DISEMBER PILIHAN SM NASARUDIN........???

on Aug 31, 2010

KUALA LUMPUR: Selepas kekasih hatinya yang juga personaliti televisyen terkenal, Marion Counter membuka mulut mendedahkan berita perkahwinan mereka, kini SM Nasaruddin SM Nasamuddin yang juga Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza sendiri tampil mengiakan kenyataan itu.
Menurut usahawan muda berusia 27 tahun itu, beliau dan Marion, 30, sudah sepakat memilih Disember depan untuk bersatu sebagai pasangan suami isteri yang sah, namun tarikhnya masih belum diputuskan lagi memandangkan kedua-duanya perlu menyelesaikan beberapa urusan terlebih dulu. 

“Kami belum lagi memilih tarikh yang sesuai untuk bergelar suami isteri, tetapi yang pastinya majlis bahagia itu nanti akan berlangsung pada Disember ini di ibu negara. 

“Walaupun tiada penetapan tarikh dibuat tapi saya dan Marion sudah bersedia, malah kami bersyukur kerana keluarga kedua-dua belah pihak merestui perhubungan ini dan mereka juga bersetuju dengan perancangan awal (majlis) yang sudah dibuat setakat ini,” katanya, semalam. 

Difahamkan sebelum bergelar isteri kepada Nasaruddin, Marion atau nama sebenarnya Marion Rose Counter akan terlebih dahulu memeluk Islam sekitar bulan depan atau Oktober sebaik selesai menjalani rakaman program E! News Asia dan The Biggest Loser Asia musim kedua. 

Akhbar sebelum ini melaporkan kisah pasangan itu yang menyulam kasih selama lima tahun tetapi berjaya merahsiakan perhubungan mereka daripada pengetahuan umum, selain tidak pernah membuat kenyataan rasmi mengenainya. 


Sumber:- myMetro

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List