Hakim terdiri dari tiga golongan. Dua golongan hakim masuk neraka dan segolongan hakim lagi masuk surga. Yang masuk surga ialah yang mengetahui kebenaran hukum dan mengadili dengan hukum tersebut. Bila seorang hakim mengetahui yang haq tapi tidak mengadili dengan hukum tersebut, bahkan bertindak zalim dalam memutuskan perkara, maka dia masuk neraka. Yang segolongan lagi hakim yang bodoh, yang tidak mengetahui yang haq dan memutuskan perkara berdasarkan kebodohannya, maka dia juga masuk neraka. (HR. Abu Dawud dan Ath-Thahawi).
Barangsiapa diangkat menjadi hakim maka dia telah disembelih tanpa menggunakan pisau. (HR. Abu Dawud).
Lidah seorang hakim berada di antara dua bara api sehingga dia menuju surga atau neraka. (HR. Abu Na’im dan Ad-Dailami).
Allah beserta seorang hakim selama dia tidak menzalimi. Bila dia berbuat zalim maka Allah akan menjauhinya dan setanlah yang selalu mendampinginya. (HR. Tirmidzi).
Dikala ramai rakyat negara bersedih dengan permegian TGNA,rupanya puak UMNO Munafikun tak habis-habis menghentam siapa saja yang terlibat mengucapkan takziah termasuklah Presiden UMNO mereka sendiri. Blogger TaipingMali@Cikgu Najmi mengelar Najib dengan nama "satu belon" RTM dan TV3 suku pun kena balun dengan cikgu Najmi kerana buat liputan berkaitan TGNA. Akuan FB "Max Najmy" ialah milik ketua UMNO Cawangan Kampung Expo Kemunting Taiping Perak. Lebih dikenali sebagai blogger TaipingMali.
Kerjayanya hebat....dia seorang guru di Sekolah Kebangsaan Palma, Cikgu Muhammad Najmi B. Awang nama-nya...tapi malangnya otak dan akal beliau diletak-kan ditumit kaki beliau.. Cikgu Najmi banyak kali menuduh semua orang PAS sesat...dendamnya dengan orang PAS tak pernah berhenti..inilah yang membuktikan beliau mempunyai otak di tumit kaki.
Merah lagi tanah kubur orang tua tu, Broheng Ali dah menyanyi.
Dia dah lupa, orang tua itu la yg bagi greenlight utk dia bertanding di Pasir Mas dulu. Duit pencen wakil rakyat Pasir Mas itu la yg dia guna beli gula, garam, air paip bagi anak bini dia makan.
Karut sungguh Broheng Ali ni.
Mungkin dia fikir satu hari nanti dia tak masuk kubur.
Satu kenyataan di laman Facebook presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berhubung kematian Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima cemuhan para pengguna media sosial itu.
Tulisan tersebut menerima lebih 2,500 komen yang rata-rata mengutuk dan mengecam bekas MP Pasir Mas itu kerana tidak sensitif.
Ibrahim dalam tulisan yang dimuatkan kira-kira tengah malam tadi antara lainnya menyebut bahawa pemergian Nik Abdul Aziz pada malam tadi “tidak mengejutkan” kerana “sudah lama tidak sihat”.
Ibrahim juga mendakwa allahyarham “tidak banyak membangun kemajuan rakyat dan negeri Kelantan”.
“Kalau ikut pada usianya, maka pemergiannya tidaklah mengejutkan dan sebelum ini sudah lama tidak sihat, umurnya juga panjang.
“Rakyat Kelantan ramai menyanjung nya kerana beliau dikatakan ulamak dan di gelar tok guru, walaupun beliau tidak banyak membangun kemajuan rakyat dan negeri kelantan.
“Malah kemajuan Islam di Kelantan tidak kemana dan hukum hudud gagal di laksanakan semasa hayat nya walaupun menjadi MB Kelantan lebih 20 tahun,” tulisnya di laman tersebut. Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan bahawa akaun Facebook yang memuatkan tulisan itu merupakan akaunnya.
Namun, beliau menjelaskan bahawa ia ditadbir oleh seorang individu lain, katanya yang kini berada di luar negara. Beliau juga menyarankan agar media tidak menyiarkan rakaman berkenaan, yang kini disebarkan meluas di Internet.
Semakan kira-kira jam 12.30 petang mendapati kenyataan berkenaan didapati dipadamkan.
Ia kemudiannya diganti dengan satu ucapan takziah yang ringkas dan juga satu gambar ungkapan doa dalam bahasa Arab.
“Ada pihak urus (akaun Facebook)... Tak payah guna kenyataan (awal) itu,” katanya melalui kiriman SMS.
Seorang pengguna Facebook antara lainnya menyifatkan Ibrahim bersikap "busuk hati" kerana sanggup mengeluarkan kenyataan tersebut.
"Busuknya hati orang tua ini, moga bertaubat sebelum kau dijemput oleh pencipta," kata seorang pengulas yang menggunakan nama Nor Azlyna.
Seorang lagi pengulas, Rabiyatul Adawiah Ghani berkata Ibrahim perlu merenung kembali tindakannya.
"Semua orang dah screen shoot dan save di memori otak kenyataan awak itu. Kami minta awak mengucap panjang, kaji semula apa yang awak tulis," katanya.
Tidak kurang juga yang mahu Ibrahim menjelaskan lagi tindakannya.
"Saya nak bertanya kenapa Datuk padam status ini," soal Muhamad Zaid Farhan.
Jenazah Nik Aziz selamat disemadikan pagi ini dengan diiringi puluhan ribu penyokong di Pulau Melaka, Kota Bharu lapor Malaysiakini
MALAM tadi, aku menonton berita di Astro Awani. Banyak berkisar tentang berita kepulangan ke Rahmatullah, Mursyidul Am PAS Tok Guru Nik Aziz Nik Mat pada Khamis malam Jumaat dan dikebumikan pada pagi Jumaat yang mulia siang tadi. Al Fatihah. Tiba-tiba muncul suara mantan Timb Presiden PAS, Ust Nasa. Beliau diminta mengulas tentang masa depan PAS dan PR setelah ketiadaan Tok Guru Nik Aziz. Beliau menjawab, dengan tiadanya Anwar Ibrahim (dipenjara) dan Tok Guru Nik Aziz yang telah meninggal dunia, maka kajian semula boleh dibuat oleh PAS tentang kerjasama mereka dengan PR. PAS perlu melihat kepentingan Melayu Islam, katanya. Lagi pun katanya, DAP telah banyak menunjukkan sikap menolak dasar Islam yang ingin dibawa oleh PAS. Ust Nasa pun mungkin secara tidak sengaja menyebut, sebenarnya usaha untuk bersatu dengan amno ini telah pun bermula di tahun 2008, namun gagal walaupun usaha itu mendapat restu Majlis Syura PAS. Cuma Ust Nasa tidak sebut usaha itu gagal disebabkan adanya Tok Guru Nik Aziz. Ertinya, tepatlah seperti yang juga disebut oleh Us Ahmad Awang di dalam Muktamar beberapa tahun dulu iaitu UG memang wujud waktu itu. Paling mengejutkan, jika Tok Guru Nik Aziz pun tidak setuju dengan UG, apakah Majlis Syura waktu itu buat keputusan tanpa pengetahuan Tok Guru? Lupakan itu. Ini bukan salah PAS. Sekarang PAS pun sudah nyatakan tiada lagi UG. Tidak mungkin PAS akan bekerjasama politik atau bergabung dengan amno. Almarhum Tok Guru Nik Aziz pun selalu sebut, selagi dia hidup dia takkan redha PAS ber UG bersaama amno Nah, mungkin Ust Nasa melihat ini peluang terbaik. Tok Guru Nik Aziz sudah tiada. Anwar pun di dalam penjara untuk tempoh 5 tahun. Peluang terbaik untuk Ust Nasa realisasikan cita-citanya yang gagal dulu. Persoalannya, adakah penyokong-penyokong PAS kesemuanya bengap macam dia? Tabik Ketua Pemuda PAS, sdr Suhaizan Kayat di dalam berita yang sama, dengan tegas sebut adalah lebih baik PAS terus perkuatkan PR.
1. Kalau Nak Pecah 2 PAS Malam Ni Kita Pecahlah - TGNA
Pasca PRU2008, UMNOBN buat pertama kalinya gagal mendapat 2/3 Kerusi Parlimen, kalah di 5 buah negeri, Kelantan, Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Selangor mula "merisik khabar" pimpinan PAS. Khabarnya, pada mulanya UMNO tawar Kerajaan Perpaduan di Perak dan Selangor. Ini dikatakan punca berlaku kelewatan perlantikan Menteri Besar Perak dan Selangor.
Di Perak, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria khabarnya menjadi agen perunding kepada UMNO untuk menggabungkan PAS dan UMNO. Mufti Perak khabarnya mendakwa sudah dapat persetujuan Presiden PAS, tapi gagal mendapat persetujuan Mursyidul Am PAS, TGNA. Khabarnya juga, pujukan UMNO bukan setakat di Selangor dan Perak, tetapi juga ke Peringkat Pusat, membentuk Kerajaan Perpaduan (UG).
Rentetan kepada idea UG inilah menyebabkan berlakunya Mesyuarat Tergempar Majlis Syura dan Pas Pusat yang dipanggil oleh Mursyidul Am, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Ia berlaku pada 31 Julai 2008. Khabarnya, dalam mesyuarat tersebut TGNA dengan tegas ada menyebut, "Kalau nak pecah 2 PAS malam ni kita pecahlah". Sejauh mana kebenaran ini tidak dapat dipastikan.
Pasca AGM tersebut menyebabkan kredibiliti Presiden terus dipertikai, dan spekulasi bahawa Presiden dikaitkan dengan agenda UG mula menjadi meluas. PAS mengalami sekali lagi sejarah hitam apabila Ustaz Nasharudin Mat Isa,Timbalan Presiden PAS dan Pesuruhjaya PAS Selangor, merangkap Exco Agama Kerajaan Negeri Selangor dipecat dari parti PAS kerana dikaitkan dengan agenda UG. Kedua-dua tokoh ini sedikit sebanyak membongkarkan kronologi ke arah kerjasama PAS-UMNO (UG), sedikit sebanyak menambahkan kuah persepsi bahawa Presiden juga terlibat sama. Ini adalah "Episod Dingin" dalam PAS. Cakap-cakap kedai kopi mula menyatakan "flip-flop" Hj Hadi sebagai Pak Lah-Versi PAS, tidak lagi digeruni oleh UMNO seperti zaman Pemudanya.
Pada tahun 2010, Utusan Malaysia melapurkan, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, UMNO kini melalui satu perubahan yang baik apabila parti itu tidak lagi menganggap agama dan politik sebagai dua perkara berbeza. Katanya, ia juga merupakan satu proses anjakan paradigma kepada UMNO. Sesetengah bercakap seolah-olah Hj Hadi meludah ke langit dengan merujuk kepada Amanat Hadi 1981.
Kenyataan HjHadi itu mendapat perhatian besar semua masyarakat khususnya aktivis PAS. PAS dikatakan masih keliru dan berada di persimpangan ke mana halatujunya terutama dalam menghadapi PRU13. "Episod Dingin" dalam PAS terus berlaku seolah-olah ada "PERTEMBUNGAN IJTIHAD" antara TGHH dengan TGNA. Bagi mencerahkan keadaan kusut masai tersebut, Akhbar Harakah telah memewancara Presiden Hj Hadi isu lapuran Utusan Malaysia. Kandungan penuh wawancara yang disiarkan dalam akhbar Harakah pada bil 1514, 15-18 Februari 2010 di muka surat N10 yang bertajuk 'Tiada percanggahan dengan MB Kelantan - Presiden PAS'.
Soalan: Dahulunya, PAS pernah kata Umno kafir. Dalam isu penyatuan ini macam mana hendak betulkan keadaannya?
Jawapan: ………..Apa yang berlaku ialah anjakan paradigma dalam Umno sendiri yang tidak lagi mengatakan politik suku agama suku. Dan tidak lagi menghina hukum-hukum Islam, tidak ada lagi budaya dalam Umno. Ini kejayaan yang dapat kita (PAS) laksanakan. Ini kejayaan dakwah yang kita (PAS) sampaikan bagi menyedarkan umat kita, bangsa kita dalam perkara (batas iman dan kufur) ini. Sepatutnya, kita tidak boleh bertelingkah dalam masalah ini dan PAS sendiri pernah minta diadakan muzakarah secara ilmu.
Dalam PAS ada Majlis Syura Ulama’ PAS dan dalam Umno ada Biro Agama Umno. Dan kerajaan sendiri mempunyai Majlis Fatwa, ada mufti-mufti dalam kerajaan, ada IKIM ada macam-macam. Jika dalam Umno ada mereka yang membawa ijazah PhD dalam bidang Islam. Dalam PAS juga ada dan dengan sebab itu perbincangan secara ilmu adalah penting.
Walau pun demikian, saya melihat telah berlaku anjakan paradigma dalam Umno tidak lagi mengatakan agama berpisah dari politik. Ini satu perubahan yang positif dan apa yang penting kita terjemahkan secara praktikal dan dilaksanakan dengan cara yang baik. Antaranya, sekurang-kurangnya memberi ruang kepada negeri-negeri yang dipimpin oleh PAS dan Pakatan Rakyat.Tidak ada gangguan-gangguan dari segi semangat federalisma.
Ramai melihat jawapan Presiden bukan menafikan lapuran Utusan Malaysia, tetapi sebaliknya senada seirama dengan Utusan Malaysia. Ianya tidak mencerahkan suasana muram tetapi menambah luka kepada sebahagian ahli. Cakap-cakap kedai kopi mula mengatakan Hj Hadi semakin lunak dan mesra dengan UMNO. Hj Hadi yang suatu masa dulu dianggap "Singa PAS" sudah mula berubah, tidak seperti dulu. Persepsi HjHadi adalah Pak Lah-versi PAS terus diperkatakan di kedai-kedai kopi.
Bagaimanapun, muktamar demi muktamar, penegasan dibuat bahawa PAS komited dengan Tahaluf-Siyasi gagasan Pakatan Rakyat. Ramai berpendapat, Hj Hadi "terpaksa" menerima ketetapan tersebut demi menjaga hubungan dengan Mursyidul-Am, TG Nik Aziz. Anwar Ibrahim pula dikatakan lebih mesra dan senang bertemu TGNA. Keadaan ini seolah-olah mengajak dan mengimbau kisah-kisah lama di zaman pemuda Anwar dan Hj Hadi, "bertemu di ABIM, bertempur di medan politik".
PRU13, sepertimana ramai sediamaklum, PAS menyusut di Parlimen dari 23 kerusi (2008) kepada 21 kerusi walaupun digembar gemburkan PAS mampu menang sekurang-kurangnya 30 kerusi Parlimen.
Jatuhnya Kerajaan PAS Kedah mengulangi sejarah Kerajaan Pas Terengganu di bawah HjHadi. Tidak kurang juga suara-suara nakal menyalahkan HjHadi yang mengekalkan Ustaz Azizan sebagai punca PAS kalah di Kedah. Dalam keadaan momentum yang kuat dan terbaik Pakatan Rakyat, kegagalan PAS merampas kembali Terengganu dari UMNO juga bagaikan menambah gula dan garam sejauh mana kredibiliti PAS.
Isu Kota Damansara dikatakan punca masyarakat umum melihat tiada persefahaman yang kukuh dan kuat dalam ikatan Pakatan Rakyat. Ada yang menyatakan HjHadi "terpaksa" menerima Tahaluf-Siyasi dengan DAP,PKR, tapi sebenarnya "tiada di hati", salah satu penyebab Pakatan Rakyat tewas dalam PRU13.
Kehadiran menantu Hj Hadi dalam Majlis Syura PAS Pusat dikatakan "mengeruhkan" lagi suasana "Episod Dingin" dalam Pas. Dalam hal ini, khabarnya pemimpin PAS dikatakan tidak mampu bersuara demi menjaga maruah Presiden. Namun, Khalid Samad mengambil pendekatan berbeza dengan "menyanggah" menantu Hj Hadi, Ustaz Zaharudin dalam isu Kota Damansara. Ustaz Zaharudin bersama Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan bangkit melawan Khalid Samad dengan menyatakan sasaran sebenar Khalid Samad adalah Presiden sendiri dengan membuat analogi Khairy-Pak Lah-Mahathir.
Bagaimanakah kesudahan "Episod Dingin" ini dalam PAS?. Mampukah Presiden Parti, Hj Hadi menyelesaikan gelombang dalam cawan yang sudah melimpah keluar? Apakah bintang Hj Hadi semakin pudar? Apakah peralihan kuasa HjHadi kepada pengganti Ulama baru satu penyelesaian? kredit - MalaysianInsaf
“Saya kata begini kepada rombongan itu semalam, kita tiru tindakan Dr Mahathir (Tun) buat kepada Parti Semangat 46 iaitu semasa Parti Semangat 46 nak masuk Umno dulu, Dr Mahathir kata bubar Parti Semangat 46. “Begitu juga jika Umno mahu berbaik dengan Pas, kita juga mahu bubar dasar kebangsaan, kita (Pas) masukkan dasar Islam, bubar Umno, apa kurangnya dengan Islam,” Tuan Guru Nik Aziz.
Satu syarat yang tidak akan ditunaikan oleh umno walau terpaksa menghunus keris sekali pun. wakaka.
Inilah berita asal
KOTA BHARU- Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengajak umat Islam bersatu dalam satu parti dengan mengamalkan mawaddah (sifat kasih sayang) dalam politik sambil berkata, “kita tiru tindakan” bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, sejak lebih 20 tahun Kelantan, pihaknya tidak nampak ada hubungan (mawaddah) wujud di antara parti Pas dan Umno biarpun terdapat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di negeri ini.
“Kita ajak orang Melayu supaya berbalik semula kepada Islam kerana apabila kita tinggalkan cara Islam, ertinya kita sudah terlajak.
“Apabila kita terlajak, kita tidak percaya kepada Islam dan apabila tidak percaya kepada Islam, kita tidak percaya kepada al-Quran, tidak percaya kepada Nabi Muhammad dan tidak percaya kepada ALLAH…ini cukup bahaya,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Program Sambutan Hari Keluarga Mawaddah Peringkat Negeri Kelantan di Taman Tengku Anis, Tanjung Chat, di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Kerajaan Kelantan, Wan Ubaidah Wan Omar; isteri Nik Aziz, Tuan Sabariah Tuan Ishak dan Pakar Motivasi, Dr Robiah K.Hamzah.
Nik Aziz berkata, sebagai umat manusia, mereka diminta menjaga Islam kerana ajaran agama itu cukup sempurna termasuk melalui demokrasi Islam.
Menurutnya, dalam politik, manusia perlu menghubungkan politik dengan Nabi Muhammad iaitu apabila menyebut nama Nabi Muhammad SAW, ia mengingatkan umat terhadap politik Islam.
“Dalam sembahyang, kita menyebut salam ke atas Nabi Muhammad biarpun Nabi tiada waktu kita solat, namun kita diajar ada hubungan rapat manusia dengan Nabi,” katanya.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, bagi melaksanakan mawaddah dalam kedua-dua parti (Pas-Umno) berkenaan, beliau ada membuat cadangan kepada rombongan yang sampai dari Kuala Lumpur semalam.
“Saya kata begini kepada rombongan itu semalam, kita tiru tindakan Dr Mahathir (Tun) buat kepada Parti Semangat 46 iaitu semasa Parti Semangat 46 nak masuk Umno dulu, Dr Mahathir kata bubar Parti Semangat 46. “Begitu juga jika Umno mahu berbaik dengan Pas, kita juga mahu bubar dasar kebangsaan, kita (Pas) masukkan dasar Islam, bubar Umno, apa kurangnya dengan Islam,” katanya.
Katanya, Dasar Kebangsaan itu pertamanya adalah ajaran dari Eropah dan keduanya, Islam mampu menjamin manusia ke pintu syurga.-sinarharian
Ada banyak perkara yang aku tak dapat faham dalam perbicaraan kes liwat II yang membabitkan Anwar Ibrahim sebagai tertuduh (dan telah pun dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun) dengan mangsa yang mengfailkan aduan kerana diliwat, Saiful Bukhari Azlan. Antara yang aku tak faham ialah bagaimana Saiful dengan begitu mudah sanggup menyalin seluarnya kepada tuala semata-mata mahu memudahkan proses liwat paksa itu berlaku atas nama dia takutkan insan bernama Anwar Ibrahim. Aku pun pernah juga jumpa Anwar Ibrahim. Dan ramai di antara kita pernah berjumpa Anwar Ibrahim. Sebangang-bangang manusia itu sekalipun, aku tak fikir kalau Anwar suruh salin kepada tuala untuk meliwat, kita semua akan bebal-bebal pergi ikut saranan tersebut. Apatah lagi ketika itu hanya berdua. Tiada orang ketiga, tiada pistol diacukan, tiada pula tekanan yang memaksa kita tunduk kepada saranan tersebut. Aku juga tak faham. Punya la bersepah-sepah kes jenayah di Malaysia ini. Yang menindas ramai di kalangan rakyat biasa. Tetapi barisan peguam terbaik, peguam berpengalaman, barisan peguam senior, pendakwaraya semuanya bersedia untuk beri yang terbaik bagi membela Saiful Bukhari Azlan yang diliwat. Bagaimana pula dengan kes rakyat biasa yang tertindas, dirompak, dizalimi, kena ragut apa semua? Prosesnya sangat cikai. Lapor kes, buat aduan dan kalau ada bukti, dapatla tangkap penjenayah dan berbicara la kesnya di mahkamah. Pendakwaraya yang ditugaskan pula standard biasa dari segi pengalaman dan kemampuan untuk memenangi kes. Kalau takde bukti, lantak la disitu. Bertahun2 atau sampai mati apa yang tertimpa ke atas kita tidak dapat diselesaikan. Masih ingat kes yang mana satu keluarga dari Kedah, yang kehilangan 3 anak sekaligus? 2 perempuan dan satu lelaki? Kes tue sebenarnya buat aku rasa sayu sampai sekarang. Aku tak dapat nak bayangkan bagaimana ibu bapa yang sudah la dihimpit masalah hidup, orang susah, orang miskin, takde duit, anak2 yang ada pula mati dibunuh begitu saja, bukan satu, bukan dua tapi ketiga-tiga anak yang keluarga itu ada mati dibunuh. Aku tak nampak kerajaan Malaysia beria2 menyelesaikan kes tersebut. Barisan peguam terbaik atau pendakwaraya terbaik pun tidak diberikan kepada keluarga tersebut sebagai tanda kita bersolidariti. Jauh sekali kerajaan kita mahu mencurahkan rasa simpati dan prihatin. Takde sesiapa mahu bersimpati kepada keluarga tersebut atas nama kerajaan. Yang ada orang perseorangan dan rakyat biasa seperti kami. Bagi aku, dalam banyak2 kes jenayah yang berlaku di Malaysia, kisah di Kedah itu antara yang memberikan kesan dalam hidup aku. Ia terlalu sedih sampai aku tak boleh lupa. Tapi ini berbeza dengan Saiful. Dia ada penyokongnya tersendiri. Bajunya tersendiri. Di angkat melalui pelbagai portal pro BN bahkan peguam Shafee pun siap kata hidup Saiful musnah dan hancur kerana kes tersebut. Katanya lagi, Saiful menderita. Owh. Ye ke Saiful menderita?
Saiful dulu2. Ketika 7 tahun lepas. Ketika dia masih bujang. Ketika dia belum ada anak. Ketika dia masih belum menamatkan pengajiannya.
Ini Saiful Bukhari Azlan pada 7 tahun yang lepas. Ada tanda hitam di dahinya. Bagi mengambarkan betapa warak, alim dan tak tinggal solat la kononnya. Bagi penganut Islam, tanda hitam itu menunjukkan seseorang yang terlalu kerap sujud sehingga berlekuk dan bertanda. Dan tanda ini juga la dijadikan alat meraih simpati dan sokongan dari ramai pihak kepada Saiful. Ya, Saiful seseorang yang alim. Walaupun kantoi solat jumaat tanpa mandi wajib di dalam kamar mahkamah. Ini pengakuan yang dia buat sendiri. Bukan fitnah. Kadang2 solat, kadang2 tidak solat semasa bekerja dengan PKR, lepas berhenti, tup tup selepas beberapa bulan, tau2 aje ada tanda hitam di dahi. Tanda tak tinggal solat. Aku perati juga dahi aku. Dahi orang2 alim. Dan dahi sedara mara aku yang memang rajin solat malam. Dahi TGNA pun aku perati. Boleh kata, dahi2 mereka semua takde tanda hitam macam Saiful. Kiranya Saiful neh alim nak mampos la sampai dia je boleh ada tanda hitam mengalahkan pula orang2 yang dilabel ulama. Hatta tanda hitam pada mufti2 dan ustaz2 terkenal seperti MAZA, Saiful Islam, Ustaz Don pun tak pernah aku nampak. Hebat tak Saiful ko neh?
Then ada juga satu babak di berita tv3 dulu. Aku tengok. Saiful ko neh boleh tersenyum manis selepas keluar mahkamah ketika ditemui pemberita. Pelik juga. Adakah menjadi mangsa liwat sesuatu yang mengembirakan sehingga sanggup senyum selebar itu. Then, selepas 7 tahun. Ini Saiful.
Gambar ini antara gambar terkini Saiful. Rujuk sini. Ia diupload oleh isteri Saiful sendiri. Yang aku nampak. Tanda hitam dah hilang. Setahu aku la, kalau kita menderita sangat, lagi la kita mendekatkan diri dengan tuhan dan bukan sebaliknya. Itulah purpose tanda hitam di dahi Saiful dulu2 tue kan. Badan makin gemuk. Tak nampak macam tak cukup makan walau sampai sekarang aku tatau dia kerja apa untuk sara anak bini. Isteri pula boleh tahan seksi dan tak bertudung tapi mulut masing2 sembang bab Allah tak henti2. Maaf la. Aku tak suka sebenarnya citer tentang peribadi orang. Sebab aku jenis sedar diri dan berpijak di bumi yang nyata. Peribadi aku pun boleh tahan bangangnya juga. Cuma aku jenis takde la jaja nama Allah dan Islam sana sini. So tak contradiks la dengan sikap aku yang memang sedia buruk. Tapi pada aku, untuk seseorang heret Allah sana sini dalam ayat2 ko seolah2 macam kau neh baik sangat, alim sangat, tawaduk sangat, apa ke logiknya kau tak tutup aurat atau nasihatkan isteri ko untuk tutup aurat? Bukan kah perempuan kena bertutup rambutnya dengan tudung bagi mengikuti dan mematuhi protokol aurat dalam Islam bagi seorang muslimah? Ini ko kata menderita sangat?
Hidup enjoy sakan. Boleh jual nama Allah sesuka ahti untuk umpan manusia. Teringin gak aku nak tahu. Berapa harga nama Allah pada mereka. Sejauh mana Allah pada mereka ialah Allah dalam erti kata tuhan sebenar. Ia bukan sekadar manisan di bibir atau perhiasan untuk ditunjukkan kepada orang ramai semata-mata.
Hidup nampak bahagia. Badan makin gemuk. Tanda hitam pun dah hilang terus. Tatau kerja apa tapi tak nampak macam kesusahan pula. Ya. Memang ini petanda Saiful menderita dan hidupnya hancur musnah wahai Shafee. Aku percaya sangat dan terlalu percaya. Percayalah ek.
Pertelingkahan di antara PAS dan UMNO semakin menggelegak menjelang pilihan raya umum 1969. UMNO merupakan sebahagian daripada gabungan dalam PERIKATAN, meletak harapan mengambil alih pemerintahan Kelantan yang dikuasai PAS sejak 1959.
Kelantan Dalam Sejarah kali ini, mengimbau kembali persengketaan politik di antara dua parti politik orang Melayu itu menjelang pilihan raya umum 1969.
Persengketaan politik di antara PAS dan UMNO mencapai kemuncaknya dua minggu sebeluh pilihan raya umum Mei 1969.
Ia bermula dengan pendedahan Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj bahawa kerajaan pusat telah mengusir beberapa orang lelaki cina dari Singapura yang didakwa campurtangan dalam pilihan raya di Malaysia.
Ehsan National Library Board Singapore.
Menurut laporan akhbar pada 1hb Mei 1969, Tunku selaku Perdana Menteri memberitahu kerajaan pusat mempunyai bukti ‘Cina S’pura’ itu telah menyeberang tambak Johor untuk menolong DAP dan memberi wang kepada parti PAS.
Tunku turut mendedahkan perjanjian sulit DAP menaja PAS bertanding kerusi-kerusi majoriti cina untuk memecahkan undi Melayu. Ini bagi membantu DAP menewaskan calon PERIKATAN.
PAS kononnya membawa agenda Islam dan Melayu, tetapi PAS ambil duit dari ‘Cina S’pura’, tuduh Tunku.
‘Usah percaya bila pemimpin PAS menangis di pentas bercakap pasal hak Melayu berkurangan, itu semua air mata buaya’, tegas Tunku lagi.
Ehsan National Library Board Singapore.
Pemangku Yang Dipertua PAS yang juga Menteri Besar Kelantan tidak tunggu lama untuk menyerang balas.
Pada hari yang sama, akhbar melaporkan Datuk Mohamad Asri b. Muda mencabar Tunku Abdul Rahman bersumpah dengan Al Quran bahawa anggota-anggota PERIKATAN sendiri tidak pernah menerima wang dari luar negara.
Ehsan National Library Board Singapore.
Asri juga menyifatkan peruntukan $548 juta yang dijanjikan oleh kerajaan persekutuan pimpinan PERIKATAN untuk Kelantan adalah satu perbuatan rasuah. Peruntukan itu menurut Asri hanyalah ‘bom asap’ – habis pilihan raya, ia pun lesap.
Tunku Abdul Rahman tidak berlengah, terus sahaja menyahut cabaran Menteri Besar PAS untuk bersumpah dengan Al Quran.
Ehsan National Library Board Singapore.
Ketika berkempen di Kuala Berang, Terengganu, Tunku turut menafikan dakwaan PERIKATAN menerima wang dari Agensi Perisikan Pusat (CIA) atau mana-mana pihak dari Amerika untuk belanja pilihan raya. Sebaliknya Tunku sekali lagi mengulangi tunduhannya bahawa PAS menerima wang dari ‘Cina S’pura’.
Tunku juga menuduh PAS menggali lubang kubur sendiri kerana tindakannya menerima wang dari orang-orang cina Singapura hanya akan menenggelamkan perjuangan Melayu.
Ehsan National Library Board Singapore.
“PAS tidak nampak segala bahaya dalam perjuangannya, “ kata Tunku.
Melihat respons bersungguh-sungguh Tunku terhadap cabarannya, Asri yang sedang berkempen di Tanjung Karang, Selangor segera meletakkan syarat-syarat untuk bersumpah.
Antara syarat-syaratnya ialah, kedua-dua pihak hendaklah melantik wakil yang akan terlibat membuat deraf sumpah. Kedua-dua pihak juga perlu mendapatkan pandangan ulama mengenai perbuatan bersumpah itu.
Asri kemudiannya mencadangkan Masjid Jamek di Kuala Lumpur sebagai lokasi untuk mereka berdua bersumpah.
Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak turut sama lompat masuk ke kancang pertelingkahan di antara Asri dan Tunku bila menyifatkan Menteri Besar PAS itu sudah mula takut.
“Kalau Asri benar dan jujur, terus angkat Al Quran dan bersumpah,” tegas Tun Razak.
“Jelaslah sekarang, bukan UMNO yang jual hak Melayu, tetapi PAS,” kata Tun Razak lagi.
Timbalan Perdana Menteri juga mendedahkan bagaimana Asri pernah beberapa kali bertemu dan memohon dari Tunku membantu bayar gaji kakitangan Kerajaan PAS Kelantan.
Menurut Tun Abdul Razak, PAS telah menggadaikan 184 ribu hektar (lebih 450 ekar) tanah Negeri Kelantan kepada syarikat ‘Cina S’pura’ tetapi hasilnya tidak dirasai oleh rakyat. PAS juga hampir menggadaikan 121 ribu hektar (300 ekar) kepada syarikat Kanada, tetapi beliau sendiri menghalangnya.
Pada 6hb Mei, Pemangku Imam Besar Masjid Negara, Haji Mohamad Salleh b. Hassan Farid menjelaskan bahawa sumpah menggunakan Al Quran tidak sah kerana ia tiada di dalam ajaran Islam.
Ehsan National Library Board Singapore.
“Bila mengangkat sumpah, mestilah atas nama Allah dan bukannya Al Quran,” kata Mohamad Salleh ketika diminta pandangan mengenai cabaran bersumpah dengan Al Quran yang dicetuskan awalnya oleh Pemangku Yang Dipertua PAS.
Asri di dalam kenyataannya pada hari yang sama bagaimanapun tetap bertegas untuk bersumpah dan mendakwa masih menanti jawapan bertulis daripada Tunku Abdul Rahman.
“Saya sedia ke Kuala Lumpur hari Jumaat ini,” kata Asri.
Akhirnya, kedua-dua pihak mencapai persetujuan. Menteri Besar Kelantan yang juga Pemangku Yang Dipertua PAS, yang membuat cabaran bersumpah akan melafazkan sumpah di Masjid Muhammadi Kota Bharu.
Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang menyahut cabaran pula akan melafazkan sumpah di sebuah masjid di Alor Star.
Pada 9hb Mei 1969, kedua-dua tokoh politik negara itu bersumpah serentak pada jam 12.30 tengah hari.
Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia bersumpah dengan disaksikan wakil Asri, Ustaz Abu Bakar b. Omar, Pesuruhjaya PAS Kedah.
Mohamad Asri b. Muda, Menteri Besar Kelantan dan Pemangku Yang Dipertua PAS pula bersumpah dengan disaksikan oleh wakil Tunku, iaitu Timbalan Ketua UMNO Kelantan, Tengku Razaleigh b. Hamzah.
Insiden cabar mencabar dan bersumpah bersumpah ini menjadi kemuncak pertelingkahan di antara pemimpin UMNO dan PAS dalam pilihan raya umum 1969.
Sehari kemudian, pada 10hb Mei 1969, rakyat Malaysia keluar mengundi.
Di Kelantan terdapat 333,754 pengundi berdaftar, dengan 326 buah pusat pembuangan undi. Terdapat 30 kerusi Dewan Undangan Negeri dan 10 Kerusi Parlimen menjadi rebutan.
Parti PAS kembali memerintah Kelantan setelah menang 18 kerusi Dewan Undangan Negeri. PAS juga menang tujuh kerusi Parlimen.
Melihatkan ketegangan meletus di bandar-bandar besar semenanjung, Asri segera menyeru agar segala perselisihan politik diketepikan,
“Pilihan raya sudah selesai, rakyat hendaklah melupakan pertentangan politik mereka dan bersatu semula sebagai anggota sebuah masyarakat yang berpadu,” seru Asri.
Bagaimanapun, pilihan raya 1969 tidak akan dilupakan dapat lipatan sejarah Malaysia. Keadaan di seluruh negara bertambah tegang. Akhirnya tercetus pertumpahan darah dan rusuhan kaum yang mengakibatkan darurat diisytiharkan dan parlimen di gantung.
Datuk Mohamad Asri b. Muda mengangkat sumpah selaku Menteri Besar Kelantan untuk penggal kedua pada 15hb Mei 1969.
Di dalam ucapan sulungnya, Asri berdoa agar Kelantan bebas dari ketegangan kaum yang melanda Negeri Selangor dan bandar-bandar besar di Semenanjung.
Berikut adalah keputusan Pilihan Raya Umum 1969 bagi Negeri Kelantan.
Keputusan Pilihan Raya Parlimen 1969 Kelantan
BACHOK
Mohd. Zain b. Abdullah (PAS) 13,069 Hj. Ahmad b. Hj. Idris (PERIKATAN) 10.943
KELANTAN HILIR
Nik Abdul Aziz b. Nik Mat (PAS) 13,635 Hj. Mohd. Salleh b. Hj. Ibrahim (PERIKATAN) 8,817
KOTA BHARU HILIR
Tengku Ahmad Rithauddin b. Tengku Ismail (PERIKATAN) 13,069 Wan Hashim b. Hj. Wan Ahmad (PAS) 12,914
PASIR MAS HILIR
Muhammad Fakhrudin bin Hj. Abdullah (PAS) 12,556 Che Hassan b. Hj. Che Ismail (PERIKATAN) 7,336
PASIR MAS HULU
Tengku Zaid b. Tengku Ahmad (PAS) 9,208 Dusuki b. Hj. Ahmad (PERIKATAN) 7,765
PASIR PUTEH
Wan Sulaiman b. Hj. Ibrahim (PAS) 13,294 Abdullah b. Mahmood (PERIKATAN) 13,029
TANAH MERAH
Mohamad b. Ya’acob (PERIKATAN) 14,846 Mustapha b. Ahmad (PAS) 13,849
TUMPAT
Dr. Abdul Aziz b. Omar (PERIKATAN) 12,802 Nik Man b. Nik Mohamed (PAS) 10,475
ULU KELANTAN
Dato’ Nik Ahmed Kamil (PERIKATAN) 15,954 Khaidir B. Khatib (PAS) 12,358
KOTA BHARU HULU
Mohd. Asri b. Hj. Muda (PAS) 15,051 Hj. Ali b. Husin (PERIKATAN) 10,021 Khadijah bt. Mohd. Sidek (BEBAS) 235
Keputusan Pilihan Raya DUN 1969 Kelantan
BACHOK SELATAN
Mohamed b. Hj. Yacob (PAS) 3,669 – Menang Mohd. Zain b. Abdullah (PERIKATAN) 3,584 Datin Zainun bt. Ismail (BEBAS) 135
KUALA KELANTAN
Wan Mamat b. Wan Yusoff (PAS) 3,108 Tengku Noor Asiah bt. Tengku Ahmed (PERIKATAN) 3,097
BACHOK TENGAH Mohd. Amin b. Hj. Yaakub (PAS) 4,205 Hj. Mohd. Amin b. Hj. Othman (PERIKATAN) 3,207
BACHOK UTARA
Mohd. Nor b. Yusoff (PAS) 4,660 Ismail b. Hj. Mamat (PERIKATAN) 3,956
BANDAR HILIR
Foo Chow Yong s/o Foo Hong Sang (PERIKATAN) 4,641 Nik Mat b. Nik Din (PERIKATAN) 2,490
BANDAR HULU
Hassan b. Yaacob (PAS) 5,043 Ibrahim b. Ismail (PERIKATAN) 4,834
BANDAR PASIR MAS
Hj. Omar b. Awang (PAS) 3,841 Abdullah b. Hj. Yusoff (PERIKATAN) 3,351
KOTA BHARU BARAT
Ab. Rahman b. Awang Sulong (PAS) 5,294 Abdul Aziz b. Hj. Hamzah (PERIKATAN) 2,575
KOTA BHARU PANTAI
Abdullah b. Hj Arsad (PAS) 4,893 Hj. Mohamed b. Idris (PERIKATAN) 2,831
KOTA BHARU SELATAN
Hj. Ishak Lotfi Bin Omar (PAS) 4,912 Hajah Wan Aminah bt. Mohd. Botok (PERIKATAN) 3,976
KOTA BHARU TENGAH
Mohd. Asri b. Hj. Muda (PAS) 4,917 Hj. Md. Nor b. Hj. Daud (PERIKATAN) 3,308 Dato’ Wan Mustapha b. Haji Ali (BEBAS) 130
KOTA BHARU TIMOR
Wan Hashim b. Hj Wan Ahmad (PAS) 4,573 Saufi b. Idris (PERIKATAN) 3,487
KOTA BHARU UTARA
Abdullah b. Ahmad (PAS) 5,441 Tengku Abdul Kadir b. Tengku Chik (PERIKATAN) 2,699
LEMAL
Hj. Haron b. Hj. Sulong (PAS) 3,378 Mohd. Zain b. Hj. Awang (PERIKATAN) 1,991
MACHANG SELATAN
Ya’acob b. Ismail (PERIKATAN) 5,092 Hj. Mohd Noor b. Hj. Yusoff (PAS) 4,787
MACHANG UTARA
Mohyiddin @ Che Alias b. Alhaji Che Tengah (PERIKATAN) 4,890 Wan Abdullah b. Wan Ahmad (PAS) 4,430
MERANTI
Nik Man b. Nik Mohamed (PAS) 4,556 Mohamed Jantan b. Mohd. Amin (PERIKATAN) 882
PASIR PUTEH TENGAH
Hj. Mohammad b. Ismail (PERIKATAN) 4,272 Wan Sulaiman b. Hj. Ibrahim (PAS) 4,257 Jaafar b. Hj. Mohd. Zain @ Mohamed (BEBAS) 88
PASIR PUTEH TENGGARA
Mohamed b. Idris (PERIKATAN) 4,417 Abdul Rahman b. Mohd. Salleh (PAS) 4,320 Nasir b. Awang (BEBAS) 119
PASIR PUTEH UTARA
Abdul Kadir b. Mat Sa’ad (PAS) 4,310 Zakaria b. Hj. Taib (PERIKATAN) 3,614 Mohd. Husin (BEBAS) 151
RANTAU PANJANG
Husein b. Ahmad (PERIKATAN) 2,914 Mohd. Nawawi b. Ahmad (PAS) 2,095
TANAH MERAH BARAT
Hj. Nik Abdullah b. Nik Daud (PERIKATAN) 4,211 Hj. Zainal Abidin b. Hj. Yahya (PAS) 3,493
TANAH MERAH TIMOR
Che Omar b. Muhammad @ Mamat (PAS) 5,040 Tuan Kechik b. Tuan Salleh (PERIKATAN) 4,972
TENDONG
Hj. Mohamed b. Nasir (PAS) 3,878 Hj. Mohamad Nor b. Hj. Abdullah (PERIKATAN) 3,134
TOK UBAN
Wan Hassan b. Wan Daud (PAS) 3,579 Mat Yusof b. Muhamad (PERIKATAN) 2,635
TUMPAT BARAT
Wan Salleh @ Wan Abdullah b. Hj. W. Sulaiman (PAS) 3,805 Che Abdul Rahman @ Che Derahman b. Che Omar (PERIKATAN) 2,978
TUMPAT TENGAH
Che Lat b. Kassim (PERIKATAN) 5,114 Awang b. Samat (PAS) 2,691
TUMPAT TIMOR
Omar b. Awang Kechik (PERIKATAN) 4,660 Ishak b. Mustapha (PAS) 3,821
ULU KELANTAN TIMOR
Yusoff b. Hj. Mohamed (PERIKATAN) 6,365 Amaluddin b. Darus (PAS) 4,988
ULU KELANTAN BARAT
Tengku Razaleigh b. Tengku Mohd. Hamzah (PERIKATAN) 4,061
Hussin b. Abdullah (PAS) 2,327
Tulisan ini adalah pandangan peribadi pengarang, ia tidak semestinya mewakili pandangan Sokmo.Net. Sebarang pandangan/artikel balas boleh dihantar ke admin@sokmo.net. Terima kasih.