Nostalgia Altantuya

on Sep 14, 2011


“Saya tidak mempunyai sebarang sebab untuk mencederakan apatah lagi mengambil nyawa mangsa dengan begitu kejam. Saya merayu kepada mahkamah yang kini berada di dalam kedudukan dan mempunyai kuasa untuk menentukan hidup dan mati saya, agar tidak menghukum saya sekaligus menyempurnakan perencanaan mereka terhadap saya.”
Demikian kata Cif Inspektor Azilah Hadri pada 4 Feb lalu sambil membacakan nota bertulis. Beliau yang mula memberi keterangan pada 15 Jan lalu , berkata dia tidak mempunyai sebarang motif untuk membunuh dan melenyapkan wanita itu sebaliknya tujuan dia berjumpa dengannya (Altantuya) hanya untuk menasihati Altantuya secara lembut supaya tidak mengugut Abdul Razak dan tidak membuat kecoh di rumah penganalisis politik itu.
Azilah juga memberitahu mahkamah dia diarahkan oleh seorang anggota polis atasan, DSP Musa Safri untuk membantu Abdul Razak dan tidak mungkin melakukan perbuatan “bodoh” (membunuh) itu apatah lagi dia adalah anggota polis.
Pembelaan Sirul Azhar pula amat mengejutkan kerana dia bukan sahaja dilihat mengalirkan air mata, malah kenyataannya bahawa dia sekadar kambing hitam yang harus dikorbankan, amat menyentuh perasaan.
Kes ini bukan sahaja dilabelkan sebagai perbicaraan yang paling panjang (159 hari) dengan mengemukakan 84 orang saksi di peringkat pendakwaan dan dua saksi (tertuduh sahaja) ketika pembelaan, tetapi merupakan kes utama mahkamah selama dua tahun (sebelum Abdul Razak bebas).
Mengikut rekod, Azilah ditahan di penjara Sungai Buloh selama 891 hari manakala Sirul Azhar ditahan selama 895 hari.
Semalam Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar selepas mereka didapati bersalah terhadap tuduhan membunuh Altantuya Shaariibuu.
Kedua-dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu didapati bersalah membunuh wanita muda Mongolia itu, 28, di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat Shah Alam antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.
Sebelum ini, mereka dibicarakan bersama-sama pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia (MSRC), Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, yang dituduh bersubahat membunuh Altantuya.
Bagaimanapun pada 31 Oktober lalu, penganalisis politik itu dilepaskan dan dibebaskan tanpa perlu membela diri setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam pertuduhan bersubahat.


KOMEN:-

  1. hasan gombakApr 10th, 2009 at 4:13 pm
    Org2 spt musa safri, razak naginda dan najib razak..
    jgn igt kamu senang2 boleh lepas oleh krana kamu mempunyai kuasa dn pgkt..
    Bila pakatan rakyat memerintah nnt, kamu akn diadili dn diheret semula ke mahkamah,
    klu xsempat di mahkamah dunia, jwb d mhkamah akhirat!!!
    ProPKR Reply:
    Tak lama lagi Razak Baginda akan pulang ke tanah air dengan gelaran “DR”. Kan dia sedang buat PhD in England? Manalah tahu Najib akan lantik dia jadi menteri nanti.
    JUSTICE Reply:
    Dr Razak Baginda – Menteri Hal-Ehwal Mongolia.
    Slash Reply:
    DSNTR dan istrinya DRM akan mati di tali gantung juga akhirnya.. tunggulah masanya..
    megat Reply:
    aminnn…..
    Pro yang adil Reply:
    Macamana kedua-dua polis ni jumpa si Altantuya tu?? Dah jumpa lepas tu di bom….Altantuya tu bukan calang-calang orang…dengar cerita ada kena mengena pulak dengan Razak Baginda dan PM Najib…Apa motif nya??..Korang ingat polis Malaysia ni kejam macam tu ke???….Kalau lah memang kejam atau mereka dah rogol Altantuya tu, aku tak heran lah mangsa boleh kena bom macam tu….dan aku tak heran lah mereka di kena hukuman mati…Tapi aku rasa mesti ada motif lain…kalau mereka tak di bagi habuan jutaan ringgit atau kesenangan hingga 7 keturunan, aku rasa mereka tak sanggup buat kerja bodoh dan zalim tu…dasyat betul polis kita ni ya….Sekarang mahkamah dah jatuhkan hukuman mati kepada mereka…so terbuktilah mereka bersalah. Kepada yang rasa diri mereka terlibat tapi terlepas dalam kes ini, ingatlah hukuman akhirat lagi azab seksanya…WALLAHUALAM
    Pengajaran,
    Kepada polis-polis lain ambil lah iktibar dari kejadian ini. Hati-hatilah jalankan kerja dan tanggungjawab. Walaupun 1 calit sahaja di bahu anda tapi anda berkuasa…gunakan kuasa tu dengan seadil-adil nya. Sebelum buat tindakan yang kejam…ingatlah anda ada keluarga, begitulah juga orang lain pun ada anak dan isteri serta keluarga yang mereka sayang.
    kapt(B) Reply:
    mana kau orang tahu mereka ni akan mati kita ada undang2 perlindungan pa kata orang putih WITNESS PROTECTION PROGRAMME cam tu le dan ni dalah sandiwara
    pakMalau Reply:
    KALAU SEMUA TAK BUNUH……MUNKIN ANTANTUYA BUNUH DIRISENDIRI KUT????
    fatihn Reply:
    btul…………………
    apa salah altanyuya yang kowang bunuh dye ngan kejam………………
  2. 2captApr 10th, 2009 at 4:17 pm
    mudah sunggung undang2 malaysia.. kepala kejahatan terlepas.. kambing hitam jadi mangsa…
    Kurang cerdik tapi Bengngap Reply:
    Kepada saudara Azilah & Sirul Azhar ianya menjadi pengajaran yang bermakna kepada saudara.
    Dalam Islam pun kita diwajibkan mentaati arahan kedua ibubapa selagi tidak melanggari hukum syarak.
    Renung-renungkan lah…
    putree Reply:
    betul tu tidak ada ketaatan dalam kemungkaran!
    storm62 Reply:
    wei mana KJ & pemuda2 umno? apa pasal tak buat demo kat pintu mahkamah sebab ada 2 ekor kambing hitam yg akan dihukum gantung sampai mati la…bukan kah umno selalu berjanji mempertahankan kepentingan Melayu? bukankah 2 ekor kambing ini anak Melayu? apatah lagi berkhidmat untuk kerajaan. cakap tak serupa bikin!
    Rakyat yakin Reply:
    orang kuat melakukan jenayah, orang bawah yang menanggung. Beratus-ratus juta ringgit wang rakyat masuk poket datuk-datuk, beratus-ratus kerani bawahan yang dibicara dan masuk ke penjara. Datak-datuk yang mendalang sentisa bebas dari pembicara di Malaysia. Lihatlah baru-baru ini, Kementerian Hal ewal pelajaran tinggi menyelewengkan kuasa menempa berpuluh-puluh bilik untuk wakil menghadiri Mesyuarat Agung Umno, siapa yang menanggu kesalahan? seorng pegawai kecil digantung jawatan! Itulah sebabnya Malaysia menjadi semakin hari semakin mundur. Lihatlah kes Balkis, Datuk Khir Toyo suami isteri and sekeluarga termasuk pembantu rumah belnja berjuta-juta ringgit wang rakyat melancung Disneyland di Jepun, USA! Apakah dia akan diheret ke mahkamah? Tidak! sebab di orang kuat di parti Binasa Negara. Kalaulah MACC nak ambil tindakan nanti, tentu MACC cekap cari berpuluh-puluh ekor kambing hitam seperti sdr Azilah dan Sirul Azhar nanti. Dulu kita lebih maju daripada Korea dan Taiwan, sekarang, Kita setakat bangga negara kita lebih maju daripada Indonesia. Kalau kita memberi perluang kepada Parti Binasa Negara diberi perluang 50 tahun lagi, Malaysia akan mencapai tahap kemajuaan yang lebih cemerlang daripada Somali!
  3. 3RazlanApr 10th, 2009 at 4:21 pm
    Adakah mereka berdua akan mati? Saya rasa mereka akan hidup sebagai orang lain. Nama lain. Kerja lain. Tempat lain. Orang pun tak kenal muka. Yang mati mungkin yg tgh tunggu hukuman mati. Maka, hasilnya, kes tutup kerana pembunuh (kununnya) dah dihukum. So, tutup fail. Tapi macam mana pun, fail akhirat lain. Yang bersalah tetap akan kena hukuman. Terlepas di dunia, di sana kena juga. Nak lari mana, kan…. “MANUSIA AKAN TETAP MATI SUATU HARI NANTI”.
    harubiru... Reply:
    setuju. saya juga sependapat dgn saudara. sebab itulah wajah mereka berdua tidak pernah tersiar di mana mana media
    ryuadam Reply:
    Xde sape2 ke yg boleyh dapatkan gambau sirul dan azilah ni…pastu tempekkan kat blog…. bagi satu Malaysia tahu……… Mesti ada jalan kan….
    dzeds2 Reply:
    saya dah lama agak akan jadi macam ni ….. dah banyak sangat berlaku kes2 dimasa lalu dalam hal nak selamatkan ‘nama baik si polan’ dan bagi menjaga hubungan diplomatik negaraku dengan ‘negara si mati’ maka memang ‘ada lah rasionale nya’ segala apa yang telah berlaku ini …… semuanya berjalan lancar mengikut skrip …….. samalah macam kes perbicaraan DSAI dulu pak polis pikul tilam dan pak hakim hanya baca skrip saja, banyak contoh lain lagi kalau nak sebut selain kisah tak masuk akal seperti peristiwa Sauk dulu ….kes2 pembunuhan berprofail tinggi yang mana dikaitkan dengan orang kenamaan, orang politik, jalan kes mahkamah serta keputusan semua nya sudah dirancang ….. yang pasti ‘si polan2′ berkenaan dapat makan kenyang dan tidur nyenyak …… dan yang si kerdil rakyat biasa akan jadi mangsa pembuhunan kejam, mangsa kes rogol bersiri, mangsa kena sumbat masuk ISA, mangsa itu dan mangsa ini. Kesan sampingannya pulak maka dapatlah pak2 penerbit akhbar dan majalah makan lebih sikit kerana menyiarkan berita2 dan gambar2 sensasi. Begitulah adanya dalam negaraku yang tercinta ini dimana rakyatnya tak habis habis kena tipu dari dulu, kini dan selama lamanya ………
    trangkus Reply:
    ape nak heran polis berada dalam jagaan KDN, pendakwa raya, hakim, dan makamah pun dalam jagaan KDN, saksi pendakwa pun dari orang yang di jaga KDN, dan KDN tu di jaga pula oleh JPM, dan dalam KDN yang di jaga oleh JPM tu ada JPN korang tentu tahu kan apa JPN tu. kalau orang yang dah mati 20 tahun lalu boleh di hidup kan balik oleh JPN bila time pilihan raya apatah lagi orang yang belum mati tapi orang lain tak kenal idintity, sekarang kita dok tengok dua orang berjalan naik turun mahkamah dengan muka tertutup betul ke tu mangkok ayun yang bom atantuya, tah mana punya mat bangla atau mat indon kita pn tak tahu. tah sekarang ni depa dok baik punya layan minah mat saleh kat us ke kat nz ke tak pn dekat sikit indon, sapa tahu?
    senag cita kes ini hanya lakonan saja bagi melengkap kan agenda propaganda politik orang yang tamak,
    INGAT LAH WAHAI INSAN ALLAH SENTIASA MELIHAT APA YANG SEDANG ENGKAU LAKU KAN,
    Tokku Reply:
    Tulah kena kembalikan badan kehakiman kelandasan yg betul.Agensi keselamatan hendaklah diamanahkan kpd badan kehakiman ..nak betul tu kenalah tukar kerajaan dulu..nak tukar kerajaan bukan senang..perlu pengorbanan..ketahanan..dan kena set goal yg betul..kecederaan..kelemahan..kerjasama..letak tepi dan anggap tu sebagai selingan saja..tapi matlamat goal..ke putra jaya.Ni belom pa.pa. lagi tersangkut tengah jalan..dah x nampak goal..kalau begitulah sampai bila semua org akan bercakap ketidakadilan tapi pihak tertentu tersenyum megah…fikirkanlah

Lagi Komen Di SINI

Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List