Ceramah umum di Segamat Johor semalam (24 April 2013 ) dihadiri kurang lebih 20,000 orang. Ada yang mengatakan 30,000 orang. Tak apa ler. Maknanya puluhan ribulah yang hadir. Bagi negeri Johor, jumlah ini luar biasa bagi ceramah anjuran pihak pembangkang. Dikatakan Johor adalah kubu kuat UMNO semenjak dari dulu. Kalau diukur dari segi kehadiran, maknanya kubu kuat UMNO sudah ditembusi. Dan kalau kubu kuat UMNO pun sudah ditembusi, tempat-tempat lain akan senang ditembusi. Diandaikan begitulah.
Di Selangor pula. Apabila TS Muhammad bin Muhammad Taib, bekas Menteri Besar Selangor ( yang pernah menjadi Naib Presiden UMNO dan calon untuk Timbalan Presiden UMNO) meninggalkan UMNO kesannya bukan sedikit. TS Muhammad Taib adalah anak kesayangan orang Selangor selepas Dato Harus Idris. Tanyalah siapapun. Mereka akan setuju dengan kenyataan aku tu.
Begitu juga apabila Dato’ Kamilia Ibrahim ( Timbalan Ketua Wanita UMNO) meninggalkan parti itu akan membawa kesan negatif yang bukan sedikit kepada UMNO itu sendiri.Jadi tiga negeri yang menjadi kuat kuat UMNO ( dulu) kini sudah hampir berkecai. Walaupun pemimpin UMNO ke hulu dan kehilir berteriak mengatakan UMN-BN sebuah parti yang kuat, namun dalam hati mereka sentiasa berbisik mengatakan “ UMNO sedang nazak’
Yang disebutkan di atas adalah dua orang yang pernah menjadi pemimpin tertinggi dalam UMNO. Yang meninggalkan UMNO kerana dipecat juga ramai. Juga akan meninggalkan kesan negatif kepada UMNO. Sekurang-kurangnya mereka dan juga pemimpin yang ada bersama mereka.
BN (UMNO) dalam tahun 2013 banyak sangat keluarbiasaanya, terutama apabila mengahdapi PRU 13. Ahli UMNO veteran banyak yang hairan melihat ‘kelaku’ UMNO-BN kini, tetapi mereka tak berani bercakap atas banyak sebab. Tak berani nak membuka mulut pun. Jadi lebih baik mereka diam. Jaga tepi kain sendiri. Moga-moga ‘periuk nasi tidak dimasukki pasir’.
‘Aku tak pernah tengok lagi UMNO sebegini” kata seorang kawan yang merupakan pendokong UMNO totok. Kawan baik aku. Dah lama dalam UMNO. Dah pernah pegang jawatan tapi kini dah ‘pencen’. Orang kaya kini. Sekarang duduk sebagai pemerhati dari luar. Memberi komen kepada aku dan biasanya ketika sama-sama pulang dari masjid.
Apakah dengan memecat 61 orang ahli UMNO bukan satu hal yang luar biasa. Aku rasa tak pernah berlaku lagi hal sebegini melainkan berlaku pada PRU 13. Pejuang UMNO cuba menyembunyi fakta ini. Pejuang UMNO cuba menutup bangkai gajah dengan nyiru. Sebenarnya hal sebegini sudah tidak boleh diempang dan disekat lagi. Di peringkat bawahan ( grassroots) sudah mula ternampak kesan negatif yang meresap ekoran daripada tindakan pucuk pimpinan itu. ‘Api sedang merebak dalam sekam’. Dalam masa beberapa hari lagi kita lihat asapnya berkepul dan terbakar.
Ahli UMNO sedang menjalankan revolusi senyap. Sesenyapnya. Pihak pembangkang pula sedang menendang dan menerajang secara terang-terangan. Nampak jelas secara mainan saikologinya, UMNO sedang melarikan diri ‘lintang pukang’. kata orang putih. 61 orang pemimpin UMNO yang dipecat itu bukan calang-calang pemimpin. Dan mereka juga mempunyai ramai pengikut. Walaupun pada luarannya menampakkan ahli UMNO yang tinggal mereka memberikan sokongan padu kepada kepimpinan UMNO tetapi sebenarnya perasaan dendam sedang membara di hati mereka. Hanya menunggu masa untuk diletupkan dan diringi dengan ungkapan kepuasan ‘ padan muka!’…..
Apakah yang telah terjadi kepada UMNO selepas DS Anwar Ibrahim dipecat pada tahun 1998? Kesan semertanya amat mendalam. Nyaris BN kalah dalam pilihan raya berikutnya. Untuk memulihkan keadaan, Dr. Mahathir mengambil masa yang agak lama untuk menenggelamkan pengaruh DS Anwar Ibrahim dengan bermacam-macam rancangan dan projek yang semata-mata tujuannya untuk ‘menghilangkan ‘ Anwar Ibrahim. Tidak mudah menghilangkan imej beliau di hati dan perasaan rakyat. Dan kini pengaru DS Anwar Ibrahim sudah memuncak di seluruh Malaysia. Jangan diempang, jangan disekat. PECAH!!........
Begitu jugalah tidak mudahnya pengikut-pengikut Kamilia, Mat Taib dan pengaruh beberapa orang pemimpin UMNO lain yang dipecat.
Peristiwa calon UMNO-BN yang menarik diri dari bertanding kawasan parlimen Pasir Mas menarik perhatian banyak orang. Hairan. Luar biasa betul. Bagaimana boleh menarik diri pada saat-saat akhir atas alasan calon (yang mendapat watiqah dari BN ) itu menganggap calon yang menggantinya sebagai saudara kandung sendiri. Lebih kurang begitulah katanya.Pada pendapat aku tak berapa kenalah alasan yang diberi. Dan yang hairanya komen TV dan akhbar milik kerajaan hampir tiada langsung tentang perkara ini, sedangkan bagi aku inilah berita yang paling besar dan paling menggemparkan menjelang PRU 13.
Tindakan ini maknanya ‘melawan arahan ketua’ ataupun ‘sabotaj’ ataupun boleh dikatakan ‘cuba menipu Presiden UMNO’. Namun begitu tidak adapun kedengaran tindakan dari mana-mana pihak terhadap perbuatan yang sebegini. Mungkin belum lagi. Yang itu aku tak tahu ler. Tetapi aku nampak isu ini cuba dilenyapkan begitu saja. Aku tak tahu apakah tindakan yang akan dan telah diambil oleh puncuk pimpinan terhadap individu tertentu.
Aku tak mahulah menyentuh secara terperinci mengenai calon bebas yang bertukar menjadi BN –UMNO yang bertanding di Kelana Jaya menentang calon Pakatan-PAS Khalid Samad. Hampir ‘seluruh Malaysia’ hairan dan terpegun bagaimana DS Najib boleh memilih calon berkenaan untuk bertanding disitu. Aku hanya mahu menyentuh perasaan ahli UMNO yang terguris kesan daripada tindakan DS Najib itu.
Pasti ramai ‘anak kandung’ UMNO akan terasa hati apabila DS Najib memberi layanan yang cukup istemewa kepada ‘anak angkat’ yang baru saja diterima sebagai ‘anak angkat’. Apakah rasionalnya DS Najib sanggup mengenepikan ‘anak kandung’ sendiri yang telah memberikan sumbangan yang begitu lama dalam UMNO. Dalam susah senang bersama sedangkan ‘anak angkat’ ini yang pernah suatu ketika dulu amat ‘menyusahkan’ UMNO dengan kerenah yang berbagai-bagai. Kini DS Najib seolah-olah melupakan kerenah-kerenahnya itu dan mengangkatnya sebagai ‘anak emas’.
Hati mana yang tidak terguris…..
Abuhassanadam
0 comments:
Post a Comment