Walau Dihujung Senjata

on Sep 14, 2011


Walaupun ketika nyawa diancam kematian namun
para pejuang Muslim di Libya tetap menghadap Allah.

sumber dari sini


Photobucket

Sandiwara Menteri...?

on





Ini adalah salah seorang daripada ribuan pelanggan yang benar-benar sakit hati dengan Astro.

Perkara pokok yang dibangkitkan di sini ialah, mengenai harga pakej yuran bulanan Astro yang sudah dinaikkan serta cukai yang dikenakan.

Apa yang jelas penipuan dan sandiwara menteri yang pernah dikaitkan dengan isu rogol amah telah terbongkar.

Lihat laporan berita di bawah ini baik-baik, apa yang telah dikatakan oleh menteri, dan apa pula yang telah berlaku? [Utusan]



Menaikkan harga, bercanggah undang-undang, Astro akan dikenakan denda jika terus juga naikkan, kabinet tak benarkan, bla bla bla...

Bila menteri nak kenakan kompoun dan denda kepada Astro? Jika menteri dan semua pihak yang terlibat terus buat bodoh, kita akan buat memorandum khas, kita demo depan pejabat Astro dan SKMM, siapa setuju?

sumber  sini


Photobucket

Perompak Masjid...?

on




Kenyataan Sekritariat Pemuda UMNO Semporna di Sabahkini.net melalui artikel bertajuk ‘Pemuda Umno Semporna Bela Shafie!’merupakan pendedahan paling berani Ketua Pemuda Umno Semporna, Mohd Azis Jamman yang hanya layak digelar ‘Perompak Masjid’ untuk hidup berfoya-foya. Bagi saya, pembelaan Azis terhadap Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) tidak memberikan saya sebarang makna kerana sekalipun laporan polis dibuat terhadap saya atau Sabahkini.net; subjek siasatan polis ialah Shafie Apdal iaitu sama ada benar kematian berlaku dan kenapa kematian berkenaan tidak dilaporkan?

Namun beban sebenarnya terletak di bahu Mohd Azis yang menjadi ‘Runner’ atau ‘Penggubah Wang Haram’ melalui kegiatan melobi projek dan mendapatkan komisyen atau rasuah daripada kontraktor yang mendapat projek atau kontrak berkenaan.

Azis dipercayai telah menerima ‘rasuah’ RM2 juta daripada anak Ahli Parlimen Labuan, Yusaini Yusof hasil kejayaannya melobi projek Masjid Baru Labuan yang dipohon atas usaha Shafie Apdal; tidak termasuk komisyen 20 peratus kerana nilai kontrak di ‘Top-Up’ sebanyak 80 %.

Dengan wang tersebut, Azis telah membeli Ninja King bernilai RM500,000 dan untuk berfoya-foya; tanpa menginsafi dosanya ketika melakukan Skandal Seks dengan seorang pelajar UMS (kini dinikahinya setelah mengandung anak luar nikah); sekaligus menghancurkan harapan isteri tuanya.

Kini Masjid Baru Labuan tergendala kerana krisis dalaman dengan rakan kongsi perniagaan, namun Azis berbangga dengan kejayaannya merompak masjid berkenaan. Mungkin inilah budaya Pemuda Umno yang bukan sahaja tidak bermaruah, malah menjadikan maksiat dan rasuah sebagai darah daging mereka!

sabahkini


Photobucket

Usah percaya ‘pakar’ mimpi

on



JEDDAH: Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz Al-Asheikh melarang keras orang ramai daripada mendengar penerangan golongan pentafsir mimpi melalui program radio dan televisyen.

Amaran beliau itu dikeluarkan ekoran trend semasa yang semakin popular di kalangan penduduk yang gemar merujuk kepada ‘pakar’ supaya mimpi mereka ditafsirkan melalui program radio atau TV.

“Kebanyakan pentafsir (mimpi) tidak mempunyai pengetahuan Islam yang betul mengenainya,” katanya dalam khutbah Jumaat di Masjid Imam Tuki bin Abdullah di Riyadh.

Mufti berkenaan mengatakan semakin ramai orang gemar mengikuti program sedemikian dan memberi amaran mengenainya.

“Ramai yang selalu merujuk kepada pentafsir mimpi dan mempercayai penjelasan mereka dengan sepenuh hati seolah-olah apa yang diperkatakan itu adalah inspirasi daripada Tuhan,” katanya. Sheikh Abdul Aziz meminta orang ramai supaya merujuk kepada sunnah Rasulullah dalam hal ini iaitu tidak memberitahu orang lain mengenai mimpi buruk yang dialami mereka.

“Sekiranya orang ramai ingin tahu makna sebenar mengenai apa yang dimimpikan dalam tidur, mereka perlu merujuk kepada ulama yang mempunyai pengetahuan mendalam mengenai agama,” katanya. Mufti terbabit menuduh pentafsir mimpi dalam program radio dan TV mengeksploitasi peluang yang wujud dengan melakukan penipuan untuk wang dan memperdaya orang ramai.

Harian Metro


Photobucket

Aku Tak Cemas Pun Isu Bukit Kepong

on



Senator Ezam Mohd Nor menyertai pemimpin-pemimpin Umno menggesa agar Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dikenakan tindakan tegas - kali ini digesa agar diusir keluar dan dilucutkan kerakyatan ekoran kenyataan berkenaan tragedi Bukit Kepong bulan lalu.
Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad yang turut dikenali sebagai Mat Sabu (gambar) akan memfailkan kes saman ke atas akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini.
Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika dihubungi The Malaysian Insider mengesahkan Mohamad akan memfailkan kes saman beliau.
Sebelum ini kerajaan berkata Mohamad tidak boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebab tindakannya tidak mengancam keselamatan negara.
“Saya dimaklumkan beliau (Mohamad) akan memfailkan kes hari ini, setakat ini satu pihak sahaja... Utusan, beliau akan mengadakan sidang media selepas itu,” kata beliau lagi.
Penghujung minggu lalu, Mohamad berkata akan memfailkan saman ke atas Utusan Malaysia berhubung satu berita berkenaan ceramahnya yang menyentuh tragedi Bukit Kepong bulan lalu.
Tempoh 24 jam yang diberikan oleh Mohamad kepada akhbar milik Umno itu agar memohon maaf berakhir Jumaat lalu.
“Masanya dah tiba saya saman Utusan Malaysia sampai bankrap sesuai dengan fitnah yang sengaja diatur untuk menjatuhkan maruah saya sekali gus bertujuan melumpuhkan pengaruh PAS bagi memastikan Barisan Nasional (BN) terus kekal,” kata beliau Sabtu lalu.
Katanya, masa telah diberikan kepada Utusan Malaysia selama 24 jam untuk menarik balik siaran muka depan ‘Mat Sabu hina pejuang’ sudah berakhir dan saman akan bermula 12 September.
Serangan bertubi-tubi ke atas Mohamad masuk minggu ketiga sekarang.
Dalam kenyataannya, Ezam, bekas ketua sayap muda PKR mendakwa tiada tempat bagi orang yang menghina pengasas negara di mana-mana negara bertamadun.
“(Mohamad) Mat Sabu jelas melanggar garisan bagi seorang rakyat yang beradab dan bertamadun apabila menghina (Bapa Kemerdekaan) Tunku Abdul Rahman... tidak ada negara bertamadun akan kompromi dengan kebiadapan dan sifat tidak bertamadun ini.
“Rakyat Malaysia mesti diajar hidup secara bermaruah dan bertamadun. Justeru Mat Sabu mesti dihukum dan diusir keluar dari negara ini. Banyak negara komunis lain boleh jadi pilihannya,” katanya lagi.
Ahad lalu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan terhadap Mohamad berhubung kenyataannya mendakwa pengganas komunis yang menyerang dan membunuh anggota polis dalam tragedi Bukit Kepong pada 1950 sebagai hero sebenar perjuangan kemerdekaan negara.
Beliau berkata kes Mohamad banyak berkisar kepada undang-undang dan oleh itu hanya Peguam Negara yang dapat menentukan bentuk tindakan terhadap beliau.
Hishammuddin bagaimanapun berkata kenyataan Mohamad tidak mengancam keselamatan negara dan oleh itu bukan satu opsyen untuk menyiasat beliau di bawah ISA.



Berita Cemas Kat sini



Photobucket

Kumpulan SEPAH Dah Bersepah

on Sep 13, 2011



Kisah perpisahan Mamat dan Adda bukan lagi isu baru. Namun setelah adik kepada pemain gitar kumpulan Kristal, Rody ini membuat kenyataan mengenai perpisahan mereka menerusi sebuah akhbar baru-baru ini, timbul pula kontroversi lain.

Selain mendedahkan perangai buruk Mamat, Adda juga mendakwa Mamat adalah punca utama kumpulan Sepah berpecah.

Adakah benar dakwaan bekas kekasih Mamat?

Zass mendapatkan komen ahli Sepah, Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Bin Zainal Abidin untuk mengetahui kisah sebenar. Jika sebelum ini, Jep lebih selesa menutup mulut di atas isu perpecahan mereka, kali ini Jep bersedia meluahkan konflik sebenar yang berlaku dalam kumpulannya selama ini.

“Saya tidak menafikan kenyataan itu. Sebelum ini, orang tak tahu apa masalah kami hingga saya putuskan untuk bergerak sendiri. Terus terang saya katakan, masalah disiplin dan tiada komitmen adalah faktor mengapa kumpulan ini tidak boleh bertahan lagi.

“Saya sudah pendam terlalu lama perkara ini dan tidak mampu bertahan lagi. Saya dapat rasakan kami boleh berjaya dalam industri seni ini apatah lagi kami bertiga sekampung. Masing-masing sudah mengenali keluarga serta tahu kelemahan dan kelebihan diri.

“Tapi, apa yang boleh saya katakan, saya sudah penat dengan ahli yang tiada disiplin dan komitmen dalam bekerja. Ada yang buat sambil lewa dan menganggap semua perkara itu remeh-temeh. Saya mula bosan dan takut untuk bersatu lagi,” katanya ketika dihubungi semalam.

Mengakui ada ahli yang sukar memberi kerjasama lebih-lebih lagi memberi idea untuk setiap persembahan mereka, Jep lelah dengan perkara sedemikian.

“Bayangkan dari minggu pertama hingga minggu ke enam Maharaja Lawak, idea dan jalan cerita datangnya daripada saya seorang. Shuib juga ada membantu memberi idea dan selalu berbincang. Tapi, hanya kami berdua sahaja.

“Saya penat kerana saya juga sibuk seperti yang lain. Kerana itu saya ambil keputusan untuk kuburkan sahaja Sepah. Apatah lagi, semakin banyak masalah peribadi yang timbul," katanya yang nekad berpecah selepas menjuarai Maharaja Lawak.

Hanya kerana nila setitik

Lanjutan daripada perpecahan itu, Jep turut terkena tempias lantaran pelbagai cerita kurang enak yang melanda salah seorang ahli yang bermasalah.

“Macam-macam yang saya dengar. Kaki perempuan, masalah disiplin, tak datang fotografi dan ada lagi yang membabitkan individu ini. Bukan hanya dia, malah ahli yang lain terkena juga. Hanya seorang buat hal, dua lagi akan menerima padahnya. Sepah tak ada disiplin, berlagak dan tak tepati masa.

“Sebagai kumpulan, sudah pasti saya mengambil sikap menegur di mana kurang dan silap. Tapi apa kesudahannya jika segala teguran dan nasihat tidak diendahkan? Jadi, keputusan berpecah ini adalah jalan terbaik,” katanya.


Photobucket

Shafie Afdal Ketua Menteri Sabah...?

on










Mungkin agak ganjil bagi Timbalan Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Chin Su Phin, ‘Political Reject’ dari Sabah yang dilantik menjadi Senator mempersoalkan ketelusan dan ketulusan amalan demokrasi di Malaysia dengan mempromosi cadangan Presiden UBF, Datuk Dr Jeffrey Kitingan agar jawatan Ketua Menteri Sabah dihadkan bagi tempoh dua penggal sahaja. Sudah terang lagi bersuluh, cadangan Chin tidak lain tidak bukan ialah sebagai usaha terakhir melobi jawatan Ketua Menteri Sabah untuk Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang telah ‘merasuah’ beliau dengan projek NKRA dan runding harga bernilai ratusan juta ringgit.


Tidak rasional bagi sebuah Negara yang mengamalkan Demokrasi Berparlimen seperti Malaysia menjalankan amalan autokratik dan membelakangkan Perlembagaan Persekutuan; demi untuk memuaskan nafsu Naib Presiden UMNO dengan merosakkan sistem politik di Malaysia yang memberi kepercayaan kepada Adun yang mendapat sokongan majoriti (sama ada dilantik Perdana Menteri atau dipilih dalam Dewan Undangan Negeri) memilih Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman sebagai Ketua Menteri Sabah sejak 2003.

Setelah semua usaha Chin menimbulkan pelbagai sengketa di dalam Barisan Nasional Sabah melalui LDP gagal, beliau kini menggunakan Formula 4P iaitu Provokasi, Prasangka, Pecah dan Perintah untuk memancing peluang terakhir sebelum beliau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan terhadap beliau dan Shafie Apdal kerana penggubahan wang haram melalui lobi dan anugerah projek.

Tindakan ‘penderhakaan’ Chin Su Phin terhadap BN Sabah kini disokong oleh golongan berhaluan kiri di dalam LDP, termasuk Presiden ‘Boneka’ LDP, Datuk Liew Vui Keong cuba memecah tembok pertahanan BN melalui tembakan bertubi-tubi isu yang diyakini boleh melemahkan perpaduan parti komponen BN di Sabah.

Dalam keadaan Musa Aman bersendirian dan hanya Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Mohd Salleh Tun Said yang berjaya menampan serangan demi serangan LDP, golongan oportunis di dalam Umno dan BN Sabah semakin ramai; Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tidak mempunyai kekuatan untuk berkata ‘TIDAK’ kepada hasrat gila Shafie Apdal untuk menjadi ‘Ketua Menteri’ yang dianggap setaraf dengan ‘Sultan’ di negeri yang tidak beraja seperti Sabah.

Shafie menggunakan segala peluang yang ada termasuk memancing sokongan melalui projek dengan membeli Pemuda, Wanita, Puteri dan Ketua Umno Bahagian agar mengalihkan sokongan kepada beliau, namun semuanya masih belum menampakkan kejayaan disebabkan kewibawaan Musa Aman semakin menyerlah.

Teknik memberi projek kepada pemimpin Umno atau kroninya akan cepat membunuh karier politik Shafie kerana jika sepuluh orang yang mendapat projek, maka 100 yang tidak dapat akan marah. Jika seratus lagi dapat projek, 1,000 yang tidak dapat; akan marah. Sampai bila Shafie boleh bertahan ketika ‘Dana Negara’ bocor akibat pelaksanaan NKRA yang tidak berhemat, boros dan tidak ekonomik?

Apapun yang berlaku, dalam keadaan Sabah masih menjadi ‘Fixed Deposit’ kepada BN; ketokohan Musa Aman masih belum dapat diganggu gugat atau diganti oleh mana-mana pemimpin di Sabah; apatah lagi beliau telah berjaya mengukuhkan ekonomi Sabah yang mendapat rating AAA berbanding dengan rating A- bagi Kerajaan Persekutuan.

Ketika Tabung Kerajaan Persekutuan hampir kering kontang sehingga FELDA terpaksa meminjam RM6 Billion daripada KWSP, Kerajaan Negeri Sabah yang mempunyai hutang RM860 juta ketika Musa Aman mengambil alih jawatan daripada Datuk Chong Kah Kiat (Tan Sri), kini mempunyai surplus lebih RM10 Billion; di luar jangkauan mana-mana Negara di Asia Tenggara.

Umum berpendapat, Perdana Menteri tidak ada sebab untuk menggantikan Musa Aman atau memaksa Musa Aman meletakkan jawatan semata-mata untuk membolehkan ‘Golden-Eye’ Boy Najib Tun Razak iaitu Shafie Apdal menjadi Ketua Menteri; atau memindahkan Musa Aman ke Kabinet Persekutuan kerana Musa telah melakukan yang terbaik di Sabah.

Dalam keadaan Najib terlalu mengharapkan 25 kerusi Parlimen di Sabah untuk membolehkan beliau terus menjadi Perdana Menteri Malaysia, maka beliau tidak perlu menggantikan Musa Aman sebagai Ketua Menteri; melainkan jika beliau ingin mengikut jejak Pak Lah iaitu bersara daripada politik!


sumber dari sini
Photobucket

Tarikh PRU-13 mesti ditetapkan bersama

on

NONE



Pakatan Rakyat mahu BN menentukan tarikh pilihan raya umum akan datang dengan berunding dengan gabungan pembangkang bagi membolehkan cadangan pembentukan jawatankuasa khas parlimen (PSC) berhubung pembaharuan pilihan mempunyai masa yang mencukupi dalam menjalankan tugas mereka.

Ini adalah antara lima pra-syarat-syarat yang dibentangkan oleh Pakatan dan mereka mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi jaminannya sebelum mereka membuat keputusan menyertai jawatankuasa itu.

"Tarikh pilihan raya umum ke-13 perlu ditetapkan berdasarkan persetujuan antara BN dan Pakatan. Dalam erti kata lain, pembubaran Parlimen mesti dipersetujui oleh kedua-dua BN dan Pakatan Rakyat," kata naib presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Beliau berkata demikian pada sidang media Pakatan di Kuala Lumpur pagi ini, bersama-sama dengan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Ketua Pemuda DAP Anthony Loke dan beberapa ahli parlimen Pakatan yang lain.


Photobucket

KETUA PEMUDA UMNO AMPANG MASUK DAP...?

on


Ketua Pemuda UMNO Ampang yang sangat lantang tetapi seringkali dilabelkan oleh orang UMNO sendiri sebagai TIDAK LAYAK kerana berbini tiga, dikhabarkan sudah DITEMPAH dan DISIRIHPINANGKAN oleh DAP Ampang. Lamaran tersebut dibuat apabila nama Safarizul tercicir atau sengaja dicicirkan oleh UMNO Ampang daripada pencalonan untuk PRU13 akan datang.

Alasan berbini tiga menyebabkan Safarizul dikatakan tidak berkelayakan, merupakan antara alasan PALING BODOH yang mampu diberikan oleh musuh-musuh Safarizul, padahal isu beristeri tiga bukannya isu menyebat peruntukan atau terlibat dalam masalah tanah, reserved sungai, tanah kubur, tanah sekolah agama, projek kontraktor dan sebagainya.

Aku pelik dengan UMNO ni... bila ada orang yang berkelayakan dan bekerja untuk UMNO, harami-harami yang sentiasa jadi babi makan taik akan menjadi sangat kreatif untuk mencantas, menikam dan membunuh individu yang lebih berkelayakan daripada mereka.

Apa yang berlaku di Kedah dan Kelantan, sebenarnya adalah cerminan sebenar apa yang berlaku dalam UMNO. Kerana itulah, kebanyakan pemimpin UMNO terdiri daripada makhluk-makhluk yang kurang berkemampuan, tetapi sangat kreatif dan hebat dalam menyamun, menyonglap dan mencuri. Contoh paling ketara adalah SI KITOL KIMAK!!!

Kalaulah betul bagai yang aku dengar tentang Safarizul Mustafa yang setahu aku telah membalun Ketua Pemuda UMNO Negeri Selangor secara berhadap-hadapan kerana KELEMAHAN KPN itu, ia merupakan satu kerugian besar kepada UMNO Ampang dan Selangor secara keseluruhannya.

DAP sedang berusaha bukan sahaja mencari pemimpin-pemimpin Melayu untuk bersama-sama DAP, terutama sekali di Perak dan di Selangor, tetapi juga di beberapa negeri lain yang Melayu adalah kuasa utama yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Negeri.

Apa yang berlaku di Perak sudah cukup menyedarkan DAP yang mereka tidak boleh lagi menjadi atau kelihatan seperti chauvinist. Umpanan, pancingan mahupun lamaran akan dibuat dengan giat oleh DAP, terutama dari kalangan pemimpin-pemimpin generasi muda yang lebih hebat dan berkeupayaan tetapi dicantas dan dibunuh oleh pimpinan tua UMNO yang tidak pernah pandai-pandai.

Sebab itu, aku percaya, Safarizul menarik minat DAP Ampang kalau tidak pun DAP Selangor. Yalah, kalau dia yang lebih berkelayakan berbanding Ku Salleh pun boleh dicantas, tidak mungkin dia akan mendapat tempat di Ampang walaupun menjadi Ketua Pemuda yang semakin tamat tempoh.


sumber dari  sini
Photobucket

Siapa Berani Ambil Tindakan Terhadap 6 Individu Ini...?

on




Suruhanjaya itu juga mencadangkan agar tindakan sewajarnya diambil terhadap enam individu iaitu Lingam, Eusoff, Fairuz, jutawan Tan Sri Vincent Tan, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta ahli perniagaan yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kerana salah laku.




Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa hasil laporan suruhanjaya diraja siasatan berkaitan klip video kontroversial V.K. Lingam tidak boleh disemak balik memandangkan anggota inkuiri hanya mengemukakan penemuan, bukannya satu keputusan.
Peguam Datuk V.K. Lingam mahukan Mahkamah Rayuan mengkaji semula penemuan suruhanjaya itu bahawa beliau telah melakukan jenayah salah salah, yang menurutnya ia satu serangan serius ke atas reputasi beliau dan telah berhadapan dengan kesan yang buruk.
Hakim Raus Sharif memutuskan bahawa Lingam dan dua bekas ketua hakim negara tidak berhadapan dengan kesan teruk ekoran penemuan suruhanjaya itu.
Ketua Hakim Malaya Zulkefli Ahmad Makinudin mempengerusikan panel tiga hakim. Raus merupakan Presiden Mahkamah Rayuan dan seorang lagi ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Abdull Hamid Embong.
Pada 7 Februari lalu, Mahkamah Persekutuan memutuskan ia akan membuat pendirian sama ada keputusan inkuiri suruhanjaya diraja boleh disemak atau tidak.
Ini berikutan langkahnya membenarkan inkuiri suruhanjaya diraja merayu keputusan Mahkamah Rayuan bahawa Lingam dan dua bekas ketua hakim berhak mencabar perintah suruhanjaya itu berhubung satu klip video kontroversi yang mengaitkan peguam berkenaan dengan pelantikan hakim.
Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff yang mengetuai panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan, membuat keputusan sebulat suara bahawa isu undang-undang yang dibangkitkan suruhanjaya tersebut merupakan sesuatu yang baru dan berkepentingan awam.
Pada 24 Ogos 2010, Mahkamah Rayuan dalam satu keputusan majoriti 2-1, membenarkan rayuan Lingam, Tun Eusoff Chin dan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim untuk mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi yang tidak membenarkan mereka membuat semakan kehakiman terhadap keputusan suruhanjaya itu.
Berikutan keputusan itu, kes tersebut dikembalikan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk pendengaran merit permohonan semakan kehakiman ketiga-tiga individu.
Dalam laporan siasatan mereka, lima anggota panel suruhanjaya itu merumuskan bahawa klip video tersebut adalah tulen, dan Lingam merupakan individu yang berbual dengan Ahmad Fairuz berhubung pelantikan hakim.
Suruhanjaya itu juga mencadangkan agar tindakan sewajarnya diambil terhadap enam individu iaitu Lingam, Eusoff, Fairuz, jutawan Tan Sri Vincent Tan, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta ahli perniagaan yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kerana salah laku.
Ia turut memutuskan bahawa terdapat bukti yang cukup bagi menyiasat keenam-enam individu mengikut Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi, Kanun Keseksaan dan Akta Profesion Undang-Undang 1976.



Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List