30 Juta Rakyat Mesir Turun Ke Jalan Sokong Mursi!

on Jul 7, 2013




Hari Jumaat (6/7) selepas solat Jumaat, jutaan rakyat Mesir dari berbagai penjuru tumpah ruah turun ke jalan. BBC melaporkan jumlah rakyat Mesir yang mendukung Mursi mencapai 30 juta orang.(Kiraan BERNAMA, Utusan, RTM dan Rais Yatim mungkin sekitar 3 ribu sahaja -GB). Mereka mendukung kepemimpinan sah Presiden Mursi dan menolak tegas kudeta tentera.

Pimpinan tertinggi Ikhwanul Muslimin Muhammad Badie muncul dan memberikan ucapannya dalam aksi massa pro Mursi di Rabaa, Kaherah, Mesir.

Badie sebelumnya diberitakan AP, ditangkap oleh militer di daerah Marsa Matrouh, kota pinggiran dekat perbatasan Libya.

Dalam ucapannya seperti disiar alahram, Badie mengatakan kumpulan jutaan orang di Raba mencerminkan kekuatan Mesir dari faksi yang berbeda. "Allah lebih besar dari semua yang mengorbankan dirinya untuk revolusi, Allah saksi kami," ungkap Badei yang disambut takbir dari puluhan juta massa.

Badei juga mengungkapnya dirinya bangga dengan Mursi dan melihat tindakan tentera sebagai tidak berpelebagaan. "Mursi adalah presiden saya dan semua orang Mesir," ungkapnya.

Badie juga tegas menyatakan rakyat takkan berdiam menghadapi makar sampai Mursi kembali ditetapkan sebagai presiden. "We will not leave the streets until president Morsi is reinstated." (Kami takkan meninggalkan jalanan sampai presiden Mursi kembali menjadi presiden yang sah).

Fahmi Huwaidi, penulis dan wartawan senior Mesir, di Aljazeera menyatakan, "Aksi demo 30 juta malam ini membuktikan bahwa rakyat Mesir menolak kudeta!"

Salah seorang kader Ikhwanul Muslimin yang juga pakar sejarah Islam, Muhammad Ilhami turut berucap. Berikut mafhum ucapannya:

"Tak ada pilihan selain mengembalikan kekuasaan Presiden yang sah, Muhammad Moursi. Kerana kami tidak memiliki pilihan lain:

=> Mati di medan perjuangan lebih utama daripada mati di dalam penjara.
=> Peluru yang menembus dada lebih baik daripada peluru yang menimpa punggung belakang.
=> Tembakan bom molotov lebih baik daripada pukulan cemeti.
=> Suasana di medan demonstrasi yang berhadapan dengan pihak keselamatan jauh lebih baik daripada medan penangkapan beramai-ramai.

Hal terburuk dari perlawanan dengan pihak keselamatan adalah huru-hara, namun huru-hara lebih baik daripada (mempunyai) penguasa yang zalim.

Tengoklah sejarah, jika kalian masih ragu-ragu:

Mana yang terbaik?
Harga yang harus dibayar Ikhwan tatkala memilih berhadapan melawan Abden Nasser di tahun 50-an, atau harga yang ternyata dibayar Ikhwan ketika terpaksa menyerahkan diri di tiang gantungan?

Mana yang lebih baik?
Harga yang harus dibayar gerakan Islam melawan kudeta tentera di Algeria dengan harga yang ternyata di kemudian hari dibayar dengan perpecahan-pergeseran-keretakan dalaman yang sebenarnya kental peranan tentera menghancurkan FIS dari dalam. Buktinya, gerakan Islam di Algeria ditumpas habis-habisan hingga tak tersisa. Perhatikan Algeria kini setelah 25 tahun pembonsaian FIS?

Mereka kebingungan tak jelas arah hingga saat ini.

Demi Allah, huruhara-kacau-kisruh jauh lebih baik daripada kekuasaan diktator. Apatah lagi, bukankah huruhara-kacau-kisruh itu juga belum tentu terjadi -dengan izin Allah, insya Allah? Terlebih -kita faham- tentera Mesir bukanlah lembaga yang sentimentil bukan pula lembaga haus materi, dan bukankah tidak semua anggota tentera menyetujui kudeta terhadap Presiden Mursi?

Yakinlah, keteguhan dan kekohan akan melahirkan pertolongan Allah. Di sisi lain, ia akan membuat ragu para peragu. Keteguhan akan melahirkan nikmat berganti kebahagiaan.

Allah Ghaalibun 'Alaa Amrihi


APA KATA MEREKA TERMASUK MEDIA BARAT TERHADAP AKSI DEMONTRASI PRO-MURSI

CNN: Komandan Angkatan Darat Mesir menekan Jendral Abdul Fattah As-syisi untuk menarik pernyataannya .. Dan mengembalikan Presiden Negara yang Sah Untuk menghindari perang saudara.

Surat kabar Washington Post mengumumkan: kudeta militer di Mesir gagal

Analis Israel: Apa yang terjadi ketika mereka mengumumkan kudeta adlah Gempa. Dan saya katakan bahwa apa yang terjadi sekarang, "gelombang tsunami menyapu"

Reporter TV Israel : indikasi awal dari US menyesali pemberian militer lampu hijau untuk kudeta terhadap Mursi.

Kepala intelijen Mesir Raafat Shehata menyatakan penolakan "lelucon" kudeta militer kepada Presiden Mohamed Morsy.

Jackson Diehl, Timbalan Penyunting Halaman Editor Washington Post : ... pihak yang kalah di dalam kudeta minggu ini ialah mereka yang bertempik sorak di peringkat awal kudeta berlansung.







Al-Baradei Lari Ke Arab Saudi, Morsi Bakal Berkuasa Kembali?

Khabar angin? Rally oleh para penyokong president Mursi yang bersungguh-sungguh dan sanggup mati kerana mempertahankan seorang ulama yang diangkat menjadi pemimpin utama negara mereka yang diadakan serentak di seluruh pelusuk negara Mesir pada haji Jumaat 5.7.2013 telah membuatkan beberapa pegawai tentera buka mata.

Mereka mula khuatir akan peritiwa yang bakal berlaku sekiranya Mursi terus di penjara. Jurucakap Ikhwan Muslimin: lebih 4 juta rakyat berkumpul di Dataran Nahdhah di Giza sementara lebih 3 juta lagi di Dataran Raba'ah (turut disertai Dr. Badie Mursyidul Am Ikhwan) bagi menentang rampasan kuasa tentera. Jutaan lagi di dataran-dataran lain di seluruh Mesir.

Beberapa pegawai tentera bermuafakat mennyeru Abdul Fatah Sisi (kalau nama dia patah sisi kan sedap ... wakaka) menarik semula rampasan kuasa ke atas President Mursi demi keamanan negara.

Kedua-dua pihak kini sedia menumpahkan darah.

Isom Sultan, Naib Presiden Parti Wasat: "Kami takkan berganjak dari dataran-dataran ini di seluruh negara walaupun sejengkal. Kami tidak akan pulang ke rumah kami kecuali Presiden Mursi dijulang dan diletakkan di bahu kami."

Nuruddin Abdel Hafiz, wartawan televisyen "Misr25" yang diharamkan: "Kita tidak akan tinggalkan dataran Raba'ah ini sehingga kita menunaikan sujud syukur di belakang Presiden Mursi."

Setakat ini tiga orang telah terbunuh di Mesir. Mereka dibunuh oleh tentera firaun Mesir pimpinan Abdul Fatah Al- Sisi yang menggulingkan Mursi. Para mujahidin telah beri amaran agar Mursi dibebaskan dalam masa 24jam kalau tidak fisabilillah bermula. Kini perubahan bukan lagi melalui undi tetapi dengan peluru...

Tatkala Mursi memerintah, Ratusan penyokong Ikhwanul Muslimin dibunuh namun mereka tetap bersabar tanpa melakukan serangan balas. Tetapi kini maruah agama mereka dicalar dengan penangkapan ulama yang juga president kesayanga mereka. Masanya telah tiba untuk membalas kekejaman pihak sekular, yahudi dan syiah Mesir.

Ketika ini, dalam suasana selepas rampasan kuasa, mereka masih lagi dengan perangai setan yang memburu dan mencederakan penyokong Mursi. Kumpulan bergelar "baltoji" (perusuh upahan) dengan kerjasama polis dan tentera terus mengganas.

Menyedari kemungkinan perang saudara, seorang ulama Mesir mengingatkan agar sama-sama mencari jalan damai yang terbaik bagi kedua-dua pihak.

Sementara itu.....

Sumber Ikhwanonline melaporkan, pegawai tinggi tentera telah menekan dan mendesak Ketua Majlis Tentera, Abdul Fattah As-Sisi untuk menarik balik kenyataan "rampasan kuasa" beliau.
Terdapat berita bahawa tokoh pembangkang, Dr.Mohammed El-Baradei telah meninggalkan Mesir menuju ke Saudi.


dan lagi kat sini

Photobucket

Ambik Kau

on Jul 6, 2013



Photo


Photobucket

Always Remember

on




Photo: Always Remember


► Check our architecture & arts magazine : www.iam-architect.com


Photobucket

Awasi Lidah Kita

on




Photo


Photobucket

Saham cepat kaya

on



Photo


Photobucket

Jangan malu memberi sedikit

on



Photo


Photobucket

Kita tidak tahu siapa yang doakan kita

on



Photo: Melisa Fara: Kita tidak tahu siapa yang doakan kita

Photobucket

Bersangka Baik

on



Photo


Photobucket

Jin pun ada Twitter

on Jul 5, 2013



JIN memuat naik gambar ingin bergaul dengan MANUSIA?

Akaun Twitter yang dibuka satu 'jin' mencetuskan kegamatan di talian.


Pemilik akaun itu mendakwa dia 'jin tulen dan sukakan keamanan, menetap di Arab Saudi serta ingin berkenalan dengan manusia'.

Akaun jin itu mempunyai gambar keluarga dan tempat yang dikatakan dirakam 100 tahun lalu.

Sebahagian gambar yang dimuat naik menunjukkan kawasan ladang lama di Yaman yang didakwa pemilik akaun itu 'seperti syurga 90 tahun lalu' Jumlah pengikut akaun itu kini melebihi 100,000. 

Akhbar Saudi berbahasa Arab, Ajel mula menyiarkan apa yang dianggapnya salinan akaun Twitter yang mendakwa dia adalah jin. 

Akaun itu tertulis : 'Saya ialah jin tulen' Ia juga berkata "Kepada semua manusia, saya jin pertama menggunakan Twitter. Mungkin ada di kalangan anda beranggapan saya berpura-pura. Sebenarnya saya memang jin tulen dan anda akan melihat keajaiban pada akaun Twitter saya pada masa datang" 

Mesej itu seterusnya berbunyi: "Saya adalah jin tulen yang ingin menjadi saudara kepada semua manusia. Saya sukakan keamanan dan tidak mahu mencederakan sesiapa. Saya suka bergaul dengan manusia dan mengetahui tingkah laku mereka. Saya tinggal di sebuah rumah terbiar di Arab Saudi".

Menurut Akhbar itu, seorang pembaca cuba menghubungi akaun itu menggunakan nama palsu. Bagaimanapun, dia dikenal pasti dengan serta-merta pemilik akaun berkenaan. 
"Dia menyebut nama saya sepenuhnya, alamat tempat tinggal saya dan juga nama bandar. Saya terkejut lalu membaca ayat-ayat suci" kata pembaca itu.

Harian Metro - Isnin 10 Jun 2013


Photobucket

Mat Yo :- 'Saya tidak buang medal'

on


Norshahrul Idlan Talaha

PENYERANG sensasi Johor Darul Takzim (Johor DT), Norshahrul Idlan Talaha menafikan laporan media yang mendakwanya membuang medal ke dalam tong sampah selepas perlawanan akhir Piala FA 2013, Sabtu lalu.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Yo memberitahu menyerahkan medalnya kepada salah seorang pegawai Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) selepas kecewa apabila pasukan tewas kepada Kelantan dalam aksi berkenaan.

Norshahrul amat berharap dapat membantu Johor DT muncul juara Piala FA sebagai hadiah buat Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menyambut ulang tahun kelahirannya sehari kemudian.

“Sebenarnya, saya beri pingat itu kepada salah seorang pegawai. Saya memang kecewa kerana gagal membantu pasukan raih kemenangan.

“Saya ingin melihat Johor DT menang sebagai hadiah buat Tunku Ismail,” katanya ketika ditemui selepas menjalani latihan di Padang Sri Gelam, Johor Bahru, semalam.



Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List