Tsu Koon perlu dipecat jika BN mahu rampas Pulau Pinang - Tee Beng

on Sep 14, 2011


Tan Tee Beng berkata Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon perlu dipecat daripada memegang sebarang jawatan sama ada dalam parti atau Kabinet jika Barisan Nasional (BN) mahu merampas semula Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang.

Sebagai mengenang jasa atau mengenang budi yang telah ditaburkan beliau buat PKR Permatang Pauh semasa PKR P044 yang lalu.. aku tak mahu hentam dia lebih-lebih…

Tan Tee Beng berkata demikian mungkin kerana beliau tidak tahu bahawa UMNO Pulau Pinang sebagaimana yang telah dilaporkan oleh Kwong Wah Jit Poh telah melutut dan merayu kepada Koh Tsu Koon..

Demi kuasa, UMNO Pulau Pinang dilaporkan telah menjilat kembali ludah mereka, mereka mengenepikan sikap perkauman mereka, mereka membakul sampahkan Ketuanan Melayu mereka..mereka dilaporkan telah memohon maaf kepada Presiden Gerakan Koh Tsu Koon , sila baca di SINI.)ASD


Tsu Koon perlu dipecat jika BN mahu rampas Pulau Pinang - Tee Beng


PULAU PINANG 13 Sept. - Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon perlu dipecat daripada memegang sebarang jawatan sama ada dalam parti atau Kabinet jika Barisan Nasional (BN) mahu merampas semula Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang.

Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng berkata, pemimpin tersebut bukan lagi pilihan rakyat negeri ini terutama kaum Cina malah kehadirannya pada program BN hanya mencacatkan usaha bagi memulihkan sokongan terhadap parti.

Tegas beliau, peluang untuk merampas semula Pulau Pinang sebenarnya cerah tetapi ia bergantung kepada sejauh mana seriusnya usaha BN menggantikan Tsu Koon yang kini dilihat hanya menjadi liabiliti besar dalam parti.

''Kita lihat kelmarin, hampir 25,000 orang datang memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri-Merdeka yang diadakan di Guar Perahu meskipun kawasan itu diwakili Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini satu petanda yang cukup menarik dari segi politik untuk BN.

''Malangnya, kehadiran Tsu Koon pada hari itu tidak dialu-alukan rakyat negeri ini. Berdasarkan maklum balas akar umbi, ramai yang marah dan tidak gembira apabila melihat dia (Tsu Koon) berada di samping Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Oleh itu, sesuatu perlu dilakukan kerana yang menentangnya bukan hanya orang Melayu malahan orang Cina sendiri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Tee Beng, sejak dua bulan lalu juga berlaku penentangan hebat bukan sahaja daripada rakyat malah parti komponen BN di negeri ini terhadap kepimpinan Tsu Koon terutama tugasnya sebagai Pengerusi BN Pulau Pinang yang dilihat tidak berfungsi.


Katanya, mereka sudah muak melihat Tsu Koon yang hanya suka 'mengikut' Perdana Menteri ke sana sini sedangkan tugas hakikinya sebagai menteri dan Pengerusi BN negeri terabai.

''Dia bukan Timbalan Perdana Menteri kedua yang perlu mengikut Perdana Menteri ke sana sini. Tetapi itulah yang dilakukan sejak dulu. Apa guna menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Pengerusi BN negeri jika tidak menjalankan tugas untuk mengembalikan sokongan rakyat.

''Mungkin orang Melayu tidak rasa sangat seperti yang dirasai masyarakat Cina. Mereka sudah terlalu muak dengan Tsu Koon. Justeru, jika mahu mendapat kembali sokongan sepenuhnya daripada mereka, Tsu Koon perlu dipecat," katanya.

Lidah Rasmi UMNO


Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List