RAMALAN ORANG YANG HATI NYA SEDANG SAKIT

on Apr 26, 2013


Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meramalkan Pas akan keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) suatu masa nanti kerana terdapat pertembungan ideologi dan dasar yang serius di antara mereka.
   
"(Mengenai) soal dasar, ada yang (mahu) tubuhkan negara Islam dan laksanakan hukum hudud, hari ini perbahasan dalam suratkhabar jelas membuktikan pertembungan yang serius dan tidak ada sepakat (di antara mereka).
   
"Saya juga fikir dalam satu peringkat nanti (bila) begitu genting keadaannya, akhirnya Pas pun kata, kalau beginilah saya (Pas) terpaksa keluar daripada pakatan pembangkang," katanya.
   
Muhyiddin berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran sisipan Aku Janji Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan di Dewan Orang Ramai Kampung Felda Sendayan di sini hari ini.
   
Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin dan calon-calon BN bagi kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) negeri ini.
 
Muhyiddin berkata jika ditakdirkan pakatan pembangkang menerajui negara dan pertembungan itu masih berlaku, maka politik negara akan goyah kerana kerajaan yang hendak dibentuk akan terumbang-ambing dan seterusnya membawa kesan buruk kepada negara.
   
"Kalau kita lihat bagaimana debat mengenai negara Islam dan hudud yang disuarakan oleh pihak Pas ditentang dengan hebat, dan ini menjadi teras dalam perjuangan Pas.
   
"Pertembungan yang agak luar biasa itu akan menyebabkan Pas disisihkan, kerana kerusi (Parlimen) yang Pas bertanding pun hanya 70 lebih sahaja daripada 222 kerusi (Parlimen).
   
"(Dan) saya jangka Pas hanya menang sebahagian daripada itu sahaja, (jadi) bagaimana Pas hendak mempengaruhi majoriti yang terdiri daripada PKR dan DAP?" soalnya.
   
Beliau berkata tidak sewajarnya rakyat memutuskan untuk membuat suatu perubahan yang mendadak atau luar biasa hanya kerana mereka fikir BN sudah terlalu lama memerintah.

"Ada yang nak mencuba sesuatu yang baru tapi saya berpendapat pengalaman yang sedia ada, kita (BN) telah melalui zaman senang dan susah menguruskan ekonomi negara, masalah keselamatan negara waktu awal-awal dulu, soal komunis.
   
"Ini pengalaman yang tidak ada bagi pihak parti pembangkang lebih-lebih lagi pakatan pembangkang jadi lebih rapuh," katanya.
   
Muhyiddin berkata walaupun banyak perkara yang menunjukkan ketidaksepakatan pakatan pembangkang dari dahulu sehingga sekarang, namun mereka masih berselindung atas nama itu.
   
Beliau juga percaya bahawa sokongan rakyat dan akar umbi terhadap BN semakin meningkat, mengikut bancian sikap pengundi yang dijalankan parti gabungan berkenaan.
   
"Saya yakin rakyat sudah mula yakin dan ini jelas terbukti di banyak kawasan mempunyai peningkatan (sokongan) yang agak baik dan memberi kelebihan kepada BN," katanya.
   
Aku Janji bertajuk 'Satu Kejayaan Suatu Pengharapan, Janji Ditepati' itu mengandungi 45 janji yang akan dilaksanakan sekiranya BN terus diberi mandat mentadbir negeri ini pada pilihan raya umum ke-13.   - Bernama




Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List