Ribut Washi Serang Filipina

on Dec 18, 2011


Angka kematian akibat ribut tropika Washi melonjak kepada 440 orang semalam dengan hampir 500 orang hilang dalam banjir kilat yang memusnahkan selatan Filipina, kata beberapa pegawai.

Gambar: ANGGOTA polis dan penyelamat mengumpul mayat dari kawasan yang terjejas akibat banjir lumpur selepas ribut Washi melanda bandar Cagayan de Oro, Filipina semalam. 
Jurucakap tentera wilayah, Kolonel Leopoldo Galon memberitahu pemberita sebanyak 97 mayat ditemui di sebuah pelabuhan utama di Pulau Mindanao, Cagayan de Oro manakala 75 lagi ditemui di pelabuhan selatan berdekatan bandar Iligan yang merupakan antara kawasan berlakunya banyak kematian.

Katanya, seramai 375 orang dilaporkan hilang di dua kawasan tersebut.

Galon berkata, tentera menggunakan trak, bot dan helikopter untuk menyelamatkan sekurang-kurangnya 2,000 penduduk Cagayan de Oro.

Dalam perkembangan lain, seorang lagi pegawai tentera, Leftenan Kolonel Randolph Cabangbang berkata, seramai 15 orang yang dihanyutkan ke laut di Iligan berjaya diselamatkan.

Ribut Washi yang melanda pantai timur Mindanao kelmarin turut menyebabkan tanah runtuh yang mengorbankan lima orang manakala tiga lagi lemas di bandar Polanco, selatan Filipina.

Jabatan kaji cuaca negeri melaporkan, ribut tersebut diramalkan bergerak ke Pulau Palawan, barat Filipina selepas ia menyeberangi Laut Sulu dengan tipuan angin selaju 75 kilometer sejam. - AFP 













Photobucket

Kesetiaan saya dengan PAS masih kukuh, kata Nasharudin Mat Isa

on



KUALA LUMPUR, 18 Dis — Bekas timbalan presiden Nasharudin Mat Isa yang dikaitkan dengan desas-desus akan digugurkan sebagai calon pilihan raya umum ke-13 dan kemungkinan keluar PAS menegaskan, beliau masih percaya dan setia dengan parti Islam itu.

“Kepercayaan dan kesetiaan saya kukuh terhadap PAS,” kata beliau dalam temu bual dengan Berita Minggu disiarkan hari ini.

Menjawab soalan sama ada akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13, Ahli Palimen Bachok ini berkata, beliau masih belum membuat keputusan sama ada secara peribadi mahupun “diarah pimpinan parti.”

Kata Nasharudin, beliau juga tidak memikirkan dengan serius hal tersebut sebab ada banyak perkara yang perlu dibereskan.

“Saya balik kawasan di Bachok dan uruskan masalah rakyat macam biasa. Saya akan tentukan bertanding atau tidak apabila tiba masa,” katanya lagi.

Nasharudin bersama Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali disebut-sebut akan digugurkan daripada mempertahankan kerusi masing-masing.

Hasan merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Gombak Setia.

Minggu lalu, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali menganggap Hasan dan Nasharudin sudah terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan PAS.

Mustafa berkata, Hasan yang merupakan bekas pesuruhjaya PAS Selangor dan Nasaharudin bertindak tidak wajar sebagai pimpinan parti.
Nasharudin dalam kenyataan kepada Berita Harian minggu lalu ada menyebut beliau berasa pelik dengan politik semasa PAS.

Mustafa juga berkata Nasharudin tidak pernah datang ke mesyuarat PAS sejak muktamar lalu walaupun dilantik sebagai ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat dan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS.

Hasan pula hanya sesekali sahaja datang ke mesyuarat PAS Pusat tetapi tidak pernah menghadiri mesyuarat PAS negeri selepas dilantik semula sebagai ahli perhubungan.

Dalam temu bual terbaru ini, Nasharudin menambah, PAS sebagai organisasi Islam telah dan harus konsisten dengan wajah Islam.
Katanya, jangan sampai pegangan berpandukan al-Quran dan hadis yang menjadi tunjang dipinggirkan kerana terlalu sibuk layan matlamat dan permasalahan.

“Politik banyak diwarnai persepsi dan ini perlu ditangani dengan teliti.

“Tanggapan di luar ialah PAS nampak longgar dalam beberapa perkara, ini bahaya,” katanya yang tewas dalam pemilihan parti Jun lalu.
Kata Nasharudin, PAS mesti kembali berpegang kepada prinsip asal dan jangan semata-mata hendak raikan suasana politik.

“Kita berpolitik lebih daripada berpegang kepada panduan syarak.
“Saya tak nak sebut mana-mana pihak atau individu secara spesifik tetapi jika kita sebut pada prinsip, keadaannya harus begitu,” kata beliau.

Menurut beliau, Islam agama fleksibel dalam banyak aspek termasuk politik, tetapi jangan sampai “kita menggadai apa yang perlu diberi keutamaan.”

“Kepentingan Islam dan umatnya harus berada di tangga teratas tanpa menafikan hak lain kerana kita dituntut berlaku adil,” katanya lagi.


Photobucket

It took one year for Muhyiddin to see the light

on


YOURSAY 'First you get insulted in public. Then he says to you quietly - after rubbing it in for a year - that he withdraws.'

Interlok withdrawn from secondary school syllabus


Malaysian Born: The withdrawal of ‘Interlok' should have been done a long time ago, there was no need for all the delay. It was clear as day to any literate, decent person with any breeding that the references in the book were unacceptable.

Once the issue was brought up, it should have been dealt with immediately by removing the book from the curriculum.

There is nothing wrong with the book being available as literature in libraries but for it to be part of the official school curriculum, it meant that the government was in agreement with the sentiments expressed in the book.

So much goodwill and credibility was lost by this controversy. I don't think anyone is impressed at this point, but I feel that one must always be appreciative of any correct and righteous decisions made by the government.

James1067: Why then the big fuss in the beginning - to show your power that you can shove anything down into the people's throat, and they have to accept it even if it's rubbish?

Suddenly because the elections are around the corner, the government decided to throw some crumbs to the Indians after having humiliated them.

People are not fools, the damage has been done. You have already humiliated them enough and if the Indians support you, they are indeed fools.

Proarte: This a case of too little too late. All the more reason for Indians to punish Umno and BN. To allow a racist piece of literary garbage to be passed off as 'great Malay literature' is an unforgivable insult to Indians.

It is also a scathing indictment of the Malay standards of achievement in the literary field. Yet there were many Malay organisations up in arms over the Indian protest against ‘Interlok', a novel which portrayed Indians in a deliberately insulting manner.

The PKR de facto leader showed his true colours when he referred to ‘Interlok' as 'a good novel with no racism in it', such is his opportunism, duplicity and moral cowardice.

But do not expect Anwar Ibrahim to protest over the withdrawal of this 'Malay literary classic' as he will now contradict himself and probably say it is not a suitable novel for plural Malaysia.

David Dass: This was the only sensible solution. There are some who want to condition the non-Malays to accept a subordinate status and who want the Malays to resent the non-Malays by depicting a past that is part caricature and part myth.

It is possible that some of all races are wicked people. But it is wrong to extrapolate from the actions of some the character of all.

All should respect the constitution. The constitution says all are equal. And that should end this eternal and debilitating debate on who is entitled to more than the other because of some imaginary social contract concocted and conjured up by some demented leaders.

The poor and disenfranchised deserve help. Give it to them, regardless of race.

The minority Indians along with the Orang Asli and the natives of Sabah and Sarawak have been excluded for so long by race-based policies and by racist practices that they are no longer able to help themselves. Many are driven to crime and other self-destructive practices.

Anonymous_4182: Teaching our school children, the future leaders of Malaysia, the truth and nothing but the truth on history of this country appears to be so sensitive to politicians.

These young minds are going to grow up to find out they have been duped by irresponsible politicians who care not for real knowledge, but been fed fabled tales on the history of their country.

I Want A Peaceful Malaysia: First you get insulted in public. Then he says to you quietly - after rubbing it in for a year - that he withdraws. Now you run around to say you are grateful. How ridiculous!

Grateful for what?

Perkasa: Interlok withdrawal shows gov't is 'weak'

Onyourtoes: Perkasa, I think no party deserved to be labeled ‘pariah' even if it need your votes. Similarly no one wants a strong government if the strength is then used to officially sanction a school textbook which stereotyped others as ‘pariah' or ‘money lover'.

You think you are more deserving than others, but have you ever looked at yourselves - your contributions, your expertise and the taxes you have paid. You know the word ‘pariah' has a very profound meaning. One should always be wary whether or not he/she is one.

Shanandoah: Perkasa secretary-general Syed Hasan Syed Ali, for once you are right in saying that the government is weak. It has always been that way only that the Malays didn't realise it.

Look at all the draconian laws they make to stay on in power. Interlok is not the issue, stupidity is.

David Dass: "The minority has become big headed," said Syed Hasan. "The dignity of a Malay writer has been insulted."
The issue is not the book. Anyone can choose to read the book if he pleases. The issue is making the book compulsory material for all students.

Syed Hasan also said it was not the author who insulted the Indians as caste was not invented by him. That again is not the issue. Caste is a historical fact and it exists even today.

However, the term 'pariah' has acquired a derogatory meaning and is not used in polite company. Gandhi used the term 'Harijan' which means child of God.

And the term used officially today is ‘dalit'. The dalit is a scheduled caste in India entitled in the same way as the bumiputera is to special rights and privileges.

Ben Hor: I guess Perkasa is indeed right for once. It is all a ploy - the government has already planned to withdraw Interlok but what better way to do it than by asking MIC chief G Palanivel to flex his muscles to show that he still ‘cares' for the Indians. Spot on Perkasa, spot on.

Simpang 4: Perkasa always makes stupid comments to stay in the limelight. But for once, I agree with their suggestion to vote BN out. - Malaysiakini



Photobucket

Blogger Pro UMNO Melalak Dan Melolong

on




 Blog-blog pro-umno sudah mula melalak dan melolong, memaki-hamun (biasalah bagi puak umno). 
 
Pastinya, akan menjadi berita muka depan Utusan Melyo dan akan diulang-tayang berdozen kali oleh TV3 Suku. Tengoklah dalam sehari dua ni, kerana mereka telah ketiadaan isu untuk menutup pelbagai isu seperti Felda, Lembu Laki Shahrizat dan lain-lain. 
 
Petikan di bawah ini adalah antara blog pencacai umno yang mula memainkan isu 'turun gambar presiden' hingga sanggup memaki-hamun pemimpin mereka sendiri (Dato' Saifuddin Abdullah - Timbalan Menteri Pengajian Tinggi). Tak perlulah disebut atau disediakan pautan ke blog pencacai berkenaan... ------------------------------
 
 ----------------------------- BENDERA yang memaparkan gambar Presiden UMNO dan Perdana Menteri Najib Razak diturunkan. 
 
Satu tindakan paling biadap dan kurang ajar dilakukan oleh palajar-pelajar yang menggelarkan diri mereka BEBAS. Apa ahli UMNO dan orang UMNO buat?Presiden mereka dihina sedemikan rupa?
 
Bacul sangatkah hingga biarkan sahaja bendera yang menjadi lambang institusi KePresidenan parti iini dibiarkan dipijak maruahnya oleh anak-anak haram ini. Di mana kejantanan Pemuda UMNO Malaysia?Pelajar yang biadap,kurang ajar boleh menceroboh masuk di Aras 4 Bangunan UMNO takkan mahU dibiarkan begitu sahaja?
 
Dasar pelajar bangsat ini sebegini bukan boleh dibiarkan dan apa kena mengena AUKU dengan UMNO?Jelas mereka ini adalah pelajar yang tidak mengenang budi dan tidak patut dibiarkan hidup. Mana suara Timbalan Presiden,Naib-Naib Presiden,Ketua Wanita,Ketua Pemuda,Ketua Puteri?
 
Baculkah semuanya? Tidak cukup menurunkan bendera yang berlatarbelakangkan gambar PM Najib, puak-puak bangsat ini melaungkan supaya Najib letak jawatan.Ini tidak semudah mereka lakukan kalau tidak ada dalangnya. 
 
Haramjadah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ini yang dilihat seperti bersekongkoi dengan anak-anak bangsat ini.Terrsenyum bagaikan pemimpin yang paling celaka yang pernah UMNO lahirkan. 
 
Presidennya dihina sedemikan rupa tapi beliau boleh tersenyum macam sial menerima memorandum anak-anak haram ini. Presiden dihina tapi Saifuddin boleh senyum... 
 
Kenapa Saifuddin jadi bangsat seperti pelajar-pelajar bangsat ini?Siapa yang bagi mereka jalan ataupun buka pintu untuk masuk ke dalam rumah UMNO dan menghina sedemikan rupa?Saifuddinkah talibarutnya? 
 
Kita cabar kepimpinan UMNO di semua peringkat.Kalau tidak ada tindakan,mereka semua tidak layak untuk jadi pemimpin UMNO dan menjaga maruah UMNO.Dan kepada Saifuddin,jelaslah kamu pun sama bangsatnya dengan pelajar-pelajar itu.
 
 
 
Kiriman : Tok Batin Deris, Pahang.



sumber
Photobucket

Polis Akan Tangkap Facebooker's Kutuk UMNO...?

on




Memetik penulisan dari blog addin, diberitahu bermula Jan 2012, polis akan berkerjasama dengan facebook bagi menahan mana2 individu [facebookers] dari malaysia yang mengutuk umno dan kerajaan secara keterlaluan. Selain dari itu, polis juga akan bertindak terhadap mereka yang salahgunakan page dan group tertentu. 

Yang neh aku tak berapa faham konsep dia. Apa maksud polis nak tahan seme facebookers malaysia yang kutuk umno? Dan apa pula maksud polis nak tahan orang yang create page / group yang menyebarkan dakyah pembangkang? 

Tidak kah polis sedar betapa ramai gile orang yang kutuk umno di alam maya neh? Ia bukan golongan minoriti tetapi majoriti. Maksudnya disini bilangan orang yang menggunakan medium online untuk memaki hamun umno dan kerajaan adalah bilangan ter-ramai, terbesar dan terbanyak. Ia ada di mana2 pages, blogs, forum dan twitter.

Menahan mereka adalah satu kerja yang bodoh. Menahan penjenayah okey. Menahan orang yang anti umno not okey. Orang yang anti umno ialah orang yang berpolitik. Sejak bila politik itu menjadi satu kesalahan pula? Dan sampai bila polis harus letakkan usaha melampau2 dalam menjaga karier politik umno? Apa benda pun kena ada limit. 

Polis sudah sepatutnya sedar limit mereka mempertahankan umno pada masa neh harus berakhir. Disebabkan polis tidak nampak batasan mereka, maka pdrm dicaci maki hingga mengheret masyarakat hilang respect pada pdrm itu sendiri. Bukan suka2 masyarakat nak hilang respect. Ia hadir dengan bersebab. Sebab itu polis sendiri yang timbulkan. 

Nama polis itu membawa maksud police = menjaga / mengawasi.. dan bidang kuasa polis ialah menjaga keselamatan rakyat. Tetapi apa yang polis malaysia buat ialah mereka menjaga keselamatan rakyat = pemimpin yang tertentu sahaja. Hanya pemimpin, rakyat yang polis sudi jaga. Rakyat biasa macam kita, polis tak hingin pandang dan kesah pun. 

Dah kalau polis sendiri memilih hanya menjaga individu tertentu, macam mana nak paksa rakyat respect pula? Apatah lagi yang dilindungi itu adalah orang yang bersalah. Lagi lah makin tak direspect. 

Tetapi berita yang dipetik dari blog addin neh masih bersifat spekulasi dan belum lagi ada berita sahih mengenainya. Boleh jadi benda neh betul, boleh jadi benda neh salah. Andai ia bertujuan menakutkan rakyat, maka aku fikir jalan neh tidak berkesan ke atas tegar pr melainkan kepada mereka yang baru berjinak2 dalam politik dan cenderung kepada pr.

Untuk rekod hanya facebookers yang menghina kerajaan dan bn sahaja yang akan diambil tindakan dan bukan nya perkara sebaliknya andai ia dikuatkuasakan pada Jan 2012 kelak.

Ameno : Muat ka penjara tue?


sumber


Photobucket

Mr Don Pernah Minta Bantuan Bank Dunia...?

on Dec 17, 2011

Dr M didakwa pernah minta bantuan Bank Dunia


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat dakwaan mengejutkan terhadap 'bekas mentornya' Dr Mahathir Mohamad bahawa bekas perdana menteri itu ada menulis kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan 1999.

Dalam usaha membuang gelaran "agen AS" terhadapnya, Anwar (bawah) berkata, pada tahun 1993, beliau juga pernah menulis kepada Bank Dunia atas kapasitinya sebagai menteri kewangan ketika itu untuk menolak bantuan kewangan.
NONEKatanya, walaupun beliau mempengerusikan jawatankuasa pembangunan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia, beliau berpendapat Malaysia tidak memerlukan dana itu.

Bagaimanapun, dakwanya lagi, pada 1999, Mahathir menulis kembali kepada presiden Bank Dunia dan merayu untuk dana dan pinjaman.

Beliau mendedahkan perkara itu ketika menyampaikan ucap utama dalam dalam majlis makan malam membincangkan Program Tranformasi Ekonomi (ETP) malam tadi yang antaranya turut dihadiri wakil kedutaan asing.



malaysiakini

sumber
Photobucket

Melayu Akan Tolak Calon MIC Di PRU-13

on


Perkasa: Melayu akan tolak calon MIC di PRU-13 bantah Kabinet gugur Interlok






KUALA LUMPUR, 17 Dis — Pertubuhan pembela hak orang Melayu, Perkasa hari ini memberi amaran pengundi Melayu tidak akan memberi sokongan kepada wakil MIC, komponen Barisan Nasional (BN), dalam pilihan raya umum ke-13 susulan keputusan Putrajaya menarik balik novel “Interlok” sebagai teks sastera.
Selain itu, dakwa Perkasa, pihaknya juga yakin bahawa akan ada calon-calon Bebas bakal bertanding di kawasan-kawasan ditandingi wakil MIC atas alasan telah menghina penulisnya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain.
Perkasa pernah mengumumkan pendirian yang sama ke atas wakil-wakil MCA, satu lagi komponen BN, sebelum ini dalam isu yang lain menyinggung kaum Melayu dan Bumiputera.
“Perkasa yakin pengundi Melayu tidak akan memberi undi kepada calon-calon MIC atau calon-calon India yang anti-Melayu dan mungkin ada calon Bebas yang akan bertanding di kawasan calon MIC bertanding di mana pengundi Melayu lebih 50 peratus,” kata Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali(picture) dalam satu kenyataan.
Syed Hassan menambah, kumpulan pendesak hak orang Melayu itu amat kecewa dan kesal dengan keputusan kerajaan menarik balik novel kontroversi itu sebagai buku teks sastera.
“Kerajaan terlalu lemah dan gagal mempertahankan tekanan daripada golongan minoriti yang besar kepala.
“Perkasa sangat marah dan kesal atas pengumuman yang dibuat oleh Presiden MIC bahawa novel ‘Interlok’ digugurkan dari silibus,” kata beliau lagi.
Katanya, Perkasa sedar keputusan itu adalah kehendak MIC demi menagih undi kaum India menghadapi pilihan raya umum ke-13.
“Ini sangat biadap. Kerana undi kaum India, maruah penulis Melayu terhina.
Semalam, dua pemimpin kanan MIC mengumumkan bahawa kerajaan telah memutuskan untuk tidak lagi menggunakan novel “Interlok” yang menjadi buku teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Melayu untuk pelajar tingkatan lima mulai tahun depan.
Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, perkara itu telah diputuskan oleh kerajaan pada mesyuarat Kabinet baru-baru ini dan berharap akan diumumkan secara rasmi oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam tempoh terdekat.
Beliau berharap penarikan balik novel karya Abdullah itu dapat diterima oleh semua pihak dan sekaligus menamatkan kontroversi yang ditimbulkan sebelum ini.
“Menteri Pelajaran telah bersetuju tidak akan menggunakan buku ini mulai tahun hadapan dan saya minta pengumuman rasmi mengenainya dapat dibuat dalam tempoh terdekat agar tiada lagi pertikaian dibangkitkan oleh mana-mana pihak,” katanya di Air Keroh, Melaka.
Novel itu sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana mengandungi beberapa perkataan yang dianggap menghina masyarakat India namun telah ditarik balik dan perkataan berkenaan telah dipinda hasil cadangan sebuah badan bebas yang ditubuhkan oleh kerajaan.
Perkara yang sama diumumkan oleh Presiden MIC Datuk G. Palanivel di Kulim, Kedah.
Syed Hassan berkata, apa yang tertera dalam novel tersebut, yang menjadi bahan kontroversi sejak awal tahun ini, adalah fakta.
“Bukan niat menghina. Yang menghina adalah mereka yang berada di kasta atas, ke atas kasta bawah yang dipanggil paria. Bukan penulis Melayu itu.
“Dan ia masih berlaku dalam masyarakat India di tanah besar India sendiri. Filem-filem mereka yang terbaru masih banyak menceritakan kisah kasta-kasta kaum India. Perkasa membantah keputusan ini. Minoriti sudah besar kepala,” katanya lagi.




Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List