‘Dinasti Azmin’ bakal mendominasi PKR?

on Nov 18, 2010

azmin-ali2Pusingan terakhir pengundian Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parit Keadilan Rakyat (PKR) yang berbaki 52 cabang bakal dilangsungkan hujung minggu ini dijangka tidak banyak mengubah kedudukan calon bertanding.
Dengan tinggal dua hari pengundian, jika peratusan yang keluar mengundi pusingan sebelumnya diambil kira, keputusan bayangan beberapa jawatan utama parti sudah dapat diduga.
Antara yang menarik perhatian apabila pemimpin yang dianggap sebagai orang Azmin dilihat mendominasi barisan pemimpin bayangan PKR sekaligus menandakan bermula era ‘dinasti Azmin’ dalam PKR.
Bagi jawatan Timbalan Presiden, hingga saat ini boleh dianggap 99 peratus Azmin Ali hampir pasti dinobatkan ke jawatan nombor dua parti itu.
Ditambah pula dengan penarikan diri pesaing terdekatnya sebelum ini, Dato Zaid Ibrahim hanya memudahkan lagi laluan beliau untuk menduduki kerusi yang dikosongkan oleh Senator Syed Husin Ali.
Bagi Mustaffa Kamil Ayub yang memungut 3,401 undi ketika ini, sudah agak mustahil untuk memintas Azmin yang memperolehi 14,751 undi.
Jawatan Naib Presiden
Pola yang sama turut berlaku dalam persaingan merebut empat kerusi Naib Presiden yang didahului oleh Nurul Izzah Anwar dengan 11,042 undi, Tian Chua (9,524), Fuziah Salleh (7,878) dan Mansor Othman (7,448).
Berada pada kedudukan nombor lima, Gobalakrishnan dengan jumlah undi yang dikutip 5,288 kurang 2,160 dari undi diperolehi Mansor, boleh dianggap kedudukan yang sukar untuk menempatkan diri dalam kelompok empat teratas.
Undian tinggi diperolehi oleh Nurul Izzah daripada peringkat ahli akar umbi ini sekaligus menolak dakwaan negatif sesetengah pihak bahawa beliau bergantung kepada populariti bapanya semata-mata.
Malah dalam dunia politik PKR, kedua-dua tokoh dalam generasi yang berbeza ini turut menampakan perbezaan dari segi sokongan dan pendekatan dalam berpolitik.
-FMT-

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List