-ntah calon yang dapat pencalonan tertinggi dapat undi paling ciput!

Calon-calon yang bertanding disarankan menilai diri sendiri. Sekira tak mampu menunaikan tanggungjawab, otomatiklah untuk menarik diri.

Janganlah menganggap jawatan dalam parti sebagai satu tiket untuk menjawat jawatan menteri bila PR berkuasa nanti (Itupun kalau diizinkan Allah s.w.t.).

SELIPAR ADIDAS, SELIPAR JEPUN,
DIGUNA UNTUK KE TANDAS ATAU MANDI,
KJ YG MENANG JADI KETUA PEMUDA UMNO PUN,
KENA CANTAS TAK DAPAT JADI MENTERI!

Sendiri mau ingat la oiii!

P/S: Orang politik ni kadang-kadang nampak macam tak percaya pada qadak dan qadar. Salah satu dari rukun iman tu!

 TheSniper 

Timbalan: Azmin 29, Zaid 13, Mustaffa 7, Tian 2

on

4.00pm Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim dan pengerusi PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub masing-masing mendapatkan satu lagi pencalonan untuk jawatan timbalan presiden.
Zaid kini mengumpulkan 14 pencalonan manakala pencalonan bagi Mustaffa pula bertambah kepada tujuh.
Terbaru, Zaid mendapat pencalonan daripada cabang PKR Paya Besar Payang. Manakala satu lagi cabang PKR di Perak - Tambun - mencalonkan Mustaffa.
Sementara itu, Paya Besar dan Tambun masing-masing mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengekalkan jawatan presiden.
Bagai jawatan naib presiden, Paya Besar mencalonkan ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; naib presiden Azmin Ali; ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan dan Mustaffa Kamil.
Tambun pula mencalonkan naib presiden, Lee Bon Chye; Dr Mohd Nor Manuty; ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin; dan Gobalakrisnan.
3.45pm Pencalonan bagi penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim untuk jawatan timbalan presiden PKR, meningkat tiga lagi kepada 13 pencalonan hari ini - kali ini dari cabang Batu Kawan dan Tasek Gelugor - kedua-duanya di Pulau Pinang dan Putatan, Sabah yang bermesyuarat hari ini.
Terbaru, beliau mendapat pencalonan dari cabang PKR Tasek Gelugor, Pulau Pinang yang bermesyuarat hari ini.
Bagi jawatan naib pula, cabang tersebut mencalonkan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman; ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan; setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution dan naib presiden Azmin Ali.
Manakala cabang Permatang Pauh pula, seperti yang dijangkakan, telah mencalonkan naib presiden, Azmin Ali untuk bertanding jawatan timbalan presiden.
Dengan itu, Azmin kini mendapat 29 pencalonan. Permatang Pauh juga mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatan presiden.
Dengan tiga lagi tambahan sehingga ini, pencalonan Zaid yang juga pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, meningkat kepada 13. CabangBatu Kawan turut mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatan presiden.
Bagi jawatan naib presiden, cabang itu mencalonkan ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh, timbalan ketua menteri Pulau Pinang Dr Mansor Othman, dan dua penyandang jawatan itu - Lee Boon Chye dan Sivarasa Rasiah.
Sementara itu, Putatan turut mencalonkan Wan Azizah untuk mengekalkan jawatan presiden manakala calon naib presiden pula ialah ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; Datuk Dr Jeffrey Kitingan; ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrisnan dan ahli parlimen Kapar, S Manikavasagam.
Sementara itu, Masjid Tanah merupakan cabang PKR pertama yang mencalonkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertanding jawatan timbalan presiden.

Masjid Tanah turut mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengekalkan jawatan tersebut.

Bagi calon naib presiden pula, Masjid Tanah mencalonkan pengerusi PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub; Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr Mansor Othman; pengarah pilihan raya PKR, Fuziah Salleh dan pengerusi tetapi AMK, Yahya Shaari.
Sejumlah 36 cabang PKR bermesyuarat hari ini bagi memilih calon bertanding jawatan tertinggi parti itu, khususnya perebutan bagi jawatan timbalan presiden parti itu.

Jumlah itu terdiri daripada 10 cabang di Sabah, Perak (8), Pahang (7), Pulau Pinang (5), Melaka (4) dan Negeri Sembilan (2).

Selepas 50 cabang selesai bermesyuarat sehingga ini.
Calon timbalan presiden yang lain ialah pengerusi PKR Perak Mustafa Kamil Ayub yang memperolehi enam pencalonan, pengarah strategik Tian Chua (2) dan pengarah pilihan raya PKr, Fuziah Salleh mendapat satu pencalonan.

Tian mendapat pencalonan keduanya dari cabang Alor Gajah, Melaka yang bermesyuarat hari ini, dan sekaligus layak bertanding jawatan tersebut.
Cabang PKR mula bermesyuarat sejak Jumaat lalu dan kesemua cabang parti itu yang berjumlah lebih 200, dijadual selesai berbuat demikian sehingga 3 Oktober ini.

Pemilihan anggota Majlis Pimpinan Pusat akan berlangsung antara 31 Oktober dan 21 November melibatkan pemilihan langsung.

Pihak pengurusan parti menetapkan 10 Oktober ini sebagai tarikh akhir menerima pencalonan daripada cabang-cabang.

Tian Chua turut layak tanding timbalan

on

Pengarah Strategik PKR Tian Chua kini layak bertanding jawatan timbalan presiden selepas mendapat dua pencalonan - terbaru dari cabang Alor Gajah Melaka yang bermesyuarat pagi ini.

Sebelum itu, Tian yang juga ahli parlimen Batu mendapat pencalonan daripada cabang PKR Pokok Sena yang bermesyuarat Jumaat lalu.

Setiap calon memerlukan dua pencalonan untuk layak bertanding jawatan tertinggi dalam PKR.

Alor Gajah juga mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatan presiden. Selain Azizah, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat satu pencalonan - dari cabang Arau - untuk bertanding jawatan presiden.

Bagi jawatan naib presiden pula, cabang itu mencalonkan ketua Pemuda AMK, Shamsul Iskandar Md Akin; ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; naib presiden, Mustaffa Kamil Ayub dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Kesemua mereka layak bertanding jawatan tersebut selepas masing-masing telahpun menerima lebih daripada dua pencalonan.

Selepas 48 cabang selesai bermesyuarat sehingga hari ini, naib presiden Azmin Ali masih mendahulu empat pencabarnya dengan memperolehi 28 pencalonan.

Ini diikuti oleh penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim yang mendapat sebelas pencalonan, Mustaffa Kamil (6) dan Fuziah yang kekal dengan satu pencalonan. Mustaffa juga layak bertanding jawatan timbalan.

Presiden: Anwar dapat pencalonan kedua

on

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperolehi pencalonan kedua bagi jawatan presiden PKR dan sekaligus layak bertanding jawatan tersebut.

Anwar mendapat pencalonan terbaru itu daripada cabang Tasek Gelugor, Pulau Pinang yang bermesyuarat hari ini.

Semalam ini, cabang PKR Arau, Perlis telah mencalonkan ahli parlimen Permatang Pauh itu untuk bertanding jawatan tersebut.

Sehingga ini, 52 cabang PKR telah selesai bermesyuarat dan 50 daripadanya telah mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengekalkan jawatan presiden.

Bagi jawatan timbalan presiden, Tasek Gelugor mencalonkan pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim.

Dengan ini, penyelaras Pakatan Rakyat itu memperolehi 13 pencalonan setakat ini.

Bagi jawatan naib pula, cabang tersebut mencalonkan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman; ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan; setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution dan naib presiden Azmin Ali.

Masjid Tanah calon Khalid tanding timbalan

on

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendapat pencalonan pertama bertanding jawatan timbalan presiden PKR.

Beliau menerima pencalonan tersebut daripada cabang PKR Masjid Tanah yang bermesyuarat hari ini.

khalid ibrahimKhalid turut mendapat pencalonan naib presiden dari beberapa cabang PKR yang bermesyuarat sebelum ini, dan layak bertanding jawatan tersebut.

Manakala bagi calon presiden pula, Masjid Tanah mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengekalkan jawatan tersebut.

Bagi calon naib presiden pula, Masjid Tanah mencalonkan pengerusi PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub; Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr Mansor Othman; pengarah pilihan raya PKR, Fuziah Salleh dan pengerusi tetapi AMK, Yahya Shaari.

Sebanyak 51 cabang PKR telah selesai bermesyuarat sehingga ini. 

Pencalonan bagi jawatan timbalan presiden kini didahului oleh naib presiden Azmin Ali (29), pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim (12); Mustaffa Kamil (6); pengarah strategik PKR, Tian Chua (2) dan Fuziah (1).

UTUSAN ADA AGENDA KE.....???

on Sep 18, 2010



Dulu Mahathir Guna Utusan Jatuhkan Pak Lah, Kini Hentam Najib Pula

Media milik Umno, Utusan Malaysia yang digunakan sebagai agen untuk memfitnah Pakatan Rakyat kini menjadi 'senjata makan tuan' apabila akbar itu mula merasai peranannya semakin mengkucar-kacirkan parti itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata akhbar itu dilihat sedang digunakan sebagai platform untuk menghentam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam usaha untuk menjatuhkannya.  klik sini...

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List