Bila dah lecun mcm ni terkenang le aku masa zaman aku muda2 dulu. Balik kampong naik motor dlm hujan lebat. Pergi kerja naik motor dalam hujan lebat. Balik kerja naik motor dalam hujan lebat. Yang paling aku ingat aku balik kerja naik motor dgn maikel sumaker. Hujan lebat masa 2 tapi aku tak lencun sebab aku pakai baju hujan, maikel lencun sebab tak pakai baju hujan. Kesian maikel. Terfikir dalam fikiran aku, kalau ada kereta tak lucun mcm ni.
Sampai ketika bila mana mampu membeli kereta, aku pun beli kereta konon loan ngan bank. Loan 2 pinjaman. Jadi pinjam ngan bank le istilah aku. Tak lama bank ambik balik. Kitaran ini berlaku banyak kali. Tak terkira aku. Kesudahan nya aku tak ada kereta. Ada motor sahaja, itu pun road tax dan insuran pun dah tamat tempoh. Aku gagah jugak naik pergi kebun. Tu le bila hujan basah kuyob le aku.
Satu hari dengan keizinan Illahi teman baik aku maikel sumaker bagi sebuah kete kat aku. Masa 2 dia dah jadi driver F1. Aku pun tak tahu dia kasi pinjam mcm bank ke, dia hadiah kat aku ke atau dia suruh aku guna sampai kete tu luput ke atau dia bagi aku guna sampai aku meninggal dunia ke, aku tak tahu. Yang tahu dia serong je. Tapi aku jaga kereta tu mcm kereta aku sendiri. Sekarang ni nak pergi mana2 tak le basah kuyob lagi, melainkan pergi kebun aje sebab pergi kebun aku naik motor.
Seronok main hujan.
Hidup ini penuh dengan kepura puraan
1 comments:
Sedih lah dengar citer awak ... awak buat orang ketawa dan sedih tau ... apapun mcm mana awak kenal MS tu ... dalam marah2 awak pun dia bolih bagi awak keta lak ... wah
Post a Comment