Tian Chua turut layak tanding timbalan

on Sep 19, 2010

Pengarah Strategik PKR Tian Chua kini layak bertanding jawatan timbalan presiden selepas mendapat dua pencalonan - terbaru dari cabang Alor Gajah Melaka yang bermesyuarat pagi ini.

Sebelum itu, Tian yang juga ahli parlimen Batu mendapat pencalonan daripada cabang PKR Pokok Sena yang bermesyuarat Jumaat lalu.

Setiap calon memerlukan dua pencalonan untuk layak bertanding jawatan tertinggi dalam PKR.

Alor Gajah juga mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatan presiden. Selain Azizah, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat satu pencalonan - dari cabang Arau - untuk bertanding jawatan presiden.

Bagi jawatan naib presiden pula, cabang itu mencalonkan ketua Pemuda AMK, Shamsul Iskandar Md Akin; ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; naib presiden, Mustaffa Kamil Ayub dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Kesemua mereka layak bertanding jawatan tersebut selepas masing-masing telahpun menerima lebih daripada dua pencalonan.

Selepas 48 cabang selesai bermesyuarat sehingga hari ini, naib presiden Azmin Ali masih mendahulu empat pencabarnya dengan memperolehi 28 pencalonan.

Ini diikuti oleh penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim yang mendapat sebelas pencalonan, Mustaffa Kamil (6) dan Fuziah yang kekal dengan satu pencalonan. Mustaffa juga layak bertanding jawatan timbalan.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List