Benarkah PKR Lagi Teruk Daripada UMNO...........???

on Nov 18, 2010

Ketelusan PKR: Zamri digantung tanpa dipanggil bela diri




Ketika ini, tindak-tanduk Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) lebih banyak mengundang persoalan berbanding jawapan termasuk tindakan menggantung Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Rasah, Zamri Vinoth baru-baru ini.

Ketelusan JPP parti yang mendakwa mendukung demokrasi semakin dipertikaikan apabila Zamri yang menunggu untuk dipanggil mengadap JPP mahupun Jawatankuasa Displin akhirnya digantung keanggotaan oleh parti.

Sekaligus keputusan JPP tersebut mengesahkan lagi dakwaan bahawa JPP tidak menjalankan siasatan yang menyeluruh dan telus terhadap aduan-aduan yang diterima sebelum tindakkan diambil.

Tindakkan JPP yang dibuat dengan tidak memanggil Zamri mengadap untuk membolehkan keterangannya diambil dan membela diri adalah satu langkah yang jelas membelakangkan prinsip keadilan itu sendiri.

Hari ini PKR bukan sahaja merupakan parti pertama yang melaksanakan sistem satu ahli satu undi malah juga merupakan parti politik pertama yang menjatuhkan hukum kepada pemimpinnya dengan tidak memanggil tertuduh untuk membela diri.

Umno, PKR: Siapa lebih demokratik?

Umno yang didakwa PKR sebuah parti yang tidak demokratik sebelum ini turut memanggil mana-mana anggotanya atau calon yang berhadapan dengan isu disipilin mengadap sebelum sebarang tindakan diambil.

Bahkan ketika hari terakhir Dato Seri Anwar Ibrahim bersama Umno, turut diberi peluang membela diri dan memberi keterangannya di hadapan Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Keputusan untuk memecat Anwar hanya dibuat setelah undian dijalankan dikalangan Ahli MT Umno yang sebelumnya telah mendengar hujah pembelaan oleh Anwar sendiri dengan panjang lebar.

Pada ketika itu, Anwar memang telah diketahui umum mempunyai ramai musuh-musuh politiknya di dalam Umno sendiri termasuklah dikalangan Ahli MTnya.

Begitu juga bagi parti-parti politik lain termasuk ketika Pemilihan Umno yang memanggil mengadap calon-calon bertanding yang dilaporkan melanggar peraturan parti sebelum sesuatu tindakan diambil.

Sebaliknya pula dalam PKR yang dikatakan peneraju demokrasi, tindakan JPP tidak memanggil Zamri mengadap sebelum keputusan penggantungan hanya mengesahkan andaian umum bahawa banyak isu berkaitan pemilihan yang mahu disembunyikan oleh parti itu.

Para penganalis politik tanah air menjangkakan penafian demi penafian terus dibuat oleh PKR untuk melindungi imej parti dan juga pihak-pihak tertentu dalam parti.

Desakan sesetengah pihak agar pemilihan dihentikan sementara bagi membolehkan siasatan dalaman dijalankan juga dijangkakan tidak akan mendatangkan sebarang hasil. 

-FMT-


Pemilihan PKR : Siapa kata JPP tidak bertindak?

KUALA LUMPUR, 16 Nov – Seorang pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan, yang mengaku ditangkap sebagai ‘pengundi hantu’ awal bulan ini, terus mempertikaikan integriti proses pemilihan atas alasan perbuatannya itu tidak dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) sehingga kini.

Ketua AMK Rasah Zamri Vinoth yang ditangkap di pusat pengundian Rembau berkata, beliau ‘sengaja’ membiarkan dirinya ditangkap JPP kerana mahu mengetahui tentang tindakan lanjut diambil oleh jawatankuasa berkenaan, yang diamanahkan menguruskan pemilihan parti secara langsung bersejarah.

Dalam reaksi segera, sekretariat ibu pejabat hari ini menafikan dakwaan tersebut.

Setiausaha Pengelola Raden Shamsulkamar Raden Samsudin memberitahu The Malaysian Insider, pihaknya serta-merta telah menggantung status Zambri apabila beliau ditangkap oleh pengawas JPP.

Bahkan kata Raden Shamsulkamar yang juga pentadbir JPP, surat rasmi berhubung pergantungan Zambri turut dihantar Rabu lalu.

“Selepas ditangkap tidak diambil tindakan, itu sebenarnya salah belaka, dia (Zambri) telah dikenakan gantung serta-merta.

“Mungkin dia (Zambri) tak tahu atau mungkin dia menafikan pergantungan ini atau saja nak buat kacau, itu terpulang kepadanya.

“Ibu pejabat memang bertindak tegas, tak ada lagi kemaafan baginya, pergantungannya tergantung pada proses siasatan Lembaga Disiplin parti,” jelas Raden Shamsulkamar ketika dihubungi.

PKR yang julung kali mengadakan pemilihan secara langsung di bawah konsep satu ahli satu undi kerana berhadapan dengan kontroversi ekoran dakwaan manipulasi dan kepincangan.

Setakat ini hampir 75 peratus cabangnya sudah melangsungkan proses pengundian peringkat pusat.

Proses pengundian diteruskan walaupun ada desakan agar agar ditanggguh dan dibatalkan.

“Perlakuan tersebut saya lakukan sendiri setelah melihat bahawa banyak kepincangan telah berlaku dan walaupun diadukan ataupun disedari oleh JPP tetapi tidak ada sebarang tindakan dilihat dibuat.

“Saya melakukan perkara tersebut untuk tujuan menarik perhatian JPP mengenai banyak kepincangan berlaku.

“Namun setelah dua minggu saya menanti, tidak ada sebarang panggilan untuk saya menghadap jawatankuasa JPP kecuali beberapa panggilan telefon dari JPP,” kata Zambri dalam satu kenyataan yang diemelkan kepada The Malaysian Insider.

Pengakuan terbuka itu, menurut Zambri sekali gus menolak dakwaan penyandang Ketua AMK, sayap pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin 2 November lalu kononnya anasir ‘pengundi hantu’ di pusat pengundian Rembau dan Tampin didalangi Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai ‘Chegubard’.

“Ada juga yang menelefon saya meminta pengakuan saya melakukan kerana diarah atau dibayar oleh Chugubard.

“Dalam perbualan saya dengan salah seorang JPP di mana JPP itu tidak dapat menjawab beberapa persoalan yang saya bangkitkan, sebalik mengecam dan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan seperti: ‘Vinoth, you better watch out’... selepas itu terus meletak telefon dan terus tidak menjawab panggilan dari saya lagi.

“Saya selaku Ketua AMK Rasah yang terletak di cabang sebelah Rembau jika untuk menipu sudah tentu bukan saya yang dikenali lakukan tetapi sememangnya saya lakukan sendiri untuk ditahan dengan harapan dipanggil untuk siasatan dan ini peluang terbaik berdepan dengan JPP dan membangkitkan banyak kepincangan yang terancang,” beliau menambah.

Zambri turut mempersoal tindakan Raden Shamsulkamar kerana beliau menganggapnya menyerang Badrul Hisham yang juga Ketua cabang Rembau, kononnya turut membawa pengundi hantu ke pusat pembuangan undi cabang Tampin yang kebetulan mengundi pada pada hari yang sama dengan Rembau.

Menurut Zambri, kredibiliti Shamsul Iskandar wajar dipertikai kerana penyandang kerusi Ketua AMK itu pada 2 November lalu mempersoal 76 undi yang diperoleh Badrul Sani di Tampin manakala enam undi berbaki diperoleh Shamsul Iskandar.

“Ini kenyataan Shamsul yang gila, kenapa selepas itu apabila keputusan bercorak Tampin menyebelahinya dia tidak mengatakan ia pengundi hantu.

“Pernahkah saudara Shamsul benar turun ke bawah dengan bertanya kepada AMK mengenai keperitan menghidupkan AMK. Shamsul hanya berani bercakap dari pejabat dan kalau turun pun dengan sambutan glamour sahaja,” ujar Zambri sambil mengaku kecewa dengan tindakan JPP serta Shamsul Iskandar sendiri.

Pada kenyataan Zambri semalam, beliau turut membangkitkan beberapa kes penyelewengan yang dilakukan pada proses pengundian, tetapi JPP tidak bertindak sewajarnya.

“Ada beberapa cabang yang mencalonkan orang lain tetapi bertukar kepada nama Shamsul Iskandar Ketua AMK.

“Saya difahamkan pengaduan rasmi sudah dibuat tetapi malangnya tidak ada tindakan. Individu yang bertanggungjawab menipu masih berada dalamibu pejabat parti.

“Cabang Kubang Pasu, secara jelas didapati buku daftar pemilih mencatat kedatangan kurang seratus tetapi kertas dalam peti undi pula hampir 200. Sehingga kini tiada tindakan. Kejadian di Kubang Pasu juga dilaporkan kemudian berlaku di beberapa cabang lain.

“Semalam (14 November) saya ada saksi hidup di mana di Cabang Kota Raja bagaimana penyelewengan berlaku. Ada anggota yang lebih umur mengundi tetapi meja hadapan memberikannya keratan kertas yang membolehkan dia mendapat kertas undi AMK dan MPP.

“Ada juga usaha membenarkan pengundi mengundi tanpa Kad Pengenalan. Mujur ada PACA (ejen pengundian dan pengiraan undi) dari pasukan Chegubard, maka kejadian tersebut dihalang,” kata beliau.

Pada 2 November lalu, Shamsul Iskandar menuduh pasukan Badrul Hisham sebagai dalang membawa pengundi hantu ke pusat pengundian Rembau dan Tampin, tetapi Badrul Hisham mempersoal tindakan pencabarnya itu.

Bagaimanapun, Shamsul Iskandar dan Badrul Hisham masing-masing bersetuju untuk JPP menyiasat dan bertindak tegas atas beberapa aduan berkaitan insiden di Rembau dan Tampin terbabit.

Pergantungan itu, menurut Raden Shamsulkamar membawa pada gugurnya jawatan segala jawatan parti yang disandang beliau sebelum ini.

“Kalau dia (Zambri) Ketua Cabang Rasah, maknanya secara automatik gugurlah,” ujar Raden Shamsulkamar lagi.

Raden Shamsulkamar turut tidak menolak kemungkinan bahawa beliau Zambri mungkin akan dipecat oleh parti sekiranya tindakannya menjadi pengundi hantu itu menjejaskan nama baik parti.

“Mungkin jawatankuasa disiplin parti menuju pada sesuatu yang lebih besar, kemungkinan dipecat kerana parti tidak perlu pemimpin sebegini,” jelas Raden Shamsulkamar secara seloroh.

Namun, Raden Shamsulkamar menganggap alasan Zambri itu adalah tidak munasabah dilakukan oleh seorang pemimpin AMK negeri yang merupakan pemimpin sayap pemuda parti di peringkat negeri.

“Wajarkah bagi seseorang yang hanya nak mengenal pasti tahap keselamatan satu-satu bank itu dalam keadaan lemah, maka dia pergi merompak bank itu.

“Apabila ditanggap... ohhh, saya menyamar untuk melihat tahap keselamatan bank ini. Adakah memadai dengan alasan itu,” soal beliau dalam nada jenaka sambil menganggap AMK peringkat cabang wajar dipimpin oleh seseorang yang lebih bijak. -TMI

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List