Jawapan Bodoh Dari Seorang Bertaraf Menteri

on Sep 30, 2012







Sebenarnya penulis tidak pasti sama ada jawapan yang diberikan oleh seorang Menteri mengenai pembinaan Hospital Bachok di Kelantan adalah hasil idea dan tulisan beliau sendiri. Jika begini jawapan yang diberikan oleh seorang Senator berstatus Menteri, penulis amat kecewa. Bagaimana seorang Menteri boleh menjawab pembinaan Hospital Bachok terpaksa ditangguhkan disebabkan dana berkenaan terpaksa disalurkan kepada kawasan yang menang di dalam PRU12.

Penulis boleh terima sekiranya pembinaan berkenaan membabitkan bangunan-bangunan komersial atau pusat perniagaan. Namun sekiranya ianya melibatkan pembinaan Hospital yang boleh memberi manafaat kepada Rakyat Kelantan dan Daerah Bachok khasnya, ianya wajar tidak ditangguhkan. Jangan menghukum Rakyat jika tiada sokongan. Tingkatkan mutu perkhidmatan dan elakkan sikap cah keting. InsyaAllah, sokongan Rakyat akan kembali.

Baik Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat, jangan sesekali memperjudikan nasib Rakyat sewaktu kamu berkuasa. Penulis adalah penyokong tegar BN dan DS Najib, namun jawapan Menteri di atas seperti yang diwarna merahkan memang penulis tidak dapat terima. Minta maaf.


http://khairulryezal.blogspot.com

Photobucket

Rosnah Bercerita Pasal Obesiti

on







Husin terbaca di akhbar hari ni berkenaan Minggu Kesedaran Obesiti Dunia (World Obesity Awareness Week) yang akan diadakan pada Oktober 15-19. Diharap pelbagai maklumat mengenai obesiti dapat diperolehi dan difahami  pada minggu tersebut.

Husin ingin sangat nak kuruskan badan yang sudah memang kurus. Ramai yang suruh kurangkan makan unta dan makanan berlemak. Adalah pula yang kata supaya utamakan pengurangan makanan yang manis, nasi putiih, dan makanan karbohidrat.atau gula kompleks

Tahniah perlu diberi pada Timbalan Menteri Kesihatan, Dato Rosnah Abdul Rashid yang merangkap Ketua Puteri Malaysia dalam usahanya membasmi obesiti dikalangan rakyat Malaysia.

Difahamkan beliau pernah membahaskan mengenai isu obesiti di Parlimen. Baik pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang terdiam tak trkata apa-apa ketika dia membahaskan perkara ini suatu masa dahulu.

Dato Ronald Kiandee geleng kepala dan ingin cadangkan Dato Najib beri pendedahan Kementerian lain buat Rosnah lepas ini untuk menajamkan fahaman persepsi orang awam tentang sesuatu isu.

Husin pula harapkan Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia Puan Shahanim Mohd Yusof pula ceburi dan promosi masalah gatal dalam masyarakat.





 ulasan:

Tanpa Nama berkata...
Dah gemuk sangat ke si Rosnah ni? Apa contribution dia untuk negara???
Tanpa Nama berkata...
rosnah seru rakyat elak masalah dari obesiti ... kah kah kah

lagi best pasal shahinam nak basmikan sakit gatal ... opps sakit menggatal

you are the best lah hsin lempoyang. hehehe ...

sibuk sangat ke?

selalu selalu lah tulis husin.
Tanpa Nama berkata...
hahahaha ...
Tanpa Nama berkata...
mosesmkata. ANGKATAN TENTERA MALAYSIA pun cam tu juga. Anggota yg nak dinaikkan pangkat, salah satu syaratnaya ialah BODY MASS INDEX(BMI) .Tapi cuba anda semua lihat Panglimax dlm ATM adakah BMI mereka bawah dr 28. Hayati lah tuan dan puan.
Tanpa Nama berkata...
punyer ler slim rosnah nih, mcm rosmah jgak. nama dan badan pun agak sama. mereka nih ibarat al-juburi baca kuthbah jumaat... penuh nasihat... jgn meliwat dan berzina....
leman sekinchan berkata...
Kepimpinan melalui teladan satu dari slogan kerajaan BN satu ketika dahulu dah tak diamalkan ke sekarang?Ketua Puteri UMNO.....?
leman sekinchan berkata...
Kepimpinan melalui teladan satu dari slogan kerajaan BN satu ketika dahulu dah tak diamalkan ke sekarang?Ketua Puteri UMNO.....?
jebat berkata...
Salam Tuan Haji,

Kalau nak cakap tu pandang pandang,

Patut nya Rosnah kata:
"jaga badan jangan OBISITI macam saya,

(tiru macam saya ?)

Tapi kata pepatah: Ukur baju di badan sendiri !!!

Kan kan kan kan ?
mail berkata...
Rosnah patut jadi pengacara rancangan Jalan-jalan cari makan....


Husin Lempoyang

Photobucket

Tunggu sahaja penggal ini tamat tempohnya, tahu lah nasibnya nanti....

on







Najib adalah PM pertama yang menjadi ketua negara yang tidak mendapat mandat kepimpinan beliau dari rakyat walaupun sesudah menjadi PM selama empat tahun. Beliau hanya meneruskan mandat Abdullah Badawi dan ini sudah cukup menunjukkan yang Najib menjadi PM dengan meminjam mandat Abdullah Badawi dahulu sahaja.

Najib memangnya tidak pernah di uji dalam kepimpinannya. Beliau selama ini mendapat kedudukan secara percuma dengan bermain dengan sikap ‘play-save’ dan tidak pernah melalui ujian melalui krisis besar dalam kepimpinannya. Najib mendapat segala-galanya dengan percuma dan menaiki kedudukan sekarang melalui permainan selamat dan tidak menunjukkan sikap tegas dalam mana-mana krisis yang telah dilalui oleh UMNO.

Najib bermain politik mengikut resmi air, ‘di mana lekok di situ dia berhenti dan berkumpul’. Dia tidak pernah menentang arus semasa perlu menentangnya. Beliau akan sentiasa mengintai untuk memihak ‘the buttered side of the bread’. Kali ini beliau telah berjaya menjadi Perdana Menteri dengan permainan selamat itu, tetapi sekarang sudah sampai waktunya beliau untuk membuat keputusan yang ‘decisive’ untuk negara.

Tetapi malangnya beliau begitu lembek dan tidak berupaya melakukan apa yang sepatutnya beliau lakukan dalam krisis keyakinan rakyat yang sedang beliau lalui sekarang ini. Krisis keyakinan rakyat ini di tambah pula dengan masalah dalaman yang sedang dihadapi oleh UMNO iaitu masalah keyakinan kepimpinan di bawah-bawah beliau serta ahli UMNO keseluruhannya. Najib tidak mendapat dukungan padu dari barisan pimpinan UMNO diperingkat tertinggi dan ahli-ahli Jemaah Kabinet yang bersama-sama membarisi kepimpinan dalam kerajaan.

Sebenarnya Najib tidak mengetahui keadaan sebenarnya yang berlaku di peringkat bawahan ini dan ramai merasakan yang Najib akan jatuh oleh kerana beliau tidak merasakan apa yang sebenarnya yang diresahi oleh rakyat. Beliau seperti sifat semula jadi beliau, di dalam politik jika ada masalah cara penyelesaiannya ialah dengan membayar dan membeli perasaan ramai.

Itulah sebabnya beliau membentangkan belanjauan 2013 jumaat lepas dengan menumpukan usaha membeli undi dengan ‘hand-outs’ berbentuk tunai kepada rakyat yang mempunyai pendapatan dibawah RM3000 dalam program BRIM beliau. Tetapi beliau masih lagi enggan untuk membubarkan parlimen kerana ada perasaan kurang keyakinan terhadap sokongan rakyat terhadap kepimpinan beliau Sudah empat tahun menduduki kerusi PM, tetapi beliau masih belum berani untuk mendapatkan ‘endorsement’ rakyat itu.

Selemah-lemah Abdullah Badawi beliau berani memanggil pilihanraya umum hanya selama 6 bulan beliau mengambil alih jawatan PM dari Mahathir Mohammad. Abdullah lagi ‘strategic’ dalam pemikiran beliau. Beliau sedar beliau telah mengambil alih kepimpinan dari Dr Mahathir semasa rakyat hanya menunggu masa untuk menolak Mahathir di dalam pilihanraya 2004 jika Mahathir masih menjadi teraju kepimpinan negara pada 2004 yang lalu. Mahathir bernasib baik kerana beliau telah mendapat ‘signal’ jelas dari rakyat dan beliau bertindak meletakkan jawatan.

Abdullah beruntung kerana semasa itu rakyat terpaksa memberikan sokongan padu kepada sesiapa yang mengambil alih kepimpinan dari Mahathir. Justeru itu Abdullah telah mendapat mandat  yang amat besar semasa PRU 2004.

Sebaliknya Najib telah mengambil alih sudah lama dari Abdullah tetapi sehingga hari ini beliau tidak mempunyai kudrat untuk memanggil pilihanraya lagi. Oleh kerana tempuh penggal ini sudah hampir tiba, jika Najib memanggil PRU sekarang pun, rekod tetap tercatat yang Najib merupakan satu-satunya PM negara yang tidak mndapat ‘endorsement’ peribadi dari rakyat atas kepimpinan beliau. Mungkin oleh kekurangan inilah Najib bertindak untuk bercakap besar dan meninggi seolah-olah beliaulah PM yang paling handal dan berpengaruh.

Oleh yang demikian memanggil PRU itu sekarang atau membiarkan sahaja tempoh penggal ini tamat pada 28hb April tahun depan ia tidak memberikan apa-apa perbezaaannya. Beliau tetap seorang PM yang tidak terbukti mendapat ‘endorsement’ peribadi dari rakyat jelata.

Najib tidak payah bersusah payah memikirkan tarikh pilihanraya itu. Tamat sahaja tempoh penggal ini, iaitu pada 28hb April tahun depan  Dewan-Dewan Undangan Negeri akan terbubar dengan sendirinya. Tidak payah berfikir lagi bagi Najib kerana tentu beliau telah banyak berfikir tetapi belum juga mendapat penyelesaiannya.

Najib mungkin masih belum memahami yang bajet yang beliau bentangkan dua hari yang lepas tidak akan dapat mengubah pendirian sebahagian besar rakyat yang telah membuat keputusan.

Segala kemungkaran politik dan ekonomi yang dilakukan oleh pimpinan UMNO selama ini sudah menjadikan rakyat sudah ‘conclusive’ untuk menolak UMNO kerana terlalu lama masa telah diberikan kepada UMNO untuk kembali kepangkal jalan, tetapi tidak juga berbuat demikian kerana parti itu sudah tidak dapat lagi hidayah yang telah hilang itu.

Ingat pesepsi rakyat terhadap UMNO, ‘UMNO dan rasuah itu ibarat aur dengan tebing’,   di antara satu dengan lain. Persepsi ini tidak dapat membawa UMNO kembali di hormati sepert yang pernah mereka alami pre- Mahathir dahulu.

Lagi pun, pada bila-bila pun PRU itu di adakan, keputusannya adalah 'predictable'. Keputusan sudah berada ditangan rakyat sekarang.




ASPAN ALIAS





Photobucket

BAJET 2013!!! Sabah dan Sarawak dah tak penting, beberapa pemimpin kanan BN Sabah keluar parti minggu depan

on




http://zoommalaysia.net/wp-content/uploads/2009/05/sabah.jpg


SEBELUM ini dalam artikel yang lalu, ReJaM© ada memaklumkan bahawa mengikut perkiraan kasar, 7 lagi ADUN Barisan Nasional Sabah akan sertai KEADILAN, rujuk sini [Pemimpin Sabah].

Nampaknya hal itu sudah hampir pasti menjadi kenyataan apabila Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali menyampaikan ucapan dalam Rapat Pimpinan Nasional KEADILAN 2012 di Pusat Konvensyen Shah Alam menyebut 
beberapa pemimpin kanan Barisan Nasional Sabah bakal meninggalkan parti itu.


“Sekarang kita ada dua orang pemimpin BN Sabah sertai kita, 
Insyaallah minggu depanakan ada lagi yang bersama kita,” kata Azmin.

Difahamkan pihak yang dimaksudkan akan meninggalkan BN tersebut termasuk 
pemimpin kanan BN di Sabah. Menurut Azmin lagi, pemimpin-pemimpin yang terlibat merupakanpemimpin di peringkat Parlimen dan juga Adun di Sabah.

Difahamkan juga sudah ada perbincangan bersama para pimpinan yang dimaksudkan untuk mereka memainkan peranan 
membawa perubahan di negeri paling miskin di Malaysia itu kerana tiada ruang mereka berbuat demikian jika terus bersama BN.

Sebelum ini, bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin mengumumkan meninggalkan BN untuk sertai KEADILAN.
 

 "
 Patutlah Bajet 2013 tiada peruntukan khusus untuk Malaysia Timur... 


sumber




Photobucket

ROS dapatkan bantuan polis untuk siasat Suaram

on






Selepas tidak dibenarkan memasuki pejabat Suara Rakyat Malaysia (Suaram) baru-baru ini, Perdaftar Pertubuhan (ROS) kini bergantung kepada polis untuk meyiasat kumpulan hak asasi manusia itu.

NONEROS semalam menhgantar notis kepada penasihat Suaram Kua Kia Soong, anggota sekreatnya Cynthia Gabriel dan pengasas bersama R Sivarasa untuk hadir ke ibu pejabat ROS di Putrajaya untuk membantu siasatan.

"Ia bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah dan jika kami boleh ditangkap jika tidak tunjuk muka. 

"Polis sekarang sudah terlibat sama," kata Cynthia ketika dihubungiMalaysiakini.

Gabriel semalam, melalui Twitter, memberitahu, tiga pegawai ROS datang dengan tiga kereta untuk mengarahkannya hadir ke siasatan pada Isnin, 1 Oktober depan.

"Adakah mereka tiada kerja lain," tweet Gabriel semalam.

Seksyen 111 memberi kuasa kepada polis memaksa saksi tampil memberikan keterangan. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan waran tangkap dikeluarkan.



lagi kisah suaram

Photobucket

Siapa MB Selangor Kiranya BN Menang

on



NONE


Bila tengok pecacai-pecacai dan penjilat-penjilat Anwar Ibrahim dan Teresa Kok meroyan sakan tentang bakal Menteri Besar Selangor dari UMNO, rasa kasihan dan simpati pun ada. Bukannya apa, kalau sebelum ini, orang yang sama juga mengatakan UMNO dan Barisan Nasional tidak mempunyai peluang langsung di Selangor, sekarang ini sudah terbalik cakap.

Apakah pecacai-pecacai dan penjilat-penjilat Anwar Ibrahim serta Teresa Kok itu sudah terasa bahang kerana permusuhan antara Khalid Ibrahim dan Azmin Ali, hanya menyebabkan Pakatan Rakyat kehilangan kuasa di Selangor?

Beberapa isu yang cuba dipertahankan oleh mereka sebelum ini membabitkan perangai huduh Khalid Ibrahim dan Azmin Ali sendiri, seperti skandal Talam, skandal Detum-Jelatik dan sebagainya, ternyata telah menjadi pisau yang menikam jantung sendiri.

Isu terbesar di Selangor iaitu AIR, sama ada AIR PERCUMA mahupun LOJI RAWATAN SUNGAI LANGAT 2, menambahkan lagi pening dan sakit kepala para pecacai yang dibayar gaji mahal untuk memutarbelitkan cerita tentang kebaikan Khalid Ibrahim dan DAP di Selangor. Walaupun PAS ada sekali dalam Pakatan Rakyat Selangor, fungsi PAS Selangor hanyalah sebagai pelengkap dan PAS tidak mempunyai peranan besar sekalipun PAS adalah penentu kewujudan kerajaan Khalid Ibrahim dan Teresa Kok.

Dek kerana itulah PAS tidak diberikan jawatan yang penting. Bahkan kesombongan mereka tentang autoriti agama pun, ditarik balik dan Khalid sendiri memegang peranan sebagai Exco Agama Islam.

Disebabkan tekanan yang sedang dihadapi oleh Khalid Ibrahim, PKR dan DAP di Selangor, para pecacai yang sebelum ini cukup sombong, mula mengalih taktik. Isu siapa yang akan dilantik menjadi Menteri Besar dari kalangan UMNO pula dibuat seolah-olah ianya cukup penting dan hebat untuk menutup skandal penyelewengan kuasa dan proses pemiskinan Selangor yang telah dilakukan oleh Khalid Ibrahim menerusi siri penghapusan aset-aset negeri dan anak-anak syarikat negeri.

Walhal siapa pun yang bakal dilantik sebagai Menteri Besar Selangor, bukanlah perkara penting pun. Kalau mengikut kaedah Pakatan Rakyat dan corak pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor, sesiapa pun boleh dilantik sebagai Menteri Besar. Walaupun seseorang itu tidak mempunyai kecerdikan atau mampu mentadbir seperti Khalid Ibrahim, asalkan orang berkenaan mampu menjadi boneka dan tukang angguk, maka layak sangatlah dia jadi Menteri Besar.

Sudah tentulah UMNO dan Barisan Nasional tidak seperti Pakatan Rakyat Selangor yang bertunjangkan DAP, Teresa Kok dan Ronnie Liu. Siapa pun yang bakal dilantik menjadi Menteri Besar Selangor sekiranya, UMNO dan Barisan Nasional berjaya merampas Selangor, sudah tentulah tidak akan sama sekali mengulangi corak Pakatan Rakyat yang lebih gemarkan pembonekaan.

Justeru, para pecacai dan penjilat Anwar Ibrahim serta Teresa Kok yang sibuk-sibuk tentang siapa yang jadi Menteri Besar Selangor dari kalangan UMNO-BN, seharusnya melupakan perkara itu terlebih dahulu. Sebaliknya tumpukan perhatian kepada usaha-usaha yang tidak memungkinkan Khalid Ibrahim dan barisan Exconya diseret ke muka pengadilan ekoran pelbagai penyelewengan dan salahguna kuasa yang telah dilakukan di Selangor sepanjang mereka menjadi Kerajaan.

Atau paling tidak pun, usahakan agar Khalid Ibrahim dan barisan Exconya mampu melupuskan fail-fail penyelewengan agar tiada sebarang bukti yang boleh menyeret mereka ke mahkamah selepas Pakatan Rakyat Selangor tumpas sewaktu PRU13 nanti!!!



orang ini ker   atau   yang ini ker    atau mungkin   dia ini


Photobucket

Pengerang Hebat

on





JOHOR BAHRU: Beribu-ribu orang menyertai Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Dataran Sungai Rengit Pengerang, hari ini. 

Himpunan yang amat besar ertinya bagi seluruh rakyat di Pengerang yang terlibat dengan Projek Bersepadu Penapisan dan Petrokimia Petronas (Rapid) ini ditangani oleh gabungan NGO dari seluruh negara.

Himpunan yang turut disokong PAS itu diadakan memandangkan pembangunan projek itu telah menimbulkan berbagai konflik dan tanda tanya yang menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat khususnya penduduk Pengerang.

Projek Rapid ini melibatkan 22,500 ekar tanah serta kira-kira 28,000 penduduk dari 17 perkampungan nelayan dan tradisi di kawasan perairan Pengerang.

Sekiranya projek yang bernilai RM68 bilion ini diteruskan juga maka berbagai kemudahan awam termasuk warisan sejarah akan musnah antaranya, enam masjid, surau (11), sekolah kebangsaan (5), sekolah agama (5), sekolah jenis kebangsaan Cina (3) serta 3 rumah kakitangan kerajaan.

Turut musnah ditelan projek mega yang bakal dibangunkan itu 3 klinik desa, balai polis (2), perkuburan islam (11), jirat cina (7) serta 9 balai raya.



lagi berita kat sini

Photobucket

Pesara Tentera Tidak Berpencen Mendapat Bantuan ONE-OFF RM1,000.

on Sep 28, 2012





Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak sedang membentangkan Belanjawan 2013 yang dinanti-nantikan rakyat Malaysia.

Pembuka kata
- Kerajaan tidak pernah menjanjikan bulan, bintang dan cakerawala.

- Naskhah bajet ini penghargaan kepada rakyat Malaysia kerana terus meletakkan kepercayaan kepada kerajaan.

- Asas ekonomi kukuh membolehkan ekonomi negara di landasan teguh.

Gambaran umum

- Pendapatan per kapita negara sebanyak RM31,000 dan rizab antarabangsa sebanyak RM432.2 bilion.

- Hasil kerajaan pada 2013 dijangka sebanyak RM208.6 bilion berbanding RM207 bilion pada 2012.

- Defisit kerajaan pada 2013 dijangka sebanyak 4 peratus berbanding 4.5 peratus pada 2012.

- Perbelanjaan mengurus sebanyak RM201.9 bilion dan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM49.7 bilion.

Isi penting
- Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000 bagi pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi Perniagaan.
    
- Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum kepada yang layak.
    
- Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh tiga tahun pertama operasi.
    
- Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
    
- Dana Infra Nasional Bhd menerbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk membiayai pembangunan MRT.
    
- RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013. 

- Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.

- Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank.

Industri halal
- SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.

- Pemberian insentif cukai bagi pelaburan dalam aktiviti penapisan produk petroleum dengan pengecualian cukai pendapatan penuh untuk 10 tahun, pengecualian cukai pegangan dan duti setem.

- Pemberian pengecualian cukai pendapatan penuh untuk 3 tahun pertama pengendalian syarikat dagangan LNG.

Petani, nelayan & penjaja kecil 
- Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun.

- Memperkenalkan empat kawasan jelapang padi baru berkeluasan 19,000 hektar di Kota Belud, Batang Lupar, Rompi dan Pekan, dijangka menghasilkan 104,000 tan metrik padi.

- Sebanyak 55,000 nelayan diberikan bantuan RM200 sebulan dan skim insurans perlindungan dengan perlindungan maksimum hingga RM100,000.

- Subsidi dan insentif pertanian sebanyak RM2.4 bilion diteruskan.

- Memperkenalkan skim takaful pertanian sehingga RM13,000 kepada 172,000 pesawah.

Galakan amanah perniagaan

- Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.

- Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri.

- RM9.0 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.

- Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1.0 bilion akan disediakan oleh SME Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual.

- Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta.

Pasaran modal 

- Terbitan dua tawaran permulaan awam (IPO) terbesar di dunia melalui Felda Global Ventures Holdings (RM9.9 bilion) daqn IHH Health Berhad (RM6.3 bilion).

- DanaInfra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT.

- Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.

- Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit.

- Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.

- Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4.0 bilion hingga RM6.0 bilion.

- RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.


Pasukan keselamatan
- Seramai 125,708 anggota tentera diberikan insentif khas RM200 sebulan.

- Elaun wataniah dinaikkan dari RM4 kepada RM7.8 sejam.

- Seramai 224,000 pesara tentera tidak pencen mendapat bantuanone-off RM1,000.

- Seramai 242,200 anggota polis dan tentera akan menerima insurans berkelompok kepada dengan had perlindungan RM15,000.

Pinjaman perumahan & pelatih praperkhidmatan
- Pinjaman perumahan penjawat awam akan disusun semula, manfaat dan bantuan kekal 4 peratus.

- Seramai 31,135 pelatih akan mendapat kenaikan elaun praperkhidmatan.

- Unit Rondaan Bermotosikal dengan 1,000 motosikal di kawasan perumahan.

- SPRM akan ditambah baik dengan penambahan 150 perjawatan (5,000 anggota).

Imbuhan
- Seramai 1.4 juta ahli Perkeso diberikan pemeriksaan percuma bernilai RM200 juta.

- Diskaun separuh harga bayaran pasport kepada warga emas RM150 untuk lima tahun dan RM80 untuk dua tahun.

- Sebanyak 40,000 tangki air akan dibekalkan di pedalaman Sabah-Sarawak.

- Sebanyak RM100 juga diperuntukkan untuk menaik taraf 350 klinik kerajaan.

- Pemeriksaan percuma mamogram untuk 100,000 wanita.

- Rebat kepada belia (21-30 tahun) RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G.

- Diskaun separuh harga tambang Komuter bagi pengguna berpendapatan bawah RM3,000.

- Had pendapatan Skim Rumah Pertamaku ditetapkan RM10,000 untuk suami-isteri dan RM5,000 untuk individu dengan nilai hartanah tidak lebih RM400,000.

- Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M) RM250 kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan bawah RM2,000.



Photobucket

Takziah kepada keluarga Abdul Ghani Minhat

on






Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan takziah di atas kematian lagenda bola sepak Malaysia, Tan Sri Abdul Ghani Minhat (gambar) pada pagi ini.

“Bagi DPPM, pemergian Tan Sri Ghani ditangisi kerana negara kehilangan sebutir lagi bintang berharga dan kehilangan beliau sukar dicari ganti,” kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor.

Sesungguhnya, kata beliau sumbangan besar dan jasa beliau dalam dunia sukan khususnya bolasepak amat besar sehingga berjaya mengharumkan nama negara.

Di zaman keemasan beliau, ujar Riduan negara banyak menempa kejayaan yang membanggakan di pentas antarabangsa.

Malah, tambahnya jarang ada insan hebat mampu mencapai tahap kehebatan seperti mana yang pernah beliau kecapi.

“Nama almarhum Tan Sri Abdul Ghani Minhat terpahat dalam sejarah sukan bolasepak negara antara pemain yang begitu cemerlang dan terhebat sepanjang zaman di negara ini setanding dengan pemain antarabangsa lainnya.

“Bahkan, sumbangan beliau selepas era persaraannya juga besar sehingga berjaya membantu negara dalam mengharungi pelbagai kejohanan peringkat antarabangsa. Sewajarnya pemain generasi muda negara ini mewarisi kehebatan beliau serta mencontohi langkah kejayaan seperti mana yang beliau lalui,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Justeru, beliau berkata di atas jasa-jasanya yang begitu tinggi ini, DPPM merasakan almarhum Tan Sri Abdul Ghani Minhat wajar diberi penghormatan tertinggi.

Tambahnya, DPPM mendoakan semoga roh Almarhum ditempatkan di kalangan insan yang soleh dan diredahi di sisi-Nya.

DPPM, ujarnya turut mendoakan semoga keluarga almarhum tabah menghadapi ujian yang berat ini. Alfatihah



Photobucket

Kenapa wanita menggigit bibir?

on Sep 27, 2012






MENGGIGIT BIBIR, MEMBASAHINYA atau sedikit GERAKKAN sering kali dilakukan oleh kaum HAWA… bagi lelaki yg tidak memahami maksud disebalik perbuatan itu akan menganggap perbuatan itu satu cara biasa dilakukan oleh wanita untuk membasahi bibirnya, tetapi sekiranya korang tahu, pasti korang akan cepat-cepat mendapatkan pasangan saat-saat itu juga..

Sebenarnya sikap wanita yangg suka menggigit bibir, membasahinya serta sedikit gerakkan bibir di hadapan lelaki mengundang banyak MAKNA. Ini termaksuklah, Dia mengajak korang melakukan hubungan SEKSUAL di saat itu juga.

Jika korang sedang berbicara dengannya, tiba-tiba dia seakan-akan malu, menggigit bibirnya, mengulum dan membasahi bibirnya, sebenarnya kekasih atau isteri korang seorang penggoda yang berani. Ini kerana, dia sedikit pun tidak berasa malu untuk menggoda dan menarik perhatian korang. Malah mereka juga tidak ragu-ragu sebaliknya mahir menunjukkan ekspresi muka untuk menarik bicara lawannya.

Selain mengajak pasangan korang melakukan hubungan intim melalui basahan bibir, sebenarnya ia juga salah satu untuk dia meminta maaf atau meminta pertolongan dari korang dengan harapan korang benar-benar menolongnya tanpa mengatakan TIDAK.

Bagi wanita, dia mahu menarik simpati pasangannya apatah lagi jika dia telah melakukan perbuatan yang benar-benar menyakiti hati korang pasangan hidupnya.

Namun perlu korang perhatikan, jika gigitan bibir itu disertai dengan ekspresi wajah yang agak ghairah, ertinya si dia ingin membangkitkan ghairah korang. Pelbagai gaya di wajahnya juga mampu membuat korang tersenyum…

Oleh sebab itu, wanita yang sering berkelakuan begini tidak akan rasa takut atau ragu-ragu menyatakan kekagumannya pada korang. Jadi, kalau isteri korang MEMBASAHI BIBIRNYA, MENGULUM, senyuman seakan menggoda, pastikan korang BERSIAP SEDIA untuk acara PEMANASAN badan dan sendiri mau ingat..?Menikmati malam yang INDAH… GOOD LUCK




Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List