Sarawak 2011: Penilaian Semula Part 3

on Apr 20, 2011

Apa yang dikatakan oleh Yong Teck Lee tentang PKR dalam Free Malaysia Today semalam memang tepat.
Mengapa PKR mahu bertanding begitu banyak kerusi? Kalau satu DUN memerlukan RM100,000…49 DUN sudah 4.9 juta ringgit?Dari mana depa duit untuk belanja pilihanraya? Sedangkan banyak daripada Cabang yang ditandingi oleh PKR tidak ada jentera pilihanraya. Yang ada cuma calon. Ini diakui sendiri oleh Baru Bian.
Tak ada sapa yang bertanya dan tak ada siapa yang ambil tahu.ang orang lain ambil tahu dan bising ialah SNAP yang dikatakan ditaja oleh BN.
MZ (pengkomen) menyuruh pembaca membaca tulisan bobjot.0rg tentang SNAP. Banyak persoalan ditimbulkan oleh bobjot. Aku cuba jawab apa yang aku tau.
Apabila Zaid Ibrahim menarik diri dari PKR, dia tak duduk diam. Selain daripada menghidupkan kembali AKIM (dimana akhirnya menjadi KITA), Zaid juga membantu menghidupka United Borneo Front yang diterajui oleh Jeffrey Kitingan. Di Sarawak, Jeffrey berhubung dengan ahli-ahli PKR yang fed-up dengan Azmin dan Anwar. Dan mereka-mereka ini menghidupkan kembali SNAP.
Anwar tau, SNAP lebih berpengaruh dari PKR. Tambahan pula, kebanyakan daripada calon PKR adalah dari SNAP, dan langkah pertama yang perlu dilakukan ialah membenam SNAP.
Zaid Ibrahim menarik diri dari pertandingan Timbalan Presiden pada 8 November 2010. Menjadi Presiden AKIM pada 15 Disember dan mengubah perlembagaan AKIM menjadi KITA. Pada 16 Disember, Jeffrey menubuhkan UBF. Pada 16 Februari, MCLM menjalin kerjasama dengan SNAP. Pada 23 Februari 2011, UBF mengadakan pertemuan pertama dengan SNAP di Miri. Sebulan kemudian, pada 25 March, MCLM memutuskan hubungan dengan SNAP.
Mengapa MCLM lebih percaya kepada SNAP daripada PKR? Itu kena tanya Haris.
Dalam masa yang sama, Sarawakreport.org menjalin kerjasama dan membantu PKR untuk PRN Sarawak 2011. Steven Ng mengakui perkara ini. “I was asked if I wud be willing to help PKR prepare for the Swak elections“.
Steven juga menulis,” Fast forward to pre-Xmas 2010. A certain old guard politician from Sabah had approached tis party offering $$$. Guess who tis man is?”
Jawapanya ialah Jeffrey Kitingan. UBF ditubuhkan pada 16 Disember. Sepuluh hari sebelum Krismas. Dari mana Jeffrey dapat duit?
We looked into the funding source & discovered tat it was coming from a dodgy biznessman from Malaya. Same guy who used to fund Merchant Sq.
Who’s the guy who used to fund Merchant Square?
Bagi yang bukan ahli PKR, Merchant Square adalah Ibupejabat PKR. Dan siapa yang menanggung PKR? John Soh Chee Wen.
Soh Chee Wen adalah anggota Biro Politik PKR, tetapi apabila Zaid menentang Azmin, Soh Chee Wen memihak kepada Zaid. Dan ini menyebabkan Anwar marah. Maka timbullah cerita Zaid ditaja oleh John Soh, sedangkan selama ini, PKR ditanggung oleh John Soh. Malah bangunan yang diduduki oleh PKR itu juga milik John Soh.
John Soh membantu Jeffrey untuk memperkuatkan SNAP dan orang-orang yang menjalankan kerja-kerja ini ialah Datuk Salehuddin Hashim, Paul Kadang dan Jonson Chong. Siapa mereka ini?
Datuk Salehuddin: Bekas Setiausaha Agung PKR.
Paul Kadang: Bekas Timbalan Setiausaha Agung PKR.
Jonson Chong: Bekas Timbalan Setiausaha Agung PKR / Pengarah Komunikasi.
Dalam keseluruhan plot ini, tak ada satu pun nama pemimpin Umno atau BN yang keluar.Yang ada semuanya mereka yang tak puashati dengan PKR.
Salahkah John Soh membantu SNAP? Tak salahkah John Soh membantu PKR?
Anwar perlukan dana untuk PKR Sarawak dan orang harapannya sudah lari membantu SNAP. Akhirnya Anwar mencari seorang lagi jutawan dari BN, Sng Chee Hua. Anak Sng Chee Hua, Larry Sng,  adalah Timbalan Menteri dalam kabinet Taib. Dan Sng Chee Hua besetuju untuk membantu PKR dengan syarat dia mempunyai suara untuk menentukan sebahagian daripada calon PKR.
Calon Pelagus adalah calon proksi Sng Chee Hua. PKR meletakkan calon yang tak popular sebagai kambing hitam, manakala Calon yang lebih kuat adalah orang PKR sendiri. George anak Lagong adalah ahli PKR, tetapi disedekahkan kepada Sng Chee Hua dan akhirnya menang di Pelagus atas tiket Bebas. PKR sebenarnya ‘menjual’ Pelagus untuk mendapatkan dana.
Adakah ini perkara baru? Tidak.
Semasa PRU 2008, Dominique Ng menjadi Pengerusi PKR Negeri. PKR tak ada duit untuk menghadapi PRU. Salah satu cara untuk mendapat dana ialah dengan ‘menjual’ kerusi kepada BN dengan memberikan kemenangan tanpa bertanding. Ada tiga kerusi dimana BN menang tanpa bertanding pada PRU 2008. Tanjung Manis, Kapit dan Selangau. Cuba semak balik, bagaimana ianya boleh berlaku.
Urusan ‘menjual’ kerusi ini dipersetujui oleh kepimpinan tertinggi PKR Sarawak  dan ‘urusan’ jual-beli diserahkan kepada Pengarah Pilihanraya PKR pada masa itu, Haji Baha (Calon PKR Tupong)  Masalah timbul apabila kerusi ‘terjual’ tapi duit tak dapat. Kemana hilangnya duit itu? Itulah yang menyebabkan mengapa PKR Sarawak terpecah kepada tiga atau empat kem.
Anwar tau, SNAP merupakan saingan kuat kepada PKR. Jangan kata orang-orang Iban tak tau politik. Pemimpin SNAP lebih dipercayaai daripada ‘katak-katak’ yang melompat dalam PKR. Dan Anwar menyedari hal ini. (Disini)
Untuk membenteras pengaruh SNAP, Anwar menggunakan taktik yang sentiasa digunakannya. Apabila Zaid dilihat lebih berpengaruh dari Azmin, Anwar mengeluarkan kenyataan bahawa Zaid adalah Trojan Horse. Zaid ditaja oleh Umno. Dan ia berkesan.
Dengan SNAP juga, Anwar menggunakan taktik ini dengan mengatakan SNAP ditaja oleh Umno. Pihak yang mula-mula mendedahkan bahawa SNAP ditaja oleh Umno ialah Sarawakreport.org. Apabila sarawakreport.org yang ‘mendedahkan’ cerita ini, maka ia lebih berkesan. Dan apa hubungan Anwar dengan Sarawakreport.org?
SNAP lingkup. Tetapi apakah PKR mendapat faedah daripada kemusnahan SNAP?
Dua-dua lingkup.
He.he. Kit Siang knows better.


Sarawak 2011: Penilaian Semula Part 1...

on Apr 19, 2011

Laman Malaysiatimes ini dimulakan sempena PRN Sarawak. Ketika aku dan Cyberboron mula-mula menulis, dan dipromosikan oleh Cenangau dan Ikutsukaaku, dengan tiba-tiba kunjungan ke laman ini meningkat dengan mendadak sehingga lebih 3500 pelawat sehari. Tetapi selepas artikel pertama dari aku dan Cyberboron, pengunjung mula berkurangan dengan mendadak pula. Mungkin kerana tulisan kami berdua bercanggah dengan persepsi masa itu. Semua orang kata Pakatan Rakyat mempunyai harapan yang tinggi tapi kami pula menulis sebaliknya.
Cyberboron dan aku tidak meletakkan harapan yang tinggi kepada Pakatan Rakyat. Bertentangan dengan kenyataan-kenyataan pemimpin PR.
Kalau tanya kepada orang Pakatan, ramai yang menaruh harapan yang tinggi, malah ada yang berani mengatakan bahawa PR akan membentuk kerajaan baru di Sarawak.
Rata-rata blog-blog pro-Pakatan membawakan berita tentang sambutan rakyat Sarawak terhadap PR. Malah, Malaysiakini juga memberikan harapan yang tinggi. Bukan itu saja, Zentrum Future Studies juga meramalkan BN akan tumbang diSarawak. (disini)
Semasa minum malam dengan Dato Seri Nizar di Kuching, aku bertanya kepada salah seorang ahli MPP PKR tentang peluang PKR dalam PRN 2011 ini. Jawapan yang diberikan ialah PKR mampu menang di 20 kawasan.Bila bertanya kepada rakan-rakan blogger yang membuat liputan dimerata tempat, masing-masing yakin Pakatan rakyat mampu menang. Paling kurang, menafikan majoriti 2/3 BN.
Jadi, apabila aku meramalkan PKR hanya boleh mampu menang di 5 DUN, ada yang menghantar email .”Bang Mat jangan emosional. Tak kan nak sabotaj PR kot?”
Aku bukan buat ramalan. Aku buat perkiraan berdasarkan fakta dan angka. Dalam pilihanraya ini, beberapa faktor lain seperti keperibadian calon juga di ambil kira.
Perkiraan aku simple. Dalam mana-mana pilihanraya, 80% daripada pengundi sudahpun membuat keputusan siapa yang akan diundi, sebelum hari Penamaan Calon lagi. Yang masih belum membuat keputusan seramai 20% lagi itulah yang akan diburu oleh tukang-tukang kempen. Dan disinilah kelemahan Pakatan Rakyat, terutama Pas dan PKR, kerana menumpukan usaha hanya selepas Penamaan Calon.
Semasa satu sesi latihan untuk PKR Sarawak dalam bulan March 2010 di Kuching, Ketua Cabang Krian (pada masa itu) dan See Chee How (menang di Batu Lintang) datang berjumpa aku dan berkata. “If we really do what we learned today, we’ll know wether we win or lose, before the election.” (Banyak cerita menarik tentang PKR Sarawak ini dan aku berani kata, sebenarnya ramai orang PKR Sarawak lebih suka kalah dari menang. Nanti aku buka cerita)
Aku bukan nak buat post-mortem tentang kekalahan Pakatan Rakyat. Cuma aku nak terangkan macam mana aku buat perkiraan. Sebabnya, perkiraan aku tak jauh dari keputusan sebenar.
Aku ramalkan DAP akan menang 10-11 kerusi. DAP menang 12.(Disini)
Aku juga ramalkan PKR akan menang di 5 kerusi. Saribas, Ba Kelalan, Batang Air dan Batu Lintang. Tamin boleh dimenangi sekiranya protes Iban dapat dimanafaatkan. (PKR menang di Ba’ Kelalan, Batu Lintang dan Krian).
Aku tak menaruh harapan Pas boleh menang. Tapi untuk menjaga hati kawan-kawan, maka aku katakan peluang terbaik Pas ialah di Beting Maro dan Sadong Jaya. Itu sebabnya Cyberboron menulis tentang Pas memerlukan keajaiban untuk menang.
Aku tak mau dengar alasan. Terutama alasan-alasan lapuk.
Jangan jadikan alasan SPR menipu. Sebab menipu memang kerja SPR. Kerja kita ialah bagaimana hendak menjejaki penipuan SPR itu dan mengambil jalan bagaimana untuk mengatasinya. Dan ini yang tidak dibuat oleh parti-parti dalam Pakatan terutama PKR. Berapa banyak Cabang yang membuat analisa Daftar Pemilih setiap kali Daftar Pemilih Tambahan dikeluarkan? Berapa ramai petugas yang dilatih untuk berhujah dengan Pegawai SPR semasa hari mengundi?
Seperti kata seorang tukang komen dalam Ureka.asia, hanya orang bodoh saja yang boleh ditipu.
Jangan jadikan pengundi tak dapat maklumat sebagai alasan. Radio Free Sarawak boleh dibuat oleh Mat Saleh. Pasai apa Pakatan tak boleh buat? Suratkhabar underground tak kan tak boleh buat? Tapi…kalau dinegeri Pakatan memerintah pun tak boleh buat…aku nak kata apa?
Jangan jadikan politik wang sebagai alasan. Itu alasan budak-budak yang baru belajar mengundi. Dah puluh tahun UBN menggunakan wang untuk membeli undi, tapi kita buat apa?
Jangan jadikan masa berkempen yang pendek sebagai alasan. Setiap kali Pilihanraya, masa sekitar sepuluh hari itu adalah masa yang normal. Kalau dalam masa 10 hari baru nak buat kerja, itu bukan salah SPR. Itu salah kita. Dah nak pilihanraya, baru nak tunjuk muka.
Jangan salahkan blogger-blogger pro-pakatan kerana tidak membantu. Rata-rata, blog-blog pro-BN jauh lebih cergas. Hampir setiap DUN mempunyai blogger masing-masing. Dari dulu lagi aku dok sebut menatang ni, tapi sebaliknya….ahhh! cakap pun tak guna.
Apa pun, banyak pengajaran yang boleh diperolehi dari PRN Sarawak. Itu pun kalau nak belajar la. Kalau masih ketegaq..mampuih pi la.
Posting kali ini aku nak cerita pasai Pas dan DAP dulu…sebab cerita PKR ni banyak…dan menarik.
Kemenangan DAP
Perkiraan awal aku ialah DAP boleh menang 10-11 kerusi. Kawasan selamat bagi DAP ialah Pending, Meradong,Bukit Assek, Kidurong dan Pelawan.
Cuba tengok keputusan penuh.(Kiraan majoriti, BN-PR)
Klik pada gambar untuk pembesaran

Keempat-empat kawasan yang disebut diatas, DAP mendapat majoriti tertinggi. DAP tewas di Simanggang dan Bukit Kota kerana pengundi Cina sekitar 32%. Di Bawang Assan, faktor Calon memenangkan BN. cuma yang diluar jangkaan aku ialah Piasau. Tidak hairan kalau calon DAP yang menang dianggap Giant Killer, kerana tidak siapa yang menjangka dia boleh menang.
Undi pos tidak algi menjadi penghalang kepada DAP kerana mereka berjaya mencipta ombak besar. Undi pos sebanyak 3007 di Bukit Sentosa tidak cukup kuat untuk menjadi benteng pertahanan BN. Berlainan dengan  PKR di Senadin. (PKR tewas dengan majoriti 68 dan kekalahan dituding kepada undi pos yang berjumlah 1157).
Sesuatu yang menarik ialah DAP meletakkan calon-calon muda. (Sebenarnya, keputusan untuk meletakkan calon muda ini dibuat sebelum PRU 2008, dalam satu temu rapat DAP di Pulau Pinang. Think-tank DAP pada masa itu telah membincangkan tentang peranan Gen-X dan Gen-Y dalam perubahan politik negara). Ini satu lagi perkara menarik yang boleh kita sembang kemudian.
Kegagalan Pas.
Sebenarnya, tumpuan Pas ialah Sebuyau. Sebuyau adalah kawasan Pas yang paling aktif. 11 cawangan dapat diwujudkan dan sejak dua tahun lepas, Abang Eddy telah diwar-warkan sebagai Calon. Dalam setiap program, Abang Eddy ditonjolkan, tetapi disaat akhir, Pesuruhjaya Pas Sarawak mengambil alih tempatnya. Mungkin kerana merasakan Pas boleh menang di Sebuyau.
Abang Eddy dihantar ke Sadong Jaya. Dan seperti yang aku katakan, kalau mengharapkan pengundi berubah dalam masa 10 hari berkempen, itu kerja bodoh. Akhirnya Pas kecundang dikedua-dua tempat, bukan kerana politik, tetapi kerana politiking dalam parti. Jangan salahkan pengundi.
Beting Maro mempunyai peluang yang cukup baik…tetapi masih belum cukup untuk menang.
Klik pada gambar untuk pembesaran
Penyertaan Pas di Tanjung Datu dan Muara Tuang hanyalah untuk hiburan. Seronok dengar cerita hantu dari Muara Tuang tetapi untuk menang, memerlukan keajaiban. Dan keajaiban tidak datang ke Muara Tuang dan Tanjung Datu.





Mengapa PKR hanya mampu menang 3 kerusi ...???..Penilaian semula Part 2

on





Mengapa PKR hanya mampu menang 3 dari 49 kerusi yang ditandingi...???

Awal bulan March 2010, masa tu Fuziah Salleh masih lagi menjadi Pengarah Pilihanraya PKR, aku diminta untuk membantu PKR Sarawak membuat persediaan menghadapi PRN Sarawak. Team kami hanya bertiga. Hj. Ismail sebagai Pengarah Operasi, Kak Aishah Lamsah sebagai Pengarah Gerakkerja dan aku dari Unit Data.
Sebulan sebelum berlepas, Fuziah Salleh meneyerahkan kat aku Daftar Pemilih Sarawak yang terbaru pada masa itu. (Setakat Disember 2009). Itu saja modal aku kalau nak buka temberang. Pasal politik PKR Sarawak, aku tak tau. Dan aku tak mau tau. Aku bukan buat kerja untuk individu, tetapi untuk parti.
Prinsip aku ialah…kalau nak menang perlu ada kekuatan diri, bukan diatas kelemahan orang lain atau menumpang kekuatan orang lain. Kalau di Semenanjung, PKR boleh menumpang kekuatan jentera Pas, tapi di Sarawak…Pas pun lemah. Dan bila tiba di Kuching, aku dapati..PKR  Sarawak lebih teruk dari yang aku jangkakan.
PKR Sarawak mempunyai ramai pemimpin yang professional, tapi mereka ini terpaksa tunduk kepada warlord yang terdapat di Sarawak. PKR Sarawak berpecah kepada 4 kem.
Pertama kem Haji Baha (Calon Tupong). Kedua, kem Dominique Ng.(Padungan) Ketiga kem Abang Zul (Saribas) dan keempat, warlord Iban yang masing-masing mahu jadi taiko. Itu sebabnya mengapa Baru Bian dipilih menjadi Pengerusi PKR Sarawak walaupun dia dari minoriti Orang Ulu.
Hari pertama bengkel, hanya dihadiri oleh orang-orang dari kem Haji Baha dan kem Iban. Baru Bian juga ada disana. Dan satu perkara yang menarik bagi aku ialah, mereka memperkenalkan diri sebagai bakal Calon. Fuiyo!!
Serius bro!! Kerusi tu depa punya!!
Aku tanya kat depa, macam mana kalau mereka tidak terpilih sebagai calon dalam PRN nanti? Depa jawab depa akan tetap jadi calon. Kalau tak dapat jadi calon PKR, depa akan jadi Calon Bebas.
So, bagi kepimpinanan PKR Sarawak, wala’ kepada parti adalah perkara terakhir. Dan mereka telah buktikan!!
Ramai dari pemimpin PKR Sarawak dalah dari SNAP ataupun yang kena reject dari PBB. Oleh kerana mereka ini melompat dari SNAP masuk PKR, mereka tidak dipanggil ‘katak’.
Haji Ismail memberikan taklimat tentang jentera dan strategi manakala Kak Aishah menerangkan tentang gerakkerja yang perlu dibuat.  Bila tiba giliran aku, aku menerangkan tentang bagaimana hendak mengenali pengundi. Simple saja.
Aku tak ada persediaan yang perlu dibuat lebih awal. Aku cuma bawa software dan selebihnya dibuat secara impromptu. Dan hari itu aku ambil DUN Ba’ Kelalan sebagai contoh untuk mengisi slot aku yang dipanggil ‘Step-by-Step to Win An Election’. Dan aku minta Baru Bian membantu aku, sebab itu kawasan dia.
Soalan pertama: “Do you want to win?” Kalau jawapannya ‘Yes”, aku teruskan. Kalau setakat nak meningkatkan undi…nak berdakwah…dan menegakkan demokrasi…go to hell. To contest is to win. Kalau masuk bertanding dan mengharapkan kekalahan, go to hell.
Kemudian perkara kedua; Memahami gelanggang pertarungan. Kalau nak bertanding, tapi nama kampung pun tak tau. Nama rumah panjang pun tak tau, itu untuk calun payung terjun. Nak menang..lambung buah dadu. Tapi kalau nak jadi wakil rakyat, kena faham segenap pelusuk kawasan, kenal setiap Tuai Rumah, dan kenal setiap pengundi. Ini Sarawak, bukan Petaling Jaya.
Aku tak pernah pergi Ba’ Kelalan, tapi aku ada data siapa dan berapa pengundi baru di Bario, Semadoh atau Sukang. Berapa ramai pengundi muda bawah 40 tahun di rumah panjang di Long Sebangang. Aku tau nama mereka, aku tau tarikh lahir mereka. Yang diperlukan hanyalah bagi petugas parti pergi berjumpa mereka. Dan jangan tunggu bila dah pilihanraya baru nak buat kerja ni.
Dan tahniah kepada Paul Bian, pengurus kempen Baru Bian. Aku tau dia buat kerja sebab dia terus menghubungi aku selepas bengkel. Dan itu sebabnya mengapa aku begitu yakin PKR boleh menang di Ba’ Kelalan sebab depa buat kerja.
Sebelah malam, aku dijemput oleh Team Dominique Ng ke rumahnya. Ada kenduri. Dan kami pun pergi walaupun Haji Baha marah. Haji Baha tak bagi kami berbaik-baik dengan Dominique. Esok paginya, gambar kami keluar dalam suratkhabar. Yang tu pun jadi modal politik untuk kepimpinan PKR Sarawak!! Teruk Fuziah kena marah.
Perempuan comel yang berdiri ditengah-tengah itu ialah Zulhaidah, calon PKR Lambir. So, Dominique juga punya kekuatan sendiri. Apabila Dominique disingkir dari Padungan, bukan Padungan saja yang terkesan, tetapi merebak hingga ke Sibu dan Miri. Itu sebabnya mengapa aku tak menaruh harapan bagi kawasan bercampur yang ditandingi PKR, sebab ramai yang kecewa bila Dominique disingkir. Dan Dominique sendiri adalah contoh mengapa aku kata tidak ada orang PKR Sarawak yang sedia wala’ kepada parti.
Penyingkiran Dominique ada kaitan dengan hubungan Haji Baha dengan Azmin. Tambahan pula Dominique tidak menyokong Azmin semasa Pemilihan PKR 2010. Dan politik Azmin ialah dia akan mencantas sesiapa saja yang tidak menyokongnya. Macam politik Umno.
Keesokan harinya, hari kedua bengkel. Hari ini, kem warlord Iban pula dan kem See Chee How. Sebelum bengkel bermula, aku diberitahu, ada SB dalam bengkel. Rupa-rupanya, orang yang dikatakan SB itu juga adalah pemimpin Cabang. Dan dalam PRN yang baru selesai, dia bertanding atas tiket PKR. ha.ha.Orang yang dikatakan SB itu ialah Dr. John Brian Anthony (calon Meluan)
Aku tak heran, sebab aku sendiri pun ada yang kata SB…ejen Umno.
Hari kedua, aku pilih DUN Krian sebagai contoh bagaimana nak menang pilihanraya. Aku pilih DUN Krian sebab Ketua Cabangnya bersungguh-sungguh nak menang. Sampai jumpa aku kat hotel minta aku gunakan DUN Krian sebagai model. ( Ketua Cabang ini tak tau kemana hilangnya, mungkin tewas dalam Pemilihan 2010.)
DUN Krian bukanlah DUN favourite. Kalau ikut senarai DUN tumpuan, Krian jatuh nombor 18. dan kalau Krian boleh menang, DUN lain juga ada harapan untuk menang..tapi yang betul-betul buat kerja hanyalah Ali Biju. Ali Biju buat kerja dilapangan, itu sebab aku tak tau. Dan dia menang besar di Krian sebab dia buat kerja.
Dalam perjalanan balik ke KL, Hj. Ismail tanya aku. “Ada peluang tak menang di Sarawak?”. Aku kata, “Kalau menang lagi susah. Belum menang pun dah bergaduh, macam mana kalau menang nanti?”
Selepas Pemilihan PKR 2010, selepas Azmin menang sebagai Timbalan Presiden, Fuziah Salleh disingkir dari Pengarah Pilihanraya. Dan bila Azmin mengambil alih tugas Fuziah untuk PRN Sarawak, Azmin melakukan lebih banyak blunder.
Aku tau, kalau aku tulis benda ni sebelum PRN Sarawak…orang akan kata aku nak sabotaj PKR. Dah tentu aku kena kutuk macam Raja Petra. Dan bila aku tulis selepas PKR tewas teruk di Sarawak, mesti ada orang kata “aaahhhh…sour grapes”.
Betul ka SNAP ejen Umno?
Siapa George anak Lagong…Calon Bebas yang menang di Pelagus?


Banyak Yang Palsu Sekarang Ini.....

on

Untuk sesiapa yang ada telur...... 



Sengaja atau tidak, hidup kita memang penuh dengan seribu kepalsuan. Ada duit palsu, ada kad pengenalan palsu. Ada cinta palsu, ada janji palsu. Ada ijazah palsu, cukai jalan palsu, sijil nikah palsu.

Ada bomoh palsu, Ph.D palsu. Selalu juga kita dengar pengakuan palsu. Malah, video seks sepanjang 21 minit itu pun setakat ini masih belum disahkan ketulenannya, mungkin juga palsu
.

Di tubuh kita sendiri banyak yang palsu. Ada gigi palsu bagi mereka yang rongak. Sekiranya malu sebab kepala botak berkilat atau penuh uban, ada rambut palsu. Kalau hendak bergaya tetapi tidak ada duit, boleh pakai jam tangan berjenama palsu.

Bagi wanita, jika tidak yakin dengan wajah asal, boleh sahaja palsukan wajah anda dengan suntikan botox.
 Ada orang tidak mengaku telah dibotoxkan, tetapi yang melihat boleh cam, sebab wajah botox seakan-akan sama.

Hairan juga, wajah sudah cantik apa perlunya suntikan botox? Tetapi bagi orang berduit mereka tidak rasa membazir berbelanja RM ribu-ribu untuk menukar rupa yang tulen menjadi kecantikan palsu.

Apakah benar suntikan tersebut menjadikan wajah bertambah cantik? Tidak semestinya begitu. Sesetengah wanita yang sudah memang asal cantik, menjadi tidak cantik setelah menjalani suntikan. Tetapi mereka tidak yakin yang asli, sebaliknya lebih bangga kepada yang palsu.

Tidak sahaja pada wajah, sudut-sudut lain tubuh juga boleh dipalsukan. Kalau bahagian dada kurang berisi, boleh dipalsukan dengan pembedahan plastik. Ada duit semua boleh jadi. Tetapi bukan semua berjaya.

Masih ingat kes seorang wanita yang tidak puas hati sebab payudaranya kecil? Dia ke ‘klinik pakar’ untuk mendapat rawatan, belanja berpuluh ribu RM. Benar setelah menjalani pembedahan, dia mendapat sepasang payu yang segar.

Tetapi, tidak sampai sebulan dia mengalami kesakitan dan terpaksa dibedah semula. Salah satu dari payunya makin mengecil setiap hari, akhirnya hilang. Dia berbelanja besar untuk memalsukan payunya, akhirnya payu yang dua tinggal satu; yang satu lagi kesep dan rata.

Pinggang yang bentuknya menyakitkan mata dan hati, boleh dipalsukan supaya ramping seperti biola, menerusi pembedahan. Punggung, paha, betis, kaki, lengan, semua boleh diubah dari bentuk asal kepada bentuk palsu yang lebih cantik.

Pendek kata mana-mana sahaja bahagian tubuh kita yang tidak sesuai – dari hujung rambut hingga hujung kaki – boleh diubah kepada bentuk palsu menggunakan pembedahan dan lain-lain kaedah saintifik.

Tidak kira lelaki atau wanita, muda atau tua, tubuh kita boleh dibonzaikan mengikut bentuk yang kita mahu. Bagi mereka yang berduit semua boleh dipalsukan untuk mengabui mata setiap orang.

Kemudian ada Datuk palsu. Apabila Datuk palsu dengan sendirinya Datin pun palsu. Ada orang mencari duit secara mudah dengan memalsukan Datuk. Contohnya seperti yang telah dilaporkan media beberapa hari lalu.

Seorang wanita, 31, dan lelaki, 51, telah menerima bayaran RM50,000 dan RM75,000 daripada beberapa individu sebagai dorongan untuk mendapat anugerah kebesaran bergelar Datuk dari istana.


Pembayaran yang diterima pada 8 Disember 2010 itu adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 yang dibaca bersama Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Perkara ini telah dibawa ke mahkamah. Bayangkan bagi orang berduit, mereka sanggup membayar harga yang tinggi untuk mendapat gelaran tersebut, tidak kiralah sama ada gelaran yang diterima itu tulen atau palsu. Siapa tahu mungkin sudah ramai Datuk palsu dalam negara kita!

Sekiranya orang sanggup membayar beribu-ribu RM untuk Datuk palsu, Ph.D palsu, kad kredit palsu, pasport palsu, wajah palsu, payudara palsu, jadi apa luar biasanya kita ada telur palsu?

Sekiranya gigi, rambut, bulu mata, paha boleh dipalsukan, tentu sekali telur yang besar sedikit dari bola pingpong itu boleh dipalsukan. Jadi, mereka yang mempunyai telur janganlah gundah gulana atau marah-marah jika mendapati telur mereka adalah palsu.

Jangan fikir yang bukan-bukan, saya bercakap mengenai telur betul, telur ayam. Ada dakwaan bahawa telur tiruan @ palsu berada di pasaran tempatan dan ditemui di beberapa kedai di Pulau Pinang.

S M Mohamed Idris, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang menjalankan kajian mendapati telur palsu mengandungi bahan-bahan yang membahayakan kesihatan. Tetapi Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kajian awal yang dilakukan mendapati hampir 400 butir telur yang dirampas dari kedai-kedai berkenaan adalah telur tulen, bukan palsu.

Oleh sebab isu telur palsu dihebohkan dalam media dan internet sehari dua ini, makin ramai orang ragu-ragu setiap kali melihat telur.

Jangan terkejut sekiranya sehari dua ini ada pihak tertentu mendesak ditubuhkan sebuah suruhanjaya bebas bagi menyiasat telur kita!






Oh Melaka....!!!

on

Oh Melaka! Dulu pesta free arak, sekarang pesta gadis kolej berahi pulak dah.......



WarkahDaily – Segala-galanya mahu bebas. Tak kira halal haram semuanya diredahnya. Apa mahu buat, dah nasib rakyat Melaka bila diperintah pemimpin yang rendah moral.

Tak serik benar depa ni. Kalau dulu, depa buat pesta ’free beer’, hari ini pulak, depa mahu pesta ’seks’ pulak dah.

Negeri sekangkang kera, tapi perangai masya Allah...

Kerana banner ini, didapati puluhan muda-mudi Melayu memasuki pelbagai Kelab Malam di kawasan itu tanpa segan silu.
Rakyat Malaysia belum lagi lupa, bagaimana sebelum ini negeri di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) telah didapati menampal banner tertera perkataan ‘Free Beers Tomorrow, Shirts and Shoes Required, Bra and Panties Optional, yang dipasang di Taman Melaka Raya’. Selanjutnya di sini.

Tapi kini, mereka yang tidak bertanggungjawab ini telah cuba menarik pengunjung di kalangan penuntut institut pengajian tinggi (IPT) apabila menyediakan program khusus untuk golongan itu dinamakan ‘parti pakaian seragam kolej.’

Harian Metro hari ini melaporkan, Ketua Ahli Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Mohd Yusof Hassan, yang mendedahkan perkara itu berkata tindakan itu terbukti selepas pihaknya menerima aduan berdasarkan kain rentang yang mempromosi aktiviti berkenaan.

Mohd Yusof berkata, berdasarkan maklumat pada kain rentang berkenaan, penganjur menyediakan lebih 50 gadis seksi kepada pengunjung lelaki sebagai daya tarikan.

“Malah, mereka juga turut menyediakan persembahan tarian seksi dan pertunjukan pentas oleh kumpulan muzik.

“Memang jelas parti dianjurkan itu sengaja mahu menarik pengunjung terutama membabitkan golongan pelajar untuk mereka berhibur.


Sekarang, banner ini pulak ditampalnya…apa nak jadi dengan Melaka ni wahai Pak Rustam!
“Apa yang saya tak puas hati mengapa mereka menggunakan perkataan kolej, seolah-olah sengaja mahu menarik golongan muda berkenaan untuk menyertai parti berkenaan,” katanya.

Bagaimana nasib generasi pelapis di masa depan jika aktiviti sebegini terus menerus diadakan tanpa ada pengawasan daripada pihak berwajib termasuk kerajaan yang sebelum ini mewar-warkan merekalah pejuang bangsa, agama dan negara.

Tapi dalam waktu yang sama, membiarkan masalah sosial dan keruntuhan moral yang berlaku di depan mata berleluasa.

Inilah nasib rakyat bila dipimpin Umno-BN yang hanya suka beretorik semata-mata. Pembangunan material dilaung-laungkan sehingga lupa pembangunan insan.

Sedarlah wahai rakyat Malaysia sebelum terlambat, ubah sekarang sebelum parah!
  








DAP Serawak Cakap Mahathir Nyanyuk!

on

KUCHING, 19 April — DAP Sarawak hari ini menolak dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa parti itu telah menyuntik “virus perkauman” di negeri itu, yang mana menurut bekas perdana menteri itu pendekatan sedemikian akan memecahkan negara kepada dua puak.

“Ia (pandangan) sampah (semata-mata). Ini menunjukkan Dr M (Mahathir) sudah nyanyuk dan tidak sedar apa yang beliau kata. Semasa semua ceramah ketika berkempen, kami hanya bertanya soal kesamarataan kaum dan ia ada dalam manifesto kami,” kata Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng.

Rakannya, Violet Yong, turut memberikan pandangan yang serupa.

“Saya tidak bersetuju dengan apa yang Dr Mahathir katakan sebab DAP adalah parti berbilang kaum.

“Bagi beliau yang pernah menjadi perdana menteri bertahun-tahun dan kata begitu, beliau sedikit nyanyuk,” kata Bendahari DAP ini kepada The Malaysian Insider.

Tetapi Yong, wakil rakyat dua penggal bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pending menghargai sumbangan Dr Mahathir yang pernah berkhidmat sebagai perdana menteri selama 22 tahun.

Justeru, beliau juga mengingatkan Dr Mahathir yang sudah mencecah 85 tahun bahawa sebenarnya Barisan Nasional (BN) yang mengamalkan politik perkauman.

Yong merujuk kepada tiga parti utama dalam 13 perikatan BN yang masih dipisahkan mengikut kaum.

“Anda lihat MIC, hanya untuk kaum India. MCA, hanya kaum Cina boleh masuk. Umno, hanya untuk Melayu dan Bumiputera Islam Melanau sahaja. Jadi siapa yang mengamalkan perkauman,” katanya.

“Beliau (Dr Mahathir) hanya bercakap dari luar sahaja,” katanya.

Dr Mahathir juga bekas presiden Umno dan bekas pengerusi BN.

Peguam itu turut menggesa pemimpin veteren tersebut agar mengambil langkah untuk menyertai DAP.

“Kenapa tidak sertai DAP dan lihat sama ada kami lakukan perkara yang sama seperti beliau,” cadangkan Yong.

Sehubungan itu beliau juga mengakui kemenangan 12 kerusi DAP pada pilihan raya negeri Sabtu lalu adalah kerana kelamahan polisi BN yang tidak adil dan berat sebelah.

“Kenapa kaum Cina di sini menyertai DAP? Kerana mereka rasa diketepikan, jadi mereka memberikan mesej ini,” katanya.

Dalam tulisan di blognya semalam, Dr Mahathir mendakwa masyarakat Cina Sarawak turut dijangkiti “virus rasisme Cina” yang menjadi prinsip perjuangan DAP, komponen Pakatan Rakyat (PR), yang memperoleh kerusi terbanyak dan menggandakan kawasan dimenangi mereka negeri itu.

Bekas perdana menteri itu menuduh DAP memusnahkan formula kongsi-kuasa yang telah diamalkan BN sejak sekian lama.

Dalam nada sindir, Dr Mahathir menulis, “saya mengucapkan tahniah kepada DAP yang membawa masuk politik rasis ke Sarawak.” 

“Sebelum ini kesemua kaum bekerjasama antara satu sama lain bagi kebaikan Sarawak. Sekarang, kita boleh lihat dengan jelas bahawa komuniti Cina telah menolak multirasialisme,” katanya.

“Mereka telah dijangkiti virus rasisme Cina yang menjadi prinsip DAP,” kata Dr Mahathir.

BN kekal berkuasa di Sarawak dengan majoriti lebih dua pertiga tetapi jumlah kerusi dimenangi menurun daripada 62 pada 2006 kepada 55 kali ini dengan undi popular pun mengalami penurunan.



Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List