Saya agak tertarik dengan tulisan Satu Hala dariMalaysia-Instinct yang menjelaskan kegagalan Anwar Ibrahim dalam menunaikan janji-janjinya. Pada 10 Mac 2008, DAP pernah memohon agar diwujudkan jawatan Timbalan Menteri Besar Selangor dan diberikan kepada wakil daripada parti tersebut demi menjaga kepentingan kaum Cina. Namun demikian, permintaan itu ditolak, barangkali mungkin juga atas arahan Anwar. Dan sekarang, Anwar berjanji pula akan melantik Lim Kit Siang sebagai Timbalan Menteri Malaysia, soalnya jika permitaan DAP untuk mendapatkan jawatan Timbalan Menteri Besar Selangor pun sehingga sekarang masih tidak dapat dipenuhi, apakah jaminannya Lim Kit Siang akan dilantik sebagai TPM Malaysia pula? Malah, belum pasti lagi Anwar Ibrahim akan dinobatkan sebagai Perdana Menteri, apatah lagi sekiranya beliau dihumban semula ke penjara.
Senario yang akan berlaku sekiranya Lim Kit Siang dilantik sebagai TPM adalah, akan mula timbul tuntutan demi tuntutan, agar setiap negeri di seluruh Malaysia mewujudkan dua jawatan Timbalan Menteri Besar yang dikhususkan kepada kaum Cina dan India. Hal ini akan merebak ke dalam semua sistem pengurusan dan organisasi di bawah kawalan kerajaan pusat. Tidak mustahil, selepas ini DAP akan memohon agar diwujudkan pula dua jawatan timbalan untuk semua kategori jawatan dalam sektor awam, bagi diisi dan dikhususkan kepada kaum Cina dan India, umpamanya - 2 Timbalan Ketua Polis Negara, 2 Timbalan Peguam Negara, 2 Timbalan Ketua Hakim Negara, 2 Timbalan Ketua Pengarah Pengajian Tinggi, 2 Timbalan Naib Canselor universiti-universiti, dan macam-macam lagi jawatan yang tinggi dalam sektor awam. Soalnya, bersediakah kita semua dengan realiti baru ini?
Baca tulisan Satu Hala di bawah ini...
1. Anwar Ibrahim ini kan..... adalah pelacur poltik yang paling tidak ada maruah di rantau ini. Kalau jadi pelacur sebenar...maka taraf dia adalah untuk berkerja di Lorong Haji Taib dengan bayaran RM15 seround. Lihatlah sikap munafik dan belit Anwar terutama dalam kes perlantikan Timbalan Perdana Menteri (TPM) kalau Pakatan Rakyat (PR) terpilih dalam pilihan raya umum ke-13. Masa ditemuramah wartawan sebuah akhbar Cina (dah sah hampri kesemua pembacanya Cina). Anwar sudah janji akan lantik Kit Siang sebagai TPM kalau PR menang.
2. Bila kenyataan itu tersebar dan bila Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mula terasa hati dan malu diperbodohkan begitu sahaja oleh seorang peliwat tegar. Anwar buat apa? Taktik basi dia salahkan media, kononnya salah petik apa yang dia cakap. Hakikatnya, Anwar memang cakap benda tu, dan itu bukan pertama kali dia janji begitu, isu Kit Siang dilantik TPM sudah berulang kali berbangkit.
3. Semuanya bermotifkan politik sempit dan agena peribadi menjadi Perdana Menteri yang sangat diidamkan Anwar semata-mata. Janji Kit Siang menjadi TPM memperkukuhkan sokongan masyarakat Cina kepada PR, itu sahaja sebab Anwar berkata begitu, bukannya untuk berlaku adil kepada masyarakat Cina pun.
4. Cuma soalnya, kalau Anwar ingat dia bagus sangat, kononnya nak berlaku adil (dengan ahli parti sendiri pun tak adil - lihat pemilihan PKR baru-baru ini), apa kata Anwar lantik Timbalan Menteri Besar Selangor dari kalangan rakyat Cina wakil DAP. Jangan cerita peringkat Pusat untuk lantik TPM, mulakan di Selangor, satu-satunya negeri di mana pemimpin PKR memegang kuasa pentadbiran tertinggi. Timbalan MB Cina di Selangor bukan isu baru, lihat laporan akhbar yang pernah keluar sebelum ini di bawah:
SHAH ALAM 10 Mac – Ahli Jawatankuasa DAP Pusat, Ronnie Liu Tian Khiew hari ini mencadangkan dua jawatan timbalan menteri besar yang mewakili kaum Cina dan India diwujudkan di negeri Selangor. Tian Khiew yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandamaran pada pilihan raya umum memberitahu, beliau juga mencadangkan agar kedua-dua timbalan menteri besar itu dilantik sebagai exco agar mereka mempunyai gaji dan kuasa.
Selain itu, menurut Tian Khiew, beliau turut mencadangkan empat kerusi exco negeri dikhaskan untuk DAP. ‘‘Saya mencadangkan perkara ini kerana ia pernah dibincangkan di kalangan pemimpin DAP Pusat dan memang patut direalisasikan. ‘‘Saya rasa jawatan ini (timbalan menteri besar) mungkin akan diwujudkan di Pulau Pinang,” kata beliau ketika ketika ditemui di lobi bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di sini petang ini.
Tambah Setiausaha Biro Antarabangsa DAP itu, perkara ini bagaimanapun belum disuarakan kepada bakal Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. ‘‘Saya berharap agar perkara ini akan mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah,” ujarnya. Ketika ditanya kehadirannya di bangunan SSAAS, Tian Khiew berkata, beliau datang ke bangunan itu selepas mendapat maklumat yang kakitangan bahagian kewangan negeri mahu memusnahkan beberapa dokumen penting.
Katanya, kebetulan ketika kedatangannya, Khalid dan penyokong-penyokongnya berada di tingkat 19 menemui Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Ramli Mahmud. Menjawab persoalan sama ada beliau mahukan jawatan Timbalan Menteri Besar Selangor, Tian Khiew menjawab: ‘‘tidak penting siapa yang akan mengisi jawatan itu.’’ Sementara itu, di bangunan SSAAS, puluhan penyokong Khalid berada di lobi, tingkat 19 dan tingkat 12 bangunan untuk memantau apa yang berlaku di situ.
Kekecohan kecil berlaku di tingkat 12 yang merupakan Pejabat Perbendaharaan Selangor apabila beberapa penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyerbu dan menghalang beberapa kakitangan di tingkat tersebut daripada memusnahkan dan membuang sejumlah kertas dipercayai dokumen. Seorang kakitangan di tingkat tersebut yang tidak mahu dikenali berkata, apa yang dilakukan oleh kakitangan hanyalah prosedur biasa dan dokumen yang dimusnahkan itu adalah dokumen lama yang memang untuk dibuang.
5. Berita ini disiarkan pada 10 Mac tahun 2008. Ketika PRU-12 baru berakhir, ini hanyalah satu daripada puluhan kenyataan media dan laporan berhubung perlantikan Timbalan MB kaum Cina di Selangor yang pernah tersiar ketika itu, DAP menaruh harapan, terutama Ronnie ni. Terasa Kok dari Seputeh pun nak juga jadi Timbalan Menteri Besar.
6. Tapi seperti yang kita semua tahu, Selangor tiada Timbalan MB Cina, kalau di sebuah negeri pun tak boleh nak bagi laluan kepada DAP, mengapa cerita peringkat Pusat? Anwar cuba memperbodohkan orang Cina, tolak Ketuanan Melayu dan janji TPM Cina, semata-mata untuk undi kaum itu. Tapi hakikatnya semua itu tidak berlaku di Selangor yang ditunjangi PKR.
7. Tapi itulah Anwar....pelacur politik yang ada AIDS dan HIV...... yang membawa risiko penyakit berjangkit itu atas semua pelangannya. Cakap tarak serupa bikin lalu lu Anwar, tapi itu memang perangai lu kan, kalau tak apasal ada orang India pegang kain rentang...
Sivaji The boss?? Poorah....
Aku ciplak dari :- http://azlishukri.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment