NOSTALGIA.....MAHATHIR ANTARA PUNCA PERPECAHAN ORANG MELAYU

on Apr 26, 2013







Aku betul-betul terpanggil untuk menulis artikel ini selepas membaca artikel oleh Tun Dr. Mahathir dalam Malaysia Chroncles yang berjodol, “ Anwar’s fate by Dr M: He had cheated me and Umno. Memang begitu berat hati ku untuk menulis artikel sedemikian.

Bukankah telah aku tuliskan daalam beberapa artikel  bahawa sepanjang tahun-tahun 1980an, 1990an kebanyakan artikel yang aku tulis dan disiarkan dalam akhbar Berita Harian / Berita Minggu ( kadang Utusan? Mingguan Malaysia ) adalah mengenai dua orang tokoh ini. Dan kebetulan pula mereka berdua adalah pemimpin kerajaan yang berwibawa. Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri dan DS Anwar Ibrahim adalah sebagai Menteri Pelajaran dan kemudiannya sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri. Keadaan mereka berdua ketika itu adalah seperti isi dengan kuku dan seperti aur dengan tebing, kata peribahasa Melayu. Memang rapat. Memang betul-betul ngam….

Rata-rata orang Melayu amat gembira melihatkan gandingan mantap Mahathir -Anwar pada ketika itu. Ketika diadakan persidangan UMNO sepanjang tahun-tahun 1980an, 1990an merupakan satu pesta tahunan bukan sahaja bagi ahli UMNO tetapi bagi orang Melayu umumnya yang datang dari jauh dan dekat, dari Perlis sampai ke Sabah untuk datang dan bertemu muka sambil mendengar ucapan pemimpin UMNO yang sentiasa diselitkan dengan lawak jenaka yang merupakan halwa telinga para perwakilan dan pemerhati pada ketika itu. Dan yang paling ditunggu-tunggu oleh para perwakilan dan pemerhati ialah ucapan penggulungan oleh DS Anwar Ibrahim dan Dr. mahathir Muhammad.

Secara peribadi aku katakan  pada  ketika itu aku amat gembira melihatkan suasana politik yang terjelma di tanah air. Perpaduan orang Melayu yang mantap dibawah payung UMNO yang dipimpin oleh dua orang pemimpin ulung. Keadaan sedemikian tidak wujud lagi kini. Malah keadaan sebaliknya yang wujud yang melukakan hatiorang Melayu. Aku yakin tidak ada siapa yang boleh menyangkal kenyataan ini.

Perpaduan orang Melayu mulai retak dan belah selepas DS Anwar Ibrahim ditangkap, dimalukan, dipukul, disiksa, dilucutkan keahliannya dalam UMNO dan dituduh dengan suatu tuduhan yang tidak boleh diterima oleh orang Melayu yang berfikrian waras – meliwat. Tidak pernah dilihat sebelum ini oleh orang Melayu suatu penghinaan sedemikian yang dikenakan ke atas seorang pemimpin bertaraf Timbalan Perdana Menteri. 

Kini telah muncul pula satu pengakuan oleh bekas pegawai khas Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Omar Abu Bakar yang mengakui terlibat secara langsung dalam rancangan konspirasi fitnah kes liwat 1 pada 1998 mengaitkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Pengakuan itu dibuat secara terbuka di hadapan ribuan rakyat pada ceramah Pakatan Rakyat di Taman Medan, Petaling Jaya Ahad lalu.

“Saya bersumpah saya bertanggungjawab dalam peristiwa sodomi satu (liwat I). Saya bertanggungjawab dengan Aziz Shamsudin membuat surat Umi Hafilda, menghantar kepada Daim (Zainuddin), hantar kepada Mahathir. Itulah punca sebenarnya (fitnah ini). Bermula dari situ, Anwar ditangkap, dipenjara enam tahun. Tiba-tiba dia dilepas kerana alasan dibebaskan sebab apartment yang dituduh (Anwar melakukan sodomi) belum ada lagi (masa itu)”
Mungkin juga Dr. Mahathir tidak terfikir bahawa kesan ke atas penghinaan ke atas DS Anwar Ibrahim itu begitu mendalam di hati orang Melayu sehingga kini.
·      Orang UMNO mula berpecah, terbahagi kepada dua. Satu memihak kepada Dr. Mahathir dan satu pihak memihak kepada DS Anwar Ibrahim..
·      Perpecahan dalam UMNO bermakna juga perpecahan orang Melayu, kerana orang Melayu ramai yang menganggotai UMNO pada ketika dan menganggap UMNO itu betul-betul mmeperjuangkan orang Melayu.
·      Orang Melayu betul-betul dalam dilemma. Mereka sayangkan kedua-dua pemimpin – Mahathir dan Anwar. Tetapi disebabkan oleh keadaan yang memaksa mereka menentukan sikap, maka dengan berat hati mereka terpaksa mengambil sikap memihak. Ada yang memihak kepada Anwar dan begitu juga yang memihak kepada Dr. Mahathir. Bermulanya perpecahan orang Melayu.
·      Yang memikirkan tentang ‘periok nasi’ mahu tak mahu, dengan berat hati ahli-ahli UMNO terpaksa ‘ meninggalkan ‘ Anwar dan menjadi pengikut taat setia kepada Dr.Mahathir, walaupun dalam hati dan perasaan mereka sentiasa mengatakan bahawa ‘ Anwar tidak bersalah…”

Persidangan UMNO selepas tahun 1998 tidaklah semeriah persidangan sebelumnya. Orang Melayu telah berpecah. Ahli UMNO yang menyokong Anwar sudah tidak lagi berminat untuk menghadhiri persidangan UMNO kerana mereka telah dianggap sebagai orang luar walaupun menerusi keringat dan jerih payah dan pengorbanan mereka tolong membangunkan  UMNO itu. 

Walaupun DS Anwar sudah beberapa kali menyatakan yang beliau akan memaafkan Dr. Mahathir  di atas kesilapan dan kesalahannya, namun Dr. Mahathir masih menaruh dendam kesumat ke atas DS Anwar Ibrahim. Mengapa? Ini yang menyebabkan kebanyakan rakyat terutamanya orang Melayu tidak faham dengan sikap Dr. Mahahthir yang seharusnya tidak bersikap demikian terutamanya dalam keadaan usia beliau yang sudah begitu lanjut. Dan sepatutnya dia bermaaf-maafan dan melupakan apa saja perselisihan yang telah lalu.


ABU HASAN ADAM

Photobucket

UMNO Sedang Merancang Penipuan Undi...?

on





Best Blogger Tips


Bermula pada 25 haribulan 4 sehinga 4 haribulan . sebanyak 5buah pesawat  akan mengankut pengundi  hantu hasil projek IC Sabah untuk mengundi di Selangor bagi tujuan merampas Selangor. 

Percayalah. jika anda bertanya pihak berkenaan.. mereka akan jawab bahasa standart " itu orang semenanjung kerja di Sabah yang akan balik mengundi nanti" .. 

Cuba fikir.. mereka muka pendatang asing.. bercakap melayu tungang langang tiba2 di sponsor terbang FREE untuk mengundi dan jika ditanya.. kamu tinggal di mana.. sure tak der yang boleh jawab!!

Mereka semua ni akan mendarat di Subang airport... dan bas bas akan menanti mereka ni kemudia diletakkan ke hotel2 atau chalet2 sebelum dikerah turun mengundi ke parlimen2..dan dun2 yang ditarget untuk menang.

Namun begitu,perkhabaran yang lain menunjukkan Johor Bharu juga bakal tumbang atas sebabkan penolakan rakyat terhadap BN.. Maka kerjasama Air Asia dipanggil bagi mengankut pengundi dari Sabah ke Johor pula.. inilah skrip yang sedang dirancang oleh parti Umno yang dominan dalam BN dan sangat takut jika kalah dalam PRU 13 nanti.

Pening jugak umno nak pikir.. dahlah Sabah pon PANAS.. dok angkut2 pengundi,silap2 Sabah hilang.. begitulah dilema mereka siap bertekak pasal agihan nih.. Mana nak kaver Sabah.. mana nak rampas selangor.. mana nak pertahankan Johor ya dak?

Antara fakta yang gua dapat pintas melalui satelit puaka .. pesawat khas ini telah disewa khas oleh Mr XXXXX dan semua pembayaran ditaja oleh beliau. Antara sebab beliau merelakan buat tajaan ini kerana.. jika BN kalah.. maka bisnesnya pasti terkubur.. Semua skandal pasti dibongkar.. Jadi untuk menyelamatkan diri dan pemimpin umno dari kalah.. maka mereka kini salaing bantu membantu.

Berikut adalah sedikit jadual penerbangan yang BOCOR untuk tatapan korang.. gua tak boleh bocorkan semua.. kang nanti anti klimax plak .. heheh yang lain2 tu biar gua dedah sikit sikitlah ya..


Mana gua dapat jangan tanya gua.. ni part 1.. mana leh dedah semua ya dak? kalu depa kata gua ni tipu.. nanti part 2 gua lepas sikit lagi bukti... he he he..

 

Zul Nordin 110% yakin penuh BN akan rampas Selangor. Apa hujah beliau kata tu untuk kata dia boleh menang jika bukan dia tahu pengundi hantu dari luar akan dibawa masuk?

Ini semua kerja JAHAT umno BN.. Sama sama kita jaga negara dari diperintah penyamun BN... Biar RAKYAT Malaysia yang memilih pemerintah.. bukan mereka yang diupah dan mengundi BN bagi memenangkan BN dengan cara TIPU !!!



SUMBER DARI SINI

Photobucket

PENGUNDI ASING ATAU PEKERJA KILANG...?

on




Tu dia.. dah sampai dah.. siapa boleh jelaskan bangla bangla ni ramai ni datang untuk apa? Apakah berbaju hijau seolah olah uniform kerja kilang ni hanya untuk "mengaburi" mata oarang ramai?

Adakah jaminan mereka ni bukan pengundi hantu?


Musim mengakut pengundi hantu dah tiba!!!

Dari Sabah turun KLIA.. bas2 disediakan..

Lokasi lokasi tu tersorok ke dalam.

Ade pengawal jaga kat jln besar arah bas2 tu masuk ke kwsn park.

Pastu berderet2 bas masuk dlm, plate sume W.

Bila masuk pusing ke kwsn park tu, ade lebey kurg 12 biji bas. Bas persiaran..

Sebelum ni tak ada pun bas2 ni parking kat sana..

Mencurigakan.. kemungkinan ini bas2 yang akan tunggu penumpang pengundi hantu.

Mohon sesiapa yang dekat sana tolong check!

Lokasi die, tpk psr mlm pekan salak lame, antara pekan yg dkt dgn KLIA .

Tak Nak BN....#TumbangBN #No2BN
PRU 13 nanti ☒ PAS ☒ PKR ☒ DAP


Jom.. Lihat gambar....








INI SEWA KHAS ... TAK PASTI SAPE YG SEWA N SPONSOR ATAU CHERITY SERVIS DR MSIA AIRLINES...
NORMAL FLT SCEDULE  SEPERTI DIBAWAH...

DEPARTURE  KUL
MH 2604 BKI 0730 
MH 2612 BKI 0825 
MH 2608 BKI 0900 
MH 2610 BKI 0920 
MH 2618 BKI 1145 
MH 2614 BKI 1255 
MH 2616 BKI 1415 
MH 2640 BKI 1530 
MH 2622 BKI 1720 
MH 2662 BKI 1810 
MH 2606 BKI 1900 
MH 2628 BKI 2005 
MH 2626 BKI 2210

TOTAL  13FLT



DEPARTURE BKI
MH 2637 BKI 0830
MH 2603 BKI 0945
MH 2619 BKI 1035
MH 2613 BKI 1220
MH 2605 BKI 1310
MH 2641 BKI 1410
MH 2621 BKI 1510
MH 2611 BKI 1540
MH 2607 BKI 1605
MH 2609 BKI 1940
MH 2617 BKI 2005
MH 2631 BKI 2115
MH 2623 BKI 2300

TOTAL  13FLT

UNTUK PGETAHUAN FLT NI TIKET TIDAK DIJUAL SPERTI FLT BIASE... U ALL BOLEH TENGK KAT ATTCHMNT YANG KAT ATAS TU.

DIA ADA TULIS  CHTR FLT/NO BKGS PERMITTED  . TU MAKNENYE KAPAL NI DI CHARTER/SEWA .

SO SIAPAKAH SPONSOR? MAKLUMAT MASIH DICARI,...





SUMBER

Photobucket

Membeli Undi dan Pengundi Luar

on





I. Ancaman dan keganasan terhadap pekerja Pakatan Rakyat, Pemantau dan sukarelawan pertubuhan awam semakin menjadi-jadi. Lebih dari 400 aduan polis telah dibuat. Pembelian undi dan rasuah adalah berleluasa. BN amat risau mereka akan tewas dan sedang menggelabah membeli undi dengan hadiah, wang dan baucer wang, dari RM50 di Pulau Pinang ke RM1000 di Sabah. Kita ada bukti video dan ini akan dikeluarkan dalam sikit hari lagi.

II. Dalam suatu lagi repot dan analisis keatas Daftar Pengundi yang akan dikeluar sikit masa lagi, terdapat beberapa penemuan yang menggemparkan. 28,593 pengundi berdaftar adalah orang Indonesia, Filipina, Pakistan dan Bangladesh – mereka yang dari negara-negara yang membekalkan kebanyakan dari pekerja asing di Malaysia. Sabah sahaja mempunyai 15,907 pengundi berdaftar kebanyakannya dari Filipina dan Indonesia. Selangor adalah kedua terbesar dengan 4,324 pengundi asing.

Kebanyakan pengundi asing ini akan mengundi di Sabah, Selangor dan Kuala Lumpur. Kawasan pilihanraya parlimen dengan jumlah terbesar mereka ini termasuklah Silam, Kibaran, Kelabakan, Sepanggar dan Tawau.

Apa yang lagi merisaukan ialah 16,589 dari pengundi asing ini diberikan “Kod Negeri” Sabah (ia-itu lahir di Sabah) walaupun mereka adalah dari Indonesia atau Filipina. Malah terdapat 42 pengundi asing dari Filipina, Indonesia dan Pakistan yang didaftarkan sebagai “Pengundi Pos” didalam Tentera dan Polis.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mesti menerangkan serta-merta kenapa terdapt beribu-ribu pengundi asing dalam Daftar Pengundi dan kenapa sesetengah dari mereka diberi Kod Negeri tempatan dalam kad pengenalan mereka, dan bagaimana ada yang berdaftar sebagai Pengundi Pos dalam Tentera dan Polis.

III. Pengundi Sabah khususnya dan Malaysia amnya telah tertipu keatas hak demokrasi mereka. BN masih berlengah-lengah lagi tentang bagaimana hendak selesaikan masalah “Projek IC” yang mereka sendiri ujudkan. Bagi Pakatan adalah jelas, kami akan mengarahkan SPR untuk membersihkan Daftar Pengundi dalam masa 100 hari pertama dalam kerajaan.

Saya menyeru semua pengundi yang sah agar keluar pada 5 Mei dan mengundi. Jangan biarkan mereka yang telah korupkan sistem demokrasi kita merampas demokrasi ini dari kita. Kita mesti pertahankan hak kita sebagai rakyat Malaysia.




Kenyataan Media
25 April 2013

Anwar Ibrahim







Photobucket

Bye-Bye Najib

on




Tinggal 9 hari lagi menjelang hari pengundian, kajiselidik persepsi terbaru oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcede) menunjukkan BN dan Pakatan Rakyat bersaing rapat dan masing-masing dianggarkan mendapat 40 peratus sokongan rakyat.

Pengarah Umcedel, Prof Datuk Mohd Redzuan Othman (kanan) berkata perbezaan antara BN dan Pakatan dalam kajiselidik yang dijalankan antara 4 April - hari Parlimen dibubarkan - sehingga Sabtu lalu, hanyalah 5 peratus.

Bagaimanapun, Redzuan tidak mahu mendedahkan siapakah yang mendahului atau peratusan sebenar yang diperolehi dalam kajian Umcedel yang sebenar.

Menurutnya, peratusan pengundi yang belum membuat keputusan telah berkurangan daripada 21 peratus pada bulan Mac kepada 9 peratus pada bulan ini.

Katanya, pengundi Cina, yang sebelum ini merupakan majoriti dalam kumpulan 21 peratus itu, kebanyakannya telah memutuskan siapa yang hendak diundi.

Redzuan percaya pengundi yang belum membuat keputusan akan menurun kepada sifar peratus pada hari pengundian nanti.

Katanya, mereka akan didorong oleh beberapa hari terakhir kempen, sepertimana yang dilihat berlaku dalam pilihan raya umum 2008, di mana empat hari akhir kempen yang aktif oleh pembangkang telah mengakibatkan berlakunya tsunami politik pada 8 Mac.

Kajiselidik selama 18 hari itu merangkumi 1,407 responden di Semenanjung Malaysia sahaja. Mereka merupakan pengundi pelbagai peringkat umur dan tidak membabitkan pengundi di Sabah dan Sarawak.

Kajian ini telah dilakukan melalui temubual dengan responden, yang setiap satu memakan satu selama 30 hingga 45 minit.

Redzuan berkata terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi
pola pengundian pada 5 Mei. Hujan lebat pada waktu petang bermakna ramai yang tidak menghadiri sesi ceramah tetapi sebaliknya mendengar radio atau menonton televisyen.-Malaysiakini.Baca semua di sini.

Ada org sms macam ni kat saya;
Bubar parlimen RABU-Rakyat Akan Buang Umno 
Hari penamaan calon SABTU-Semua Akan Bersatu Tolak Umno 
Hari mengundi AHAD-Adalah Hari Akhir Datuk Najib
Tarikh mengundi 5-5-2013-Maka 55 tahun Umno-BN memerintah,2013 tahun Terakhir ..!:-)


Jika anda ada sakit jantung jangan tonton TV3,RTM1 & 2 yang dikawal regim yang lanjut usia.Biarkan regim tua ini membohongi bahawa regim tua Umno-BN masih kuat dan gagah. Hanya ada satu saja cara yang dapat selamatkan BN dalam pru 13 ini..... menipu dalam pilihanraya.

Kajian UM menunjukkan pengundi cenderung ke manifesto Pakatan-M'insider



Photobucket

Tuan Guru Dato' Dr Haron Din

on






Tuan Guru Dato' Dr Haron Din bersama-sama mengangkat tiang untuk menaikkan bendera PAS di puncak Gunung Medan di Perlis semalam .. 


Jika kemenangan saya di dalam pilihanraya ini adalah satu kebaikan kepada agama saya, kepada diri saya, masa saya yang sekarang ini ataupun masa depan saya, maka saya inginkan kemenangan itu.

Maka jika kemenangan saya membawa keburukan kepada agama saya, diri saya, masa saya yang kini mahupun masa depan yang mendatang sehingga ke akhirat, maka jangan berikan saya kemenangan itu. (Tuan Guru Dato' Dr Haron Din - 8 April 2013, Bandar Baru Bangi)


Photobucket

Peguam Percuma Untuk Kakitangan Awam Yang Dikenakan Tindakan Disiplin Kerana Menghadiri Ceramah Pakatan......UMNO BN Sedang Kelemasan.

on



INI KALI LAA....

PAS hari ini memberikan jaminan akan membela kakitangan awam yang dikenakan tindakan disiplin kerana menghadiri program calon pembangkang.

Di dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, para kakitangan awam yang dianiaya akibat politik kotor dan peras ugut ini akan dibela oleh Pasukan Guaman PAS dan Pakatan Rakyat, terutamanya mereka yang berada di Putrajaya.

“PAS hari ini memberi jaminan kepada mereka yang teraniaya, terutamanya 
kakitangan awam yang diambil tindakan disiplin kerana mendengar ceramah dan menyertai program calon PAS P-125 Putrajaya Datuk Husam Musa dan mana-mana calon Pakatan Rakyat yang lain, akan dibela oleh Pasukan Guaman PAS/Pakatan Rakyat,” tegas Mustafa dan Tuan Ibrahim.


PAS, kata mereka, mendapat laporan bahawa ramai kakitangan awam dikenakan pelbagai ugutan dan tekanan oleh  Ketua Jabatan masing-masing dan ahli politik BN kerana menghadiri ceramah dan program calon parti pembangkang.

Mustafa dan Tuan Ibrahim turut berkata politik kotor dan peras ugut sedemikian harus dihentikan segera.

“Rakyat dan kakitangan awam berpeluang menamatkan semua ini dalam 10 hari akan datang. Undilah dengan bijak dan undilah untuk perubahan demi Malaysia yang lebih demokrasi dan makmur,” tambah mereka.

KENYATAAN MEDIA

Pasukan Guaman PAS akan bela sesiapa yang diambil tindakan disiplin kerana menghadiri ceramah Datuk Husam Musa

PAS mendapat laporan bahawa ramai kakitangan awam dikenakan pelbagai ugutan dan tekanan oleh  Ketua Jabatan masing-masing dan ahli politik BN kerana menghadiri ceramah dan program calon Pakatan Rakyat.

PAS hari ini memberi jaminan kepada mereka yang teraniaya, terutamanya kakitangan awam yang diambil tindakan disiplin kerana mendengar ceramah dan menyertai program calon PAS P-125 Putrajaya Datuk Husam Musa dan mana-mana calon pembangkang yang lain, akan dibela oleh Pasukan Guaman PAS/Pakatan Rakyat.

Politik kotor dan peras ugut sedemikian harus dihentikan segera. Rakyat dan kakitangan awam berpeluang menamatkan semua ini dalam 10 hari akan datang.

Undilah dengan bijak dan Undilah untuk perubahan demi Malaysia yang lebih demokrasi dan makmur.




Photobucket

Ceramah Pertama Bekas NC Universiti Pertahana Di Datuk Keramat

on




Bekas Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) Leftenan Jeneral (B) Datuk Ir Ismail Samion akan menyampaikan ceramah sulungnya di Datuk Keramat malam ini selepas menyertai PAS pagi tadi.

Beliau akan berceramah bersama calon PAS P119 Titiwangsa Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi dan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said pada jam 9.30 malam ini.

Ismail menyerahkan borang permohonan menyertai PAS kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali di Pusat Media PAS, Jalan Raja Laut pagi tadi dengan disaksikan Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar.

Ismail merupakan lulusan dari Universiti Reading, UK dalam bidang kejuruteraan mekanikal pada tahun 1980.

Beliau telah berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia selama 38 tahun sebagai seorang jurutera dengan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Komandan Akademi Tentera Malaysia (MAM) dan akhirnya sebagai Naib Canselor (VC) di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Kerjayanya dalam TUDM bermula sebagai seorang jurutera junior di skuadron pengangkutan (helikopter) dan semakin memuncak apabila dilantik ke jawatan Penolong kepada Ketua Tentera Udara (Kejuruteraan).

Beliau dilantik sebagai ketua jurutera TUDM (1997 hingga 2000) sebelum dilantik sebagai komandan MAM pada tahun 2001.

Apabila Akademi dinaik taraf kepada Universiti Pertahanan Nasional pada tahun 2006, beliau telah dilantik sebagai Naib Canselor pertama. 

Beliau merupakan jurutera pertama yang dilantik sebagai Naib Canselor sesebuah IPTA.



Photobucket

BN Gelabah, Jelas Putrajaya Dah Goyang

on







Sumber Umno memberitahu Harakahdaily pertandingan yang paling dirisaukan para pemimpin tertinggi Umno-BN kali ini ialah Putrajaya dan Gelang Patah.

Persaingan kerusi di Putrajaya, katanya, semakin memihak kepada calon PAS iaitu  Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS.

“Umno-BN gelabah sehingga mengenakan pelbagai tekanan pada penjawat awam di sana untuk menghindarkan mereka menghadiri ceramah Husam. Tapi semakin ditekan, semakin ramai penjawat awam yang setiap hari bertanya mengenai sambutan ceramah Husam.

"Ramai tak? Berapa ramai? Itulah soalan yang ditanya tiap-tiap malam oleh penjawat awam yang tidak berani hadir ceramah Husam kerana takut dikenakan tindakan oleh ketua jabatan,” kata sumber Umno itu.

Semalam, Husam melahirkan rasa sedih dan kecewa dengan satu maklumat yang diterimanya berhubung ada AJK di sebuah surau di Putrajaya dipecat berkuatkuasa serta merta hanya kerana membenarkan beliau mengadakan majlis suai kenal di surau tersebut.

(Orang ramai yang memenuhi ceramah Husam di Putrajaya)

"Saya mohon pada semua sahabat-sahabat yang baru saya kenali di Putrajaya, penduduk-penduduk Putrajaya dan seluruh rakyat negara Malaysia yang beragama Islam berdoa mohon kepada Allah supaya budaya politik sempit begini ditamatkan pada 5 Mei ini," katanya.

Beliau berkata situasi itu menyebabkan mood perubahan warga Putrajaya semakin meningkat.

Menjawab persoalan Harakahdaily mengapa Umno harus gelabah di Putrajaya sedangkan itu kubu kuat mereka, sumber Umno itu menyatakan kerana mood di ceramah Husam sungguh memberi inspirasi ke arah perubahan.

“Sesiapa saja hadir akan terpukau dan akan tergerak hatinya untuk mengundi PAS dan Pakatan Rakyat kali ini,” katanya lagi.
Sumber Umno itu turut menyatakan bahawa pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak dan Mahathir bakal bertandang ke Putrajaya tidak lama lagi untuk menyelamatkan calon mereka Setiausaha Agong Umno Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Muhyiddin dah turun ke Putrajaya dan terus serang Husam. Selepas ini Najib dan Mahathir akan datang menyerang Husam, itulah indikator Putrajaya dah goyang,” katanya.

Hasil kajian yang dikeluarkan Pusat Kajian Pilihan raya dan Demokrasi Universiti Malaysia (UMCEDEL) yang menyatakan populariti Najib lebih rendah berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam siapa lebih layak menjadi Perdana Menteri telah memberikan keyakinan untuk penjawat awam untuk membuat keputusan.

(Lim Kit Siang di Gelang Patah)

“UMCEDEL dah bagi bayangan Umno-BN akan tumbang. Kalau ada kakitangan kerajaan di Putrajaya yang sebelum ini takut undi Husam, ketakutan itu semakin berkurangan.

"Mereka dah berbisik sesama sendiri - nak takut apa, saya undi untuk kerajaan, tapi kerajaan yang baru. Mereka undi menyokong kerajaan baru, jadi apa nak takut?” katanya dengan berseloroh.

Sumber Umno itu turut memuji kenyataan bersama Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang memberi jaminan kepada para kakitangan awam yang dianiaya akibat politik kotor dan peras ugut ini akan dibela oleh Pasukan Guaman PAS dan Pakatan Rakyat, terutamanya mereka yang berada di Putrajaya.

“Pengumuman itu sangat ditunggu-tunggu oleh seluruh warga Putrajaya,” kata beliau, yang yakin ada YB Putrajaya yang baru selepas 5 Mei ini.



Photobucket

Ustaz Azhar Idrus - INI KALILAH

on







Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List