Membeli Undi dan Pengundi Luar

on Apr 26, 2013





I. Ancaman dan keganasan terhadap pekerja Pakatan Rakyat, Pemantau dan sukarelawan pertubuhan awam semakin menjadi-jadi. Lebih dari 400 aduan polis telah dibuat. Pembelian undi dan rasuah adalah berleluasa. BN amat risau mereka akan tewas dan sedang menggelabah membeli undi dengan hadiah, wang dan baucer wang, dari RM50 di Pulau Pinang ke RM1000 di Sabah. Kita ada bukti video dan ini akan dikeluarkan dalam sikit hari lagi.

II. Dalam suatu lagi repot dan analisis keatas Daftar Pengundi yang akan dikeluar sikit masa lagi, terdapat beberapa penemuan yang menggemparkan. 28,593 pengundi berdaftar adalah orang Indonesia, Filipina, Pakistan dan Bangladesh – mereka yang dari negara-negara yang membekalkan kebanyakan dari pekerja asing di Malaysia. Sabah sahaja mempunyai 15,907 pengundi berdaftar kebanyakannya dari Filipina dan Indonesia. Selangor adalah kedua terbesar dengan 4,324 pengundi asing.

Kebanyakan pengundi asing ini akan mengundi di Sabah, Selangor dan Kuala Lumpur. Kawasan pilihanraya parlimen dengan jumlah terbesar mereka ini termasuklah Silam, Kibaran, Kelabakan, Sepanggar dan Tawau.

Apa yang lagi merisaukan ialah 16,589 dari pengundi asing ini diberikan “Kod Negeri” Sabah (ia-itu lahir di Sabah) walaupun mereka adalah dari Indonesia atau Filipina. Malah terdapat 42 pengundi asing dari Filipina, Indonesia dan Pakistan yang didaftarkan sebagai “Pengundi Pos” didalam Tentera dan Polis.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mesti menerangkan serta-merta kenapa terdapt beribu-ribu pengundi asing dalam Daftar Pengundi dan kenapa sesetengah dari mereka diberi Kod Negeri tempatan dalam kad pengenalan mereka, dan bagaimana ada yang berdaftar sebagai Pengundi Pos dalam Tentera dan Polis.

III. Pengundi Sabah khususnya dan Malaysia amnya telah tertipu keatas hak demokrasi mereka. BN masih berlengah-lengah lagi tentang bagaimana hendak selesaikan masalah “Projek IC” yang mereka sendiri ujudkan. Bagi Pakatan adalah jelas, kami akan mengarahkan SPR untuk membersihkan Daftar Pengundi dalam masa 100 hari pertama dalam kerajaan.

Saya menyeru semua pengundi yang sah agar keluar pada 5 Mei dan mengundi. Jangan biarkan mereka yang telah korupkan sistem demokrasi kita merampas demokrasi ini dari kita. Kita mesti pertahankan hak kita sebagai rakyat Malaysia.




Kenyataan Media
25 April 2013

Anwar Ibrahim







Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List