MEMANG PUN SOMBONG...........???

on Nov 18, 2010

Jangan Sombong..........






Kata orang, cakap biar berlapik.... beralas. Jangan cakap ikut sedap mulut jer. Tapi.. bagi sesetengah politikus, apabila bercakap jer, fuuuhhh, perasan bagus.

Mari kita lihat apa kata Menteri ehsan ni tentang PKR. Kata dia...
  • PKR merupakan parti rapuh tanpa ideologi dan perjuangan untuk membela nasib rakyat.
  • PKR ditubuhkan tanpa visi, idealisme dan perjuangan untuk rakyat serta negara. Tertubuhnya parti itu hanya untuk mempergunakan parti supaya ada individu tertentu jadi Perdana Menteri
  • Sebuah parti tanpa ideologi seperti PKR tidak akan mampu bertahan lama walau siapa pun yang dipilih selaku pemimpin. 
Kalau PKR rapuh, mengapa kamu orang kecoh?? Manusia akan gabra gempaq, kalau berhadapan dengan ancaman. Kalau bukan ancaman... semua akan relax jer. Di mata mereka , PKR nampak rapuh sebab itulah yang mereka mahu imaginasikan dan yang mereka harapkan agar menjadi realiti. Malangnya... PKR masih kukuh dan mendatangkan ancaman kepada mereka. Itu sebab, mereka meroyan gila babi. Kalau rapuh... mereka takkan hairan.

PKR berserta PAS dan DAP, telah menunjukkan pentadbiran yang jauh lebih berintegriti dan boleh dipercayai rakyat di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.... jika dibandingkan dengan UMNO/BN. Perjuangan yang bertunjangkan rakyat ini, mendapat sokongan rakyat. Itulah ancaman PKR/Pakatan Rakyat kepada mereka. Jadi... kritikan, sindiran dan tuduhan-tuduhan mereka, sebenarnya menggambarkan rasa takut mereka terhadap ancaman tersebut.

Apa salahnya Anwar jadi Perdana Menteri?? Walau pun, he has his flaws tetapi itu lumrah manusia ler. He may not be perfect. Tapi.... kalau dibandingkan dengan PM-PM yang bermula dari era Mahathir hinggalah yang terkini, Anwar rasanya jauh lebih boleh dipercayai terutama dalam menjaga kebajikan negara dan rakyat. Dia lebih berjiwa rakyat. Dia tak tamak pada kebendaan dan kekayaan duniawi hingga sanggup sapu duit rakyat dengan menggunakan kuasa.

PKR berpegang kepada ideologi demokrasi yang berteraskan keadilan. Ya... keadilan untuk semua rakyat tanpa mengira batas agama, kaum dan budaya serta fahaman politik dan sosio-ekonomi mereka. Keadilan untuk semua. Bak kata Saifuddin Nasution... PKR ialah parti politik masa depan Malaysia.

Dengan bergabungan dalam Pakatan Rakyat, menjadinya parti yang relevan dengan landskap kaum dan politik di Malaysia. Tak kiralah siapa yang memimpinnya. Anwar tak penting.... tetapi selagi PKR berpegang pada ideologi tersebut... ia akan kekal relevan dan akan menjadi ancaman kepada kelangsungan politik UMNO/BN, kini dan insyaAllah.... selamanya.

Kah... Kah... kah... Kah...

Sebab itu, Opah Ijat, menteri ehsan Kabinet Dapur Najib dan koncu-koncunya..... TAKUUUUUTTT!!!




Kenyataan " Biadap " Shahrizat Terhadap PKR..!!


Kekecohan dan kontroversi pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika ini bukan suatu yang mengejutkan.Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, PKR merupakan parti rapuh tanpa ideologi dan perjuangan untuk membela nasib rakyat, maka tidak hairan pemilihan yang sedang diadakan parti amat kalut kebelakangan ini.

"Memang kita tahu perkara ini akan berlaku dan ia berlaku lebih awal dari apa yang kita jangka.
"PKR ditubuhkan tanpa visi, idealisme dan perjuangan untuk rakyat serta negara. Tertubuhnya parti itu hanya untuk mempergunakan parti supaya ada individu tertentu jadi Perdana Menteri," katanya selepas menghadiri majlis korban sempena Aidiladha di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas tindakan bekas Ketua Perhubungan PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim yang menarik diri dari merebut jawatan timbalan presiden dan akhirnya meninggalkan PKR kerana tidak puas hati dengan sistem pemilihan yang didakwa mempunyai unsur penipuan.Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, sebuah parti tanpa ideologi seperti PKR tidak akan mampu bertahan lama walau siapa pun yang dipilih selaku pemimpin.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List