Siasatan Awal Dapati Kematian Remaja 14 Tahun Berpunca daripada Sesak Nafas

on Jun 1, 2013


PILU...Bapa mangsa, Mohamad Sahak, 58, (dua dari kiri) dan isterinya, Maimunah Ismail, 44, ditenangkan oleh ahli keluarga selepas melawat jenazah anaknya, Aimi Hamizah Mohamad, 14, (gambar kecil) di Hospital Melaka


Melaka Tengah: Kematian seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua di Kampung Solok Gaung, Ayer Molek dekat sini, Rabu lalu, dipercayai akibat sesak nafas.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan P R Gunarajan, berkata maklumat itu berdasarkan siasatan ke atas seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang ditahan polis. 

Katanya, mengikut keterangan awal, remaja yang juga kekasih mangsa, mengaku pergi ke kawasan semak iaitu lokasi mangsa ditemui dengan menaiki motosikal jenis Yamaha RXZ. 

Temui mangsa malam kejadian

Beliau berkata, suspek tinggal di taman perumahan sama mengambil mangsa pada malam kejadian, sebelum ke kawasan semak terbabit, kira-kira jam 9 malam.

Tidak lama selepas itu, mangsa dikatakan mengalami sesak nafas dan suspek cuba memberikan bantuan pernafasan (CPR), namun gagal. Panik dengan keadaan itu, suspek bertindak meninggalkan mangsa, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, Bukit Beruang di sini, semalam.

BH semalam melaporkan, remaja lelaki itu ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Aimi Hamizah Mohamad, 14, di kawasan semak, kira-kira empat kilometer dari kediamannya. 

Mayat mangsa yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Molek yang lengkap berbaju kurung ditemui terbaring di atas papan lapis oleh sekumpulan remaja lelaki kira-kira jam 7 malam Rabu lalu ketika mereka sedang bermain bola sepak di tanah lapang berhampiran kawasan semak berkenaan.

Mengulas lanjut, Gunarajan berkata, suspek turut bertindak mengambil beg yang mengandungi buku serta telefon bimbit milik mangsa, sebelum meletakkannya di surau berhampiran.

Siasatan masih dijalankan kerana laporan bedah siasat tidak dapat mengenal pasti punca kematian mangsa kerana keadaan mayat yang mereput.

Kita akan menyiapkan kertas siasatan dan mengambil keterangan suspek sebelum menyerahkannya kepada pihak pendakwaan dan menunggu arahan selanjutnya, katanya.

Beliau berkata, suspek direman sehingga 6 Jun ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. (BH)




Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List