RAJA AZMI UDAH LE TU....!

on Aug 25, 2011




Kiranya bila udah bebas dari tuduhan khalwat tu, cukuplah......tak payahlah nak dedah-dedah lagi kerana ini akan mengwujudkan dendam mendendami...tak akan habis sampai bila-bila.....tidak berkesudahan.

Tengok balik ke dalam diri sendiri, tentu akan berjumpa akan kelemahan kita......memang manusia tidak maksum...tidak sunyi dari buat kesalahan...beristighfarlah banyak-banyak mohon keampunan dari Illahi dibulan yang penuh dengan Rahmat, Berkat dan Pengampunan ini.

Satu jari kita menuding ke orang.....4 jari menuding diri sendiri. 


Photobucket

UMNO KALAH...?

on




Menelanjang polemik dan sikap ahli UMNO yang bakal menyebabkan UMNO kalah melalui Barisan Nasional dalam pilihanraya sejak 1994 hingga 2013 ialah:

1. 75% Ketua-ketua Bahagian yang terlalu lama menjadi Boneka dan Patung Mainan oleh pasukan duit, duit dan duit.

2. Apabila ada ahli UMNO yang cerdik, bijak, vokal, extrovert, ahli ini dicap sebagai Penentang. Sebenarnya Jawatankuasa Bahagian ramai yang bacul. Sembang aja kuat, bila nak buat tak de telo. Ramai yang pandir dalam Jawatankuasa Bahagian UMNO.

3. Apabila calon pilihanraya bukan kalangan Jawatankuasa Bahagian, walaupun dia Ahli UMNO totok, orang yang kerja kuat, calon ini akan dihukum "boikot". Inilah perangai hasad yang amat dikesali oleh Dr. Mahathir. Sebab itulah Dr. Mahathir kata dia gagal selesaikan urusan PEMUTIHAN UMNO.

4. Wakil rakyat UMNO baik ADUN mahu pun ADR, 75% tidak berkhidmat untuk rakyat dan tanahair. Mereka lebih mementingkan perut, tembolok dan hasil mahsul sebelum "dikafan" pada pilihanraya akan datang atau dikafan semulajadi (boleh la duit untuk waris-waris)

5. Ahli UMNO berdaftar tidak sangat dihargai oleh Ketua Bahagian pun. Andai ada cawangan dalam Bahagian yang dilihat boleh cabar wibawa dan ketrampilan Ketua Bahagian atau Jawatankuasa Bahagian, maka akan lahirlah dalam kalangan kumpulan tertentu "KAKI HASUT, KAKI ADU DOMBA, KAKI BAKAR, KUCING KURAP, ANJING MENYALAK BUKIT, MENGKARUNG LIDAH BERCABANG, SESUMPAH, KAKAK TUA, BURUNG BELATUK" yang peranannya melingkupkan kekuatan-kekuatan yang ada. Hari ini, yang ramai masuk PAS ialah kalangan mereka yang kecewa dan tersisih. Daftar PKR juga kalangan ahli UMNO yang dimeterai sebagai Pelampau UMNO.

6. Sabotaj dalaman UMNO cukup kuat dan hebat, mengalahkan Zionis. Tukang karut punyalah ramai. Thinkers cuma beberapa kerat. Buktikan, mana satu Bahagian UMNO dalam Malaysia yang wujudkan "Thinker Team", dan "Min Yuen Team".

7. Ahli UMNO masih marah dengan Pak Lah sebab izinkan Khairy Jamaluddin, menantu kesayangannya bertanding tiket Naib Ketua Pemuda UMNO. Akhirnya, misi Kj sebagai Ketua Pemuda berjaya. Tahniah dan Syabas kerana saudara Kj berjaya membuktikan peribahasa Kaduk Naik Junjung. Kekuatan Pemuda UMNO hanyalah pada kisah sedih dan fiesta. Akademi Pemuda UMNO langsung tiada operasi nyata. Pemuda UMNO menjadi kelompok borjuis dan elitis yang akhirnya dilihat amat BODOH oleh anak-anak Cina dan Keling.

8. Apabila pilihanraya Orang UMNO yang tidak sebulu dan setuju dengan pilihan Presiden parti akan menjalankan 'Ops Tomahawk'. Siapa yang boleh di'bom' serta dipelingkup akan dibuat tanpa rasa hormat dan bersalah. Inilah nasib yang dialami oleh mantan Setiausaha Politik 1 kepada YAB Perdana Menteri ke-5, Dato' ManDes dan Setiausaha Politik 2 kepada YAB PM, Dato' Hasbullah Lebai Isa. Tiada dalam mana-mana sejarah tamadun politik yang seorang paling kanan kepada Perdana Menteri tersungkur di lembah "political corruption mind". Perkara yang sama direncana di Jerlun, tapi Allah beri rezeki pada Mukhriz Mahathir lagi.

9. Pengerusi Perhubungan UMNO negeri-negeri ialah Pengerusi Barisan Nasional. Maka, lawannya ialah Pesuruhjaya PAS Negeri, Pengerusi PKR Negeri, atau pun Pengerusi DAP Negeri. Soalnya mengapa isu-isu kecil dan terpencil tidak mampu diselesai secara penuh hikmah? Kes seperti Nelayan Sungai Lereng di Klebang Melaka, mereka ini Totok UMNO, tetapi mengapa dikelas ketigakan isu PERIUK NASI mereka? Kes seperti Geran untuk Melayu di Kg. Raja, Cameron Highlands sudah larut 40 tahun, mengapa tidak diselesaikan? Sedangkan geran tanah dan kebun untuk Cina di 11 buah Kampung Baru sekiar Cameron Highlands boleh dibereskan segera? Dan mereka ini sahih, "KOMUNIS" dek kerana Briggs Plan 1950 dulu, mereka dilonggok di Cameron Highlands?

2013 atau kurang daripada tempoh tersebut, ialah fenomena biasa jika berlaku pilihanraya. Yang menjadi luar biasa ialah apabila Kelantan UMNO menang, NSDK BN kalah, Melaka BN bungkus, JOHOR BN telur hujung tanduk, KEDAH BN menang, PERLIS BN menang, Pahang BN kalah, Perak BN kalah, Pulau Pinang BN kalah, Sarawak BN kalah, Sabah BN memang, WPKL BN kalah. Agak-agak siapakah Perdana Menteri Malaysia? Melayu Plural-Liberal-Freemasonry-Syiah-Khawarij? Atau Cina Komunis? Atau Keling Komunis-Sosialis-Athies-Freethinker? Ataupun Paderi Kristian?

Apakah umat Melayu yang kini Profesional, Teknokrat, Ilmuan Besar, Pemandu Lori, Kaki Pukul, Gangster, Kongsi Gelap, Ahli Agama Hebat etc. telah berfikir tentang Obor dan Cokmar Kuasa Pindaan Perlembagaan Persekutuan 1957 boleh nguyup ikut suka hati pemikir-pemikir biawak hidup yang bergentayangan dalam peperangan pilihanraya berkenaan?

Presiden UMNO/Pengerusi BN buat istiharah sebanyak mungkin. Pergi umrah, bertawassul depan Baitullah mohon petunjuk dan ilham untuk Pilihanraya Ke-13.



kredit :-  http://paneh.blogspot.com

Photobucket

BN SUDAH TIDAK RELEVAN...?

on





Mengenengahkan isu perkauman memang sudah menjadi isu basi bagi generasi yang muda. Generasi muda sudah menganggapnya sebagai isu lapuk yang hanya di gunakan oleh pihak yang desperado untuk terus menunggangi rakyat untuk kepentingan kuasa yang berlandaskan kepada pemikiran sempit setengah pihak.

Sebenarnya jika seseorang itu mempunyai pemikiran yang tenang tanpa di saluti oleh pemikiran sempit politik, isu perkauman amat menjemukan kerana itu bukanlah isu pratikal lagi dalam kehidupan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan.

Oleh itu telah mula kita nampak jelas tanda-tanda yang menunjukan yang rakyat sudah tidak mahu lagi menerima pihak-pihak yang menggendangkan isu perkauman kerana isu itu hanya akan membuatkan mereka tidak tenang untuk hidup dalam masyarakat majmuk yang merupakan realiti kehidupan di Malaysia ini.

Rakyat sudah mula menggorak langkah untuk menghindarkan dari isu perkauman ini menjadi lebih menebal di kalangan berbagai kaum di negara ini. Dalam masa yang terdekat ini sudah ada kecenderungan yang orang Melayu untuk menyertai DAP yang sekarang ini di dominasi oleh kaum Cina dan PAS yang bukan sebuah parti perkauman.

PAS melandaskan perjuangan kehidupan bermasyarakat yang berkebajikan yang berlandaskan kepada Islam di samping menghormati semua kaum dan agama. Ramai cendiakawan Melayu sudah mula menyertai PAS dan mereka merupakan kumpulan yang memahami yang Islam itu adalah agama sejagat yang tidak memisahkan satu kaum dengan kaum yang lain.

Mohamad Sabu , Timbalan Presiden PAS beberapa hari yang lepas telah berucap dengan panjang lebar di Petaling Jaya dan telah menyatakan yang kecenderungan orang Melayu untuk menyertai DAP merupakan satu tanda yang jelas bahawa rakyat tidak mahu UMNO memainkan isu perkauman lagi. Maksud Timbalan Presiden PAS itu ialah jika ramai orang Melayu menyertai DAP maka UMNO, MCA dan MIC semakin hari semakin susah untuk keluar dengan isu rasis yang merbahaya untuk negara ini..

Selagi isu perkauman dimainkan tanpa di sekat sampai bila pun matlamat negara untuk mencapai perpaduan nasional akan sentiasa gagal. Jika gagal untuk mencapai perpaduan Nasional itu maka ianya akan membawa kepada situasi sebuah negara yang tidak pernah berjaya sebagai sebuah negara merdeka yang aman, makmur dan berdaulat. Rakyat sudah mula menunjukan bahawa mereka menganggap pihak yang memainkan isu perkauman sebagai anti-nasional.

Saya juga telah mengikuti perkembangan ADUN tempat saya tinggal, YB Hanna Yeoh dan ramai lagi pemimpin DAP telah dengan terang dan terbuka mahukan DAP di sertai oleh semua kaum yang inginkan ‘package’ kemajuan dan keamanan. Hanna yang mewakili rakyat dari gulungan muda telah menyatakan dari awal penglibatan beliau dalam politik yang beliau tidak akan menyertai DAP, jika parti itu hanya mementingkan kaum Cina semata-mata.

Hanna dan ramai anak-anak muda menyertai DAP kerana perjuangan parti itu ialah untuk semua kaum. Selagi ada parti yang memainkan isu perkauman selagi itulah pencapaian perpaduan nasional itu akan terbantut.

Dengan keterbukaan DAP untuk menjayakan matlamat parti itu untuk menjadi parti berbilang kaum, akhir-akhir ini telah menarik minat bagi mereka yang ingin keluar dari bebanan dan kepompongan parti-parti yang tebal sentimen perkaumannya. Apabila mereka hidup tanpa dikongkong oleh pemikiran sempit dan rasis itu, maka mereka merasa senang dan menikamati rasa bebaik sangka di antara jiran tetangga yang terdiri dari berbilang kaum, budaya dan agama.

Bagi diri orang seperti saya ini yang penting sekali ialah kedamaian hidup berjiran dan bertetangga dari semua kaum. Semasa terkejut tergempar orang yang paling hampir dengan saya untuk membantu ialah jiran saya kerana saudara mara tinggal berjauhan dengan saya.

Kita berkehendakan jiran yang menengok-nengokan kita dalam kesusahan dan juga kita memerhatikan mereka jika mereka berada dalam kesusahan. Ini kehidupan yang kita hendak cari dan impikan. “Orang besar-besar dalam UMNO bukan datang menengok kita dalam kesusahan. Mereka merompak segala apa yang kita punya” kata salah seorang yang tinggal tidak berjauhan dari rumah saya.

“What we want to see is some decency in the government” kata seorang lagi jiran tetangga saya yang sudah berusia sebaya dengan saya. “I hate to hear party leaders talking about sex scandals of others while they themselves are thieves and vandals” sambongnya lagi.

“Najib is that weak but Muhyiddin is even worse. No one in UMNO has the quality that we want to see. ….at least the very basic quality” kata seorang guru besar sekolah menengah di Petaling Jaya yang saya kenali.

Kelemahan dan kekurangan sokongan ini menyebabkan pemimpin UMNO bermain dengan isu dan sentimen perkauman dan inilah yang akan menjadi penyebab kejatuhan parti itu di hadapan mata dan kepala rakyat. Dalam masa rakyat sedang memperjuangkan hidup muhibbah di anatara satu kaum dengan kaum yang lain, UMNO terus memainkan tindakan yang bertentangan dengan pandangan rakyat terutamanya yang muda-muda dengan menebalkan sentimen perkauman itu.

Di atas isu ini maka jelas bukan rakyat yang membuatkan UMNO itu secara beransur-ansur menjadi tidak rekevan tetapi parti itu sendiri yang menempah-menampah keadaan itu.


 kredit :- Aspan alias 

Photobucket

59 BAYI SELAMAT DILAHIRKAN DI SEKOLAH HARAPAN MELAKA.

on




Dalam tempoh kurang setahun, Sekolah Harapan di Melaka memberikan perlindungan kepada 80 gadis remaja hamil di luar nikah dan 59 bayi selamat dilahirkan.

Itu antara fakta dicatatkan dalam laporan akhbar Kosmo hari ini.

Wow!

Melihat statistik itu, pelbagai perkara spontan berlegar di fikiran.

Adakah fakta itu dilihat sebagai satu kejayaan?

Lazimnya remaja perempuan terlanjur kerap kali bertindak di luar dugaan. Zuriat mereka berkebarangkalian cuba dilupuskan, bertujuan mengelak diri dan keluarga dicerca oleh masyarakat. Justeru tidak hairanlah jika sebelum ini, bayi samada hidup atau mati antaranya ditemui di dalam longkang, terapung di kolam, terperosok di dalam mangkuk tandas, berbungkus kain pelikat di ruang legar  masjid, diurung semut di dalam tong sampah dan kesejukan di halaman rumah.

Sebaik terbaca paparan akhbar terbabit, secara automatik saya teringatkan peristiwa berlaku pada 15 Ogos tahun lalu.

"Jumpa mayat bayi dekat Segi College," ujar kenalan, anggota polis berpangkat Sarjan.

Pantas saya bergegas ke lokasi dan berikut antara gambar dirakamkan.


Maklumat awal berhubung kes itu, saya kongsikan di sini.

Beberapa bulan kemudian saya cuba mencungkil maklumat berhubung kes terbabit. Difahamkan, ayah kepada bayi cuba dicampakkan ke dalam longkang besar buatan manusia itu dikatakan warga asing. Manakala ibunya, gadis tempatan berasal dari Felda di Pahang. Namun hingga ke saat ini saya tidak dapat mengesahkan status kebenaran dakwaan itu.

Jika mempunyai waktu terluang, sila baca tampalan lain berhubung kes pembuangan bayi, di sini dan di sini.

Hemat saya, bilangan remaja hamil dimasukkan ke Sekolah Harapan berkadar terus dengan tahap keruntuhan moral generasi muda masa kini namun segelintir mereka teperangkap, berstatus mangsa.

Tanpa pergaulan bebas sekalipun, mereka tidak terhindar hamil anak luar nikah. Di rumah, mereka menjadi mangsa haruan makan anak. Mangsa kerakusan nafsu serakah ayah, ayah tiri atau adik beradik lelaki mereka sendiri. Kes terbabit berulang kali dilaporkan oleh media sebelum ini. Malahan lebih haram jadah, lelaki bergelar datuk, berjalan terhinggut hinggut juga didapati turut melampiaskan nafsu, sanggup merogol cucu sendiri sehingga melahirkan anak.

Ringkasnya, jika di rumah keselamatan sebilangan gadis remaja didapati tidak terjamin apatah lagi seandainya mereka dibiarkan bebas bergaul tanpa batasan di luar rumah.

Setakat ini kita melihat pihak berkuasa bertindak secara reaktif bukan proaktif. Jabatan Kebajikan Masyarakat contohnya, sekian lama memberikan khidmat perlindungan kepada remaja hamil di luar nikah. Kelompok sama juga dimasukkan ke rumah perlindungan, sementara menunggu anak di dalam kandungan dilahirkan. Dalam tempoh beberapa bulan, remaja terbabit tidak berpeluang meneruskan pendidikan berbanding jika mereka dihantar ke Sekolah Harapan.

Hemat saya, perasaan malu dan gangguan emosi tidak begitu ketara jika mereka ditempatkan di sekolah terbabit kerana kesemua pelajar berkongsi status sama, ibu anak luar nikah.    

Saya bersyukur berikutan tindakan pihak kerajaan negeri Melaka mewujudkan Sekolah Harapan, sekolah memberikan peluang kedua kepada remaja terbabit meneruskan kehidupan dalam keadaan lebih selesa sekaligus memberikan mereka ruang untuk menginsafi keterlanjuran masa lalu.

Apapun, itu tidak bermakna ibu bapa harus bersikap lepas tangan dalam usaha mengekang gejala sosial sentiasa mengintai peluang untuk menjerumuskan anak remaja kita.


kredit :- http://www.mazidulakmal.com

Photobucket

200 Ribu Melayu Masuk DAP.....?

on






Penyertaan orang Melayu ke dalam DAP akan memberi keuntungan kepada Pakatan Rakyat khususnya dan Malaysia amnya dalam jangka masa panjang, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu. 

“Kalau ramai Melayu di dalam DAP, maka isu perkauman tidak dapat digunakan UMNO lagi. Tiada masalah kalau Melayu yang rasa tak sesuai dengan PAS atau PKR untuk sertai DAP, asalkan bertujuan untuk menjatuhkan pemerintah zalim,” katanya. 

Menurutnya, UMNO cukup takut jika ramai Melayu sertai DAP kerana isu perkauman yang mereka mainkan tidak akan laku lagi apabila Melayu sudah celik demokrasi dan keadilan. 

Beliau menjelaskan ini tidak bermakna beliau menyeru orang Melayu menyertai DAP kerana ia terpulang kepada hasrat hati masing-masing dalam arena demokrasi sebenar yang memberi kebebasan memilih parti. 

Menurutnya, hubungan di antara DAP dan PAS semakin erat umpama aur dengan tebing kerana kedua-dua parti memperjuangkan keadilan untuk semua rakyat Malaysia. 

Mohamad berkata, bukti ketelusan DAP telah ditunjukkan oleh Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng setelah mengambil alih Pulau Pinang dengan mengamalkan sistem pentadbiran yang cekap, akauntabel dan telus (CAT) sehingga negeri itu membangun dengan pesat sekali sejak tiga tahun lalu. 

“Dari sudut menjaga harta awam, Guan Eng dan wakil-wakil rakyat DAP lebih hebat, dari sudut memisahkan perniagaan peribadi dan pentadbiran kepentingan rakyat. Ini berbeza sekali dengan negeri-negeri yang diperintah oleh UMNO dan Barisan Nasional,” katanya kepada Roketkini. 

Tambahnya, ketelusan dan kejujuran wakil-wakil rakyat DAP dapat dilihat apabila mereka hanya bergantung kepada elaun wakil rakyat semata-mata tanpa meminta-minta projek. 

“Apabila memerintah, mereka tidak mengambil peluang untuk mencuri duit rakyat seperti mana pemimpin UMNO buat,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis berbuka puasa dan makan malam DAP Selangor bersama Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu di Majlis Bandaraya Petaling Jaya di sini malam tadi. 

Hubungan erat yang terjalin antara Mohamad dan Guan Eng bermula apabila kedua-duanya ditahan oleh kerajaan BN mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Operasi Lalang yang dilakukan oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada 1987. 

Menurut Mohamad, hubungan akrab mereka begitu kukuh sehingga beliau dan Guan Eng membahasakan diri sebagai abang dan adik. 

Bagaimana pun, jelas beliau, bukanlah bermakna beliau mengagungkan DAP atau merendahkan PAS, seperti mana yang dimainkan media milik UMNO serta blogger upahan mereka. 

“Saya hanya katakan yang benar. Dalam DAP dan PAS, ada orang baik, ada orang kurang baik. Ramai yang baik dari yang kurang baik. 

“Dalam PAS, kita ada pemimpin yang hebat seperti Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Beliau juga mementingkan rakyat, membina masyarakat, bukan mengaut kekayaan peribadi. 

“Kita mahu suatu hari nanti akan muncul ramai pemimpin seperti Nik Aziz dan Guan Eng,” katanya. 

 


Photobucket

"Suruh Blogger Umno Minta Maaf Dahulu"-Hatta Wahari

on





Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan perlu mengarahkan blogger pro-Umno  untuk meminta maaf terlebih dahulu sebelum menggesa blogger lain untuk berbuat demikian, ekoran merekalah selama ini yang sering menabur fitnah kepada pemimpin pembangkang.  Bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hatta Wahari berkata Datuk Seri Dr. Rais Yatim harus memantau blogger pro- Umno dibawah seliaan kementeriaannya terlebih dahulu sebelum menunding jari kepada blogger lain, termasuk pro- Pakatan Rakyat.

Hatta berkata blogger pro- Pakatan Rakyat terbukti mengetengahkan sesuatu isu berlandaskan fakta dan berbentuk persoalan dan bukannya tuduhan liar semata- mata, seperti mana yang sering dilakukan blogger pro-Umno.

Blogger pro-Umno berada di bawah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), sebuah agensi di bawah kementerian yang diterajui Dr Rais.


“Masalah yang membuat berita-berita bohong ini ialah blogger-blogger Umno saja. Jadi saya menasihat Rais Yatimlah sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap JASA kerana blogger- blogger Umno ini di bawah JASA, Jabatan Khas Kementerian Penerangan. Jadi sebelum dia menasihatkan blogger- bloger lain, beliau patut bersihkan rumah sendiri dulu.

"Sebab saya percaya blogger– blogger Umno ini lagi kurang ajar dan lagi banyak membuat tohmahan- tohmahan palsu kepada pemimpin- pemimpin pembangkang. Jadi kalau beliau meminta blogger lain minta maaf maksudnya blogger- blogger Umno itu perlu minta maaf juga. Atau pembohongan, penipuan yang telah dilempar kepada ramai pemimpin- pemimpin pembangkang,“ katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Dr Rais semalam yang mahukan semua blogger di Malaysia mencontohi tindakan editorial akhbar Indonesia, Kompas kononnya memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Rosmah Mansor.
Laporan berita Kompas yang disiarkan 4 Ogos lalu turut menyentuh isu pembelian cincin AS$24 juta yang didakwa dibeli Rosmah.

“Kalau kita lihat pada blogger- blogger lain kita menyiarkan perkara- perkara yang benar. Kebanyakan blogger- blogger lain membuat persoalan-persoalan benarkah perkara ini berlaku.

"Padahal soal cincin kalau kita tengok kepada blog itu, sebenarnya blogger itu hanya bertanya benarkah Rosmah membeli cincin AS$24 juta. Adakah betul ? Jadi masalahnya dengan blogger Umno mereka menulis tanpa fakta. Membuat tohmahan- tohmahan yang teruk, fitnah- fitnah yang tiada asas langsung,“ tegasnya.

Justeru Hatta menegaskan Dr Rais perlu berhati- hati dengan gesaannya mahukan blogger pro- Pakatan Rakyat membuat permohonan maaf kepada pemimpin Umno tetapi menutup mata kepada keterlanjuran blogger pro-Umno melempar tuduhan demi tuduhan kepada pemimpin Pakatan Rakyat.

“Blogger-blogger Umno ini 24 jam sentiasa melemparkan fitnah sebab memang mereka dibayar untuk melemparkan fitnah. Ini masalahnya dan fitnah- fitnah ini diasah oleh JASA sendiri, jabatan khas di bawah Kementerian Penerangan di bawah kementerian beliau.

"Jadi kalau Datuk Rais Yatim kata nak minta blogger mohon maaf, suruhlah blogger- blogger Umno ini mohon maaf dulu, sebab mereka inilah syaitan yang sepatutnya,” tegasnya.-Tsnews


Photobucket

BENARKAH ADA KOMPLOT...?

on Aug 24, 2011







Ekoran pendedahan terbaru oleh bekas Duta AS ke Malaysia John Malott, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat telah meminta agar Perdana Menteri Najib Razak dan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad memberi maklumat ke atas tuduhan-tuduhan bahawa mereka telah berkomplot ke atas Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim ke penjara atas tuduhan liwat yang direka. Bola kini di gelanggan Najib. Beliau adalah PM dan dia mesti menyatakan dengan jelas, jikalau dia yang terlibat dan jikalau terdapat apa apa komplot dengan Mahathir dalam kes semasa dan pada tahun 1998.

Saya rasa rakyat Malaysia sudah tahu mengenainya, tetapi kini bekas duta Amerika Syarikat telah memberikan maklumat yang kuat dan jelas. Ini adalah serius dan mesti dijawab. untuk berdiam diri akan memalukan Malaysia. sudah tiba masanya untuk Najib sedar dia bukanlah PM hanya untuk UMNO tetapi juga untuk semua Malaysia, "kata Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran memberitahu Malaysia Chronicle.

Sesungguhnya artikel yang bertajuk Malott jatuhkan bom : Pakatan rahsia antara Najib dan Anwar telah menawarkan gambaran yang mengejutkan ke dalam dunia politik UMNO, yang dianggap sebagai antara yang tercemar di rantau ini. Malah, beberapa jam selepas menerbitkan artikel, laman web Malaysia Chronicle telah diserang hackers yang tidak dikenali.

Kedutaan AS diberitahu oleh dua sumber yang berbeza

Malott dalam menjaga operasi Kuala Lumpur dari 1995 hingga 1998, Dalam artikel beliau, beliau berkata bagaimana satu keputusan yang dibuat oleh kuasa-kuasa yang ada pada masa itu untuk terus menganiaya Anwar sehingga beliau imun dan sia-sia dari segi politik.

Dua sumber yang berbeza, pembantu rapat Najib, Razak Baginda dan seorang pegawai Cawangan Khas, memberitahu pegawai-pegawai kedutaan mengenai plot untuk melingkupkan Anwar pada semua kos.

Sekarang 64 tahun, Anwar pada masa itu menjadi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan serta Timbalan Presiden UMNO. Beliau adalah bintang yang bersinar dan menjelang tahun 1997, sudah mengumpul sokongan akar umbi yang cukup untuk berjaya mencabar Mahathir untuk jawatan tertinggi.

Anwar kemudiannya mengetuai satu pasukan yang dikenali sebagai Wawasan 2020 dalam UMNO dan ini adalah dianggap pasukan impian masa itu. Menurut artikel Malott, Anwar juga telah bekerjasama dengan Najib, yang bersetuju untuk menjadi TPM kepada PM Anwar apabila Mahathir pergi.

Tetapi kemudian Najib mengkhianati Anwar, menyebelahi Mahathir sebaik sahaja Anwar dipecat dan dibuang ke dalam penjara atas tuduhan liwat yang direka pada tahun 1998.

"Ini mencerminkan rentetan khianat dalam diri Najib, tetapi apa yang lebih membimbangkan adalah pakatan sulit antara Mahathir dan Najib untuk menganiayai' Anwar. Jelas, ini bertentangan dengan ketelusan dan urus tadbir yang baik dan Najib berhutang penjelasan kepada negara atau meletak jawatan, "naib presiden PKR Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.

Sentimen Tian telah disuarakan oleh rakan-rakan lain, yang berkata bahawa rakyat Malaysia mempunyai hak untuk mengetahui jika pemimpin-pemimpin mereka mengamalkan politik kotor dan hak untuk menentukan sama ada mereka patut dihukum untuk berbuat demikian.

"Ini adalah maklumat yang besar. Kami terperanjat dengan pendedahan ini dan Najib perlu membersihkan namanya mengenai perkara ini. Seorang bekas rasmi peringkat tinggi AS dengan akses kepada maklumat terbaik dan kenalan telah bercakap. 

Ia perlu dibahaskan dan dibincangkan secara terbuka kerana rakyat telah mengesyaki ia selama bertahun-tahun dan mempunyai hak untuk mengetahui jika pemimpin mereka yang mengamalkan politik kotor. Kaedah seperti ini tidak lagi boleh diterima dalam masyarakat hari ini. dan yang paling penting, Anwar mempunyai hak untuk pengadilan," pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi berkata kepada Malaysia Chronicle./mc




Photobucket

Menteri Dalam Negeri terima ancaman bunuh, peluru hidup

on




Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Hussein berkata beliau menerima ancaman bunuh bertulis dan dua peluru hidup melalui pos hari ini.

Bercakap di majlis berbuka puasa di Kuala Lumpur, Hishammuddin berkata, kedua-dua peluru itu diletakkan dalam dua lubang pada sebuah buku.

Bungkusan itu mengandungi mesej tulisan tangan mengenai ancaman tersebut tetapi beliau enggan mendedahkan kandungannya kepada pihak media.

Bungkusan itu dihantar ke pejabatnya di Putrajaya melalui pos biasa dan diterima pada kira-kira jam 2 petang dan dibuka oleh seorang kerani kepada salah seorang pegawai khasnya.

Hishammuddin berkata beliau tidak gentar dengan kejadian itu dan berikrar untuk meneruskan tugasnya


Photobucket

BANYAK KEJUTAN DARI ISTANA.....?

on





The Sultan of Selangor expressed "anger" and "shock" today at Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim’s claim that the Ruler had suggested the formation of a syura advisory council.

Tan Sri Khalid had said yesterday the idea for the advisory council to resolve a controversial raid on a church — comprising him, state Mufti Datuk Setia Mohd Tamyes Abd Wahid and deputy Mufti Datuk Abdul Majid Omar — came from the Ruler during a meeting last week.

"Ampun tuanku, beribu-ribu ampun, pohon patik harap diampun". We really do not understand that why are they so many "kejutan" or shock waves from the Selangor palace since from March 2008 until now? Don't you know that, it shows there are grave communication breakdowns around your palace between you and you staffs. Forgive us if we have to say this. Because your staffs' salary also derive from our annual income tax and revenue payments.

As at now, we had only hear statements released from your private secretary or any other palace officials and we have yet to hear directly from you pertaining to this matter. Whatever it is transpired in various meetings between you and Menteri Besar as well as his State Executive Councillors were not directly accessed by the press and medias. We only got to know from your press officer, palace officials, words of mouth to mouth and so on. Your meetings were not made public.

So, what really happened actually? It is because we are concern that whenever there are "kejutan" or shocking experience from you, the state Umno there is quick to politicize this issue and made it in such of way that the Selangor state government had committed so many treason against you and the entire royal institution in general.

The reputation of the state government has been badly damaged due to Umno's continuous manipulation and politicizing on issues related to the relationships between your palace and the state administration. Don't you know there must be something wrong and someone might have been sabotaging you and the state government?

Come on! Come out of the palace and say something. We want to hear from you directly!

We are wondering and still so curious about all these "kejutan" after "kejutan". Didn't you feel any pressure from this?

During Umno's reign in the state prior to March 2008, there is never even a"kejutan" from your palace or yourself. When Umno was reigning the state, even the state Mufti can be sacked without even first obtaining your consent and there's no "kejutan". When hundreds of Ulamas and Imams were blacklisted by the former Umno state government in the state without even first referring to you, there's also no "kejutan" from you.

When the then Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) enforcement officers confiscated so many mosques or suraus because these mosque orsuraucommittees were accused of "not toeing the line of the Umno's reign", you were not informed of it and you also did not suffer any "kejutan" as well.

During Umno's reign in the state, the party's division chairmen were so powerful and they are all extended with full authority to validate the proposed list of appointments to the committees of mosques and suraus annually and many of these were done without your prior knowledge or consent, and that is why there is no "kejutan" from you as well.

"Ampun tuanku", this is a wake up call. You must stand out from the Umno's political flames "burning" around you palace and start putting things back in order before the entire Selangor state government is charge in court of law for "waging" a war against your household, because we are certainly sure that Umno is working very hard to achieve this.

Nasihat Bekas Panglima kepada Panglima ATM

on





I have been receiving calls from several people (known and unknown to me) to seek my comment on the recent statement made by the Chief of Defence Forces (CDF), Gen Tan Sri Zulkifly Mat Zain concerning the revelation made by some former Armed Forces (AF) retirees that the ballot papers of AF personals have been rigged in the past to favour BN candidates.

Personally, I have not seen nor have I been involved in the rigging. But I did hear that such an activity has occurred in the past, and if one were to proceed with an investigation (I believe it should be done to redeem public confidence), I suggest it should start at the very source i.e. at Jabatan Rekod dan Pencen (JRP) and the AF Intelligence Division.

I fervently believe in a free and fair election where all contending candidates must be given equal opportunity to the electoral process. Just look at what Singapore had done in the last election where it was conducted in complete fairness to all candidates. The opposition (though small) were even given air time on TV to express their political agendas to the public, that is barely acceptable here. There wasn’t any arrest or harassment on opposition candidates by the authorities during the campaign. Everything was civil and orderly.

Finally, the Singapore election saw a long standing minister being ousted and because of this, the government has taken drastic measures to win back public confidence; not by demonizing the opposition, but to see what more can be done to improve on their weaknesses. Here, I do not wish to make any further comparison between us and Singapore, but certainly there is a lot our politicians can learn from the Singapore election.

Now with regards to the CDF’s comment that was viewed on TV and in the alternative media, I have this to say. I personally think the CDF should have been more careful with the phrases used during the press conference. There must not be any political undertone that would subject him to odium by civil society.

Please remember that civil society’s thinking today is unlike what it was in the 60’s. It has change dramatically. There is a lot of consciousness and differing perception among civil society today of the ruling government and of political parties. People now have greater access to the media, where in the past the MSM ruled supreme. Today the alternative media is easily accessible, even to grandfathers and grandmothers. There is no denying this fact.

I am rather shocked to hear that the CDF has referred the former soldiers as traitors. This is uncalled for and with such a declaration; it merely nullifies the former soldiers past service record of loyalty, sacrifice and service to King and country.

What I fear is that by referring to them as traitors merely on grounds that they were trying to reveal the truth may also hurt the feeling of other former soldiers. This is because the camaraderie among soldier is strong even after having long retired from the service and this is true among them. If indeed they were traitors, such a declaration I think can only be announced by the King in his capacity as the Supreme Commander of the Armed Forces.

While I have my highest respect for the CDF and the service chiefs, they ought to be extremely careful and weary of making statements that can be seen to have a political undertone. Please confine statement to reflect the AF apolitical stand and not to be dragged into the ‘abuses of politics’.

Cast away the poor example shown by the likes of the Deputy Chairman of the Election Commission that clearly shows he acted as a tool to his political masters. Please remember too that the AF is not subservient to politics, if it is to be respected. 


-Mohd Arshad Raji


Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List