LAGI DESAS DESUS ROMBAKAN KABINET............???

on Nov 18, 2010

Khairy Timbalan Menteri........????






KUALA LUMPUR, 18 Nov: Desas-desus rombakan kabinet didakwa bakal menyaksikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan akan menjadi menteri penuh manakala Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sebagai timbalan menteri.Sumber-sumber memaklumkan rombakan tersebut dijangka diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak minggu depan atau awal bulan Disember.

Empat menteri disebut-sebut akan digugurkan iaitu Datuk Ahmad Shabery Cheek (Menteri Belia dan Sukan); Datuk Shaziman Abu Mansor (Kerja Raya); Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dan Datuk Seri Ng Yen Yen (Pelancongan).Beberapa menteri pula dijangka bertukar kementerian seperti Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang kini Menteri Dalam Negeri dipindahkan ke Kementerian Pertahanan. Dua bekas menteri, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang kini Setiausaha Agung BN dan bekas Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said akan kembali ke kabinet. Jika ianya benar, beberapa penganalisis politik melihat ianya sebagai petanda bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 semakin hampir dan Najib sedang memperkemas pasukannya.

Mereka tidak menolak kemungkinan PRU-13 akan diadakan tahun hadapan berasaskan BN pada waktu ini yakin mereka telah mendapat kembali sokongan rakyat. Penanda aras paling akhir bagi mereka setakat ini adalah Pilihan Raya Kecil Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi pada 4 November lepas yang menyaksikan kemenangan calon BN. Beberapa pihak turut mendakwa cadangan melantik Ahmad Maslan ke jawatan menteri penuh kerana "sumbangan" besarnya menjadi jurucakap dalam isu Felda.Beliau dilihat paling menonjol membela dakwaan "salah urus" dalam Felda biarpun dalam beberapa kes mahkamah yang dimenangi peneroka.

Rombakan kabinet kali ini juga dilihat sebagai peluang terakhir bagi ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyertai kabinet sebelum pilihan raya umum akan datang. Khairy tidak dilantik menganggotai kebinet apabila Najib mengambil alih pentadbiran April lalu, sedangkan Datuk Mukhriz Mahathir yang mencabarnya bagi jawatan nombor satu pergerakan itu, mengisi jawatan timbalan menteri. Selain itu, Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim juga dilantik sebagai timbalan menteri.

Benarkah PKR Lagi Teruk Daripada UMNO...........???

on

Ketelusan PKR: Zamri digantung tanpa dipanggil bela diri




Ketika ini, tindak-tanduk Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) lebih banyak mengundang persoalan berbanding jawapan termasuk tindakan menggantung Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Rasah, Zamri Vinoth baru-baru ini.

Ketelusan JPP parti yang mendakwa mendukung demokrasi semakin dipertikaikan apabila Zamri yang menunggu untuk dipanggil mengadap JPP mahupun Jawatankuasa Displin akhirnya digantung keanggotaan oleh parti.

Sekaligus keputusan JPP tersebut mengesahkan lagi dakwaan bahawa JPP tidak menjalankan siasatan yang menyeluruh dan telus terhadap aduan-aduan yang diterima sebelum tindakkan diambil.

Tindakkan JPP yang dibuat dengan tidak memanggil Zamri mengadap untuk membolehkan keterangannya diambil dan membela diri adalah satu langkah yang jelas membelakangkan prinsip keadilan itu sendiri.

Hari ini PKR bukan sahaja merupakan parti pertama yang melaksanakan sistem satu ahli satu undi malah juga merupakan parti politik pertama yang menjatuhkan hukum kepada pemimpinnya dengan tidak memanggil tertuduh untuk membela diri.

Umno, PKR: Siapa lebih demokratik?

Umno yang didakwa PKR sebuah parti yang tidak demokratik sebelum ini turut memanggil mana-mana anggotanya atau calon yang berhadapan dengan isu disipilin mengadap sebelum sebarang tindakan diambil.

Bahkan ketika hari terakhir Dato Seri Anwar Ibrahim bersama Umno, turut diberi peluang membela diri dan memberi keterangannya di hadapan Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Keputusan untuk memecat Anwar hanya dibuat setelah undian dijalankan dikalangan Ahli MT Umno yang sebelumnya telah mendengar hujah pembelaan oleh Anwar sendiri dengan panjang lebar.

Pada ketika itu, Anwar memang telah diketahui umum mempunyai ramai musuh-musuh politiknya di dalam Umno sendiri termasuklah dikalangan Ahli MTnya.

Begitu juga bagi parti-parti politik lain termasuk ketika Pemilihan Umno yang memanggil mengadap calon-calon bertanding yang dilaporkan melanggar peraturan parti sebelum sesuatu tindakan diambil.

Sebaliknya pula dalam PKR yang dikatakan peneraju demokrasi, tindakan JPP tidak memanggil Zamri mengadap sebelum keputusan penggantungan hanya mengesahkan andaian umum bahawa banyak isu berkaitan pemilihan yang mahu disembunyikan oleh parti itu.

Para penganalis politik tanah air menjangkakan penafian demi penafian terus dibuat oleh PKR untuk melindungi imej parti dan juga pihak-pihak tertentu dalam parti.

Desakan sesetengah pihak agar pemilihan dihentikan sementara bagi membolehkan siasatan dalaman dijalankan juga dijangkakan tidak akan mendatangkan sebarang hasil. 

-FMT-


Pemilihan PKR : Siapa kata JPP tidak bertindak?

KUALA LUMPUR, 16 Nov – Seorang pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan, yang mengaku ditangkap sebagai ‘pengundi hantu’ awal bulan ini, terus mempertikaikan integriti proses pemilihan atas alasan perbuatannya itu tidak dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) sehingga kini.

Ketua AMK Rasah Zamri Vinoth yang ditangkap di pusat pengundian Rembau berkata, beliau ‘sengaja’ membiarkan dirinya ditangkap JPP kerana mahu mengetahui tentang tindakan lanjut diambil oleh jawatankuasa berkenaan, yang diamanahkan menguruskan pemilihan parti secara langsung bersejarah.

Dalam reaksi segera, sekretariat ibu pejabat hari ini menafikan dakwaan tersebut.

Setiausaha Pengelola Raden Shamsulkamar Raden Samsudin memberitahu The Malaysian Insider, pihaknya serta-merta telah menggantung status Zambri apabila beliau ditangkap oleh pengawas JPP.

Bahkan kata Raden Shamsulkamar yang juga pentadbir JPP, surat rasmi berhubung pergantungan Zambri turut dihantar Rabu lalu.

“Selepas ditangkap tidak diambil tindakan, itu sebenarnya salah belaka, dia (Zambri) telah dikenakan gantung serta-merta.

“Mungkin dia (Zambri) tak tahu atau mungkin dia menafikan pergantungan ini atau saja nak buat kacau, itu terpulang kepadanya.

“Ibu pejabat memang bertindak tegas, tak ada lagi kemaafan baginya, pergantungannya tergantung pada proses siasatan Lembaga Disiplin parti,” jelas Raden Shamsulkamar ketika dihubungi.

PKR yang julung kali mengadakan pemilihan secara langsung di bawah konsep satu ahli satu undi kerana berhadapan dengan kontroversi ekoran dakwaan manipulasi dan kepincangan.

Setakat ini hampir 75 peratus cabangnya sudah melangsungkan proses pengundian peringkat pusat.

Proses pengundian diteruskan walaupun ada desakan agar agar ditanggguh dan dibatalkan.

“Perlakuan tersebut saya lakukan sendiri setelah melihat bahawa banyak kepincangan telah berlaku dan walaupun diadukan ataupun disedari oleh JPP tetapi tidak ada sebarang tindakan dilihat dibuat.

“Saya melakukan perkara tersebut untuk tujuan menarik perhatian JPP mengenai banyak kepincangan berlaku.

“Namun setelah dua minggu saya menanti, tidak ada sebarang panggilan untuk saya menghadap jawatankuasa JPP kecuali beberapa panggilan telefon dari JPP,” kata Zambri dalam satu kenyataan yang diemelkan kepada The Malaysian Insider.

Pengakuan terbuka itu, menurut Zambri sekali gus menolak dakwaan penyandang Ketua AMK, sayap pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin 2 November lalu kononnya anasir ‘pengundi hantu’ di pusat pengundian Rembau dan Tampin didalangi Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai ‘Chegubard’.

“Ada juga yang menelefon saya meminta pengakuan saya melakukan kerana diarah atau dibayar oleh Chugubard.

“Dalam perbualan saya dengan salah seorang JPP di mana JPP itu tidak dapat menjawab beberapa persoalan yang saya bangkitkan, sebalik mengecam dan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan seperti: ‘Vinoth, you better watch out’... selepas itu terus meletak telefon dan terus tidak menjawab panggilan dari saya lagi.

“Saya selaku Ketua AMK Rasah yang terletak di cabang sebelah Rembau jika untuk menipu sudah tentu bukan saya yang dikenali lakukan tetapi sememangnya saya lakukan sendiri untuk ditahan dengan harapan dipanggil untuk siasatan dan ini peluang terbaik berdepan dengan JPP dan membangkitkan banyak kepincangan yang terancang,” beliau menambah.

Zambri turut mempersoal tindakan Raden Shamsulkamar kerana beliau menganggapnya menyerang Badrul Hisham yang juga Ketua cabang Rembau, kononnya turut membawa pengundi hantu ke pusat pembuangan undi cabang Tampin yang kebetulan mengundi pada pada hari yang sama dengan Rembau.

Menurut Zambri, kredibiliti Shamsul Iskandar wajar dipertikai kerana penyandang kerusi Ketua AMK itu pada 2 November lalu mempersoal 76 undi yang diperoleh Badrul Sani di Tampin manakala enam undi berbaki diperoleh Shamsul Iskandar.

“Ini kenyataan Shamsul yang gila, kenapa selepas itu apabila keputusan bercorak Tampin menyebelahinya dia tidak mengatakan ia pengundi hantu.

“Pernahkah saudara Shamsul benar turun ke bawah dengan bertanya kepada AMK mengenai keperitan menghidupkan AMK. Shamsul hanya berani bercakap dari pejabat dan kalau turun pun dengan sambutan glamour sahaja,” ujar Zambri sambil mengaku kecewa dengan tindakan JPP serta Shamsul Iskandar sendiri.

Pada kenyataan Zambri semalam, beliau turut membangkitkan beberapa kes penyelewengan yang dilakukan pada proses pengundian, tetapi JPP tidak bertindak sewajarnya.

“Ada beberapa cabang yang mencalonkan orang lain tetapi bertukar kepada nama Shamsul Iskandar Ketua AMK.

“Saya difahamkan pengaduan rasmi sudah dibuat tetapi malangnya tidak ada tindakan. Individu yang bertanggungjawab menipu masih berada dalamibu pejabat parti.

“Cabang Kubang Pasu, secara jelas didapati buku daftar pemilih mencatat kedatangan kurang seratus tetapi kertas dalam peti undi pula hampir 200. Sehingga kini tiada tindakan. Kejadian di Kubang Pasu juga dilaporkan kemudian berlaku di beberapa cabang lain.

“Semalam (14 November) saya ada saksi hidup di mana di Cabang Kota Raja bagaimana penyelewengan berlaku. Ada anggota yang lebih umur mengundi tetapi meja hadapan memberikannya keratan kertas yang membolehkan dia mendapat kertas undi AMK dan MPP.

“Ada juga usaha membenarkan pengundi mengundi tanpa Kad Pengenalan. Mujur ada PACA (ejen pengundian dan pengiraan undi) dari pasukan Chegubard, maka kejadian tersebut dihalang,” kata beliau.

Pada 2 November lalu, Shamsul Iskandar menuduh pasukan Badrul Hisham sebagai dalang membawa pengundi hantu ke pusat pengundian Rembau dan Tampin, tetapi Badrul Hisham mempersoal tindakan pencabarnya itu.

Bagaimanapun, Shamsul Iskandar dan Badrul Hisham masing-masing bersetuju untuk JPP menyiasat dan bertindak tegas atas beberapa aduan berkaitan insiden di Rembau dan Tampin terbabit.

Pergantungan itu, menurut Raden Shamsulkamar membawa pada gugurnya jawatan segala jawatan parti yang disandang beliau sebelum ini.

“Kalau dia (Zambri) Ketua Cabang Rasah, maknanya secara automatik gugurlah,” ujar Raden Shamsulkamar lagi.

Raden Shamsulkamar turut tidak menolak kemungkinan bahawa beliau Zambri mungkin akan dipecat oleh parti sekiranya tindakannya menjadi pengundi hantu itu menjejaskan nama baik parti.

“Mungkin jawatankuasa disiplin parti menuju pada sesuatu yang lebih besar, kemungkinan dipecat kerana parti tidak perlu pemimpin sebegini,” jelas Raden Shamsulkamar secara seloroh.

Namun, Raden Shamsulkamar menganggap alasan Zambri itu adalah tidak munasabah dilakukan oleh seorang pemimpin AMK negeri yang merupakan pemimpin sayap pemuda parti di peringkat negeri.

“Wajarkah bagi seseorang yang hanya nak mengenal pasti tahap keselamatan satu-satu bank itu dalam keadaan lemah, maka dia pergi merompak bank itu.

“Apabila ditanggap... ohhh, saya menyamar untuk melihat tahap keselamatan bank ini. Adakah memadai dengan alasan itu,” soal beliau dalam nada jenaka sambil menganggap AMK peringkat cabang wajar dipimpin oleh seseorang yang lebih bijak. -TMI

Syabas Dan Tahniah.... Kerajaan Barisan Nasional.

on

SALAM BERMAKNA ATAU SALAM BERISI.........???

Allahuakbar... Allahuakbar... Allahuakbar....


Gua sebenarnya terperanjat baboon dan terkezut gilababas... apabila terbaca berita dari Suara Keadilan berkaitan laporan "Transparency Internationals" yang dibahaskan oleh Lim Kit Siang dalam Parlimen.

Seratus peratus hati gua berkata, laporan itu berniat jahat. Mana mungkin Malaysia sebuah negara yang bersih dibawah Kerajaan Barisan Nasional dengan pemimpinnya yang bersih dari noda dan cela yang cekap dan amanah dalam menjalankan tanggungjawap terhadap rakyat dan membangunkan negara ini boleh dilaporkan sedemikian.


Gua tetap tak percaya dengan laporan tersebut. Begitu juga dengan laporan dari Ketua Audit Negara baru-baru ini. Itu semua dakyah untuk memburuk-burukkan Pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional dan umnoapco khususnya.


Sebelum ini, gua mati2 ingat negara India dan Indonesia adalah negara yang paling kuat dengan amalan rasuah... rupa-rupanya tidak... sangkaan gua meleset sama sekali...


Gua tetap tak puashati... dan tetap mengatakan laporan tersebut salah dan bersikap dengki iri hati dengan kemajuan negara serta pemerintahan Kerajaan sekarang ini. Apa diorang tak nampak ke... berapa banyak pelabur2 luar (FDI) yang masuk menderu2 melabur di Malaysia.


Gua ingin memetik kata2 PM 1Malaysia, iaitu "Hanya Barisan Nasional yang mampu MEMERINTAHMalaysia..." tiada kerajaan lain yang seHEBAT barisan nasional....!!!!

Itu semua fitnah... fitnah... fitnah...!!!!


PADA PILIHAN RAYA AKAN DATANG, KITA BUATLAH PILIHAN YANG TEPAT..... KITA KEMBALILAH KEPADA AJARAN AGAMA IAITU:

PILIH CALON JANGAN PILIH PARTI...

KITA PILIH ORANG BERIMAN, BERTAQWA, BERAMANAH, BERPENGETAHUAN, BERPRINSIP DAN BERMARUAH.

Contoh calon-calonnya:
Zul Kulim (Bebas)
Fathul Bari Ulama Muda 40 (BN)
Reezal Naina Merican (Kimma) : eeeeeee.... calon tambahan... eeeeeee.....
Zaid Ibrahim (Parti Baru) : ha..ha..ha... 

Dalam keempat-empat calon tersebut, lu orang pilihlah yang paling tidak memudaratkan... siapakah calonnya..??? hahahaha.... (sebagai menjawap soalan komen di sini..)... eeeeee.... yang itu lu orang janganlah pilih.... eeeeeeee..... jijik...

p/s: Ada segelintir individu kalau terkejut diorang akan melatah, tapi gua kalau terkejut akan ketawa... hahahahaaaaaaaaa..... jadi gua memang serius terkejut dengan keHEBATan Kerajaan Barisan Nasional/umnoapco yahudi laknatullah nih... sambung gelak guling-guling.... ha..ha..ha......ISA.

YANG INI RAIS TAK NAK PULAK BERKATA.........???

on


Rais refuses to answer questions on USP fund



KUALA LUMPUR: Information, Communications and Culture Minister Datuk Seri Rais Yatim this morning refused to entertain questions posed by The Malay Mail.

This reporter was brushed off when she approached Rais after the ministry and its agencies' Korban ceremony at the Muhammadu Mosque, Angkasapuri, to ask about the Universal Services Provision (USP) fund issue which is currently being investigated by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).

Rais, who was approached at the end of his Press conference, turned away the reporter after learning she was from The Paper That Cares. After asking where this reporter is from, Rais said: "I will speak to you after I have my lunch."

When approached again, after he had had his lunch, Rais merely said: "No, I don't want to talk to you."

Azli Noh, Rais' Press secretary who was approached after the minister left, told The Malay Mail the ministry can't comment on the USP fund issue.

"This matter should be dealt directly with MACC which is in the midst of investigating the issue," said Azli.

He said the ministry was not able to comment on this further.

Last week, MACC investigation director Mustafar Ali confirmed they had launched investigations into the possible misappropriation of the USP fund.

MACC, however, is keeping mum on the progress of their investigations.

“We are investigating the allegation and that is all I can comment,” Mustafar told The Malay Mail.

An MACC source, however, revealed in an English daily that the probe would also be looking at the alleged discrepancies in the netbook initiative financed by the USP fund.

''They want to know the process, mechanism and criteria surrounding the netbook initiative,'' the source said.

The source, according to the newspaper report, also said MACC was looking into the possibility of individuals from the Information, Communications and Culture Ministry abusing their powers.

It was also reported the MACC probe was initiated after Wangsa Maju Member of Parliament Wee Choo Keong and several prominent bloggers raised issues over the utilisation of money from the USP Fund.

-MM-

Pindaan perlembagaan BN timbulkan keresahan..........???

on


Cadangan supaya perdana menteri selaku pengerusi BN diberi kuasa penuh berhubung pemilihan calon bagi pilihan raya akan datang dikatakan tidak mendapat sokongan sebahagian besar pemimpin parti komponen gabungan itu.

Sumber yang rapat dengan gabungan itu memberitahuMalaysiakini bahawa cadangan berkenaan dimasukkan dalam draf pindaan dan telah diserahkan kepada 13 parti komponen BN pada awal tahun ini untuk pertimbangan mereka.

"Apa gunanya menjadi presiden parti? Ia tidak masuk akal. Kalau macam itu, lebih baik presiden bubarkan semua parti komponen dan jadikan BN sebagai satu parti.

“Amalan sekarang adalah bagi presiden parti mencadangkan nama calon, walaupun keputusan muktamad di tangan ketua BN.

"Tetapi sekarang hak ini mahu dirampas dan kuasa diberikan kepada satu orang sahaja,” kata sumber itu.

Isu berkenaan menjadi 'duri dalam daging' dan semakin mendesak apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memikirkan sama ada untuk membubarkan parlimen supaya pilihan raya umum diadakan pada tahun depan.

Namun menurut sumber itu lagi, Najib kemungkinan besar akan melengkapkan penggalnya sebagai perdana menteri sebelum membubarkan parlimen.

Selain itu, perjanjian perkongsian kuasa bagi memastikan pengerusi BN berkuasa penuh, sumber itu berkata ada juga cadangan supaya BN yang selama ini membuat sebarang keputusan secara konsensus menggantikannya dengan undi majoriti.

Isu-isu berkenaan akan dibincangkan pada konvensyen BN minggu depan selain mencari jalan menyuntik semangat baru selepas kekalahan teruk mereka pada pilihan raya umum 2008 yang lalu.

Ia dijadualkan pada 28 November ini di Wisma MCA, Kuala Lumpur.

"Mengikut perlembagaan BN, semua 13 parti komponen, masing-masing dikehendaki menghantar tiga perwakilan. Justeru, akan ada 45 hingga 50 perwakilan yang akan hadir membuat keputusan berkenaan.”

Menurut sumber itu lagi, pindaan ke atas perlembagaan mesti pertamanya diluluskan oleh mesyuarat agung tahunan BN - yang akan dijadualkan kemudian - sebelum ia boleh dikuatkuasakan.

Katanya lagi, pemimpin utama parti juga akan menghadiri mesyuarat pengurusan BN pada Jumaat ini yang akan dipengerusikan oleh timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Perdana Menteri mahu mandat baru - kerana beliau baru ambil-alih daripadaAbdullah dan tidak dilantik oleh rakyat.

"Bagaimanapun besar kemungkinan isu mengenai pilihan raya umum tidak akan dibincangkan pasa mesyuarat itu. Tetapi kita mungkin, buat pertama kalinya membincangkan cadangan pindaan perlembagaan itu,” kata sumber itu lagi.

Tambahnya, ramai yang berpendapat lebih banyak perlu dilakukan untuk parti-parti kecil di kalangan gabungan BN.

"Mereka beri kami (kereta) Kancil tetapi menjangkakan kami bertindak seperti BMW," rungutnya.

MalaysiaKini

Third force, harapan baharu liberal Malaysia

on




Selepas lebih dua tahun Pilihan Raya Umum ke-12, gabungan Pakatan Rakyat semakin banyak dihadapkan dengan realiti politik aliansi yang rumit dan sukar.

Parti-parti anggota PR sendiri secara individu menghadapi masalah masing-masing dalam menguruskan kemenangan dan berdepan permainan politik dalaman.

Kini, satu gabungan baharu kumpulan liberal di Malaysia berazam untuk muncul sebagai kuasa ketiga dalam pilihan raya umum, berpotensi berdepan dengan kedua-dua BN dan PR dalam pilihan raya.

Perkembangan ini menunjukkan kebolehlaksanaan yang terhad apa yang digelar "sistem dua parti," yang menghadkan agenda-agenda dan menggalakkan pemikiran secara kelompok.

Sistem dua parti seperti yang dibayangkan itu mempunyai beberapa masalah yang terkait dengan perkara paling asas dalam politik, yakni ideologi, seperti dijelaskan antaranya, dalam satu artikel diterbitkan di Harakahdaily lebih setahun lalu.

Gabungan liberal dalam kuasa ketiga ini menunjukkan realiti dalam politik, iaitu sistem dua gabungan sangat terhad ruang bergeraknya, kerana kepelbagaian kepentingan amat sukar untuk diterjemahkan melalui gabungan dua parti sahaja.

Kemunculan kuasa ketiga berpotensi memperkuatkan lagi gerakan liberal di Malaysia - sama ada melibatkan Datuk Zaid Ibrahim atau tidak - yang kini bersedia memasuki gelanggang politik pilihan raya.

Sekiranya gabungan ini cukup kuat, ia bakal mempunyai kuasa tawar-menawar yang cukup untuk menjadi satu penentu dalam penubuhan kerajaan pusat, satu kekuatan yang diharapkan oleh kumpulan ini.

SiasahDaily 

Calon BN: Kata pemutus di tangan pengerusi

on

gerakan gdc agm 071110 muhyiddin
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga pengerusi BN mempunyai kata pemutus dalam proses pemilihan calon pada pilihan raya umum akan datang, kata timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, BN akan terus mengamalkan konsep pemuafakatan dan tidak bercadang membuat perubahan besar dalam soal memilih calon.

Justeru, menurut Muhyiddin yang juga timbalan pengerusi BN, perkara itu bukan sesuatu yang penting untuk dibincangkan pada Konvensyen BN pada 28 November ini.

"Saya tidak fikir itu satu mauduk yang sangat penting untuk dibincangkan di situ (Konvensyen BN) kerana kita sudah wujud satu mekanisme dan tradisi yang masih baik.

Konsep musyawarah


NONE"Saya tidak lihat (perlu) satu perubahan besar dalam soal memilih calon. Yang pentingnya, mesti ada konsep musyawarah sebelum kita capai kata putus yang biasanya dibuat oleh Pengerusi BN," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet mengenai pembangunan modal insan di Putrajaya hari ini.

Menurutnya, meskipun Najib mempunyai kata pemutus dalam proses pemilihan calon, rundingan dan perbincangan sentiasa diadakan dengan pemimpin parti-parti komponen BN.

Muhyiddin diminta mengulas mengenai cadangan pindaan perlembagaan BN bagi membolehkan perdana menteri selaku pengerusi BN diberi kuasa penuh berhubung pemilihan calon bagi pilihan raya akan datang dan perkara itu adalah antara isu yang dikatakan akan dibincangkan pada Konvensyen BN.

"Kita hormat kepada apa sahaja pandangan tetapi apa yang penting, kita mesti letak calon yang layak, boleh diterima rakyat, boleh bekerja dan mendapat sokongan sehingga berjaya dan menang," katanya.

Beliau berkata perkara itu akan menjadi asas dan pertimbangan kepada BN dalam meletakkan calonnya dan berpendapat tidak perlu ada perubahan yang drastik daripada segi hendak menilai mana-mana calon.

"Jadi itu asas-asas dan pastinya untuk pilihan raya akan datang pun asas pertimbangan yang sama digunakan. Saya fikir bukan parti kita (gunakan asas-asas itu), parti lain pun ambil kira soal itu juga," katanya.


Piagam BN

NONEMengenai Konvensyen BN, Muhyiddin berkata antara hasil yang diharap dapat diperoleh pada konvensyen itu ialah Piagam BN yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri kepada rakyat tentang hala tuju parti berkenaan.

"Piagam BN (adalah) untuk mengukuhkan lagi asas-asas yang selama ini yang disepakati dan mungkin hala tuju baru supaya ia sesuai dengan perubahan masa dan kehendak rakyat," katanya.

Beliau berkata pemimpin parti komponen BN juga akan diberi peluang dan ruang untuk mengemukakan perkara atau isu demi kepentingan negara seperti yang telah lama mereka perjuangkan.

NONE"Bukan setakat untuk mengulang semula apa yang sudah lama kita tahu tetapi mungkin memperbaharui dan mengambil pendekatan dan perspektif baru berdasarkan kepada perkembangan masa kini," katanya.

NONEDitanya sama ada konvensyen itu sebagai persediaan BN menghadapi pilihan raya akan datang, Muhyiddin berkata: "Kita tidak bekerja untuk lima tahun tetapi sepanjang masa. Kita hendak supaya rakyat memahami bahawa perjuangan BN ialah sebenarnya untuk mengisi keperluan dan masa depan mereka.

"Parti kita mesti bukan setakat relevan ia mesti dinamik dan berubah dalam kadar yang sesuai mengikut keadaan dan keperluan negara...mempunyai daya saing dan boleh kekal sepanjang masa. Itu penting supaya rakyat kekal yakin kepada BN." 

- Bernama

Soi Lek Meroyan Tolong Periksa Tahap Mental Nya..........???

on


Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dianggap sudah kurang siuman apabila mempertikaikan kedai ditutup pada hari cuti umum, kata Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim.
“Harap dia jumpa doktor pakar untuk periksa tahap mental dia,” ujarnya yang juga Adun Titi Serong.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons terhadap kenyataan Presiden MCA itu yang sekali lagi cuba mencetuskan isu untuk membelasah PAS semalam apabila mempersoalkan mengapa kebanyakan kedai di Kota Bharu tutup sempena sambutan Aidil Adha.

“Disebabkan Hari Raya Haji, semua kedai nampak tertutup untuk sambutan ataupun ini adalah arahan daripada majlis tempatan? Ia sunyi di Kota Bharu,” soal Chua di laman twitter walaupun sememangnya umum diketahui bahawa sambutan Hari Raya Haji di Kelantan dan beberapa negeri lain adalah jauh lebih meriah berbanding Hari Raya Aidilfitri.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak polis menyiasat Chua kerana kenyataannya itu ada unsur melaga-lagakan antara muslim dan bukan muslim.

“Tidakah Chua sedar bahawa Hari Raya Haji adalah cuti umum,” katanya.

Khalil juga menuntut Chua memohon maaf secara terbuka dengan kenyataan biadabnya dan memberikan penjelasan yang sebenarnya, apakah maksud kenyataannya itu.

"Kenyataannya menimbul keresahan dalam masyarakat," katanya.

Menurutnya lagi, umat Islam dan bukan Islam mesti membantah sikap Soi Lek itu yang mempertikaikan amalan biasa yang sudah lama diamalkan yang menggambarkan toleransi beragama.

Beliau yang juga Pengerusi Sekretariat Pakatan Rakyat Perak menyifatkan tindakan Chua itu menggambarkan dan membuktikan bahawa parti MCA dan dirinya sendiri sudah tidak relevan lagi untuk rakyat Malaysia.

"Juga membuktikan bahawa BN bukan lagi wadah yang sesuai untuk menyatupadukan masyarakat," katanya lagi.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List