Usah percaya ‘pakar’ mimpi

on Sep 14, 2011



JEDDAH: Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz Al-Asheikh melarang keras orang ramai daripada mendengar penerangan golongan pentafsir mimpi melalui program radio dan televisyen.

Amaran beliau itu dikeluarkan ekoran trend semasa yang semakin popular di kalangan penduduk yang gemar merujuk kepada ‘pakar’ supaya mimpi mereka ditafsirkan melalui program radio atau TV.

“Kebanyakan pentafsir (mimpi) tidak mempunyai pengetahuan Islam yang betul mengenainya,” katanya dalam khutbah Jumaat di Masjid Imam Tuki bin Abdullah di Riyadh.

Mufti berkenaan mengatakan semakin ramai orang gemar mengikuti program sedemikian dan memberi amaran mengenainya.

“Ramai yang selalu merujuk kepada pentafsir mimpi dan mempercayai penjelasan mereka dengan sepenuh hati seolah-olah apa yang diperkatakan itu adalah inspirasi daripada Tuhan,” katanya. Sheikh Abdul Aziz meminta orang ramai supaya merujuk kepada sunnah Rasulullah dalam hal ini iaitu tidak memberitahu orang lain mengenai mimpi buruk yang dialami mereka.

“Sekiranya orang ramai ingin tahu makna sebenar mengenai apa yang dimimpikan dalam tidur, mereka perlu merujuk kepada ulama yang mempunyai pengetahuan mendalam mengenai agama,” katanya. Mufti terbabit menuduh pentafsir mimpi dalam program radio dan TV mengeksploitasi peluang yang wujud dengan melakukan penipuan untuk wang dan memperdaya orang ramai.

Harian Metro


Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List