Pemilihan: PKR sokong wanita muda bertanding....???

on Sep 19, 2010

KUALA LUMPUR, 19 Sept: Sekurang-kurangnya 14 nama wanita muda akan tersenarai sebagai calon bagi merebut pelbagai jawatan dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Oktober ini. Sekurang-kurangnya 14 nama wanita muda akan tersenarai sebagai calon bagi merebut pelbagai jawatan dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Oktober ini.

Antaranya Ketua Serikandi, Siti Aishah menawarkan diri sebagai calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar sebagai Ketua Bahagian Lembah Pantai, MPP dan aktivis politik Ginie Lim sebagai exco, MPP dan Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Selain mereka, beberapa nama lain termasuklah Setiausaha Politik Exco Negeri Selangor, Sangetha Jayakumar dan peguam Eunice Ong menawarkan diri sebagai Naib Ketua AMK Pusat.

Exco AMK Pusat, Zara Zahari, AJK PKR Bahagian Cheras Fione Tan dan AJK Serikandi, Maisuri Zainal pula mahu bertanding untuk jawatan Exco AMK Pusat,

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Penerangannya, Latheefa Koya berkata pemilihan PKR secara langsung ini telah menciptakan peluang kepada mereka untuk dipilih ke berbagai kedudukan kepimpinan di tahap yang belum pernah terjadi sebelum ini.

"Hal ini amat berlawanan sekali dengan peluang yang diberikan di dalam parti-parti lain, selalunya ia hanya terhad ke jawatan-jawatan dalam sayap wanita.

"Pemilihan ini juga merupakan ujian terhadap iltizam parti untuk menyediakan sekurang-kurangnya 30 peratus penyertaan wanita pada semua peringkat pembuatan keputusan parti," katanya.

Menurutnya lagi, senarai penuh wanita muda yang bertanding belum lagi selesai sepenuhnya dan akan dibuat secara berperingkat.

Bagaimanapun, PKR jelasnya amat menyokong penyertaan wanita muda ini dan mereka telah menunjukkan komitmen terhadap parti dan perjuangannya, berkelayakan, berdikari dan berkemampuan untuk menjadi pimpinan muda.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List