Kekalahan BN bukan perkara pelik

on Jun 22, 2012

 

Sesudah lima puluh empat tahun berkuasa dan bermaharajalela, UMNO Baru akan sampai ke penghujungnya dan sudah terlalu banyak dalil dan tanda-tanda yang menunjukkan ia akan berlaku. Tidak payah disebut dan diulangi kali ini kerana kenyataan itu sudah dirasai oleh ramai rakyat dan ia dirasakan di dalam naluri mereka yang memerhati keadaan ini.
Ia tidak usah disedihkan kerana ia perlu berlaku bagi menjauhkan negara daripada terjerumus ke lembah kerosakan kepada budaya politik negara kita yang kita sayangi ini. Parti Liberal Demokrat Jepun (LDP) telah tumbang setelah memerintah negara matahari terbit itu selama lima puluh tahun.
LDP merupakan parti yang telah berjasa kepada negara Jepun. LDPlah yang telah membangunkan Jepun dengan begitu pantas setelah negara itu mengalami kekalahan yang menghinakan dalam peperangan dunia ke-2 dahulu. Negara Jepun yang telah hancur lebur hasil dari ledakan bom atom di Hiroshima yang menjadi penyebab kepada kekalahan Jepun itu, telah dibangunkan kembali oleh LDP sehinggakan Jepun menjadi kuasa ekonomi yang besar di dunia ini.
Jasa LDP kepada negaranya begitu ‘quantifiable’ kerana dalam tempoh lima dekad dalam pentadbiran dan pemerintahan parti LDP itu, Jepun telah menebus kekalahan yang dialaminya yang begitu hina, menjadi sebuah negara yang tidak boleh ditinggalkan dalam segala urusan antarabangsa, khususnya dalam bidang ekonomi dan perdagangan antarabangsa. Keributan kecil di Jepun boleh menjejaskan keadaan ekonomi dan seterusnya politik dunia, lebih-lebih lagi rantau Asia ini.
Pemimpin LDP tahu dan faham apa yang mereka lakukan dan mereka tidak melakukan sesuatu tindakan itu berdasarkan kepada politik kepartian semata-mata. Jepun khususnya pimpinan LDP membangunkan negara bukan kerana diasaskan kepada kepentingan kepartian LDP semata-mata tetapi berdasarkan kepada matlamat yang ‘ultimate’ bagi rakyat dan negara iaitu untuk mencapai pembangunan negara (nation building) dalam erti kata yang sebenarnya.
Negara Jepun setelah mengalami kekalahan peperangan dunia kedua tidak menunggu lama untuk memperbaiki keruntuhan hasil dari peperangan itu. Jepun terus sahaja membangunkan industri negaranya dengan memilih ‘formula’ dan pendekatan yang radikal dan prakmatik.
Yang pertama dilakukan oleh Jepun ialah untuk membangunkan industri ‘precision’nya dengan disampingi oleh ‘R&D’ nya kerana mereka tahu yang cara untuk menyaingi pembangunan negara-negara lain yang sedang membangun dengan pesatnya ialah dengan mencapai ‘perfection’ yang tinggi. Jepun tahu yang cara untuk mencapai ‘competitiveness’ yang tinggi ialah untuk membina industri kepada produk-produk yang mampu di‘export’ dan mudah diterima oleh pasaran antarabangsa.
Jepun di bawah pimpinan LDP sedar bahawa negara itu tidak mempunyai kekuatan ‘export’ untuk apa-apa komoditi kerana Jepun merupakan negara secara ‘geographic’nya merupakan negara yang tidak mempunyai keluasan untuk kediaman yang besar. Jepun hanya  mempunyai satu pertiga  kawasan negaranya yang boleh didiami oleh manusia dan negara itu tidak  mempunyai hasil bumi yang besar seperti di negara kita ini.
Mahu tidak mahu Jepun terpaksa menumpukan usahanya untuk pembangunan industri sahaja semasa itu. Pembangunan industri ‘precision’ itu telah membantu pembangunan industri yang lain kerana kos pengeluaran barangannya menjadi rendah kerana kos yang dibelanjakan terhadap ‘capital goods’ dalam sesuatu  pengeluaran itu menjadi rendah. Ini ialah kerana mesin-mesin untuk mengilang itu dikeluarkan oleh negara Jepun sendiri hasil dari ‘R&D’nya yang berjaya itu.
Di sebaliknya, di negara kita sampai ke hari ini kita belum pun lagi mempunyai industri Malaysia itu sendiri. Malaysia belum lagi mempunyai barangan industri kita sendiri untuk di‘export’ atau menjadi kegunaan masyarakat antarabangsa. Kesemua industri yang ada di negara kita hanyalah merupakan industri ‘footloose’ yang boleh dipindah dan dianjak kemana-mana oleh pengilang-pengilang antarabangsa yang ada disini.
Malahan banyak di antara kilang-kilang gergasi kepunyaan negara lain yang beroperasi di negara kita telah memindahkan operasinya di negara-negara jiran kita seperti Thailand dan Vietnam.
Begitulah besarnya jasa LDP kepada negara Jepun tetapi setelah memerintah selama lima dekad rakyat menolak parti itu kerana kepentingan negara dan rakyat. LDP telah melakukan kesilapan demi kesilapan kerana mereka (LDP) telah mengambil segala-galanya ‘for granted’ kerana telah terlalu biasa dengan kuasa yang rakyat mandatkan.
Rakyatnya mementingkan kepentingan negara sebagai perkara yang utama. LDP sudah mula diselaputi oleh kegiatan rasuah dan salahguna kuasa dan kadar rasuahnya tidaklah sebesar apa yang berlaku di negara kita. Itu pun rakyat Jepun menolaknya setelah berjasa kepada Jepun selama lima puluh tahun.
Itulah sebabnya jika UMNO Baru mengungkit-ngungkit apa yang mereka telah lakukan terhadap rakyat dan meminta rakyat mengenang jasanya untuk meneruskan kuasa itu, ia merupakan satu penganiayaan kepada negara sendiri. UMNO Baru mahukan rakyat mengenagkan jasa-jasa lama dan melupakan sahaja isu rasuah yang berluas-luasa yang mereka lakukan. Bagi UMNO Baru ‘aku boleh rasuah kerana aku telah lama berjasa’ itu merupakan budaya dan pemikiran yang amat hina terhadap rakyat.
UMNO Baru telah mengungkit sampai ke perkara yang kecil dan di kampung saya suatu ketika dahulu pemimpin UMNO Baru mengungkitkan bantuan gigi palsu sebagai cara untuk menyambung sokongan terhadap mereka (UMNO) Baru.
Kita perlu mengambil contoh yang baik seperti contoh yang dilakukan oleh rakyat Jepun. Mereka (rakyat Jepun) mengutamakan nasib dan masa depan negara. Mereka tidak termakan dengan cerita jasa lama dan membiarkan negara mereka dipunah-ranahkan oleh pemimpin-pemimpi parti yang telah berjasa lebih besar kepada rakyatnya dari jasa UMNO Baru kepada rakyat Malaysia.
Kita juga elok mengkaji apa yang berlaku kepada Parti Kongress India yang telah ditumbangkan oleh rakyat negara India setelah hampir lima dekad berjasa kepada negara demokrasi terbesar di Asia itu. Semuanya mengambil giliran untuk turun apabila masanya tiba.
Begitu juga Parti Golka dari Indonesia. Ini semuanya merupakan contoh-contoh yang hampir dengan kita yang sejarahnya masih baru dan muda. Kita  tidak payah membaca tentang sejarah lama seperti kejatuhan Empire Roman dan sebagainya.
Apa yang berlaku di sekeliling kita sudah memadai untuk dijadikan contoh dan teladan.

ASPAN ALIAS

 

Impian Musnah

on

 

 IMPIAN MUSNAH! Barangkali itulah perkataan yang paling sesuai ditujukan kepada sebahagian besar rakyat Malaysia yang masih menaruh harapan untuk melihat debat terbuka antara Najib Tun Razak dan Anwar Ibrahim menjadi kenyataan. Hakikatnya, debat itu tidak akan menjadi realiti sama-sekali.

Tidak setakat itu saja, malahan debat-debat lain yang melibatkan pemimpin UMNO juga tidak akan muncul lagi selepas ini.

Debat yang berlangsung pada 19 Julai lalu antara Ahli MT UMNO, Saifuddin Abdullah dengan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub juga adalah merupakan debat terakhir yang melibatkan pemimpin UMNO, sekurang-kurangnya di era UMNO berpresidenkan Najib.

Selepas ini, pemimpin UMNO dilarang sama-sekali berdebat dengan pemimpin pembangkang.

Ini berikutan UMNO difahamkan telah mengambil langkah mengharamkan para pemimpinnya daripada berdebat dengan para pemimpin pembangkang atas apa juga isu atau topik.

Sebelum Saifuddin berdebat dengan Salahuddin atas tajuk demonstrasi jalanan, Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO juga telah berdebat dengan Pengerusi Bersama Bersih, S Ambiga dan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli berkenaan tajuk piliharaya yang bersih dan tabung pendidikan TPTN.

Khairy dan Rafizi juga pernah berdebat di London di hadapan pelajar-pelajar Malaysia di sana.

Langkah terbaru mengharamkan debat kepada pemimpin UMNO ini dipercayai atas inisiatif Menteri Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Rais Yatim berikutan respon daripada sebahagian pimpinan UMNO yang melihat debat yang telah berlangsung itu lebih banyak memberi kesan buruk kepada UMNO, lebih-lebih lagi kerana ianya disiarkan secara langsung melalui tv.

Ini berikutan ia dilihat telah memberi ruang kepada pihak pembangkang untuk berkempen dan membangkitkan pelbagai perkara mengenai UMNO dan kerajaan serta ditonton oleh jutaan orang.

Bagi UMNO pula, debat itu tidak memberi kesan yang banyak kepada rakyat kerana tanpa debat pun mereka masih boleh menyampaikan pelbagai perkara berikutaan penguasaan yang meluas terhadap media cetak dan elektronik.

Lebih dari itu, oleh kerana Najib sendiri kelihatan tidak berani berdebat walaupun berkali-kali dicabar oleh Anwar, sudah tentu langkah membiarkan pemimpin lain pula berdebat bagaikan suatu penghinaan dan perlekehan kepada Najib.

Atas asas-asas tersebutlah debat yang melibatkan pemimpin UMNO dengan pihak pembangkang dicadangkan untuk diharamkan.

Dalam hubungan ini, Rais difahamkan telah memaklumkan secara lisan kepada KJ dan Saifuddin, dua pemimpin UMNO yang masih ghairah dengan idea debat, agar tidak lagi menyahut atau terlibat dengan mana-mana debat dengan pembangkang selepas ini.

Dijangkakan Rais Yatim sendiri akan membentangkan langkah megharamkan debat ini dalam Mesyuarat MT UMNO yang akan diadakan pada Jumaat, 22 Jun ini agar ia menjadi peraturan rasmi yang mesti dipatuhi oleh semua pemimpin UMNO.

Langkah ke belakang yang dibawa Rais ini, walaupun mungkin mendapat sokongan ahli-ahli MT UMNO tetapi ianya pasti memberi kesan kepada undi yang bakal diperolehi oleh UMNO dan BN, khususnya daripada pengundi muda dalam pilihanraya umum akan datang ini.

Bagi generasi muda, langkah mengharamkan debat adalah bertentangan dengan prinsip kebebasan bersuara, keterbukaan, keberanian berhujah serta kepintaran bermain dengan hujah dan kata-kata dalam mempertahankan idealisme perjuangan.

Lebih dari itu, dalam usaha Malaysia menuju negara maju juga, langkah UMNO mengharamkan debat ini langsung tidak seiring dengan perjalanan sebuah negara yang sedang menuju kemajuan dan kematangan sebagaimana yang telah terpamer dalam budaya sebahagian besar negara-negara maju yang menghalalkan debat terbuka diadakan.

Di Amerika dan Britain misalnya, debat dalam pemilihan pucuk pimpinan kedua negara itu sudah menjadi budaya yang bukan saja ditunggu-tunggu oleh rakyatnya sebelum mereka membuang undi malahan menjadi perhatian seluruh dunia.

 http://shahbudindotcom.blogspot.com/

UMNO Boleh Berdemo Jika Pakatan kuasai Putrajaya

on Jun 20, 2012



Kesungguhan Pakatan Rakyat (PR) menyuburkan demokrasi dibuktikan apabila Umno akan dibenarkan berdemontrasi sekiranya Pakatan menawan Putrajaya dalam pilihan raya akan datang.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata pada masa itu Pakatan akan memberi ketetapan bahawa polis tidak akan memakai gas pemedih mata sekirannya perhimpunan Umno berjalan dengan aman.
“Sebagai rakyat dan pemimpin, PR akan menyuburkan demokrasi sebab apa yang penting, berikan demokrasi itu kepada rakyat. Ia istrumen penting yang kita rasakan Umno memang perlu pada waktu itu.
“Mungkin mereka pun pada waktu itu akan kerap buat demontrasi,” ujar beliau dalam program ‘Debat Sinar’ yang bertajuk ‘Demonstrasi Jalanan: Meruntuh Atau Mengukuh Demokrasi’ malam tadi.
Salahuddin, yang juga MP Kubang Kerian mewakili Pakatan, manakala Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah mewakili Umno-BN.
Salahuddin memberi jaminan bahawa pihak polis akan bertindak lebih profesional berbanding di dalam peristiwa himpunan BERSIH 3.0 pada April 28 lalu.
“Insyaallah pada masa itu kita akan berikan SOP (Piawaian Prosedur Operasi) yang profesional kepada Polis Diraja Malaysia, tidak ada gas, tidak ada belantan.
“Sejauh mana yang kita tahu, selagi demontrasi itu aman tidak bersenjata.
“Pada ketika itu Insyaallah kalau Datuk Saifuddin masa tu dah sertai PR dan jadi Menteri Dalam Negeri dia akan pastikan selagi mana ia aman dan tidak bersenjata,” katanya lagi dalam debat yang diadakan di Auditorium Kompleks Media Karangkraf di sini.
Salahuddin turut menjelaskan, Umno sendiri mula menerima demontrasi jalanan sebagai sebahagian dari demokrasi apabila parti itu kerap menganjurkan demontrasi terhadap Kerajaan Pakatan Pulau Pinang dan Selangor.
“Umno pun sekarang ini mungkin belajar nak jadi pembangkang, mula buat demontrasi,” ujar Salahuddin.



Photobucket

Bekas PM Mesir Enggan Akui Kalah

on

SEBILANGAN aktivis Mesir melaungkan slogan menentang pemerintahan tentera di hadapan pekarangan Bangunan Parlimen di Kaherah semalam. 

KAHERAH - Pilihan raya Presiden gagal meredakan kemelut politik Mesir apabila rakyat negara berkenaan bersiap sedia melancarkan bantahan besar-besaran di sini sejak semalam.Protes tersebut yang dianjurkan oleh pertubuhan Islam paling berpengaruh di Mesir, Ikhwanul Muslimin, bertujuan membantah tindakan pemerintah tentera mengekalkan kuasa pemerintahan di Mesir.

Pihak tentera sebelum ini berjanji akan menyerahkan kuasa kepada pemerintahan awam selepas pilihan raya Presiden Mesir pada 1 Julai depan. Terdahulu, terdapat kekalutan berhubung keputusan pusingan kedua pilihan raya Presiden Mesir yang berlangsung pada minggu lalu.

Ikhwanul Muslimin mendakwa calon mereka, Mohammed Mursi memenangi pilihan raya tersebut tetapi pesaingnya, Ahmed Shafiq yang merupakan bekas Perdana Menteri Mesir, enggan mengaku kalah.
Mendakwa tindakan Ikhwanul Muslimin itu tidak ubah seperti lanun, Syafiq sebaliknya menggesa orang ramai supaya menunggu keputusan rasmi pilihan raya berkenaan yang akan diumumkan esok.

"Kejayaan tersebut tak ubah seperti mencuri kerana diumumkan ketika keputusan rasmi belum diketahui," kata pengurus kempen politik Syafiq, Ahmed Sarhan. Dalam perkembangan berkaitan, media rasmi Mesir pula melaporkan bahawa keputusan awal mendapati Mursi berada di hadapan.

"Selepas pengiraan undi berakhir di semua 27 wilayah di Mesir, Mursi mendahului dengan 51 peratus undi. Sementara Shafiq memperoleh 49 peratus undi," lapor akhbar pemerintah Mesir, Al-Ahram di laman webnya. Jika keputusan rasmi memihak kepada Mursi, ini merupakan kali pertama negara paling ramai penduduk di dunia Arab itu ditadbir oleh sebuah parti Islam. - AFP



Photobucket

'DIKTATOR' Yang Bersembunyi Di Sebalik Pakaian 'DEMOKRASI'

on


Tun Dr Mahathir Mohamad telah mendedahkan segala-gala dari pemikirannya tentang demokrasi dan mengapa kerajaan Umno-BN dalam 22 tahun pemerintahannya sehingga kini dalam ucapannya semasa Konvokasi di Universiti Santo Tomas, Manila, pada 11 Jun lalu.

Kini rakyat Malaysia lebih jelas mengapa Tun M dan kepimpinan Umno-BN sehingga kini telah mentadbir-urus negara ini dengan cara demokrasi kacukan atau demokrasi dengan kuku-besi sekaligus melahirkan sebuah negara yang dinobatkan sebagai sebuah “snycretic state” dalam sains politik. Seorang professor menklasifikasikan demokrasi di Malaysia sebagai salah sebuah negara yang mengamalkan “electoral authoritarianism” (Andreas Schedler).

Tun M tanpa segan-silu menyatakan bahawa beliau sebenar memang tidak pernah mempercayai bahawa demokrasi mesti diamalkan secara menyeluruh dan penuh. Beliau percaya bahawa kerajaan mesti “melaksanakan demokrasi dengan had dan batasnya” (practising democracy with limits).

Tun M menyerlahkan lagi kesangsiannya terhadap sistem demokrasi dengan mempertikaikan natijah demokrasi dengan persoalan sinis beliau “Mengapa demokrasi gagal memberikan kebaikan yang kita harapkan” (“Why has democracy not delivered the good life we had expected of it?”)


Tun M membuat kesimpulan bahawa adalah mustahil untuk melaksanakan “utopia demokrasi” yang berteraskan “kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat” kerana akan berakhir dengan satu kebuntuan. (A government of the people, by the people and for the people will result in a stalemate, in no government at all, in anarchy.)

Lantas tegas beliau, mesti ada “ubahsuaian” dan rakyat “berkorban” sedikit untuk kita dapat memenafaatkan system demokrasi ini.

Tun M telah mengisytiharkan apakah kepercayaan demokrasi yang dianutinya! Barulah rakyat Malaysia hari ini faham dan tahu benar-benar mengapa Tun dan pimpin BN yang meneruskan legasi-tradisi beliau yang telah “mencekik” dan “menjerut” demokrasi dengan segala akta-akta draconian dan “rimba” yang meragut hak kebebasan rakyat yang sebenarnya termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Baru rakyat faham bahawa Tun M dan Umno-BN memerlukan semua “ubahsuai” (adjustment) dengan “undang-undang” semasa mereka berkuasa dengan 2/3 majoriti untuk “mentadbir Negara” dulu.

Sebagai cotoh kebebasan berpolitik dan berhimpun diragut dengan ISA dan Akta Polis, kebebasan menerbit-berkarya dicekik dengan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (1984), hak kepada maklumat dengan OSA, hak mahasiswa-akademik berpolitik dengan AUKU.

Dan kini walaupun ISA telah dimansuhkan, kerajaan Najib pula meneruskan tradisi Tun M ini dan tidak boleh diberikan demokrasi sebenarnya maka diperkenalkan Akta Kesalahan Keselamatan 2012, yang dikatakan sama drakonian kalau tidak lebih zalim lagi, mengikut pengamatan pakar-pakar undang-undang.


Tun M ini tetap akan buta demokrasi dan tidak akan celik dengan erti pencerahan minda tentang demokrasi sampai keliang lahadnya.

Dengan demokrasi yang konon di “adjust” dan diubahsuai itulah telah berleluasa dan sarat amalan rasuah dan salah-guna kuasa kerana rakyat tidak mendapat capaian maklumat untuk “menyemak-imbang” kerajaan yang menyalahguna kuasa.

Inilah yang mengakibatkan sekaligus satu “gross fiscal mismanagement” yang menjadikan negara hilang daya-saing dan amalan kroni kapitalisme dan amalan “rent-seeking” sarat terpasak dalam amalan dan system delivery pentadbiran Umno-BN.

Sebagai contoh perjanjian konsesi utility mega (IPP, tol lebuhraya) dirahsiakn atas nama OSA. Skandal besar seperti PKFZ yang menelan RM12 bilion makan tahun untuk dikesan berbanding kalau rakyat bermaklumat dan punya informasi!

Demokrasi yang benar-benar berfungsi akan melahirkan rakyat yang bermaklumat, berani menegur pemimpin bahkan berani menurunkan dan mengguling pemimpin melalui “ballot box” atau pilihanraya dari bermaharajalela dengan kuasa serta “membutakan rakyat” dengan “ketakutan” dan sedikit “gula-gula” kononnya pemberian sebuah kerajaan yang “prihatin dan mendahulukan rakyat”.


Sah Tun M adalah seorang dictator yang bersembunyi disebalik pakaian demokrasi yang beliau sangat membencinya! Kebencian terserlah kini dengan ucapannya di Manila ini! Sebab itu Tun M dan semua pimpinan Umno-BN sangat takut dengan “Arab Spring” yang merupakan kebangkitan rakyat Arab menjatuhkan pimpinan dictator dan regim kukubesi yang telah berdekad menafikan rakyat kebebasan dan demokrasi sebenar!

Jelas mengapa Tun M secara terang-terengan “memandul kekebalan raja”, memecat seorang Ketua Hakim Negara dan segala yang perbuatan zalim atas nama “adjustment” kerana “demokrasi itu ada batasnya” dan diktator inilah dan regim Umno-BN inilah yang menentukan batas-batas hak yang boleh diberikan kepada rakyat!


Amat malang negara ini telah diperintah berdekad oleh pemimpin-pemimpin yang curang dan culas dengan demokrasi. Sememangnya demokrasi bukanlah asalnya sistem pemerintahan Islam tetapi tidak juga bertentangan dengan Islam bahkan ulama’ besar seperti SheikhYusuf Qardhawi meletakkan demokrasi sebagai bersejejaran (compatible) dengan Islam. Ia termasuk dalam maksud hadith “Al-Hikmah Dhollatul Mukmin…”. “Barang hilang” orang mukmin yang mesti dicari dan dimenafaatkan.

Sebagai contohnya, dalam prinsip utama demokrasi yakni “semak-imbang” ia adalah sangat bersejajaran dengan Islam yang menganjurkan prinsip Sunnatud Tadaafuq sebagai dinamika yang menentukan kerajaan terus menginstitusikan prinsip-prinsip “Keadilan, Ketelusan, Keamanahan dan Kebertanggungjawaban” dalam amalan demokrasi yang sihat atau “vibrant” dan matang (mature).

Oleh Dr Dzulkefly Ahmad
sumber : - MAFIABOSS

Photobucket

Mat Isa Samad , Berundurlah Secara Terhormat

on




Ke hadapan Mat Isa Samad yang dihormati.... surat senja saya ini ringkas sahaja untuk menyatakan sesuatu kepada saudara demi parti saudara dan juga perdana menteri saudara yang juga perdana menteri kita semua Ha Najib Razak. 

Ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang membekukan sementara perlantikan saudara sebagai pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) dan keahliannya dalam koperasi tersebut swajarlah audara berfikir mengenai kedudukan saudara sebagai Pengerusi Felda.

Bagi pandangan saya saudara hendaklah berhenti serta menyerta daripada menjadi pengerusi Felda. Saudara harus faham keputusan mahkamah itu walaupun bersifat sementara tetapi ia memberi kesan moral yang tinggi terhadap saudara. Ia mempunyai simbolik tersirat bahawa kedudukan saudara sebagai tidak sah.

Makanya tindakan mahkamah itu sudah cukup untuk saudara menilai kedudukan saudara disitu telah menimbulkan masalah dan musibah. Saudara tidak dapat lagi mempertahankan kedudukan saudara itu dengan apa juga alasan termasuk perlantikan saudara itu atas kehendak dan bidang kuasa perdana menteri.

Saya tetap percaya dan yakin kalau Ha Najib dapat menduga awal perlantikan saudara memegang teraju lembaga tanah itu menimbul masalah besar beliau akan berfikir tujuh kali untuk berbuat demikian. Pasti juga Najib akan memberi jawatan atau kedudukan lain kepada saudara sebagai 'suaka' politik dirinya. Fahamkan maksud tentang ayat ini?

Berani saya mengatakan Najib tidak terfikir akan implikasi dengan perlantikan saudara itu. Sekali fikir untuk tidak menjadikan Felda huruhara dengan perlantikan saudara itu, beliau merelakan saudara untuk mendedahkan hal-hal peribadinya yang berada dalam pengetahuan saudara termasuk apa dinamakan skandal Najib dengan seorang artis.

Tetapi sayang Najib tidak mempunyai pembacaan yang tinggi terhadap kemampuan saudara dan tidak sangka yang pegawai tinggi Felda dan peneroka akan bertindak ke atas saudara. Mungkin Najib juga tidak terfikir para peneroka berani untuk bertindak kerana mereka sudah diberi makanan dan minuman yang cukup. Sebaliknya apa yang Najib harap itu terjadi sebaliknya.

Saudara hendaklah faham juga masalah yang timbul bukan menjejaskan wibawa saudara sebagai orang politik dan juga pengerusi Felda semata-mata tetapi ia turut sama mengheret parti saudara, Umno dan juga perdana menteri Ha Najib Razak. Tidak boleh disembunyikan lagi sejak saudara berada di dalam Felda ia menjejaskan banyak institusi berkenaan, memberi kesan buruk kepada Najib dan seluruh warga peneroka jadi bengong dan ada yang bergaduh sesama sendiri.

Kalau ada orang mengatakan Felda hari ini sudah hilang seri dan kedamaiannya ia bukan saja kerana pembangkang tetapi pangkalnya kerana saudara.

Apakah saudara tidak faham kekecohan atau pun gelora yang berlaku dalam Felda ke belakangan ini ia berpunca daripada saudara? Banyak tentangan dan bantahan dengan kehadiran saudara dalam warga Felda. Ibu pejabat Felda menjadi kelam kabut disebabkan saudara dan tindakan saudara. Felda yang sebelum ini tidak bergolak kini bergelumbang teruk gara-gara saudara. Melihat pergolakan dan keriuhan dalam Felda ia sekaan-akan boleh meruntuhkan menara baru dan menara lama Felda itu.

Mungkin saudara boleh mengatakan saudara layak menjadi Pengerusi Felda kerana saudara ada pengalaman sebagai Menteri Besar dan juga pernah menteri kabinet. Mungkin benar. Tetapi apakah maknanya kalau kehadiran saudara itu terus diperkatakan. Satu persepsi buruk yang meyelimuti diri saudara yang tidak mudah dilupakan warga Felda dan seluruh ahli parti saudara ialah mengenai hukuman yang pernah dijatuhkan ke atas diri saudara yang melakukan rasuah dalam pemilihan pucuk pimpinan parti saudara.

Hukuman itu sangat buruk untuk politik saudara dan reputasi siasah sudah juga terjejas. Pemaafan yang parti saudara berikan kepada saudara tidak akan menghilang rasa prejudis dan buruk terhadap saudara.

Di sini apa yang dapat difahami oleh saya apabila keahlian saudara dalam KFP dibekukan dan begitu juga kedudukan sebagai pengerusi dibekukan, bermakna kedudukan saudara mendatang masalah? Bahawa bukti dan tuduhan mengatakan kehadiran saudara di Felda itu haram ada kebenarannya. Iya jika saudara bertanggungjawab dan kesiankan Najib berundurlah dengan terhormat. Bersikaplah sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab dan mempunyai nilai kepimpinan yang tinggi.

Saya ingin memberi pandangan jangan saudara mengusutkan lagi keadaan dalam Felda yang kini sudah merebak ke luar di mana berpotensi untuk menyusahkan Ha Najib dalam pilihan raya umum akan datang. Walaupun busuk dalam Felda tidak boleh dinyahkan meskipun saudara telah meninggalkan institusi itu, tetapi sekurang-kurangnya kehanyiran Felda berkurangan sedikit bila sudara sudah meninggalkannya.

Saudara harus tanya kepada diri sendiri apakah saudara terus untuk membela diri sendiri atau pun membiarkan diri Felda terus 'berkucah' dan akhirnya akan menenggelamkan parti saudara dalam pilihan raya umum nanti. Renunglah sebagai mungkin surat senja saya ini kalau-kalau ada kebaikan dan manfaat di hujung titiknya.

http://msomelayu.blogspot.com/





Photobucket

UMUR 60 Tahun Baru Boleh Keluar KWSP...?

on



Umur bagi melakukan pengeluaran penuh simpanan KWSP telah dinaikkan daripada 55 tahun kepada 60 tahun. Neh punca utama orang hot sampai serang laman facebook KWSP. 

Rujuk sini.


Semua neh bermula apabila BH siarkan satu berita mengenai wang caruman KWSP siang tadi. Lihat antara keratan berita tersebut kat bawah neh ;


Menurut pindaan terbaru yang membabitkan wang caruman kita semua di KWSP ialah ;

1. Kita semua boleh melakukan pengeluaran penuh hanya pada usia 60 tahun. Selagi belum masuk ke usia 60 tahun, selagi itu lah kita semua tidak boleh keluarkan wang tersebut.

2. Pengeluaran wang tabung 2 masih dikekalkan seawal usia 50 tahun. 

Yang sebenarnya syarat dia berkenaan pengeluaran wang KWSP di tabung 2 dah lama aku rasa pelik. Kalau orang takmo keluarkan duit dalam tabung 2, dia tetap paksa suruh keluarkan juga. Ini kan hak kita, duit kita. So kalau kita taknak keluarkan lagi, dia tak sepatutnya paksa2 kita suruh kita keluarkan juga.

Kadang2 orang nak keluarkan selepas bersara. Tak semestinya nak gunakan wang ketika dah berusia 50 tahun. Aku confused sket kenapa KWSP buat macam neh. Mungkin sesiapa yang bekerja di KWSP boleh explain details kat aku bab tue.

Sambung balik isu asal. Selepas KWSP mengesahkan bahawa mereka akan melakukan pindaan tersebut, rata2 ramai yang marah. Especially yang bersara pada usia 50 - 59 tahun. Memang ada kakitangan kerajaan bersara pada usia 55 tahun or 60 tahun. 

Memang ada juga pekerja2 swasta yang memilih untuk bersara awal sebelum berusia 55 tahun. Macam2 kemungkinan boleh berlaku sepanjang tempoh tersebut. Dan bila mereka dah bersara awal, maybe dorang perlukan wang yang mereka simpan selama neh untuk berhijrah, berniaga ataupun nak besarkan rumah. Jadi jika kerajaan sekat pengeluaran sehingga mencapai usia 60 tahun amatlah tidak wajar sekali. 

Bukan kah tujuan wang kwsp ialah simpanan di hari tua? Bukan nya simpanan di hari mati. Semakin lambat kita dibenarkan menggunakan wang simpanan kita, semakin terdekat kita kepada risiko mati tanpa sempat merasa wang simpanan kita. Usia 60 tahun di malaysia di anggap warga emas. Jadi mohon kerajaan pertimbangkan semula peraturan yang mereka baru pinda neh.

Berikutan tersiarnya berita tersebut, laman KWSP telah diserang kerana pencarum2 tak puas ahti terhadap pindaan terbaru yang dibuat oleh KWSP. Lihat kat bawah neh ;


Dan sehingga kini, laman facebook KWSP masih lagi didatangi oleh pekerja2 yang tak puas ahti dengan pindaan terbaru dari KWSP. Apa pandangan pembaca mengenai pindaan terbaru mengenai KWSP? Adakah anda setuju? Andakah anda tidak setuju? Nyatakan, mungkin kita boleh berkongsi pandangan baik buruk dalam isu neh. Bai

Laman facebook KWSP disini.

Gambar printscreen ihsan dari apek kbsb disini



Sebelum tue dalam penerbitan akhbar beberapa hari yang lepas ada menyatakan hal kat bawah neh ;

Owhh oke. 

Kerajaan pinjam duit kita ek? Nak buat modal bagi bantu rakyat? Takde hal. Tapi jangan pinjam duit kita buat jalanraya then charge kita tol. Itu yang kita marah sangat. Dah larh ko bina jalan guna duit kita then ko charge kita lagi, tak ke bodoh namanya tue?

Pinjaman berjumlah RM144.5b tue sebenarnya adalah sangat2 tinggi. Bajet pun 200b plus plus. Pinjam dari KWSP plak lebih separuh dari bajet. Heran aku. Kerajaan dah takde duit sangat ka apa? 

Itu tak masuk hutang apa seme. Memang betul2 mengelirukan. Cara bn menggunakan wang rakyat juga sangat pelik. Buktinya korang boleh tengok kat bawah neh ;


Orang sabah sekarang dah marah dengan najib. Pasal ada ka patut dia mai sabah dia cakap dia luluskan pinjaman juta2 ringgit untuk bina loji air rawatan bersih. PINJAMAN? Apa tue? PINJAMAN untuk menyediakan kemudahan asas? Bukan kah itu tanggungjawab kerajaan negeri dan kerajaan pusat?

Kenapa perkara seperti neh pun nak berkira? Bukan kah SABAH antara negeri yang mengeluarkan banyak hasil? Apa pasal nak sediakan kemudahan asas pun mereka terpaksa meminjam? Agak tak logik disitu. 

Adakah ini cara kerajaan membelanjakan wang KWSP kita? Atau, adakah ini caranya hasil2 di sabah telah habis digunakan oleh pemimpin sabah sehinggakan terpaksa meminjam untuk membangunkan negeri?

Jika ya, kenapa gunakan wang KWSP? Mana pergi wang hasil pemerolehan kerajaan persekutuan selama neh? Kenapa nak memohon kemudahan asas pun di anggap pinjaman? Aku rasa, gamaknya negeri2 yang berhutang kat kerajaan persekutuan selama neh adalah sebab nak sediakan kemudahan asas.

Jadi, ini bermaksud kerajaan negeri terpaksa membayar setiap satu sen yang digunakan untuk membangunkan setiap negeri2 kepada kerajaan persekutuan. Dan kerajaan negeri terpaksa cari wang untuk membayar hutang dengan mengutip dari penduduk negeri2 tersebut.

Dan jika ini betul, ini juga bermaksud setiap satu kemudahan asas yang kita gunakan di malaysia, kita bayar sebanyak 3 kali. Pertama sebelum siap, modal guna wang rakyat. Kedua selepas siap, setiap kali guna mesti bayar. Ketiga time bayar hutang, kita disuruh bayar cukai apa seme untuk tanggung kos akibat membina kemudahan asas. 

Alamak aii. Kalau lah dapat selongkar seme dokumen2 tersebut kan bagus. Ingin sangat aku selidik macam mana cara nya mereka mengunakan wang rakyat. 

Demm.

sumber  : - 
http://sozcyili.blogspot.com  http://amenoworld.blogspot.com 

Photobucket

Komplot Terancang...

on



Ops 2020: Komplot Setpol Najib, SB, BTN untuk singkirkan ProM ....


Saya pernah membongkarnya tujuh tahun lalu semasa menjadi Ketua Pengarang akhbar Siasah. Ada komplot membabitkan Pemuda Umno (dan juga sayap Puterinya) bersama Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar 17 IPTA, yang turut dihadiri para pelajar kumpulan Aspirasi pro-Umno.
Pertemuan diatur pegawai khas Kementerian Pengajian Tinggi, yang dipinjamkan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (juga seorang pengetua kolej kediaman), serta didalangi Dr Adham Baba, bekas Setiausaha Parlimen KPT. Menteri ketika itu Dr Shafie Salleh.

Tujuannya, untuk memenangi dengan mudah pilihan raya kampus (PRK) dengan mengetepikan cabaran kumpulan pelajar Islam yang dilihat bebas dan lebih dekat dengan pembangkang (kini dikenali Pro-M).

Mereka bertemu secara tetap, mulanya dalam kekerapan mingguan, di Tingkat 38, Menara Dato' Onn, PWTC, yang menempatkan Ibu Pejabat Umno Malaysia. Bayangkan, Umno dan sekutunya dalam BN (melalui biro pendidikan masing-masing) berkomplot dengan HEP 17 IPTA seluruh negara, termasuk dari Sabah dan Sarawak, bagi memenangkan kumpulan Aspirasi dalam PRK.

Mesyuarat turut meminda dan memanipulasi peraturan PRK bagi menyukarkan percubaan seteru Aspirasi. Bayangkan, pihak berkepentingan, seperti calon yang bakal bertanding PRK, iaitu daripada kumpulan Aspirasi dapat mengatur strategi, sekali gus membentuk helah untuk mengalahkan saingannya, di Ibu Pejabat Umno, bersama sekumpulan Timbalan Naib Canselor dan pegawai HEP, yang sepatutnya bertindak bebas dan adil sebagai pengadil pertandingan.


Bukan itu saja, dalam satu pertemuan yang dipindahkan dari Ibu Pejabat Umno di PWTC (selepas didedahkan Siasah) ke Kolej Kediaman Pelajar Keris Mas, UKM, pada 13 September 2005, wang tunai RM10,000 diagih-agihkan kepada setiap wakil universiti untuk digunakan dalam kempen mahasiswa pro-Umno.

Selepas tujuh tahun, rupanya kisah tersebut belum berakhir. Situasi politik ketika itu memang menyebelahi Umno-BN, yang menang besar dalam pilihan raya 2004. Namun, ia tidak menghalang mereka "bermain kotor" bagi menghapus terus elemen propembangkang di kampus. Ironinya, yang tersisih akhirnya adalah Dr Shafie dan Dr Adham sendiri!

Kini, berdepan PRU13 yang mencemaskan, pimpinan Umno makin resah dan gelabah. Kampus juga tidak terlepas daripada tumpuan perancang politik di Pejabat Perdana Menteri. Kalau dulu, ia hanya berlegar di kalangan KPT tetapi sekarang membabitkan pegawai kanan Najib.

Melalui Ops 2020 (jangan silap faham maknanya; ia bermaksud mahu memastikan kumpulan Aspirasi berjaya memenangi semua PRK 20 IPTA), Shahlan Ismail dan Irmohizam Ibrahim, masing-masing Setiausaha Politik dan Pegawai Khas Perdana Menteri, bersama "strategis" lainnya, berpusat di bilik operasi, Rumah Meranti 1, Jalan Bellamy, Kuala Lumpur, mempunyai perancangan besar.

Nama-nama lain yang terbabit sama ialah Ketua Pengarah Biro Tata Negara, Raja Arif Raja Ali; Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Razali Ibrahim; Setiausaha Politik Menteri Pengajian Tinggi, Khairi Abd Malik; SAC Mohd Sofian Md Makinuddin, Cawangan Khas PDRM bersama tiga pegawai polis Bukit Aman; Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden Majlis Belia Malaysia; serta sekumpulan pegawai KPT, BTN dan pemimpin Pemuda-Puteri Umno.

Menerusi dokumen yang didedahkan, Ops 2020 "berperanan untuk memastikan pemilihan kampus kali ini (sesi 2012/13) tidak memberi sebarang KEBANGKITAN MORAL kepada parti pembangkang sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13". (Anda sendiri boleh tafsirkan apa definisi terbaik kepada "kebangkitan moral kepada parti pembangkang").

Justeru, PRK yang sepatutnya perlu dijalankan selepas minggu kedua Mac 2012 ditangguhkan ke tarikh yang belum dipastikan. (Ini bermakna, untuk kebanyakan kampus, sudah empat bulan Majlis Perwakilan Pelajar-- MPP -- tidak lagi berfungsi). Daleh penangguhan itu berbeda-beda di antara universiti. Apabila diajukan kepada KPT, jawapannya, tarikh PRK diserahkan kepada setiap kampus bagi menentukannya.

Sedangkan Sekretariat Kampus yang dipengerusikan Shahlan inilah yang akan menentukan tarikh paling sesuai PRK, seperti dinyatakan dalam objektif keempatnya, iaitu bagi "memastikan mahasiswa yang menyokong kerajaan memenangi semua pilihan raya kampus 20 IPTA di seluruh negara".

Dalam mesyuarat penyelarasan pemilihan MPP IPTA, pada 25 Januari 2012, di Akademi Kenegaraan, Jalan Bellamy, dicadangkan tarikh PRK dilewatkan ke bulan April "bagi memastikan segala persiapan ke arah kemenangan dirancang dengan rapi".

Setpol Menteri Pengajian Tinggi menekankan agar perlu diberikan tumpuan yang lebih kepada empat IPTA, yang dikatakan "sangat bermasalah", iaitu Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Pertanian dan UKM.

Saya tidak berhasrat untuk memperincikan kandungan minit mesyuarat yang sudah terbongkar itu. Prinsipnya tetap sama, seperti tujuh tahun lalu. Pihak Umno, seperti juga parti-parti politik lain, boleh saja melakukan proses perkaderan di kalangan mahasiswa, hatta untuk memberi sumbangan dan sokongan kepada mana-mana calon yang bertanding dalam PRK.

Masalah besar timbul apabila Umno memperalatkan kemudahan awam dan jentera kerajaan, seperti Cawangan Khas Polis, BTN, KPT dan lebih dahsyat lagi apabila membabitkan Sekretariat Hal Ehwal Pelajar, termasuk Timbalan Naib Canselornya, di semua 20 IPTA.

Bukankah HEP itu sendiri berperanan sebagai Suruhanjaya Pilihan Raya dalam PRK, yang sepatutnya bertindak bebas dan berkecuali? Begitu juga dengan Kementerian Pengajian Tinggi yang merupakan bapa atau penaung kepada semua mahasiswa, termasuk kumpulan-kumpulan pelajar yang menyertai PRK.

Lebih mengaibkan apabila Najib sendiri merestui penangguhan PRK semata-mata kerana Sekretariat Kampus yang dipengerusikan Setpolnya masih belum dapat menemui satu tarikh paling sesuai, agar "pemilihan kampus tidak memberi sebarang KEBANGKITAN MORAL kepada parti pembangkang sebelum PRU13".

Dengan itu, saya percaya PRK hanya akan diadakan selepas PRU13. Juak-juak Najib bimbang, jika diadakan sebelum pilihan raya umum, momentum PRK itu mungkin melonjakan sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Soalnya, apakah jika tarikh PRU13 melewati hujung tahun ini, maka mahasiswa terus dinafikan hak untuk berpersatuan selama hampir setahun? Waduh! Mengapa sanggup memperjudikan kepentingan dan kebajikan pelajar dengan alasan tidak munasabah dan terlalu sarat dengan motif politik?

Sepanjang mengikuti perkembangan politik kampus sejak tahun 80-an, saya tidak pernah menjangka pemimpin Umno-BN akan bertindak sebebal ini. Jika anak-anak muda kita di kampus pun dipolitikkan semahunya, apakah anda masih mengharapkan PRU13 ini akan berjalan secara adil, bersih dan bebas?


AHMAD LUTFI OTHMAN
Photobucket

Safe Seat For Chegu Bard.....?

on



KUALA LUMPUR: Rumours are swirling in PKR circles that one of its most prominent activists –Badrul Hisham Shaharin aka Chegu Bard – will be fielded for a Kedah or Penang parliamentary seat in the coming election.
If this turns out to be true, election watchers will miss one of the most exciting contests in the polls. Chegu Bard has long beenassociated with Rembau, currently the seat of his arch-rival, Umno Youth chief Khairy Jamaluddin. There has been no strong indication that Barisan Nasional will shift Khairy from there.
PKR insiders say the party’s de facto leader, Anwar Ibrahim, has big plans for Chegu Bard and wants to ensure that he gets into Parliament. They say there are several seats in the northwestern states that are safer than Rembau for him.
A PKR man said Anwar has been raving about the success of the “Jom Ubah” roadshow in Negeri Sembilan, which was coordinated by Chegu Bard and Seremban PKR’s deputy chief, Dr Mohd Rafie Abdul Malik.
“Anwar was so impressed with the two-month roadshow that he has asked Chegu Bard to organise a similar but nationwide roadshow to be called Merdeka Rakyat,” the source said.
He said Anwar had spoken about Chegu Bard’s great potential for national politics and had mentioned the possibility of fielding him in Kulim-Bandar Baru, Padang Serai, Nibong Tebal or Bayan Baru. Kulim-Bandar Baru and Padang Serai are in Kedah. The other two seats are in Penang.
However, another PKR source told FMT that the chances of Chegu Bard contesting in either of the Kedah parliamentary seats were slim because Kulim-Bandar Baru had been earmarked for Saifuddin Nasution Ismail and Padang Serai for R Surendran.
Saifuddin, the party’s secretary-general, hails from the Kulim area and Surendran is said to be popular in Padang Serai, a town he has been visiting frequently.
The remaining Kedah parliamentary seats that are safe for PKR are Sungai Petani, Merbok and Kuala Kedah. But the MPs for those seats have shown strong loyalty to the party and reshuffling the line-up to accommodate Chegu Bard will be quite a headache for Anwar.
Credible assemblymen
There is a possibility that one of the three MPs – Johari Abdul (Sungai Petani), Rashid Din (Merbok) and Ahmad Kasim (Kuala Kedah) – will be asked to contest for a state seat and thus make way for Chegu Bard.
There is some logic to this theory as PKR will need credible assemblymen to take up executive council seats allocated to it if Pakatan Rakyat retains the state government. Johari, Rashid and Ahmad all fit the bill.
During the 2010 PKR election, Chegu Bard, who was a contender for the post of Youth chief, won in Kulim-Bandar Baru, Padang Serai, Sungai Petani and Merbok.
Some pundits say PKR will most likely decide on Nibong Tebal for Chegu Bard. They say his support there is strong enough to give him an easy win.
He can win easily in Bayan Baru as well, but the PKR division there has already proposed local candidates to party headquarters.
According to one enthusiastic supporter of Chegu Bard, the man is so popular as an activist and ceramah speaker that there are plenty of safe seats for him across the nation.
FMT has been unable to contact Chegu Bard for his comments.
If PKR does decide to move him to Kedah or Penang, then there are at least three candidates to choose from to replace him in Rembau.
One possibility is Rembau PKR secretary Norazizi A Aziz, who has been doing a lot of ground work in the area although he keeps a low profile.
Another possible candidate is the division’s deputy chief, Yusof Tapa. Yusof is an active politician, but age is not on his side against the youthful Khairy.
The other possibility is Negeri Sembilan PKR Youth chief Mohd Nazree Mohd Yunus. Indeed, a PKR insider told FMT that Negeri Sembilan PKR had submitted Nazree’s name to the party’s candidate selection committee.
However, many observers are agreed that Chegu Bard is the only Pakatan figure with any chance of defeating Khairy. They say the Umno Youth leader has stepped up his political activity in the Rembau area in the past two years and has been attending to constituency needs regularly, and his seat in Parliament is virtually guaranteed if PKR places Chegu Bard elsewhere.


http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com
Photobucket

RAJA MANA YANG BERTUAH DAN RAJA MANA YANG MALANG?

on Jun 19, 2012



OLEH kerana Tunku Mahkota Johor telah menimbulkan isu 'Mengapa Orang Melayu Sahaja Yang Suka Menjatuhkan Raja" di dalam Twitter beliau seperti yang dipetik oleh Malaysiakini di SINI, maka terpanggil untuk saya mengulas isu berkenaan.  

Hakikatnya orang-orang Melayu terlalu sensitif dengan Raja mereka.  Ada rakyat yang benar-benar mahu melihat institusi Raja benar-benar berperanan sebagai pelindung kepada ugama, bangsa dan negara.  Rakyat jenis ini kebanyakannya terdiri dari semua kaum, tidak kira Melayu atau bukan Melayu.  Tetapi, ada juga rakyat yang mahu `menumpang' nama Raja-Raja untuk kepentingan diri mereka atau kumpulan mereka sahaja, terutama apabila mereka terdesak atau tertekan.  Golongan ini hanya kembali kepada Raja setelah mereka merasa lemah, tetapi sewaktu mereka gagah mereka ketepikan Raja-Raja bahkan mereka menghina Raja-Raja sesuka hati.  Bukti dan fakta adalah jelas jika kita imbau kembali terutamanya pada tahun 1993.  Saya telah menulis fakta-fakta dan bukti ini di dalam penulisan saya sebelum ini.



Persoalan mengapa kaum-kaum lain tidak sehebat kaum Melayu yang saya maksudkan kaum Melayu tertentu pada tahun 1993 itu di dalam mempersendakan Raja-Raja?  Sebenarnya kaum-kaum lain akur bahawa isu Raja amat sensitif buat mereka sentuh kerana institusi Raja ada sejarahnya kepada kaum Melayu dan negara ini.  Tidak menyentuh isu Raja bukan bermakna semua tindakan Raja-Raja dipersetujui oleh kaum-kaum bukan Melayu.  Siapa boleh nafikan bahawa tidak semua Raja bertindak dengan betul.

Memang kita bertuah kerana mempunyai Raja dan Raja juga bertuah kerana memiliki rakyat yang seharusnya dipayungi oleh Raja.  Tetapi seandainya negeri atau negara tiada Raja, ianya tidak bererti akan punah ranah atau hancurlah bangsa di negeri atau negara itu.   Mari rujuk Melaka, sebuah negeri yang dahulunya mempunyai Raja tetapi kini Melaka tiada Raja atau Sultan.  Adakah hilang bangsa Melayu atau Islam di Melaka?  Rakyat Melaka berbangsa Melayu kini masih berbahasa Melayu dan berugama Islam dan berapa orang Melayu di Melaka yang berkahwin dengan keturunan penjajah Portugis akibat tiadanya Raja di Melaka sejak tahun 1511?



Mana-mana negeri yang masih memiliki Raja, rakyatnya haruslah menyanjung institusi Raja dan mempertahankannya.  Menyayangi Raja bukan bererti membodek Raja.  Sayang kepada Raja mestilah peka kepada Raja, yang baik rakyat wajib sanjung tetapi sebagai manusia Raja juga kadangkala khilaf, maka rakyat yang sayang kepada Raja mestilah menegur.  Raja yang baik adalah Raja yang boleh menerima teguran rakyat.

Sekiranya Tunku Mahkota Johor merasa pelik mengapa orang-orang Melayu suka menjatuhkan Raja, sejarah tahun 1993 ada jawapannya.  Tun Mahathir juga ada jawapannya.  Tahun 2008, di Terengganu persoalan Tunku Mahkota Johor ini tentu boleh dijawab oleh puak-puak Idris Jusoh waktu itu.  Memang benar, di hadapan Istana Terengganu waktu itu bukan kaum Cina yang memasang pemidang menggelar Raja bahkan Yang DiPertuan Agung dengan satu gelaran yang amat buruk.  

Amat malang sekali jika ada lagi kaum Melayu yang bercita-cita untuk menjatuhkan Raja atau memalukan Raja-Raja seperti di tahun 1993 itu.  Tetapi, amat bertuah sekali jika ada seorang rakyat dari bangsa Melayu yang berani menegur Raja kerana cintakan Raja nya. Bertuahlah mana-mana Raja yang ada disekelilingnya rakyat yang boleh menegurnya jika tersalah, dan malang lah mana-mana Raja yang di sekelilingnya hanyalah para pengampu dan pembodek.







Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List