Lagi Kes Remaja Ditembak Polis....???

on Sep 19, 2010

Remaja dikejar polis kena tembakan. 
JOHOR BAHRU: Letupan disangka mercun yang memeranjatkan sekumpulan penduduk di Johor Jaya, dekat sini, sebenarnya berpunca daripada bunyi tembakan dilepaskan terhadap seorang remaja belasan tahun yang dikejar polis. 


Menurut saksi yang enggan dikenali, sejurus keluar mereka mendapati remaja terbabit terbaring menahan kesakitan akibat peluru menembusi kaki kirinya.
“Saya terkejut apabila bunyi bising yang disangka letupan mercun dimainkan kanak-kanak sebenarnya tembakan pistol. “Beberapa minit kemudian remaja yang cedera di kaki itu dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan menggunakan ambulans yang tiba beberapa minit kemudian,” katanya.
Sebelum kejadian, suspek dipercayai berusia 16 tahun itu dikatakan melakukan jenayah berat dan cuba melarikan diri selepas terserempak dengan polis.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman ketika dihubungi berkata, kejadian itu disiasat dan pihaknya akan memberi kenyataan berhubung kes berkenaan Isnin ini. -HM

Ulasan GB
Begitulah laporan akhbar. Nampaknya polis terus-terusan berlaku kejam. Jenayah oleh penjenayah sebenar tidak dibenteras tetapi "remaja berumur 16 tahun" yang ditembak hanya dikatakan cuba melakukan jenayah berat.
Rakyat ingin tahu, apakah jenayah berat yang remaja 16 tahun itu cuba lakukan.
Siapa anggota polis yang terlibat dan apakah hasil siasatan polis Johor?
Seluruh rakyat Malaysia akan memfokuskan kenyataan polis Johor hari ini terhadap kejadian malang yang menimpa remaja itu.

Sumber:  greenboc

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List