UMNO Bijak Sembunyi Krisis Dalaman, Tapi Semakin Jauh Dari Hati Rakyat......???

on Dec 2, 2010



Keputusan Umno menangguhkan pemilihan Majlis Tertinggi (MT) selama 18 bulan sehingga tahun 2012 mungkin memberi petanda parti itu mahu menyembunyikan kelemahan krisis dalamannya sementara menghadapi pilihan raya Sarawak dan umum (PRU) dalam masa terdekat.

Pengajaran daripada proses ‘ketelusan’ pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang akhirnya hanya menampakkan kelemahan sendiri, 

Umno dilihat mengambil langkah selamat untuk menunda pemilihan yang sepatutnya berakhir pada tahun depan bagi memberi laluan kepada pimpinan baru meneraju parti sepanjang penggal 2011/2014.

Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia (USM) Dr P Sivamurugan berkata, penangguhan itu menguatkan lagi spekulasi tentang tarikh pilihan raya Sarawak yang dijangka berlaku seawal Mac tahun depan manakala PRU 13 pula diramalkan pada suku terakhir tahun yang sama.

Menyifatkannya sebagai satu percaturan yang baik bagi mengelak Umno kehilangan sokongan rakyat serta pengaruh antara parti komponen lain dalam Barisan Nasional (BN) semasa pilihan raya nanti, Sivamurugan bagaimanapun berkata keputusan itu umpama ‘ubat penahan sakit’ yang hanya bersifat sementara.

"Saya percaya keputusan Umno itu mungkin hendak mengelak permusuhan dalaman parti yang boleh mengganggu peluang BN memenangi pilihan raya.

"Untuk memenangi sesuatu pilihan raya tak semestinya perlu bergantung kepada kelemahan parti lawan.

"Kalau Umno tak bertindak sebegini mungkin mereka berhadapan krisis dalaman yang serius sebab kalau parti sendiri tak kuat bagaimana nak lawan pihak musuh (dalam pilihan raya)," katanya kepada FMT hari ini.

Umno enggan amal budaya politik terbuka

Pendapat sama turut disokong Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Profesor Dr Abdul Aziz Bari yang secara terbuka mengkritik Umno kerana masih enggan mengamalkan budaya keterbukaan politik untuk setiap ahlinya.

Membandingkannya dengan PKR yang mengamalkan sistem pemilihan demokrasi satu ahli satu undi, kedegilan Umno mengekalkan ’status quo’ katanya hanya menampakkan lagi tanda-tanda wujudnya pergelutan antara ‘kem Najib’ dan ‘kem Muhyiddin’ dalam parti itu.

Aziz juga berkata, Presiden Umno yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin bimbang kedudukannya akan terancam jika pemilihan MT Umno akan diteruskan kerana sukar meletakkan calon pilihan semasa pilihan raya nanti sekaligus menghalangnya daripada terus mengekalkan kuasa dalam parti.

Ini kerana katanya ‘pertarungan’ dalam pemilihan MT Umno itu nanti bakal menjadi tiket penting bagi pemenang dan barisan pilihannya menerajui parti itu sekaligus menjadi kuasa penentu dengan parti komponen lain dalam BN.

"Jika mereka meneruskan pemilihan MT Umno, individu yang memenanginya ada kuasa besar untuk mengukuhkan pengaruh dan menentukan individu yang berada dalam badan kuasa perundangan (Parlimen) dan eksekutif (Kabinet).

Masalah budaya politik naungan


"Umno sejak dari dulu lagi terkenal dengan masalah budaya politik naungan dan cantas-mencantas sesama ahlinya.

"Hala tuju politik mereka tidak akan kemana-mana jika sistem pemilihan ‘autokrasi’ mereka masih tetap tidak berubah," katanya.

Hal ini ditambah dengan pandangan Dr Sivamurugan yang berpendapat parti ‘Ketuanan Melayu’ itu masih belum bersedia menghadapi pilihan raya yang sama.

Ini kerana katanya berdasarkan keputusan mesyuarat tertinggi Umno semalam yang mahu mengadakan rombakan dalam badan perhubungan negeri, kursus cawangan kepada ahlinya serta merancang mengadakan jelajah ke seluruh negara untuk berkempen tentang pencapaian yang dilakukan BN sejak tahun 2008.

"Mereka perlukan masa... begitu juga dengan MIC yang mahu melihat sama ada presiden barunya Datuk G Palanivel mampu menerajui parti dengan baik dan mengembalikan semula kepercayaan pengundi masyarakat India dalam tempoh terdekat ini," katanya.

Namun beliau percaya MIC mungkin ‘terselamat’ daripada tekanan krisis pemilihan yang boleh menggugat imej BN untuk menghadapi PRU 13 memandangkan parti itu akan mengadakan pemilihannya pada tahun 2012.

Dr Aziz bagaimanapun menolak pendapat penangguhan pemilihan MT Umno itu adalah satu langkah yang baik untuk parti itu terus kekal relevan sebagai parti yang mempertahankan kedudukan kaumnya dalam Perlembagaan.

"Tidak semestinya langkah (penangguhan) itu baik jika politik dalaman Umno masih ditahap lama malah ia akan terus menjadi barah dan membusung sehingga tidak mampu diselamatkan lagi," katanya.

Isu nasional 

Pendapat Dr Aziz itu disokong dengan kenyataan Presiden Transparensi Antarabangsa Malaysia Tan Sri Ramon Navaratnam bahawa penangguhan pemilihan MT Umno itu tidak akan memberi impak yang besar kepada keputusan pilihan raya Sarawak dan PRU 13 sekiranya isu nasional masih tidak dapat diselesaikan.

Beliau merujuk isu nasional kepada masalah kestabilan ekonomi negara, isu Sabah dan Sarawak, keberkesanan Program Transformasi Ekonomi (ETP), ketelusan kerajaan BN memerangi rasuah serta beberapa isu lain yang membelenggu negara sejak tahun 2008.

Tokoh ekonomi itu berkata, apa yang penting adalah prestasi yang dibuktikan serta manifesto yang sudah dilaksanakan barisan kepimpinan Najib sejak PRU 12 yang lalu.

"Rakyat bukannya mahu melihat politik perkauman terus dimainkan untuk memenangi sesebuah pilihan raya kerana mereka tahu politik sempit itu hanya akan menimbulkan ketidakharmonian pemerintahan demokrasi negara.

"Sebaliknya rakyat sekarang sudah celik dan bijak menilai apa yang kerajaan BN janjikan selama ini untuk membela rakyat dan memajukan ekonomi negara," katanya.

APA DAH JADI........???

on



Ini yang berlaku bila PM Najib  datang kah kah kah...

Petir kilat sabung-menyabung semalam hingga menyebabkan khemah dinaiki air (banjir laaa...)...

Kah kah kah...

Padan muka, kah kah kah...


Majlis perasmian Taman Botani Perdana yang dijadualkan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini ditangguh ke suatu tarikh yang akan ditetapkan berikutan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. 

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk M.Saravanan berkata hujan lebat sejak tengah hari menyebabkan kawasan majlis di sekitar taman yang terletak di Taman Tasik Perdana itu basah dan air bertakung. 

"Keadaan itu akan menyukarkan Perdana Menteri yang akan melawat ke sekitar Taman Botani Perdana... ia tidak selamat dan tidak sesuai," katanya kepada pemberita di tapak majlis itu di sini. 

Berdasarkan aturcara majlis itu, Perdana Menteri dijadualkan merasmikan majlis itu pada 4 petang dan selepas itu melawat ke sekitar Taman Botani Perdana dan menanam pokok serta menandatangani plak sebagai simbolik perasmian. 

Beberapa menteri Kabinet kelihatan hadir ke majlis itu, antaranya Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan, sebelum pihak penganjur mengumumkan majlis itu ditangguhkan.

ANWAR DAN DAP........???

on

Saya agak tertarik dengan tulisan Satu Hala dariMalaysia-Instinct yang menjelaskan kegagalan Anwar Ibrahim dalam menunaikan janji-janjinya. Pada 10 Mac 2008, DAP pernah memohon agar diwujudkan jawatan Timbalan Menteri Besar Selangor dan diberikan kepada wakil daripada parti tersebut demi menjaga kepentingan kaum Cina. Namun demikian, permintaan itu ditolak, barangkali mungkin juga atas arahan Anwar. Dan sekarang, Anwar berjanji pula akan melantik Lim Kit Siang sebagai Timbalan Menteri Malaysia, soalnya jika permitaan DAP untuk mendapatkan jawatan Timbalan Menteri Besar Selangor pun sehingga sekarang masih tidak dapat dipenuhi, apakah jaminannya Lim Kit Siang akan dilantik sebagai TPM Malaysia pula? Malah, belum pasti lagi Anwar Ibrahim akan dinobatkan sebagai Perdana Menteri, apatah lagi sekiranya beliau dihumban semula ke penjara.

Senario yang akan berlaku sekiranya Lim Kit Siang dilantik sebagai TPM adalah, akan mula timbul tuntutan demi tuntutan, agar setiap negeri di seluruh Malaysia mewujudkan dua jawatan Timbalan Menteri Besar yang dikhususkan kepada kaum Cina dan India. Hal ini akan merebak ke dalam semua sistem pengurusan dan organisasi di bawah kawalan kerajaan pusat. Tidak mustahil, selepas ini DAP akan memohon agar diwujudkan pula dua jawatan timbalan untuk semua kategori jawatan dalam sektor awam, bagi diisi dan dikhususkan kepada kaum Cina dan India, umpamanya - 2 Timbalan Ketua Polis Negara, 2 Timbalan Peguam Negara, 2 Timbalan Ketua Hakim Negara, 2 Timbalan Ketua Pengarah Pengajian Tinggi, 2 Timbalan Naib Canselor universiti-universiti, dan macam-macam lagi jawatan yang tinggi dalam sektor awam. Soalnya, bersediakah kita semua dengan realiti baru ini?

Baca tulisan Satu Hala di bawah ini...

1. Anwar Ibrahim ini kan..... adalah pelacur poltik yang paling tidak ada maruah di rantau ini. Kalau jadi pelacur sebenar...maka taraf dia adalah untuk berkerja di Lorong Haji Taib dengan bayaran RM15 seround. Lihatlah sikap munafik dan belit Anwar terutama dalam kes perlantikan Timbalan Perdana Menteri (TPM) kalau Pakatan Rakyat (PR) terpilih dalam pilihan raya umum ke-13. Masa ditemuramah wartawan sebuah akhbar Cina (dah sah hampri kesemua pembacanya Cina). Anwar sudah janji akan lantik Kit Siang sebagai TPM kalau PR menang.

2. Bila kenyataan itu tersebar dan bila Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mula terasa hati dan malu diperbodohkan begitu sahaja oleh seorang peliwat tegar. Anwar buat apa? Taktik basi dia salahkan media, kononnya salah petik apa yang dia cakap. Hakikatnya, Anwar memang cakap benda tu, dan itu bukan pertama kali dia janji begitu, isu Kit Siang dilantik TPM sudah berulang kali berbangkit.

3. Semuanya bermotifkan politik sempit dan agena peribadi menjadi Perdana Menteri yang sangat diidamkan Anwar semata-mata. Janji Kit Siang menjadi TPM memperkukuhkan sokongan masyarakat Cina kepada PR, itu sahaja sebab Anwar berkata begitu, bukannya untuk berlaku adil kepada masyarakat Cina pun.

4. Cuma soalnya, kalau Anwar ingat dia bagus sangat, kononnya nak berlaku adil (dengan ahli parti sendiri pun tak adil - lihat pemilihan PKR baru-baru ini), apa kata Anwar lantik Timbalan Menteri Besar Selangor dari kalangan rakyat Cina wakil DAP. Jangan cerita peringkat Pusat untuk lantik TPM, mulakan di Selangor, satu-satunya negeri di mana pemimpin PKR memegang kuasa pentadbiran tertinggi. Timbalan MB Cina di Selangor bukan isu baru, lihat laporan akhbar yang pernah keluar sebelum ini di bawah:

SHAH ALAM 10 Mac – Ahli Jawatankuasa DAP Pusat, Ronnie Liu Tian Khiew hari ini mencadangkan dua jawatan timbalan menteri besar yang mewakili kaum Cina dan India diwujudkan di negeri Selangor. Tian Khiew yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandamaran pada pilihan raya umum memberitahu, beliau juga mencadangkan agar kedua-dua timbalan menteri besar itu dilantik sebagai exco agar mereka mempunyai gaji dan kuasa.

Selain itu, menurut Tian Khiew, beliau turut mencadangkan empat kerusi exco negeri dikhaskan untuk DAP. ‘‘Saya mencadangkan perkara ini kerana ia pernah dibincangkan di kalangan pemimpin DAP Pusat dan memang patut direalisasikan. ‘‘Saya rasa jawatan ini (timbalan menteri besar) mungkin akan diwujudkan di Pulau Pinang,” kata beliau ketika ketika ditemui di lobi bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di sini petang ini.
Tambah Setiausaha Biro Antarabangsa DAP itu, perkara ini bagaimanapun belum disuarakan kepada bakal Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. ‘‘Saya berharap agar perkara ini akan mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah,” ujarnya. Ketika ditanya kehadirannya di bangunan SSAAS, Tian Khiew berkata, beliau datang ke bangunan itu selepas mendapat maklumat yang kakitangan bahagian kewangan negeri mahu memusnahkan beberapa dokumen penting.

Katanya, kebetulan ketika kedatangannya, Khalid dan penyokong-penyokongnya berada di tingkat 19 menemui Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Ramli Mahmud. Menjawab persoalan sama ada beliau mahukan jawatan Timbalan Menteri Besar Selangor, Tian Khiew menjawab: ‘‘tidak penting siapa yang akan mengisi jawatan itu.’’ Sementara itu, di bangunan SSAAS, puluhan penyokong Khalid berada di lobi, tingkat 19 dan tingkat 12 bangunan untuk memantau apa yang berlaku di situ.

Kekecohan kecil berlaku di tingkat 12 yang merupakan Pejabat Perbendaharaan Selangor apabila beberapa penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyerbu dan menghalang beberapa kakitangan di tingkat tersebut daripada memusnahkan dan membuang sejumlah kertas dipercayai dokumen. Seorang kakitangan di tingkat tersebut yang tidak mahu dikenali berkata, apa yang dilakukan oleh kakitangan hanyalah prosedur biasa dan dokumen yang dimusnahkan itu adalah dokumen lama yang memang untuk dibuang.

5. Berita ini disiarkan pada 10 Mac tahun 2008. Ketika PRU-12 baru berakhir, ini hanyalah satu daripada puluhan kenyataan media dan laporan berhubung perlantikan Timbalan MB kaum Cina di Selangor yang pernah tersiar ketika itu, DAP menaruh harapan, terutama Ronnie ni. Terasa Kok dari Seputeh pun nak juga jadi Timbalan Menteri Besar.

6. Tapi seperti yang kita semua tahu, Selangor tiada Timbalan MB Cina, kalau di sebuah negeri pun tak boleh nak bagi laluan kepada DAP, mengapa cerita peringkat Pusat? Anwar cuba memperbodohkan orang Cina, tolak Ketuanan Melayu dan janji TPM Cina, semata-mata untuk undi kaum itu. Tapi hakikatnya semua itu tidak berlaku di Selangor yang ditunjangi PKR.

7. Tapi itulah Anwar....pelacur politik yang ada AIDS dan HIV...... yang membawa risiko penyakit berjangkit itu atas semua pelangannya. Cakap tarak serupa bikin lalu lu Anwar, tapi itu memang perangai lu kan, kalau tak apasal ada orang India pegang kain rentang...

Sivaji The boss?? Poorah....

Aku ciplak dari :- http://azlishukri.blogspot.com

PRU 13 : Selagi Dana Politik Umno Belum Terisi........???

on



Oleh Ahmad Lutfi Othman

Tarikh pilihan raya umum akan datang, menurut seorang teman, tidak perlu didebatkan. Memang selamanya, selagi sistem sedia ada dikekalkan, ia menjadi kelebihan buat parti pemerintah, sama ada di peringkat pusat mahupun negeri.

Dan prosedur itu sebenarnya tidaklah sangat mencacatkan proses demokrasi, malah dalam keadaan tertentu boleh menguntungkan rakyat. Hayat sesebuah kerajaan boleh dipendekkan tanpa terikat dengan tempoh masa tertentu.
"Yang penting, parti-parti politik harus sentiasa mengkoreksi diri, menilai prestasi, mengambil berat persepsi pengundi. Dan sebaik-baiknya, terutama ketika penggal pemerintahan sudah melewati separuh masa kedua, lakukanlah kajian separuh penggal.

"Jangan remehkan kritikan pesaing, ambil berat rasa tak puas hati rakyat walaupun dalam isu yang nampak kecil, dan cuba selesaikan," tambahnya, mengulas kolum saya sebelum ini.

"Usah lupa menghidu dan mengesan strategi licik-jahat Umno, yang akan mengerah dan mengeksploitasi apa juga sumber dan kemudahan kerajaan. Taktik lama memperalatkan SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara tidak mustahil akan digunakan kembali, mungkin dalam pendekatan berbeda," tegasnya, dengan nada serius dan bersungguh-sungguh.

Beliau ternyata risau jika pengalaman lampau, terutama membabitkan senarai daftar pemilih, yang memeritkan pembangkang tidak diambil iktibar.

Rakan saya itu, bekas wartawan berpengalaman, sempat menegur: "Masih ada pemimpin Pakatan Rakyat, malah yang bertaraf ahli Parlimen mahupun Adun, apatah lagi di peringkat ketua kawasan atau bahagian parti, seperti bermentaliti pembangkang lagi. Pembabitan mereka dalam komuniti setempat kurang menonjol. Ada yang semacam malu-malu lagi untuk ke depan menggerakkan masyarakat."

Membicarakan hal sama, seorang lagi kawan, yang mempunyai hubungan rapat dengan kelompok Umno Selangor, menelefon saya: "Aku yakin, Najib Razak tidak akan mengadakan pilihan raya umum dalam waktu terdekat. Dana atau tabung Umno masih kosong. Belum diisi secukupnya bagi membeli undi rakyat. Mereka perlu masa lebih panjang untuk lancar projek besar dan raih wang panas."

"Mudah saja," katanya, "Umno-BN perlukan duit sehingga ribuan juta ringgit untuk gerakkan jentera kempennya. Duit itu ada dalam projek-projek kerajaan yang kosnya sengaja ditinggikan berkali ganda."

"Bukankah sekarang banyak projek dibuat secara tender terbuka?" pintas saya, nampak sangat macam soalan bodoh.
"Bila pula Najib jadi bodoh macam tu? Semenjak zaman Pak Lah, yang janjikan ketelusan itu pun, banyak projek mega diuruskan secara rundingan terus. Lutfi, bukankah kau juga yang selalu sebut, Umno dan rasuah itu kembar siam yang tak boleh dipisahkan? Hang masih ingat kes Hasbie Satar, bekas Setiausaha Politik Tan Sri Nor Mohamed Yackob? Masa SPRM serbu pangsapuri dia di Butterworth, ada wang tunai lebih RM2 juta," jawabnya lancar.

"Itu kes kecil yang kebetulan terbongkar. Banyak lagi duit politik Umno yang terkumpul secara senyap dan diuruskan dengan begitu sistematik, tetapi tidak pernah dikesan," tambah beliau, sambil berjanji akan menjelaskan modus operandinya kepada saya.

"Kau tahu, kebanyakan dana politik Umno ini diuruskan secara rasmi, bukan lagi
di bawah meja? Malah dalam proses rundingan tender dan penentuan harga, peruntukan untuk dana politik Umno ini disebut secara jelas!" sambungnya.

Pakatan Rakyat, meskipun turut menguasai sumber dan kemudahan di empat negeri, tentunya tidak bersedia terjebak dalam perangkap politik wang yang terbukti telah menjerumuskan Umno-BN selama ini.

Rasuah politik jika sudah dimulakan pasti tidak akan menemui titik nokhtahnya. Ia terkepung dalam "lingkaran syaitan", wabaknya segera berjangkit dan boleh menikam diri.

Dipercayai majoriti rakyat tidak mudah lagi tersilau dengan umpan murahan itu. Tidak hairanlah apabila Perdana Menteri, Najib Razak, seperti terkejut mengapa bantuan kerajaan pusat yang dihulurkan kepada golongan tidak berkemampuan jarang dihargai sedangkan pakej bantuan kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang lebih kecil nilainya sering disebut-sebut.

Najib dan pemimpin BN tidak perlu pening kepala mencari jawapannya. Kunci kata adalah keikhlasan dan ketelusan. Bersainglah secara sihat untuk menabur bakti dan jangan rendahkan daya intelektual rakyat.

Saya sukar melupakan dialog seorang pemandu teksi warga emas, dalam perjalanan mendapatkan rawatan susulan di HUKM, Cheras. "Pilihan raya akan datang, jangan sokong BN tau! Mereka rampas duit kita RM1,000, tapi dia derma hanya RM10 dan sembang kuat untuk beritahu semua orang," ujarnya, dalam nada sedikit lucu tetapi jelas bukan bergurau.

Selang beberapa minggu kemudian, pemandu teksi lain turut berkongsi idea yang hampir sama!

Rakyat dapat memahami bagaimana sesebuah kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat dilihat gagal menjalankan tugas memenuhi amanah dengan lebih efektif kerana kekangan yang dikenakan kerajaan pusat, terutama dari segi peruntukan kewangan dan projek pembangunan.

Konsep federalisme memang menggariskan dengan jelas dalam Perlembagaan tentang senarai negeri dan pusat, namun ada sebahagiannya tidak dihormati pemimpin kerajaan pusat, atau dilaksanakan secara tidak adil kepada negeri yang diperintah Pakatan.

Namun demikian, ia tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menafikan usaha berterusan mengotakan janji seperti diungkapkan dalam manifesto pilihan raya. Wakil rakyat bersama pemimpin parti mesti bersikap proaktif di tengah masyarakat, menjadi penggerak di medan depan.

Rakyat mahu melihat perbedaan dan nasib mereka dibela. Mereka sudah muak dan jelak dengan stail kehidupan majoriti YB Umno-BN. Elemen politik baru perlu dipraktikkan.

Gaya politik baru yang muncul pada 1999 dan menyerlah ketika pilihan raya umum ke-12 bukan lagi fenomena sementara atau sekadar bermusim. Ia semakin merata dan mula menyelinap ke segala pelosok tanahair.

Peningkatan tahap pendidikan dan perkembangan teknologi maklumat, terutama dengan pembudayaan ruang siber di kalangan masyarakat, telah mempercepatkan lagi proses pendemokrasian dan kematangan berpolitik rakyatnya, termasuk di negara kita.

Terdapat pengkaji yang melihat gaya politik baru ini "tenggelam dan timbul" dalam tiga pilihan raya umum terdekat, iaitu muncul pada 1999, tenggelam pada 2004 dan kembali timbul pada 2008.

Justeru, ada yang bimbang, dalam pilihan raya seterusnya ia akan tenggelam semula. Mungkin gaya lama yang sarat dengan sentimen perkauman, politik adu-domba, retorik "keselamatan dan pembangunan" dominan kembali?

Soalnya, apakah aktivis dan penggerak Pakatan Rakyat hanya menunggu "nasib baik" dalam pusingan seterusnya itu, tanpa berusaha keras dan tersusun bagi mempengaruhi budaya politik masyarakat Malaysia?

Ini berikutan budaya dan tradisi masyarakat bukanlah sesuatu yang bersifat tegar, sebaliknya ia adalah lebih bersifat fleksibel iaitu ia boleh dicipta, diubahsuai, diubahsuai semula dan malah boleh dihapuskan.

Menurut Kamus Sains Politik (DBP), istilah budaya politik ditakrifkan sebagai: "Sifat dan oreintasi politik yang diamalkan dalam sesebuah negara yang mengandungi elemen seperti kepercayaan, simbol dan sistem nilai. Semua tindakan politik dalam masyarakat berasaskan kepada elemen ini. Budaya politik juga boleh mengalami perubahan melalui proses sosialisasi, tetapi mengambil masa yang panjang."

Manakala ada sarjana yang mendefinisikan sosialisasi politik sebagai cara atau kaedah kita menerima norma, nilai dan pengalaman politik dalam kehidupan. Ia suatu proses yang berterusan, bermula apabila masyarakat belajar mengenai politik dan kerajaan dengan melalui putaran hidup, bermula dengan zaman kanak-kanak, dewasa dan zaman tua.

Proses sosialisasi politik dicorakkan oleh peranan keluarga dan juga masyarakat dari pelbagai status dan kelas, selain alam pendidikan yang mempunyai impak besar. Kuasa baru dalam dunia sosialisasi politik ialah media alternatif atau ruang siber. Ia seterusnya mencetuskan ruang awam yang membuka laluan kepada perdebatan sihat tanpa saringan yang mengongkong. Media tradisi sudah kehilangan sengatnya. Kawalan maklumat tidak berkesan lagi.

Saya mahu menekankan bahawa persaingan politik dan gerakan mengembangkan pengaruh semakin terbuka di negara ini. Sepatutnya tiada pihak yang berasa rendah diri dan tertinggal jauh di belakang.

Fenomena BN menang percuma sebelum bertanding sudah berlalu. "Padang permainan" menjadi semakin rata. Meskipun proses pilihan raya masih tempang dan perlu dilakukan perubahan menyeluruh melalui tuntutan lebih agresif, namun penguasaan BN tidak sekebal mana. Sentimen perkauman bukan lagi senjata ajaib untuk menumpaskan pembangkang.

Terpulang kepada setiap "peserta" untuk melakukan persiapan sebaiknya. Jika ada masalah menghimpit, pasti tersedia jalan keluar. Yang penting adalah daya kreatif dan tekun mencari formula penyelesaian.

Harus diingat, propaganda keterlaluan media yang memperbodohkan audien, seperti terbukti menimpa BN pada 2008, hanya memakan tuan. Promosi berlebihan, yang cuba menutup salahlaku dan penyelewengan, boleh menimbulkan dampak negatif.

Namun begitu, media baru masih terbatas jangkauannya, lagipun ia bukan lagi monopoli golongan "reformasi". Mendemokrasikan maklumat perlu melalui pelbagai kaedah yang inovatif. Amat malang jika segalanya tersangkut dan terbantut pada sistem penyampaian yang bercelaru dan tidak efisyen. Dengan itu persepsi rakyat terus gagal untuk diperbetulkan.

Tidak seperti jentera Umno-BN yang cukup bergantung kepada wang, sehingga Najib tidak akan mencadangkan pembubaran Parlimen selagi dana politik belum terisi sepenuhnya, bagaimanapun bagi Pakatan, tanpa peruntukan yang memadai, ia juga boleh merencatkan laluan ke Putrajaya.

Misi menggantikan sebuah kerajaan yang bertapak lebih 50 tahun - apatah lagi dalam kedudukan yang hegemonik seperti BN - menuntut persiapan serapinya. Pengalaman perit memerintah beberapa kerajaan negeri, yang sentiasa ditindas kerajaan pusat, sudah cukup untuk menggerakkan persediaan itu.

Yang lebih diharapkan ialah perubahan pada sikap, mentaliti, tanggapan dan budaya politik setiap pendokong Pakatan bagi memikul tanggungjawab lebih besar menjelang pilihan raya umum akan datang

Detikdaily

Jadi Billionir Jual Laman Web.......???

on


London - Seorang usahawan Internet, Andrew Mason, 29, bakal mengikuti jejak langkah pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg, 26, dengan menjadi bilionair apabila dia bersetuju untuk menjual laman web beliau kepada enjin carian Internet, Google, lapor sebuah akhbar semalam.

Mason dikatakan bersetuju untuk menjual laman web bernama Groupon itu kepada Google dengan harga £4.1 billion (RM20.2 billion).

Beliau sebelum ini turut dilaporkan menolak tawaran daripada sebuah lagi enjin carian Internet, Yahoo kerana ia hanya menawarkan sebanyak £1.3 billion (RM6.4 billion) untuk membeli laman web terbabit.

Laman web yang telah dibina sejak dua tahun lalu itu telah menawarkan sebanyak 1,000 peluang pekerjaan di tempat kelahiran Mason iaitu Chicago, Amerika Syarikat selain digunakan oleh 2.5 juta pengguna di Britain.

Bagaimanapun kerana kelebihan yang ditawarkan seperti diskaun pembelian tiket wayang dan pelbagai barangan lain melalui Internet sehingga 90 peratus, jumlah pelayar kini semakin bertambah sebanyak 10 peratus setiap minggu.

Bagaimanapun, ia masih tidak boleh menyaingi Facebook kerana laman sosial itu kini bernilai £32 billion (RM158.1 bilion). - Agensi

Yana Samsudin berkemban dalam "Aku Masih Dara"

on


PETALING JAYA: Pelakon Yana Samsudin menegaskan dia berasa malu apabila terpaksa berpakaian seksi dan berkemban semata-mata untuk menjayakan filem Aku Masih Dara arahan Ahmad Idham.

Kata Yana, keputusan itu dibuat selepas memikirkan wataknya sebagai gadis yang bermasalah dalam filem tersebut mempunyai mesej yang kuat dan bukannya untuk mencari publisiti murah atau mahu mengumpan penonton ke pawagam semata-mata.

Sebaliknya, keputusan pelakon berusia 26 tahun itu menerima watak 'hitam' dan antagonis bernama Aleeysa itu didorong atas keinginan untuk mencabar kemampuan bakat lakonannya.

"Penampilan saya dalam filem terbaru Aku Masih Dara memerlukan saya tampil sebagai gadis tidak bermoral dan seksi.

"Ia bukan bertujuan untuk meraih publisiti atau memancing penonton menerusi gadis seksi yang ditampilkan semata-mata. Ia adalah watak yang mencabar, menarik dan paling 'hitam' pernah saya jayakan," katanya yang mengakui puas dengan watak itu.

Mengulas lanjut, Yana mengakui tidak menyukai watak itu pada awalnya. Namun, setelah berfikir sedalam-dalamnya mengenai watak dan mesej yang ingin disampaikan kepada penonton, dia akhirnya akur menyahut cabaran tersebut.
Barisan bintang muda yang menghiasi filem arahan Ahmad Idham itu. (Dari kiri) Ashraf Muslim, Yana Samsudin, Diana Amir, Raja Farah dan Farid Kamil.

Bagaimanapun, pemenang anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke 23 (FFM23) ini berharap agar penampilannya yang seksi dan nakal dalam filem itu tidak akan disalahertikan oleh penonton, sebaliknya mengambil iktibar dan mesej yang cuba disampaikan.

"Sejujurnya, saya langsung tidak menyukai watak itu pada awalnya kerana ia menuntut saya untuk tampil jahat, liar dan seksi.

"Jika difikirkan untuk jangka masa pendek, saya berasa malu kerana terpaksa mendedahkan tubuh badan termasuk berpakaian seksi dan berkemban.

"Namun, setelah berfikir semasak-masaknya saya sahut cabaran itu kerana sebagai pelakon ia adalah kerugian yang besar jika tidak menjayakan watak yang dinamik sebegitu.

"Naskhah ini bukanlah manipulasi kosong oleh penerbit atau pengarah yang menampilkan gadis-gadis seksi dan liar semata-mata untuk memikat penonton tetapi ia adalah kritikan sosial yang harus direnungkan oleh masyarakat," katanya.

Filem yang berkisar kepada masalah sosial yang membelenggu remaja hari ini itu berfokus kepada kisah tiga sahabat iaitu Sofea (lakonan Raja Farah), Aleesya (Yana Samsudin) dan Hani (Diana Amir).

Filem yang turut dibintangi aktor Farid Kamil dan Ashraf Muslim ini mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 16 Disember 2010.

Kerusi No 2 Lebih Panas......???

on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhld8e0lLUHbn_LkqixzvrlPwRVmRg_CMaGcNpVJ-FERguMg4WKIGR5L0Hm0pBPvFpGz33gJ8-BqsQHXJvg6D0KQEalPQDODJ7M3N65ixXrX_gSHJbKkMPs1aaaS1Fpwr_N-k6w1kVbEPNT/s400/kerusi.jpg


Pemilihan bagi pemimpin kanan sesebuah parti baru ini telah selesai dengan pelbagai kontroversi. tapi bagi nadim ia adalah perkara biasa bagi yang mula nak buat pemilihan berdasarkan satu ahli satu undi. walaupun pada dasarnya nadim tak berapa setuju sebab pelbagai masalah dan keadaan yang tidak mengizinkan telah berlaku dengan serangan dari dalam dan luar. tetapi nadim kagum dengan keutuhan dan hormat pada semangat yang diberikan tanpa mengira bisa dan tajam menikam yang menimpa. Alah bisa tegal biasa.

tapi nadim nak mengingatkan juga tentang sejarah yang telah membuktikan bahawa ada satu lagi parti politik yang tidak kurang hebatnya dengan badi kerusi no. 2 ini. rasanya semua boleh mengagak apa yang cuba nadim sampaikan ini. sehinggakan parti politik tersebut terpaksa menangguh sehingga 18 bulan itu mengadakan pemilihan. kenapa hal itu terjadi? pada parti yang nadim rasakan sudah lama dalam arena politik tanahair yang rasanya semua telah mereka lalui. apa yang cuba disampaikan oleh parti politik tersebut? amanat apakah lagi yang terlepas pandang untuk diberitahu pada ahlinya? mungkin nadim rasa mereka tidak bersedia kerana jika pemilihan ini berjalan ia akan mengundang lebih banyak masalah dari bangga yang didombakan.

kita selalu dinasihatkan jangan selalu tengok akan kekurangan dan canangkan kelemahan pada pihak yang lain berserta serangan pada pihak yang tersebut takut nanti di pihak kita lebih parah dengan serangan tikaman dari belakang dan politik wang berleluasa. dalam hal politik yang semua ketahui, tidak hairanlah kenapa nadim katakan kerusi no. 2 lebih merbahaya dari kerusi yang lain.

mahu jadi setiausaha silakan, mahu jadi bendahari silakan tetapi mahu jadi timbalan , cukupkah ilmu kebal menahan serangan dari dalaman yang mungkin mengagalkan kita. hmm, payah rasanya yang no. 2 akan menggantikan yang no. 1 dalam keadaan begini sekiranya konsep parti politik kroni diambil sebagai landasannya. pada firasat nadim pun dapat rasakan yang no. 2 sekarang ini pun tengah mengintai peluang untuk menjadi no. 1, tapi apa boleh buat kerana sejarah bagi parti politik itu, yang no. 2 umpama tempat persinggahan sebelum pencen.

nadim cuma akan tunggu tika dan waktunya, berjayakah atau dapat restukah dari perjanjian yang telah dibuat dahulu bagi membalas jasa? ataupun yang no. 2 itu langsung tidak terdapat dalam senarai menunggu untuk menjadi yang no. 1 seterusnya menjadi PERDANA MENTERI.

KETUA MENTERI MELAKA YANG BARU..........???

on Dec 1, 2010

Assalamualaikum,


Dengar cerita Ali Rustam akan dihangkat menjadi menteri kerajaan pusat, maka dengan itu secara otomatis jawatan ketua menteri Melaka kosong.

Tetapi jangan risau, orang Melaka sudah pun memilih penggantinya.


hensem kan?



Sumber Dari



RAMALAN KU BENAR BELAKA.........???

on

PRU 13 Mac Tahun Depan ???




Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan Datuk Seri Najib Razak akan memanggil pilihan raya umum tergempar sekitar Mac depan ekoran keputusan Umno menangguhkan pemilihan parti yang sepatutnya diadakan tahun depan. Sehubungan itu, Ketua Umum Pakatan Rakyat ini berkata, beliau sebenarnya telah menjangkakan pilihan raya umum lebih awal ekoran perkembangan sejak kebelakangan ini.


Pilihan raya umum terakhi diadakan Mac 2008 dan mandat ini hanya akan berakhir Mei 2013.

“Saya telah meramalkan pilihan raya umum awal. Tetapi penangguhan menunjukkan Umno hanya bagus untuk menyerang PKR,” kata Anwar(gambar) kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.
Anwar juga mendakwa Umno tidak pernah berani mengadakan pemilihan parti kerana tidak cukup kuat untuk berhadapan dengan perwakilan mereka.

Umno sepatutnya mengadakan pemilihan pertama tahun depan selepas pindaan perlembagaan tahun lalu.
Ketua Pembangkang itu juga menggesa Najib selaku Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) patut menyatakan tarikh awal mengenai kemungkinan pembubaran Parlimen.
“Beliau mesti beri kita tarikh awal, Mac atau April, dan kita serahkan kepada rakyart untuk buat keputusan... saya letakkan persoalan ini dan cabar perdana menteri kerana sudah ada petanda bahawa beliau mahukan pilihan raya umum lebih awal,” katanya.

Dengan merujuk kepada kecaman Umno-BN mengenai kekecohan dan kelemahan mengadakan pemilihan secara langsung yang pertama baru-baru ini, Anwar menambah, Umno hanya pandai mengkritik PKR tetapi tidak berani mengadakan pemilihannya kerana parti itu tidak cukup kuat untuk berdepan dengan perwakilannya.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menegaskan, Najib mesti mengadakan pilihan raya awal untuk menunjukkan beliau mempunyai mandat dari rakyat.

Malam tadi, Najib berkata Umno memutuskan untuk menangguhkan pemilihan semua peringkat – pusat, bahagian dan cawangan pada tahun depan bagi mengelakkan 2011 berubah menjadi tahun “medan pergelutan politik”.
Perdana Menteri berkata Umno juga tidak mahu menjadikan tahun depan sebagai medan pergelutan politik yang boleh menimbulkan perbalahan dalam Umno walaupun parti yakin perkara itu dapat dibendung.
“Kita tidak mahu berlaku keadaan yang begitu tertekan seperti mana berlaku pada sebuah parti politik yang lain, jadi kita ambil keputusan supaya tangguh pemilihan berdasarkan kepada perlembagaan parti,” katan Presiden Umno ini.

Majlis Tertinggi Umno yang bermesyuarat malam tadi memutuskan untuk menangguhkan pemilihan 2011 yang dijadualkan diadakan bermula awal tahun depan selama 18 bulan bagi membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

TMI

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List