RAMADHAN OH RAMADHAN

on Aug 11, 2010

Assalamualaikum,

11 Ogos 2010 bersamaan 1 Ramadhan 1431 hijirah. Selamat menyambut bulan ramadhan yg penuh keberkatan dan kemulian kepada semua pembaca muslimin dan muslimat. Semoga di permudahkan segala urusan kita. Agar kita semua diberkati Allah hendak nya. Amin.

Maikel Sumaker malam tadi dah pun antar msg ucap selamat berpuasa :-


Beb,
Nak ucapkan Selamat Berpuasa ... jgan poteng2 dan jgn melakukan perkara2 yang boleh membatalkan puasa k...
Dari tu kata nak buat sembahyang terawih tahun ni jadi ker ... dah mula ker mlm ni...
 
k SELAMAT BERPUASA

Malam tadi berduyun2 le muslimin dan muslimat dewasa dan kanak2 ke masjid dan surau untuk sembahyang terawih. Kat tempat aku mcm tu gak. Penuh surau sampai tak muat2. Itu lah senario nya pada minggu pertama bulan ramadhan. Masuk minggu ke dua angka banyak menurun. Apasal eekk..... Lu fikir le sendiri.
 
Terkenang masa aku kecik kecik dulu. Kita orang sebut  puaso  je. Aku ditugaskan memasang lampu minyak gas disurau kek kampong aku. La ni potik topi tongah menyaloh. Masa tu sembahyang maghrib tak buat berjemaah kat surau, masing masing sembahyang kat rumah. Begitu jugak waktu isyak. Aku lak masuk waktu berbuka tu aku pukul ketuk ketuk tanda masuk nya waktu berbuka puaso. Surau tu kena naik tangga, bukan batu tapi kayu. Senyum sendirian aku terkenang masa tu.

Tu semua dulu dulu. Org kata zaman pop yeh yeh. La ni banyak dah berubah. Banyak pembaharuan telah berlaku mengikut arus zaman. 

Bulan puaso ni aktiviti kebun di kurangkan.

Hidup ini penuh dengan kepura2an.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List