MEDIA BN..... LAGI KUAT KO KUTUK LAGI BANYAK UNDI PAKATAN DAPAT.

on Apr 26, 2013





Siaran Berita dalam TV milik kerajaan dan yang dimiliki oleh pihak swasta juga secara terang-terang menjalankan  propaganda  mempromosi BN-UMNO dan mengutuk parti  lawan. Terang-terang. Tanpa berselindung. Tanpa segan dan silu. Kadang-kadang apabila aku melihat keadaan sedemikian, terlintas di kepala aku tentang ‘kebodohan’ yang terserlah pada pelaku-pelaku yang melaksanakan rancangan itu. Apakah mereka tidak terfikir yang rakyat kini sudah boleh berfikir lebih hebat dan lebih matang daripada mereka yang menulis bahan berita berkenaan. Analisis rakyat di luar lebih hebat daripada analisis yang dibuat oleh penulis berita berkenan. Tak  ada rasa malu ke…….

Dalam keghairahan pihak-pihak tertentu untuk mempengaruhi rakyat untuk menyokong BN-UMNO, dipanggil pula ‘golongan bijak pandai’ tertentu untuk memberikan pandangan mereka mengenai sesuatu topik berbau politik. Maka ‘berceloteh’lah  para ‘bijak pandai’ berkenaan ‘menasihati’ rakyat, seolah-olah mereka sahajalah yang pandai dan pernah belajar di universiti dan memperolehi ijazah yang berjela-jela pulak.

Aku hairan lagi. Mengapa ‘bijak pandai’ yang sama yang sentiasa dijemput oleh pihak TV untuk memberikan pendapat. Lagi-lagi ‘ professor’ itu. Lagi-lagi ‘professor’ ini. Aku bertanya diri aku. Professor beberapa kerat ini saja kah yang pandai dan yang wujud di bumi Malaysia ini. Apakah professor yang berlambak-lambak di pusat pengajian tinggi yang lain itu bodoh-bodoh belaka ke? Ataupun mungkin agaknya ‘ professor’ inilah yang telah menulis ratusan kertas kerja yang pernah beberapa kali dibentangkannya di persidangan anatara bangsa di luar negara. Ataupun mungkin segelintir ‘professor’ dan bijak pandai ini sentasa dijemput oleh pihak TV disebabkan mereka pernah dianugerahkan Nobel Laureates, yang kita tak tahu.

Aku terpaksa tulis komen yang sebegini  disebabkan pihak TV milik kerajaan Malaysia ini secara berleluasa bertindak seolah-olah rakyat Malaysia kini dalam keadaan yang cukup bodoh, tongong, tengin, bangang dll. Untuk pengetahuan pihak yang berkenaan, rakyat sebenarnya sedang memerhatikan gelagat ‘tuan-tuan’ semua. Rakyat sebenarnya sudah cukup muak dengan sikap yang ‘tuan-tuan’ tunjukkan. Memperbodohkan rakyat seolah-olah rakyat diluar masih bodoh….

Berita yang berunsur fitnah terhadap DS Anwar Ibrahim hampir setiap malam ditayangkan melalui TV milik kerajaan. Apakah pihak yang bertanggungjawab ‘buta perut’ benar, sampai tidak mampu untuk memikirkan bahwa sebenarnya rakyat sudah tidak lagi mengikuti siaran Berita yang dipancarkan melalui TV kerajaan. Sebenarnya penayangan video lucah dan memburuk-burukkan DS Anwar Ibrahim sebenarnya akan ‘memakan diri’  pihak UMNO-BN sendiri. Hanya penonton yang  sudah ‘ meletakkan jawatannya sebagai seorang yang cerdik’ sahaja yang percaya dan mengagungkan apa yang dilakukan oleh pihak TV dan akhbar berkenaan.




Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List