SYED HUSIN ALI :- EPISOD AKHIR.

on Sep 25, 2010

Digugurkan sebagai calon PRU 2004:
Saya tahu Nik Aziz menyesal, Syed Husin Ali




Perbincangan dan perdebatan politik kebanyakan masanya menemui jalan buntu di Malaysia, apabila menyentuh "ideologi".  Ironinya, perbahasan sedemikian biasanya tidak mendalami intipati falsafahnya, sebaliknya dimatikan sekadar pada tahap "label" sahaja.  Perdebatan "Negara Islam" perlu dibubuhkan noktah untuk "mengelakkan pertikaian", malah calon PRU terpaksa digugurkan hanya kerana "berjiwa sosialis".
"Terus-terang saya sebut, saya tolak yang berjiwa sosialis... Ini kerana sejak zaman-berzaman apabila disebut sosialis ia dikaitkan sebagai adik sedikit daripada komunis.  Bila saya letak calon, saya hendak menang, jadi orang begini, saya tidak yakin dia akan menang."
Demikianlah kata-kata yang terkeluar dari bibir Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat (gambar kanan) ketika menolak cadangan untuk menurunkan Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali sebagai calon kerusi parlimen Kota Bahru, Kelantan dalam Pilihan Raya Umum ke-10 pada tahun 2004.
Peristiwa ini dibangkitkan oleh wartawan MerdekaReviewdalam satu wawancara bersama Syed Husin Ali di pejabatnya pada 16 September 2010.

"Itu tak usah timbulkan lagi... Saya tak nak benda ni...di..apa-kan..." kata Syed Husin Ali, yang mungkin khuatir peristiwa silam ini mencungkil pertikaian antara PKR dengan PAS dalam Pakatan Rakyat, seandainya dibangkitkan sekarang.

Permintaan Anwar untuk bertanding

Namun, peristiwa ini semestinya memahat dalam ingatannya, biarpun sudah enam tahun berlaku.
"Sebenarnya pada waktu itu saya tidak marah, tahu?  Saya tidak marah.  Tapi saya macam kesian, tahu?  Kesian pasal apa?  Macam Nik Aziz, dia mungkin tak sedar semua perkara yang berkaitan dengan isu itu.  Pasal waktu itu, saya tahu sendiri, ada golongan special branch, ada golongan dalam parti sendiri yang tak mahu saya bertanding di situ."
Beliau menyambung, "Yang kuat minta saya bertanding di sana, Anwar, (yang pada ketika itu berada) dalam penjara.  Dia hubungi macam-macam orang, mahukan saya bertanding.  Mula-mula saya tak mahu... Akhir sekali, saya pergi.  Jadi saya pergi, memang saya tahu ada tentangan-tentangan ini.  Jadi bila benda-benda ini berlaku, dengan mudah saya berundur.  Saya tidak fight for it (memperjuangkannya)."

Pendirian Mursyidul Am PAS pada ketika itu menyinggung sesetengah penyokong pembangkang, khususnya mereka yang berhaluan kiri dalam politik.  Keputusan PRU ke-10 menyaksikan prestasi Barisan Alternatif (BA) yang menjunam, sebaliknya DAP yang keluar dari BA berjaya kembali sebagai parti pembangkang terbesar dalam parlimen, dengan 12 kerusi dalam Dewan Rakyat.

Nik Aziz menyesal?

Tetapi, sesuatu berlaku kemudian.  "... tak lama lepas itu, Nik Aziz dia masuk hospital.  Saya pergi (dengan) ramai (kawan), jumpa dengannya.  Saya, Azmin, Tian Chua... ramai, dalam lima, enam orang pemimpin pergi.  Tapi bila sampai di situ, dia bercakap hanya dengan saya.  Dengan orang lain tidak..."
Syed Husin (gambar kanan) menambah, "Dan cara dia cakap itu, saya tahu dia menyesal.  Saya tahu dia menyesal, kan?  Dia sudah silap.  Begitu juga dengan Hadi..."

Setakat ini yang didedahkan oleh Syed Husin Ali, biarpun berkali-kali dipujuk wartawan untuk menceritakan kandungan perbualan antara dirinya dengan Nik Aziz ketika itu.  Bagaimanapun, beliau berkata adegan ini akan dimasukkan ke dalam bukunya, yang mencatatkan kisah penglibatan dan pengamatan dirinya sepanjang perjuangan politiknya.
"So, orang anggap saya ni orang yang tak ada agama, yang menentang agama dan sebagainya.  Bagi saya, yang benar, akhirnya akan benarlah, kan?" luahan Syed Husin Ali, sambil meneruskan, "Pasal ideologi yang dikaitkan kepada saya adalah ideologi yang dianggap bahaya dan musuh.  Sosialisme adalah berbeza dengan komunisme.  Tapi bila awak ni sosialis, (akan dituduh) komunis."

Nyaris-nyaris jadi guru agama

Namun, Syed Husin Ali menganggap dirinya seorang yang "kuat mengamalkan agama", lebih-lebih lagi dari latar belakang keluarganya.  Ibunya seorang guru agama, sementara bapanya seorang guru Quran, yang bekerja sebagai pembuat batu nesan.
"Saya nyaris-nyaris jadi guru agama dulu..." katanya, sesuatu yang mungkin di luar dugaan kebanyakan orang.  Beliau meneruskan, "Saya belajar di Johor, sampai ke peringkat yang boleh melayakkan diri saya untuk menjadi guru agama.  Nak pilih, nak jadi guru agama atau nak teruskan ke sekolah Inggeris?"

Akhirnya, Syed Husin Ali dihantar ke sekolah Inggeris, walaupun latar belakang keluarganya lebih "kuat agama".  Tetapi, apakah fahaman politiknya bertentangan dengan amalan dan nilai agamanya?
"...saya tak menganggap ini (kuat agama) bertentangan dengan dasar politik yang mahukan keadilan, atau dasar ekonomi yang mahu membela rakyat.  Kerana bagi saya, nilai agama itu mengajar supaya saya adil kepada semua.  Nilai agama ajar saya supaya adil kepada orang yang susah.  Langsung tak ada konflik bagi saya!" tegasnya.
Ia mungkin menjelaskan mengapa PKR, DAP dan PAS masih boleh berduduk semeja, biarpun mungkin berasal dari fahaman mahupun ideologi politik yang berbeza.  Nilai sejagat seperti mendukung demokrasi, keadilan dan kebebasan; menentang imperialisme, kezaliman, korupsi, kronisme dan nepotisme - telah menjadi arus perdana perjuangan politik, bukan sahaja pembangkang, bahkan juga pemerintah pada kadang-kalanya.

Masih relevankah perjuangan ideologi?

Keadaan sedemikian membawa kepada satu persoalan - apakah perjuangan ideologi masih relevan dalam politik tanahair?
"Saya rasa dalam apa perjuangan pun ada satu pegangan.  Pegangan itu boleh merupakan ideologi, sama ada nasionalisme, ataupun agama, ataupun sosialisme, apa sajalah.  Ataupun pegangan itu merupakan satu gabungan dasar-dasar yang padu," kata bekas Presiden Parti Rakyat Malaysia.
"Jadi, kita boleh anggapkan itulah.  Satu, asas perjuangan adalah ideologi, ertinya ideological-orientated, satu lagi ialahprogramme-orientated.  Apa program parti?  Bukan program aktiviti, tetapi political programme."
Beliau menjelaskan, "Jadi, ada parti mungkin tidak mempunyai ideologi yang mantap.  Ataupun dia tak dapat mengemukakan satu ideologi yang sebegitu rupa.  Tetapi dia boleh mengemukakan political programme.  Dan bagi saya, empat yang saya sebut tu (keadilan untuk semua, kepedulian rakyat; perpaduan negara bangsa; dan nilai moral dan etika yang tinggi) merupakan asas political programme yang boleh menyatupadukan..."
Jadi, apakah ia bermakna tidak perlu sampai ke peringkat "kiri" atau "kanan"?
"Parti boleh menggabungkan pelbagai warna.  Rainbow, terutama sekali daripada parti yang merupakan parti massa.  Keadilan ini mass party.  Dia bukannya cadre party.  Macam parti komunis ni dia cadre party.  Mesti semua orang memegang ideologi yang serupa," katanya.
Syed Husin Ali bersambung, "Kalau kita parti massa, maka dengan sendirinya kita perlu menggabungkan secara inklusif berbagai-bagai aliran.  Tetapi pendirian yang asas seharusnya sama, walaupun ada sedikit perbezaan."
Apa yang dimaksudkan "pendirian asas"?  "Umpamanya, kita pro-demokrasi, mahukan apa yang menghalang demokrasi ni, misalnya ISA, dihapuskan.  Kita perlu bersetuju dengan itu.  Tak boleh dalam parti wujud suara 'saya nak ISA'.  Parti seharusnya multi-etnik, kita mesti komited.  Tak boleh seorang mengikut projek macam PERKASA, kan?  Dari ekonomi, kita pro-rakyat.  Itu mesti dipegang dan dilaksanakan," tekannya.

"Bank Parti Rakyat", terlanjur Abdul Razak

Sememangnya, percantuman antara PRM (Parti Rakyat Malaysia) dengan PKN (Parti Keadilan Nasional) telah membuahkan hasil yang lebih besar daripada PKR itu sendiri.  Namun, sejauh manakah perjuangan Syed Husin Ali, dengan fahaman politik sosialisnya memberi impak kepada sistem politik negara di Malaysia?
"Susah nak menilai, " kata Syed Husin Ali, yang mungkin menyerah kepada "sejarah sebagai hakim muktamad" untuk menilainya.  Bagaimanapun, penulisannya, manifesto parti-nya sepanjang puluhan tahun ini, diambil dan diterap sebagai dasar, sedikit sebanyak kalaupun bukan sepenuhnya.
"FELDA mula-mula datang daripada kita, dan bila FELDA mula-mula dibuat, orang mengatakan ini rancangan sosialis, " ujarnya.

Syed Husin Ali mengimbas bagaimana perkembangan Parti Rakyat diawasi setiap hari di Pahang, pada zaman kegemilangan parti tersebut.  Menurut Syed Husin Ali, pengaruh Parti Rakyat ketika itu begitu membimbangkan Abdul Razak, Perdana Menteri kedua kemudiannya, sehingga beliau terlanjur dalam ucapannya ketika merasmikan Bank Rakyat.
"'Dengan ini, saya rasmikan Bank Parti Rakyat', kata Razak," wartawan gelak bersama Syed Husin Ali ketika mendengar kisah ini.  "Dan orang terkejut...kemudian dia perbetulkan..." Kejadian ini mencungkil ingatan wartawan bagaimana Khalid Ibrahim yang menyarung jersi PKR buat kali pertama dalam PRK Ijok tahun 2007, menyeru pengundi agar "Undilah Barisan Nasional".

"Saya harap kuasa tidak mengkorupkan"

Mungkin banyak lagi kisah sedemikian yang akan dibaca dalam buku pejuang politik veteran ini, yang menyimpan hasrat untuk menulis selepas hari jadinya yang ke-74, semalam (23 September).
Beliau yang secara terus terang berkata "menyambut hari jadi bukan budaya saya", ketika diminta wartawan untuk menyatakan hasrat yang terpendam dalam hatinya berkata, "(Harap) saya sihat, buat apa yang saya mahu, siapkan penulisan, kemudian tengok apa yang akan jadi."
Wartawan agak terkejut apabila "pertukaran kerajaan persekutuan" tidak termasuk dalam hasratnya.  Bila ditanya, beliau menjawab sambil ketawa, "Itu memang harapan saya, tapi harapan pilihan raya, bukan harapan hari jadi."
Beliau agak optimis untuk melihat "pertukaran kerajaan persekutuan" berlaku, berdasarkan pengamatannya bahawa kesedaran rakyat semakin tinggi.

"Cuma yang saya bimbangkan ialah pimpinan sendiri, pimpinan sendiri.  Sama ada kita boleh mencapai expectation (harapan) rakyat.  Dan dalam keadaan sekarang ini, saya masih gusar, masih tidak menentu... Sama ada kita dapat menyampaikan sebagaimana yang rakyat mahu."
Suaranya semakin rendah, "Saya tahu ada pemimpin yang komited.  Tapi tak tahu-lah..." sebelum beliau mengakhiri wawancara 90 minit ini dengan, "I hope power doesn't corrupt. (Saya harap kuasa tidak mengkorupkan)." 

PKR OH PKR.....???

on

         

Telah sah, puak sosialis dalam PKR yang di pimpin oleh Dr Syed Hussin semakin lemah dan kehilangan arah.


Kini puak species UMNO dalam pkr semakin mengeluarkan taring mereka. Ada 4 puak species umno yang sedang bertungkus lumus mencari pencalonan untuk bertanding timbalan presiden dan naib presiden PKR atau kekal sebagai setiausaha agung parti.

Species Umno pertama adalah kem Zaid Ibrahim. Dia pernah menjadi menteri Umno, dia pernah menjadi senator umno, dia pernah menjadi ketua umno bahagian. Dia masuk PKR kerana frust dalam Umno setelah tewas bertanding jawatan ketua umno bahagian Kota Baru. Zaid pernah menjadi orang kepercayaan Pak Lah.

Species Umno kedua adalah kem Azmin Ali. Dia pernah rapat dengan family Tun M, dia ada network dengan KJ. Azmin dilihat sebagai orang nombor wahid anwar. Azmin amat rapat dengan beberapa orang menteri Umno.

Species Umno ketiga adalah Saifuddin Nasution Ismail. Sekarang beliau adalah setiausaha agung Pkr. Saifuddin pernah menjadi Setiausaha Pemuda Umno Malaysia dizaman Zahid Hamidi. Saifuddin dan Zahid (sekarang naib presiden Umno) punyai hubungan intim yang amat rapat.

Species Umno keempat adalah kem Mustaffa Kamil Ayub. Dia pernah menjadi setiausaha politik Tan Sri Muhyiddin Yassin (sekarang Timbalan Presiden Umno). Dia punyai ramai kenalan rapat diperingkat MKT Umno. Dia kini sedang mencari pencalonan sebagai naib presiden.

Keempat-empat pemimpin kanan Pkr ini pernah dilatih oleh Umno, pernah naik dalam hiraki Umno dan tentunya punyai hubungan strategik dengan pemimpin kanan Umno. Mereka pastinya punya agenda besar untuk bersama Umno dan BN.

Budaya UMNO sudah meresap. Semua orang bekas UMNO. PKR mahu jadi UMNO nombor 2 ?????


ZAINUDIN MAIDIN PUN SAMA MACAM MAHATHIR........???

on

Zainudin Maidin Gagal Membezakan Antara Dogmatisme Umno Dan Pas




Kenyataan bekas Menteri penerangan Dato Zainuddin Maidin bahawa pas berdasarkan sejarahnya merupakana parti yang berteraskan perkauman dan keagamaan dogmatik merupakan satu ungkapan berniat menghasut yang penuh kejahilan dan kedangkalan . 

Dari Perspektif islam dogmatism merupakan kepada denyut nadi kepada kekuatan dan kelangsungannya. Sudah tentu setiap ajaran dan hukum -hakam islam ialah satu dogma (kepatuhan tanpa persoalan ) , dengan tidak mempersoalkan apa yang diturunkan oleh kitab suci al-quran dan sunah rasullah s.wt 

jauh sekali untuk bersifat perkauman kerana ajaran islam itu bersifat universal tidak terkongkong dengan unsur-unsur rasisme, islam sama sekali -sekali melarang penganut-penganutnya untuk membezakan warna kulit kerana setiap muslim itu adalah bersaudara dan setiap rakyat yang berlainanan bangsa dan agama wajib diberikan hak dan keadilan kepada mereka. itulah dogma sebenar yang menjadi sandaran kepada perjuangan PAS selama ini . 


Bagaimana PAS boleh dikaitkan dengan  rasisme /perkauman  sedang melayu  tidak menjadi agenda dan teras kepada perjuangannya melainkan islam itu    menjadi agenda utama  iaitu menjadikan al-quran itu sebagai perlembagaaan  sedangkan UMNO sebut sahaja pada nama nya jelas agenda melayu menjadi keutamaan  dibawah bayang-bayang inggeris  ( United Malay National Organisations ) bukan satu bentuk sindiran atau fitnah tetapi  suatu realiti yang yang terpahat didalam sejarah , mengapa tidak diberi nama melayunya  mungkin pengaruh inggeris itu sudah terlalu lama meresap kedalam urat –saraf mereka atau mungkin jenab sudah menjadi  janet , wahida sudah menjadi wanda atau mungkin umno  itu sendiri tidak pernah pasti dengan identitinya .

Seharus ,Dato Zainuddin Maidin tidak meyebut persoalan dogmatisme  kerana   sesungguh sudah jelas dogma umno itu ialah melayu, walaupun UMNO itu bukanlah perkataan melayu dan   mungkin itu adalah kekuatan yang ada pada UMNO    masih lagi melayu kononnya  walaupun sudah lama diInggeriskan  . Ironinya pada hari yang yang sama  Ketua Penerangan Umno Dato Ahmad Maslan menyatakan bahawa Umno tidak akan  melarang ahlinya  untuk menyertai  perhimpunan perkasa  pada hari  sabtu ini di  stesyen kereta api  Pasir Mas sedangkan PERKASA dianggap ekstrim oleh rakan-rakan mereka dikalangan MCA dan MIC  .Tuduhan  Dato Zainudin Maidin bahawa PAS merupakan parti  perkauman dan ekstrim  ( keagamaan dogmatik ) sama sekali tidak dapat  mencipta  rasa takut kepada kaum-kaum lain sebaliknya  apa yang mahu  dilakukan oleh mereka telah  menimbukan rasa kurang senang dikalangan sahabat-sahabat  mereka dikalangan MCA dan MIC terutama dengan penglibatan ahli UMNO didalam aktiviti PERKASA .Nyatakan  sekali  tuduhan yang dilemparkan oleh Dato Zainudin Maidin   merupakan tuduhan liar dan dangkal dan diluar dari  realiti  sebenar  dan seharusnya beliau berasa malu dengan penyataan-penyataan sedemikian.

Mohd Shukre Sulaiman
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Kawasan Parit 

TIRU LAH MACAM SAYA......KAH....KAH....KAH.....???

on

Exco: Pemilihan PKR Merbok dicemari aksi 'ganas'

Exco kerajaan Kedah S Manikumar mendakwa mesyuarat cabang tahunan Merbok dicemari dengan aksi "ganas" apabila perwakilan cuba menyerang, mengugut dan menghamburkan kata-kata kesat terhadapnya.

Sehubungan itu, beliau yang juga ADUN Bukit Selambau membuat satu laporan polis di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kuala Muda dekat Kuala Kedah berhubung perkara itu awal petang semalam.

Katanya, dalam mesyuarat di sebuah dewan di Bedong semalam, terdapat "unsur-unsur penyelewengan" dan berlaku kekecohan apabila pengawas pemilihan menghentikannya.

"Ini mengakibatkan rasa tidak puas hati di kalangan (perwakilan) pemilihan di situ dan mereka bertindak ganas untuk menyerang saya, mengugut dan menggamburkan kata-kata kesat.

"Saya rasa keselamatan saya dan keluarga saya terancam," laporan polisnya itu dipetik.

Semalam, Malaysiakini melaporkan proses pemilihan PKR cabang Merbok dan Jerai - kedua-dua di Kedah - ditangguhkan ekoran dakwaan berlakunya penyelewengan.

Pemilihan bagi jawatan ketua cabang Merbok menarik perhatian apabila ketuanya Abdul Rashid Din menarik diri dan ahli majlis pimpinan pusat Saiful Izham Ramli merupakan calon tunggal bagi jawatan itu.

Manakala bagi jawatan timbalan ketua pula, Manikumar - yang memegang portfolio perdagangan dalam negeri - berdepan dengan naib ketua cabang, Mukhtar Ismail.

Usaha mendapatkan ulasan Manikmar hari ini belum berhasil.Malaysiakini difahamkan beliau kita berada di Thailand untuk urusan rasmi kerajaan negeri.

Manakala pengerusi jawatankuasa pemilihan Dr Molly Cheah ketika dihubungi masih belum jelas berhubung kejadian itu. Bagaimanapun beliau mengakui "ada mendengarnya".

Sementara itu, Pentadbir Pemilihan PKR Raden Shamsulkamar Raden Shamsudin hari ini mengesahkan penangguhan mesyuarat dan pemilihan di cabang itu.

Katanya, pihaknya telah menerima laporan awal daripada pengawas pemilihan yang bertugas di cabang tersebut dan "terdapat satu kumpulan yang menimbulkan kekacauan".

"Kita akan tunggu laporan penuh daripada pengawas dan akan membuat siasatan," katanya sambil menjangkakan masalah sebenar akan diketahui minggu depan.

"Selepas itu kita akan keluarkan kenyataan rasmi (mengenai perkara itu)."

Sementara itu, tambahnya, kecuali di Jerai, perjalanan mesyuarat dan pemilihan di tempat lain setakar ini berjalan lancar.



Malaysiakini

MELAYU TAK AKAN HILANG KUASA.... YANG HILANG KUASA.........???

on

Umno Terus Meniupkan Api Perkauman


Dewan Pemuda PAS pusat (DPPP) menyelar kenyataan Tun Dr. Mahathir yang juga merupakan mantan Perdana Menteri Malaysia yang terus menerus meniupkan api perkauman. Terbaru, kenyataan yang dikeluarkan oleh akhbar ‘lidah rasmi’ UMNO iaitu Utusan Malaysia yang bertajuk Melayu Hilang Kuasa. Beliau yang juga bekas Presiden UMNO berkata demikian dalam wawancara khas yang dipetik daripada laman webwww.umno-online.com.

Persoalannya sekarang, benarkah apa yang diperkatakan oleh Tun Mahathir itu? Benarkah Melayu akan hilang kuasa dan ‘suara' sekiranya pakatan pembangkang (disebut Pakatan Rakyat @ PR)? Jika diteliti kembali akan kenyataan beliau seolah-olah kenyataan tersebut dikeluarkan oleh mereka yang ‘tidak cerdik' dan bukannya datang daripada seorang yang dianggap tokoh negarawan. Fakta-fakta yang diberikan menunjukkan beliau sememangnya mengesahkan teori beliau sendiri iaitu Melayu Mudah Lupa.
Mengambil contoh Kelantan yang diperintah oleh PAS selama 20 tahun dan 18 tahun sebelumnya, berapa inci tanah orang Melayu yang PAS telah khianati? Sedangkan kalau dilihat ekonomi Melayu di Kelantan lebih hebat jika dibandingkan dengan negeri yang diperintah oleh UMNO/BN. Terbaru, sebanyak 118 projek di Kelantan telah dibekukan sejak Rancangan Malaysia ke-6 diperkenalkan pada tahun 1991. Jumlah itu meliputi 1,086.278 hektar atau melebihi 2500 ekar tanah dari sepuluh jajahan di negeri ini. Bukankah Kelantan yang majoritinya terdiri daripada masyarakat orang Melayu? Mengapa dihalang pembangunan negeri yang majoritinya orang Melayu jika UMNO benar-benar memperjuangkan Melayu?

Begitu juga ketika PAS & Barisan Alternative (BA) memerintah Terengganu setelah berjaya mengambil alih teraju pemerintahan negeri daripada UMNO/BN pada tahun 1999 yang mana ketika itu YB Dato Seri' Tuan Guru Hj.Abd.Hadi Awang selaku Presiden PAS menjadi menteri besar telah memberi tanah kepada orang Melayu namun dirampas kembali setelah UMNO berjaya menawan semula Terengganu pada tahun 2004. Apakah ini tidak khianat namanya?

Fakta jelas menunjukkan bahawa PR ketika memerintah Perak selama 10 bulan, hanya 3,000 ekar tanah sahaja yang diberikan kepada orang cina sedangkan orang melayu juga mendapat 7,000 ekar. Itu pun setelah mereka menduduki tanah tersebut selama 70 tahun. Jika UMNO menuduh PAS boneka DAP, mengapa tanah yang dipohon oleh Tuan Guru Hj.Abd.Latif (Pondok Pak Teh Kroh, Grik Perak) yang dipohon sejak 1996 telah diluluskan oleh EXCO PR pada tahun 2008 (setelah 12 tahun) sebanyak 45 ekar. Jika Dato' Seri Nizar adalah merupakan boneka DAP, pastinya permohonan beliau ditolak. Kenapa tidak pemberian tanah seluas 7,000 ekar yang diberi kepada orang melayu tidak disebut? Siapa yang memerintah Perak sebelum ini kalau bukan UMNO/BN yang sanggup menahan permohonan orang Melayu walaupun untuk pembinaan sekolah agama. Berikut ini adalah bukti UMNO mengkhianati tanah orang Melayu di Perak :-

- 22,000 ekar tanah kerajaan digadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
- 5,000 ekar di Bruas yang mana 1,500 ekar kepada MCA di Bandar Baru, Kampar (UTAR)
- 200 ekar Tanah Rizab Melayu (TRM) digadai kepada Perak Hanjoong (sekarang YTL) di Padang Rengas, Kuala Kangsar (dekat sebelah Lebuhraya PLUS)
Dan berikutnya tanah-tanah yang dikhianati oleh UMNO di negeri lain :-
- Pada tahun 1990 seramai 80 penduduk di Pantai Chenang, Langkawi yang tinggal di atas TRM dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort
- Sebanyak 930 hektar TRM di Kampung Mambau, N. Sembilan telah diambil untuk Projek Seremban 2 pada 1990.
- Juga pada tahun yang sama, 600 orang yang tinggal di situ, 26,000 hektar TRM di Tanjung Langsat - Tanjung Piai, Johor diambil oleh Kuok Brother Collabratioan UEM

Dan banyak lagi fakta-fakta lain. Hakikatnya UMNO menjadi punca tanah rezab melayu banyak tergadai terutamanya dizaman Tun Mahathir sewaktu menjadi PM dahulu. Ini baru isu tanah. Belum lagi bab saham bumiputera yang tinggal 2 bilion daripada 52 bilion, isu rasuah dan salah laku pemimpin. DPPP mencabar Tun Mahathir untuk berdebat secara terbuka siapa sebenarnya pengkhianat melayu.
DPPP merasakan sudah sampai masanya rakyat bersama-sama PR untuk mengubah lanskap politik Malaysia supaya kuasa menerajui negara tidak lagi diletakkan di ataskan bahu UMNO/BN kerana terlalu banyak bukti yang terang lagi nyata yang UMNO sememangnya penyebab utama Melayu mundur setelah 52 tahun memerintah. Bahkan buka sahaja Melayu, malah bangsa lain juga merasakan tidak selamat selagi mana ada UMNO yang jelas memperjuangkan dasar perkauman yang mengancam keselamatan negara.

Disediakan Oleh
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional dan Hubungan NGO DPPP

Ibrahim Ali Bersuara Lagi.....???

on

Ibrahim Ali: ‘Saya faham 1 Malaysia tapi Muhyiddin, Nazri tidak’


PASIR MAS, 25 Sept — Sambil menyatakan dirinya bukan rasis, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata, maksud sebenarnya konsep 1Malaysia yang dibawa Datuk Seri Najib Razak adalah bahawa semua rakyat berbilang kaum di negara ini mesti memberi kesetian padu kepada Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu sebelum menganggap diri mereka sebagai “rakyat Malaysia.”  Sehubungan itu Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini berkata berdasarkan konsep tersebut, beliau “setia kepada Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu, kemudian baru rakyat Malaysia.”
Bulan lalu beliau mendesak Perdana Menteri memperjelaskan konsep 1Malaysia. Gesaan itu diulangi Setiausaha Agungnya Syed Hassan Syed Ali minggu lalu.
Ibrahim berkata, apabila rakyat sudah memberikan kesetiaan kepada Yang di-Pertuan Agong baru mereka akan taat dan menghormati Perlembagaan Persekutuan.
“Bagi saya secara peribadi maksud konsep 1 Malaysia adalah sebagai seorang rakyat saya harus memberikan kesetiaan kepada Yang di-Pertuan Agong.
“Kalau sudah taat kepada Yang di-Pertuan Agong baru kita boleh taat kepada Perlembagaan negara.

“Bukan seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri) yang kata beliau Melayu dulu baru warga Malaysia dan bukan juga seperti Datuk Seri Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) yang kata beliau warga Malaysia dulu baru Melayu. Saya faham 1 Malaysia tapi mereka tidak,” kata beliau selepas merasmikan program Pesta Tanglung di Kampung Cina di sini malam tadi yang disertai sekitar 100 orang.

Dalam menjawab tulisan Awang Selamat Mingguan Malaysia Ahad lalu, Nazri berkata. beliau adalah rakyat Malaysia terlebih dahulu dan kemudian baru orang Melayu.
“Apakah mana-mana pentaksub ada masalah dengan soal ini?” kata beliau.
Pendirian itu bertentangan dengan kenyataan Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno pada April lalu bahawa beliau orang Melayu terlebih dahulu, baru rakyat Malaysia.

Ibrahim berkata setiap rakyat di negara ini mempunyai hak masing-masing tetapi ada had yang tidak sepatutnya dipersoalkan.
“Sebagai contoh dalam sebuah keluarga, ada ayah, ibu, anak dan mungkin juga tukang sapu. Kesemua mereka ini mempunyai hak yang ditetapkan.
“Seorang isteri tidak mempunyai hak seperti suaminya, begitu juga dengan anak dan tukang sapu.
“Jadi kalau tukang sapu mengemas bilik anda, dia mempunyai hak untuk kemas tetapi pada masa dia tidak mempunyai hak langsung untuk tidur di atas tilam anda. Betul atau tidak?” soalnya.
Ibrahim memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas dalam pilihan raya umum ke-12 setelah menewaskan calon Umno Ahmad Rasdi Mahmed dengan majoriti 8,991 undi.

Ketika itu Ibrahim bertanding atas tiket PAS. Parlimen Pasir Mas mempunyai seramai 59,640 pengundi. Ibrahim juga menggesa penduduk di kawasan Pasir Mas supaya tidak terpedaya akan usaha yang dilakukan parti politik yang mahu menjatuhkan imejnya.
“Bila saya katakan tentang hak Melayu, mereka (parti politik) kata saya rasis dan perkauman.
“Sedangkan apa yang saya perjuangkan adalah apa yang tertulis dalam Perlembagaan Negara. Adakah ini dikatakan rasis?” katanya.
Baru-baru ini pemimpin Umno-BN terlibat dalam perang kenyataan dengan Ibrahim berhubung kenyataan pemimpin-pemimpin perikatan itu bahawa BN tidak harus menjalin kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan itu kerana bimbang dasar perjuangannya boleh menghakis sokongan dalam pilihan raya umum ke-13.

Hari ini Perkasa akan mengadakan Perhimpunan Perdana Perkasa Kelantan di pekarangan Stesen Keretapi Pasir Mas pada pukul 3 petang.
Program yang bertemakan “Perpaduan Melayu Teras Perpaduan Rakyat Malaysia” turut akan disertai bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kembara Jr




Syabas Rugi Ke......???

on

Syabas Tuntut Pampasan RM308 Juta Daripada Kerajaan Selangor
PETALING JAYA: Kerajaan Negeri Selangor mendakwa Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menuntut pampasan RM308 juta gara-gara dihalang menaikkan tarif air di negeri itu.
Menurut Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Syabas membuat tuntutan itu menerusi dua surat bertarikh 15 September dengan alasan kononnya syarikat itu mengalami kerugian disebabkan keengganan pihaknya membenarkan tarif dinaikkan seperti yang terkandung dalam perjanjian konsesi.
Abdul Khalid berkata, Syabas mengugut untuk mengheret kerajaan negeri ke mahkamah jika gagal menunaikan tuntutan tersebut dan mematuhi syarat perjanjian.
"Jika Syabas dibenarkan menaikkan tarif air sehingga 37 peratus seperti yang disebut dalam perjanjian konsesi, harga air akan menjadi lebih mahal daripada harga petrol hari ini.
Lu Fikir Le sendiri......
"Kerajaan Negeri tidak akan membenarkan perkara ini berlaku kerana rakyat masih dibelenggu dengan kemelut ekonomi global, apatah lagi perkhidmatan air yang diberikan tidak setimpal dengan harga yang dikenakan," katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.
Abdul Khalid menegaskan, pihaknya bertanggung jawab mempertahankan hak rakyat Selangor untuk mendapatkan perkhidmatan air terbaik pada caj berpatutan.
"Kami juga mempunyai hak dan alasan kukuh untuk mengheret Syabas ke mahkamah kerana mereka gagal patuh asas penting dalam perjanjian konsesi air. Akibat kegagalan itu, rakyat Selangor telah rugi jutaan ringgit," tambahnya.
Abdul Khalid berkata, beliau telah berulang kali menegaskan bahawa kerajaan negeri akan membantah hal itu.
Bagaimanapun, pihaknya menangguh hasrat mengambil tindakan undang-undang bagi menghormati perbincangan pihak terbabit.
Menurut beliau, Syabas seharusnya mengutamakan rundingan pengambilalihan syarikat konsesi air bagi menyelesaikan penstrukturan secara menyeluruh, supaya mutu perkhidmatan pembekalan air dapat dipertingkatkan untuk rakyat Selangor.
myStar

Yang Kau Sakit Hati Nurul Izzah Bertandaing Apa Hal........???

on

   
Konspirasi Anak-Beranak Dalam PKR?


PETALING JAYA: Pengumuman Nurul Izzah Anwar untuk turut bertanding pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) November ini seolah-oleh mengesahkan wujudnya konspirasi 'politik anak-beranak' dalam parti itu.
Bekas Naib Presiden PKR, Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak berkata, beliau menjangkakan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat tawaran jawatan kepada anak sulungnya itu bagi memastikan perancangan untuk memenangkan calon tertentu jadi kenyataan.
"Tindakan Nurul Izzah sangat meragukan, dulu kata tak mahu bertanding, tapi sekarang sedia bertanding... dulu kata sokong Zaid (Ibrahim), tapi sekarang ambil sikap berkecuali pula.
"Jadi ia menggambarkan bahawa Anwar mungkin telah membuat tawaran jawatan penting dalam parti sekiranya anaknya itu menyokong Azmin (Ali) bagi jawatan Timbalan Presiden," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Jumaat.
Beliau mengulas pendirian terbaru Nurul Izzah yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden PKR setelah menerima lapan pencalonan setakat ini.
Malah pada masa yang sama Ahli Parlimen Lembah Pantai itu turut mengumumkan pendirian untuk tidak menyokong mana-mana calon yang bertanding pada pemilihan parti itu nanti.
Sebelum ini Nurul Izzah dilaporkan mengakui wujud perbezaan pendapat dalam keluarganya terutama berhubung perebutan jawatan Timbalan Presiden yang ditandingi dua calon popular iaitu Naib Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Datuk Zaid Ibrahim.
Mengulas lanjut Saidatul Badru bagaimanapun berkata, Nurul Izzah berhak untuk bertanding bagi mana-mana jawatan dalam parti itu namun tetap meragui keupayaan dan kredibilinya dalam berpolitik.
"Memang itu hak setiap ahli, tapi dia itu siapa? Baru setahun jagung dalam politik... belum cukup pengalaman. Lainlah kalau nak bertanding jawatan Ketua AMK (Angkatan Muda Keadilan).
"Ini tidak, terus nak lompat ke jawatan yang lebih tinggi... lainlah kalau dia ada 'pakatan' dengan bapanya untuk diberikan jawatan itu," katanya.
Selain itu beliau berkata keadaan ini menggambarkan Anwar selaku penasihat menjadikan PKR sebagai parti milik keluarga apabila membuat perancangan meletakkan isteri dan anak memegang jawatan tertinggi dalam parti.
"Dia buat parti ini milik peribadi, semuanya dia yang aturkan, maka jadilah parti ini parti anak-beranak," katanya.
Dalam pada itu, Saidatul Badru turut menasihatkan agar ahli dan penyokong PKR menilai situasi berkenaan dengan sewajarnya agar tidak tidak terus ditipu untuk kepentingan individu tertentu.
"Saya harap penyokong PKR sedar, buka mata...jangan biarkan diri terus ditipu dengan permainan politik Anwar demi kepentingan peribadinya semata-mata," katanya.

Negeri Pakatan sertai sidang Malaysia-Thailand

on

HATYAI, THAILAND, 25 Sept: Penyertaan Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang dalam hubungan dua negara Malaysia dan Thailand, semalam jelas membuktikan pentadbiran negeri Pakatan Rakyat (PR) diiktiraf oleh negara luar.
Persidangan Kali Pertama Lima Dasar dan Ekspo antara lima negeri dalam Malaysia iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Perlis manakala Thailand diwakili empat wilayah Selatan, Yala, Pattani, Satun dan Songkla.
Kelantan diwakili oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi, Dr Nik Mazian Nik Mahmood dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar, Ir Mustafa Salleh, Kedah diwakili oleh Exco negeri, Abd Ghani Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Abdul Malik Kassim, Exco Perlis, Ahmad Bakri  Datuk Ali dan Pegawai Khas Exco Perak, Noormah Ismail.
Perasmian persidangan dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri Thailand, Trirong Suwankiri.
Turut hadir Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir.
Penglibatan dalam Lima Dasar yang melibatkan lima sektor utama iaitu industri halal, pelancongan, perdagangan, logistik dan pelaburan antara negeri yang berjiran dengan Selatan Thailand boleh meningkatkan hubungan dua hala terutamanya dalam meningkatkan ekonomi.
Menurut Ir Mustaffa Salleh, persidangan itu amat berguna kepada kerajaan negeri dalam menarik pelabur di pelbagai bidang yang disenaraikan tersebut.
“Keadaan Kelantan yang begitu strategik dengan Selatan Thai akan memudahkan hubungan dua hala dalam menjayakan program ini dan secara kebetulannya adat budaya antara Kelantan dan Selatan Thai banyak persamaannya,” kata beliau.
Beliau juga berharap disebabkan ia melibatkan kedua-dua negara, kerajaan Pusat seharusnya mengambil beberapa langkah dalam menjayakan rumusan hasil daripada persidangan kali pertama ini.
“Insya Allah, saya berpendapat Kelantan akan bersedia melibatkan diri dalam pelbagai sektor yang dijadikan agenda penting persidangan ini kerana ia begitu baik demi peningkatan pembangunan ekonomi negeri,” ujarnya lagi.
Abdul Ghani Ahmad pula berpendapat persidangan dan ekspo yang diadakan buat pertama kali itu akan membuka peluang kepada kerajaan Kedah dan agensi swasta untuk memulakan perbincangan dua hala dalam bidang yang ditetapkan itu.
“Kedah akan bersedia untuk melibatkan diri demi pembangunan Kedah dan Selatan Thailand boleh menjadi rakan dalam memajukan antara kedua-dua pihak,” katanya.
Abd Ghani juga berharap walaupun penglibatan tiga negeri dalam Pakatan Rakyat dalam persidangan itu, ia tidak boleh dijadikan alasan oleh pusat untuk mengabaikan demi menjaga hubungan dua hala Malaysia-Thailand.
“Kita tengok dalam banyak bidang yang kerajaan pusat harus memberi tumpuan seperti penarikan pelabur dari Thailand, pelancongan dan juga logistik, ia amat diperlukan dalam meningkatkan pembangunan di kawasan utara negara kita,” kata beliau lagi.
Bagi Abdul Malik Kassim, penyertaan dalam persidangan dan pameran itu tidak akan mencapai hala tuju sekiranya hubungan kerajaan Malaysia dan Thailand tidak dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang sudah berlarutan seperti pengenaan duti ke atas penggunaan pelabuhan yang menjadi persinggahan kepada kepada kapal antarabangsa.
“Walaupun masih banyak yang perlu diselesaikan oleh kedua-dua pihak, Pulau Pinang akan tetap memberi kerjasama dalam menjayakan program ini dan kita akan menekankan dalam sektor industri halal  dan pelancongan kerana di Pulau Pinang juga menjadi tumpuan utama pelanconga n dari Thailand,” kata beliau.

Pakatan Rakyat sempat perintah 2 tahun je selepas PRU 13...??? Ada teori kata......

on

Lu Fikir Le Sendiri.....



Menyebut bahawa PR berjaya menawan Putrajaya, ramai yang tersenyum. Mungkin bebenan UMNO-BN yang memerintah lebih separuh abad kini dah tak tertanggung lagi oleh rakyat. Seolah-olah ianya satu sinar kebebasan dan kemerdekaan sebenar. Menghambat penjajah yang dulu hanyalah sekadar kulit dan retorik semata. Kalau tumbangnya Umno-BN, barulah kemerdekaan isi dan hakikinya.

Ditanya, bagaimana kalau kemenangan itu 2 tahun semata. “Pedulilah! Biarkan setahun pun. Yang penting UMNO-BN tumbang juga. Sebelum mati aku nak tengok jugok, Umno geluling sekali.” Kemudian beberapa ketika ditanya: “Ish! Kenapa 2 tahun aje?” UMNO rampas balik ke? Duit dah tiada ke? Singapura tawan Malaysia ke? Huru-hara ke?

Meminjam kata-kata Indon yang sedang berdemo dihadapan kedutaan Malaysia, indon yang berjuta menjadi amah & perkerja buruh di Malaysia, Indon yang mendapat PR untuk mengundi UMNO dalam pilihanraya dan meminjam kata-kata drama dan filem Indon yang setiap pagi dan petang yang ditayangkan di TV & Media dinegara kita…. “Waduhhh!! Kiamat udah dekat!”

Teringat kata-kata seorang guruku masa zaman persekolahan dulu. Apabila dekat dengan kiamat semua peralatan hebat dan canggih tidak boleh digunakan. Manusia akan kembali kepada sistem kehidupan asal sebagaimana awal kehidupan manusia. Meskipun manusia telah mencipta kapal terbang, kereta, peralatan elektrik dan sebagainya, ia akan tersadai begitu sahaja. Kenapa? Sebab apabila semua bahan api tiada. Petrol sudah habis. Diesel sudah habis. Minyak dan gas sudah kering. Arang batu sudah tiada. Elektrik tidak dapat dijanakan kerana sumber penjana sudah tiada. Hidro tak berfungsi kerana air akan kering. Habis apa guna jet dan roket, kereta kebal dan kapal selam? 

Ya.. semua tak boleh digunakan. Manusia akan kembali menggunakan peralatan tradisional kembali. Manusia akan kembali menggunakan kuda, pedang dan panah. Apa dalilnya? Guru bersandarkan hadis Rasulullah Saw : “Ajarlah anakmu berenang, memanah & menunggang kuda”. Hadis Rasulullah Saw relevan hingga kiamat. Dan sebelum kiamat manusia akan kembali menggunakan kuda dan memanah semula. Rasulullah Saw juga menyebut bahawa takkan berlaku kiamat sehingga semua barang berharga didalam perut bumi habis dikeluarkan. Manusia ketika itu tidak ada harga lagi emas dan perak. Betul ke? Yelah! Itu telahan dan pemahaman beliau peristiwa akhir zaman. Nak percaya ke tidak, ianya bukan rukun iman.

Bagaimana lapuran NASA yang terbaru ini. Menyebabkan penulis teringat kembali kata-kata beliau.

Warta365

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List