Any Surprises To See RPK Working With Umno As Well....???

on Oct 13, 2010

News image

Many will bang their fists, show their middle fingers and curse me like hell after reading this posting. All these are an indication of their hate for Umno and their love and believe in Raja Petra Kamarudin (RPK).
When your present girlfriend slowly starts to deny you the touch, love and screwing as and when you like, what will you do? You had dumped a few girls before when they are no longer hot and to your taste. These ex-girlfriends of yours found out that you are going to dump your present girlfriend, naturally they will disguised themselves according to your taste from what they had learned previously and making a beeline to attract you back. Since your present girlfriend had shown her dislike to you and denying you the right to screw her you will be looking else where to release your tension and the faster way to achieve that is none other then your ex and they are lining up right in front of you.

Sorry RPK, for dragging you into my posting, this is just what I can make up from my little knowledge of you and politics. Nevertheless, I still need to express how I feel about the whole political scenario and the necessity to get rid of Umno/BN by the 13th GE.

I am nothing or in the minus zone when compared to RPK. RPK is not the type of man who will go berserk when things do not go his way. He is a man with foresight and knows how to plan and play his game well. I need not go into details as to describe the kind of man he is, you can see it through from his writings and the way he gets into the nerves of those who think that they are smarter than him.

Lately, we are seeing a shift in RPK's original intention and planning of how to fight against Umno/BN in the coming 13th GE. At the moment, the gear is shifted from the fifth into the third and yet to reach the reverse gear. There is still hope that he will not shift to the reverse gear unless there is no more options for him to play with. Bear in mind that Umno is watching him very closely, not to intimidate or arrest him but how to woo him to support and back Umno in the coming 13th GE.

Isu hak tanding timbalan presiden Nurul Izzah panas

on




Harakahdaily) - Isu hak bertanding Nurul Izzah Anwar untuk jawatan timbalan presiden PKR menjadi panas dalam pemilihan parti itu sekarang apabila pelbagai pihak membuat kenyataan media mengenainya.
Harakahdaily menerima empat kenyataan berasingan mengenainya dan meminta pihak pimpinan tertinggi parti itu atau Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) menyelesaikan segera isu ini.

Dua kenyataan diterima dari dua ketua cabang PKR Sabah manakala dua lagi kenyataan dari dua calon naib presiden parti itu yang sedang dalam peringkat kempen sekarang ini.

Menurut mereka, tindakan tidak membenarkan Nurul Izzah bertanding jawatan timbalan presiden atas dasar pencalonannya tidak mencukupi iaitu hanya satu (sekurang-kurangnya dua pencalonan diperlukan)  menimbulkan tandatanya kerana beberapa cabang pula mengaku membuat pencalonan untuk beliau.

Nama Nurul Izzah sebagai timbalan presiden naik memuncak apabila salah seorang calon utama jawatan itu, Datuk Zaid Ibrahim membuat kenyataan beliau sedia menimbangkan untuk mengundur diri dari bertanding jawatan itu kalau Nurul Izzah sedia bertanding.

Namun, menurut laporan media, Nurul Izzah hanya mendapat satu pencalonan sahaja selepas tarikh pencalonan ditutup 10 Oktober lalu. Oleh itu, dia tidak layak bertanding jawatan itu.

"Tarikh akhir penyerahan nama calon pada 10 Oktober 2010 tidak pernah diberitahu kepada kami sama sekali dan kami merasakan bahawa tindakan yang diambil samaada oleh Setiausaha Kehormat atau JPP adalah tidak wajar dan kami kecewa," kata Steven Epay A/K Ganing, Ketua Cabang PKR Selangau, Sabah.

Bagi beliau, sebarang maklumat mengenai tarikh akhir penyerahan seharusnya diuar-uarkan bagi membolehkan setiap cabang bertindak sewajarnya.

"Kami melihat ini sebagai satu kepincangan pihak pengurusan kerana gagal mengkoordinasi pilihanraya dalaman parti dan kami juga berharap bahawa ini bukan satu tindakan untuk menyekat Nurul Izzah daripada bertanding.

"Kami hanya mahu parti menerima pencalonan yang telah diberikan oleh cabang kerana percaya setiap nama yang dicalonkan adalah individu yang mampu membawa perubahan pada parti," kata beliau dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.

Pendapat beliau disokong oleh rakannya Lokman b. Uri, Ketua Cabang Semporna juga dari Sabah.

Bagi beliau, pandangan umum rata-rata melihat PKR tidak mampu menguruskan pemilihan dalaman parti dan tindakan menolak pencalonan yang dibuat oleh cabang dilihat memburukkan lagi keadaan.

"Kami tidak pernah dimaklumkan mengenai tarikh akhir penyerahan nama-nama calon adalah pada 10 Oktober 2010 dan adalah tidak adil untuk menidakkan kelayakkan Nurul Izzah untuk bertanding sebagai timbalan presiden. Adakah ini satu konspirasi untuk menghalang Nurul Izzah daripada bertanding?" soal beliau.

Sehubungan itu, beliau mengharapkan agar pihak parti dapat menerima pencalonan yang telah dibuat di peringkat cabang, bukan sahaja bagi memastikan ketelusan pemilihan dalaman parti, tetapi juga membuktikan bahawa parti ini benar-benar memilih untuk melaksanakan demokrasi dan bukan hanya bergerak sebagai batu loncatan bagi individu-individu tertentu melaksanakan agenda peribadi," katanya dalam kenyataanya kepada Harakahdaily.

Calon naib presiden PKR, Jonson Chong juga menyokong kenyataan mereka berdua. Bagi beliau isu pencalonan Nurul Izzah menjadi isu yang hangat diperbincangkan di kalangan ahli parti itu.

Menurutnya, mana-mana ahli yang menyertai parti itu lebih satu tahun sepatutnya dibenarkan untuk bertanding dan mengundia.

"Sepatutnya, pencalonan setiap cabang tidak digagalkan oleh mana-mana masalah pentadbiran," katanya.

Beliau juga mempertikaikan kedudukan JPP, adakah badan ini benar-benar bebas atau masih dikawal oleh pejabat Setiausaha Agung PKR.

"Siapa lebih berkuasa, JPP atau Setiausaha Agung (dalam hal pemilihan parti)," tanya Jonson Chong, bekas Ketua Perhubungan Awam PKR.

Anggota Parlimen Klang,  Manikavasagam Sundaram yang juga calon naib presiden juga bimbang isu ini merosakkan nama baik PKR dalam memperjuangkan demokrasi di negara ini.

Beliau mencadangkan agar tarikh tutup pencalonan ini dilanjutkan kepada 16 Oktober ini untuk memberikan keadilan kepada semua.

PAS putus calon malam ini

on




(Harakahdaily) - Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, calon PAS yang akan bertanding di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Galas nanti diputuskan pada malam ini.
Presiden PAS itu memberitahu, senarai calon telah diserahkan oleh Jawatankuasa PAS Pusat kepada Dewan Harian PAS yang akan bermesyuarat malam ini.
"Malam ini parti akan putuskan siapa calon PAS yang akan bertanding, dan kita akan umum pada 22 Oktober nanti.
"Calon yang kita akan pilih bukan sahaja mempunyai ketokohan, malah juga sesuai dengan keperluan lapangan," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang ketika ditemui di Dewan Rakyat hari ini.
Mengenai PRK Dun Galas itu, beliau berkata PAS mahu turun sebagai underdog berdepan Umno BN.
Beliau berkata, biarpun post mortem Pilihan Raya Umum ke-12 lalu menunjukkan PAS mempunyai kelebihan di Dun itu, namun jentera diharap tidak terlalu yakin.
"Post mortem yang kita buat, undi parlimen bagi Dun Galas kita menang, walaupun Tengku Razaleigh yang bertanding.
"Tapi saya minta PAS jangan over confident, kita mesti meletakkan keyakinan di bawah 50 peratus dan mesti membina sokongan lebih dari 50 peratus," katanya.
Selain itu, beliau juga berharap Umno menghadapi PRK Galas pada 4 November nanti secara demokratik dan profesional.
Ianya termasuk membebaskan media dari membuat liputan sebelah pihak, dan tidak menggunakan jentera kerajaan sebagai jentera Umno BN untuk berkempen.
Menyentuh isu yang akan dibawa PAS pula, beliau yakin isu-isu setempat lebih sesuai dengan suasana Galas di kawasan pinggir bandar Gua Musang.
Bagaimanapun ianya mungkin berubah mengikut kesesuaian masa dan suasana kempen nanti.
"Apa pun kita harap perjalanan pilihan raya ini berjalan dengan baik, dan kita bergantung dengan Allah SWT," katanya.

Part 13: The MACC NFA the case against Khir Toyo (8)

on


Permodalan Negeri Selangor Berhad, which is owned by Perbadanan Menteri Besar Selangor, made a loss of RM4,387,897 in 2006. Its accumulated losses for 2006 was RM7,504,459. Yet it forked out almost RM2 million to pay for the cost of the ‘study tours’ for those in the Selangor corridors of power. And should Chan Ah Chye and Khir Toyo, plus their family and maids, also be amongst that delegation?










Umno-BN Makin Tenat, Pakatan Rakyat Bakal Terajui Negara....???

on

Anwar Ibrahim

PERDANA Menteri, Dato’ Seri Najib Razak, jelas tidak dapat menyembunyikan betapa beliau amat gusar memikirkan masa depan Umno-Barisan Nasional yang terus kelam, akibat kegagalannya mendapat sokongan rakyat.
Ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ke-57 di Wisma MCA, minggu lepas Najib berkata, usaha kerajaan mengemukakan Model Baru Ekonomi, Pelan Transformasi Ekonomi dan Rancangan Malaysia Ke-10 dan semua ini tidak berguna tanpa mendapat sokongan rakyat.
“Itu sebab saya nak sangat kemenangan pada pilihan raya umum ke-13.
“Kita tidak boleh mentransformasi (negara ini) kecuali kita mendapat mandat baru (daripada rakyat) dalam pilihan raya umum ke-13,” katanya.
Ada pandangan mengatakan bahawa, apa yang Najib sebutkan itu merupakan suatu signal, kemungkinan beliau memanggil pilihan raya umum lebih awal daripada tempoh berakhir penggal Parlimen sesi ini, pada 2012.
Ada yang kata, kemungkinan PRU ke-13 disekalikan dengan pilihan raya negeri Sarawak, kerana Najib bimbang kesan buruk bakal menimpa BN, jika kuasa BN di Sarawak tergugat.
Apa pun andaian, kuasa menentukan tarikh pilihan raya ada pada PM. Hanya Najib yang tahu bila beliau patut bubarkan Parlimen.

Chegu Bard umum bertanding Ketua AMK

on

DSC_0589KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Badrul Hisham Shaharin hari ini mengumumkan hasratnya untuk bertanding merebut jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat sekaligus mencabar penyandangnya Shamsul Iskandar Mohd Akin dan calon Mohd Rafizi Ramli.
Perkara itu  diumumkan beliau secara rasminya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) di sini.
Sehubungan itu, beliau turut menampilkan bergunya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja Chang Lih Kang bagi merebut jawatan Timbalan AMK.
Manakala bagi jawatan Naib Ketua AMK pula beliau mempertaruhkan Ketua AMK Perak yang juga Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari dan Ketua Cabang Keningau Dr Nicholas Guntobon .
Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard merupakan individu kedua yang mengumumkan hasrat bertanding bagi Ketua AMK selepas Rafizi, manakala FMT difahamkan Shamsul pula dijangka akan mengumumkan keputusan sama ada untuk mempertahankan jawatannya itu Jumaat ini.
"Saya bersyukur dapat sokongan kebanyakan golongan anak muda daripada seluruh negeri malah mendapat restu daripada pemimpin tertinggi PKR," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Kira-kira 100 penyokong, Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub, serta beberapa pemimpin PKR lain turut hadir bagi menyatakan sokongan terhadap Chegu Bard.
Manifesto utama
DSC_0594Dengan menampilkan manifesto utama iaitu mahu merancakkan semula gerakan anak muda untuk mengubah negara dan memulangkan semula hak rakyat Perak kepada pemerintahan Pakatan Rakyat, beliau yakin mendapat sokongan golongan muda parti dan ahli selain AMK.
Ditanya mengenai peluangnya bersaing dengan pencabar lain seperti Rafizi, Shamsul, dan Hasmi Hashim, beliau meyifatkan mereka sebagai calon Ketua AMK yang "saling melengkapi".
"Masing-masing mempunyai kelebihan. Kepada mereka yang mempunyai rekod dan idea yang baik, sudah tentu dapat sokongan daripada ahli.
"Tapi dalam pertandingan perlu pilih yang terbaik. Kalah menang adat pertandingan dan kepada yang kalah, perlu bersedia menerimanya dengan hati terbuka," katanya.
Beliau juga difahamkam akan mula menggerakkan jenteranya dan berkempen ke seluruh negeri pada 17 Oktober depan bermula di Kedah.
Chegu Bard turut mengumumkan untuk mengambil sikap berkecuali dan menyokong semua calon naib presiden yang mahu bertanding.
"Kami menyokong Azmin (Ali), begitu juga Zaid (Ibrahim), (Tan Sri) Khalid (Ibrahim) dan Mustaffa (Kamil Ayub).
"Bagi kami ini adalah satu proses biasa untuk memilih satu pasukan kepimpinan untuk memperkukuhkan parti," katanya.
Sementara itu, Lih Kang berkata keputusannya untuk bertanding jawatan tertinggi adalah kerana mahu memperkukuhkan agenda parti.
"Setelah berbincang dengan rakan-rakan lain, saya menawarkan diri bertanding sebagai timbalan," katanya yang sebelum ini berpendirian hanya berminat bertanding di peringkat exco pusat.

Ketua Bahagian Umno Paya Besar Kompom Berbohong......???

on

Kontroversi: Sah, Dakwaan Ada 215 Ahli PKR Paya Besar Keluar Parti Adalah 'Bohong' Semata-Mata, UMNO Terbukti Menipu Untuk Hadapi PRK Galas!





KUANTAN, 13 Okt  - Laporan mengenai215 orang ahli PKR cabang Paya Besar keluar parti dan menyertai UMNO semalam, terbukti hanyalah satu pembohongan semata-mata. Demikian diperjelaskan oleh Dato' Fauzi Abdul Rahman(foto) dalam sidang media di kediamannya padi tadi. Malah, katanya salah seorang ahli PKR yang dikatakan menyertai UMNO itu juga turut hadir dalam sidang media hari ini. Tambah mengejutkan individu yang dikatakan ahli PKR itu sebenarnya adalah ahli UMNO cawanganterbabit. "Beliau dengan jujur dan beraninya mengaku bahawa dia telah ditipu untuk hadir dalam majlis yang diadakan oleh Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman itu. Hari ini dia dengan ikhlas hati sanggup datang ke rumah saya untuk menyatakan kebenaran. Malah beliau turut mengaku yang dia bukanlah ahli PKR tetapi ahli UMNO. Semua yang berlaku hanyalah satu penipuan semata-mata bagi menjatuhkan maruah PKR di mata rakyat Tambahan pula menjelangnya kempen Pilihanraya Kecil DUN Galas tidak lama lagi. Semua ini adalah strategi mereka sebenarnya ", katan Dato' Fauzi. Persoalannya sekarang, kenapa pemimpin UMNO berkenaan sanggup menipu rakyat denganmembuat satu sidang media yang kononnya ranting PKR di cabang berkenaan seolah-olah sudah lumpuh dan kini dibubarkan.

Sidang media dihadiri hampir kesemua media arus perdana pagi tadi

"Saya hairan dengan sikap Ketua UMNO Bahagian Paya Besar itu yang tergamak mencari publisiti murahan dengan berita palsu dan pembohongan ini. Malah, saya juga mencabar beliau menunjukkan bukti bahawa 215 orang ahli PKR yang telah keluar parti. Apa yang saya tahu, hanya seorang sahaja ahli yang keluar akibat kecewa kerana tidak dipilih ke jawatankuasa cabang baru-baru ini. Itu pun ketika saya hubungi dia, individu terbabit masing menyokong PKR cuma berminat untuk bertukar ke cabang Kuala Krau selepas ini. Jika dakwaan Tajuddin benar, sila kemukakan bukti dakwaan itu dan jangan cuba untuk berbohong kepada rakyat", tambah beliau lagi. 



Baca seterusnya





[Tindakan Datuk Ahmad Tajuddin (foto) ini ibarat"menjolok sarang tebuan", kerana pemimpin PKR sebenarnya banyak menyimpan fail sulit beliau terutamanya isu tanah UMNO di Paya Rambutan dalam Bahagian Paya Besar. Makanya Tajuddin wajar memohon maaf secara terbuka atas tindakan beliau yang cukup memalukan ini. Wajarkah seseorang pemimpin berbohong kepada rakyat sedangkan hakikatnya "jauh panggang dari api". Malah, PKR cabang itu juga ada berjanji untuk memastikan parlimen Paya Besar jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang. Tajuddin juga harus ingat bahawa dialah "Tali Barut" yang banyak membocorkan rahsia Kerajaan Negeri Pahang, UMNO Pahang dan Felda selama ini. Banyak fail-fail yang telah diberikan kepada pemimpin pembangkang untuk diketengahkan. Maknanya UMNO Pahang tidak wajar menyimpan orang seperti Tajuddin ini. Malah, beliau juga pernah beberapa kali berjumpa dengan pimpinan tertinggi PKR Pahang kononnya berhasrat untuk menyertai PKR ketika itu. Kini banyak fail-fail Tajuddin bakal dilondehkan satu persatu akibat keceluparan beliau itu].

Ibrahim denies being disrespectful, blames media

on


KUALA LUMPUR, Oct 13 — Datuk Ibrahim Ali lambasted the opposition and the media today for accusing him of disrespect when he failed to rise during a one-minute silence tribute to the late Batu Sapi MP, asking if he would be attacked next for “farting or coughing”.
“I stood up, only a bit late so what is the problem?
“Next time, if I fart or cough also it will be a problem. Now, Ibrahim Ali has become a problem... especially to people like you, Malaysian Insider, FMT, Malaysiakini,” he charged at reporters in Parliament this morning.
Two days ago, the Pasir Mas MP was accused of disrespect when he allegedly failed to stand up and was even seen talking on his mobile phone when the House observed a minute-long silence to show respect to Batu Sapi MP Edmund Chong Ket Wah who passed away in an accident recently.
Ibrahim defended himself today however, explaining that he stood up a little later than the other MPs for he was unwell and had a “numb” leg.
“I am not shy. I have diabetes now and I am under treatment so I am quite sick.
“Since I am under treatment, my eyes are a little watery, whenever I sit, if I do not have a friend with me, I tend to sleep, you know.
“Like when I sit in the LRT, when the train reaches my stop, I won’t be standing up immediately to leave,” he said.
He however did not deny that he had been talking on the phone during the tribute.
“I had my phone in my hand... when an important call comes about an issue from home, then how?” he asked.
Ibrahim also accused the opposition of using him as a “punching bag”, claiming they were bankrupt of ideas to use as accusations against him.
“But I feel good... I tell you, I feel much stronger and stronger because as I said, I am quite sick now. But you have to be resposible, choose better issues to use against me,” he said.
He welcomed the opposition to attack him if they found him guilty of any wrongdoing.
“If Ibrahim Ali committed corruption, or abuse of power, or if I committed sodomy, then attack me on that, no problem with me. If you found that I have done wrong, if it will make a big impact, attack me, but not when I fart or cough,” he said, triggering laughter among the press members gathered around him. Malaysian Insider

TERKINI DAN PANAS.....Istana Kelantan Tarik Balik Gelaran Datuk Ibrahim Ali......???

on




KOTA BARU: Istana Kelantan menarik balik gelaran Datuk yang dikurniakan kepada Presiden Perkasa, Ibrahim Ali dan bekas setiausaha kerajaan negeri, Wan Hashim Wan Daud.
Penarikan semula gelaran itu selang beberapa hari setelah Ibrahim mengadap Sultan Kelantan sebelum ini, Tuanku Ismail Petra.
Selepas kunjungan pada Jumaat lalu, Ibrahim dipetik sebagai berkata, Tuanku Ismail kononnya sangat gembira bertemu beliau dan sempat berkongsi pengalaman bersama beberapa tahun lalu.
Wan Hasim pula merupakan setiausaha sulit kepada Sultan Kelantan sebelum ini.

Politik jahat Umno..kami tak caya.....!!!

on


BUTTERWORTH : Warga emas sekitar Seberang Perai Utara mengatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng serta meminta meneruskan program penghargaan kepada golongan veteran pada masa depan.

Seramai 70 orang warga emas yang datang dari Penaga, Kepala Batas, Bagan, Teluk Air Tawar, Sungai Dua, Tasek Gelugor, Pokok Sena, Lahar Yooi dan kawasan lain turut kesal dengan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim yang tiba-tiba mengajak mereka mengembalikan RM100 dan RM1,000 untuk para waris jika terdapat kematian warga emas kononnya berpunca dari wang judi.

Bagi mereka, semua itu merupakan mainan politik jahat yang sengaja dibangkitkan oleh Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno, Reezal Merican Naina Merican yang menuduh pemberian wang pada pertengahan tahun ini berpunca dari wang Kelab Lumba Kuda.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir yang juga Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man pula meminta warga emas usah terpengaruh dengan dakyah jahat pembangkang negeri ini yang sudah kehabisan modal.

Beliau berkata, sebenarnya wang itu adalah lebihan perbelanjaan Kerajaan Pakatan Rakyat tahun ini sebanyak RM88 juta dan RM20 juta diperuntukkan kepada warga emas sebagai menghargai pengorbanan mereka terhadap kemajuan Pulau Pinang.

"Wang hasil pemberikan Lumba Kuda memang ada tapi ia tidak dimasukkan pada tabung sumbangan kepada warga emas sebaliknya digunakan untuk Rancangan Anti Kemiskinan (RAK) khas untuk masyarakat bukan Islam, " jelasnya lagi.

Seorang warga emas, Zainab Mat (kanan) dari Butterworth menyifatkan, apa yang diperjelaskan oleh kerajaan negeri cukup meyakinkan bahawa semua itu pembohongan.

"Bila datang mendengar sendiri keterangan yang disampaikan oleh Adun dan Ahli Majlis Seberang Perai (MPSP) baru tahu hal sebenar," ujarnya.

Bekas ahli Umno, Abu Bakar Said (kiri) dari Bagan Ajam pula menambah, di zaman BN tidak pernah berlaku ketua menteri melawat surau atau masjid tetapi berlaku di era kepimpinan Pakatan Rakyat.

"Bila KM sendiri turun padang menziarahi umat Islam di samping memberikan penghargaan warga emas, ia satu peristiwa yang tidak pernah berlaku dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN)," tegasnya.

Bagi Sambasivam (kanan) pula, kini baru beliau tahu hal sebenar mengenai perkara itu kerana selama ini mendengar sebelah pihak sahaja.

Sesi penerangan untuk menolak fitnah Umno itu diadakan di Bangunan Datuk Ahmad Badawi disampaikan oleh beberapa orang Adun termasuk Adun Bagan Dalam, Thanasekharan dan Adun Bagan Jermal, Lim Hock Seng.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List