WAYANG PKR.....????

on Sep 19, 2010




Mesyuarat dan pencalonan para pemimpin PKR sedang rancak berjalan. Sini calonkan orang itu, sana calonkan orang ini, orang tu mendahului orang ni, orang tu dapat pencalonan dan macam-macam lagi.

Dalam kempen untuk meraih sokongan macam-macam cerita kita dengar. Daripada cerita itu ini serta pelbagai pendedahan dan dakwaan yang kita dengar, pelbagai persepsi timbul tentang PKR itu sendiri.

Ada berpendapat yang PKR sedang bergolak akibat keghairahan dan kerakusan para pemimpinnya merebut jawatan. Para pemimpinnya lebih banyak berpolitiking daripada menumpukan misi menawan Putrajaya. PKR bakal retak menunggu belah. Ada pihak yang cuba menambahkan retak kepada PKR yang sudah nak terbelah. Fuuhhh.... macam-macam lagi ler!!

Sungguh pun demikian.... satu yang nyata ialah demokrasi semakin subur dalam PKR. Kadang-kadang aku terpikir... apakah keadaan hiruk-pikuk dalam PKR ini sengaja diadakan?? Apakah para pemimpin PKR sengaja main wayang agar rakyat dapat lihat bertapa suburnya demokrasi dalam PKR. Sebab itu, kita jangan terlalu emosional dalam membuat penilaian tehadap PKR.

Mungkin mesej yang cuba diberikan oleh mereka... PKR is not like UMNO, especially dalam aspek demokrasinya. PKR tidak bersifat kuku besi. Akar umbi berhak tegur dan kritik para pemimpin selagi ia beretika. On the other hand, para pemimpin yang dikritik dan dilempar dengan pelbagai tohmahan dan dakwaan berhak memilih untuk mempertahankan diri atau berdiam diri. It's their choice. Mereka boleh berdebat dan berhujah, asalkan tidak melanggar etika parti.

Siapa yang nak bertanding boleh bertanding asalkan mendapat pencalonan yang mencukupi daripada akar umbi, tak kira di peringkat mana sekali pun. Pemilihan diserahkan kepada akar umbi. You choose. So... tepuk dada tanya selera!! Ini... satu kelainan.

Aku selalu kata... PKR perlu menjadi sebuah parti yang unik. Lain dari yang lain... PKR mesti extra-ordinary. Baru ia dapat menarik perhatian dan sokongan rakyat. Dari luar, persepsi orang.... PKR sebijik macam UMNO. Ada kalanya, aku pun berpendapat begitu juga. Tapi, apabila difikir-fikirkan pulak.... takkanlah PKR bodoh sangat. Dah tahu orang getik dan meluat pada UMNO, dia pulak nak jadi seperti itu... Itu mencari nahas namanya. Takkanlah nahas yang dicari PKR??

Oleh itu, apakah itu kelainan yang cuba ditonjolkan oleh PKR?? Kelainan yang unik.... yang digunakan sebagai senjata untuk 'membunuh' atau.... setidak-tidaknya, mencedera-parahkan UMNO. Biar dia cepat mampusss!!

Sememangnya, dalam melaksanakan sesautu strategi, pasti ada kelemahan di sana sini. Mungkin ada yang terbawa-bawa memainkan watak mereka. Well.... dalam wayang pun ada juga watak yang over-acting!! Itu yang nampak sangat macam UMNOnya... Tambahan pulak, dalam kalangan mereka yang dulunya berasal dari species UMNO.

Dalam menilai keadaan yang sedang berlaku dalam PKR, terutama ketika proses pemilihan sedang rancak berlaku, kita kena bersikap rasioanal. Jangan cepat dan melulu dalam pembuat penilaian dan bertanggapan negatif terhadap PKR. Sesuatu yang berlaku dan dilakukan, mungkin ada justifikasinya. Harap-harap begitulah...

Kita doakanlah semoga semua ini, akan berlalu dengan baik. Ibarat kiambang... selepas biduk berlalu, ia akan bertaut kembali, insyaAllah.

Yang penting, PKR akan bertambah matang serta kukuh, dan hubungannya dengan rakan-rakan kongsinya yang lain dalam Pakatan Rakyat, akan bertambah erat dan jitu bagi meneruskan pelayaran menuju Putrajaya.

Mumof3

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List