PACA - POLLING AGENT COUNTING AGENT BENTENG TERAKHIR...

on Apr 26, 2013




Sejak merdeka sehinggalah sekarang, Tanah Melayu masih lagi menggunakan istilah Bahasa Inggeris, Polling Agent Counting Agent. PACA.

Polling Agent akan berada di pusat pengundian manakala Counting Agent berada di tempat mengira undi.

Aku pernah menjadi sukarelawan PACA mewakili PAS pada PRU 12. Sijil perakuan dari PAS itu masih aku simpan sampai sekarang. 

Beberapa hari sebelum bertugas, kami para sukarelawan diberi taklimat benda apa itu PACA dan bagaimana PACA berfungsi oleh otai-otai PACA terdahulu. 

Di sinilah baru aku tau betapa haramjadahnya UMNO. Penipu pengelat numero uno. Bacul. Penakut.

Tambahan pula sekarang ini mereka tengah nyawa-nyawa ikan. Akan sehabis ikhtiar dan daya mengelat/menipu untuk menang.

Sia-sia saja kita tengah malam main embun jantan memacak bendera. Sia-sia kita berdiri di lampu isyarat mengedarkan risalah. 

Namun semasa bertugas ketika itu, kami tidak pulak bertemu kes-kes menipu. Tapi, mana tau, mungkin satu kes telah lolos? UMNO ini terer menipu ya tuan-tuan...

Aku masih ingat bagaimana kawan aku Sheikh, bertanya dari luar pagar, "macamana? ok tak?". Aku jawab, "Ok sesangat. Setakat ini kita masih leading". Punya la dia seronok, tup-tup dia pegi duduk bawah pokok ketapang menangis terisak-isak sambil tutup muka. Kah kah kah! Apa punya perangai daaa...

Hari itu Azmin Ali dan Shaari Sungip menang bergaya. 

Tapi barang harus diingat, PRU kali ini lain macam. Kita akan berlawan dengan orang dah nak mati lemas. Orang dah nak mati lemas ini akan capai apa saja sekuat tenaga untuk menyelamatkan diri. Dengan kita sekali akan ditarik masuk dalam air.

PACA inilah benteng terakhir kita setelah berkempen dan berdoa sejak 2008. Bukan sedikit tenaga dan wang ringgit telah dicurahkan disitu.

Amanah yg diletakkan diatas bahu para PACA bukannya kecik ditambah pula dgn kuasa yg amat terbatas.

Jadi untuk para sukarelawan PACA yg mewakili PAS kali ni, kita hantar mereka bertugas dgn diiringi lagu Perwiraku dendangan Saloma bersama isak tangis sedu sedan. Ha ha ha..

Semoga bila kita menang, petrol turun harga, tol dimansuhkan, PTPTN kira langsai, kita akan akhiri dengan ketawa berdekah-dekah. 

Kah kah kah!!!



SAMBUNG BACA KAT SINI


Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List