Cadangan parti tunggal mungkin sebabkan BN terkubur...!

on Jun 2, 2013




KUALA LUMPUR, 2 Jun — Cadangan parti tunggal Barisan Nasional (BN) hanyalah sekadar alasan, dan bukannya penyelesaian kepada sokongan untuk BN, kata analisis mingguan Awang Selamat hari ini, dan berkata idea berkenaan hanya akan menyebabkan BN akan tersungkur untuk selama-lamanya.

Awang dalam analisisnya dipetik akhbar Mingguan Malaysia itu turut berkata, atas muslihat demokrasi dan hak asasi kebebasan, beliau khuatir pelaksanaan idea berkenaan akan menyebabkan BN terjatuh dalam perangkap yang lebih besar dibuat oleh DAP dan PKR.

“Isu paling mendesak pada pasca PRU13 ini bukan parti tunggal, tetapi bagaimana Umno mengukuhkan lagi kekuatannya bagi menghadapi PRU14 nanti, dan bagaimana MCA dan Gerakan dapat bangkit dengan membina kekuatan dalaman mereka terlebih dahulu,” kata Awang dipetik akhbar Umno itu.

Petikan analisis berkenaan dilihat masih lagi menyalahkan masyarakat Cina yang memilih DAP dalam Pilihan Raya 2013, semata-mata mahu menumbangkan kuasa politik Melayu.

“Lebih banyak kita melayan tuntutan kepada keterbukaan lagi mengundang risiko besar. Masyarakat Cina telah memilih DAP untuk menumbangkan kuasa politik Melayu dengan dorongan perhuangan sama rata.

“Selagi itu tidak tercapai, selagi Melayu tidak bersatu apatah lagi ada pemimpin Melayu diperkudakan, selagi itu kaum Cina tidak menyokong BN,” katanya.

Transformasi politik jelas Awang tidak boleh dilaksanakan secara meluas dan dilakukan tergesa-gesa pada masa banyak lagi isu kritikal yang belum ditangani.

“Mengapa perlu bercakap tentang parti tunggal sedangkan untuk mewujudkan konsep sekolah tunggal yang sangat penting keperluannya, ditolak mentah-mentah oleh parti komponen BN sendiri,” kata Awang.

Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno kelmarin turut membincangkan cadangan menjadikan BN sebagai parti tunggal yang membuka keahlian kepada semua kaum tanpa kewujudan parti komponen.

Malah, Umno juga akan mengadakan perbincangan diperingkat makmal bagi mengkaji keperluan tersebut yang telah dikemukakan parti komponen BN daripada Gerakan dan Parti Progresif Rakyat (PPP).

Bekas editor di akhbar berbahasa Inggeris New Straits Times (NST), Datuk A. Kadir Jasin, dalam blognya semalam turut menolak idea berkenaan dan berkata hanya parti komponen BN majoriti Cina yang “nazak” seperti Gerakan, MCA dan SUPP yang akan menimbangkan cadangan itu.

“Presiden Umno, Mohd Najib Abdul Razak, mungkin boleh ‘memujuk’ kepemimpinan Umno untuk melayan (entertain) idea ini, tetapi saya tidak menjangka akar umbi Umno akan menerimanya. Umno adalah parti akar umbi!” kata A. Kadir dalam blognya, merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kadir turut mempersoalkan keputusan untuk menjadikan BN sebagai parti tunggal sedangkan Umno yang menjadi tulang belakang kepada perjuangan parti pemerintah itu diakui sendiri oleh Najib sebagai parti yang kuat.

“Saya tidaklah mahu membuat andaian yang Mohd Najib sekali lagi tunduk kepada kehendak orang Cina apatah lagi selepas beliau sendiri menyalahkan tsunami Cina sebagai punca ketidakcemerlangan prestasi beliau dalam PRU 5 Mei lalu,” katanya.

“Lagipun, seandainya Umno lebih kuat selepas PRU13 seperti Mohd Najib dakwa ketika mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam tadi, mengapa harus ia dibubarkan dan bergabung dengan parti lain menjadi sebuah parti tunggal?” soalnya.

Najib sebelum ini berkata Umno masih kuat apabila berjaya menambah bilangan kerusi Parlimen daripada 79 pada PRU12 2008 kepada 88 pada pilihan raya kali ini, berbanding Pakatan Rakyat (PR) yang hanya memperoleh 89 kerusi daripada ketiga-tiga parti komponen mereka —PKR, PAS, DAP.

Kadir turut berkata, mengapa perlunya Umno dan parti-parti Bumiputera yang kukuh di Sarawak dan Sabah dibubarkan dan digabungkan menjadi parti tunggal semata-mata bagi melayan idea parti-parti Cina BN yang ditolak oleh orang Cina sendiri dalam PRU lalu.

“Kalau Umno dibubarkan bagi memberi laluan kepada penubuhan parti tunggal BN, kemungkinannya banyak ahli dan penyokongnya akan beralih kepada PAS kerana orang Melayu masih berasa mereka memerlukan parti Melayu-Islam,” katanya.

Pemangku Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn minggu lalu berkata cadangan penyatuan antara parti komponen seperti Gerakan, MCA, dan Parti Progresif Rakyat (PPP) tidak dapat dilaksanakan tanpa menjadikan BN parti tunggal kerana setiap parti komponen BN mempunyai Perlembagaan yang berbeza, dan berlandaskan kepada parti berteraskan kaum.

Ulasan GB

Kini masing-masing sudah bertelagah.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Kemenangan dengan penipuan adalah satu jenayah dan tiada keberkatannya. Pertelagahan itu bukti tiada keberkatan.

Seperti yang GB katakan sebelum ini, kemenangan melalui penipuan adalah kemenangan yang rapuh ... dan ia akan tumbang dengan sendirinya kerana "dasarnya" lemah.

GB amat yakin jika kerajaan Najib dan UMNO BN memperolehi kemenangan dengan cara penipuan, kerajaannya akan tumbang tidak berapa lama lagi.

Dan semua yang terlibat dengan penipuan akan tetap dihukum walaupun penipuan itu licik dan tidak diketahui orang. Tetapi Allah Maha Mengetahui! Anda tidak boleh lari.


Malah kemenangan dengan penipuan itu pun hanya memperolehi MARKAH KESIAN dari rakyat: 47%. Ya, 47% undi tetapi mendapat 60% kerusi. Atas nama "demokrasi". Bukankah penipuan namanya?

Masanya akan tiba, UMNO BN bakal berkubur untuk selama-lamanya!

Kebatilan tidak akan dapat mengalahkan kebenaran selama-lamanya. Ia hanya dapat mengalahkan kebenaran sebentar cuma, umpama awan hitam yang menutup sinar ,entari. Lambat-laun awan hitam akan berarak pergi dan sang mentari, kebenaran itu, akan memancar semula ke seluruh bumi.

Itu hukum alamiah, itu hukum Allah swt!




Photobucket

BUKAN SAHAJA SPR DIBAWAH PSC, PENGERUSI & TIMBALANNYA PERLU DITUKAR...!

on Jun 1, 2013




Najib diberitahu SPR perlu diterajui muka baru, bukan sekadar letak bawah PSC


Datuk Ambiga berkata bahawa SPR perlu diterajui muka baru untuk meningkatkan kredibiliti badan pengawas pilihanraya tersebut.  

Usaha meningkatkan kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan meletakkan badan pengendali pilihan raya negara ini di bawah Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) tidak bermakna tanpa menggantikan teraju utama badan berkenaan, kata pemimpin pembangkang dan aktivis pilihan raya.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar perlu diganti dengan individu lain supaya pembaharuan meningkatkan kredibiliti badan berkenaan.

“Tidak bermakna letakkan SPR di bawah PSC sekalipun, anggota mereka perlu letak jawatan,” kata Pengerusi Bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan ketika dihubungi The Malaysian Insider.


“Mereka perlu letak jawatan, itu lebih mustahak supaya mereka mempunyai lebih kredibiliti,” katanya lagi, dan menambah SPR adalah badan bebas yang dilantik di bawah Perlembagaan dan tidak boleh ditolak ke sana-sini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak awal hari ini berkata bagi memperkukuhkan lagi kewibawaan dan kredibiliti SPR, kerajaan memutuskan untuk memindahkan kawal selia dan fungsi SPR kepada satu jawatankuasa khas yang diwakili anggota Parlimen daripada semua parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang.

Najib berkata demikian dalam ucapan sembah tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sempena hari keputeraan Seri Paduka dan istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan di Istana Negara.

Kit Siang pula dalam respon mengenai perkara itu berkata SPR seharusnya bermula dengan muka baru bagi jawatan pengerusi dan timbalannya bagi meningkatkan keyakinan rakyat.

“Pengerusi dan timbalan sekarang beroperasi seolah-olah mereka menjadi protagonis kepada ahli politik dan Barisan Nasional (BN) terhadap pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

“Lebih elok sekiranya Najib mengadakan perbincangan dengan ahli Parlimen PR berhubung cadangan berkenaan sebelum pengumuman dibuat,” kata Kit Siang, yang merupakan ahli Parlimen Gelang Patah.

“Jadi ia akan dilihat sebagai inovasi bipartisan,” tambahnya.


SPR menjadi sasaran dalam mengendalikan Pilihan Raya Umum 2013 apabila didakwa bersekongkol dengan BN bagi membolehkan parti kerajaan itu memenangi pilihan raya walaupun tewas undi majoriti kepada PR sebanyak 49 peratus.

BN memperolehi 133 kerusi, manakala PR memperolehi 89 kerusi Parlimen dengan 51 peratus undi popular.

Pembangkang yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengadakan Himpunan Black 505 di seluruh negara bagi menolak keputusan PRU13.


Photobucket

Khir Toyo dakwa dirinya 'dikambinghitam'

on




Bekas menteri besar Selangor, Dr Khir Mohd Toyo mendakwa beliau dijadikan contoh untuk menunjukkan kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telus dan mahu membanteras rasuah.

Dalam tulisan di blognya hari ini, Khir - yang dikekalkan hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Rayuan semalam - berkata beliau sudah "putus harapan" dan pesimis sekalipun merancang untuk merayu kesnya di Mahkamah Persekutuan.

NONE"Saya sudah tidak peduli lagi jika keputusan telah dibuat untuk memenjarakan saya sebagai ikon untuk menunjukkan kerajaan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ini telus dan mahu membanteras rasuah. Biarlah luncai terjun dengan labu-labunya," tulis Khir dalam blognya.

Semalam Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan bersalah terhadap Dr Mohd Khir bagi tuduhan rasuah yang berkaitan dengan pembelian dua lot tanah berharga dan sebuah rumah di Shah Alam, semasa menjadi penjawat awam.

"Semalam, peguam saya, Datuk Seri Shafee Abdullah bangun mengemukakan pertanyaan kepada tiga orang panel hakim hari ini, 'Apakah benchmark atau tanda aras untuk menyatakan pembelian ini merupakan satu pembalasan yang tidak mencukupi.'

"Pertanyaaan ini bukan sahaja tidak dijawab oleh Hakim Mahkamah Tinggi tetapi juga oleh tiga panel hakim Mahkamah Rayuan. Ini bermakna saya tidak mungkin mendapat sebarang perbicaraan yang munasabah pada akal logik," katanya.


Photobucket

Siasatan Awal Dapati Kematian Remaja 14 Tahun Berpunca daripada Sesak Nafas

on


PILU...Bapa mangsa, Mohamad Sahak, 58, (dua dari kiri) dan isterinya, Maimunah Ismail, 44, ditenangkan oleh ahli keluarga selepas melawat jenazah anaknya, Aimi Hamizah Mohamad, 14, (gambar kecil) di Hospital Melaka


Melaka Tengah: Kematian seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua di Kampung Solok Gaung, Ayer Molek dekat sini, Rabu lalu, dipercayai akibat sesak nafas.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan P R Gunarajan, berkata maklumat itu berdasarkan siasatan ke atas seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang ditahan polis. 

Katanya, mengikut keterangan awal, remaja yang juga kekasih mangsa, mengaku pergi ke kawasan semak iaitu lokasi mangsa ditemui dengan menaiki motosikal jenis Yamaha RXZ. 

Temui mangsa malam kejadian

Beliau berkata, suspek tinggal di taman perumahan sama mengambil mangsa pada malam kejadian, sebelum ke kawasan semak terbabit, kira-kira jam 9 malam.

Tidak lama selepas itu, mangsa dikatakan mengalami sesak nafas dan suspek cuba memberikan bantuan pernafasan (CPR), namun gagal. Panik dengan keadaan itu, suspek bertindak meninggalkan mangsa, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, Bukit Beruang di sini, semalam.

BH semalam melaporkan, remaja lelaki itu ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Aimi Hamizah Mohamad, 14, di kawasan semak, kira-kira empat kilometer dari kediamannya. 

Mayat mangsa yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Molek yang lengkap berbaju kurung ditemui terbaring di atas papan lapis oleh sekumpulan remaja lelaki kira-kira jam 7 malam Rabu lalu ketika mereka sedang bermain bola sepak di tanah lapang berhampiran kawasan semak berkenaan.

Mengulas lanjut, Gunarajan berkata, suspek turut bertindak mengambil beg yang mengandungi buku serta telefon bimbit milik mangsa, sebelum meletakkannya di surau berhampiran.

Siasatan masih dijalankan kerana laporan bedah siasat tidak dapat mengenal pasti punca kematian mangsa kerana keadaan mayat yang mereput.

Kita akan menyiapkan kertas siasatan dan mengambil keterangan suspek sebelum menyerahkannya kepada pihak pendakwaan dan menunggu arahan selanjutnya, katanya.

Beliau berkata, suspek direman sehingga 6 Jun ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. (BH)




Photobucket

Kritik kerajaan akan dibatalkan pasport mereka? Kenapa begitu?

on





Dalam keadaan kedua-dua pihak pembangkang dan parti kerajaan sedang berperang mulut berhubung dengan banyak isu, keluar pula kenyataan yang sangat mengelirukan dari Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Dato' Alias Ahmad. Mengapa dan kenapa kenyataan yang sangat mengelirukan ini dikeluarkan, hanya beliau sahajalah yang tahu.

Dato' Alias telah mengeluarkan kenyataan bahawa Jabatan Imigresen mempunyai hak untuk membatalkan pasport rakyat Malaysia yang mengkritik kerajaan di luar negara dan ini tidak dapat diterima. Mengkritik kerajaan yang memerintah adalah hak rakyat negara ini dan ia boleh dilakukan di mana-mana, samada di dalam atau dari luar negara.

Kita bersetuju rakyat yang mengkritik dan memburukkan negara itu wajar diambil tindakan seperti itu, tetapi setakat mengkritik kerajaan yang mereka anggap rasuah dan menyalahgunakan kuasa itu bukannya mengkritik negara. Jika seorang rakyat mengkritik kehadiran sistem negara seperti kedudukan Raja-Raja Melayu dan apa yang berkaitan dengannya adalah salah bagi negara ini dan wajar pasport mereka dibatalkan.

Tetapi jika seseorang mengkritik kerajaan yang rasuah dan menyalahgunakan kuasa dan membantutkan usaha memperkayakan perpaduan kaum itu tidak salah dan adalah ‘ultra-vires’ jika tindakan diambil terhadap rakyat itu. Jika semua kritikan terhadap kerajaan itu membolehkan pasport mereka terbatal maka negara kita seolah-olah sebuah negara yang zalim dan tidak bertamadun.

Rakyat dan pemimpin yang meminta pertolongan kuasa asing, misalnya CIA, untuk menumbangkan kerajaan, itu adalah tindakan yang jahat dan perlu pasport mereka itu ditarik balik atau dibatalkan terus. Tindakan ini adalah tindakan memusuhi negara dan Yang Di Pertuan Agong, maka mereka wajar dibatalkan pasport mereka.

Tetapi jika setakat mengatakan Najib atau Muhyiddin sebagai pemimpin yang tidak sesuai dengan negara, itu adalah isu politik dalaman dan tidak sepatutnya pihak imigresen membatalkan pasport mereka. Tuduhan seperti itu pun sememangnya ada kebenarannya.

Apabila kita mendengar kenyataan-kenyataan seperti ini dikeluarkan oleh mereka yang memegang amanah untuk mentadbir jabatan dan negaranya, kita amat khuatir dengan jenis apa negara kita akan berada pada masa-masa yang akan datang.

Saya secara peribadi berharap Ketua Pengarah Imigresen itu akan membuatkan pencerahan yang betul kerana ramai rakyat yang sedang tertanya-tanya kenapa kenyataan itu keluar dalam waktu yang sangat panas ini. Adakah kenyataan itu untuk menyediakan pemikiran rakyat yang jika ada pimpinan mana-mana pihak yang akan dibatalkan pasportnya nanti, rakyat diminta tidak bertindak dengan cara ganas atau apa?

Ramai yang sangat keliru sekarang ini. Ada pihak yang menggunakan kuasa sejak berdekad-dekad lamanya. Ada pihak yang telah merasakan akan dapat menggantikan kuasa sudah begitu celupar untuk mengambil tindakan dan memenjarakan pihak yang akan digantikannya itu.

Kalau hendak ambil tindakan pun biarlah setelah kuasa diperolehi. Tidak perlu bercakap besar di atas nama ketegasan dan pembaharuan. Apabila ternampak 'rusa di hutan tembak dahulu baru bersorak'. Tetapi mereka ini bersorak baru hendak menembaknya. Belum pun sempat menembak rusa sudah cabut lari.

Bila rusa sudah lari, marah-marah pula kepada semua orang kerana kesalahan sendiri itu. Diri sendiri tidak pernah bersalah. -aspanaliasnet

Peguam: Tiada peruntukan untuk batal pasport 

Akta Pasport 1966 tidak mempunyai peruntukan bagi pembatalan pasport Malaysia seperti yang didakwa oleh Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Alias Ahmad, kata para peguam.

"Selepas meneliti Akta Pasport, saya tidak dapat mencari peruntukan mana yang membolehkan (Imigresen membatalkan pasport)," kata peguam Syahredzan Johan (kiri).

Malah, katanya, beliau tidak tahu adanya sebarang undang-undang yang membolehkan kerajaan membatalkan pasport Malaysia.

Bagaimanapun, katanya, terdapat undang-undang individu yang memperuntukkan kuasa untuk menghalang individu daripada meninggalkan Malaysia, contohnya, di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) 1997 dan Akta Kebankrapan 1967, dan juga mereka yang diikatjamin berkaitan kesalahan jenayah.

Dalam mesej teks kepada Malaysiakini, Syahredzan bagaimanapun menegaskan bahawa akta-akta tersebut hanya melarang individu keluar negara ini, tetapi bukan membatalkan pasport Malaysia yang sah.

David Matthews, seorang pakar dalam bidang tersebut, berkata sekatan ke atas individu di bawah undang-undang yang berasingan itu, bagaimanapun, tidak boleh dilakukan secara pentadbiran oleh ketua pengarah (KP), tetapi mesti melalui suatu perintah mahkamah.

Menurutnya, Akta Pasport merupakan satu undang-undang pentadbiran dan tidak berurusan tentang kewarganegaraan dan lain-lain.

Ketika dihubungi, David berkata, ia hanya membolehkan KP mengeluarkan bukan warganegara yang memasuki Malaysia secara haram, dan tidak terpakai kepada rakyat tempatan.

Beliau berkata KP boleh berhujah bahawa di bawah Seksyen 12D akta tersebut, beliau boleh diberikan kuasa oleh menteri, tetapi ini lebih merujuk kepada perkara-perkara dasar.

Tetapi, tambahnya, apa-apa arahan seumpama itu hendaklah munasabah dalam erti kata undang-undang pentadbiran dan juga adil.

'Mencemarkan imej negara di luar negara', tambahnya, adalah samar-samar dan tidak boleh dijadikan sebab untuk membatalkan pasport.

Dalam soal pembatalan kewarganegaraan, katanya, ini adalah dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan, tetapi hanya boleh diguna jika seseorang warganegara itu melakukan perkara-perkara yang membatalkan kewarganegaraannya.

Katanya, ini termasuk perkara-perkara seperti menerima kewarganegaraan negara lain atau melaksanakan hak-hak rakyat negara lain, seperti mengundi.

"Tetapi ia bukan pembatalan per se. Seseorang itu tidak boleh dinafikan hak kewarganegaraan," katanya.

Beliau menambah, jika 6,564 orang yang disebut itu, didakwa di negara asing, maka mereka akan menghadapi hukuman undang-undang di sana.

Semalam, Alias dipetik oleh Berita Harian sebagai berkata, jabatan itu akan membatalkan pasport Malaysia 6,564 rakyat Malaysia, antaranya kerana "mencemarkan imej Malaysia di luar negara".

Alias memberitahu akhbar tersebut bahawa ini selaras dengan Akta Pasport, tetapi tidak menyatakan secara khusus seksyen Akta tersebut.

Bagaimanapun, beliau kemudiannya berkata undang-undang itu hanya membenarkan kerajaan menghalang rakyat Malaysia daripada keluar negara, dan bukan menghalang mereka memasuki Malaysia.

Pada hari Isnin, beliau telah dilaporkan oleh Berita Harian sebagai berkata rakyat Malaysia yang memprotes di luar negara boleh dihalang daripada pulang dan pasport mereka boleh dibatalkan di bawah Seksyen 8 Akta Imigresen 1959/1963.

Menurut Matthews, adalah mengejutkan bagi Alias berkata demikian kerana ia menunjukkan satu kejahilan undang-undang.

Seluruh seksyen itu merujuk kepada pendatang, kata Mathews sambil menambah bahawa cara Alias beralih dari satu akta kepada yang lain, menunjukkan beliau tidak tahu apa yang dicakapkannya.

Seksyen 8, Akta Imigresen menyatakan bahawa KP Imigresen boleh mengklasifikasikan mana-mana bukan warganegara sebagai pendatang yang dilarang, sebagaimana yang ditakrifkan dalam Seksyen 8 (3) akta yang sama, dan melarangnya daripada memasuki negara ini.

Dalam satu kes, kerajaan telah membatalkan pasport pemimpin Hindraf - yang kini menjadi timbalan menteri, P Waythamoorthy - memaksanya ketika itu hidup dalam buangan di London.

Agensi Sempatan United Kingdom, dalam jawapan bertulis kepada permohonan peguam Waythamoorthy di bawah Akta Kebebasan Maklumat, berkata pasport itu "dibatalkan kerana pihak berkuasa Malaysia mahu menangkap Waythamoorthy untuk menghadapi tuduhan jenayah."

Malaysiakini telah berulang kali cuba menghubungi Alias untuk mendapatkan penjelasan mengenai seksyen Akta Pasport yang mahu digunakan untuk membatalkan pasport, tetapi belum berjaya menghubungi. -mk 





Photobucket

Nurul Izzah LEBIH BAHAYA DARI Pencerobohan Lahad Datu...???

on May 31, 2013




Ahli parlimen BN: Halang Nurul Izzah masuk Sabah kesilapan & malapetaka


KOTA KINABALU, 31 MEI: Ahli parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin menyelar tindakan pejabat Ketua Menteri Sabah menghalang Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar memasuki Sabah.

“Saya tak faham mengapa Nurul tak dibenarkan memasuki Sabah. Kalau ini benar, satu kesilapan dan malapetaka.

“Saya rasa ini adalah kesilapan yang besar dan perlu diperbetulkan,” kata Bung Mokhtar dalam twitternya.

Nurul Izzah tidak dibenarkan imigresen Sabah memasuki negeri ini ketia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA kira-kira jam 7.30 malam semalam.

“Saya ditahan oleh imigresen Sabah dan diarah pulang oleh pejabat ketua menteri Sabah. Beginilah nasib demokrasi pasca-PRU 13,” kata ahli parlimen Lembah Pantai itu dalam twitternya.

Beliau juga tidak dibenarkan berjumpa ahli parlimen Penampang, Darell Leiking yang bertindak sebagai peguamnya.

“Saya tidak dibenarkan berjumpa peguam dan diiringi tiga pegawai yang memaksa saya masuk ke dalam pesawat,” tulisnya.

Izzah berkata, terdapat ahli parlimen lain yang tidak dibenarkan memasuki Sabah. Apabila ditanya nama mereka, pihak imigresen berkata ia adalah rahsia.

Dalam pada itu Nurul Izzah turut meyampaikan ucapan selamat hari Kaamatan kepada rakyat Sabah yang akan menyambutnya hari ini.

“Selamat hari Kaamatan Kepada rakyat Sabah. Maaf, tidak dapat bersama kalian. Tapi ingat, hubungan kita sebagai rakyat Malaysia akan lebih kukuh,” kata Nurul dalam twitternya.


Photobucket

SPR bukan parti politik dan Wan Ahmad tidak sepatutnya bertindak seolah beliau seorang wakil rakyat...!

on May 30, 2013




Bekas Ketua Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim membidas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Omar yang mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim memboikot parlimen jika benar-benar yakin berlaku penipuan dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Beliau berkata, kenyataan itu adalah tidak wajar dan tidak sepatutnya datang dari seorang Timbalan Pengerusi SPR.

“SPR bukan parti politik dan Wan Ahmad tidak sepatutnya bertindak seolah beliau seorang wakil rakyat.

“(Dan) SPR sepatutnya bertindak secara berkecuali dan profesional dengan menangani segala kritikan dan dakwaan dari mana-mana pihak sekalipun secara berhemah dan mengikut prosedur undang-undang.

“Mereka sepatutnya mampu mengawal diri dalam apa jua keadaan dan tidak melenting seperti cacing kepanasan apabila dikritik keras,” kata Mat Zain dalam suratnya kepada Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini.

Salinannya dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ali Hamsa, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Peguam Cara Negara, Datuk Idrus Harun.

Ahli SPR dilantik khas oleh Yang di-Pertuan Agong

Setiap ahli SPR dilantik khas oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 114 Perlembagaan untuk mengendalikan pilihan raya Persekutuan atau Negeri dengan bersih dan adil mengikut prosedur undang-undang.

Menurut Mat Zain, sekiranya benar pihak SPR sebuah badan berkecuali dan profesional, mereka sepatutnya boleh membuat siasatan sendiri bagi mengesahkan sama ada benar atau tidak, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri Ke-6 pada 3.April 2009.

Katanya, ini kerana sumpah itu dengan tidak mengikut Jadual Keenam Perlembagaan seperti yang didakwa.

“SPR hanya perlu menonton semula rakaman upacara mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri oleh Najib di-hadapan Yang di-Pertuan Agong Ke-13, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 3 April 2009, serta membandingkan apa yang dilafazkannya dalam upacara tersebut, dengan perkataan sumpah yang wajib beliau angkat sepertimana yang dinyatakan dalam Jadual Keenam Perlembagaan.

“Verifikasi ini boleh diselesaikan dalam tempoh tidak sampai 5 minit pun. Malahan orang ramai juga boleh membuat semakan sendiri dengan menggunakan kaedah yang sama,” kata Mat Zain lagi.

Beliau juga menyarankan SPR mendapatkan kerjasama Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baru Datuk Seri Ahmad Shabbery Cheek untuk menyiarkan acara angkat sumpah Perdana Menteri pada 3.April 2009 itu.

`Filem Tanda Putera’

Ini supaya lebih ramai rakyat yang tidak mempunyai ekses kepada internet, peluang untuk membuat verifikasi yang sama serta sekaligus, dapat memahami isu yang dibangkitkan ini.

“Jika Menteri Penerangan telah menunjukkan keghairahannya untuk filem Tanda Putera ditayangkan kepada umum,maka saya yakin beliau tidak keberatan menayangkan rakaman majlis angkat sumpah yang ringkas itu,” katanya lagi.

Beliau menambah, rakyat boleh membuat penilaian samada Perdana Menteri dan Jemaah Menteri-nya memang sentiasa menghormati dan mematuhi peraturan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan seperti yang mereka sering laungkan, atau ianya sekadar retorik.

Katanya, beliau yakin rakyat akan lebih menyanjung Menteri Penerangan yang baru ini, jika beliau dapat menyiarkan proses perlantikan Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan di kalangan Ahli Dewan Negara yang belum dilantik sebagai Senator seperti kekalutan yang berlaku baru-baru ini, sebagai penambahan ilmu kepada rakyat.

Menurutnya, penerangan seperti ini-lah yang akan dialu-alukan oleh segenap lapisan rakyat khasnya masyarakat luar Bandar dimana mereka boleh menilai sama ada Menteri dan Timbalan Menteri mereka itu jujur ataupun mereka sekadar kaki temberang sahaja.

Mat Zain berkata, persoalan undang-undang melibatkan Perlembagaan hendaklah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan sepertimana yang dinyatakan dalam Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964, (Akta 91.

Harap SPR nyatakan pendirian

Untuk itu beliau berharap SPR dapat menyatakan pendirian mereka secara terbuka sama ada mereka bersedia merujukkan perkara dalam persoalan ini kepada badan tersebut atau sebaliknya.

Dalam isu berkaitan, bekas pegawai kanan polis itu mengulas mengenai dua menteri dan tiga timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong tetapi belum dilantik sebagai Senator.

Kata Mat Zain ia perbuatan yang sangat biadap terhadap Yang Di Pertuan Agong kerana telah meletakkan susunan keutamaan Baginda, di-belakang kedudukan Yang Di-Pertua Dewan Negara.

Sekiranya perbuatan ini bukan suatu pengkhianatan dan penghinaan serta mencemarkan keadaulatan Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja, Mat Zain berkata, Najib wajar menjelaskan kepada rakyat apakah maksud tindakan beliau.

Perdana Menteri, tambahnya juga wajar menjelaskan kepada rakyat sama ada dua orang menteri dan tiga orang timbalan menteri tersebut layak melaksanakan fungsi jawatan masing-masing setelah peruntukan Perlembagaan Persekutuan ditunggang-langgangkan. Jika di kalangan sejumlah 61 orang menteri dan timbalan menteri yang ada sekarang ini,terdapat lima orang atau lebih 8% daripada jumlah itu adalah “ahli haram”, maka keseluruhan Kabinet itu juga terpalit menjadi haram.

Disebabkan nila setitik,rosak susu sebelanga, kata Mat Zain. -FMT



Photobucket

BLACKOUT 505 : SEORANG LAGI TUA KUTUK TAK SEDAR DIRI MENGELUARKAN SUARA BELIAU BEB... KAH KAH KAH !

on






Gua sebelum ini rasanya belum pernah mengulas berkenaan BEKAS Naib Pengerusi DAP yang juga BEKAS Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim... sebab gua rasa cerita beliau hanyalah cerita yang bermula dari RASA TAK PUAS HATI beliau bila tidak DILANTIK semula sebagai Senator bagi wakil DAP... sudah sewajarnya nya beliau TIDAK DILANTIK bila KATA-KATA dan CAKAP-CAKAP sudah MENYERUPAI ISI PERUT SYAITAN YANG DIKENALI iaitu UMNO beb... kalau dicontohkan di dalam PAS ianya sebiji seperti Datuk Hasan Ali JATI yang dah DITENDANG tu ... kah kah kah !.

Namun dari sehari ke sehari gua nampak TINGKAH LAKU Bekas Senator ni bukan main lagi dan seperti BARUA UMNO... memang TAK ADA HAL lah beliau nak jadi BARUA siapa pun kerana itu adalah HAK INDIVIDU... cuma kalau beliau boleh menjadi BARUA UMNO didalam Usia beliau yang boleh dikatakan TUA KUTUK TAK SEDAR kenapa pulak RAKYAT yang menyatakan sesuatu perkara beliau suruh TANGKAP pulak beb... apa beliau INGAT beliau tu siapa beb... SUKA HATI MAK BAPAK beliau aje MENYURUH RAKYAT DITANGKAP...  kah kah kah !.

sumber SH

Cuba tanya kat beliau APAKAH beliau adalah BARUA UMNO ?... gua GERENTI beb secepat KILAT beliau akan MENAFIKAN dengan kata-kata Saya BUKAN BARUA UMNO... saya hanya MENYUARAKAN PANDANGAN yang BENAR... TIADA LAIN MELAINKAN YANG BENAR BELAKA... cuba gak lu DUDUK aje DIAM-DIAM sambil MENTEDARAH PENCEN SENATOR tu kan ke ELOK... JANGAN LAH nak BERSELINDUNG disebalik konon nya BEBAS namun HAKIKAT sebenar nya ialah BARUA UMNO Tunku oiii... kah kah kah !.

Jangan lah lu IKUT seorang lagi TUA KUTUK TAK SEDAR yang namanya Tun Mahathir (Tun Madey) tu... kalau beliau tu memang patut la berperangai sebegitu sebab dari MUDA... TUA dan dah nak MAMPOS pun tak sudah-sudah seperti SYAITAN YANG DIKENALI... ini tidak dah ELOK-ELOK lu tak kena MAKI HAMUN dari RAKYAT lu minta pula kena MAKI HAMUN dari RAKYAT... apa TELOR lu dah makin KEMBANG ke walaupun lu dah TUA Tunku... kalau dah begitu kenapa TAK BERTANDING aje dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU!3) yang lepas... kah kah kah !.



hemmmmm..... lu tahu tak tunku... lu kalau tak masuk dap gua rasa usahkan senator mungkin ketua cawangan pun lu tak kan merasa kalau dalam umno lu tahu tak tunku... orang seperti lu ni hanya berharga bila saja keluar daripada pembangkang... itu pun bukan untuk dijadikan pemimpin tapi dijadikan penchacai... kah kah kah... umporno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee... 
 
A B U.
 
Mat Indera SiPejuang.

Photobucket

PETRONAS: JANGAN TUNGGU RAKYAT MARAH BARU HENDAK BERUBAH

on



PAS menyarankan audit dilakukan terhadap prestasi kewangan dan ketelusan urus tadbir Petronas yang dilihat semakin tidak jelas hala tujunya.

Institut kajian dasar yang mempromosikan tatakelola dan pengurusan minyak, gas dan mineral secara berhemah dan bertanggungjawab, Revenue Watch Institute (RWI), meletakkan Malaysia di tempat ke 34 daripada 58 negara, dengan jumlah markah sebanyak 46 peratus dalam pengurusan hasil minyak dan gas negara.



Kedudukan itu dikeluarkan dalam terbitan terbaru Resource Governance Index (RGI) bagi tahun 2013.

Kedudukan ini jauh lebih rendah dari negara-negara jiran seperti Timor Leste, (13), Filipina (23), dan Indonesia (14).

Malah Mongolia berada di kedudukan yang lebih tinggi iaitu di tempat ke 26.

Pada 2010, Malaysia memperoleh markah sebanyak 48.4 peratus dalam kajian yang sama oleh RWI dan Transparency International (TI).

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, maklumat berkaitan bajet tahunan Petronas, sama ada di sektor huluan ataupun hiliran sukar diperoleh serta tidak jelas.

"Anggaran kasar menunjukkan bahawa Petrnas membelanjakan kira-kira RM35 hingga 40 billion setiap tahun untuk projek-projeknya.

"Angka ini jauh lebih besar daripada kementerian-kementerian penting dalam kerajaan seperti Kementerian Pendidikan dan Kesihatan.

"Malangnya rakyat serta wakil-wakil mereka di Parlimen tidak pernah diberi peluang untuk meneliti sama ada dana yang sebesar itu telah dibelanjakan dengan penuh tanggungjawab dan amanah," katanya pada sidang di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.

Beliau juga berkata, maklumat tentang kriteria-kriteria yang diguna pakai ketika membuat penilaian tender untuk penganugerahan kontrak-kontrak juga tidak jelas.

"Sistem perlesenan dan pendaftaran vendor dan kontraktor yang tidak telus dan seolah-olah sengaja dipersulit jelasa memberi kelebihan kepada syarikat-syarikat yang menjadi kroni-kroni pemerintah BN dan pengurusan tertinggi Petronas untuk membolot kontrak-kontrak yang lumayan ini.

"Sistem perlesenan ini juga telah gagal menyediakan tapak dan peluang, malah menjadi penghalang bagi kontraktor-kontraktor baru dan kecil tempatan untuk berkembang dalam industri minyak dan gas," kata bekas ahli Parlimen Kuala Selangor itu.

Kontrak Petronas berlegar di kalangan kroni

Selain itu, Dzulkifly juga mempersoal tindakan Petronas yang mengagihkan kontrak kepada syarikat kroni sahaja seperti SapuraKencana, Dialog, Petra dan Scomi.

Di kalangan syarikat-syarikat antarabangsa pula katanya, kontrak dibolot oleh syarikat seperti Schlumberger, Halliburton, Technip, Petrofac dan TransOcean yang diketahui rapat dengan pengurusan tertinggi Petronas.

"Sehingga dalam banyak keadaan menyekat peluang kontraktor-kontraktor tempatan sama ada milik bumiputera atau bukan bumiputera. Datuk Seri Najib seolah-olah berlepas tangan, malah merestui amalan-amalan yang tidak telus ini," katanya lagi.

Petronas juga memperkenalkan konsep baru dalam menganugerahkan kontrak bagi membangunkan medan-medan minyak bersaiz kecil yang dipanggil Risk Service Contract (RSC).

Pemenang-pemenang kontrak RSC ini terdiri daripada syarikat yang sama iaitu SapuraKencana, Dialog, Petra dan sebagainya.

Kontrak-kontrak dalam pusingan-pusingan awal RSC sememangnya diadakan secara tender terbuka tetapi kriteria-kriteria untuk menetapkan pemenang-pemenang kurang jelas.

"PAS difahamkan tidak lama lagi satu lagi kontrak RSC akan diumumkan untuk membangunkan medan minyal Bubu di perairan Terengganu dan bakal pemenangnya adalah salah satu daripada syarikat kroni yang dinamakan.

"Apa yang lebih mendukacitakan, untuk pusingan ini, tiada tender terbuka dibuat. Kontrak bakal diberi secara runding terus," katanya.

Senarai Exco Baru Kerajaan Negeri Selangor

on



Berikut adalah senarai Exco Kerajaan Negeri Selangor yang di jangka mengangkat sumpah pada 30 Mei 2013 di di Istana Alam Shah Klang jam 9.00 pagi.

Speaker: YB Hannah Yeo (DAP)

Exco: (1)YB Ust. Sallehen Mukhyi (PAS)
(2)YB Iskandar Samad (PAS)
(3)YB Dr Ahmad Yunus (PAS)
(4)YB Dr Halimah Ali (PAS)
(5)YB Rodziah (PKR)
(6)YB Elizabeth Wong (PKR)
(7)YB Dr Daroyah Alwi (PKR)
(8)YB Dato Teng Chang Khim (DAP)
(9)YB Ean Yong Hian Wah (DAP)
(10)YB Ganabathirau (DAP)

Upacara Mengangkat Sumpah serta Akujanji akan berlangsung di Istana Alam Shah Klang 9.00 pagi esok 30hb Mei 2013.
Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List