'Hilang layak undi awam' teramai di negeri Pakatan

on Nov 2, 2010

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didesak supaya menjelaskan persoalan yang berbangkit berhubung kumpulan pengundi 'hilang layak undi awam' yang berjumlah 18,493 orang dalam Rang Daftar Pemilih Suku ketiga 2010.

Dan lebih mencurigakan, kata Pemuda PAS Pusat, jumlah tiga negeri paling ramai pengundi “hilang layak undi awam” ialah Kelantan (3,187), Kedah (2,876) dan Perak (2,007). 

"Ironinya, negeri terbabit adalah dua negeri yang diperintah oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dan sebuah negeri lagi telah dijatuhkan secara tidak demokratik oleh BN," kata ketua penerangan Pemuda PAS pusat, Suhaizan Kaiat.
Mengikut kebiasaannya, tegas beliau, apabila seseorang pemilih menjadi pengundi pos, maka secara automatik mereka akan hilang kelayakan sebagai pengundi awam. 

"Bilangan 18,493 undi “hilang layak undi awam” adalah cukup besar. Mereka berkemungkinan besar isteri atau keluarga anggota tentera atau polis," katanya dalam satu kenyataan sambil menambah, kumpulan itu baru diwujudkan dalam rang suku ketiga tahun ini.

Bagaimanapun, katanya, bilangan anggota tentera dan polis yang memohon sebagai pengundi pos adalah 76 orang sahaja, berbanding dengan keluarga mereka yang memohon berjumlah 18,493 orang. 

"Secara tidak langsung, (ia) membawa maksud bahawa secara puratanya satu keluarga polis atau tentera mempunyai 243 orang ahli. Ini angka yang tidak munasabah," tambahnya. 

Katanya, tidak dinafikan keluarga anggota polis dan tentera boleh memohon sebagai pengundi pos secara berasingan dengan suami atau isteri mereka yang menjadi anggota terbabit. 

"Tetapi pendaftaran secara beramai-ramai di suku ketiga dan hampir dengan pilihanraya umum ke-13 adalah sungguh mencurigakan. Seolah-olah ada usaha saat-saat akhir untuk memberi kemenangan kepada pihak tertentu. 

"Terdapat maklumat juga yang menyatakan bahawa terdapat isteri anggota keselamatan yang tidak mengetahui nama mereka telah dipindah daripada pengundi awam kepada pengundi pos. Mereka telah menjadi mangsa kepada golongan yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Menurut Suhaizan lagi, apa yang paling mencurigakan adalah walaupun kali pertama kumpulan ini diwujudkan tetapi mempunyai bilangan yang cukup ramai iaitu 18,493 orang.

Mengenai jumlahnya yang ramai di Kedah, Kelantan dan Perak, Suhaizan berkata, kemenangan Pakatan rakyat dengan majoriti kecil di peringkat DUN adalah sangat membimbangkan. 

"Contohnya di negeri Kedah bagi DUN N24 Jeneri, YB Yahya Abdullah(Pakatan) menang dengan majoriti 67 undi sedangkan undi “hilang layak undi awam” yang telah dimasukkan berjumlah 117 orang. 

"Kemungkinan Pakatan akan kalah sebanyak 50 undi dalam pilihanraya akan datang. Bagi DUN N26 Tanjung Dawai, YB Dr Hamdan Mohd Khalib (Pakatan) menang dengan majoriti 79 undi. 

"Undi daripada pengundi “hilang layak undi awam” yang dimasukkan ke DUN ini adalah seramai 105. Maka Pakatan kemungkinan kalah dengan majoriti sebanyak 26 undi," tambahnya.

Suhaizan juga menyentuh tentang pembaikan sistem undi pos yang didakwanya masih kabur.

"Selepas kekecohan pengurusan undi pos dalam pilihanraya Kecil Sibu lepas, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyedari 
bahawa proses undi pos menyusahkan dan menggunakan terlalu banyak borang. 

"Beliau berjanji mahu membuat perubahan terhadap sistem pengundian pos. Sehingga hari ini tidak diketahui apakah statuscadangan beliau ini.


"Kewujudan pengundi “hilang layak undi awam” ini akan menambahkan bilangan pengundi pos. 

"Bagaimana SPR mahu menghadapi pertambahan pengundi pos yang besar ini sedangkan janjinya untuk memperbaiki sistem undi pos belum menampakkan hasilnya? 

"Selagi ruang manipulasi dalam undi pos masih ada maka pilihanraya di negara ini akan dipertikai oleh rakyat," kata Suhaizan.

Oleh itu, katanya, bagi memastikan sistem pilihanraya berjalan dengan adil dan telus maka SPR mesti menjelaskan kepada rakyat persoalan yang berbangkit berhubung dengan kumpulan pengundi “hilang layak undi awam”.

BILA PAS RASUAH, BILA UMNO BUKAN RASUAH....HEII SPR NI APA CITE......????

on



SPR: Bayaran RM20 bukan rasuah


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin bahawa bayaran RM20 yang ditaburkan kepada orang ramai sebelum majlis jamuan makan malam anjuran Wanita Umno di Batu Sapi, Sabah bukan bertujuan membeli undi.

Ketika dihubungi hari ini, pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata dakwaan seumpama itu sukar dibuktikan.

“Kita banyak dengar perkara ini, ada orang bagi basikal dan makanan. Mereka boleh beri pelbagai alasan. Lihat contoh PAS, kata mereka bayaran RM250 untuk pengundi luar supaya pulang mengundi di Galas bukan rasuah tetapi sebagai elaun pengangkutan,” katanya dengan panjang lebar melalui telefon.

Lagipun, kata Aziz kesalahan seumpama itu sukar dibuktikan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana mereka perlu menunjukkan bahawa penerima habuan berkenaan telah mengundi parti yang memberi.

“Undi kita rahsia, jadi bagaimana kita nak tahu parti mana yang dipangkah oleh orang yang menerima wang itu? Saya tidak dapat melihat hubungan itu.

“Terdapat ramai peguam hari ini dan mereka boleh memutar daripada hitam kepada putih, jadi kamu kena ada bukti yang jelas dan pasti 100 peratus perkara itu berlaku. Jika tidak, usaha itu jadi sia-sia.”

Malaysiakinisebelum ini telah melaporkan bahawa Wanita Umno dikesan menyerahkan wang RM20 kepada mereka yang sanggup memberikan butiran peribadi dan juga mendedahkan parti mana yang disokong mereka.

Malah, perkara itu juga berjaya dirakamkan oleh seorang wartawan. Seseorang yang perlu menunjukkan myKad mereka bagi membuktikan mereka adalah pengundi di kawasan itu.

Menurut seorang wanita yang berbaris: “Ini untuk pengundi. Tunjukkan myKad untuk buktikan kamu pengundi dan mereka akan berikan wang.”

Kebanyakan yang beratur pada hari berkenaan adalah rakyat Malaysia keturunan Cina meskipun majlis berkenaan didakwa untuk sayap pekerja Wanita Umno.

Malah, Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil sendiri mengesahkan wang itu adalah untuk pekerja parti yang ke Sabah untuk membantu kempen BN.
Bagi membuktikan perkara itu, wartawan Malaysiakini juga beratur dan juga diberikan wang RM20 itu. Malah identiti pengenalan juga toidak lagi diminta.
Aziz kemudian diminta membaca laporan berkenaan dan melihat klip video tersebut. Selepas berbuat demikian pengerusi SPR itu menghantar mesej teks kepada Malaysiakini bahawa beliau yakin bahawa wang RM20 itu adalah hanya untuk pekerja parti dan bukannya untuk pengundi.


“Selepas baca (laporan berita) saya percaya bahawa pekerja parti adalah dari seluruh Sabah dan yang penting mereka bukan pengundi Batu Sapi.

“Wang tunai RM20 diberikan sebagai bayaran pengangkutan dan malah wartawanMalaysiakini juga dapat, baiknya...Apa ini?”

Namun, katanya, beliau akan menyerahkan laporan dan video berkenaan untuk penasihat undang-undang SPR supaya mengjkajinya dan mengambil tindakan jika perlu.

Malaysiakini akan menyerahkan wang tersebut kepada pihak SPR bagi membantu siasatan.

Heng saksi penderaan, dakwa penyokong Beng Hock

on

KUALA LUMPUR:  Bukti foto Heng Seai Kie dari MCA menyaksikan mendiang abang iparnya, Soh Cher Hai didakwa didera timbul, sekali gus meragui keterangan senator bahawa tidak ada sesiapa pun yang dibelasah.
Dalam satu sidang media memakan masa lebih sejam oleh Gerakan Rakyat Malaysia Untuk Teoh Beng Hock di sini, mereka bercerita secara terperinci bagaimana mendiang Soh dipukul dengan disaksikan insiden itu sepenuhnya oleh Heng.
Menurut Penyelaras, Chong Kok Siong, pergelutan berlaku di antara Soh dan seorang pemimpin MCA, dikenalpasti sebagai pemimpin MCA Bahagian Gua Musang, apabila sekumpulan ahli cuba mendapatkan sokongan daripada Heng selepas perarakan MCA ketika kempen pilihan raya kecil DUN Galas baru-baru ini.
Chong juga menolak dakwaan Heng bahawa tidak ada sesiapa ditolak ke tanah dengan menyatakan ini bercanggah dengan foto yang didedahkan kepada pihak media.
"Foto 1 menunjukkan bagaimana insiden itu berlaku.  Heng dengan jelas kelihatan di sebelah kanan kejadian itu dan beliau melihat segala-galanya," kata beliau.
Mendiang Soh ditolak jatuh ke tanah
Beliau juga mendakwa Soh ditolak jatuh ke tanah oleh pemimpin MCA Bahagian Gua Musang dan pembantu Heng cuba menghalang media dari mengambil foto.
"Apabila Cher Hai masih berada di atas tanah, Heng telah pun beredar dari situ (tanpa menolong kami).  Apa yang dikatakannya adalah bohong.  Malahan dua lelaki MCA yang berdiri bersebelahan kami tidak berbuat apa-apa (untuk membantu kami)," katanya.
Beliau menambah Soh menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemimpin Gua Musang itu.
"Heng juga harus bertanggungjawab terhadap keganasan dan kecederaan yang berlaku," katanya.
Heng, yang juga timbalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat berkata, kumpulan itu yang melobi untuk mendapatkan sokongannya untuk penubuhan suruhanjaya diraja untuk menyiasat kematian Teoh sepatutnya membuat persediaan bertemunya di Kuala Lumpur.
Beliau juga menafikan bahawa beliau tidak memperdulikan kumpulan itu dengan menyatakan beliau bersedia bertemu mereka pada bila-bila masa di pejabatnya di Kuala Lumpur dan tidak semestinya di Galas.

Awang Itam Belasah PendudukTtempatan....

on




Teguran seorang lelaki berusia 38 tahun kepada sekumpulan empat lelaki warga Nigeria yang membuat bising membawa padah apabila dia diserang sebelum dipukul di sebuah restoran di Metro Prima Kepong, awal pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa dikatakan menegur kumpulan terbabit yang membuat bising selepas dipercayai mabuk.

Mangsa menerima tiga jahitan di kepala dipercayai dipukul dengan botol arak.

 “Semuanya bermula apabila mangsa yang turut menjamu selera di kawasan berkenaan menegur kumpulan terbabit yang membuat bising. Mangsa meminta supaya kumpulan terbabit menghormati orang lain yang turut berada di restoran berkenaan namun tegurannya itu menimbulkan kemarahan mereka”.

Akibat teguran itu berlaku pertengkaran lebih 10 minit sebelum kumpulan itu bertindak agresif dengan menyerang mangsa.

***sudak kerap kali hal berkaitan awang hitam ini mendapat liputan media massa. dan rasanya pihak berkuasa juga sudah sedia maklum, cuma mungkin masih buat-buat pekak dan buta barangkali. mereka sudah melampau, bermaharaja lela di halaman kita. kalau ada anak cucu Dato' Maharaja Lela rasan-rasanya ada lagi 'Birch' yang akan mati dibunuh. mana geng calit, tiga line? tolong ajar sikit adab dan susila orang Malaysia kepada puak-puak hitam legam ni, supaya mereka sedar di sini bukan bumi afrika***

PRK Batu Sapi: Mana satu pilihan rakyat.....???

on



Mana satu pilihan rakyat? pembangunan yang berjuta-juta? retorik Sabah for Sabahan atau Jalan merampas Putrajaya?

Kerajaan BN telah menjanjikan pembangunan yang beterusan, selain jutaan ringgit yang telah diumumkan. Sementara calon SAPP Yong Teck Lee menjanjikan retorik Sabah for Sabahan dan PKR kemenangan adalah petanda merampas Putrajaya dalam gengaman.

Membuang undi bagi PRK Batu Sapi kurang daripada 48 jam dari sekarang. Ada petaruh memberi 100 lawan 1 untuk BN, ertinya BN akan mempertahankan kawasan itu.

Namun dalam tempoh kurang daripada 48 jam ini semuanya boleh berlaku terutama di kalangan pengundi cina. Pengalaman mengatakan, undi cina akan ditentukan pada pagi pembuangan undi. Pada masa ini, sebarang komitmen masyarkat itu belum boleh dikatakan muktamad.

Telah tersebar luas, bahawa yong hanya perlu 20% undi bumiputera, untuk merampas kerusi Batu Sapi, kerana menurut mereka 70% undi cina berpihak kepada Yong Teck Lee.

Calon PKR Ansari Abdullah menumpuhkan masa 48 jam ini di kawasan bumiputera untuk memecah undi, dengan itu peluang Yong akan lebih cerah.

Bagi SAPP dan PKR, adalah lebih baik salah satu daripada mereka menang, kerana jika BN yang menang, secara psikologi akan mempengaruhi keupayaan mereka pada PRU-13.

Para pemimpin Sabah kini terutama pengarah pilihanrayanya Datuk Musa Aman telah maklum perkara ini. Masa 48 jam adalah masa-masa yang sangat kritikal.

Melalui PRK Batu Sapi, akan dilihat sejauh mana sokongan rakyat terhadap BN-Sabah, yang dikatakan sebagai simpanan tetap BN. Di PRK itu juga akan dilihat sejauh mana sokongan RUMPUN USBO terhadap BN-Sabah di bawah pimpinan Musa Aman.

Persiden USBO Salleh Said Keruak telah berkampung di Batu Sapi sehari sebelum penamaan calon. Selain Salleh, beberapa AMT USBO juga berada di Batu Sapi, selain berkempen ada juga yang bertindak sebagai pemantau.

Penaung USBO Safie Apdal telah beberapa hari berada di Batu Sapi. Naib persiden UMNO ini menumpuhkan masanya di perkampungan rumpun Bajau seperti kampung Lupak Meluas, Kg Disayang dan Kg Gas.

Sejak mula kempen, sebahagian besar pemimpin negeri berada di Batu Sapi, selain kehadiaran para pemimpin kanan parti dan menteri persekutuan.

Daripada segi jentera dan sukarelawan, nampaknya BN terlalu gah dibanding SAPP maupun PKR. Jika jentera yang begitu kuat akan menang, memang dijangka, kerana kerja kuat hasilnya adalah kemenangan, namun jika jentera yang begitu kuat kalah, itu lain maknanya.

Apapun rakyat atau pengundi akan melihat siapa yang ikhlas semasa kempen ini. Kemenangan akan senantisa berpihak kepada pemimpin yang ikhlas, bukannya pada pemimpin yang mahu kuasa untuk memartabatkan dirinya.

Bagi AYT, pemenang pada PRK Batu Sapi, adalah pemimpin yang ikhlas di mata rakyat dan pengundi.

Namun, kemenangan juga boleh dicapai melalui kuasa dan kemudahan. Untuk itu BN ada peluang menang, kerana ada kuasa dan kemudahan.

PRK N45 Dun Galas : BN di depan

on

Kajian Ilham: BN tipis di depan PAS, ramai belum buat pilihan


KUALA LUMPUR, 2 Nov — Ketika parti-parti bertanding mempertingkatkan strategi menghadapi hari pengundian Khamis ini, hasil kajian menunjukkan Barisan Nasional (BN) mendahului PAS yang mahu mempertahankan kerusinya.
Bagaimanapun majoriti pengundi belum membuat keputusan dan bersikap tunggu dan lihat walaupun BN tipis di hadapan PAS.

PAS memenangi kerusi DUN Galas buat julung kali dua tahun lalu.

Kajian kendalian Ilham Centre menunjukkan masih ramai pengundi belum membuat keputusan mengenai parti pilihan mereka pada pilihan raya kecil DUN Galas ini.

Penemuan itu menunjukkan BN menjadi pilihan kira-kira 22 peratus pengundi manakala mereka yang menjangkakan PAS akan menang adalah sebanyak 15.6 peratus.

Tinjauan dibuat The Malaysian Insider yang dilaporkan pagi tadi juga menunjukkan BN mendahului PAS.

“Dari hasil kajian lapangan di atas bolehlah dibuat kesimpulan bahawa setakat tempoh berkempen ini, bacaan sikap pengundi atas pagar, dan Orang Asli adalah penentu kejayaan calon Umno-BN untuk menang.

“Manakala PAS perlu mengekalkan momentum kejayaan pada pilihan raya lepas dengan mengekalkan sokongan pengundi Cina di kawasan Bandar, bergantung kepada pengundi luar Galas serta memenangi hati pengundi Umno/BN yang kecewa dengan kerajaan persekutuan,” katanya.

Ilham juga melihat dalam fasa akhir kempen yang berbaki dua hari lagi, peluang kedua parti untuk menang masih terbuka luas dengan syarat jentera harus agresif meyakinkan pengundi.

Batu Sapi: PKR, BN Bersaing Rapat SAPP Jauh Dibelakang....???

on

SANDAKAN 2 NOV: Sambutan warga tempatan terhadap kempen PKR di Batu Sapi amat menggalakkan dengan PKR dan Barisan Nasional(BN) bersaing rapat dan SAPP dijangka jauh ke belakang.

Calon PKR Pilihan Raya Kecil Batu Sapi, Ansari Abdullah dalam satu sidang media hari ini, berkata sehingga hari ini beliau  melawat kesemua kawasan pengundian dan juga beberapa kawasan lain.

"Saya telahpun melawat kesemua 12 kawasan pengundian dan walaupun saya tidak pasti kesemua yang menghadiri merupakan warga tempatan tetapi sambutan setiap program memang menggalakkkan," jelas beliau.

Pengarah pilihan raya PKR, Fuziah Salleh yang bersama dalam sidang media pagi tadi menambah, BN akan mula menggunakan taktik kotor menjatuhkan PKR memandangkan PKR semakin hampir mengejar BN.

Memberitahu media, semalam beliau mendapat panggian daripada wartawan Berita Harian yang ingin mengesahkan desas-desus PKR mahu menarik diri dari bertanding.

"Ini satu lagi taktik kotor BN memandangkan Pengerusi Umno-BN, Datuk Seri Najib Razak sakit dan tidak dapat menabur janji-janji seperti di pilihan raya kecil Hulu Selangor dan Sibu lalu.

"Parti Keadilan Rakyat merupakan suara rakyat dan kita tidak akan tinggalkian rakyat. Kita akan berjuang hingga akhir dan dalam 48 jam terahkir ini kita akan berbuat segala yang mampu," tegas beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuantan.

Dalam pada itu, Ansari menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap layanan yang diterima semasa membuat pemeriksaan di Hospital Duchess of Kent, Sandakan Jumaat lalu kerana didapati pegawai yang memeriksanya tidak menjalankan pemeriksaan seperti sepatutnya.

"Malam semalam saya tidak dapat tidur kerana tidak dapat tahan sakit, maka saya  pergi ke pusat perubatan swasta untuk mengambil CT Scan tetapi  ditutup dan saya terpaksa pergi semula ke Hospital Duchess of Kent.

"Tetapi, apabbila sampai di sana, saya mengambil semula X-ray. Perbandingan x-ray pertama Jumaat dahulu dan semalam menunjukkan kecederaan yang sama iaitu keretakan pada dua tulang dada," jelas beliau.
Katanya lagi, semasa x-ray pertama diambil, pegawai perubatan yang memeriksanya memberitahu beliau bahawa kecederaan itu tidak serius dan memberinya ubat penahan sakit.

"Kalau seorang 'public figure' seperti saya pun mendapat rawatan ala-kadar seperti ini, bayangkan nasib warga tempatan yang datang dari pulau-pulau berdekatan untuk rawatan ke sana (Hospital Duchess of Kent)," kata beliau. 
-tvsnews-

Ambrin: Jangan takut saya, takut jika diaudit.......???

on


Setiap tahun jika seseorang membelek laporan ketua audit negara, perkara yang hampir sama boleh diperhatikan - kepincangan dan salah laku kewangan, projek terbelangkai dan kos yang terus meningkat.

Jika pada laporan ketua audit 2008, pembelian empat pemutar skru pada harga RM224 mencuri tumpuan, tahun lalu pula, pembelian papan tanda tandas berharga RM871 pula menjadi perhatian.

Tetapi bagi Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, beliau berpendapat prestasi kakitangan awam telah bertambah baik sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Dalam temuramah eksklusif dengan Malaysiakini, beliau juga menjelaskan mengapa segelintir kakitangan awam sukar 'mengikis tabiat buruk mereka”.

Berikut petikannya:

Malaysiakini: Jika diimbas laporan setiap tahun, adakah Tan Sri berpendapat situasi bertambah buruk?

Ambrin Buang: Daripada kenyataan kewangan anda akan dapati sebahagian besar agensi telah mendapat kenyataan audit sijil layak daripada saya. Jadi keadaan bertambah baik.

Juga dari sudut pengurusan kewangan Indeks Akauntabiliti, kita membandingkannya dengan laporan 2008. Dari segi jumlah kementerian yang mendapat pengiktirafan empat bintang, yang saya percaya berjumlah 14, ini satu pencapaian.

Tetapi dari segi prestasi audi, sukar dikatakan kerana setiap tahun ia adalah subjek dan agensi yang berbeza.

Adakah Tan Sri berpendapat sistem 'tender terbuka' adalah cara mengurangkan perkara-perkara yang tidak mengikut peraturan dalam pemerolehan?

Setiap kaedah mempunyai risiko tersendiri, termasuk sistem tender terbuka. Ada kalanya sesetengah pihak meletakkan harga rendah pada kadar yang tidak munasabah dan kemudian mereka melarikkan diri. Bagi memulihkan semula projek berkenaan, tender baru terpaksa diadakan semula dan ia akan melambatkan projek itu. Kemudian mereka terpaksa membuat perkiraan baru untuk menilai sejauh mana projek berkenaan telah dimulakan. Ini menjadikan kos projek semakin tinggi.

Jadi, jika kamu tanya saya sama kita patut amalkan sistem tender terbuka , rundingan terus atau rundingan tender, perkara yang paling penting sebelum melantik seseorang ialah lakukan kerja dengan baik-lah. Siasat latar belakang, yakin dengan kemampuannya untuk menyiapkan kerja dalam tempoh masa yang ditetapkan kerana sesetengah kontraktor mempunyai kerja lain untuk disiapkan.

Kamu mungkin seorang kontraktor yang cuba mendapatkan tender daripada saya tetapi kamu juga mungkin sub-kontraktor yang mempunyai kerja yang besar daripada sektor swasta. Dan jika kamu tidak dedahkan ini kepada saya, saya akan andaikan kamu hanya bekerja untuk saya. Jika mana-mana kerja itu mempunyai masalah, ini akan menggangu aliran tunai dan kamu harus menguruskannya.

Jadi apa cara terbaik mengurangkan perkara yang tidak menurut peraturan?


Untuk mengurangkan risiko, kita tidak boleh buat keputusan terburu-buru. Kamu mesti siasat latar belakang syarikat, sejarahnya dan kedudukan kewangan mereka. Sebagai contoh kamu seorang penender, saya mahu tahu apa kerja-kerja yang telah kamu lakukan.

Jika kamu telah bekerja untuk jabatan lain, saya akan semak dengan jabatan berkenaan. Kemudian baru saya selesa. Ini kerana kita mungkin terpaksa bekerja dengan orang yang tidak kita kenali. Ini yang saya maksudkan sebagai 'usaha wajar' (due diligence). Kamu mesti sangat teliti tetapi risiko tetap ada.

Jika dilihat secara menyeluruh, seolah-olah setiap tahun, masalah hampir sama, adakah Tan Sri bersetuju?

Ya, secara dasarnya ia hampir sama. Masalahnya setiap tahun adalah kekurangan perancangan, pemantauan. Tetapi entiti adalah berlainan.

Jadi mengapa ia sama?

Saya akan jawap secara falsafah. Kita semua adalah manusia dan mempunyai ketidak-sempurnaan masing-masing.

Adakalanya, kesilapan yang dilakukan adalah kecil, ada kalanya besar. Kita tidak mahu kesilapan besar kerana ia akan menakibatkan kerajaan perbelanjaan tambahan.

Tetapi bagi mengharapkan setiap orang mempunyai tahap kecekapan dan kewajaran yang sama adalah tidak realistik kerana dalam perkhidmatan awam, kakitangan kerajaan sentiasa bertukar. Bayangkan seseorang yang tidak berpengalaman ditugaskan membuat pengurusan projek.

Umno-BN Manipulasi 500 Kad Pengenalan: Ku Li Dalang Menyogok Undi.....???

on



GALAS 2 NOV: PAS mendakwa Umno-Barisan Nasional (BN) menggunakan senjata terakhir jentera parti itu dua hari menjelang Pilihan Raya Kecil(PRK) Dun Galas dengan memanipulasi 500 kad pengenalan individu yang tidak keluar mengundi.

Dakwaan itu diutarakan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman pada sidang media menyifatkan taktik keji Umno-BN untuk menambah undi di saat akhir sekiranya majoriti memihak kepada calon PAS.

Justeru beliau berkata, PAS mengambil serius perkara ini dan akan menempatkan pasukan keselamatan di seluruh kawasan Galas bagi melakukan pemantauan menjelang pilihan raya nanti.

"Ada usaha-usaha dibuat pihak tertentu untuk membuat 500 kad pengenalan bagi menggantikan pengundi bagi pihak orang tidak keluar mengundi dan dipungut kad pengenalan mereka. Ini kita ambil perhatian yang berat dan pasukan keselamatan kita akan terus memantau 24 jam," jelas Abdul Halim di Markas Induk PAS pagi tadi.

Tambah beliau lagi, jentera PAS turut akan mengedarkan poster 'AWAS Pengundi' di sekitar Galas memaklumkan kepada umum serangan terdesak Umno-BN.

Abdul Halim juga menjangkakan jentera Umno-BN mula bergerak memperhebatkan taktik bertemu calon-calon pengundi menawarkan wang saguhati memenuhi hasrat kemenangan seperti yang berlaku di Manik Urai.

Beliau menyatakan jentera PAS telah merangka strategi menangkis serangan agresif bertubi-tubi Umno-BN dengan menempatkan kamera pemantau selain mendakwa Tengku Razaleigh Hamzah(Ku Li) sebagai dalang menyogok pengundi menjadikan pengundi atas pagar dan penyokong PAS sebagai sasaran.

Tambahnya Ku Li berusaha keras untuk membuktikan kepada Umno-BN bahawa beliau masih mampu mengalas tugas memimpin parti itu di daerah jajahan Gua Musang walaupun telah 30 tahun menjadi wakil rakyat parti itu.

"Saya yakin Ku Li akan mempertahankan maruah beliau justeru menunjukkan kepada Umno bahawa beliau masih mempunyai kekuatan di Gua musang dan akan disokong oleh TPM walaupun tidak dengan ceramah tapi dengan barangan dan kewangan untuk membantu Ku Li bagi mencapai matlamat mereka. Kita sudah ada cara bagaimana untuk menyekat strategi ini," jelas beliau lagi.

Ditanya media sejauh mana keyakinan PAS menjelang pilihan raya kecil, Abdul Halim berkata sehingga ke hari ini beliau optimis dan berharap taktik kotor parti lawan akan menemui kegagalan.

"Nampak mood itu optimis. Kita pergi mana-mana, orang Cina, Melayu, India dan orang Asli tahu sekiranya calon BN menang mereka tidak boleh buat apa-apa. Tapi yang boleh hanya calon PAS yang menjadi ejen menyelesaikan masalah mereka," tegas beliau lagi.

Dalam pada itu, Abdul Halim berkata, pengumuman kenaikan harga minyak RON97 sebanyak 5 sen oleh kerajaan malam tadi adalah tanda-tanda kerajaan Umno-BN akan ditolak pengundi menjelang pilihan raya kecil di Galas dan Batu Sapi.

Menyifatkan ianya sebagai waktu yang salah untuk menaikkan harga minyak, beliau mempersoal kebijaksanaan kerajaan dalam waktu kritikal sebegini.

"Bagi kita pihak pakatan pembangkang saya rasa salah 'timing' untuk pilihanraya Galas dan Batu Sapi. Jadi sepatutnya naik selepas ini. Jadi ini akan menjadi satu isu dan kesannya akan berlaku. Saya tidak tahu kebijaksanaan itu," ujarnya sinis.

Kase terus desak hapus saman ekor

on


KUALA LUMPUR, 2 Nov: Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) hari ini terus mendesak kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) menghapuskan segera saman ekor yang masih direkodkan berjumlah RM1.8 bilion dan memutihkan semua nama pemilik kenderaan sama ada individu, syarikat atau pertubuhan.
Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata, desakan itu dibuat berikutan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 2010 jelas membuktikan desakan Kase selama ini adalah benar dan berasas.

"Pembentangan Rang Undang-Undang ini sudah jelas menunjukkan bahawa tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan saman ekor selama ini adalah bertentangan dengan peruntukan undang-undang.
"Malah tindakan JPJ yang turut terlibat menyenarai hitam pemilik kenderaan kerana dikatakan mempunyai saman ekor tertunggak juga menyalahi undang-undang dan peraturan yang terpakai," kata beliau dalam sidang media di lobi Parlimen tengah hari tadi.
Turut bersama dalam sidang media tersebut Datuk Kamarudin Jaffar (PAS-Tumpat).
Pada 18 Oktober lalu, Kementerian Pengangkutan membentangkan untuk bacaan kali pertama RUU berkenaan.
Pembentangan ini adalah untuk kali kedua apabila pembentangan pertama pada Mac tahun ini ditarik balik kerana terdapat bantahan daripada pelbagai pihak.
Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS memberitahu, saman ekor yang dirujuk oleh Kementerian Pengangkutan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan juga PDRM bermaksud notis kepada pemilik kenderaan di bawah seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987).
Saman ekor ini juga hanya dikeluarkan oleh PDRM ke atas kesalahan memandu melebihi had laju sahaja.
"Rang Undang-Undang Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 2010 yang baru dibentangkan telah memasukkan dan memperkenalkan beberapa peruntukan baru yang jelas menunjukkan bahawa tindakan PDRM dan JPJ sebelum ini adalah tidak wajar dan menyalahi peruntukan undang-undang negara yang sedia ada," katanya lagi.
Pindaan ini menurut Mahfuz, telah memasukkan tiga peruntukan iaitu takrif imej yang dirakamkan, takrif kesalahan yang berjadual dan takrif kesalahan yang dirakamkan melalui kamera.
Justeru, kemasukan takrifan baru itu sekaligus menunjukkan bahawa tindakan PDRM sebelum ini menggunakan alat pengesan had laju dan mengeluarkan saman ekor berdasarkan bukti alat pengesan tersebut adalah tidak sah.
Katanya, imej yang dirakamkan yang digunakan selama ini sebenarnya tidak boleh diguna pakai bagi membuktikan kesalahan yang disyaki telah dilakukan.
Ini, ujarnya menunjukkan bahawa tindakan PDRM mengeluarkan saman ekor dan tindakan JPJ menyenarai hitam kenderaan kerana saman ekor tertunggak jelas bertentangan dengan undang-undang seperti yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuching dalam kes Leonard Lim Yew Chang lawan Director of JPJ Negeri Sarawak.
“RUU ini turut memperkenalkan kesalahan yang dirakamkan melalui kamera yang memperuntukkan tiga jenis kesalahan iaitu memandu kenderaan selain bas di lorong bas, memandu melebihi had laju yang ditetapkan dan tidak mematuhi lampu isyarat,” ujarnya.
Tambahnya, salah satu kesalahan yang termasuk dalam kesalahan yang dirakamkan melalui kamera adalah memandu melebihi had laju yang ditetapkan yang merupakan kesalahan yang dikeluarkan saman ekor sebelum ini.
"Jika kesalahan ini hanya baru dimasukkan ke dalam pindaan RUU yang dicadangkan ini, bagaimana PDRM boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan saman ekor kepada pengguna jalan raya yang disyaki melakukan kesalahan tersebut?” soalnya.
Sepatutnya, kata beliau pengguna jalan raya yang dikatakan telah melakukan kesalahan memandu melebihi had laju itudisaman secara kendiri iaitu melalui seksyen 53 APJ 1987, bukannya melalui saman ekor.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List