UTUSAN......Padan Muka!!!! Fitnah La Lagi!!!! Kah Kah Kah...

on Nov 25, 2010

Utusan Melayu (Malaysia) Bhd telah mencatatkan kerugian pra-cukai RM10.682 juta untuk tempoh sembilan bulan berakhir 30 Sept, 2010 berbanding keuntungan pracukai RM1.707 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Pendapatan merosot kepada RM244.564 juta daripada RM253.847 juta sebelumnya kerana sumbangan daripada pengiklanan kurang menggalakkan, kata syarikat itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Untuk suku ketiga berakhir 30 Sept, 2010, Utusan mencatatkan keuntungan pra-cukai yang rendah iaitu RM1.736 juta daripada RM10.128 juta dalam suku yang sama tahun lalu.

Bagaimanapun, pendapatan mengukuh kepada RM89.540 juta dalam tempoh bawah kajian daripada RM89.530 juta sebelumnya.

Utusan berkata saingan yang sengit untuk perbelanjaan pemasaran pengiklanan, bukan hanya di kalangan media cetak, tetapi juga di kalangan semua saluran media telah menjejaskan prestasi kumpulan untuk tempoh di bawah kajian.

Faktor itu akan kekal sebagai cabaran kepada kumpulan untuk baki tempoh 2010, kata syarikat itu.

"Bagaimananpun, pertumbuhan positif yang dijangkakan untuk Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini dan tahun depan diunjurkan dapat merangsangkan perbelanjaan pengiklanan dan menyediakan peluang untuk kumpulan meningkatkan pendapatan pengiklanannya," kata Utusan.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List